DIALOG RAKYAT |
- Sanggup duduk bersila tepi jalan
- Khairy pertahan jawatan, Shahrizat dan Mas Ermieyati hampir menang
- Target sebenar Zahid Timbalan Presiden Umno
- Ahmad Bashah: Proses pemilihan keliru
- Kalimah "ALLAH" Di Tokong Terhasil Dari Imbasan Cahaya
- Hilang kelayakan saat akhir?
- ‘Macam kaduk naik junjung’, macam mana rakyat tak marah?
- UTHM bazir RM6.96 juta: Kenapa KPT tak bertindak tegas?
- Uli doh dengan kaki: Jualan roti benggali terjejas
- Mat Sabu dapat pencalonan timbalan presiden
- Keputusan pemilihan sayap Umno setakat 9.00 malam
- Disyaki amal Syiah, imam digantung tugas
- Pagi samun, tengah hari maut
- Keputusan akan diumum secara berperingkat
- Jamawi: Saya terima khabar menggembirakan
- Belanjawan Lebihan Di Era Anwar, Defisit Teruk Di Era Najib
- Boleh guna kalimah Allah tapi jangan salah guna – Hadi Awang
- Dyana Sofya lapor polis berhubung profil FB palsu
- Muka depan The Star 'sudah melampau', kata Liow
- Penyokong Lokman Adam beralih sokongan?
- Yang tidak diketahui Utusan mengenai DAP
- Ikut prosedur pun boleh berlaku penyelewengan jika tiada pemantauan: Tony Pua
- Selangor sumbang 753 ekor lembu sempena Aidiladha
- Zello Suara Rakyat, saluran komunikasi interaktif
- Audit: Mahathir juga tuju kepada Najib letak jawatan
Sanggup duduk bersila tepi jalan Posted: 12 Oct 2013 07:50 AM PDT PUNCAK ALAM – Hanya bermodalkan tongkat dan anak kecil, seorang wanita dan remaja perempuan tidak segan silu duduk bersila di tepi jalan untuk menagih simpati pengunjung pasar malam Puncak Alam di Shah Alam 2, di sini. Tinjauan Sinar Harian turut mendapati, bukan dua tetapi tiga lelaki dalam lingkungan usia warga emas kategori orang kurang upaya (OKU) turut duduk di atas kerusi plastik bersama beg bertroli sambil menadah tisu untuk dijual. Jika dahulu, hanya pengemis tua sahaja 'bekerja' di pasar malam itu tetapi kini wanita memegang anak kecil yang sedang menyusu dan remaja perempuan duduk berteleku bersama tongkat turut menagih wang. Sinar Harian cuba menemu ramah seorang remaja perempuan yang bersimpuh menagih simpati dan difahamkan dia dihantar mencari wang di kawasan pasar malam itu dan apabila cukup masa, dia akan dibawa pulang. Ketika mahu menyelidik lebih lanjut, remaja perempuan itu kelihatan gelisah dan hanya menggelengkan kepala setiap kali diajukan soalan. Pengunjung, Jamilah Ismail, 51, berkata, dia tidak keberatan menderma kerana kasihan melihat gelagat wanita yang memegang anak kecil sambil menadah mangkuk plastik. Menurutnya, dia menghalalkan duit yang didermakan kerana simpati dengan keadaan wanita itu yang terpaksa mencari makan dengan jalan sebegitu berkemungkinan kerana tiada pilihan lain. "Mungkin kerana saya seorang ibu tunggal, jadi saya mudah rasa simpati dengan nasib mereka. "Kalau boleh golongan seperti ini dapat dibantu supaya hidup mereka dipermudahkan dan tidak perlu lagi mengemis untuk menyara hidup," katanya. Sementara Kamaliah Wahab, 48, berkata, tidak mustahil golongan itu dipergunakan sindiket demi kepentingan peribadi melalui mengemis, wang mudah untuk diperoleh. "Lokasi pasar malam menjadi lubuk rezeki mereka kerana menjadi tumpuan orang ramai setiap Rabu dan Sabtu. "Lebih teruk lagi, mereka menggunakan kanak-kanak untuk kerja sebegini," katanya. Manakala peniaga, Faizal Mohd Nasir, 23, berkata, dia menyedari lambakan pengemis baru itu sejak dua minggu lepas dan keadaan itu cukup 'memeriahkan' suasana pasar malam yang sentiasa menjadi tumpuan. Menurutnya, apabila isu pengemis ini didedahkan media, selang seminggu selepas itu pasti tidak terlihat kelibat mereka berkemungkinan bimbang ditangkap atau 'bercuti' sementara menunggu keadaan reda. "Saya tak tolak kemungkinan isu ini masih berlarutan kerana sikap pemurah masyarakat setempat yang sering bagi duit kepada mereka dengan niat membantu," katanya. Penduduk, Suhailan Kamarudin, 29, berkata, tidak salah jika ada individu tampil memohon dana untuk pembinaan surau mahupun sekolah agama kerana kawasan pasar malam sentiasa jadi tumpuan orang ramai. "Bersedekah itu tak salah kerana bergantung pada niat kita untuk membantu tetapi perlulah berpada-pada kerana kita takut wang yang diberikan digunakan untuk perkara tak baik. "Bukan sahaja di pasar malam, bahkan remaja dan kanak-kanak turut dipergunakan untuk datang ke setiap rumah menjual cakera padat agama dengan harga murah demi mendapatkan dana untuk sekolah mereka," katanya. Katanya, dia bantah sepenuhnya penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti sebegini kerana ia salah. "Saya juga sedih lihat warga emas turut dipergunakan memandangkan banyak bantuan untuk golongan tua," katanya. | |||||||||||
Khairy pertahan jawatan, Shahrizat dan Mas Ermieyati hampir menang Posted: 12 Oct 2013 07:27 AM PDT Khairy Jamaludin (gambar) dilaporkan telah berjaya mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Pemuda Umno untuk penggal kedua dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil sedang mendahului untuk Ketua Wanita manakala ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin mendahului untuk Ketua Puteri. Menteri Belia dan Sukan itu telah melepasi majoriti mudah apabila mendapat 96 undi daripada 191 bahagian sehingga jam 8 malam, kata maklumat dalaman Umno. Kedudukan ini disokong oleh keputusan rasmi yang kini mula dikumpulkan di Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menunjukkan Khairy sudah mendapat 57 undi manakala empat pencabarnya belum mendapat sebarang undi. Empat pencabar Khairy adalah Ketua Pemuda Cawangan Bendang Baru Akhramsyah Sanusi, Penolong Setiausaha Pemuda Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Syed Harman Jamallulail, Bekas Ketua Pemuda Umno Merbok Abd Karim Ali dan Ketua Pemuda Umno Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak Khalid Izhar. Antara bahagian yang memberikan undi kepada Khairy adalah Tambun, Jempol dan Pasir Gudang. Akhramsyah pula berkata, walaupun Khairy mendahului, dia tidak akan menyerah kalah. "Sebagai pejuang Melayu, saya tidak akan menyerah kalah," katanya kepada The Malaysian Insider. Bagaimanapun, Lokman Noor Adam, yang menjadi rakan Khairy untuk kerusi Naib Ketua tidak terkejut dengan sokongan ke atas Khairy itu. "Dia telah mendahului dalam pencalonan. Tidak ada seorang pun daripada mereka boleh kalahkan Khairy. Saya tidak terkejut kalau kesemua mereka tidak mendapat sebarang undi dari bahagian," kata Lokman kegembiraan ketika bercakap dengan The Malaysian Insider. Shahrizat juga sedang mendahului lawan-lawannya untuk Ketua Wanita apabila mendapat 60 undi dari 191 bahagian. Lawannya yang terdekat, Datuk Maznah Mazlan hanya mendapat satu undi dari Bahagian Cheras. Seorang lagi calon, Raihan Sulaiman belum mendapat sebarang undi dari mana-mana bahagian. Untuk Puteri Umno pula, Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin bersedia untuk menjadi ketua puteri yang baru berdasarkan trend pengundian dan keputusan yang ada sekarang. Dia menerima 80 undi mendahului lawannya, Ketua Puteri PJ Selatan Jamilah Hanim Othman yang mendapat 24 undi. Untuk jawatan Naib Ketua Wanita Umno pula, Datuk Azizah Muhd Dun sedang mendahului lawannya apabila mendapat 38 undi berbanding Datuk Suraya Yaacob yang memperolehi 9 undi. Bagi Naib Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan mendapat 53 undi mendahulu lawannya Norsabrina Mohd Noor yang mendapat 29 undi manakala Nazliah Ali yang mendapat 17 undi. Untuk Naib Ketua Pemuda Umno pula, Khairul Azwan Harun mendahului tiga calon lain apabila mendapat 29 undi berbanding Mohamad Iruwan Zulkefli (9), Jamawi Jaafar (15) dan Lokman Noor Adam (2). | |||||||||||
Target sebenar Zahid Timbalan Presiden Umno Posted: 12 Oct 2013 07:23 AM PDT Sehari dua ini, Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi perhatian media dan tumpuan umum. Sesungguhnya, beliau memang mengharapkan begitu dan dapat memperolehinya secara mudah. Sebagai Menteri Dalam Negeri, terutama ketika menangani isu jenayah berat dan masalah gangsterisme, melalui siri tindakan dan kenyataannya, Zahid menjadi bahan berita yang penting dan "memikat". Malah orang ramai mula membandingkan "ketegasan dan keberaniannya" dengan menteri terdahulu, Hishammuddin Hussein -- saingan terdekatnya dalam Umno -- yang dilihat agak "berlembut. Serentak itu, populariti Zahid meningkat. Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, yang diluluskan Dewan Rakyat pada 2 Oktober lalu, walaupun disifatkan sebagai kelahiran semula rangkuman pelbagai akta drakonian yang telah dimansuhkan, termasuk ISA, menaikkan lagi nama Naib Presiden Umno paling popular ini dalam pemilihan terdahulu. Pegawai atasan polis digambarkan lega dan gembira dengan sikap Menteri Dalam Negeri yang baru ini, khususnya apabila "taring" mereka dikembalikan melalui pindaan PCA. Pemansuhan ISA, Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) disifatkan sebagai mencabut "kuku" pihak keselamatan. Watak Zahid pula dikatakan serasi dengan lagak Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar, yang dilihat sering melemparkan kenyataan kontroversi dan "tidak berlapik", berbeda jauh dengan KPN sebelumnya, Ismail Omar. Jawapan Zahid terhadap pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012, terutama berkaitan kehilangan aset polis, ditambah gaya sumbangnya mengherdik wartawan Malaysiakini, menyebabkan tumpuan media terus lekat kepadanya. Kelancangan Zahid semakin ketara dalam forum mengenai keselamatan negara, yang bertukar menjadi majlis Umno, di Melaka. Beliau mengugut menggunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk menutup mana-mana akhbar yang menyiarkan kenyataannya dalam program berkenaan. Mungkin kepada aktivis hak asasi, pejuang masyarakat sivil dan rakyat prihatin, Zahid dianggap telah mencabuli prinsip demokrasi dan keadilan -- malah umpama mafia apabila menegaskan pihak polis akan menembak terus suspek yang disyaki terlibat dengan jenayah -- tetapi calon Naib Presiden Umno ini mempunyai perkiraan berbeda. Dan buat masa ini, dia yakin pertimbangannya itu betul dan dapat melonjakkan lagi keghairahannya untuk mendaki kerjaya politik yang lebih tinggi. Sasarannya ialah lebih 146, 000 perwakilan Umno di seluruh negara yang bakal memilih jawatan ketiga terpenting dalam parti itu, 19 Oktober. Zahid yang "ambitious" itu mahu menunjukkan dialah wira dan pejuang sebenar orang Melayu. Lihatlah bagaimana dia mengumpan hadirin di Melaka itu dengan sentimen kemelayuan sempit, misalnya dengan mengaitkan keturunan mangsa penjenayah, yang rata-ratanya Melayu. Kajian Merdeka Center terbaru menunjukkan tiga perempat daripada 600 respondan ahli-ahli Umno berpendapat parti itu tidak patut mengalah terhadap permintaan bukan Melayu dan 90 peratus percaya Umno patut memfokuskan tenaganya untuk membina sokongan di kalangan orang Melayu menjelang PRU14. Ya, target Zahid bukan sekadar untuk kembali menduduki tempat pertama di kalangan tiga naib presiden yang dipilih nanti -- dan dia tentu yakin dapat mengatasi lima pencabar yang lain -- tetapi lebih jauh daripada itu adalah untuk mengisi slot timbalan presiden selepas ini. Bagi juak-juak Zahid, dua penyandang, iaitu Hishamuddin dan Shafie Apdal, bukan lagi saingan terdekat. Dua pencabar yang tidak mempunyai kedudukan dalam kerajaan, Isa Samad dan Ali Rustam mungkin mempunyai PR yang hebat -- sepertinya juga -- tetapi dirasakan terlalu sukar untuk menyekatnya sebagai calon paling popular. Seorang lagi anak bekas Perdana Menteri, Mukhriz Mahathir dilihat terlalu awal untuk memintas Zahid. Justeru, Zahid yakin untuk pemilihan berikutnya, dia lebih layak digandingkan dengan Presiden Umno, apatah lagi usia Najib Razak relatif muda berbanding Muhyiddin Yassin. Sementalahan pula Zahid-Najib mempunyai hubungan sentimental dan lebih dipercayai kesetiaannya berbanding Muhyiddin. | |||||||||||
Ahmad Bashah: Proses pemilihan keliru Posted: 12 Oct 2013 07:19 AM PDT Ahmad Bashah ALOR SETAR - Proses pemilihan Umno peringkat sayap parti membabitkan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian yang dijalankan serentak seluruh negara hari ini dilihat boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan perwakilan. Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau tidak berpuas hati dengan beberapa perkara yang terdapat sepanjang tinjauan terhadap proses pemilihan berlangsung. Katanya, antara perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan adalah membabitkan kertas undi menggunakan warna yang sama untuk setiap jawatan yang dipertandingkan. "Saya khuatir keadaan itu akan menyebabkan banyak undi rosak jika berlaku kesilapan dalam proses undian. "Ini akan memberi kesan kepada pemilihan yang dilakukan," katanya ketika ditemui di Pusat Pemilihan Wanita Umno Bahagian Alor Setar yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Iskandar, dekat sini. Ahmad Bashah yang juga Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata, kertas undi untuk jawatan Exco turut digunakan untuk pemilihan jawatan Exco bahagian boleh menyebabkan perwakilan keliru. "Kertas undi untuk jawatan Exco Malaysia ada 20 yang perlu diisi, bila kertas yang sama digunakan untuk pemilihan jawatan Exco bahagian kekeliruan akan timbul sebab untuk jawatan bahagian dikehendaki pilih 15 calon berbanding kebangsaan 20 calon. "Sepatutnya jawatan setiap peringkat sama ada peringkat kebangsaan ataupun bahagian perlu menggunakan kertas undi yang berlainan mengikut keperluan undian. Ini kelemahan yang jelas kita harap dapat diperbaiki untuk menghadapi pemilihan peringkat tertinggi 19 Oktober nanti," katanya. Selain itu, beliau turut bimbang apabila mendapati petugas pengiraan undi juga didapati dijalankan oleh petugas-petugas yang tidak terlatih. "Hasil tinjauan, saya mendapati petugas-petugas kiraan undi sendiri tidak mahir mengenai proses pengiraan undi yang akan dijalankan. Ini menunjukkan suatu kelemahan dan kita bimbang berlaku kesilapan yang boleh menimbulkan keadaan tidak puas hati di kalangan calon. "Sepatutnya mereka (petugas) ini diberi kursus terlebih dahulu dan dijelaskan secara terperinci mengenai sistem kiraan yang digunakan untuk pemilihan kali ini," jelasnya. | |||||||||||
Kalimah "ALLAH" Di Tokong Terhasil Dari Imbasan Cahaya Posted: 12 Oct 2013 07:15 AM PDT KELAB GREENBOCPasir Panjang - "Perkara ini akan diselesaikan secepat mungkin dan apa yang pasti, keputusan nanti adalah yang terbaik bagi memelihara sensitiviti agama," kata Adun Linggi, Abd Rahman Mohd Redza ketika diminta mengulas berkenaan gambaran kalimah ALLAH dalam tulisan jawi yang kelihatan di bumbung sebuah tokong di Pekan Pasir Panjang. Menurutnya, pihaknya akan berbincang dengan pihak pengurusan rumah ibadah itu bagi mengelak kalimah ALLAH SWT di hadapan tokong tersebut terus kelihatan. "Bagaimanapun, saya percaya ini semua terjadi secara kebetulan di mana tiada sesiapa berniat negatif dalam mempersendakan agama Islam ataupun menyentuh sensitif sesuatu kaum," katanya. Abd Rahman berkata, hasil tinjaunya mendapati kalimah tersebut terhasil daripada imbasan pencahayaan daripada tiang lampu berhampiran tokong tersebut. "Orang ramai jangan membuat sebarang andaian negatif dan cepat melatah kerana ia boleh memecahkan perpaduan serta mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya kita bersama-sama bersatu hati dalam menangani masalah yang kecil ini. "Kemungkinan besar bumbung tersebut akan dicat warna hitam tetapi kita masih di peringkat perancangan dan masih di tahap perbincangan bagi menghilangkan pantulan kalimah ALLAH SWT terbabit," katanya. Semalam Sinar Harian melaporkan sebuah tokong di Pekan Pasir Panjang menjadi tumpuan orang ramai selepas tersebarnya di laman sosial facebook yang memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang terbentuk kalimah ALLAH SWT. -SH
| |||||||||||
Posted: 12 Oct 2013 07:09 AM PDT Khatijah Bee Mohd Noor GEORGETOWN - Pemilihan sayap Wanita Umno Bahagian Tanjung hari ini tegang apabila salah seorang calon yang bertanding untuk jawatan ketua Wanita dikatakan hilang kelayakan bertanding pada saat akhir. Khatijah Bee Mohd Noor, 63, yang menentang penyandangnya, Norjan Abdul Hamid dikatakan hilang kelayakan kerana menjadi Ketua Wanita Veteran Umno Pulau Pinang dan Ketua Wanita Veteran Bahagian Tanjung. Difahamkan, mengikut peraturan dan undang-undang veteran Umno, mana-mana ketua veteran tidak dibenarkan bertanding untuk jawatan lain (ketua). Persidangan Wanita yang diadakan sejak jam 10 pagi kecoh apabila beberapa perwakilan bangun melahirkan rasa tidak puas hati dengan keadaan itu. Setiausaha Umno Bahagian Tanjung, Noor Rahim Abdul Wahab berkata, tiada apa yang boleh dilakukan mengenai perkara itu (hilang kelayakan) kerana pihaknya menjalankan tanggungjawab berlandaskan surat yang dikemukakan Umno pusat. Disebabkan hilang kelayakan bertanding, Khatijah terpaksa memberi laluan mudah kepada Norjan yang memegang jawatan ketua wanita bahagian sejak 1999 untuk diumumkan menang tanpa bertanding. Sementara itu, Khatijah yang ditemui media melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dan akan membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan dalam masa terdekat. Menurutnya, beliau dimaklumkan oleh setiausaha bahagian mengenai perkara itu kira-kira jam 3 petang semalam. "Saya rasa dianayai apabila menjadi begini kerana sebelum menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding saya terlebih dahulu melepaskan jawatan ketua Wanita veteran. "Walaupun kecewa dengan apa yang berlaku, saya akan tetap meneruskan perjuangan bersama Umno dan menabur bakti kepada masyarakat," katanya. | |||||||||||
‘Macam kaduk naik junjung’, macam mana rakyat tak marah? Posted: 12 Oct 2013 07:07 AM PDT
"It's scary!" kata seorang rakan saya yang sememangnya seorang yang serius dalam hidup beliau apabila beliau bercakap mengenai keadaan negara pada hari ini. "What is frightening you bro?" tanya saya kepadanya semasa beliau minum kopi di Bangsar Village dua hari lepas. Katanya dia takut dengan masa depan negara yang tidak terurus dengan betul mengikut taraf sebuah negara yang mengaku akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Politiknya tidak menentu, keselamatan negara tidak meyakinkan dan segala-gala urusan samada perniagaan dan lain-lain sudah tidak mempunyai budaya lagi. Isu rasis amat menakutkan sesiapa yang faham tentang semua 'consequence of events' jika cara permainan politik negara sekarang ini masih tidak berubah. Perhubungan di antara kaum tidak sebaik dahulu dan semua pemimpi politik di setiap peringkat bercakap tentang perkauman yang menebal."The image of our political leaders is contemptible and inconceivable" katanya lagi dengan serius. "These deluded leaders have got to go if we still think that we deserve good administrators. Leaders like Zahid, Ali Rustam should be done with and everyone of their like shouldn't be anywhere within the government." Beliau terus merungut dengan penuh sesalan. "What we are having now is not a government," membentak. Orang seperti saya dan ramai yang lain di bawah ini faham maksud rakan saya tadi. Maksud beliau ialah 'uncertainties' yang dirasai oleh rakyat kerana mereka tidak nampak apa-apa perubahan kepada kerajaan selepas diberi sambungan mandat dalam pilihanraya lalu. Mana kesejahteraan yang dijanjikan oleh BN sejak 30 tahun dahulu? Mana peluang untuk semua terutamanya 'the big chunks of the unfortunate Malays' yang dilihat oleh kaum bukan Melayu sebagai kaum yang diberikan keistimewaan itu? Kaum bukan Melayu tidak juga boleh dipersalahkan kerana pemimpin kerajaan teraju Umno tidak henti-henti bercakap memperjuangkan bangsa Melayu sejak berdekad-dekad dahulu. Tetapi sebahagian besar Melayu tidak juga dapat menikmati apa yang dikatakan sebagai bangsa yang diberikan keutamaan dan keistimewaan itu. Memang ada Melayu atau Bumiputera yang mendapat kekayaan kerana keistimewaan yang diperuntukan oleh perlembagaan itu. Tetapi Melayu macam mana? Jawapannya semua orang tahu Melayu yang menjadi pemimpin Umno dan kroni-kroninya sahaja yang mendapatkan keistimewaan itu. Bilangannya terlalu kecil. Ada lagi Melayu dan Bumiputera yang menggunakan peruntukan keistimewaan orang Melayu itu. Mereka dianggap sebagai 'Super Bumi' seperti Ananda, Arumugam, Mohzani Mahathir, Mirzan Mahathir, Syed Mokhtar, Vincent Tan dan beberapa orang yang lain. Jumlah mereka ini boleh dikira dengan jari. Lain-lainnya terdiri daripada anak-anak menteri, menantu dan adik-beradik menteri, anak-anak dan menantu MB, kaum kerabat pegawai-pegawai kanan kerajaan. Di kawasan dan daerah pula kaum keluarga wakil-wakil rakyat Parlimen dan DUN mendapat banyak peluang kerana mereka Bumiputera dan Melayu. Pegawai-pegawai kerajaan di daerah pula ramai yang mempunyai lesen kontraktor kelas F dengan menggunakan nama isteri dan keluarga masing-masing. Hampir kesemua kerja kecil-kecilan diambil oleh mereka ini. Semua ini kalau dikaji dengan teliti adalah mereka yang rapat dengan Umno dan parti-parti pemerintah. Dengan kata lain jika ingin mendapat peluang melalui peruntukan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera ini, mereka mestilah menjadi aktivis atau penyokong kuat Umno. Kalau kita tegur, mereka akan melenting dan marah. Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri marah-marah apabila ditanya media tentang penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan menggunakan pengaruh beliau. Dengan berang Dr Mahathir menjawab, "Takkan anak-anak saya nak jadi tukang kebun pula?" Semuanya ini masih tidak hilang daripada ingatan ramai orang. Sebahagian kecil yang mendapat peluang ini akhirnya gagal kerana terlalu banyak tol dalam perniagaan kerana budaya rasuah dalam kerajaan. Ramai yang bungkus dan gulung tikar kerana tiada pembelaan. Namun, anak Perdana Menteri apabila gagal dalam perniagaan perkapalan, boleh pula mendapatkan wang rakyat untuk membeli syarikat yang kerugian itu daripada beliau dengan jumlah hampir RM2 bilion pada tahun 1996 dahulu. Anaknya selamat daripada kerugian dengan menggunakan wang rakyat, malahan dapat pula sedikit keuntungan hasil daripada kerugian perniagaannya itu. Pada masa yang sama membidas peniaga Melayu kerana kelemahan dalam perniagaan dan mengkritik mereka kerana terlalu bersandar kepada kerajaan. Beliau lupa yang kerugian perniagaan anaknya itu adalah kerana kelemahan dalam perniagaan juga dan akhirnya kerajaan Umno juga yang menyelamatkan anaknya itu. Sekarang kepimpinan yang diwarisinya kepada rakyat adalah kepimpinan yang lemah dengan di saluti oleh isu rasuah dan pelbagai isu yang menakutkan rakyat seperti yang disebut oleh rakan saya tadi. Harga barangan yang bertambah tinggi membuatkan kos kehidupan sangat tinggi. Dalam pada itu dinaikkan pula harga minyak, diesel dan gas. Alasannya kerana kerajaan mengurangkan jumlah subsidi kepada rakyat. Kenapa dikurangkan subsidi itu sedangkan ia melibatkan puluhan juta rakyat sedangkan subsidi yang begitu tinggi diberikan kepada orang berkuasa melalui rasuah dan sebagainya. Jika benar pimpinan prihatin terhadap kesengsaraan rakyat, kenapa Perdana Menteri menggunakan hampir RM100 juta dalam tiga tahun untuk sewaan jet peribadi Perdana Menteri? Mengapa Perdana Menteri berbelanja dengan boros? Presiden XI Jinping dari China pun terbang dengan pesawat komersil dari negara itu ke mana-mana pemimpinnya melawat. Perlu diingat China bukan sahaja negara besar tetapi ia juga adalah 'civilisation by itself'. Kenapa pemimpin negara sekangkang kera ini mengada-ngada sampaikan tidak boleh lagi menggunakan pesawat komersil? Kenapa bersifat si kudung dapat cincin pula sehinggakan mereka tidak layak lagi terbang menggunakan pesawat komersil kelas pertama? Dari mana asal usul pemimpin ini sampaikan tidak lagi seronok naik pesawat komersil sekarang? Perdana Menteri lahir di Kuala Lipis pada tahun 1953 dahulu. Adakah beliau sejak kecil sememangnya sudah biasa naik jet peribadi terbang dari Kuala Lipis ke Pekan atau Kuala Lumpur? Semuanya ini membuatkan rakyat tidak lagi berkeyakinan terhadap kepimpinan negara sekarang. Sikap 'kaduk naik junjung' ini membuatkan rakyat meluat kerana rakyat sedang bertarung untuk hidup dalam keadaan inflasi yang begitu tinggi. Jika Najib meminta rakyat mengubah cara hidup, kenapa beliau dan barisan pimpinan beliau tidak berbuat perkara yag sama? Ia amat menjijikkan rakyat. Untungnya Umno hanya disebabkan satu perkara, iaitu rakyat belum nampak kejujuran pimpinan pembangkang sendiri. Pembangkang masih terkial-kial untuk menunjukkan sikap jujur dalam usaha menjadi kerajaan alternatif. Rakyat juga nampak jika pihak pembangkang mendapat mandat baru-baru ini tidak akan banyak perubahan sikap mereka jika berada dalam kepimpinan negara. Rakyat sangat prihatin terhadap segala-galanya sekarang. Mereka sudah terlalu lama dibuai oleh permainan politik pemimpin-pemimpin politik yang hanya menggondolkan perut mereka dan keluarga mereka sahaja. – aspanaliasnet.blogspot.com | |||||||||||
UTHM bazir RM6.96 juta: Kenapa KPT tak bertindak tegas? Posted: 12 Oct 2013 07:01 AM PDT
Dalam Laporan Audit 2012, terdapat 3 projek yang gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta. Projek tersebut adalah seperti berikut : a. Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3.46 juta atau 13.3%. Kos asal adalah RM25.95 juta meningkat kepada RM29.41 juta. b. Projek Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan(FPTP) melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3 juta atau 9.8%. Kos asal adalah RM30.74 juta meningkat RM33.74 juta. c. Projek Kolam Renang dan Blok Pentadbiran melibatkan peningkatan RM0.5 juta atau 2.3%. Kos asal RM21.81 juta meningkat kepada RM22.31 juta. Terdapat dua daripada tiga projek di atas mempunyai kelemahan yang cukup ketara iaitu Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam dan Projek Kolam Renang serta Blok Pentadbiran. Kelemahan Kontraktor MBN Consortium Sdn Bhd dalam Projek Pembinaan Masjid & Pusat Islam adalah: 1. Kelewatan selama 547 hari. 2. Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 233 hari. 3. Melibatkan 2 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT). 4. Pada tarikh asal siap projek hanya siap 45% sahaja iaitu tidak sampai separuh siap. 5. Berdasarkan Laporan Prestasi Kontraktor , UTHM mendapati prestasi kemajuan kerja kontraktor tidak memuaskan. 6. Lewat mengemukakan permohonan tempoh lanjut masa (EOT) iaitu di antara 18 hingga 75 hari. Kelemahan kontraktor (namanya tidak dijelaskan dalam laporan audit 2012) dalam Projek Kolam Renang dan Blok Pentadbiran ialah : 1. Kemudahan kolam renang belum boleh digunakan lagi sehingga sekarang. 2. Melibatkan kelewatan selama 484 hari. 3. Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 262 hari. 4. Melibatkan 3 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT) 5. Pada tarikh asal siap projek hanya siap 71% sahaja. 6. Mengemukakan insurans bagi EOT pertama hanya selepas 82 hari dari tarikh Sijil Perakuan EOT. Kelemahan di pihak UTHM seperti yang dilapor oleh Audit adalah melibatkan masalah teknikal, perubahan kerja, rekabentuk & struktur, kelewatan kelulusan bahan binaan, pengurusan kontrak yang lemah, pemantauan di tapak kurang memuaskan, kekangan staf teknikal dan perancangan pembinaan yang kurang memuaskan. Projek ini adalah di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta(PFI) yang diuruskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) atau namanya sekarang Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Pihak UTHM hanyalah pihak yang menerima manfaat daripada PFI. Urusan penentuan kontraktor ditentukan oleh pihak kementerian. Persoalannya kenapa pihak kementerian tidak mengenakan tindakan yang tegas terhadap kontraktor kerana kecuaiannya yang akan menyebabkan pembaziran dana kerajaan? Apakah kerana kontraktor terbabit mungkin kroni kepada pemimpin politik tertentu sehingga kementerian tidak berani mengenakan tindakan tegas? Apakah kerana kelemahan UTHM sendiri sehingga Kementerian tidak bertindak kepada kontraktor terbabit? Soalan ini perlu dijawab oleh Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi pada waktu itu Y.A.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin yang sekarang merupakan Menteri Besar Johor. Berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecatatan dan kerosakan, terdapat 107 daripada 210 kecacatan pada bangunan belum dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan(DLP). UTHM bakal menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM. Anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima akibat secara langsung daripada kelemahan ini. Jika duit RM6.96 juta digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti maka seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30 ribu bagi setiap pelajar). Jumlah itu cukup untuk membantu 1,392 pelajar kemahiran dengan andaian kos RM5 ribu setiap seorang. Juga, ia boleh membantu 696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan andaian RM10 ribu setiap seorang. | |||||||||||
Uli doh dengan kaki: Jualan roti benggali terjejas Posted: 12 Oct 2013 06:58 AM PDT Pengarah Mallia Bakery, Siti Suhaika Mohd Yusof turut bersama pekerja melihat mesin yang digunakan untuk menguli tepung roti benggali. GEORGETOWN - Penjualan roti benggali terjejas teruk berikutan laporan kontroversi sebuah akhbar berbahasa Melayu yang mendakwa tepungnya diuli menggunakan kaki, mengundang keresahan pelanggan sejak tiga hari lalu. Presiden Persatuan Penjual-penjual Roti Pulau Pinang, L Manogaran berkata, laporan akhbar itu mengundang salah sangka dalam kalangan pelanggan roti benggali di Pulau Pinang khususnya dan di seluruh negara amnya. Beliau berkata, laporan akhbar itu yang mendakwa tindakan pekerja kilang roti benggali terkenal di Bayan Baru leka menguli tepung menggunakan kaki tanpa meletakkan sebarang pelapik, adalah tidak benar. Setahunya dan siasatan yang dilakukan, tidak ada kilang membuat roti benggali di Bayan Baru. "Saya juga tidak percaya, sama ada kedai atau kilang menguli tepung roti benggali menggunakan kaki seperti yang didakwa. "Sejak dari zaman datuk moyang saya dulu, tepung roti benggali diuli menggunakan mesin, bukannya kaki seperti yang dilaporkan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Rabu lepas, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengadakan sidang akhbar berkaitan penutupan 12 premis makanan termasuk sebuah premis membuat roti kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan. Sementara itu, Manogaran kecewa dengan laporan akhbar itu kerana ia bukan sahaja memberi persepi dan imej buruk terhadap pembuat roti benggali di negeri ini, malah memberi tamparan hebat kepada perniagaan mereka. "Sejak laporan itu disiarkan ia menjadi isu sensasi dan perbualan dalam kalangan orang ramai termasuk dibahas didalam laman sosial seperti Facebook dan blog. "Ramai pelanggan kami dengan nada sindir dan merungut, 'apa roti benggali buat guna kaki ke? 'Saya sudah makan roti benggali lama, dengar pun sudah mau muntahlah?. "Kami terpaksa menunjukkan tempat uli tepung kepada pelanggan untuk melihat sendiri keadaan di situ," katanya. Menurutnya, ada juga pelanggan dari gerai makanan sudah berhenti mengambil stok. Sementara itu, rakan kongsi Maliia Bakery (M) Sdn Bhd, Datuk Maridass Gopal kesal dengan laporan itu kerana menjejaskan perniagaan mereka. "Maliia Bakery adalah antara kilang pembuat roti benggali yang terkenal di negeri ini yang beroperasi sejak 1982. Apabila, laporan akhbar itu menyatakan perkataan 'kilang roti benggali terkenal' ramai beranggapan bahawa ia berlaku di kilang saya. "Di Pulau Pinang hanya ada dua kilang berskala besar dan sebuah kedai yang menghasilkan roti benggali," katanya. Beliau menjelaskan tidak ada kilang atau kedai roti benggali menerima notis penutupan 14 hari dalam Ops Food Court dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang. "Ini jelas menunjukkan, akhbar berkenaan membuat satu laporan yang tidak tepat," katanya. Menurutnya, penggunaan nama 'roti benggali' dalam laporan itu bukan sahaja menjejaskan peniagaan penerima notis, malah ia menjejaskan peniagaan keseluruhan peniaga roti berkenaan. "Maliia Bakery menerima tempahan pelanggan dari seluruh Pulau Pinang termasuk beberapa negeri lain di kawasan utara. Setiap hari kami menghasilkan 1,500 buku roti benggali menggunakan 125 kilogram tepung. "Tidak logik langsung mengatakan tepung diuli menggunakan kaki. Malah, kilang pembuat roti benggali menggunakan mesin canggih bernilai ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan roti setiap hari," katanya. Justeru itu , Maridass meminta akhbar itu membuat penjelasan terhadap laporan yang disiarkan dan juga meminta wartawan dan syarikat akhbar itu meminta maaf secara bertulis berhubung penyiaran itu. "Wakil pesatuan penjual roti benggali membuat aduan mengenai laporan itu kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan memohon penjelasan secara bertulis dari Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berhubung inisiden ini. "Sekiranya, akhbar itu tidak membuat pembetulan dengan penjelasan sewajarnya, kami akan merujuk hal ini untuk tindakan undang-undang," katanya. | |||||||||||
Mat Sabu dapat pencalonan timbalan presiden Posted: 12 Oct 2013 06:54 AM PDT Mohamad (kanan) menyerahkan cenderamata kepada wakil Pas kawasan ALOR SETAR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengumumkan tetap bertanding jawatan itu pada Muktamar Pas bulan depan kerana mendapat pencalonan dari Pas kawasan. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan pencalonan itu termasuk Pas kawasan yang mencadangkan namanya. "Ada pencalonan… namun saya serah pada perwakilan pada muktamar untuk tentukan sama ada saya dapat pertahan atau tidak jawatan yang disandang," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Pas kawasan Alor Setar, hari ini. Menurutnya, beliau bukan mempertahan jawatan itu kerana keputusan terletak pada pemilihan oleh perwakilan. "Saya serah pada perwakilan, selebihnya tak wajar komen," katanya. Diasak dengan saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan agar jawatan timbalan presiden dipegang oleh pemimpin yang memiliki ilmu agama tinggi atau ulama, Mohamad enggan mengulas lanjut. "Presiden sudah banyak kali komen pasal itu, saya tak mahu komen lagi," katanya. Mohamad juga enggan memberi sebarang reaksi apabila diajukan persoalan berkaitan peluang golongan ulama dan profesional dalam parti itu pada muktamar. Dalam ucapannya sebelum itu, Mohamad membuka kembali lembaran sejarah di mana golongan profesional yang pertama dilantik sebagai Presiden Pas iaitu Datuk Dr Abbas Alias yang merupakan Yang Dipertua Agung Pas ke-2 (1953-1956). Dr Abbas mengambil alih kepimpinan Pas selepas Yang Dipertua yang pertama, Ahmad Fuad Hassan meletak jawatan kerana mahu menyertai Parti Negara. | |||||||||||
Keputusan pemilihan sayap Umno setakat 9.00 malam Posted: 12 Oct 2013 06:52 AM PDT SINAR HARIAN BERIKUT keputusan pemilihan bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno peringkat pusat setakat 8.30 malam yang dikeluarkan Umno. WANITA Ketua Wanita: 1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil : 23 undi 2. Raihan Suleiman Palestin : 0 undi 3. Datuk Maznah Mazlan : 0 undi Naib Ketua Wanita: 1. Datuk Azizah Mohd Dun : 17 undi 2. Datuk Suraya Yaacob : 6 undi PEMUDA Ketua Pemuda: 1. Khairy Jamaluddin : 18 undi 2. Syed Rosli Syed Harman : 0 undi 3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi : 0 undi 4. Irwan Ambak Khalid Izhar : 0 undi 5. Abd Karim Ali : 0 undi Naib Ketua Pemuda: 1. Khairul Azwan Harun : 7 undi 2. Mohamad Iruan Zulkefli : 5 undi 3. Jamawi Jaafar : 3 undi 4. Lokman Noor Adam : 3 undi PUTERI Ketua Puteri: 1. Mas Ermieyati Samsudin : 30 undi 2. Jamilah Hanim Othman : 9 undi Naib Ketua Puteri: 1. Zahida Zarik Khan : 18 undi 2. Norsabrina Mohd Nor : 15 undi 3. Nazliah Ali : 5 undi - Bernama | |||||||||||
Disyaki amal Syiah, imam digantung tugas Posted: 12 Oct 2013 02:00 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE MUADZAM SHAH – Imam yang dikatakan pengikut ajaran Syiah yang ditahan di kuarters kakitangan Ladang Risda Pekoti Timur dalam serbuan pada 27 September lalu kini digantung tugas sementara menunggu siasatan terhadapnya selesai. Pegawai Agama Islam Muadzam Shah, Shaari Abdul Rahman berkata, imam berkenaan yang direman 24 jam telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas siasatan awal dijalankan terhadapnya. "Beliau dibebaskan dengan jaminan penguat kuasa dan dua orang lagi penjamin lain. "Sehubungan itu kita telah meminta pihak pengurusan ladang untuk mencari imam lain sebagai ganti beliau," katanya. Sinar Harian 29 September lalu melaporkan tentang seorang imam di Masjid Ladang Risda Pekoti Timur yang ditahan di rumahnya bersama dengan buku dan barang yang berkaitan fahaman Syiah seperti batu turbah, kain kafan dan tasbih. Hasil siasatan awal mendapati barang-barang tersebut diperoleh di Iran ketika suspek mengikut satu rombongan ke negara itu dan Karbala, Iraq, anjuran sebuah kumpulan. Difahamkan imam yang berumur 64 tahun itu disyaki mengamalkan ajaran itu sejak enam tahun lalu. Pihak berkuasa juga percaya imam berkenaan mempunyai rakan-rakan dan pernah hadir secara berkala ke beberapa pertemuan di beberapa tempat di antaranya Gombak serta Segamat. Pengikut Syiah itu disiasat di bawah Seksyen 165 dan 170 Enakmen Pentadbiran Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. | |||||||||||
Posted: 12 Oct 2013 01:53 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE Kuala Lumpur - Empat daripada enam ahli Geng Ah Fatt yang aktif menyamun sejak lima tahun lalu, mati ditembak polis dalam kejadian di rumah sewa seorang daripada mereka di Tingkat 15 Blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hiliran, di sini, tengah hari semalam. Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, empat penyamun terbabit diburu selepas dipercayai menyamun sebuah rumah di Bukit Antarabangsa, Ampang, kira-kira jam 3 pagi. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, sebelum kejadian itu polis menahan seorang lelaki yang menghantar suspek pulang ke rumah malah lelaki terbabit turut berurusan membeli barangan yang baru disamun geng itu. "Empat lelaki dipercayai warga Indonesia berusia 30 hingga 40-an itu ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis sebaik menyerbu masuk rumah mereka. "Pemeriksaan dalam rumah suspek menemui sepucuk revolver dan sebilah parang yang disyaki digunakan untuk menyamun," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. | |||||||||||
Keputusan akan diumum secara berperingkat Posted: 12 Oct 2013 01:38 AM PDT MALAYSIA KINI Keputusan pemilihan bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diumum secara berperingkat malam ini sebaik keputusan dari bahagian-bahagian tiba seawal pukul 7 malam. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Azmi Khalid berkata pihaknya menjangka keputusan awal tiba di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn sekitar waktu itu. "Pengerusi Tan Sri Tajol Rosli akan mengumumkan dari semasa ke semasa yang dijangka berlarutan sehingga awal pagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Ditanya mengenai perjalanan mesyuarat perwakilan dan pemilihan yang bermula sejak 8 pagi, beliau berkata sehingga kini semuanya berjalan dengan lancar. "Masalah kecil yang dilaporkan juga berjaya diselesaikan dengan kadar segera," katanya. Azmi berkata bahagian-bahagian yang tidak mempunyai banyak anggota perwakilan mungkin menutup proses pemilihan seawal 1 tengah hari manakala bahagian yang besar seperti di Sabah, dijangkakan agak lewat. Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bermula serentak di 191 bahagian pagi tadi. Kira-kira 230,000 anggota perwakilan diberi hak memilih pemimpin sayap masing-masing di peringkat bahagian dan pusat berbanding 2,500 anggota perwakilan sebelum ini. Pemilihan kali ini menyaksikan 110,765 anggota perwakilan Wanita, kira-kira 70,000 Pemuda dan kira-kira 50,000 Puteri akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memilih kesinambungan kepimpinan sayap parti itu bagi penggal 2013 hingga 2016. Bagi Pergerakan Pemuda, 94 calon disahkan layak bertanding di peringkat pusat manakala 7,125 calon di peringkat bahagian. Bagi Pergerakan Wanita pula, 51 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 6,758 calon di peringkat bahagian. Sebanyak 35 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 4,955 calon di peringkat bahagian Pergerakan Puteri.- Bernama | |||||||||||
Jamawi: Saya terima khabar menggembirakan Posted: 12 Oct 2013 01:36 AM PDT Walaupun proses mengiraan undi sedang berjalan, namun seorang calon 'favourite' bagi jawatan naib ketua Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata beliau telah mendapat perkhabaran yang menggembirakan mengenai kedudukannya. Menulis dalam facebooknya sekitar jam 2 petang ini, Jamawi berkata beliau mendapat perkhabaran tersebut dari rakan-rakannya di seluruh negara. Beliau yang juga pegawai khas kepada Datuk Seri Shafie Apdal. Proses pemilihan kepimpinan sayap Pemuda di peringkat bahagian dan pusat berlangsung hari ini. Jamawi menulis: "Sedang mendapat perkhabaran yang mengembirakan daripada rakan-rakan Pemuda Umno seluruh Negara... Syukur Alhamdulillah". Jamawi antara calon yang bertanding dalam persaingan empat penjuru bagi merebut jawatan nombor dua dalam pergerakan itu berlangsung hari ini. Tiga lagi calon merebut jawatannya adalah pencabar terdekatnya yang juga ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun dan Exco Pemuda Malaysia Lokman Noor Adam. Seorang lagi calon adalah ketua Pemuda Umno Lenggong Mohamad Iruan Zulkefli. Keputusan awal bagi pemilihan Pemuda dijangka diketahui jam 7 malam ini. | |||||||||||
Belanjawan Lebihan Di Era Anwar, Defisit Teruk Di Era Najib Posted: 12 Oct 2013 01:30 AM PDT PETALING JAYA : Malaysia dilaporkan menikmati belanjawan lebihan (surplus) antara tahun 1993 hingga 1997, iaitu semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan, kata Pengarah Eksekutif Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin. Beliau berkata, dalam tempoh itu negara berjaya mencatat lebihan RM6.6 bilion, iaitu nilai tertinggi yang pernah dicapai dalam bajet tahunan. Bagaimanapun katanya, prestasi kewangan negara menjunam ke paras defisit yang teruk pada tahun 2009 semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan. "Defisit paling teruk pernah dicatatkan pada tahun 2009 iaitu sejumlah RM47.4 bilion manakala dari segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah 9.7 peratus. "Sejak 2009, kita lihat perbekalan tambahan paling kurang dua kali setahun hingga menyebabkan perbelanjaan keseluruhan meningkat hampir RM260 bilion sehingga kini," katanya semasa sesi Forum Laporan Audit Negara : Kepincangan Urustadbir, Ketirisan dan Rasuah di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi. Laporan audit yang dibentangkan baru-baru ini menunjukkan beberapa pembaziran dan ketirisan melampau antaranya, projek menambahbaik Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; projek mewujudkan Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; projek pembentungan negara dan kelewatan mengutip cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Agensi penarafan kredit, Fitch Ratings pada Ogos lalu turut meletakkan unjuran penarafan kredit Malaysia daripada stabil kepada negatif serta mempersoalkan langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi kewangan terutamanya selepas berakhir pilihan raya baru-baru ini. Azrul berkata, hutang negara kini mencecah RM500 bilion dengan peratusan KDNK sebanyak 35 peratus sehingga hujung tahun 2012. Menurutnya lagi, tiada jaminan daripada Kerajaan Pusat untuk berbelanja secara berhemah kerana perbekalan tambahan dikeluarkan sekurang-kurangnya dua kali setahun sejak 2009. "Kita akan sukar untuk kekalkan hutang negara di bawah 55 peratus pada setiap masa kerana tiada sebarang reformasi fiskal dilakukan oleh kerajaan," katanya lagi. | |||||||||||
Boleh guna kalimah Allah tapi jangan salah guna – Hadi Awang Posted: 12 Oct 2013 01:28 AM PDT SHAH ALAM, :Menuju keputusan kes Kalimah Allah yang kini dibicarakan di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 14 Oktober nanti, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut bukan Islam. Bercakap kepada media seusai menyampaikan ucaptama di Seminar Pelaksanaan Syariah Islam Di Malaysia, Abdul Hadi berkata banyak hujah kukuh dari sudut agama, bahasa dan sejarah yang membolehkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. "Kita tidak boleh menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, malah baginda Rasullah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' kepada orang bukan Islam dalam satu perjanjian," tegas Hadi, dan menambah bagaimanapun kalimah 'Allah' tidak wajar disalahgunakan oleh mana-mana pihak sehingga menimbulkan konflik. Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada 14 Oktober ini sama ada penerbitan mingguan Kristian Katolik, The Herald, dibenar menggunakan kalimah 'Allah'. Pada 10 September lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah pihak berkenaan dalam kes itu. Panel itu akan memutuskan rayuan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan The Herald menggunakan kalimah 'Allah'. Sebelum ini, pada Januari 2010, Abdul Hadi telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM). Menerusi buku bertajuk: 'Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah', yang diterbitkan pada Januari 2010, Abdul Hadi menterjemahkan bahawa Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah "Allah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran. "Kalimah 'Allah' adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa arab (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat," jelas beliau dalam bukunya itu. Seminar Pelaksanaan Syariah Islam Di Malaysia berlangsung di Dewan Pro Canselor Universiti Selangor (Unisel) dekat sini, hari ini. Bertemakan '56 tahun Merdeka: Ke Mana Hala Tuju Syariah Islam di Malaysia', seminar anjuran Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Permuafakatan dan Instiusi Pendidikan Islam Selangor (Mappis) dan Universiti Selangor (Unisel) itu membuka ruang mencari penyelesaian kearah pelaksanaan syariah dalam konteks negara demokrasi. Hadir sama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, Exco Selangor Dr Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi. | |||||||||||
Dyana Sofya lapor polis berhubung profil FB palsu Posted: 12 Oct 2013 01:23 AM PDT MALAYSIA KINI Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang, telah membuat laporan polis berhubung akuan Facebook "palsu" yang menyamar sebagai dirinya.Dyana Sofya, 25, berkata bahawa profil, yang diwujudkan tiga minggu lalu di bawah nama 'Dyana Sofya', telah berinteraksi dengan lebih 250 rakan media sosial dengan menyamar sebagai Dyana. Dalam satu kenyataan semalam, Dyana Sofya memaklumkan kepada semua pihak bahawa akaun Facebook itu bukan miliknya dan beliau berinteraksi dengan orang ramai sepenuhnya melalui laman Facebook MP Gelang Patah. Menurutnya, beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung perkara itu. Manakala laporan polis telah dibuat pada 9 Oktober di sebuah balai polis di Nusajaya , Johor. | |||||||||||
Muka depan The Star 'sudah melampau', kata Liow Posted: 12 Oct 2013 01:19 AM PDT "Ia sudah melampau, benar-benar sudah melampau. Ini benar-benar telah menyalahgunakan akhbar." Begitulah reaksi Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berang dengan laporan muka depan akhbar milik MCA, The Star, yang memetik Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek merujuk kepada Liow sebagai 'He is weak', 'He is indecisive' dan 'He is not a fighter'. "Dia (Chua) menggunakan muka depan akhbar itu untuk menyerang saya kerana dendam peribadi. The Star sepatutnya lebih profesional," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Liow, yang melihat tajuk muka depan akhbar tersebut melalui MMS dari Malaysiakini, kedengaran berang dengan laporan tersebut dan menuduh Chua menggunakan jentera parti untuk menyerangnya menjelang mesyuarat agung luar biasa (EGM) minggu depan. | |||||||||||
Penyokong Lokman Adam beralih sokongan? Posted: 12 Oct 2013 01:17 AM PDT Calon bagi jawatan naib ketua Pemuda Umno, Lokman Nor Adam kecewa apabila mendakwa dimaklumkan bahawa ada kalangan bahagian yang sebelum ini bersamanya, dikatakan telah beralih sokongan kepada calon lain. Selain Lokman (kanan), tiga lagi calon yang bertanding jawatan tersebut ialah Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar; Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda Umno Lenggong, Mohamad Iruan Zulkefli. Dalam SMS kepada Malaysiakini, Lokman yang juga exco Pemuda Umno mendakwa bahawa dari semalam lagi, beliau dimaklumkan bahawa banyak bahagian yang sebelum ini menyokongnya, dikatakan berpaling kepada calon lain. Lokman mendakwa sistem pemilihan baru yang melibatkan 76,000 perwakilan di seluruh negara, akan memihak kepada mereka yang mempunyai sumber kewangan yang kuat. "Saya akan meneruskan perjuangan saya walaupun keputusan nanti tidak menyebelahi saya," tulisnya dalam SMS tersebut. | |||||||||||
Yang tidak diketahui Utusan mengenai DAP Posted: 11 Oct 2013 04:50 PM PDT Oleh Liew Chin TongPEMBOHONGAN dan logik merepek disuap kepada pembaca Utusan Malaysia dan penonton TV3 demi menghalang orang Melayu daripada memahami DAP. Di sini saya senaraikan beberapa hal yang UMNO, Utusan Malaysia dan TV3 patut tahu mengenai DAP. Pertama sekali, adakah sistem pemilihan UMNO itu lebih cemerlang berbanding DAP? Sangat kelakar melihat hamburan cercaan yang dilempar Utusan Malaysia dan TV3 baru-baru ini terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana tidak mendapat bilangan undi paling banyak pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan kenapa saya, calon yang menerima undi paling banyak, sepatutnya diberikan jawatan Setiausaha Agung serta merta. Asas kepada sangkaan ini pastilah bahawa sistem pemilihan parti DAP itu cacat dan tidak demokratik. Namun sistem yang tidak sama dengan UMNO tidak semestinya rosak. Setiap jenis sistem pemilihan hadir dengan sebab tersendiri yang memerlukan analisis mendalam. UMNO mempunyai sistem yang pura-pura membenarkan pemilihan jawatan penting. Di atas kertas memang ia kelihatan demokratik. Tetapi sejarah menunjukkan bahawa hanya dua kali Presiden UMNO harus berdepan pencabar; pada 1978 Tun Hussein Onn dicabar Sulaiman Palestine manakala pada 1987 Tun Dr Mahathir Mohamad dapat bertahan dengan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dengan kelebihan hanya 43 undi. Sejarah Malaysia pastinya akan jauh berbeza sekiranya Tengku Razaleigh memenangi pemilihan UMNO. Atau sekiranya UMNO menyediakan jalan yang lebih mudah untuk mencabar presiden, beberapa pemimpin terbaik UMNO mungkin akan dapat bergilir memberi khidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri yang tidak kita dapatkan, antara lain kerana sistem pemilihan UMNO adalah sangat bias kepada penyandang jawatan Presiden. Akhirnya Presiden UMNO hanya boleh digantikan melalui rampasan kuasa parti. Ternyata, Dr Mahathir ada peranan dalam mencurangi perkhidmatan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi. Tun Razak meninggal dunia terlalu awal sewaktu menjawat jawatan berkenaan. Kini kita menanti untuk melihat serangan Mahathir beralih kepada Datuk Seri Najib Razak, terutamnya kalau Datuk Mukhriz Mahathir gagal memenangi jawatan Naib Presiden. Sejak pembentukan DAP pada 1966, semua pemimpin tertinggi harus melalui pemilihan sekali setiap tiga tahun. Perwakilan memilih 20 ahli untuk membentuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat, yang kemudiannya memilih antara mereka siapa yang memegang jawatan tertentu. 20 ahli yang dilantik ini kemudian akan melantik 10 lagi ahli untuk turut serta dalam CEC. Sepanjang tempoh Lim Kit Siang menjadi Setiausaha Agung, beliau tidak pernah mendapat bilangan undi tertinggi. Hanya pada 2008 dan 2012, apabila beliau sudah tidak lagi menjadi Setiausaha Agung, beliau menerima undi paling banyak. Setiausaha Agung harus menguruskan parti dan membuat keputusan. Bukan semua keputusan boleh menyenangkan hati setiap ahli. Kerana itu ada disebut di kalangan pemimpin DAP bahawa sesiapa yang dilantik untuk mempengerusikan jawantakuasa disiplin – unit yang bertindak menjaga keteraturan termasuk mencadangkan pemecatan ahli – akan boleh mengagak undinya akan berkurang. Parti DAP disusun dalam kerangka idea kepimpinan kolektif. Setiausaha Agung tidak mendapat aura Presiden, tetapi hanya seseorang yang lebih terkedapan di kalangan ramai dalam barisan kepimpinan yang dilantik pada satu pemilihan. Pengerusi tugasnya mempengerusikan mesyuarat dan memantau Setiausaha Agung dan pemegang jawatan lain yang melaksanakan keputusan CEC. Pengerusi juga bukanlah Presiden. Kedua, pernah tidak UMNO melantik seorang bukan Melayu ke Majlis Tertingginya? Ini pastilah hanya satu soalan retorik, satu peringatan bahawa orang bukan Melayu tidak boleh menyertai UMNO. UMNO dan pencacainya menuduh DAP tidak melantik ahli Melayu ke dalam CEC, kecuali Zairil Khir Johari. Apa yang penting di dalam kepala mereka hanya warna kulit semata-mata. Tidak ada parti politik boleh beroperasi daripada kekosongan vakum. DAP terpaksa bergelut dengan masalah penampilannya di kalangan orang Melayu, antara lain disebabkan usaha meracuni pemikiran mereka oleh UMNO dan Utusan Malaysia, yang menjadikan penyertaan beramai-ramai orang Melayu ke dalam DAP begitu sukar sekali. Bagaimanapun, ahli DAP masih boleh berbangga dengan sebuah parti yang berusaha untuk menjadi parti paling 'Malaysian' daripada segi kepimpinan dan calon. Hanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP boleh mengaku mempunyai semua etnik dan kumpulan daripada kawasan utama diwakili di dalam struktur parti dan juga di kalangan wakil rakyat di peringkat nasional. Kepelbagaian ialah kekuatan DAP. DAP mempunyai lebih ramai wakil rakyat India berbanding parti India sendiri, MIC. Dalam pilihan raya kali ini, DAP menang di beberapa kerusi yang mempunyai lebih 50% pengundi Melayu di samping melihat tiga wakil rakyat Melayu dilantik, iaitu Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Zairil Khir Johari. Secara geografi, DAP adalah parti pertama yang mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia. Pilihan Raya Umum ke-13, Mei lalu turut menyaksikan seorang Kadazan, Dr Edwin Bosi, dilantil menjadi ADUN di Sabah. Namun pastinya menjadi kepelbagaian sebagai suatu kepercayaan dan mengamalkannya bukan sesuatu yang mudah, terutamanya apabila pihak seperti Utusan Malaysia dan TV3 terus menyemarakkan sentimen perkauman dan kegelisahan. Namun kepelbagaian itu tetap berada dalam 'rukun iman' parti. Ketiga, adakah UMNO menyediakan peluang yang mencukupi untuk orang muda menyertai kepimpinan parti? Saya syak ada sesuatu yang ahli UMNO sendiri kagum dalam diam mengenai DAP dan kecewa dengan parti dan pemimpin mereka sendiri: bahawa DAP ada kuasa anak muda. 40% daripada 20 anggota CEC DAP lahir selepas 1970. Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Bandar Kuching), Nga Kor Ming (Taiping), Tony Pua (Petaling Jaya Utara), Gobind Singh (Puchong), Loke Siew Fook (Seremban) dan saya sendiri lahir selepas 1970 manakala Teo Nie Ching (Kulai) dan Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) lahir selepas 1980. DAP mempunyai kelompok generasi pengasas yang menjadi tiang seri moral parti, sebagai contoh Karpal Singh dan Lim Kit Siang mampu membangkitkan emosi yang sangat dalam. Pemimpin generasi pertengahan usia sekurang-kurangnya mempunyai 20 tahun pengalaman politik pilihanraya. Lim Guan Eng, Chow Kon Yeow, Teresa Kok, Teng Chang Khim, Chong Eng dan Ngeh Koo Ham termasuk Dr Boo Cheng Hau mempunyai pengalaman luas sebagai pembangkang dan kerajaan negeri manakala Tan Kok Wai, M. Kulasegaran dan Fong Kui Lun adalah pemimpin veteran yang berdaya tahan tinggi. Pada masa yang sama, mereka yang sebaya saya di dalam UMNO masih lagi bertanding di peringkat pemuda (pemimpinnya Khairy Jamaluddin hanya setahun tua daripada saya) dan beberapa orang teman dalam kempimpinan Pemuda MCA malah punya anak yang sudah hampir usia mengundi! Sebaliknya, orang muda dalam DAP mendapat peluang untuk belajar sambil bekerja di dalam posisi CEC, seperti Setiuasaha Organisasi, Setiausaha Publisiti, Pengarah Pendidikan Politik, Pengerusi Biro Undang-undang dan Setiausaha Antarabangsa. Menjelang pilihan raya umum yang seterusnya, akan lahir generasi ketiga yang lahir selepas 1970 yang berpengalaman dan kuat, ramai antaranya yang sudah dua penggal sekurang-kurangnya berada di Parlimen. Orang muda boleh meningkat dalam struktur parti dan membentuk kelompok yang hebat kerana sistem pemilihan adalah secara relatifnya berbentuk 'collegial'. Inilah antara perkara mengenai DAP yang UMNO dan para pemukanya gagal faham dan mengerti. | |||||||||||
Ikut prosedur pun boleh berlaku penyelewengan jika tiada pemantauan: Tony Pua Posted: 11 Oct 2013 04:47 PM PDT SHAH ALAM: Komitmen ketua jabatan dan agensi penguatkuasaan perlu bagi menjamin tidak berlaku ketirisan, pemborosan dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam walaupun dilakukan mengikut prosedur ditetapkan. Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kim Swee, berkata yang penting pemantauan dilakukan setelah sesuatu pekerjaan itu selelsai dijalankan mengikut prosedur. "Saya berpendapat, banyak prosedur boleh diikuti satu persatu tetapi perlu ingat bahawa masih banyak ruang yang boleh menyebabkan berlakunya pembaziran, pemborosan dan penyelewengan. "Contohnya, bila pembelian pukal dilakukan, memang semua nampak okay tapi sebenarnya ada satu item misalnya berharga 20 kali ganda. Bila berlaku seperti itu, kita boleh kata macam mana pun ada dalam peruntukan, tidak lari bajet tetapi wujud elemen penyelewengan," kata beliau dalam Wacana anjuran Sinar Harian bertajuk, "Laporan Audit: Tiris atau terlepas pandang", di Shah Alam, semalam. Tony Pua yang juga Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara berkata, segala urusan atau transaksi pembelian kerajaan haruslah dipantau ketua jawatan atau agensi penguatkuasaan. "Kerajaan kena pantau adakah berlaku kemasukan wang (yang diragui) dalam akaun pegawai berkenaan, mereka juga boleh dipantau daripada cara hidup. (Tidak salah bermewah) tetapi bermewah yang melampaui pendapatan adalah tidak sepatutnya," ujar Pua. Sehubungan itu, Tony Pua turut menegur Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) yang dianggap hanya 'kuat mengaum tetapi tidak bertaring'. Bagaimanapun, beliau memberi reaksi positif kepada PAC apabila bertindak terhadap laporan rasuah membabitkan 'jerung besar'. "Setahun dua ini ada jerung yang dibawa ke mahkamah, PAC telah buat laporan antara satu daripada laporan mengenai isu PKFZ. Dalam laporan itu kita kata bekas menteri pecah amanah, tapi bila menteri dituduh tipu Perdana Menteri, ia seperti sudah bukan isu pecah amanah. "PAC hanya boleh buat bising tapi tidak ada kuasa. Dalam tahun lalu, PAC mungkin mesyuarat tujuh atau lapan kali tapi sering tidak dapat menyelesaikan masalah yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Lepas siasat, that's it, itu sahaja," katanya. Perkara ini menyebabkan berlakunya lambakan aduan kes rasuah dan penyelewengan yang gagal berjaya diadili di mahkamah menyebabkan keyakinan rakyat terhadap agensi kerajaan hilang. "Tan Sri (Ketua Pesuruhjaya SPRM) sendiri pernah membangkitkan banyak kes (penyelewengan dan rasuah) dan dibawa kepada Jabatan Peguam Negara (AG) tetapi mereka tidak ambil tindakan kes yang telah dinasihatkan SPRM. Sebab itu banyak kes rasuah tidak dapat dibawa ke mahkamah," jelasnya. Wacana itu dimoderatorkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, manakala ahli panel terdiri daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Tony Pua dan Pengerusi PAC negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed.-Roketkini.com | |||||||||||
Selangor sumbang 753 ekor lembu sempena Aidiladha Posted: 11 Oct 2013 04:23 PM PDT
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata lembu yang setiap seekor seberat 200 kilogram itu diperoleh daripada penternak tempatan termasuk PKPS Livestock Farm Sdn Bhd dan sebahagian lagi diimport dari Thailand. Ia dibiayai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Worldwide Holdings (WHB), Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Perbadanan Menteri Besar (MBI). Sempena sambutan Aidiladha itu, katanya, PKPS diamanahkan untuk menguruskan pengagihan yang dijadual bermula serentak di semua daerah antara 12 Oktober sehingga 14 Oktober. "Antara pemantauan PKPS ialah membuat tagging setiap lembu bagi mengelakkan tidak berlaku penukaran di lokasi penghantaran. Tugas memantau dilaksanakan 28 kakitangan PKPS," katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penyerahan Lembu Korban 2013 di Ladang PKPS Jelutong Jati, selain turut meninjau ladang lembu yang dibangunkan PKPS. Turut hadir sama ialah Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Ali Ahmad dan Exco Permodenan Pertanian, Sallehen Mukhyi dan exco lain, Dr Yunus Hairi dan Dr Daroyah Alwi. | |||||||||||
Zello Suara Rakyat, saluran komunikasi interaktif Posted: 11 Oct 2013 04:21 PM PDT
KUALA LUMPUR: Setelah beroperasi hampir dua tahun, Suara Rakyat.fm, radio internet yang membawa suara alternatif rakyat berhasrat melebarkan capaian aplikasi 'walkie talkie' internetnya, Zello Suara Rakyat. Menurut Ketua Penyelaras Suara Rakyat.fm, Ripin Samat, jaluran Zello Suara Rakyat yang ditubuhkan pada 7 Oktober tahun lalu berhasrat menjadi gelanggang kepada rakyat untuk berhujah dalam hal politik, agama dan isu semasa secara berhemah, berhikmah, berilmu dan berfakta tanpa mengira fahaman politik. "Jaluran ini adalah satu peralatan seakan-akan walkie talkie yang berkonsepkan 'perbualan langsung ' melalui internet. Jaluran Zello Suara Rakyat ini muncul dalam musim pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu dalam menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan perkembangan politik semasa tanah air. "Jaluran ini juga diharap menjadi pemangkin kepada berita-berita yang benar dan telus dari sumber-sumber yang sah dan berwibawa," kata Ripin. Menurut Ripin, jaluran Zello menggunakan aplikasi Android dan boleh diikuti melalui komputer di seluruh dunia. Ia boleh dimuat turun di www.zello.com dengan membuat carian "Suara Rakyat" dan tagline "Suara Rakyat Suara Keramat". Ripin berkata, berita yang disampaikan jaluran Zello Suara Rakyat berkisar tentang isu politik, agama dan isu semasa . Tambahnya, jumlah pengguna aplikasi ini telah mencecah hampir 13,000 dan jaluran Zello Suara Rakyat mengalami limpahan pengguna pada malam kiraan undi keputusan PRU13 sehingga mencapai had maksimum 300 pengguna pada satu-satu masa. "Ini bermakna jaluran Zello Suara Rakyat telah menjadi pilihan utama dalam menyampaikan dan menerima maklumat yang benar oleh rakyat. Jaluran Zello Suara Rakyat bukan saja menjadi medium untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan malah menjadi wadah untuk menguatkan ukhwah sesama user," katanya. Beliau menambah, pengguna Zello Suara Rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur termasuk para pemimpin utama Pakatan Rakyat yang telah bersuara secara langsung. " Juga tidak ketinggalan segelintir pemimpin BN pernah bersuara di dalam jaluran ini untuk menyampaikan agenda parti," katanya. Jaluran Zello Suara Rakyat juga, jelas Ripin sering membuat lintas langsung di majlis-majlis utama pakatan Rakyat dan melapor pelbagai peristiwa yang menggemparkan negara seperti perhimpunan Bersih 3.0. Menurut Ripin (gambar), pengguna jaluran Zello Suara Rakyat boleh berinteraksi dan berkongsi maklumat melalui laman facebook di alamat www.facebook.com/radiosuararakyatFM?ref=hl "Siaran di jaluran Zello Suara Rakyat ini berkumandang setiap hari selama 24 jam tanpa henti selagi ada pengguna yang setia berinteraksi sesama sendiri. "Perbincangan semakin memuncak bermula jam 9 malam hingga ke jam 1 pagi setiap hari. Para pembaca dialu-alukan untuk memberikan maklumat dan pandangan bagi dikongsi bersama di dalam jaluran Zello Suara Rakyat," pelawa Ripin. | |||||||||||
Audit: Mahathir juga tuju kepada Najib letak jawatan Posted: 11 Oct 2013 04:19 PM PDT
"Apabila Dr Mahathir meminta menteri-menteri yang dilihat gagal dalam laporan Ketua Audit Negara 2012 meletakkan jawatan, beliau sebenarnya menujukan kenyataan itu kepada Najib," katanya. Najib, kata Mahfuz, ialah orang yang bertanggungjawab melantik menteri-menteri berkenaan. "Sebab itulah saya kata Dr Mahathir sebenarnya meminta Najib meletakkan jawatan kerana kesilapan melantik menteri-menteri yang tidak beramanah dan tidak cekap bekerja. "Kesilapan mereka adalah kesilapan Najib sebagai Perdana Menteri yang melantik mereka," kata beliau. Menurut Mahfuz, sistem nilai yang terpakai dengan meluas meletakkan Perdana Menterilah yang bertanggungjawab terhadap segala kepincangan kewangan dan pentadbiran serta penyalahgunaan kuasa yang dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara itu. "Sama ada yg dibuat oleh menteri-menteri atau kakitangan, akhirnya Najiblah yang bertanggungjawab. "Pentadbiran negara ini sering dipanggil sebagai pentadbiran Najib dan kita selalu dengar atau baca Orang Putih kata 'the buck stop at Najib'," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz berkata, sebelum ini rakyat terlalu kerap mendengar bahawa Dr Mahathir tidak puas hati dengan stail dan prestasi Najib. "Dengar cerita Dr Mahathir melihat Najib sebagai lemah dan lembik," katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan Dr Mahathir akan terus memberikan tekanan terhadap Najib seperti yang dilakukannya terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu sehingga akhirnya "Malaysia mendapat Perdana Menteri baru menggantikan Najib". Dr Mahathir dilaporkan meminta menteri-menteri yang diperlihatkan gagal dalam laporan Ketua Audit Negara 2012 meletakkan jawatan. Menurut bekas Perdana Menteri, menteri-menteri harus bertanggungjawab untuk apa yang berlaku dalam kementerian mereka berikutan laporan Ketua Audit Negara. "Di Jepun, bila kapal terbang terhempas di landasan, menteri pengangkutan perlu meletakkan jawatan. Di Malaysia, jika kemalangan kapal terbang, itu bukan masalah saya. "Saya berharap untuk melihat lebih banyak peletakan jawatan," katanya dan sambil bergurau berkata, "saya meletak jawatan kerana saya gagal". |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan