Sabtu, 12 Oktober 2013

Biaqpila

Biaqpila


SURENDRAN SAHUT PELAWAAN KETUA POLIS NEGARA

Posted: 11 Oct 2013 06:32 PM PDT

IGP pelawa Surendran ikut ops berdepan penjenayah
  
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mempelawa Ahli Parlimen PKR, N Surendran untuk menyertai operasi polis berdepan dengan penjenayah.
Khalid membuat pelawaan tersebut melalui Twitter malam tadi.
Menurutnya, MP Padang Serai itu akan disediakan dengan perlindungan yang mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan tersebut.
Ketika dihubungi,  Surendran yang juga naib presiden PKR memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak pasti sama ada ketua polis negara itu serius dalam membuat pelawaan tersebut.
Bagaimanapun, Surendran (kanan) berkata beliau tidak ragu-ragu untuk menerima pelawan tersebut.
"Jika beliau serius, maka saya bersedia untuk menerimanya," katanya sambil menambah bahawa beliau bersedia berdepan dengan risiko sepertimana yang dihadapi oleh anggota polis.
"Saya bersedia untuk melakukan ini demi kepentingan mewujudkan sistem keadilan jenayah yang lebih baik," katanya.
Surendran, seorang peguam yang menjadi ahli politik, lantang mengkritik pihak polis berkaitan dengan penggunaan kekerasan yang berlebihan.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau serius membuat pelawaan tersebut, Khalid memberitahu Malaysiakini: "Ya... kenapa tidak? Jika beliau (Surendran) mahu."
Dengan itu, tambah Khalid, Surendran boleh melihat sendiri apa yang anggotanya perlu berdepan dan risiko yang mereka hadapi untuk memastikan negara ini selamat.
Bagaimanapun, tawaran itu bergantung kepada kesediaan Surendran menandatangani perjanjian indemniti jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Malaysiakini




Tiada ulasan: