. |
Masalah ketiadaan pitis Najib patut berterus terangn Posted: 27 Oct 2013 03:13 AM PDT RENUNGAN
Pembangkang sudah tentu mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Sebagai pihak yang hanya mahu mencari salah kerajaan dan dijadikan modal politik untuk populis dengan rakyat, isu ekonomi ini akan mulai dikembangkan. Pilihan raya kecil Dun Sungai Limar Kedah yang sedang berjalan kini menjadi gelanggang untuk mencanangkan isu berkenaan. Kenaikan harga gulai dan pengumuman cukai GST dilihat satu kemalangan buat UBN di Sungai Limau. Sebenarnya kalau hendak dikira kenaikan harga gula dan cadangan menenakan cukai GST itu tidak patut dijadikan isu dan rakyat dapat menerima dengan baik sekiranya kerajaan atau Najib Razak berterus terang dengan rakyat dan tidak cuba menipu rakyat mengenai kedudukan sebenarnya tentang perkara itu. Tetapi kerana sikap kerajaan yang tidak pernah bercakap benar dengan rakyat, suka mempermain-mainkan rakyat dan menyembunyikan isu-isu yang menyentuh langsung tentang kehidupan mereka, maka berlaku rasa tidak senang hati yang boleh membawa kepada kemudaratan sehingga tidak menstabilkan politik negara. Kenapa saya berkata begitu? Kerana kalau kerajaan jujur dan berani menyatakan kedudukan sebenarnya ia boleh diterima oleh rakyat. Rakyat boleh menerima apa juga perkara asalkan diberi tahu kepada mereka. Tetapi ianya tidak begitu kerajaan menganggap rakyat sebagai budak-budak yang boleh disonglapkan. Umum tahu apa tujuan dan matlamat disebaik menaikkan harga gula dan mengenakan cukai GST itu adalah untuk kepentingan negara dan rakyat juga? Sebab dan matlamatnya ialah kerana negara sedang berdepan dengan masalah kewangan yang serius. Masalah kewangan negara pula berlaku disebabkan masalah ketirisan dan kebocoran dalam menguruskan kewangan negara. Kalau hendak dikira aset atau khazanh yang Allah anugerahkan untuk kita sudah cukup tetapi kerana ketirisan disebabkan nafsu amarah manusia (pemimpin UBN), maka berlakulah kekurangan-kekurangan dan ketidakcukupan. Sekiranya negara tidak berdepan dengan masalah kewangan sudah pasti harga gula, petrol atau cadangan mengenakan cukai GST itu tidak akan dilakukan. Tetapi disebabkan kerana tabung kewangan negara sudah kering maka kerajaan terpaksa memerah poket rakyat. Tindakan sebegini bukan sesuatu yang pelik, Di mana-mana kerajaan di seluruh dunia ini melakukan hal yang sama meletakkan rakyat sebagai penanggungjawab. Rakyat adalah pemodal utama kepada pembangunan sesebuah negara. Jadi tindakan mengutip wang dari poket rakyat untuk tujuan pembangunn, keselamatan dan hal-hal kebajikan lain tidak pelik dan bukan satu kesalahan jika dilakukan dengan telus dan adil. Oleh demikian kenapa kerajaan atau Najib Razak menjadi sesat akal dalam hal ini. Kenapa beliau tidak mahu berterus terang dengan rakyat akan kesusahan dan masalah negara. Beliau sepatutnya berterus terang dengan rakyat menjelaskan apa yang sedang berlaku. Betapa beliau hendak menyembunyikan masalah negara atau dirinya sendiri akhirnya rakyat akan tahu juga. Saya yakin kalau Najib tulus, berani dan berterus terang rakyat tidak akan gelisah, kecewa dan marah. Rakyat akan menerima dengan seada-adanya. Misalnya semasa membentang Bajet tempoh hari Najib boleh memberi tahu rakyat secara jujur dan ikhlas apakah sebab musabab disebalik kenaikan harga gula, minyak petrol sebelum ini atau selepas ini dan juga dangan mengenai cukai GST mulai tahun 2015 itu. Ceritalah dan akui kepada rakyat bahawa tindakan itu terpaksa diambil kerana negara sedang berdepan dengan masalah kewangan yang kritikal. Justeru itu beliau harus jujur mengatakan negara terpaksa mengemis dengan rakyat demi masa depan negara. Kalau Najib berani berkata begitu rakyat tidak akan ada masalah. Ini kerana rakyat tahu akan tanggungjawab mereka dan rakyat negara ini dikenali sebagai rakyat yang sangat bertoleran dan berbaik budi. Tetapi kenapa Najib tidak berani berterus terang? Inlah satil dan cara orang kita berpolitik dan mentadbir negara. Mereka takut untuk berterus terang dengan rakyat dan sering menyembunyikan masalah kepada rakyat. Mereka sanggup menyatakan yang berkaki empat itu burung walaupun rakyat sudah tahu ianya adalah burung. Cara dan tindakan Najib itu sangat merbahaya. Cara itu boleh merosakan reputasinya sebagai pemimpin. Demikian juga alasan Najib kononnya kenaikan harga gulai itu bagi mengelakkan rakyat negara ini diserang kencing manis adalah alasan yang dangkal dan 'kelas sampah'. Orang boleh pertikaikan apakah Najib baru sedar rakyat negara ini mengalami masalah kencing manis sedangkan fenomena itu sudah bertahun lalu. Sepatutnya usaha mengurangkan gula demi mengurangkan serangan kencing manis diadakan kempen besar-besaran dua tiga tahun lalu bukan dengan cara menaikkan harga gula. Kelambatan sedar Najib mengenai masalah ini adalah kelemahan sebagai seorang pemimpin. Orang yang waras dan berifkir akan menempelak Najib dengan bertanya apakah rokok, shisa minum keras dan sebagai tidak mendatangkan mudarat kesihatan kepada rakyat? Tetapi kenapa pula tidak ada pengumuman kenaikan harga atau cukai kepada bahan-bahan najis dan berdosa itu? Kesongsangan ini menyebabkan orang nampak kenaikan gulai itu bukan masalah kencing manis tetapi kerana ingin wang dari 'kocet' rakyat. Kocet kocet tu gak, poketlah. Kocet bahasa Kelantan poket bahasa orang putih. Lebih afdal kalau Najib berterus terang dan memberi alasan begini dalam ucapan Bajet kelmarin; "kita terpaksa naikkan harga gula, mengenakan cukai GST kerana negara menghadapi masalah kewangan kritikal. Jadi untuk memastikan kewangan negara cukup maka kita kena mencari wang tambahan, dan caranya adalah begini. Adapun kenapa negara berdedapan dengan masalah kewangan kerana keadaan politik negara tidak setabil..." "Ketidakstabilan ini pula disebabkan kerenah pembangkang yang sepanajng masa mengkritik dan menggocak pentadbiran kerajaan. Gara-gara itu menyebabkan pelabur asing melihat negara kita dalam keadaan tidak stabil dan kondusif. Natijahnya mereka enggan melabur atau menarik pelabur sedia ada ke negara lain. Impilikasinya kepada pengembangan ekonomi kita...". Ertinya lebih baik Najib meletakkan masalah kewangan negara itu kepada pembangkang dan bukannya kepada penyakit kencing manis. Sekiranya Najib memberi alasan itu rakyat boleh menerimanya dan merasakan ia sebagai tepat. Dan dalam masa sama jugan Najib boleh membuat seruan kepada rakyat agar mengurang politiking. Serentak itu juga Najib boleh memberi pertunjuk kesediaan untuk mengadakan dialog nasional dengan Pakatan Rakyat. Cara ini dilihat lebih profesional dan meletakkan Najib sebagai seorang pemimpin yang jujur, ikhlas serta berani. Dan juga pembangkang khasnya Anwar Ibrahim merasa kekok untuk menyerang Najib kerana dia berterus terang. Selagi Najib tidak mengakui kelemahannya dalam menjana pembangunan dan kewangan negara dan mengambil pendekatan mengseimbangkan kewangan negara dengan 'mencuri' duit rakyat dengan pelbagai cukai dan menaikan harga barang orang akan melihat Najib tidak ada idea dan kebolehan untuk mengurus sesebuah negara. Persepsi sebgini lebih teruk daripada tanggapan Najib suka berbohong dengan rakyat. [wm.kl.5:56 pm 27/10/13] * tanpa edit |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan