Ahad, 27 Oktober 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ramai Yang Tiba-Tiba Diserang Muntah Hari Ini..

Posted: 26 Oct 2013 05:44 AM PDT

Saya Pun Dah Mula Minum Teh Tanpa Gula Sekarang, Kata PM

KUALA LUMPUR – Senada dengan pengumumannya semalam bahawa kerajaan memansuhkan subsidi gula demi kesihatan rakyat, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau juga sudah mula mengurangkan pengambilan bahan itu dalam minumannya.

"Saya pun telah mula belajar minum teh tanpa gula sekarang," katanya sambil tersenyum.


Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika perasmian majlis Persidangan Perwakilan Nasional ke-42 parti Gerakan di sini, hari ini.

Semalam perdana menteri mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.

Harga runcit gula sebelum ini ialah RM2.50 sekilogram naik kepada RM2.84 selepas subsidi dimansuhkan bermula hari ini.


Kaitkan Azizan dan harga gula, kempen tidak berakhlak

Posted: 26 Oct 2013 04:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.


Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham iaitu isteri dan anak-anaknya.

"Kenapa hendak kaitkan keputusan pemotongan subsidi gula dengan Allahyarham yang potong kaki.

"Jangan guna orang yang dah mati untuk menghalalkan mereka menaikkan harga gula," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.

Katanya, Muhyiddin langsung tidak ada rasa hormatkan isteri dan ahli keluarga Allahyarham.

Justeru, Mahfuz menggesa Muhyiddin memohon maaf kepada isteri dan anak-anak Allahyarham serta seluruh pengundi Sungai Limau yang rata-rata begitu rapat dengan Allahyarham.

Hari ini, Muhyiddin dalam majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya.

Tiada ulasan: