. |
Bila Mahathir sokongan idea Zahid adalah muslihatnya Posted: 15 Oct 2013 10:08 PM PDT PADANGAN Bila seseorang menghadapi suasana terdesak ia akan melakukan apa sahaja. Begitu juga dengan penjenayah yang sedang diburu polis, kalau boleh mereka mahu melepaskan diri dan tidak mahu mengambil risiko berdepan dengan polis. Namun kerana sudah tidak ada pilihan lain mereka akan melepaskan tembakan untuk menyelamatkan diri. Itulah yang terjadi. Barang kali kaedah yang sama boleh dipakai kepada Mahathir Mohamad yang kini dalam keadaan 'terdesak' untuk memastikan anaknya Mukhriz menang dalam perebutan jawatan naib presiden Umno. Mahathir bagaikan penjenyah akan melakukan apa saja tindakan walaupun ia melanggar keangkuhan dan kebencian dirinya kepada seseorang sebelum ini. Mahathir kini boleh dikatakan terdesak dalam suasana untuk menenangkan anaknya. Agaknya beliau sudah mengetahui hujung jatuh Mukhriz dalam perebutan jawatan itu. Apa lagi bila mana Khairy Jamaluddin mAbu Bakar enang besar dalam mempertahankan kedudukannya sebagai ketua pemuda Umno ia menjadikan Mahathir makin tidak senang duduk. Phobia Khairy mengalahkan anaknya empat tahun lepas menghantui dirinya. Keempat orang lawan Khairy yang setengahnya seperti ditaja Mahathir kalah sehinggakan hilang wang perataruhan. Kemenangan besar Khairy itu menandakan suara kejauhan Mahathir agak Khairy disingkirkan atau diberi petunjuk kurang sokongan dengan ada undi tentangan tidak menjadi. Kemenangan bergaya Khairy itu dibaca dan dinilai Mahathir ianya membawa kecelakaan kepada calonnya, Mukhriz Mahathir. Lantaran itu Mahathir kena mengubah strategi termasuk memalukan dirinya sendiri. Apa dimaksudkan memalukan diri sendiri dan mengubah haluan ialah bila mana Mahathir sekonyang-konyang bersetuju dengan kenyataan Zahid Hamid yang menyarankan agar penjenayah ditembak. Zahid membuat kenyataan itu dalam majlis tertutup tetapi dapat dihidu oleh media massa. Kenyataan Zahid menjadi kontroversi. Dalam kontroversi inilah Mahatir tiba-tiba tampil memberi sokongan moral kepada Zahid dengan berkata; kalau orang acu pistol ke arah awak, tembaklah... tetapi jangan pula dok pergi menembak merata. Komen Mahathir itu memberi gambaran beliau menyokong tindakan Zahid. Mahathir terpaksa sokongan Zahid kerana dia menyedari kedudukan Zahid begitu terpengaruh. Zahid akan mendapat sokongan besar dalam pemilihan kelak. Jadi Mahathir mahu pengaruh Zahid itu akan mengalir kepada anaknya Mukhriz. Pernyataan sokongan itu juga memberi gambaran yang salah seorang naib presiden dalam konteks ini Hishamuddin Hussein, lemah dan gagal menunjukkan prestasi baik semasa dia memegang jawatan sebagai menteri dalam negeri (KDN) dulu. Maksud yang hendak disampikan Mahathir di sini ialah Hishamuddin perlu digugurkan kerana tidak menunjukkan prestasi baik sebagai seorang menteri kanan. Pujian Mahathir ke atas Zahid itu menjelaskan Hishmuddin lemah. Mahathir tentu mahukan Hishmuddin terkeluar untuk memudahkan anaknya masuk. Walaupun kalau mengikut kemisteri Mahathir tidak ngam dengan Zaid tetapi beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana kedudukan dan pengaruh Zahid meluas. Siapa telah lupa sejarah yang dilakukan Mahathir kepada Zahid sebelum ini. Zahid menjadi ketua pemuda pertama yang tidak diberi apa-apa jawatan dalam kabinet oleh Mahathir. Zahid menjadi menteri setelah Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Apakah sejarah itu dilupai Zahid dan beliau akan membantu Mukhriz memenangi kerusi naib presiden? Rasanya tidak. Bagi Zahid Mahathir tidak ada apa-apa budi kepadnaya untuk dibalas dengan memberi laluan kepada Mukhriz. Baik Zaid, Hishamuddin hatta Najib Razak sendiri tentu akan merasa tidak seoronok kalau Mukhriz berada di tangga ke tiga dalam hirerki parti sebagai salah seorang naib presiden. Mereka tidak mahu terganggu dengan kehadiran Mukhriz itu. Mahathir yang selamanya menjadi penasihat politik kepada anaknya dan menaungi kerajaan Kedah akan menggunakan Mukhriz untuk menyalurkan pandangannya. Teguran-terguran beliau kepada Umno akan disampaikan kelalui Mukhriz. Keadaan inilah bakal mewujudkan suasana tidak sihat dalam Umno kelak. Agenda Mahatir tidak akan mudah habis. Sebagai seorang yang merasakan orang lain bodoh, tidak cerdik beliau tetap mahu menunjukkan yang otaknya bagus. Kerana itulah beliau akan mencari apa-apa saja lubang dan peluang untuk 'memerintah'. Jadi kalau anaknya berada di dalam Umno ia memudahkan untuk beliau terus menguasai Umno. Justeru pujian dan sokongan kepada Zahid berhubung cadangan agar penjenayah ditembak itu, ia bukan satu cadangan yang ikhlas melainkan ada muslihatnya. Mahathir seorang yang sebelum ini berpegang kepada prinsipnya; seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah selagi ia tidak didapati bersalah. Apakah dengan penjenayah ini beliau ada pandangan lain dan telah mengubah prinsipnya. Oh tidak, pujian kepada Zahid itu tidak lain dan tidak bukan kerana ada undang di balik batu, beliau mahu anaknya mendapat blessing Zahid Hamidi. Itu sahaja. Dan Mahathir kini sudah terdesak dan sedia untuk jadi seperti seorang penjenayah menembak sesiapa saja. [wm.kl.12:51 pm 16/10/13] |
Sepatutnya halangan guna kalimah Allah diperluas ke Sabah, Sarawak jua Posted: 15 Oct 2013 08:25 PM PDT SINGGUNGAN Keputusan Mahkamah Rayuan yang menghalang pemakaian sebuatan (kalimah) 'Allah' oleh majalah Kristian Khotolik, The Herald dan tidak sama terpakai untuk penerbitan-penerbitan lain seperti Bible, atau Al Kitab yang digunakan di Sabah dan Sarawak menimbulkan sedikit tanda tanya sejauh mana relevansinya, serius dan ikhlasnya larangan itu dibuat atas kepentingan agama (Islam) dan kehendak perlembagaan sebenar negara ini.Apabila larangan itu hanya terbatas dalam Herlad dan kalimah itu dibenarkan diguanakan di Sabah dan Sarawak semacam ada sedikit kesongsangan dalam hal ini. Kenapakah dalam soal-soal agama yang hukumnya rigid boleh dilonggarkan dan ada dua undang-undang untuk membatasinya. (Jika benar kalimah Allah itu hak mutlak umat Islam?) Kalimah Allah yang ditakuti oleh sesetengah umat Islam di Semenanjung tetapi boleh digunapakai dengan bebas di Sabah dan Sarawak tanpa pertikaian sejak berdekad lalu. Sepertri mana ditegaskan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tunku Jaafar, katanya Kabinet membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam al-Kitab di Sarawak dan Sabah serta jaminan dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud pada tahun 2011. Kalau diambil kira tujuan dan semangat permohonan Kerajaan (KDN) untuk menghalang pemakaian perkataan itu oleh Herald untuk tidak menimbulkan masalah agama di negara ini. Ini kerana hakikat Herald memakai kalimah itu adalah untuk mengelirukan umat Islam dan sebahagian dari tektik dan stretegi untuk mengembangkan ajaran Kristian. Itu yang ditakuti. Manakala alasan penghakiman pula yang menghalang penggunaan kalimah itu oleh Herald ia dibuat untuk mewujudkan kedamaian di negara ini mengelakkan tercetusnya tragedi agama. Cukup jelas dan tepat penghalangan itu jika diperhatikan dari segi zahirnya. Kalaulah itu alasannya hujah itu masih tidak kemas dan boleh dipertikaikan. Ia juga boleh diketawakan kerana ada semacam sikap daouble standard terhadap kepentingan Islam di negara ini. Apakah keutuhan Islam dari diganggui oleh Kristian itu hanya perlu dikawal oleh Semenanjung sahaja, tetapi dalam masa di Sabah dan Sarawak dibiarkan? Kenapa halangan itu tidak mencakupi ke Malaysia Timur sama? Tidakkah tanggungjawab umat Islam itu menjaga keutuhan dan kesucian Islamnya bersifat sejagat? Ia bukan hanya di daerah-daerah tertentu tetapi di seluruh dunia. Semisalnya kenapa kita mengumpul derma puluhan jita ringgit untuk di hantart ke Palestin, Syaria dan lain-lain. Itu mandakan perikemanusiaan Islam sejagat sifatnya. Mengenai penjagaan kalimah Allah ini, kalau tidak untuk seluruh dunia pun tetapi bukankah Sabah dan Sawarak itu adalah Persekutuan Malaysia? Memelitkan kalau di dalam sebuah negara ada dua peraturan yang kontras di antara satu sama lain. Justeru kepada pemberani atau mereka yang bangkit membela Islam perlulah membuat pembelaan sampai ke Sabah dan Sarawak jangan berputar dan berkokok di Semenanjung sahaja. Kalau mereka hanya bangkit dan menunjukkan keberanian ataupun pembelaan di Semenanjung sahaja maka jelas mereka adalah pembela Islam munafik dan berkepentingan. Cara mereka juga nampak kerja membela Islam sebegitu sebagai kerja sambilan untuk mengisi masa kosong selepas tewas dalam pilihan raya. Kalau pembelaan itu hanya di Semenanjung saja maka jelas ia dibuat bukan berlandaskan tanggungjawab sebenar tetapi kerana motif politik. Kita mahu tenguk Ngo-Ngo dan individu yang bermati-matian menghalang penggunaan kalimah Allah itu, yang pakai tanjak dan keris akan terbang ke Sabah dan Sarawak untuk memastikan Islam di sana juga tidak dicemari dengan hal-hal seperti dilakukan Herald itu. Sebab kalimah itu masih terpakai di dalam al-Kitab dan dibenarkan. Kalau kita benar-benar hendak membela Islam dan menjaga kesuciannya, halangan menggunakan kalimah Allah itu bukan sahaja kepada Herald tetapi harus termasuk dalam segala bentuk bahan cetakan lain yang ada di negara ini. Kalau keputusan Mahkamah Rayuan itu dibuat berdasarkan undang-undang negara ini, apakah tidak boleh undang-undang sama dibuat untuk bertindak ke atas perkara yang sama di Sabah dan Sarawak. Kita berharap KDN serta pembela Islam negara ini akan membuat rayuan kepada mahkamah agar tindakan sama dikenakan di Sabah dan Sarawak. Kita tidak mahu perlaksanaan undang-undang di negara ini dan juga perjuangan membela Islam dibuat secara bertompok-tompok dan terpilih. Kalau kita hendak dilaksanakan biarlah menyeluruh dan mengikut prosuder yang betul. Kalau kita main-main kita akan diketawakan oleh dunia dan mereka menilai sejauh manakah keimanan kita terhadap agama. Sebab itu sebelum sesuatu tindakan hendak dimulakan fikir dahulu implikasinya dan kemunasabahannya. Dengan tindakan dan cara mengawal kesucian Islam hari ini berdasarkan kepada penghalangan itu ianya tidak ubah seperti cara Abu Nawas mengawal ladangnya. Abu Nawas membina pintu pagar dan siap dengan kunci tetapi pagarnya tidak ada. Apakah kita menerima pakai falsafah Abu Nawas dalam hal ini? Kalau begitu ini bererti kita semua adalah watak-watak dalam hikayat 1001 malam. Seperkara lagi apabila ia dibenarkan di Sabah dan Sarawak apakah ini bermakna kalimah itu tidak mengelirukan orang Islam di kedua-dua buah negeri itu. Ataupun pemahaman orang Islam di Sabah dan Sarawak leih tinggi berbanding dengan di Semenanjung maka ia tidak perlu gusar dengan kalimah berkenaan? Begitukah? Kalau alasan itu diterima ini bermakna kedudukan dan pemahaman orang Islam di Sabah dan Sarawak lebih tinggi dari Semenanjung. Apakah tidak terfikir untuk memanggil orang Isalam di Sabah dan Sarawak untuk datang berdakwah di Semenanjung, mengajar dan memberi kefahaman mengenai kalimah Allah itu kepada orang Islam di Semenanjung? Begitu juga apakah istimewaannya orang Kristian di Sabah dan Sarawak sehinggakan mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam risalah dan penerbitan mereka? Mungkin ia diterima pakai kerana sudah menjadi amalan sejak lama dahulu. Kalau itulah alasannya maka jelas tindakan kita menghalang kalimah Allah itu bukan dibuat berdasarkan kehendak Islam sejati tetapi sebaliknya peraturan yang baru kita perbuatkan kerana kelemahan diri kita, kecetakan pengertian mengenai Islam. Ertinya kalimah Allah itu bukan hak Islam tetapi adalah juga hak sesiapa saja yang boleh menyebutnya. Sekiranya kita serius untuk membela Islam dan memartabatkannya adalah lebih baik dan lebih afdal dicadangkan Perkara 11 dalam Bahagian Kedua Perlembagaan negara dimansuhkan. Perkara itu ialah mengenai kebebasan beragama. Buatlah cadagan kepada Parlimen untuk meminda perkara itu. Anjurkan tunjuk perasaan mendesak kerajaan agar pindah perlembagaan. Apakah kita berani? Kalau kita berlebih-lebih dan menunjukkan jambul sedangkan kita tidak mampu berbuatnya, tidak ada guna. Islam itu adalah dinul hayat untuk semua makhluk dan jangan kita merasakan ia hanya hak kita saja. Demikian juga kalimah Allah bukan hak kita. Dengan mendabit dada sebagai hak kita, dibuat keputusan menghalang ia tidak semudah itu pihak sebelah sana mematuhinya. Selain meminda perlembagaan yang tidak mungkin terjadi, pekara lain yang lebih afdal untuk kita lakukan demi menguatkan Islam ialah dengan mendalami ilmu Islam sepajang masa. Islam bagi sesebuah negara itu tidak akan kuat dan utuh kalau sekadar menabirkan banner atau pun membuat slogan seperti Wasatiyah, Hadri ataupun Membangun Bersama Islam. Islam adalah ajaran praktikal bukan retorik dan ilusi. [wm.kl. 10:46 am 16/10/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan