Rabu, 9 Oktober 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Fuh!! Nasib baik.. Kalau tidak satu lagi PRK, di Pulau Pinang pula..

Posted: 09 Oct 2013 03:41 AM PDT


Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad dimasukkan ke Hospital Balik Pulau kelmarin kerana disyaki makan ayam tercemar.

Ketika dihubungi beliau berkata, beliau sekeluarga ke Shah Alam dan menikmati hidangan di salah sebuah restoran di sana.

Menurutnya, hanya beliau sahaja yang memilih menu ayam sementara anak-anak memilih untuk makan daging. 

"Setelah beberapa jam selepas menikmati makanan berkenaan, saya mula tidak sedap perut.

"Pada mulanya saya hanya menjangka ia perkara biasa dan sakit perut yang normal, namun saya sempat balik ke Pulau Pinang sebelum ia semakin melarat," katanya.

Kemudian setibanya di Balik Pulau, Muhamad Farid mengakui dia tidak boleh tidur dan mengalami sakit kepala.

Akibat kondisi badan yang semakin lemah, pada jam 5 petang kelmarin dia segera ke Hospital Balik Pulau dan ditahan kira-kira dua jam di wad kecemasan.

"Jururawat memasukkan dua botol air ke dalam badan, alhamdulillah saya tidak ditahan untuk bermalam di hospital dan jam 7 petang pada hari yang sama saya sudah keluar.

"Sakit perut berkenaan sudah beransur pulih dan kini melakukan tugas seperti biasa, namun saya dapat pengajaran supaya memilih makanan dengan lebih berhati-hati," katanya.

Dia yang sempat berkongsi kisahnya dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan di laman Facebook peribadinya itu turut menasihatkan orang ramai berhati-hati memilih hidangan ayam.

"Bukan tidak boleh makan namun kita perlu tahu sumbernya dari mana dan tambahan lagi sekarang sudah kecoh ada saja yang keracunan akibat makan ayam, jadi kita perlu berhati-hati," katanya ~ Sinar Harian


Alhamdulillah... beliau telah kembali sihat...

Ayam masak merah yang dihidangkan dalam kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah Sabtu lalu dicemari bakteria Salmonella, menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan setakat ini.. baca laporannya di SINI

Bakteria ini juga dikesan menjadi penyebab utama kes keracunan makanan hingga menyebabkan 271 pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tapah dikejarkan ke klinik dan hospital bagi mendapatkan rawatan, Khamis lalu... baca di SINI

Kenapa Kedai Daun Pisang caj RM6,000 untuk sarapan pagi?.. Ini penjelasannya.. (Video Inside)

Posted: 09 Oct 2013 12:28 AM PDT


Dalam masa 24 jam, sehari selepas Sinar Harian melaporkan tentang sebuah kedai makan yang mengenakan bayaran RM6,000 bagi sarapan pagi sekumpulan VIP (sebenarnya macai-macai UMNO), Restoran tersebut telah diserbu Penguatkuasa PDNKK.

Restoran yang terletak di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, Kelantan itu, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK)dan di kompaun RM175,000. Baca laporannya ini..

Serbuan tersebut dilancarkan sepantas kilat oleh Penguatkuasa PDNKK berdasarkan laporan Sinar Harian itu..

Baca laporannya ini..

Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). 
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini. 
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam. 
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat. 
"Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan. 
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit," katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. 
Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000. 
Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000. 
"Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun. 
"Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan," katanya. 
Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan. 
Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini. 
"Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan. 
"Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi," katanya. 
Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000. 
"Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal. 
"Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu. 
"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya. -SinarHarian

Berikut adalah penjelasan dari pemilik kedai mengenai caj yang dikenakannya itu dan dalam masa yang sama juga jawapan mengapa Penguatkuasa PDNKK bertindak sepantas kilat terdedah..


400 orang macai-macai UMNO, mentekedarah sarapan yang disediakan bagi 600 orang, menurut tuan kedai..

Ini perkara biasa ni.. kalau korang tengok macai-macai UMNO ni kalau boleh mentekedarah free depa kalau boleh nak makan dalam talam.. maksud aku sorang setalam bukan sepinggan.

Dikenakan bayaran RM5,500 tapi macam biasalah macai UMNO ni mark-up tu dah jadi SOP depa.. resit ditulis RM6,000.. makan dapat untung lagi RM500.

RM5,500 bahagi 400 orang... seorang baru dikenakan RM13.75... alahai yang tu pun nak bising?


Ini videonya...

Kakitangan Kerajaan dipecat kerana adakan kenduri kahwin mewah untuk anak..

Posted: 08 Oct 2013 09:03 PM PDT


Seorang Pegawai Kerajaan telah dilaporkan dipecat dari jawatannya gara-gara mengadakan majlis perkahwinan yang mewah untuk anak lelakinya.

Majlis yang berlangsung selama tiga hari tiga malam itu dilaporkan telah menelan belanja mencecah RM834,301 atau USD$260,000 minggu lalu.

Pada hari majlis itu diadakan para jemputan dari sekitar kawasan telah diangkut dengan kereta-kereta mewah dan dihiburkan oleh artis-artis ternama.

Perkara ini telah dilaporkan berlaku di China, sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Komunis.

Tetapi di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan Islam adalah agama rasminya ianya berbeza pula..

Walaupun telah mengadakan kenduri kahwin untuk anak lelaki sulungnya dengan belanja yang dilaporkan mencecah RM600,000, individu itu masih dihargai... baca di ( SINI )

Bukan rakyat yang menghargainya, kerana beliau telah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu tetapi Presiden sebuah parti perkauman yang amat menghargainya.

Beliau telah dilantik sebagai Senator dan telah mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara semalam.. baca di ( SINI )

Sungguh menghairankan...

China official sacked over son's extravagant wedding 
A village official has been sacked in China over a lavish wedding for his son that cost 1.6m yuan ($260,000;£160,000), state media say. 
The wedding lasted three days - luxury cars ferried guests around and well-known entertainers kept them amused. 
Ma Linxiang, deputy head of a village on Beijing's outskirts who hosted the wedding, said the bride's family had paid for most of the ceremony. 
China's leaders have warned officials not to flaunt wealth amid public anger. 
The wedding extravaganza took place during last week's National Day holiday, the Beijing News reported. 
Marquees were erected for 210 tables, and some of the celebrations were also held at a convention centre - which had been a 2008 Beijing Olympics venue, the newspaper said. 
The local Communist Party discipline inspection commission in Chaoyang district, where Mr Ma's village is located, removed him from his post on Tuesday, the state-run Xinhua news agency reported. 
The commission found no evidence that Mr Ma had used public funds for the wedding, but it believed that the extravagance of the celebration ran counter to the party's rules and damaged its image, the report said. 
With official corruption rampant in China, major family events like weddings have become a front for taking bribes in the form of gifts, correspondents say. 
'Not aware of costs' Mr Ma told state media that his wealthy in-laws footed the majority of the bills for the wedding and that he was unclear of the total costs. 
The wedding was estimated by local event planners to have cost 1.6m yuan, according to the Beijing News. 
But Mr Ma said that he only paid for the two days of festivities in his village that cost 200,000 yuan, and that he received a fraction of that back in gifts, the newspaper said. 
Chinese President Xi Jinping has vowed to tackle official corruption by going after what he has called powerful "tigers" as well as lowly "flies". 
The sacking of Mr Ma has received widespread support from users of Weibo, China's version of Twitter. 
On the most popular, Sina Weibo, many users expressed support for the government to investigate Mr Ma, with some saying "such slugs [corrupt officials] must be removed from office". 
Other users have asked how a village deputy chief could manage to have so much money. 
"There must be something dodgy behind it," one user said ~ BBC News

Tiada ulasan: