Selasa, 8 Oktober 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Auta Zahid Hamidi dan Shabery Cheek dibidas Ketua Audit Negara..

Posted: 08 Oct 2013 07:14 AM PDT


Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.

Ambrin turut tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.

Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain.

Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

"Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting," kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah.

Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.

Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.

"Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan kami dan tiada jawapan daripada polis berhubung isu ini," kata Ambrin kepada The Malaysian Insider semalam.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin jatuh ke dalam laut.

"Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset," katanya.

Ahli Parlimen pembangkang menyelar polis selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dibentangkan dengan mendakwa kehilangan pistol mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar jenayah melibatkan senjata api.

Teresa Kok dari DAP mengkritik polis kerana sekadar memberikan alasan tanpa mahu mengakui kecuaian mereka.

"Macam mana Khalid tahu pistol itu jatuh ke dalam laut? Adakah rakyat Malaysia yang waras boleh terima alasan sebegitu," katanya.

Berhubung bagaimana Jabatan Audit Negara tahu mengenai kehilangan itu, Ambrin berkata, mengikut peraturan, kementerian, jabatan atau agensi yang kehilangan aset kerajaan harus melaporkan kehilangan itu kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara.

Pendedahan lain dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menjadi kontroversi adalah penggunaan dana RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Sedunia.

Bekas menterinya, Ahmad Shabery berkata, ia datang daripada penaja sementara penggantinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengambil alih jawatan itu pada Mei mengakui kementerian mengeluarkan belanja untuk konsert itu.

Shabery mendakwa, kementerian menerima RM20 juta daripada sektor korporat dalam dan luar negara untuk acara itu.

Shabery turut menggelar Jabatan Audit Negara "culas" (malas) kerana gagal menyemak wang yang dimasukkan oleh penaja ke akaun bank Majlis Belia Kebangsaan.

Bagaimanapun, Ambrin menafikan dakwaan Shabery dan berkata, tiada sesiapa daripada kementerian atau majlis yang mencabar fakta wang konsert K-pop itu datang menerusi peruntukan kerajaan semasa perbincangan kedua-dua pihak berhubung audit itu.

"Dalam audit tentang pembayaran geran oleh kementerian kepada badan bukan kerajaan kami mendapati sejumlah besar wang dibayar untuk beberapa aktiviti bagi sambutan yang dirasakan tidak wajar termasuk konsert K-pop.

"Ini sebabnya mengapa ia dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara," katanya.

~ The Malaysian Insider

Inilah yang dikatakan sebagai 'Gila Kuasa'...

Posted: 08 Oct 2013 02:44 AM PDT


Kita anggaplah apa yang didedahkan dalam satu sidang media di Putrajaya ini sebagai satu anjakan paradigma yang dilakukan oleh ahli-ahlinya..

Jika dulu hanya yang rapat dengan pimpinan akan mengetahui pertelingkahan atau pergeseran dalaman yang berlaku hingga ahli biasa tidak tahu mengenainya..

Sehingga membolehkan ahli-ahli peringkat bawahan berbangga kononnya pemimpin mereka tidak seperti pemimpin UMNO yang gila kuasa..

Kini anjakan paradigma yang dilakukan oleh Ahli PAS ini, mendedahkan apa yang berlaku dalam PAS Putrajaya kepada media.

Mungkin kerana ada antara mereka mula merasai nikmat berkuasa, maka berebut-rebutlah mereka, saling menjatuhkan sesama mereka..

Mesyuarat agung dua kawasan PAS di Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya dan Batu kecoh apabila terdapat gerakan untuk menjatuhkan penyandang jawatan berkenaan. 
Gerakan itu berjaya menukar kepimpinan di Putrajaya, tetapi gagal di Batu apabila pemimpin kawasan itu berjaya kekal dalam jawatannya. 
Bekas Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya, Nazir Zakaria, dalam sidang medianya hari ini, berkata pada 3 April lalu, beliau "direhatkan" daripada jawatannya melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamaruzaman Mohamad dan dua lagi pemimpin PAS kawasan. 
Katanya, menjelang mesyuarat agung iaitu pada 12 September, Nazir menerima satu lagi surat dari orang yang sama memaklumkan 'Penamatan tempoh berehat Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya' dan pada hari sama, notis mesyuarat agung Putrajaya dikeluarkan tanpa pengetahuannya. 
Sehubungan itu, katanya, dalam mesyuarat agung PAS kawasan Putrajaya 22 September lalu, Kamaruzaman yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Putrajaya baru menggantikan Nazir. 
"Pada hari mesyuarat agung berkenaan, saya tidak ada kerana ke Bangkok atas urusan korban untuk umat Islam di sana. 
"Sementara ada di sana, saya turut berkunjung ke majlis berkabung untuk Chin Peng bersama calon kita dari Pendang untuk melihat sejarah yang diselewengkan oleh Umno," katanya. 
Nazir berkata, tindakan terhadap beliau bermula apabila beliau melaksanakan keputusan mesyuarat AJK PAS kawasan yang mahukan Datuk Husam Musa sebagai calon PAS di Putrajaya. 
Katanya, beliau mempertikaikan kesahihan tindakan merehatkan dirinya kerana ia bertentangan dengan satu kes yang berlaku sebelum ini iaitu kes Pendang apabila Pejabat Agung PAS membatalkan keputusan itu. 
Sementara itu, di kawasan Batu, mesyuarat agung pada 29 September lalu kecoh dan terpaksa ditangguhkan apabila ada pihak yang membantah senarai calon serta menolak keputusan membenarkan perwakilan satu cawangan iaitu Taman Datuk Senu mengundi. 
Menurut sumber yang hadir, keadaan menjadi kecoh sehingga seorang pemimpin kanan kawasan berang dan mendakwa ada usaha untuk "merampas dan menjatuhkan" kepimpinan PAS kawasan itu, lapor sebuah portal berita. 
"Bagi saya, ini adalah usaha sekumpulan anak muda kita yang cuba menafikan pimpinan orang lama," kata Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin. 
Ishak berkata, kekecohan berlaku apabila Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai Setiausaha Perhubungan dan Ketua Pemuda cuba mengambil alih proses pemilihan kawasan itu. 
"Mengikut amalan kami di Wilayah Persekutuan ini, satu kawasan lain akan menyelia dan menjadi pemerhati mesyuarat kawasan ini. Dalam kes Batu, PAS kawasan Cheras yang diputuskan berbuat demikian. Bila Badan Perhubungan yang mengambil alih, mula timbulnya syak wasangka dan menimbulkan masalah ini," katanya. 
Ishak menyertai PAS pada awal 1980-an selepas meninggalkan Parti Rakyat Malaysia (PRM). 
Akibat kejadian itu, katanya, beliau dipandang serong oleh sesetengah pihak dalam PAS. 
Selepas apa yang berlaku dalam mesyuarat itu, penyelia pemilihan mempertikaikan keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Harian Kawasan untuk menolak perwakilan Taman Datuk Senu kerana mereka menghantar dua senarai perwakilan yang bercanggah. 
"Bagi mengelak masalah timbul dalam mesyuarat agung, kami tolak kedua-dua kumpulan perwakilan cawangan itu. Namun apabila pemilihan hendak dibuat, penyelia pemilihan meminta perwakilan Datuk Senu diterima. Ini yang menimbulkan kekecohan," kata Ishak. 
Sumber daripada Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan berkata, bagi pihak satu lagi pula, perwakilan Datuk Senu ditolak oleh PAS Kawasan Batu bertujuan menyekat pencalonan lain untuk jawatan Yang Dipertua Kawasan yang dipegang Ishak. 
"Dalam mesyuarat agung semula selepas itu, Ishak menang tanpa bertanding untuk jawatan itu kerana bila ditolak pencalonan Datuk Senu hanya tinggal satu sahaja pencalonan untuk calon lain, sedangkan perlu dua pencalonan untuk menjadikan pencalonan itu sah," kata sumber itu. 
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Batu disambung semula pada 6 Oktober di Taman Gombak dan dalam mesyuarat itu, Ishak serta dua lagi pimpinan utama PAS Kawasan Batu menang tanpa bertanding untuk jawatan yang dipertua, timbalan dan naib ~ The Malaysian Insider

... Kalaulah Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada PRU13 lalu... tentu lebih hebat perebutan kuasa ini agaknya...

Bukan saja di Putrajaya malah seluruh negara mungkin... sudah tentu bukan saja dalam PAS.. dalam PKR dan DAP pun sama...

Maka tak hairanlah Allah s.w.t. takdirkan Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya......

Lagi dokumen berkaitan sila lihat di SINI

Gara-gara Bantuan Lesen 1Malaysia Najib, Kerajaan disaman 10 Sekolah Memandu..

Posted: 08 Oct 2013 12:05 AM PDT


Siapa yang punya idea ni agaknya.. kalau nak dikatakan Najib punya idea... mustahil.. sebab Najib bukannya tahu susah payah rakyat..

Yang jelas perlaksanaannya telah dilakukan tanpa kajian yang menyeluruh hingga hasilnya menyusahkan Sekolah-sekolah memandu.. dan akhirnya berpatah balik kepada Kerajaan.

Kalau kalah saman ni, duit rakyat juga yang akan diguna untuk membayar saman..

Sepuluh sekolah memandu memfailkan saman terhadap kerajaan, ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan dan seorang pengarah biro Pemuda Umno berhubung inisiatif Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diperkenalkan perdana menteri. 
Mereka antaranya memohon mahkamah mengisytiharkan program itu sebagai menyalahi undang-undang. 
Dalam saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mereka mendakwa terdapat konspirasi yang menjejaskan ekonomi mereka. 
Menurut mereka lagi, dalam program BL1M yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak awal tahun ini, yuran tahunan Yang dikenakan kepada pelajar lesen B2 (motosikal bawah 250cc) berjumlah RM130 atau RM150. 
Kata mereka, yuran itu jauh lebih rendah daripada jumlah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu pada 2009, sebanyak RM261 keseluruhannya ~ Malaysiakini

Harga gula dan tepung naik untuk kesejahteraan rakyat, kata Menteri 'Ayam'

Posted: 07 Oct 2013 09:20 PM PDT


Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek .

Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu menunggu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober ini dan kenaikan harga dua barangan asas itu akan dilakukan bergantung kepada hasil kajian yang sedang dijalankan.

"Kita akan melihat pelbagai faktor sebelum sebarang keputusan diambil termasuk fiskal serta kedudukan mata wang negara biarpun keputusan diambil mungkin tidak popular namun ia terpaksa dibuat bagi menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat," katanya dipetik daripada Berita Harian Online.

Tiga hari lalu Hasan dilaporkan oleh akhbar New Straits Times (NST) membayangkan kenaikan harga gula dan tepung bakal berlaku.

Kenyataan tersebut bertentangan dengan jaminan yang dibuat Hasan pada pertengahan September lalu apabila mendakwa pengeluar gula dan tepung memberi jaminan harga kedua-dua bahan asas itu tidak akan dinaikkan.

"Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana mereka diberi jaminan bekalan bahan adalah cukup untuk keperluan mereka," kata Hassan seperti dilaporkan Utusan Malaysia pada 13 September.

Selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) pada 5 Mei lalu, kenaikan harga bagi barangan dan berlaku seperti harga bahan bakar RON95 dan rokok.

Kerajaan jugakan dikatakan bakal menaikkan tarif elektrik dan berkemungkinan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2014.

~ The Malaysian Insider

Patutlah sampai terpaksa hantar 'Surat Menangis', majoriti peminjam TEKUN ahli UMNO rupanya..

Posted: 07 Oct 2013 09:11 AM PDT


Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.

Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu.

Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.

"Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti.

"Namun tidak bermakna kita langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno," katanya dalam sidang media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala Lumpur hari ini... laporan penuh sila bac di The Malaysian Insider

... Dana Kerajaan digunakan untuk kepentingan UMNO.. biasalah tu yang luar biasanya ialah kalau dana dari UMNO digunakan untuk kepentingan Kerajaan, tapi jangan haraplah..

Takkanlah tak pernah tengok ahli-ahli UMNO menjadikan Harta Kerajaan sebagai Harta Mak Bapak Depa.. tengok Balai Raya semasa Pilihanraya cukuplah..

Kenyataan dari CEO Tekun itu sebenarnya menjelaskan kepada kita mengapa TEKUN terpaksa bersikap lembut gigi dari lidah dalam mengutip kembali hutang-hutang tertunggak yang tidak dijelaskan oleh majoriti peminjam yang terdiri dari ahli UMNO..

Tahun 2009 telah dilaporkan kerajaan menghadapi masalah untuk membiayai pinjaman Tekun Nasional (Tekun) kepada peminjam baru berikutan kegagalan ramai peminjam menjelaskan hutang mereka yang kini berjumlah RM225 juta.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu, Datuk Noh Omar, berkata kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) bagi pinjaman yang dikeluarkan hingga Mei 2009 sangat tinggi, iaitu 15 peratus daripada RM1.32 bilion yang diberikan sejak 1999.

Pada penghujung tahun itu TEKUN menggunakan kaedah lembut gigi dari lidah dengan menghantar Surat 'menangis' kepada 39,576 peminjam bagi menuntut RM130 juta hutang lapuk sejak Ogos 2009.

Mungkin dengan menggunakan 'bahasa merayu dan meruntun hati' itu, ia dapat menginsafkan peminjam untuk membayar kembali pinjaman mereka.

Kandungan surat tersebut antara lain menyebut:

'Dengan rendah diri dan penuh hormat, saya merayu kepada saudara/saudari supaya dapat membayar balik tunggakan hutang tersebut kepada TEKUN Nasional.

Seperti mana saudara/saudari maklum bahawa bayaran balik pinjaman saudara/saudari itu akan diberikan pula kepada peminjam dan bakal-bakal usahawan Melayu/bumiputera lain yang memerlukan modal dan pertolongan daripada pihak TEKUN Nasional.

Sekiranya saudara/saudari berkemampuan dan boleh membayar balik pinjaman tersebut, maka sekali lagi saya merayu tolonglah bayar balik hutang tersebut.

Sebaliknya, jika saudara/saudari menghadapi kesulitan dan tidak mampu membayar ansuran tersebut, maka saudara/saudari boleh membayar jumlah yang termampu.

Di samping itu, sekiranya usaha niaga saudara/saudari tidak berjaya, tetapi masih mempunyai keazaman untuk memulihkan kembali dan meneruskan perniagaan, maka berhubunglah semula dengan pihak TEKUN Nasional, bagaimana kami boleh membantu lagi, mungkin dengan memberikan pinjaman tambahan atau menjadualkan semula balik supaya saudara/saudari dapat memulihkan dan meneruskan semula perniagaan ataupun menceburi bidang yang baru.

Segala perhatian dan kerjasama/ saudari saya dahului dengan ucapan terima kasih dan saya mendoakan semoga saudara/saudari keberkatan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat dalam menjalankan urusan harian." 

Adakah surat rayuan itu berjaya menginsafkan peminjam-peminjam TEKUN yang majoritinya ahli UMNO??.. kirim salam laaa...

Sebabnya pada tahun 2010 pula ada laporan menyebut kira-kira 51,000 peminjam TEKUN masih belum menjelaskan hutang masing-masing.

Mereka membentuk 30 peratus daripada 170,000 peminjam TEKUN yang sudah menerima suntikan modal berjumlah RM1.5 bilion sejak 1989.

Tahun 2011 pula.. Sikap liat membayar hutang di kalangan peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) masih menjadi masalah kepada tabung itu sedangkan ia memerlukan pusingan modal mencukupi untuk diberikan kepada pemohon lain.

Pengerusi TEKUN, Suraya Yaacob berkata, sehingga 30 Jun 2011, kadar peratusan pinjaman yang diklasifikasikan sebagai pinjaman tidak aktif (NAL) adalah 20.32 peratus melibatkan tunggakan berjumlah RM313.99 juta.

"Peminjam TEKUN diminta supaya tidak culas membayar balik pinjaman kerana ramai lagi usahawan kecil memerlukan bantuan tabung ini untuk mengembang atau memulakan perniagaan," katanya lapor Lidah Rasmi UMNO.

... Kalau pemimpin boleh meminjam berjuta-juta RM dari Bank tak bayar tak jadi masaalah.. takkanlah kami ni yang pinjam RM5,000 saja tak bayar jadi masaalah pulak.. kata seorang ahli UMNO yang meminjam dari TEKUN kononnya untuk berniaga.. tapi tak berniagapun.. suatu ketika dulu..

Tiada ulasan: