Selasa, 8 Oktober 2013

Addin

Addin


Berita Memalukan Dari Pejabat Perdana Menteri

Posted: 08 Oct 2013 09:30 AM PDT


Setelah di tekan pelbagai pihak barulah Najib tersedar dari di buai mimpi. Dulu beria-ria Najib pertahankan TPPA sedangkan mentornya sendiri, Mahathir menentang perjanjian ini.

Akhirnya setelah di jaga dari di buai mimpi, Najib telah membuatkan kenyataan ini.. Kenyataan yang memalukan setelah beria-ria mempertahankannya..

Malaysia Bukan 'Pak Turut' Dalam TPPA - PM
NUSA DUA (BALI): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berkata Malaysia bukan 'Pak Turut' dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), satu inisiatif bagi mewujudkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di seluruh rantau Asia Pasifik, demi menjaga kepentingan negara. 
Sebaliknya beliau berkata Malaysia telah menyatakan pendiriannya dengan tegas untuk melakukan proses dalaman iaitu menerangkan perjanjian berkenaan kepada kabinet, rakyat Malaysia serta perbahasan di Parlimen, sebelum membuat keputusan. 
"Kita tak jadi 'Pak Turut' sama sekali, itu tidak benar," katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri mesyuarat para pemimpin TPP, di sini Selasa. 
"Kita masuk dengan kerelaan hati kerana kita merupakan sebuah negara perdagangan, antara yang terbesar di dunia, sebab itu kita ada kepentingan untuk masuk sebagai rakan TPPA dan berpeluang menentukan kerangka FTA yang baharu di dunia." 
Najib berkata Malaysia tidak akan dapat memberi input dan pandangan bagi mencorakkan perdagangan bebas dunia jika negara tidak terlibat dalam rundingan itu. 
Perdana Menteri berkata mesyuarat TPPA telah menerima pendirian Malaysia bahawa perjanjian ini akan melalui proses dalaman yang melibatkan penerangan kepada kabinet, rakyat Malaysia serta perbahasan di Parlimen. 
Beliau berkata proses tersebut diambil memandangkan perjanjian ini menyentuh perkara tertentu dan berkaitan soal kedaulatan negara, termasuk hak untuk menentukan dasar-dasar tempatan harta intelektual, penyelesaian pertikaian pelaburan negara, pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara, alam sekitar dan buruh.
"Saya nampak mereka faham mengenai apa dan kenapa Malaysia menyatakan pendirian tersebut, walaupun kebanyakan mereka itu berkehendakkan perjanjian ini dimuktamadkan secepat mungkin supaya momentumnya tidak tersekat, memandangkan mereka tidak ada cabaran dan sensitiviti seperti dalam konteks Malaysia," kata Perdana Menteri. 
Najib berkata penglibatan Malaysia dalam TPPA akan diteruskan sehingga teks akhir perjanjian lengkap, dan kerajaan akan menimbangkannya berasaskan sokongan rakyat, sama ada menerima atau tidak perjanjian ini. 
Dalam pertemuan bersama 12 negara yang terlibat dalam TPPA itu, Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa Malaysia tidak ada masalah dalam aspek perdagangan dan pelaburan kerana mempunyai rekod cemerlang sebagai ekonomi yang terbuka dan menjadi destinasi pelaburan yang disenangi pelabur. ~bernama




Iklan C (ii)


Zahid Hamidi Hanya Layak Jadi Hanya Pemimpin Umno Bukannya Pemimpin Kerajaan.. Ini Sebabnya

Posted: 08 Oct 2013 07:31 AM PDT

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis tertutup di Melaka berkaitan jenayah dan keselamatan baru-baru ini, terus mengundang pertikaian banyak pihak.

Rakaman ucapan beliau yang didedahkan oleh sebuah portal berita itu bukan saja dikecam oleh part-parti pembangkang tetapi juga oleh parti komponan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Selain Gerakan yang sudah menyatakan rasa kurang senang dengan kenyataan Zahid itu, dipercayai beberapa parti lain juga dijangka akan berbuat demikian. Rakyat biasa juga turut terganggu dengan ucapan Zahid itu kerana ia dilihat berlebih-lebihan dan hanya ingin memancing perhatian perwakilan Umno saja.

Ucapannya berkaitan tindakan menembak penjenayah dan kumpulan Tiga Line, nyata paling tidak disenangi oleh banyak pihak.

Walaupun majlis di Melaka itu dikatakan berkaitan taklimat mengenai keselamatan tetapi ia seperti acara kempen menjelang pemilihan Umno yang sedang dilakukan Zahid bersama beberapa calon Majlis Tertinggi (MT) yang turut bertanding.

Dipercayai majoriti yang hadir juga adalah terdiri daripada para perwakilan Umno negeri Melaka yang mempunyai undi dalam menentukan kepimpinan Umno pemilihan 19 Oktober ini.

Walaupun ia merupakan majlis tertutup dan merupakan acara kempen Umno, harus diakui bahawa Zahid yang sedang mempertahankan jawatan Naib Presidennya, adalah juga seorang menteri dalam kerajaan BN yang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri. Kerajaan BN adalah kerajaan campuran pelbagai parti di mana di dalamnya ada Umno, MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya.

Persoalan yang timbul, apa perlunya Zahid sebagai seorang yang sudah lama bersama Umno, masih perlu mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur perkauman dan menyingggung kaum lain?

Tidak bolehkah kalau berkempen untuk mempertahankan jawatannya, beliau sekadar bercakap mengenai visi dan misinya dalam perjuangan Umno dan tidak terlalu menunjuk-nunjuk sikap perkauman serta keghairahan terhadap kuasa yang dimiliki sebagai seorang menteri?

Kenapa perlu menceritakan semua maklumat mengenai penjenayah beserta dengan fakta dan angka-angkanya sekali kepada perwakilan Umno? Adakah itu yang mahu didengar oleh perwakilan Umno?

Apakah juga kalau tidak menunjukkan sikap perkauman dan menyerang kaum lain, Zahid akan kalah dalam pemilihan kali ini?

Inilah antara persoalan-persoalan yang membingungkan ramai orang.

Meskipun diakui bahawa persaingan jawatan Naib Presiden kali ini agak sengit berikutan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi, tetapi Zahid seharusnya lebih bertanggungjawab dalam kempennya.

Beliau tidak seharusnya bermain dengan api perkauman dan membangkitkan sentimen tersebut untuk memberitahu beliau satu-satunya pejuang Melayu dalam dalam Umno, kalau pun terlalu ingin menang dalam pemilihan ini.

Dengan membangkitkan sentimen perkauman dalam gerakan kempennya, Zahid bukan saja membakar api perkauman dalam diri setiap orang yang mendengar ucapannya, tetapi beliau juga sebenarnya sedang menyusahkan kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak dalam memenangi hati pelbagai kaum menjelang pilihanraya akan datang. Sejak mengambil alih kerajaan, Najib telah berusaha dengan pelbagai cara untuk mendekatkan pengundi Cina dan India kepada BN dan kerajaan tetapi nampaknya Zahid telah merosakkannya.

Walaupun usaha itu agak tidak berjaya dan keputusan PRU13 lalu menunjukkan sokongan yang minima diberikan oleh kedua-dua kaum itu terhadap kerajaan, namun usaha tidak harus dihentikan. Ia mesti diteruskan.

Kerajaan akan terus menjadi tidak stabil jika tidak mendapat sokongan semua kaum. Sepatutnya dalam usaha mencapai keputusan yang lebih baik dalam PRU14 nanti, pemimpin kerajaan harus merapatkan lagi jurang perkauman yang wujud sekarang dan bukannya menjarakkan lagi.

Zahid yang sebelum ini pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan tetapi tidak begitu menonjol di kedua-dua kementerian itu, kini merasakan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri merupakan portfolio yang sesuai dengannya. Hampir setiap hari beliau menjadi sorotan media dan kadangkala keghairahannya melampaui had yang sepatutnya.

Walaupun mungkin apa yang diucapkannya dalam perjumpaan tertutup itu sesuatu yang benar, tetapi perlukah beliau memberitahu semua orang mengenainya? Bukankah lebih baik ia menjadi rahsia polis dan Kementerian Dalam Negeri saja?

Sebagai pemimpin Umno, tiada salahnya Zahid menunjukkan sikap perkauman dan jiwa Melayunya. Namun oleh kerana dalam masa yang sama beliau merupakan seorang menteri dalam kerajaan BN, tindakan itu seharusnya dilakukan secara berpatutan dan tidak berlebih-lebihan. Ini kerana selain bertanggungjawab terhadap Umno, beliau juga ada tanggungjawab dalam kerajaan.

Lainlah jika yang menjerit-jerit mengenai perkara itu seorang ketua pemuda bahagian atau cawangan yang tidak tanggungjawab terhadap kerajaan. Atau jika yang melakukannya seorang pemimpin sebuah NGO yang memang memperjuangkan kepentingan Melayu.

Sebagai pemimpin Umno dan memegang jawatan dalam kerajaan dalam masa yang sama, kebijaksanaan dalam memainkan dua peranan ini adalah penting. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menjadikan seseorang itu disukai oleh kaumnya saja tetapi dibenci oleh laum lain.

Ini tentunya tidak menguntungkan kerajaan, tambahan pula kerajaan tidak mungkin tertegak dengan hanya sokongan satu kaum saja. Sokongan kaum lain juga diperlukan. Dalam hal ini, Zahid ternyata sedang mempersulit tugas Najib dan kerajaan dalam memenangi hati kaum-kaum lain.

Dengan tindakan Zahid yang begitu mahu menunjukkan dirinya seorang pejuang Melayu tulen dan tidak berkompromi dengan kaum-kaum lain, memang beliau sedang meniti populariti sekarang ini. Namanya sedang melonjak dan melekat di hati para perwakilan sebagai salah seorang calon Naib Presiden yang mesti dikekalkan.

Berbanding dua penyandang Naib Presiden yang lain iaitu Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal, Zahid nyata jauh meninggalkan mereka. Tidak mustahil jika hanya beliau seorang yang kekal tetapi dua rakannya yang lain bakal tercicir apabila keputusan diumumkan nanti.

Namun jika Zahid diberi kemenangan lagi, ada baiknya Perdana Menteri memberi tugas sepenuh masa kepadanya untuk memantap dan memperkuatkan Umno saja. Beliau bukan saja perlu memastikan sokongan kuat Melayu luar bandar terhadap Umno kekal tetapi juga hendaklah berusaha mendekati golongan Melayu bandar, golongan profesional dan pengundi muda yang selama ini agak jauh supaya lebih dekat dengan Umno.

Biarlah beliau menumpukan masa dan tenaganya untuk Umno saja kerana Zahid dengan wataknya yang ada sekarang hanya sesuai menjadi pemimpin Umno saja tetapi agak kurang sesuai memegang jawatan sebagai menteri yang perlu bertanggungjawab kepada semua kaum dan bangsa. ~shahbudin



Iklan C (ii)


Runtuh Lagi.. Kini Pasar Raya

Posted: 08 Oct 2013 04:02 AM PDT


Selang seminggu insiden bumbung masjid di Terengganu runtuh, hari ini digemparkan runtuhan pada sebahagian dinding belakang sebuah pasar raya yang baru beroperasi Julai lalu, di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah.

Runtuhan itu dipercayai akibat keretakan dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Difahamkan, dua petugas penyelenggaraan yang ingin melakukan pemeriksaan di bahagian belakang pasar raya berkenaan sempat melarikan diri selepas terdengar bunyi runtuhan dinding.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Mengikut laporan media, difahamkan, pemeriksaan awal mendapati sebahagian dinding bangunan tersebut mengalami keretakan.

Sebelum ini, tragedi sama berlaku pada 30 Oktober lalu apabila bumbung masjid dengan kos RM6 juta di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, Kuala Nerus, Terengganu runtuh.

Keesokannya pula diikuti runtuhan sebahagian bumbung di Hospital Serdang. ~kd





Iklan C (ii)

Patutlah Ahli Umno Seronok Pinjam Dengan TEKUN.. Ini Sebabnya

Posted: 08 Oct 2013 01:15 AM PDT

PKR hari ini mendakwa ahli Umno yang meminjam daripada Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) masih gagal menjelaskan hutang sebanyai RM1 bilion, susulan daripada pengakuan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Tekun, Datuk Abdul Rahim Hassan, semalam bahawa pinjaman tersebut hanya untuk ahli Umno.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata sejak Tekun ditubuhkan pada 1998, dana sebanyak RM2.42 bilion diberikan kepada 237,173 usahawan dan daripada jumlah tersebut RM1.6 bilion adalah dana daripada kerajaan pusat.

"Sejak ditubuhkan pada 1998 hingga awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik.

"Jika ia dipadankan dengan kenyataan CEO Tekun tersebut, bermakna hampir 40.9 peratus jumlah yang dipinjamkan kepada amnya ahli Umno belum dibayar balik, iaitu hampir RM1 bilion," katanya merujuk kepada laporan yang diperolehnya melalui akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Februari 2013 lalu.

Fahmi berkata, secara puratanya sebanyak RM650 juta wang rakyat yang dipinjamkan kepada ahli Umno melalui dana kerajaan pusat tidak lagi dibayar balik.

Katanya, pemberian pinjaman Tekun membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal memainkan peranannya untuk membantu golongan berpendapatan rendah kerana pada masa sama masih terpaksa memperkenalkan pelbagai bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Jumlah penerima BR1M pada 2012 adalah 3.74 juta orang manakala 3.99 juta orang menerima BR1M pada 2013.

"Maka persoalannya adakah Tekun gagal membantu memperbaiki kedudukan ekonomi khususnya kaum Melayu? Jika gagal, mengapa," katanya.

Fahmi turut mendesak supaya Tekun membuka kaunter kutipan hutang pada pemilihan Umno 19 Oktober ini bagi mengutip semula wang rakyat yang diberikan kepada ahlinya.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Rahim berkata, Tekun ditubuhkan bagi membantu ahli Umno, malahan menegaskan mereka berhak mengambil pendirian sedemikian kerana penubuhan agensi tersebut datang daripada parti Melayu itu.

"Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami mempunyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti," katanya semalam.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan pemerkasaan ekonomi Bumiputera dengan memperkenalkan lima langkah bagi memperkasa kumpulan tersebut memandangkan pegangan ekuiti korporat masih belum mencapai tahap 30 peratus sasaran dan golongan itu kini masih dalam tempoh transformasi sejak empat dekad lalu.

Bagaimanapun, pengkritik melihat pelan baru Najib itu bukan untuk membantu golongan Bumiputera sebaliknya lebih digunakan untuk membantu kroni mereka dalam Umno.

Dalam pada itu, agenda itu juga dilihat sebagai kesinambungan kegagalan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1971 kerana dikaitkan dengan masalah rasuah yang melebar. ~tmi



Iklan C (ii)


Akhirnya.. Kerajaan Mengaku Bersalah

Posted: 07 Oct 2013 11:52 PM PDT

Tuntutan saman oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) terhadap 82 individu atas tahanan salah dan penahanan salah enam pemimpin parti itu di bawah Akta Ordinan Darurat dua tahun lalu diselesaikan di luar mahkamah.

Pihak-pihak hari ini bersetuju tuntutan itu diselesaikan di luar mahkamah dan defendan bersetuju untuk membayar RM201,000 sebagai ganti rugi kepada enam plaintif.

Enam plaintif yang turut dikenali sebagai EO6 adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devarai dan aktivis PSM, Choo Chon Kai, Sarat Babu, M Sarasvathy, M Sukumaran, dan A Letchumanan, menyaman 82 individu, kebanyakannya terdiri daripada pegawai polis.

Tuntutan itu difailkan pada Mac tahun lalu, dan antara yang dinamakan sebagai defendan termasuk Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (KPN), timbalan KPN, peguam negara dan kerajaan Malaysia.

Datuk Hue Siew Kheng merekodkan penghakiman persetujuan itu di mahkamah terbuka hari ini. ~tmi




Iklan C (ii)

Naik Harga Gula Dan Tepung Untuk Kesejahteraan Dan Kebahagiaan Rakyat - Menteri

Posted: 07 Oct 2013 08:43 PM PDT

Jikalau naik harga barang adalah untuk kesejahteraan rakyat, maka turunkan harga barang adalah kesengsaraan kepada rakyat.

Sebenarnya kenyataannya sepetut begini, turun harga barang kesejahteraan kepada rakyat dan naikkan harga barang kesengsaraan kepada pemimpin Umno BN kerana tak dapat nak rembat duit rakyat.

Makin hari makin bebal menteri Umno, hingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang bodoh seperti ini. Kenyataan ini telah menjatuhkan keintelektualan rakyat untuk berfikir.

Ikuti kenyataan bebal menteri Umno ni..


Harga gula dan tepung naik untuk kesejahteraan rakyat, kata menteri

Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu menunggu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober ini dan kenaikan harga dua barangan asas itu akan dilakukan bergantung kepada hasil kajian yang sedang dijalankan.

"Kita akan melihat pelbagai faktor sebelum sebarang keputusan diambil termasuk fiskal serta kedudukan mata wang negara biarpun keputusan diambil mungkin tidak popular namun ia terpaksa dibuat bagi menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat," katanya dipetik daripada Berita Harian Online.

Tiga hari lalu Hasan dilaporkan oleh akhbar New Straits Times (NST) membayangkan kenaikan harga gula dan tepung bakal berlaku.

Kenyataan tersebut bertentangan dengan jaminan yang dibuat Hasan pada pertengahan September lalu apabila mendakwa pengeluar gula dan tepung memberi jaminan harga kedua-dua bahan asas itu tidak akan dinaikkan.

"Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana mereka diberi jaminan bekalan bahan adalah cukup untuk keperluan mereka," kata Hassan seperti dilaporkan Utusan Malaysia pada 13 September.

Selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) pada 5 Mei lalu, kenaikan harga bagi barangan dan berlaku seperti harga bahan bakar RON95 dan rokok.

Kerajaan jugakan dikatakan bakal menaikkan tarif elektrik dan berkemungkinan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2014. ~tmi





Iklan C (ii)

Kajian Menunjukkan Persepsi Perkauman Di Kalangan Ahli Dan Penyokong Umno Amat Membimbangkan

Posted: 07 Oct 2013 08:15 PM PDT

Jika rakyat Malaysia tersinggung dengan kata-kata sampah yang dimuntahkan oleh orang seperti Zahid Hamidi, Ali Rustam dan ahli politik Umno lain yang bersaing berebut jawatan dalam pemilihan parti 19 Oktober ini, kini ada lagi berita yang lebih membimbangkan.

Merdeka Center baru-baru ini menjalankan pengundian terhadap 600 ahli Umno dan penyokongnya dan keputusannya mendedahkan gambaran tidak enak yang menunjukkan bahawa parti berlawan sesama mereka dan marah terhadap semua orang.

Beberapa soalan diberikan untuk mengukur persepsi semasa mengenai parti pemerintah itu oleh kumpulan kecil mereka sendiri.

Dalam maklum balas itu, kurang tiga perempat daripada mereka berkata Umno tidak patut terlalu mengalah terhadap permintaan bukan Melayu.

Sembilan daripada 10 responden percaya Umno patut memfokuskan tenaganya kepada membina lebih banyak sokongan di kalangan orang Melayu bagi persediaan pilihan raya umum akan datang.

Dan ini adalah yang paling mengejutkan. Selepas pelbagai perkara mengenai keuzuran parti ditulis, kekurangan pemimpin berintegriti dan pemimpin yang hanya tahu bermegah diri dalam parti itu, hanya 17 peratus daripada ahli parti dan penyokong berpendapat masyarakat awam menyampah dengan Umno kerana pemimpinnya sudah menyimpang jauh daripada sasaran asalnya.

Mereka pada dasarnya berfikir Umno berada dalam keadaan yang baik dan hanya memerlukan penambahbaikan dengan meletakkan fokus kepada menjana lebih banyak sokongan daripada orang Melayu.

Dua pertiga, atau 67% tidak berpendapat Umno memberi fokus keterlaluan terhadap agenda Melayu. Hanya 16% berasakan bahawa memenangi hati masyarakat bukan Melayu adalah cabaran terbesar Umno, percaya bahawa keutamaan ialah memastikan pemimpin tua memberi laluan kepada generasi muda dan meningkatkan sokongan terhadap Melayu untuk parti itu.

Dalam PRU13, Umno/Barisan Nasional memecahkan 61.6% Melayu, disebabkan oleh muslihat mereka mencipta ketakutan di kalangan Melayu bahawa golongan bukan Melayu mensasarkan untuk merebut kawalan politik negara.

Sejak pilihan raya umum, ahli politik Umno melancarkan dua aliran retorik iaitu pengundi Melayu patut diberi habuan kerana mengembalikan BN kepada kuasa memerintah dan penyokong Pembangkang perlu dihukum.

Setiap calon yang bertanding dalam pemilihan itu cuba bermain kad perlumbaan, dengan mengetahui bahawa ada penonton yang bersedia dan menerima di kalangan perwakilan parti terhadap retorik berkenaan.

Ia adalah lebih mudah untuk parti – dari atas hingga ke bawah – untuk menyalahkan masyarakat Cina yang tidak mengenang jasa atau penganut Kristian yang berkelahi daripada fokus kepada alasan sebenar mereka kehilangan lebih banyak kerusi parlimen dan undi popular, berbanding 2008.

Di sebalik latar belakang ini, adalah lebih mudah untuk Ali Rustam bercakap mengenai perkauman hari ini dan menyalahkan semua orang kecuali dirinya atas kekalahannya dalam pilihan raya umum.


"Apabila kaum Cina mahukan pertolongan membina sekolah dan biasiswa, kerajaan berikan kepada mereka. Tetapi pada hari pilihan raya, mereka lupa semua ini. Apa yang penting bagi mereka mengambil alih kuasa orang Melayu dan menjadikan mereka 'pendatang'," katanya di majlis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad semalam.

Secara semulajadinya, tetamu yang ada di situ memberi reaksi yang hanya Umno boleh lakukan iaitu dengan meminta masyarakat Cina pulang ke kampung halaman.

Beliau sepatutnya boleh didakwa kerana menghasut tetapi itu tidak akan berlaku kerana kejujuran polis kini amat diragui.

Jangan juga kita mengharapkan beliau akan diberi teguran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, juara penjaga keseimbangan di tempat lain kecuali dalam negaranya sendiri.

Beliau dan yang lain dalam Umno berpendapat sejak pilihan raya umum lalu dan untuk tempoh lima tahun akan datang, mereka boleh cakap apa saja dan menginjak-injak bukan Melayu dan bermain kad atas setiap bangsa dan agama dalam buku mereka. Mereka tidak peduli jika sensitiviti anda tersinggung atau jika anda fikir mereka bodoh, rasuah dan malas.

Mereka ada ruang dan mereka boleh cakap apa saja yang mereka mahu. Peduli apa jika ada rakyat Malaysia yang terasa? Peduli apa jika Cina dan India atau Kadazandusun marah?

Dalam pemikiran Najib, Zahid dan geng, mereka tidak boleh dihukum atas apa-apa kesilapan. Itu sebabnya mengapa Zahid boleh berkata perkara yang paling menjahanamkan dan kemudian tidak mengendahkan kebangkitan kemarahan rakyat.

Beliau boleh membela organisasi jenayah seperti Tiga Line, menyokong polisi tembak-untuk-bunuh dan turut membiarkan pembunuhan gengster India sebagai satu bentuk hukuman bayaran balik perkauman dan tidak peduli sedikit pun mengenai aspek negatif yang ditanggung.

Mengapa? Kerana tidak ada kerugian dalam Umno untuk mana-mana ahli politik yang membakar api perkauman, yang bercakap bahasa samseng tidak beradab. ~tmi





Iklan C (ii)


Penjelasan Ketua Audit Negara Membongkar Pembohongan Menteri Dan Ketua Polis Negara?

Posted: 07 Oct 2013 06:06 PM PDT


Inilah wajah sebenar pemimpin Umno, tak kira masa tak kira tempat. Bohong sudah sinonim dengan Umno. Bila nak berbohong sudah tidak terfikir lagi, janji dapat jawab dan lepas ketika itu sahaja.

Terbaru, Ketua Audit Negara menafikan dakwaan Menteri KDN kononnya telah memberi penjelasan berkenaan kehilangan 44 pucuk senjata api.

Ketua Audit Negara memaklumkan bahawa tiada penjelasan dari pihak KDN dan Polis. Apa cerita ni? Sudahlah senjata hilang, kini cuba berdolak dalik pulak.

Ikuti penjelasan Ketua Audit Negara..


Aset PDRM hilang: Ketua Audit Negara sangkal polis ada beri penjelasan

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar atas) menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.

Ambrin turut tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.

Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain.

Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

"Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting," kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah.

Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.

Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.

"Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan kami dan tiada jawapan daripada polis berhubung isu ini," kata Ambrin kepada The Malaysian Insider semalam.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin jatuh ke dalam laut.

"Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset," katanya. ~tmi





Iklan C (ii)

Tiada ulasan: