Anak Sungai Derhaka |
- UMNO dengan DAP dua kali lima kata calon ketua Pemuda Umno
- Berita Mr Bean masuk Islam, bahan lawak saja rupanya...
- Rakaman Audio Pesan Zahid pada 'kawan-kawan Tiga Line' pulak tersebar..
- Malaysiakini dedah kenyataan 'sensitif' yang Zahid Hamidi larang media siarkan.. ini kenyataannya..
- Pemilihan UMNO pun perkuda Harta Kerajaan ke Datuk Seri?
UMNO dengan DAP dua kali lima kata calon ketua Pemuda Umno Posted: 07 Oct 2013 07:37 AM PDT 'Perubahan peraturan' berkempen di saat-saat akhir menimbulkan perasaan tidak puas hati calon ketua Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, yang berdepan tugas getir menentang penyandang Khairy Jamaluddin. Mempersoalkan keabsahan tindakan itu, Syed Rosli berkata, keputusan itu bertentangan dengan perlembagaan dan boleh dianggap sama dengan DAP yang berdepan masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini. "Jikalau Umno boleh pinda perlembagaan sesuka hati,maka jangan kutuk DAP jika kita tak ikut perlembagaan. "Sama sahaja seperti DAP yang melanggar perlembagaan sendiri. Jangan sampai orang ramai kata Umno sama dengan DAP dua kali lima," kata Rosli. Beliau berkata, beliau sudah bangkitkan perkara itu kepada Jawatankuasa Disiplin Umno dan jika tiada tindakan diambil, perkara itu akan dipanjangkannya kepada ROS. Ditanya kenapa beliau tidak kisah dengan tindakan sama apabila menteri berkempen untuk calon BN, beliau berkata akar umbi tidak mempunyai peluang menyatakannya. "Saya sebagai ahli akar umbi tiada peluang dan ruang untuk menyuarakan bantahan tentang salah guna kuasa menteri, untuk kepentingan politik dan peribadi. "Apa yang masyarakat, rakyat dan ahli bawahan pandang ialah ia salah guna politik. Sekarang saya bertanding ketua Pemuda Umno, saya boleh bangkitkan," katanya. Utusan melaporkan, keluhan ahli Umno terhadap syarat kempen pemilihan parti yang terlalu ketat mendapat respon Lembaga Disiplin parti yang mengesahkan calon-calon boleh berkempen secara terbuka asalkan tidak keterlaluan dan terlalu ekstrem. Syed Rosli sebelum ini mendakwa Khairy menyalah guna jentera kementerian belia dan sukan untuk berkempen bagi pemilihan Umno. Khairy menafikannya. Turut bertanding merebut jawatan itu Ketua Pemuda cawangan Bendang Baru, Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, bekas ketua Pemuda Merbok Abd Karim Ali serta ketua Pemuda Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar. ~ Malaysiakini | ||
Berita Mr Bean masuk Islam, bahan lawak saja rupanya... Posted: 07 Oct 2013 04:23 AM PDT Berita pelawak terkenal, Rowan Atkinson memeluk Islam nampaknya hanya menjadi bahan lawak sahaja apabila jurucakapnya, Lucy mengesahkan bahawa pelawak yang popular dengan komedi bersiri Mr Bean itu tidak berhasrat untuk memeluk Islam. "Setahu saya, Rowan Atkinson tidak memeluk Islam," kata Lucy seperti dilapor Yahoo Entertainment hari ini. Sebelum ini, berita mengenai pelawak terkenal dunia Mr Bean yang dikatakan memeluk Islam tersebar merata laman web dan juga media sosial. Ia dikongsikan dalam Facebook selepas laman anti Israel, Salbadi.com dan media dari Indonesia, Islampos.com melaporkan pengucapan syahadah oleh Mr Bean. Rowan dikatakan telah memeluk agama Islam selepas menonton filem "Innocence of Muslim", iaitu sebuah filem kontroversi yang menghina Nabi Muhamad. Apa yang menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah sumber itu turut medakwa tokoh agama dari Tunisia Sheikh Rashid Ghannousyi menjadi pembimbing dan individu bertanggungjawab mengajar Atkinson tentang Islam. ~ The Malaysian Insider | ||
Rakaman Audio Pesan Zahid pada 'kawan-kawan Tiga Line' pulak tersebar.. Posted: 07 Oct 2013 12:58 AM PDT Berbeza dengan sikapnya pada kumpulan jenayah lain, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya berlembut apabila bercakap mengenai kumpulan Tiga Line, yang disifatkannya sebagai rakan-rakannya dan menyarakankan agar pihak tersebut "menjalankan apa yang patut". Menteri Dalam Negeri itu membuat kenyataan tersebut dalam satu acara di Melaka pada Jumaat lalu, di mana beliau mengugut para wartawan yang hadir bahawa beliau akan menutup akhbar masing-masing sekiranya mereka melaporkan kenyataannya. Malaysiakini bagaimanapun berjaya mendapatkan rakaman ucapan selama 20 minit di mana beliau mendakwa sedang berucap kepada perwakilan Umno, dalam majlis yang kelihatan seperti acara kerajaan. Ahmad Zahid memulakan ucapan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Air Keroh itu dengan mengisytiharkan bahawa Ops Cantas yang dijalankan pasukan polis tidak mengenal warna kulit. Katanya, polis memeriksa seramai 178,217 orang Melayu, 77,104 orang Cina dan 73,505 orang India serta 51,517 kaum lain dalam operasi memerangi kumpulan kongsi gelap itu. Tambahnya, dari jumlah itu, seramai 14,511 orang didapati anggota kongsi gelap – 6,171 orang Melayu, 1,701 Cina, 3,685 India dan 2,954 kaum lain. Kemudiannya, beliau menyebut mengenai kumpulan Tiga Line dan mengumumkan bahawa kumpulan itu bukanlah "samseng betul" tetapi hanya "gengster kenduri-kendara". "Tapi yang Melayu 6,171 ini, bukan samseng betul. Mereka dulu anggota Pekida, mereka merupakan kumpulan Tiga Line, Geng 30, Geng 7, ini gengster kenduri kendara... "Saya beritahu kawan-kawan Tiga Line itu, jalankan apa yang patut," katanya yang disambut sorakan dari para hadirin. Tiga Line merupakan antara 47 kumpulan kongsi gelap yang dikeluarkan oleh Kementeri Dalam Negeri pada Ogos lalu dan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram. Berikut adalah rakaman audio tersebut... | ||
Malaysiakini dedah kenyataan 'sensitif' yang Zahid Hamidi larang media siarkan.. ini kenyataannya.. Posted: 06 Oct 2013 09:38 PM PDT Dua minggu sebelum pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT), naib presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi mempunyai banyak cara untuk memenangi hati orang ramai, salah satu caranya dengan menghentam media. Di Kuala Lumpur, pada Jumaat, beliau mensasarkan wartawan Malaysiakini semasa sidang media kerana bertanya soalan berhubung kehilangan aset polis, atas kapasitinya sebagai menteri dalam negeri. Pada hari berikutnya, di Ayer Keroh, Melaka, beliau mengancam menutup akhbar yang melaporkan ucapannya. Sebelum ini Malaysiakini juga telah melaporkan... Laporan Oriental Daily menyebut, Ahmad Zahid membuat satu kenyataan "sensitif" dalam forum berkenaan dan memberi amaran kepada petugaas media terbabit untuk tidak membuat laporan. Beliau didakwa memberi amaran bahawa syarikat akhbar terbabit boleh ditutup sekiranya melaporkan perkara itu, lapor akhbar berbahasa Cina tersebut. Laporan itu menyebut, menteri berkenaan bertindak demikian selepas menyedari kehadiran beberapa orang wartawan di kalangan hadirin. Ahmad Zahid seterusnya dilaporkan "menjemput" para wartawan tersebut untuk meninggalkan acara tersebut. Menurut laporan itu lagi, Ahmad Zahid pada awalnya memperkenalkan beberapa orang calon yang akan bertanding dalam pemilihan Umno, dan didakwa menyebut kenyataan "sensitif" tersebut. Oriental Daily bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas perkara yang disifatkan "sensitif" itu, dan tidak menamakan organisasi yang diwakili wartawan tersebut. Ketika Ahmad Zahid berucap, seorang pemimpin Umno Melaka dilaporkan menyedari kehadiran wartawan tersebut, yang kemudiannya mengarahkan beberapa orang individu untuk meminta petugas media tersebut beredar. Dilaporkan, Ahmad Zahid menyedari perkara itu apabila seorang setiausahanya yang berada di satu meja bersama petugas media tersebut sedang membantu para wartawan terbabit. Menteri tersebut kemudiannya memberi amaran bahawa ia merupakan acara tertutup dan melarang kesemua media dalam apa jua bahasa daripada menerbitkan kandungan forum tersebut. Beliau juga dilaporkan memberi amaran bahawa akhbar terbabit boleh ditutup jika tidak mengikut larangan tersebut. Para hadirin tersebut seterusnya dilaporkan melaungkan ejekan selepas Ahmad Zahid memberi amaran tersebut, yang memaksa para wartawan tersebut keluar, lapor Oriental Daily lagi. Para penganjur tersebut kemudiannya dilaporkan cuba menjelaskan kepada wartawan tersebut bahawa ia hanyalah satu "salah faham". Bagi aku.. sebagai Menteri dalam Kerajaan Malaysia.. Zahid tidak sewajarnya bercakap sebagai seorang Menteri yang mewakili UMNO sahaja.. Antara kenyataannya.. Berdasarkan rakaman tersebut, Ahmad Zahid berkata kira-kira 28,000 dari 40,000 anggota gengster terdiri dari masyarakat India dan tiada salahnya untuk menahan golongan itu. "Bagaimana keadaan mangsa-mangsa rompakan, mangsa-mangsa bunuh masa tembakan ini, kebanyakannya adalah orang Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita. "Saya pikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu. Ahmad Zahid seterusnya membangkitkan mengenai kes tembakan maut ke atas lima orang suspek anggota kongsi gelap di Pulau Pinang pada Ogos lalu. Beliau turut menegur Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorty – tanpa menyebut namanya – kerana mempersoalkan kejadian tersebut. "Ada timbalan menteri cengkadak buruk, dia pertikaikan saya dan polis, kenapa tak beri tembakan amaran dulu. barulah tembak. Saya kata kalau kamu nak jadi ngo, letaklah jawatan timbalan menteri. tak layak jadi timbalan menteri," katanya yang disambut sorakan dari hadirin. Zahid juga menyifatkan pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang memperkenalkan penahanan tanpa bicara sebagai undang-undangnya. "Kita siasat, kita bawa ke mahkamah, kalau tak ada bukti, kalau tak cukup bukti, sekurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya, tiada kompromi," katanya lagi. Audio rakaman ucapan Zahid akan diupload KiniTV menurut Fathi Aris Omar.. bagaimanapun laporan penuh tentang perkara ini boleh dibaca di sini.. 'Kita dapat bukti kita tembak dulu' Kalau tak ada acess untuk baca laporan penuh sila baca di Yahoo News di ( SINI ) | ||
Pemilihan UMNO pun perkuda Harta Kerajaan ke Datuk Seri? Posted: 06 Oct 2013 05:30 PM PDT Minggu lalu pencabar bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamallulail mendakwa Khairy Jamaluddin menyalahgunakan jentera Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berkempen bagi pemilihan UMNO. Bagaimanapun dakwaan atau tuduhan itu telah disangkal oleh Khairy, beliau berkata tuduhan itu menunjukkan Syed Rosli tidak faham bahawa Pemuda Umno dan belia tidak boleh berpisah kerana ramai di kalangan anggota-anggota persatuan belia juga adalah anggota Pemuda Umno. "Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya adakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia. Mereka ini juga kebanyakannya anggota Pemuda Umno yang menjadi perwakilan. "Tuduhan ini tidak betul kerana saya berjumpa dengan pemimpin belia yang kebetulannya anggota Pemuda Umno (perwakilan) dan berjumpa untuk berbincang isu semasa yang kebetulannya sekarang adalah mengenai perwakilan....jadi ada juga saya terangkan mengenai beberapa perkara mengenai pemilihan," katanya lapor The Malaysian Insider. Khairy nafikan menggunakan Kementerian yang diterajuinya untuk berkempen.. Ini pula satu lagi dakwaan oleh individu yang telah diangkut ke sebuah majlis yang Menterinya turut bertanding sebagai calon bagi Ahli Majlis Tertinggi dalam Pemilihan UMNO bagi 2013 ini.. Baca laporan ini dulu... SERDANG: Persepsi bahawa sektor pertanian masih di takuk lama dan kotor menyebabkan hanya 15 peratus golongan belia menyertai bidang itu, walaupun ia penyumbang ketiga terbesar ekonomi negara. Ini apa yang tidak dilaporkan oleh myMetro.. Meskipun Majlis ini adalah Majlis rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang segala kos yang melibatkan majlis ditanggung oleh Kerajaan ianya telah disalahguna untuk kepentingan peribadi. Kerana terlalu yakin bahawa semua yang hadir ke Majlis tersebut adalah ahli-ahli UMNO belaka, Menteri terbabit telah menggunakan majlis itu dengan sebaik-baiknya bagi menjalankan kempen untuk mendapatkan undi bagi dirinya. Dengan itu sedari awal lagi, ketika peserta yang diangkut dengan puluhan buah bas dari segenap pelusuk negara ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia menurut sumber telah dihulurkan kad yang tertera nombor calon bagi Ahli Majlis Tertinggi itu di muka pintu dewan..
Apabila melangkah ke dalam dewan pula, disetiap buah kerusi telah diletakkan bahan kempen calon tersebut bersama-sama bahan kempen lain-lain calon.. Tanpa segan silu pula pemimpin yang sama didakwa telah menggunakan peluang yang ada ketika menyampaikan ucapan untuk memperkenalkan calon-calon yang turut bertanding dalam Pemilihan UMNO itu.. Tak cukup di dalam Dewan kempen dijalankan, di luar Dewan juga digunakan sebaik munkin oleh calon-calon untuk meneruskan kempen.. Sumber yang mengirimkan info mengenai perkara ini mempersoalkan berapa banyakkah belanja yang telah dihabiskan untuk jamuan makan tengahari, menyediakan puluhan bas, elaun-elaun peserta dan tuntutan perjalanan, elaun dan juga tuntutan penginapan pegawai-pegawai agensi di bawah Kementerian untuk kepentingan peribadi pemimpin terbabit?? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan