Anak Sungai Derhaka |
- Benarkah dalam PAS ada Ulama yang sanggup "membunuh" kawan demi kuasa?
- Calon Naib Ketua Pemuda UMNO dakwa Najib Pembohong dan sekolahkannya?
- Sepatutnya macai guna video ini untuk kempen menentang Zahid Hamidi tu...
Benarkah dalam PAS ada Ulama yang sanggup "membunuh" kawan demi kuasa? Posted: 05 Oct 2013 09:13 AM PDT Dalam PRU 13 yang lalu, penceramah-penceramah, calon-calon, pemimpin dan tukang kempen PAS menggunakan taktik memburukkan lawan. Maki hamun lawan. Tak cukup dengan tenaga yang ada, dipanggil mereka yang murtad Umno untuk berceramah menceritakan keburukan Umno. Dalam masa yang sama, tukang-tukang kempen ini tidak menceritakan apa sistem alternatif yang hendak dibawa. Dan diakhir ceramah..masing-masing meminta pengundi mengundi depa. Pengundi bukan bodoh. Hangpa cakap pung-pang...pengundi tahu hangpa cuma nak jadi YB. Diakhirnya...pengundi tak mau undi PAS sebab hangpa cuma tau menceritakan keburukan orang lain. Akhirnya PAS bukan saja kehilangan satu negeri..malah menjadi parti minoriti dalam PR dari jumlah kerusi. Bukan depa suka sangat kat Umno..tapi pasai depa meluat dengan orang yang hanya tahu tentang keburukan orang lain. Strategi yang gagal dalam PRU lalu sekarang dibawa dalam Pemilihan AJK PAS pulak. Belum apa-apa lagi, dah keluar macam-macam cerita buruk. Mat Sabu syiah la. Khalid Samad liberal la. Dr. Zul bawa pluralisma la. Mujahid pun dah nak murtad pasai asyik masuk gereja. Kesemua nama yang aku sebut diatas dah lama dalam PAS. Pasai apa sekarang baru keluar cerita-cerita buruk ni? Semua pasal nak jawatan..nak kemewahan...nak kuasa. Ulama-ulama PAS dok pung-pang sana sini tentang perjuangan islam. Dok sembang pasal akidah. Dok sembang pasal balasan di akhirat. Tapi bila depa minta supaya semua jawatan utama dalam PAS perlu diberi kepada ulama....bila jawatan dalam kerajan negeri dan GLC pun depa mintak...orang tau yang ulama-ulama ni hanyalah gila kuasa. Dan kerana gila kuasa, depa sanggup memburuk dan memfitnah kawan-kawan depa sendiri. Diakhir muktamar nanti..kalau ahli PAS memilih mereka yang teraniaya...jangan pula ulama PAS menuduh ahli-ahli mereka tak wala'..sesat..liberal. Bukan depa suka sangat kat Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid atau Dr. Zul...tapi pasai depa meluat dengan sikap hipokrit ulama yang sanggup "membunuh" kawan kerana kuasa. ~ Mat Saman Kati |
Calon Naib Ketua Pemuda UMNO dakwa Najib Pembohong dan sekolahkannya? Posted: 05 Oct 2013 12:07 AM PDT Apa yang jelas dari kenyataan calon bagi Naib Ketua Pemuda UMNO ini ialah.. ini hanyalah kata-kata bagi menunjukkan kepada seluruh ahli UMNO kononnya beliau seorang yang berani bersuara.. Tapi.. yakinlah jika beliau dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dan diberikan sedikit kepentingan dalam mana-mana GLC, tak akan ada suara begini lagi.. Sebabnya takut kepentingan hilang... Kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh dengan mengurangkan perbelanjaan dan gaji menteri terlebih dahulu daripada membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak. |
Sepatutnya macai guna video ini untuk kempen menentang Zahid Hamidi tu... Posted: 04 Oct 2013 09:37 AM PDT Sebuah video bertajuk "Jenayah Zahid Hamidi" dimuatnaik di laman sosial Youtube yang mendakwa bekas kekasih kepada anak menteri dalam negeri itu, Amir Bazli Abdullah dicederakan oleh Ahmad Zahid. "Ini adalah video klip yang melibatkan jenayah Zahid Hamidi. Sikap menggunakan kuasa untuk menekan undang-undang tidak melayakkan beliau memimpin Umno," tulis sinopsis klip video yang dimuat naik pada 2 Oktober menggunakan nama akaun 'azlanshah mohd noor'. "Jangan sampai Zahid Hamidi menjadi liabiliti kepada Umno. Kita perlu menjadikan Umno parti yang dihormati bukan mengambil tindakan sendiri tanpa memperdulikan undang-undang. Zahid Hamidi hari ini Menteri Dalam Negeri. Adakah ini tidak memalukan kerajaan. Apakah tidak akan menjadi liabiliti kepada Umno kelak. Kita fikir sendiri," katanya. Dalam klip video sepanjang 47:15 minit itu, Amir Bazli menceritakan kronologi kejadian bermula daripada mula beliau mengenali anak Zahid sehingga beliau terlantar di hospital selepas dipukul. Amir Bazli memfailkan saman pada Julai 2007 terhadap Ahmad Zahid yang pada ketika itu timbalan menteri kerana menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor. Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuh dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman Zahid di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk. Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfailkan saman balas terhadap Amir Bazli... lapor The Malaysian Insider ..... Kalau korang nak tengok video tu.. korang tengoklah di ( SINI ), ianya ialah video yang sememangnya sudah lama tapi digunakan semula oleh macai-macai UMNO untuk menyerang Zahid Hamidi yang dilihat sebagai calon paling popular untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO.. Jenayah yang didakwa dilakukan oleh Zahid Hamidi itu pun telah dinafikan oleh Zahid sendiri dan Amir Bazli dah disamannya.. Rasanya video di bawah ini lebih sesuai untuk kempen tu... Tahupun dia naik angin bila kenyataan dia kena spin, tapi kalau Malaysiakini spin kenyataan dia kenapa tak saman.. saman sajalah.. Kalau nak bandingkan Malaysiakini dengan Utusan yang juga dikenali sebagai Lidah Rasmi UMNO tu.. rasanya Utusan lebih hebat spin kenyataan pemimpin PR.. Buktinya dah berkali-kali Utusan diarahkan membayar saman keran terbukti apa yang disiarnya itu adalah fitnah semata-mata.. Jadi.. buat Zahid Hamidi tu kalau nak monitor Malaysiakini .. monitorlah sama Utusan Malaysia tu.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan