Sabtu, 5 Oktober 2013

Addin

Addin


Malaysiakini Warning Menteri KDN Yang Tidak Profesional

Posted: 05 Oct 2013 09:43 AM PDT


Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.

Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

ahmad zahid warn malaysiakini 041013Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid (kanan) dalam satu sidang media semalam sebagai "perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri".

Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut. [Lihat video]

"Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah salahlapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk memperbetulkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua Pengarang Kumpulan, Gan.

"Jika beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana-mana menteri lain untuk berbincang mengenai laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau."

Pengasas portal Malaysiakini itu mengingatkan menteri berkenaan bahawa adalah menjadi tugas wartawan untuk memastikan akauntabiliti mereka yang dipilih untuk memegang kuasa.

Menurut mereka, memandangkan wujudnya persepsi bahawa jenayah semakin meningkat dan tidak terkawal, maka menteri dalam negeri sepatutnya mengambil kira kebimbangan awam dan bertindak balas dengan sewajarnya.

Ini bukan kali pertama Zahid menuduh Malaysiakini "memutarbelit" berita.

Zahid memberi amaran bahawa beliau memantau "setiap perkataan, setiap ayat, setiap perenggan dan setiap item berita Malaysiakini" semasa sidang akhbar sulungnya sebagai menteri dalam negeri bulan lepas.

zahid hamidi warning malaysiakini lawrence yong 2Sementara itu, ketua pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar memuji wartawan Yong (kiri dalam gambar) kerana tenang ketika berdepan dengan tindakan Zahid itu.

Yong cuba bertanya kepada Zahid mengenai kehilangan senjata dan peralatan polis yang lain bernilai kira-kira RM1.3 juta, seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Ketua Audit Negara melaporkan bahawa gari paling barang banyak hilang sebanyak 156, diikuti 44 senjata dan 29 kenderaan polis.

Fathi menggesa Umno supaya melayan semua organisasi media dengan rasa hormat dan secara saksama.

"Umno adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang mengharamkan Malaysiakini membuat liputan programnya, terutama mesyuarat Majlis Tertinggi," tambahnya. ~mk




Iklan C (ii)


Berniaga Dan Beramal, Pasar Malam Bergelap Waktu Maghrib

Posted: 05 Oct 2013 05:00 AM PDT


Dunia dan akhirat harus jalan seiring, tidak kira dalam apa juga keadaan terutama dalam perniagaan. Sehubungan itu, program 'Jom Tutup Lampu' diperkenalkan di pasar malam sekitar Daerah Petaling oleh Adun Taman Medan, Haniza Talha.

"Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada para peniaga dan pembeli supaya tidak meninggalkan solat walaupun dalam keadaan yang sibuk," katanya sewaktu meninjau Pasar Malam Taman Medan 10 untuk melihat keberkesanannya.

Ternyata program ini disambut baik semua peniaga dengan menutup lampu serta-merta ketika azan Maghrib berkumandang.

"Konsep berniaga dan beramal ini diharap dapat diikuti pasar malam di tempat lain, kerana selain mengejar rezeki yang halal, kita masih mampu laksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim," katanya.

Menurut YDP Peniaga Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Abdullah, program ini dilaksanakan sejak tiga minggu lalu di lima pasar malam, antaranya Sri Manja, Lembah Subang, Kampung Lindungan, Medan 9 dan juga di Dato' Harun.

"Saya kemukakan cadangan untuk bina surau di kawasan ini kepada MBPJ dan masih lagi tunggu maklum balas mereka, " katanya. ~selangorku




Iklan C (ii)


Ahli Parlimen BN Sifatkan Kod Etika Pemilihan Umno Tidak Munasabah

Posted: 05 Oct 2013 03:19 AM PDT

Penyandang Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (gambar) hari ini menyifatkan kod etika pemilihan Umno kali ini sebagai tidak munasabah kerana menyukarkan calon untuk berkempen.

Anggota Parlimen Johor Baharu itu berkata sebagai orang yang menawarkan diri, maka, setiap calon yang bertanding perlu diberi ruang seluasnya supaya mereka berpeluang menyuarakan hasrat dan bukan sekadar terbatas pada sesi pengenalan calon.

"Saya berasa pelik dan tidak munasabah kerana pada pandangan saya peluang berkempen harus dibuka seluas-luasnya. "Ini kerana sesi pengenalan calon hanya sebagai acara rasmi untuk memperkenalkan diri kepada perwakilan," katanya selepas menghadiri sesi taklimat dan pengenalan calon Umno Bahagian Johor Baharu, di sini, hari ini.

Shahrir berkata beliau yakin masalah politik wang juga tidak akan timbul sekiranya calon diberikan peluang berkempen memandangkan bukan mudah menyogok wang kepada perwakilan yang begitu ramai pada pemilihan kali ini.

"Kita mahu pertandingan yang sihat. Tidak perlu takut soal politik wang kerana kita ada Lembaga Disiplin parti yang boleh mengambil tindakan dan saya ingat bukan mudah juga hendak jumpa kira-kira 150,000 perwakilan yang ada," katanya.

Beliau mengulas beberapa larangan ketika berkempen termasuk semua calon di peringkat bahagian atau pusat dilarang berkempen bersendirian sebaliknya hanya dibenarkan memperkenalkan diri pada majlis rasmi anjuran Badan Perhubungan Umno negeri.

Shahrir akan ditentang Ketua Umno Cawangan Jalan Utama, Kampung Melayu Zulkifli Ismail dan Ketua Umno Cawangan Taman Suria Datuk Ahmad Kemin pada pemilihan kali ini.

Mengenai pemilihan di Bahagian Johor Baharu, beliau berkata seramai 646 perwakilan daripada 83 cawangan dalam bahagian terbabit akan membuat pemilihan bagi menentukan kepimpinan parti.

Katanya pemilihan pada peringkat cawangan sebelum ini menyaksikan hampir 30% berlaku peralihan kepimpinan yang sekaligus membuktikan Umno sebagai masih 'sihat' dan 'kuat' serta terus mendapat sambutan golongan muda. ~bernama



Iklan C (ii)


(Gambar) Ribuan Hadiri Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat

Posted: 05 Oct 2013 02:41 AM PDT


Ijtimak Tarbawi 3.0 bertempat di Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi Kundang Ulu Ledang, Johor semalam secara rasminya bermula.

Himpunan peringkat kebangsaan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu malam
tadi dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat Dato Dr Mahfuz Mohamad.

Turut berucap pada majlis itu malam tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan, Pengarah Program Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

Program kali ini juga menyaksikan ribuan anak muda hadir menyertainya yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, pengisian malam tadi turut diisi dengan kuliah Maghrib oleh Ustaz Syed Abdul Kadir al Jofree yang mengupas tajuk Mengapa Tarbiyah Sepanjang Masa.

Pagi ini pula, kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi sejurus selesai qiamullail dan solat Subuh berjamaah.

Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS mengupas tajuk Khulasah Surah As Shaff.Selepas itu, bermula jam 8.30 pagi ini pula, giliran Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi pengisian.

Beliau menyampaikan kuliah tafsir surah al Munafiqun yang akan tamat sekitar jam 12.45 tengah hari ini sebelum peserta bersiap untuk solat Zohor bejamaah.Berikut antara gambar suasana sekitar Ijtimak Tarbawi 3.0 yang masuk hari kedua hari ini.








~harakahdaily






Iklan C (ii)



Demokrasi Ala Umno, Calon Wanita Umno Di Sekat Berkempen Di Media Perdana

Posted: 05 Oct 2013 12:58 AM PDT

PETALING JAYA: Persaingan Pemilihan Umno semakin panas apabila wujud dakwaan calon disekat daripada berkempen di media arus perdana.

Calon Wanita Umno, Raihan Sulaiman Palestine dikatakan dihalang ekoran campur tangan 'orang atas' yang melarang media memberikan liputan terhadap dirinya.

"Raihan sepatutnya dijemput berdebat atas pentas yang sama dengan calon Datuk Maznah Mazlan dalam satu forum anjuran Sinar Harian.

"Tetapi dibatalkan pada saat akhir," kata pegawai khas Raihan, Adam Mukhriz ketika dihubungi.

Katanya, Raihan juga menerima beberapa desakan daripada orang Umno termasuk panggilan yang menyuruhnya tarik diri daripada bertanding selewat-lewatnya 7 Oktober ini.

Ini berikutan kehadirannya dilihat hanya menyebabkan berlaku perpecahan undi yang mahukan Maznah menang majoriti sekaligus menjatuhkan penyandang, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Ini tak logik. Raihan pada awal lagi menyatakan hasrat bertanding itu atas keputusannya sendiri dan bukannya datang daripada arahan sesiapa.

"Beliau akan terus bertanding sehingga peringkat akhir," katanya.

Sementara itu, editorial Karangkraf ketika dihubungi menafikan sekerasnya kewujudan 'arahan' pihak atasan yang mengarahkan media tarik diri daripada memberikan liputan.

"Penganjuran debat itu belum rasmi dan masih dalam peringkat perbincangan. Malah iklan pun belum dikeluarkan di akhbar.

"Beberapa pihak termasuk panel dan penyiar rasmi tak dapat memberikan komitmen pada tarikh yang dirancang jadi pihak kami tak dapat nak teruskan.

"Maka tiada isu yang mengatakan kami menyekat mana-mana calon berkempen," katanya. ~fmt




Iklan C (ii)


Laporan Yang Gagal Di Siarkan Di Media Arus Perdana..

Posted: 04 Oct 2013 11:03 PM PDT


Pemimpin Umno BN mencanangkan Malaysia negara demokrasi dan bebas. Merata alam di jaja perkataan ini, tapi realitinya adalah sebaliknya.

Terbaru, laporan dari Freedom House indeks kekebasan internet Malaysia jatuh lagi. Maknanya kebebasan internet di negara kita makin merundum, makin tidak beabas, makin tidak demokrasi..

Internet M'sia masih 'separuh bebas'
Malaysia jatuh satu mata dalam tinjauan kebebasan Internet global berbanding tahun lalu, dan kekal "separuh bebas", menurut kajian Freedom House yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat.
Malaysia mendapat 44 daripada 100 mata, dengan 0 mewakili paling bebas dan 100 paling tidak bebas. Tahun lalu Malaysia mendapat 43 mata.
Antara semua negara di Asia, hanya Jepun dan Filipina disenaraikan dalam kategori bebas.
Kajian itu menyebut Malaysia mengawal kandungan politik, sosial dan agama.
Ia juga mendapati, manipulasi perbincangan atas talian oleh pengulas prokerajaan antara penyebab kejatuhan kedudukan Malaysia.
Penyebab lain termasuk penangkapan penulis blog dan serangan teknikal terhadap pengkritik kerajaan.
Sementara penembusan Internet pula didapati sebanyak 66 peratus daripada keseluruhan 29 juta rakyatnya dan kebebasan akhbar tidak bebas.
Freedom House menjalankan tinjauan di 60 negara di seluruh dunia. ~mk



Iklan C (ii)


Kenapa Menteri Umno Ni Melenting?.. Saksikanlah

Posted: 04 Oct 2013 09:59 PM PDT


Disebabkan soalan yang di ajukan oleh wartawan Malaysiakini, menteri Umno ni melenting dan mengamuk sakan. Pelbagai kata-kata yang tidak enak di dengar di hamburkan kepada wartawan Malaysiakini. 

Yang peliknya kenapa menteri Umno ni beria-ria mempertahankan pihak polis berkenaan kehilangan 44 pucuk senjata api sedangkan tiada siasatan di buat lagi.

Kenapa menteri Umno ni terlalu yakin tidak penyelewengan, tiada rasuah atau tiada salahguna kuasa dalam kehilangan senjata api ini. 

Sepatutnya menteri umno ni menjawab.."Siasatan akan dibuat terhadap kehilangan senjata api ini, tindakan tegas akan di ambil terhadap kecuaian ini"..

Jangan cakap lagi tentang kehilangan senjata polis
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempertahankan integriti pasukan polis dan mengatakan bahawa kehilangan senjata polis bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewangan atau unsur rasuah.
Sebaliknya, kata beliau, kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan.
Beliau kemudian melarang perbincangan lanjut mengenai perkara itu dan berkata "tiada lagi" soalan dari Malaysiakini.
Ditanya mengenai senjata RM1.3 juta senjata polis yang hilang seperti yang dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, Zahid berkata beliau positif bahawa tiada motif tidak baik dikaitkan dengan kehilangan tersebut.
"Mengenai laporan audit tentang kehilangan 1.3 juta senjata di PDRM, saya tahu kehilangan itu bukan disebabkan oleh pecah amanah, bukan disebabkan penyelewangan, bukan disebabkan unsur rasuah.
"Kehilangan antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan," katanya kepada pemberita. 
Zahid berkata beliau telah membuat susulan terhadap laporan audit itu dengan meminta ketua polis negara menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan mengenakan surcaj ke atas anggota yang terlibat. 
Beliau berharap laporan audit tahun depan tidak akan mengandungi laporan seperti kehilangan senjata kerana beliau tidak mahu "imej polis tercemar oleh laporan Ketua Audit Negara". 
Katanya, kini semakin ramai yang mempercayai pihak polis, sambil menambah bahawa pasukan itu telah memperlihatkan integriti yang tinggi. 
Zahid memberi amaran kepada Malaysiakini supaya melaporkan dengan tepat apa yang dicakapkannya. 
"Malaysiakini, you tulis itu macam ar, betul-betul ah, jangan tulis lain...," tegasnya.
Beliau juga meminta Malaysiakini supaya tidak lagi bertanya sebarang soalan susulan mengenai kehilangan senjata itu. 
"You pun tulis tak betul. Tak mau layanlah Malaysiakini. You tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN, patut you tak payah datang sinilah, malulah datang," katanya lagi. ~malaysiakini
Lihat video di sini.

Jikalau dilihat kenyataan dari menteri Umno ni, mungkin tiada laporan Ketua Audit Negara pada tahun depan berkenaan kehilangan senjata api polis bagi menjaga imej polis. 

Sekiranya semua menteri berpandangan sebegini, maka Laporan Audit Negara pada tahun depan akan keluar yang elok-elok je. Yang tidak elok mungkin tidak di sembunyikan. Jadi objektif Laporan Audit Negara sudah pasti akan tersasar..




Iklan C (ii)

Presiden Negara Komunis Lawat Malaysia

Posted: 04 Oct 2013 07:37 PM PDT

Najib bersama Presiden Negara China, Xi Jinping
Kerajaan telah mengharamkan Parti Komunis Malaya dan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng, Setiausaha Agong PKM yang meninggal dunia baru-baru ini pulang ke Malaysia.

Semalam, Presiden negara China  telah melawat negara kita. Presiden negara China ini di berikan penghormatan negara.

Untuk rekod, negara China merupakan pendokong ideologi komunis sudah sekian lama. Namun, negara China sekarang telah memilih dasar yang lebih terbuka berbanding 20 tahun yang lalu.

Presiden China: Malaysia rakan kongsi boleh dipercayai
China menyifatkan Malaysia sebagai rakan kongsi strategik yang boleh dipercayai dan begitu komited untuk terus memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara, kata Presiden Xi Jinping.
Beliau berkata, hubungan kukuh antara Beijing dan Kuala Lumpur adalah berdasarkan keutuhan kepercayaan daripada segi poltik, jalinan kerjasama saling menguntungkan selain sokongan rakyat kedua-dua negara yang terjalin sejak hampir empat dekad.
Merujuk peribahasa Melayu 'Air dicincang tidak akan putus' bagi menggambarkan persahabatan kedua-dua negara, Xi berharap untuk melihat hubungan China dan Malaysia terus berkembang dan membawa lebih banyak manfaat kepada kedua-dua pihak.
"Saya harap kita akan merebut peluang untuk membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala kedua-dua negara serta meraikan masa depan lebih gemilang kepada China dan Malaysia," kata Xi, yang kini dalam lawatan rasmi tiga hari ke negara ini, ketika berucap pada Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia-China semalam.
Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang turut menyampaikan ucaptama.
Menyedari hubungan Malaysia dan China wujud atas dasar kepercayaan utuh daripada segi politik, Xi berkata, ini terbukti apabila Najib memilih melawat China sebagai destinasi pertama di luar Asean selepas mengambil alih pentadbiran negara pada 2009.
Begitu juga dengan Xi, yang menjadikan Malaysia satu daripada destinasi penting dalam kunjungan pertama beliau ke Asean.
Mengulas kerjasama perniagaan dan perdagangan China dan Malaysia, Xi berkata, kedua-dua negara perlu mengambil kesempatan berdasarkan kekuatan masing-masing untuk mengoptimum manfaat daripada sektor ekonomi.
Presiden itu juga menegaskan bahawa persahabatan China-Malaysia bukan hanya berdasarkan kepentingan bersama malah ketika mengharungi detik sukar.
Beliau turut mengingati kerjasama kedua-dua negara berikutan krisis kewangan pada 1997 dan 2008 serta bantuan Malaysia kepada rakyat China selepas gempa bumi dahsyat di Sichuan pada 2008.

"Kedua-dua negara terbukti adalah jiran yang baik, sahabat sejati serta rakan kongsi yang sentiasa bersama-sama ketika susah dan senang.
"Kami tidak pernah melupakan bantuan serta sumbangan rakyat Malaysia. Kami amat tersentuh dan juga tidak pernah melupakan tindakan seorang lelaki rakyat Malaysia yang mendermakan sel stem beliau demi menyelamatkan seorang remaja lelaki berusia 12 tahun dari China pada 2012," katanya.
Xi turut mempelawa Najib ke Beijing pada tahun depan sempena ulang tahun ke-40 kewujudan hubungan dua hala China dan Malaysia.
Ini adalah lawatan sulung Xi ke Malaysia selepas memegang jawatan presiden pada Mac 2013. ~bernama



Iklan C (ii)

PAS Iktiraf Syiah Mazhab Dalam Islam - Setiausaha Dewan Ulama

Posted: 04 Oct 2013 06:36 PM PDT

Secara makronya PAS mengiktiraf mazhab Syiah sebagai sebahagian daripada Islam tetapi secara mikronya perlu diperincikan kerana ada sebahagian pecahan aliran syiah mengkafirkan sahabat.

Namun secara tegas, parti Islam itu tidak membenarkan ahlinya menganut mazhab Syiah, kata Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, hubungan PAS dengan Syiah adalah hubungan Muslim dengan kumpulan Muslim yang lain.

Katanya, memang ada Syiah yang melampau sehingga mengkafirkan para sahabat Rasulullah tetapi ada juga yang tidak mengkafir sahabat dan mempunyai fekah yang hampir sama dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Menjadi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak mengkafirkan Syiah secara makro," katanya.

Khairudin yang mempunyai PhD dalam pengajian Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah pensyarah di UKM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum menceburkan diri dalam politik.

Khairuddin berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah pihak yang terus memusuhi Syiah seolah-olah semua mereka terkeluar daripada Islam.

Di Malaysia, katanya, beberapa kumpulan Muslim yang mengamalkan mazhab Syiah diburu dan perhimpunan mereka diganggu.

"PAS memegang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Berdasarkan perlembagaan itu maka Syiah tidak diterima oleh PAS, maknanya tidak boleh ahli PAS berpegang kepada mazhab Syiah sebagaimana kerajaan Malaysia juga tidak membenarkan rakyatnya menganut mazhab Syiah.

"Namun PAS tidak membenarkan pihak luar melaga-lagakan antara Ahli Sunnah dengan Syiah," katanya.

Beliau memberikan contoh apa yang berlaku di Syria apabila musuh Islam khasnya Amerika Syarikat (AS) dan Israel berjaya memecahkan Sunnah dengan Syiah.

Katanya, pertembungan di Syria adalah pertembungan antara orang yang zalim dan dizalimi iaitu antara kerajaan Bashar Al-Assad dengan rakyatnya.

Syria dikuasai oleh kerajaan Bashar yang kebetulan penganut Syiah Alawiyah yang tidak diiktiraf oleh kumpulan Syiah sendiri.

AS dan Israel, katanya, mengambil kesempatan daripada pertembungan ini untuk menyemarakkan api pertelingkahan sehingga menimbulkan konflik antara Sunnah dan Syiah di Syria.

"Dalam masa yang sama tidak dinafikan sebahagian pertembungan dipengaruhi elemen mazhab Syiah dan Sunni.

"Tindakan Hezbollah dan Iran yang membantu Bashar ditentang bukan kerana mereka Syiah tetapi kerana mereka membantu Bashar yang jahat," katanya. ~tmi



Iklan C (ii)


Tiada ulasan: