Anak Sungai Derhaka |
- Hairie Othman Tidak Mahu Terlibat Dalam Aktiviti Pakatan Rakyat Lagi... Siapa dah tipu dia?
- Zahid kata Syarikat Keselamatan dah dibatalkan lesen.. tapi kenapa ia masih beroperasi seperti biasa?
- Kesiannya kat Petugas BN.. Budi ditabur dibalas dengan Susu Basi..
Hairie Othman Tidak Mahu Terlibat Dalam Aktiviti Pakatan Rakyat Lagi... Siapa dah tipu dia? Posted: 30 Oct 2013 05:50 AM PDT 'Habis manis sepah dibuang.. 'atau 'Dulu tak cukup.. sekarang tak habis..' itulah pepatah yang sesuai digunakan dalam hal ini.. Sebelum PRU13 Mei lalu beliau diusung kehulu kehilir dengan penuh perasaan megah oleh segelintir pihak dalam Pakatan Rakyat hinggakan nak didekatipun susah.. Dijulang dengan megah kerana dikatakan berani berhijrah keluar dari lubuk maksiat untuk bersama memperjuangkan Islam.. malangnya setelah PRU13 beliau dipinggirkan begitu sahaja.. Jika suatu masa dulu Amy Search.. sekarang nampaknya Hairie pula yang akan menjauhkan diri dari sebarang aktiviti Pakatan Rakyat... Persamaannya dalam hal ini ialah kedua-duanya merasakan diri mereka telah tertipu dengan janji-janji manis yang ditabur oleh segelintir pemimpin Pakatan Rakyat.. Ditipu oleh segelintir manusia hipokrit yang berselindung disebalik kepiah putih dan jubah putih..berbahasa menggunakan 'Ana' dan 'Anta'.. tapi sebenarnya perangai macam haram jadah! Dalam persamaan itu masih ada perbezaan.. dimana Amy telah ditipu oleh individu yang rapat dengan pimpinan manakala Hairie merasakan dirinya ditipu, ditipu dengan janji-janji manis ataupun kena kencing oleh Pakatan Rakyat. Buat masa ini aku tak berapa pasti apa yang telah dijanjikan kepada Hairie.. hingga menyebabkan beliau kecewa dengan Pakatan Rakyat.. Bagaimanapun aku hormat Amy Search yang telah menyertai UMNO itu.. Kerana walaupun beliau diserang habis-habisan oleh kebanyakkan Blog Pro PR setelah mengumumkan menyertai UMNO, namun beliau tidak menyerang balas dengan mendedahkan siapa individu dari PR itu yang telah menipu dia dan berapa banyak dia dah ditipu... Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat. Kalau betullah ada projek yang telah dijanjikan kepada Hairie.. pesan aku buat Hairie.. "Hang jangan haraplah janji itu akan tertunai Bro.. sebab kalau ada projekpun depa tak akan lepaskan kat hang.. sebab sifat tamak haloba yang ada dalam diri depa tu lebih teruk dari orang-orang UMNO!!! |
Posted: 29 Oct 2013 09:26 PM PDT Pada 25 Oktober lalu, Syarikat Kawalan Keselamatan yang telah menggaji pengawal Keselamatan yang menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya dilaporkan telah dibatalkan lesennya oleh Kementerian Dalam Negeri. Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. "Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api. "Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.Laporan penuh sila baca di SINI. Nama Syarikat tersebut kemudiannya telah didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Hingga kehari terakhir tempoh rayuan diberikan, Prima Secuirity tidak mengemukakan sebarang rayuan terhadap tindakan Kementerian Dalam Negeri itu. Zahid juga dilaporkan berkata "Kita mengambil tindakan membatalkan lesen syarikat itu kerana berdasarkan rekod, syarikat terbabit sudah mempunyai dua kesalahan sejak ditubuhkan". Bagaimanapun... Syarikat terbabit yang dikatakan telah dibatalkan lesennya oleh Menteri Dalam Negeri kerana gagal mengemukakan rayuan.. Dibatalkan lesen kerana gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim.. didapati masih beroperasi seperti biasa... Malah menurut jurucakap AmBank, syarikat kawalan keselamatan itu masih diberikan kebenaran untuk meneruskan perkhidmatan kerana syarikat terbabit hanya diberi surat tunjuk sebab bukannya dibatalkan lesen sepertimana yang dinyatakan oleh Zahid Hamidi.. Ini laporan penuhnya.. KUALA LUMPUR, Oct 30 — The security company whose licence was revoked a day after its guard shot and killed an AmBank officer a week ago, is still operating as usual. The Malay Mail visited the bank branch in USJ Sentral 2 in Subang Jaya yesterday and saw a guard from Kawalan Prima Sdn Bhd on duty. This was despite Home Ministry senior deputy secretary-general Datuk Alwi Ibrahim's announcement that Kawalan Prima's licence had been revoked. An AmBank spokesman said that Kawalan Prima was still authorised to provide services as the firm was only given a show-cause letter from the Home Ministry. The security firm refused to comment on the rogue security guard, who was an Indonesian with a fake identity card. It did say, however, despite claims that its licence had been revoked, it was functioning as usual. "We explained the situation to the necessary people and they know we have done nothing wrong. That is all that matters," said the company's legal officer who refused to be named. The bank staff, meanwhile, were apparently unhappy that a guard from the same firm was still working there, but they refused to elaborate citing company regulations. Following last Wednesday's robbery, the bank was closed for two days and resumed operations on Monday. The latest security guard told The Malay Mail that he had been redeployed from another bank in SS14, four days after the shooting incident. Checks showed that the security firm provides more than 600 security officers, including armed guards, to various banks and establishments. In the incident last week, Norazita Abu Talib, 37, a bank employee for 16 years, was shot in the face with a pump-gun while at the bank's vault. The 37-year-old suspect had been working as a guard with another bank for a year and had occasionally served as a replacement at the AmBank branch where the robbery occurred ~ The Malay Mail ..... Apa cerita nih? Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN telah berkata lesennya telah dibatalkan tapi syarikat masih beroperasi seperti biasa? Siapa telah berbohong dalam hal ini?.. Zahid Hamidi, Datuk Alwi Ibrahim ataupun pihak Kawalan Prima? Atau kerana syarikat dikuasai oleh Pemimpin UMNO maka tiada undang-undang yang tertakluk terhadap mereka? Kenapa dalam hal yang membabitkan nyawa rakyat masih wujud pembohongan begini?? |
Kesiannya kat Petugas BN.. Budi ditabur dibalas dengan Susu Basi.. Posted: 29 Oct 2013 05:00 PM PDT Setelah mereka bertungkus lumus sepanjang hari kempen demi untuk memenangkan calon Barisan Nasional dalam PRK Sungai Limau ini, akhirnya jasa mereka itu dibalas jua oleh pemimpin UMNO.. Mungkin kerana dianggap sebagai kurang bijak dan akan telan apa saja yang dihulurkan kepada mereka.. jasa mereka telah dihargai dengan susu basi.. Penghargaan dilakukan oleh bukan calang-calang orang, tapi pemimpin UMNO yang Najib dah lantik jadi Pengerusi Tabung Haji.. banyak elaun dia tu... "Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." jelas Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika dihubungi Astro AWANI. Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu dan ianya dikatanya mengejutkan penerima berkenaan. Tambah Azeez lagi, "Sekiranya susu pekat tersebut telah pun luput tarikh, buangkan saja. Ia bukannya untuk dijual. Lagipun secara teknikal barangan dalam tin walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi." Azeez menasihatkan Mahfuz agar tidak menggunakan taktik politik sempit kerana tarafnya sebagai seorang Naib Presiden PAS. Terdahulu, sumbangan bantuan barangan keperluan asas oleh jentera parti Barisan Nasional (BN) kepada penduduk Sungai Limau di sekitar kawasan Sungai Dedap dicemari dengan penemuan susu pekat didakwa telah luput tarikh dalam pemberian itu. Pengarah Jawatankuasa Induk PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata penemuan susu pekat tersebut disedari oleh seorang wanita yang mendapat sumbangan tersebut. "Susu pekat tersebut merupakan antara barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum dan gula dan diberikan oleh petugas jentera BN yang berkempen ke rumah mereka semalam," kata Mahfuz Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu. "Sumbangan tersebut dipercayai diberikan oleh jentera parti BN dari Baling kerana tertera nama Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan apa yang dikesalkan disini, mengapa susu yang luput tarikhnya pun diberikan juga kepada orang kampung," katanya lagi. Mahfuz berkata ini merupakan satu penghinaan kepada orang kampung kerana mereka tidak mengambil kira soal keselamatan dan kesihatan penduduk disitu. "Takkanlah mereka ini (BN) kedekut sangat sampai nak memberikan penduduk dengan susu yang luput tarikhnya. Saya menyeru kepada penerima-penerima sumbangan tersebut supaya memeriksa susu pekat yang diterima melalui sumbangan tersebut. Takut nanti, habis satu DUN Sungai Limau mengalami keracunan," kata beliau. Beliau percaya kira-kira 500 keluarga yang menerima sumbangan tersebut di kawasan Sungai Dedap ada menerima susu-susu yang luput tarikhnya itu dan Datuk Abdul Azeez digesa meminta maaf kepada penduduk kampung. ~ Astro Awani Memang sesuai sangatlah sus basi untuk petugas BN tu... kalau aku.. aku bagi rumput saja... kah.. kah.. kah.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan