Rabu, 30 Oktober 2013

Addin

Addin


Rahsia Di Sebalik Tragedi Pegawai Bank Di Tembak Tersebar (Pembetulan)

Posted: 30 Oct 2013 09:37 AM PDT


Ekoran pendedahan blog Addin berkenaan kisah pembunuh pegawai Ambank tempohari, Addin telah mengeluarkan artikel yang salah. Artikel tersebut telah menyebut bahawa syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan tersebut adalah Securiforce yang dimiliki oleh Exco Wanita Umno, Dato Maznah. 

Setelah pendedahan dibuat oleh Menteri KDN Zahid Hamidi, sebenarnya syarikat kawalan keselamatan terlibat ialah Kawalan Prima (gambar atas).

Blog Addin bukan bertindak prejudis tetapi telah melakukan kesalahan kerana tidak menyemak dengan teliti penulisan dari sebuah blog, Addin telah mengeluarkan semula artikel tersebut. 

Dengan ini, Addin dengan rendah hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada pihak berkenaan dan menarik semula artikel seperti di bawah..








Iklan C (ii)


Pelakon Hairie Othman Merajuk Dengan Pakatan Rakyat

Posted: 30 Oct 2013 07:39 AM PDT


Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat. Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.

Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek seperti yang dijanjikan selepas PRU itu berakhir.

"Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu," tambahnya. ~mStar




Iklan C (ii)


Zahid Kata Sampah, Tapi BN Sendiri Ciplak Manifesto PR

Posted: 30 Oct 2013 05:31 AM PDT

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas manifesto Pakatan Rakyat, meskipun  Barisan Nasional sendiri menciplak idea yang terkandung dalam manifesto berkenaan, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang menyifatkan manifesto PR sebagai "sampah" dan "tidak berpijak di bumi yang nyata" dengan mendakwa hanya 15 peratus janji ditunaikan pada 2008.

"Ini sikap yang cukup memalukan apatah lagi ungkapan tersebut dibuat dalam dewan yang mulia dan ditonton secara 'live' oleh rakyat melalui internet dan televisyen di rumah.

"Peliknya, jika beliau menganggap manifesto itu sebagai sampah, kenapa Umno BN tetap menciplak beberapa isi kandungannya seperti janji menurunkan harga kereta?" soal Pengerusi KEADILAN Perak itu ketika dihubungi.

Pakatan Rakyat semasa kempen Pilihan Raya Umum lalu menunjukkan bukti sekurang-kurangnya sembilan perkara diciplak oleh BN daripada manifesto Pakatan Rakyat.

Antaranya memberikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak dan menurunkan harga kereta secara berperingkat.Malah baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan membentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat lebih awal kerana bimbang ia diciplak BN.

Mengulas lanjut, Muhammad Nur berkata, sebagai pemimpin kanan negara, Zahid sewajarnya menjadikan dirinya contoh kepada rakyat dan bukan menunjukkan sikap emosional.

"Tetapi apa yang berlaku ialah Zahid lebih gemar melepaskan kemarahan dengan memberikan label-label negatif terhadap pihak lawan dan ini sekaligus menjatuhkan maruahnya sendiri di hadapan rakyat," ujarnya. ~kd




Iklan C (ii)

Anwar Dedah Punca Najib Naikkan Harga Gula

Posted: 30 Oct 2013 03:14 AM PDT

Tindakan kerajaan menghapuskan RM551.25 juta subsidi gula dalam Bajet 2014 menambahkan lagi kekayaan kroni BN yang menguasai industri itu.

Ini kerana monopoli oleh Malaysian Sugar Manufacturing (MSM) milik Felda Global Ventures dan Central Sugar milik Tradewinds yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MSM ditubuh taikun Tan Sri Robert Kuok yang juga kroni BN sejak 1958 sebelum menjualnya kepada Felda pada 2009 bernilai RM1.5 bilion. Manakala Tradewinds dikuasai Syed Mokhtar yang juga kroni Umno.

Ekoran penghapusan subsidi itu, harga gula kini RM2.84 berbanding hanya RM2.50 sebelumnya. Ia kenaikan kelima sejak industri gula dikuasai Syed Mokhtar pada 2009 hingga kini.

"Pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun. Pada kebiasaannya, keuntungan sebelum cukai syarikat gula sekitar sembilan peratus. Selepas kemasukan syarikat milik Syed Mokhtar ke sektor ini, keuntungan sebelum cukai melonjak 15 peratus.

"Dengan penghapusan subsidi, kentungan sebelum cukai syarikat-syarikat dalam sektor ini dijangka melonjak 20 hingga 25 peratus dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion, akibat pengukuhan monopoli kedua-dua syarikat ini," katanya dalam perbahasan di Parlimen semalam.

Sehubungan itu Anwar mengulangi pendirian Pakatan Rakyat perlunya liberalisasi industri itu bagi memecah monopoli agar harga gula lebih rendah demi kepentingan rakyat terbanyak berbanding dasar sedia ada hanya menguntungkan segelintir individu elit yang rapat dengan BN.

"Persoalannya mengapa korporat mendapat kentungan berganda akibat penghapusan subsidi gula dan rakyat dibeban dengan kenaikan harga gula?

"Seharusnya liberalisasi industri gula dilakukan untuk mengelak monopoli berterusan bagi mengekang kenaikan harga gula akibat pengurangan subsidi dengan kemasukan syarikat pembekal baru," katanya lagi. ~kd






Iklan C (ii)


Papagomo Belasah Polis Tanpa Rasa Belas..

Posted: 29 Oct 2013 11:48 PM PDT


Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris seorang bekas polis telah membelasah polis berkenaan kes bunuh pegawai Ambank tempohari. Dalam kes ini, Gomo telah menyalahkan pihak polis.

Berikut ialah entri dari akaun FBnya yang serang Polis tanpa rasa belas.



Guard Haramjadah - Polis Usah Tutup Pekung Kesalahan Yang Dilakukan Pegawainya

Segak bergaya si haramjadah Guard yang menembak mati pekerja wanita Ambank tempoh hari. Banyak lagi gambar Haramjadah ni dalam album FB nya tapi Gomo taknak cakap pasal gambar Haramjadah ni coz Gomo nak belasah POLIS.

Hari tu Gomo dah maklum yang patut bertanggungjawap dalam kes ini adalah syarikat keselamatan Guard ni bekerja dan juga pihak Polis. Tapi ada ramai komen yang menyatakan polis tak salah, polis tak terlibat bla bla bla. Hari ni Gomo nak ulas sikit kenapa Gomo tetap salahkan Polis.

Step 1: syarikat keselamatan akan menugaskan pengawalnya untuk bertugas di Bank dan pengawal tersebut perlu dibekalkan dengan senjata api.

Step 2: syarikat keselamatan akan membuat permohonan kepada pihak Polis bagi memberikan kelulusan kepada pengawal keselamatan yang dipilih untuk memegang senjata api.

Step 3: Pihak Polis akan melakukan saringan ke atas penama yang dihantar oleh syarikat keselamatan untuk menyemak segala rekod dan juga apa apa yang berkaitan dengannya sebelum diberikan kelulusan. Pihak Polis boleh untuk tidak meluluskan permohonan syarikat keselamatan.

Step 4: Jika pengawal keselamatan yang disaring oleh pihak Polis tidak melepasi taraf kelayakkan maka pekara tersebut akan dimaklumkan kepada Syarikat Keselamatan tersebut dan nama pemohon pengawal keselamatan akan ditukarkan kepada pemohon yang lain.

Step 5: Setelah pihak Polis meluluskan permohonan syarikat Keselamatan tersebut dengan memberikan kelulusan untuk menggunakan senjata api barulah satu surat dikeluarkan oleh pihak Polis dengan menamakan sipolah bin sipolan diberi kelulusan untuk membawa sejata api.

Step 6: Setelah kelulusan diperolehi dari pihak Polis barulah syarikat keselamatan tersebut membekalkan senjata api kepada pengawal keselamatan yang telah lulus saringan daripada pihak Polis untuk berkhidmat.

Step 7: Pengawal bersenjata api itu berkhidmat dilokasi yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Keselamatan.

Ok, tu Gomo cakap dari apa yang telah disampaikan oleh rakan pengawal keselamatan bersenjata Api dan juga Bodyguard. Proses nya adalah lebih kurang begitu yang mana suka atau tidak sekalipun keculasan pegawai Polis yang meluluskan penggunaan senjata api kepada pengawal haramjadah warga Indonesia itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh kita terima. Gomo yakin pegawai Polis berkenaan bersikap sambil lewa ataupun mungkin ada unsur lain yang mana "Makan Suap" menyebabkan kelulusan diberikan begitu sahaja kepada warga Indonesia yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Takziah kepada keluarga mangsa tembakan tersebut dan Gomo harap pihak keluarga mangsa mengambil tindakan saman ke atas pihak Syarikat Keselamatan dan jugak PDRM kerana kecuaian tersebut.

Pihak PDRM pula perlu mengambil tindakan disiplin segera keatas pegawai Polis yang bertugas dalam memberikan kelulusan kepada warga Indonesia tersebut. Tindakan tegas oleh PDRM perlu dilakukan bukan sahaja di mana pegawai Polis tersebut bertugas malah di seluruh Malaysia balai balai Polis begitu culas tahap keselamamatan senjata api.

Harap pihak PDRM tak marah dengan penjelasan ini kerana rakyat perlu tahu kebenarannya. ~papagomo






Iklan C (ii)


Bekas Ketua Pengarah Imigresen Didapati Bersalah Kes Rasuah, Penjara 6 tahun

Posted: 29 Oct 2013 08:40 PM PDT

Bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don hari ini didapati bersalah kerana terlibat dalam rasuah.

Wahid dijatuhkan hukuman penjara enam tahum bermula hari ini dan denda RM300,000 atau penjara 12 bulan. Hakim tidak membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan hukuman.

Hakim Rosbiahanin Arifin telah membebaskan tertuduh pada Oktober 2010 tanpa meminta beliau untuk membuat pembelaan. Ketika itu, hakim mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Walau bagaimanapun, Rosbiahanin hari ini menarik semula keputusan awal itu dan mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes mengatasi keraguan munasabah.

Wahid, 59, dituduh menerima RM60,000 daripada seorang ahli perniagaan Datuk Low Chang Hian sebagai sebahagian bayaran untuk mempercepatkan pengesahan visa 4,337 warga Bangladesh untuk memasuki negara ini.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut di Jalan Lembah Ledang, Kuala Lumpur, pada 10 Julai 2008.

Ketua pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah sesyen di Mahkamah Tinggi namun tidak berjaya. SPRM kemudian membuat rayuan di Mahkamah Rayuan, yang diluluskan April tahun ini.

Tertuduh dalam pembelaannya mendakwa wang tersebut milik SPRM dan Low memberikan wang itu atas arahan SPRM. Wahid diwakili peguam Datuk V. Sithambatam. ~tmi





Iklan C (ii)


Berita Tergempar Dari Sg. Limau..

Posted: 29 Oct 2013 07:26 PM PDT


"Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." jelas Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika dihubungi Astro AWANI.

Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu dan ianya dikatanya mengejutkan penerima berkenaan. Tambah Azeez lagi,

"Sekiranya susu pekat tersebut telah pun luput tarikh, buangkan saja. Ia bukannya untuk dijual. Lagipun secara teknikal barangan dalam tin walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi."

Azeez menasihatkan Mahfuz agar tidak menggunakan taktik politik sempit kerana tarafnya sebagai seorang Naib Presiden PAS.

Terdahulu, sumbangan bantuan barangan keperluan asas oleh jentera parti Barisan Nasional (BN) kepada penduduk Sungai Limau di sekitar kawasan Sungai Dedap dicemari dengan penemuan susu pekat didakwa telah luput tarikh dalam pemberian itu.

Pengarah Jawatankuasa Induk PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata penemuan susu pekat tersebut disedari oleh seorang wanita yang mendapat sumbangan tersebut.

"Susu pekat tersebut merupakan antara barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum dan gula dan diberikan oleh petugas jentera BN yang berkempen ke rumah mereka semalam," kata Mahfuz Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu.

"Sumbangan tersebut dipercayai diberikan oleh jentera parti BN dari Baling kerana tertera nama Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan apa yang dikesalkan disini, mengapa susu yang luput tarikhnya pun diberikan juga kepada orang kampung," katanya lagi.

Mahfuz berkata ini merupakan satu penghinaan kepada orang kampung kerana mereka tidak mengambil kira soal keselamatan dan kesihatan penduduk disitu.

"Takkanlah mereka ini (BN) kedekut sangat sampai nak memberikan penduduk dengan susu yang luput tarikhnya. Saya menyeru kepada penerima-penerima sumbangan tersebut supaya memeriksa susu pekat yang diterima melalui sumbangan tersebut. Takut nanti, habis satu DUN Sungai Limau mengalami keracunan," kata beliau.

Beliau percaya kira-kira 500 keluarga yang menerima sumbangan tersebut di kawasan Sungai Dedap ada menerima susu-susu yang luput tarikhnya itu dan Datuk Abdul Azeez digesa meminta maaf kepada penduduk kampung. ~awani


Addin:

Kepada petugas BN di Sg. Limau... jadi anda tahu di mata pemimpin BN. Anda ibarat 'melukut di tepi gantang".. tidak penting tetapi hanya hendak di perkudakan sahaja..





Iklan C (ii)


Patutlah Harga Gula Naik Mendadak.. Ini Puncanya

Posted: 29 Oct 2013 05:56 PM PDT

Pengurangan subsidi gula sebanyak 35 sen setiap kilogram yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2014 adalah disebabkan kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi, kata DAP.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs berbanding harga pada ketika itu, US$23.42.

"Saya telah mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan ketika itu kerana kerajaan membeli gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran.

"Perbezaan harga kontrak melebihi 10% daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun. Saya juga pada masa itu telah menyarankan kepada kerajaan bahawa laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi.

"Tetapi, perkara ini tidak dihiraukan oleh kerajaan malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir membidas dengan berkata harga gula mentah dunia dijangka terus meningkat pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pua berkata sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu.

Katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana telah membuat keputusan tidak wajar dan menyusahkan rakyat Malaysia.

"Ismail pada Januari tahun lalu bersikap angkuh apabila berkata 'biar saya ingatkan kamu bahawa kerajaan adalah bijak' kerana menandatangani perjanjian tiga tahun tersebut. Namun ia membuktikan keputusan tersebut adalah salah dan amat merugikan Malaysia.

"Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula.

"Punca kenaikan harga gula disebabkan kerajaan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

"Kerajaan perlu mengaku kesalahan yang dilakukan dengan menyiasat punca gula mentah diimport dengan harga lebih mahal dan mengumumkan dasar pemulihan yang akan dilaksanakan agar perkara yang menambahkan beban rakyat tidak akan diulangi pada masa hadapan," katanya. ~tmi





Iklan C (ii)




Tiada ulasan: