Anak Sungai Derhaka |
- Suami Minta Henti Sebarkan Gambar Kematian Norazita Di Laman Sosial
- Amuk di Taman Melati, Empat ditikam Dua Mati.. (Gambar dan Video)
- Pemimpin UMNO cuba perbodohkan rakyat di Sungai Limau.. dakwa PR punca barang naik!!
- Anak VIP mana dah kantoi bawa masuk 22 'Super Car' tak bayar cukai ni?
- Dilabel sebagai Kedekut : MB Selangor panggil Adun PR untuk taklimat
- Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Bank..
Suami Minta Henti Sebarkan Gambar Kematian Norazita Di Laman Sosial Posted: 24 Oct 2013 07:40 AM PDT Suami kepada pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, yang ditembak mati dalam kes rompak dan bunuh pada Rabu, meminta semua pihak memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kematian isterinya demi menghormati sensitiviti keluarga. Irwan Kamarudin, 37, berkata, penyebaran gambar itu akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa. "Saya harap semua dapat memadamkan gambar dan video insiden kematian isteri saya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini selepas pengebumian isterinya di kampung halaman Allahyarham di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak. Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu sendiri selepas Norazita membuka pintu bilik kebal bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya pada Rabu. Susulan kejadian, gambar dan rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook pada Khamis. Pagi Khamis, Irwan bersama dua anaknya, Nurnisa Nabilah, 12, Muhd Hazimy, 8, serta saudara maranya hadir di Bilik Mayat Hospital Serdang untuk pengecaman mayat isterinya. Suasana pilu menyelubungi bilik mayat itu dengan Irwan cuba ditenangkan anggota keluarganya sambil menangis setelah beliau membuat pengecaman jenazah isterinya. Malah mereka menunggu sehingga 2 petang sehingga laporan bedah siasat selesai dijalankan dan menuntut jenazah untuk dikebumikan. Nurnisa Nabilah berkata, kebiasaannya ibunya akan menghantar dia dan adiknyake sekolah namun pada Rabu, disebabkan kesibukan kerja, ayahnya terpaksa menghantar mereka ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Subang, di sini. "Dalam 7.30 malam saya terima panggilan dari mak saudara cakap mama dah tiada," katanya. Sementara itu, pengurus bank berkenaan, Lyonel Tan berkata, kejadian ini pertama kali berlaku di bank tersebut. "Arwah merupakan seorang pekerja yang rajin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan penting seperti khidmat pelanggan," katanya. Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Norazita. "Bagi pihak Kumpulan AmBank, kami ingin merakamkan ucapan takziah, doa dan ingatan kali buat keluarga Allahyarham di saat yang begitu sukar ini," katanya menerusi satu kenyataan. Kumpulan AmBank bekerjasama rapat dengan polis dalam siasatan kejadian itu dan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan kepada anggota keluarga Allahyarham. Di KAMPAR, jenazah Norazita selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan KampungAyer Hitam Labu di sini pada pukul 7.30 malam Khamis. Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya kira-kira pukul 6.55 petang dari Hospital Serdang, Selangor sebelum dikebumikan bagi memberi peluang anggota keluarga, rakan-rakan dan penduduk kampung menziarahi jenazah. Bapa Allahyarham, Abu Talib Mohd Isa, 75, yang ditemui di rumahnya berkata, beliau dan keluarga reda dengan pemergian anak keduanya itu. "Kali terakhir kami jumpanya pada hari raya korban lepas. Dia juga sempat jumpa adik beradik dan saudara mara," katanya yang mempunyai lima anak. Ditanya mengenai dua anak Norazita, Abu Talib berkata isterinya Norsham Abdul Kader, 63, akan berada di rumah anaknya di Kuala Lumpur untuk menjaga cucu mereka sehingga hujung tahun ini. Mengenai tindakan yang akan diambil berhubung pembunuhan anaknya itu, Abu Talib menyerahkan kepada polis untuk menyiasat. "Kita sepatutnya mempunyai sifat seperti manusia lah. Kalau nak rompak, rompak jer lah duit. Tapi jangan lah sampai membunuh," katanya. - BERNAMA | ||||
Amuk di Taman Melati, Empat ditikam Dua Mati.. (Gambar dan Video) Posted: 24 Oct 2013 03:38 AM PDT Dalam tempoh 40 minit, seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental, bertindak menikam empat mangsa di tiga lokasi berasingan sekitar Taman Melati, Gombak, di sini, hari ini. Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu menyebabkan dua mangsa termasuk seorang pelajar kolej swasta, meninggal dua di tempat kejadian sementara dua lagi termasuk seorang warga emas cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal. Ia bermula apabila suspek, bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok, membuat penghantaran ke sebuah kedai di Stesen LRT Gombak. Sebaik menghantar rokok, suspek dengan tidak semena-mena mengeluarkan pisau rambo dan menikam pemilik kedai, wanita berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an. Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki van menuju ke arah Stesen LRT Melati dan kemudiannya bertindak melanggar sebuah van penghantar barang (air mineral) dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan Persiaran Pertahanan, terletak kira-kira tiga kilometer dari stesen lokasi kejadian pertama. Ketika mangsa turun dari van untuk melihat keadaan, suspek yang bagaikan dirasuk, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga tusukan menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Sejurus selepas itu, suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju dan melakukan modus operandi sama apabila bertindak melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hybrid dipandu remaja berusia 25 tahun. Dalam kejadian di Jalan Tumbuhan itu, mangsa yang merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia.
Saksi kejadian, seorang peniaga dikenali sebagai Farid, 30, berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak membelasah suspek namun suspek hanya melaungkan takbir sambil mengucap berulang-ulang kali.
"Ketika itu dia dalam keadaan bergari dan berlumuran darah setelah dibelasah orang ramai,"katanya. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian hanya berakhir kira-kira jam 12 tengah hari setelah suspek berjaya ditahan oleh anggota polis peronda Dang Wangi. Katanya, terdapat tiga kesan tikaman di bahagian badan dan tangan pada mangsa terakhir sementara suspek cedera di bahagian kepala. "Kita dapati suspek yang berasal dari Segamat Johor ini, berada dalam keadaan tidak normal dan mengalami masalah 'kejiwaan' berkemungkinan berkaitan dengan ajaran yang dituntut. "Siasatan awal mendapati, suspek bebas daripada rekod jenayah, bagaimanapun ujian akan dilakukan sekiranya suspek berada di bawah pengaruh dadah. "Kita juga akan libatkan jabatan agama, dan kaunseling bagi menentukan tahap kesedaran suspek ketika kejadian, sama ada normal atau tidak,"katanya. Beliau menambah, motif kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian. "Kejadian ini tiada kena mengena dengan isu perkauman, tetapi lebih kepada masalah individu yang mengalami masalah jiwa dan bertindak di uar kawalan,"katanya. Mangsa yang cedera dan suspek dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan 302 Kanun Keseksaan ~ Sinar Harian | ||||
Pemimpin UMNO cuba perbodohkan rakyat di Sungai Limau.. dakwa PR punca barang naik!! Posted: 24 Oct 2013 12:52 AM PDT Dalam satu ceramah kelompok di Ulu Sedaka pada malam tadi, Penceramah Umno negeri yang dikenali sebagai Fuzin Abdul Hamid mendakwa Mahfuz gagal membina masjid dalam kawasan Kuin walaupun pembinaannya melibatkan pinjaman berjumlah RM330 juta. "Kerajaan pinjam RM330 juta nak buat Kuin di Kuala Ketil. Akibatnya, tuan-tuan, peruntukan RM330 juta yang dibuat untuk Kuin, masjid pun tak ada. "Tapi demi amanat Ustaz Azizan, kita akan pastikan Kuin terus megah," kata pengerusi tetap Umno cawangan Pendang itu. Fuzin juga mendakwa Umno sudah lama melaksanakan hudud melalui undang-undang syariah dan PAS sehingga kini tidak melaksanakan hudud kerana akan kehabisan modal politik jika berbuat demikian. "Mahkamah Syariah dan Kanun Jenayah Syariah itulah hudud sebenarnya tuan-tuan. "Ini nak suruh depa buat hudud, suruh mai duk dengan kami depa tak mahu. Kalau depa mai buat hudud dengan kami depa takdak modal "Hari ini apa yang PAS kata pada kita semuanya auta tuan-tuan," kata penceramah itu yang berucap menggunakan loghat utara negeri Kedah... dipetik dari Malaysiakini Apa yang dinyatakannya tentang perlaksanaan Hudud di Malaysia itu adalah jelas satu pembohongan semata-mata kerana Presiden UMNO telah menegaskan 'Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia'.. Videonya sila lihat di ( SINI ) jika TIDAK AKAN dilksana bagaimana pula ianya boleh dikatakan telah dilaksana? Dalam masa yang sama beliau juga dilaporkan cuba memperbodohkan pengundi DUN tersebut dengan mendakwa PR sebagai punca kenaikkan harga barangan.. Sedangkan hakikatnya kuasa dan mekanisma untuk mengawal kenaikkan harga barang tersebut terletak di tangan Barisan Nasional sepenuhnya.. Jika Pakatan Rakyat benar-benar mampu menentukan turun naiknya harga barang ini menunjukkan betapa lemahnya pentadbiran Barisan Nasional hingga tak mampu bertindak demi kepentingan rakyat.. .... Kenaikan harga barang bukan berpunca daripada kerajaan tetapi sebaliknya adalah kerana tauke besar Cina yang membuat konspirasi dengan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kata pemimpin Umno Pendang. Dalam ceramah berkelompok di pusat daerah mengundi Ulu Sedaka pada hari pertama berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Pengerusi Tetap Umno Pendang, Fuzin Hamid menyalahkan masyarakat Cina kerana kenaikan harga barang yang berlaku. "Harga barang naik ni, siapa tauke besar di belakang semua ini? Orang Cina kebanyakannya yang sokong pembangkang, jadi hendak jatuhkan kerajaan BN mereka buat rakyat marah. Bila rakyat marah, mereka nak tumbangkan kerajaan. "Ini adalah satu konspirasi," katanya kepada kira-kira 30 penduduk setempat yang hadir ketika ceramah tersebut. Fuzin juga mempersoalkan kejujuran PR yang menyalahkan kerajaan apabila berlaku barang naik, tetapi tidak pula membuat bising semasa harga rokok naik baru-baru ini. "2 kupang (20 sen) kita marah sebab harga barang naik. Semasa pemerintahan PAS, harga air naik 100 peratus tak bising, harga rokok naik tak bising," katanya. Beliau berkata, kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen baru-baru ini adalah bertujuan membantu rakyat khususnya luar bandar dengan menggantikannya menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia. "Kalau kita tahu menilai, kerajaan BN benar-benar pentingkan rakyat. "Kerajaan tarik 2 kupang (20 sen) sebab hendak tambah BR1M. Yang dua kupang tu nak bagi kat BR1M, sebenarnya harga minyak tak naik cuma kurangkan subsidi," katanya. Bulan lalu, Putrjaya mengambil langkah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen bagi petrol RON95 menjadi RM2.10 seliter manakala diesel kepada RM2 seliter dan memberi alasan ia boleh menjimatkan kerajaan sebanyak RM3.3 bilion setahun. Susula langkah itu, kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3% tahun ini selepas kenaikan tersebut, kata pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar ~ The Malaysian Insider | ||||
Anak VIP mana dah kantoi bawa masuk 22 'Super Car' tak bayar cukai ni? Posted: 23 Oct 2013 08:44 PM PDT Harian Metro cuma melaporkan anak seorang VIP adalah antara pemilik 22 kereta mewah yang telah dirampas oleh pihak Kastam Diraja Malaysia kerana dibawa masuk tanpa membayar cukai, anak VIP mana entahlah.. VIP tersebut tentu seseorang yang punya kuasa oleh itu anaknya mungkin yakin bahawa kuasa yang dimiliki oleh bapanya pasti akan mengecualikannya dari tindakan undang-undang.. Jadi bolehlah dia anggap negara ini mak bapak dia yang punya, boleh buat ikut suka dia saja... Ini sebahagian dari laporan yang dipetik dari myMetro.. Anak VIP kantoi Kuala Lumpur: Sejumlah 22 kereta mewah milik anak orang kenamaan (VIP) dan ahli perniagaan termasuk 15 Ferrari yang didapati tidak membayar cukai dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam beberapa serbuan termasuk menahan 12 kereta itu ketika pemiliknya mahu mengadakan majlis perjumpaan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, 16 Oktober lalu. Hasil rampasan itu, pihaknya melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Bandar Manjalara, Kepong, jam 9 malam, 18 Oktober dan merampas sebuah Ferrari dan sebuah Lamborghini. Dalam serbuan ketiga Ahad lalu pula, dua Ferrari, Bentley dan Posche dirampas dalam treler yang menghala ke utara tanah air di Hentian Rehat dan Rawat Tapah, Perak, jam 2 pagi. Pemandu treler berusia 50 tahun itu kemudian ditahan dan mendakwa diupah membawa empat kereta mewah itu ke Langkawi dipercayai untuk mengelak dirampas kastam kerana melebihi tempoh berada di Kawasan Utama Kastam (KUK). Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, dalam serbuan keempat jam 7 pagi hari sama, dua Lamborghini dan sebuah Nissan GTR 35 dirampas di pusat pameran kereta di Cheras dan dalam serbuan terakhir jam 9 malam kelmarin di Manjalara, Kepong, sebuah lagi Ferrari dirampas ~ Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Tahniah diucapkan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia.. sementara itu The Star pula melaporkan.. Customs Department seizes 22 luxury cars KUALA LUMPUR: The authorities are not impressed with a group of owners of luxury sports cars like Ferrari and Lamboghini, found to have evaded Customs duties amounting to RM17mil. A total of 22 such cars, valued at RM25.8mil, were confiscated by the Customs Department this month after officers found that the owners had breached Clause 21A of the Customs Duty Order (Exemption) 1988 for not paying the duties. Under Clause 21A, vehicles bought on the islands of Langkawi or Labuan may not be kept away for more than a month each time, or for more than a total of 90 days a year. Customs director-general Datuk Seri Khazali Ahmad said the cars were taken out of the duty-free islands for more than the allowed period. "Their owners were not permanent residents of the islands, who are granted exemptions under the clause. Furthermore, the vehicles had been used in the mainland for over six months," he told reporters here yesterday. Khazali said the first batch of the 22 cars – 11 Ferraris and a Rolls Royce – were confiscated on Oct 16 at a hotel carpark here by a team from the Kuala Lumpur Customs Department, who received a tip-off. Two days later, the same team seized a Ferrari and a Lamborghini from a house in Desa Park City. On Sunday, four cars – two Ferraris, a Bentley and a Porsche – were seized from a trailer at the Tapah RnR. Khazali also said his department has identified 379 other vehicles that have flouted the same regulation and warned that the owners had two weeks from today to surrender their cars ~ The Star Anak siapalah agaknya tu... Ada baiknya kereta-kereta yang dirampas ni bila habis kes dibicarakan ditransformasikan menjadi kereta Polis, letak di Johor kalau boleh di IPD yang dekat dengan Tambak Johor.. Biar terkedu rakyat Singapura yang sering menjadikan Lebuh raya di Malaysia ni sebagai track race mereka... | ||||
Dilabel sebagai Kedekut : MB Selangor panggil Adun PR untuk taklimat Posted: 23 Oct 2013 05:30 PM PDT Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberikan taklimat mengenai Bajet 2014 kerajaan negeri Selangor kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR). Taklimat itu dipanggil oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nordin Sulaiman melalui surat bertarikh 18 Oktober lalu dan akan diadakan di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini mulai jam 3.00 petang. Pada 18 Oktober, pemimpin PR Selangor dari PAS, DAP dan PKR menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid bagi mencadangkan beberapa pandangan mengenai belanjawan negeri. Memorandum itu ditandatangani ketiga-tiga pemimpin utama parti PR Selangor seperti Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman; Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali; dan Pengerusi DAP Selangor, Lau Weng Sang. Memorandum ini dianggap satu lagi tekanan kepada Khalid selepas beberapa kritikan diajukan kepada beliau sebelum ini. Namun tidak diketahui apakah taklimat itu diadakan ekoran memorandum yang dihantar oleh pemimpin PR Selangor itu. "Kita akan pastikan sekurang-kurangnya enam Adun PAS Selangor akan menyertai taklimat esok. Saya sendiri tidak akan dapat menyertainya kerana masih di Sungai Limau," kata Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang kini berada di Sungai Limau untuk berkempen. Menurut Dr Rani, Adun Bangi, Dr Shafei Ngah diberikan mandat untuk mengetuai Adun PAS dalam taklimat esok kerana kebanyakan pemimpin PAS termasuk Adun Selangor berada di Sungai Limau. Isu cara kerajaan negeri Selangor pimpinan Abdul Khalid membelanjakan wang kerajaan negeri menjadi topik perbincangan hangat sejak kebelakangan ini sehingga ada yang melebelkan beliau sebagai 'kedekut'. Ini kerana mereka berasa amat sukar untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan negeri untuk melaksanakan apa-apa projek di negeri itu walaupun Selangor mempunyai rezab wang yang banyak. Pemimpin utama PR yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengkritik Khalid secara terbuka di samping memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Abdul Khalid ketika menjawab kritikan itu berkata, beliau menerimanya dengan baik dan menganggap ia sebagai satu perkara biasa. Namun, kenyataan yang dikeluarkan Abdul Khalid bahawa dia lebih mengambil berat kritikan rakyat berbanding pemimpin dan ahli politik mendapat mendapat serangan balas Ahli Parlimen Pucong dari DAP, Gobind Singh Deo. Gobind meminta Abdul Khalid memberikan penjelasan mengenai kenyataannya itu kerana pemimpin politik mewakili suara rakyat kerana rakyat memilih mereka ~ The Malaysian Insider Setiausaha Politik Menteri Besar, Selangor Faekah Husin ketika menjawab kritikan itu, berkata majikannya itu bukan kedekut, tetapi berbelanja dengan baik (pruden)... sila baca di ( SINI ) | ||||
Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Bank.. Posted: 23 Oct 2013 09:03 AM PDT Seorang pegawai bank mati di tempat kejadian setelah ditembak oleh seorang pengawal keselamatan yang berkerja di bank yang sama tempat beliau berkerja, di Subang Jaya. Mangsa, Norazita Abu Talib, dikatakan telah ditembak di kepala semasa membuka pintu bilik kebal ketika beliau didakwa ditembak oleh pengawal keselamatan yang bersenjata. Pengawal keselamatan terbabit yang turut bersama dengannya ketika membuka peti besi di bank itu berjaya melarikan diri dengan sejumlah wang tunai. Guard kills bank officer with shot to head Kat atas tu gambar suspek dari CCTV, ni gambar MyKad dia.. Sebagai menghormati simati dan keluarganya aku tak siarkan gambar mangsa, walaupun info yang sampai pada aku beserta gambar MyKad pengawal tu ada tiga gambar mangsa yang terburai otaknya akibat tembakan itu.. korang carilah dalam lain-lain Blog.. Dan... Al-Fatihah buat Allahyarhamah semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman hendakNya.... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan