Khamis, 24 Oktober 2013

Addin

Addin


Suami Minta Henti Sebar Gambar Kematian Pegawai Ambank Di Media Sosial

Posted: 24 Oct 2013 04:00 PM PDT


Suami kepada pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, yang ditembak mati dalam kes rompak dan bunuh pada Rabu, meminta semua pihak memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kematian isterinya demi menghormati sensitiviti keluarga.

Irwan Kamarudin, 37, berkata, penyebaran gambar itu akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa.

"Saya harap semua dapat memadamkan gambar dan video insiden kematian isteri saya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini selepas pengebumian isterinya di kampung halaman Allahyarham di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.

Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu sendiri selepas Norazita membuka pintu bilik kebal bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya pada Rabu.

Susulan kejadian, gambar dan rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook pada Khamis.

Pagi Khamis, Irwan bersama dua anaknya, Nurnisa Nabilah, 12, Muhd Hazimy, 8, serta saudara maranya hadir di Bilik Mayat Hospital Serdang untuk pengecaman mayat isterinya.

Suasana pilu menyelubungi bilik mayat itu dengan Irwan cuba ditenangkan anggota keluarganya sambil menangis setelah beliau membuat pengecaman jenazah isterinya.

Malah mereka menunggu sehingga 2 petang sehingga laporan bedah siasat selesai dijalankan dan menuntut jenazah untuk dikebumikan.

Nurnisa Nabilah berkata, kebiasaannya ibunya akan menghantar dia dan adiknyake sekolah namun pada Rabu, disebabkan kesibukan kerja, ayahnya terpaksa menghantar mereka ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Subang, di sini.

"Dalam 7.30 malam saya terima panggilan dari mak saudara cakap mama dah tiada," katanya.

Sementara itu, pengurus bank berkenaan, Lyonel Tan berkata, kejadian ini pertama kali berlaku di bank tersebut.

"Arwah merupakan seorang pekerja yang rajin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan penting seperti khidmat pelanggan," katanya.

Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Norazita.

"Bagi pihak Kumpulan AmBank, kami ingin merakamkan ucapan takziah, doa dan ingatan kali buat keluarga Allahyarham di saat yang begitu sukar ini," katanya menerusi satu kenyataan.

Kumpulan AmBank bekerjasama rapat dengan polis dalam siasatan kejadian itu dan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan kepada anggota keluarga Allahyarham.

Di KAMPAR, jenazah Norazita selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan KampungAyer Hitam Labu di sini pada pukul 7.30 malam Khamis.

Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya kira-kira pukul 6.55 petang dari Hospital Serdang, Selangor sebelum dikebumikan bagi memberi peluang anggota keluarga, rakan-rakan dan penduduk kampung menziarahi jenazah.

Bapa Allahyarham, Abu Talib Mohd Isa, 75, yang ditemui di rumahnya berkata, beliau dan keluarga reda dengan pemergian anak keduanya itu.

"Kali terakhir kami jumpanya pada hari raya korban lepas. Dia juga sempat jumpa adik beradik dan saudara mara," katanya yang mempunyai lima anak.

Ditanya mengenai dua anak Norazita, Abu Talib berkata isterinya Norsham Abdul Kader, 63, akan berada di rumah anaknya di Kuala Lumpur untuk menjaga cucu mereka sehingga hujung tahun ini.

Mengenai tindakan yang akan diambil berhubung pembunuhan anaknya itu, Abu Talib menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

"Kita sepatutnya mempunyai sifat seperti manusia lah. Kalau nak rompak, rompak jer lah duit. Tapi jangan lah sampai membunuh," katanya. ~bernama





Iklan C (ii)


DAP Desak Pengarah JASA Di Kenakan Tindakan Displin.. Ini Puncanya

Posted: 24 Oct 2013 08:26 AM PDT

DAP menggesa supaya Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Fuad Hassan dikenakan tindakan disiplin kerana terlibat dalam politik secara terbuka.

Ahli Parlimen DAP-Serdang Ong Kian Ming berkata, Fuad menggunakan akaun twitter @fuhas_tweet menyerang parti dan pemimpin Pakatan Rakyat dengan begitu ketara.

Antaranya status "#Bersih3 – Lagi usaha DSAI untuk jadikan Dtrn Mdeka as Dtrn Tahrir Mesir. Yang menari ikut rentak DSAI akan tewas dlm prg saraf ini" yang dimuatnaik pada pada 27 April 2012.

22 January: LGE arah sesiapa yangg mahu guna perkataan "Penang" dalam program perlu dapat kelulusan kerajaan negeri. Permulaan kearah dictator @klposdotcom3 

Feb 2013: Harakah: YB Nizar terlalu yakin PR dapat tawan Perak tapi kalau kalah ia kerana pengundi hantu. @fuhas_tweet: ini politik bangang!!.

29 Ogos 2013: Banning #TandaPutera : Arrogant and stupid move by Racist Chinese #Dap @teresakokOng berkata, pada masa yang sama Fuad juga dalam akaun twitter yang sama menyokong dan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dan Umno dari segi politik, bukan dari segi polisi ataupun dasar.Beberapa contoh: 

21 Julai 2013: Insya Allah"@wirakenyalang: RT @fuhas_tweet: Selamat pagi Dato'. Selamat berpuasa dan memastikan BN menang di DUN Kuala Besut #kbesutkini".8 

Oktober 2013: Tertarik perjalanan pemilihan Umno kini: Teratur, kekeluargaan, pembahruan, lebih meakar umbi & penyertaan menyeluruh. Umno has transform!.

"Pada keseluruhannya, Fuad telah tweet sebanyak 372 kali untuk menyerang Pakatan Rakyat dan 18 kali untuk menyokong Umno-BN dari tahun 2011 sehingga 24 Oktober 2013," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, Fuad wajar dikenakan tindakan disiplin kerana mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dilarang mengambil bahagian dalam politik.

Pegawai juga tidak boleh membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada lisan atau bertulis, memberi pandangan yang berat sebelah atas perkara yang menjadi isu parti politik, terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya umum, pilihanraya kecil, atau apa-apa pilihanraya untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

"Soal jawab (FAQ) mengenai Politik Pejawat Awam yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam menyatakan bahawa pegawai KPT atau P&P dilarang untuk 'like' dan 'share' Facebook dan 'retweet' artikel berkaitan politik.

"FAQ ini juga menyatakan bahawa "Jika artikel berkenaan cenderung memihak kepada parti politik tertentu, aktiviti tersebut boleh ditafsirkan sebagai sokongan pegawai terhadap parti politik tersebut. Ia dikatakan juga sebagai aktif politik"," katanya.

Selain twitter, Ong mendakwa Fuad juga menggunakan blog http://dakwat-kertas.blogspot.com untuk berpolitikFuad dalam tulisan blog yang disiarkan pada Julai lalu berkata: "Film "The New Village" menceritakan kesengsaraan bangsa Cina di zaman penjajahan British namun ternyata mengesahkan hubungan cinta dan kerjasama masyarakat Cina kepada Komunis.

"Film ini dilihat sebagai mendukung pandangan PKR, PAS dan DAP bahawa perjuangan komunis adalah perjuangan kemerdekaan." katanya dalam blog 'Dakwat & Kertas'.Sehubungan itu, Ong menggesa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa mengambil tindakan disiplin terhadap Fuad demi memeliharakan nama baik perkhihdmatan awam Malaysia.

Katanya, beliau akan mengemukakan bukti Fuad telah melanggar tatatertib SPA dan berharap siasatan penuh dilakukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

"Jika Fuad, sebagai mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang sebelum ditewaskan oleh Azmin Ali pada tahun 1999,  mahu melibatkan diri dalam kegiatan politik dengan secara aktif, beliau boleh meletak jawatan ataupun memohon persaraan pilihan.

"Dengan menyalahgunakan jawatan beliau sebagai Pengarah JASA, Dato' Fuad telah memburukkan nama baik penjawat awam yang sepatutnya melakukan tugas dengan sikap profesional dan tidak menyebelahi mana-mana pihak politik dan tidak ada niat untuk berpolitik aktif semasa menjalankan tugas," katanya. ~fmt





Iklan C (ii)


Fenomena Pelik Berlaku Dalam Pemilihan Umno

Posted: 24 Oct 2013 07:23 AM PDT

Ada suatu perkara menarik dalam proses pengundian parti Umno Sabah yang baru selesai. Jika kebiasaaanya kita mendengar kejadian undi hantu atau penambahan kertas undi, dalam pemilihan Umno baru-baru ini dikatakan ada "kertas undi lesap".

Ini dilaporkan oleh beberapa bekas calon dari beberapa bahagian parti itu yang mendakwa kejadian "kertas undi lesap" itu telah menggagalkan mereka daripada terpilih sebagai ahli jawatankuasa bahagian.

Seorang bekas calon dalam pemilihan bahagian Umno yang hanya mahu dikenali sebagai Amat memberitahu FMT, nampaknya memang ada pihak yang "pakar" membuat perkara tersebut bagi meminda keputusan para perwakilan.

"Buat masa ini hal ini belum ketara tetapi jika tidak dibendung dari sekarang, saya rasa ia akan berlarutan dan akan cuba dibuat orang lagi pada pemilihan Umno yang akan datang.

"Jangan kita hairan, kertas undi hilang akan berlaku dalam pilihanraya umum juga. Jadi daripada menambah kertas undi, apa yang berlaku ialah kertas undi hilang bagi calon tertentu," katanya sambil menambah ia boleh dilakukan ketika pengiraan undi dalam keadaan huru-hara.

Seorang bekas calon yang lain pula mendakwa tempatnya berlaku kejadian lampu ditutup sekejap dan selepas itu disyaki ada kertas undi calon tertentu telah "dihilangkan" dan gagal ditemui.

Seorang lagi perwakilan yang lain mendakwa lampu di tempat pengiraan undi bahagian Kota Belud terpadam selama 30 minit ketika pengiraan undi dijalankan.

Difahamkan maklumat ini telah disampaikan kepada pengetahuan jawatankuasa pemilihan Umno, bagaimanapun setakat ini hanya pemilihan wanita Kalabakan di Tawau yang diarahkan membuat pengundian semula pada hujung bulan ini.

Arahan itu berikutan komplen bekas ketua wanita bahagian berkenaan, Datuk Hamisa Samat, bahawa jumlah kertas undi jauh melebihi jumlah perwakilan yang berdaftar sedangkan sudah ramai perwakilan meninggalkan tempat persidangan baru-baru ini.Hamisa gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan itu. ~fmt




Iklan C (ii)


(Gambar) Budak Penghantar Barang Mengamuk Tikam Dua Orang Hingga Mati

Posted: 24 Oct 2013 04:05 AM PDT


Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini pada Khamis. Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunya iaitu seorang perempuan berusia 40 tahun.

"Dia kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van jenis Daihatsu berwarna putih menghala ke Taman Melati.


"Kenderaan dinaiki suspek turut berlanggar dengan sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki tua di hadapan stesen LRT Taman Melati," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata pemandu van tersebut keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan vannya turut ditikam sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

"Suspek kemudiannya kembali menaiki vannya dan memandu kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Prius yang dipandu oleh seorang remaja.

"Dia kemudiannya menikam remaja berkenaan sekali dan ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek menikam mangsa sebanyak dua kali lagi," katanya sambil menambah remaja berkenaan merupakan pelajar kolej turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak polis tiba.

Difahamkan suspek dilihat bercakap seorang diri dan gagal menahan rasa amarahnya ketika kejadian. ~mStar




Iklan C (ii)


Tuan Guru Hj. Hadi Menang Tanpa Bertanding, 5 Dicalon Timbalan Presiden

Posted: 24 Oct 2013 01:36 AM PDT

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menang tanpa bertanding sebagai Presiden PAS manakala lima nama dicalonkan untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi, berkata Abdul Hadi menang selepas seorang lagi calon tidak layak bertanding apabila hanya menerima satu pencalonan sahaja.

Bagaimanapun, katanya, Abdul Hadi hanya akan diisytiharkan menang tanpa bertanding jika menerima pencalonan itu.

Pada sidang media hari ini, Asmuni berkata, lima yang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden adalah Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mohamad Sabu adalah penyandang jawatan ini.

Sebanyak 10 pencalonan diterima untuk jawatan naib presiden iaitu Abu Bakar Chik, Datuk Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Nasruddin Hassan, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Penyandang jawatan ini adalah Salahuddin, Husam dan Datuk Mahfuz Omar.

Asmuni memaklumkan, 134 borang pencalonan diterima daripada kawasan di seluruh negara bagi merebut jawatan utama kepimpinan PAS Pusat, tetapi 103 borang sahaja yang sah manakala 31 lagi ditolak.

PEMUDA PAS

Asmuni berkata, tujuh pencalonan diterima bagi jawatan ketua pemuda namun hanya enam yang layak bertanding.

Mereka adalah Kamarulzaman Muhammad (Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan), Nasaruddin Hassan Tantawi (penyandang), Raja Ahmad Iskandar (Naib Ketua Pemuda sekarang), Ridhuan Mohd Nor (Ketua Penerangan Pemuda sekarang), Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS Johor) dan Zulhazmi Sharif (Peguam PAS).

Katanya, bagi jawatan timbalan ketua Pemuda pula, 13 pencalonan diterima tetapi hanya enam layak untuk bertanding.

Mereka adalah Mohd Firdaus Jaafar (bekas ahli Parlimen Jerai), Mohd Khalil Abdul Hadi (Ketua Pemuda PAS Marang yang juga anak Presiden PAS), Raja Ahmad Iskandar (Naib Ketua Pemuda sekarang), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (penyandang), Kamarulzaman Muhammad (Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan) dan Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS Johor).

Bagi jawatan naib ketua pula, 20 pencalonan dibuat namun hanya lima yang layak iaitu Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi (bekas calon PAS Titiwangsa), Mohd Khalil Abdul Hadi (Ketua Pemuda PAS Marang), Mohd Khairul Nizam Khairuddin, Nazri Chik dan Raja Ahmad Iskandar. ~tmi




Iklan C (ii)


Umno Cuba Bodohkan Rakyat Sg. Limau, Dakwa Konspirasi PR Punca Harga Barang Naik

Posted: 23 Oct 2013 11:56 PM PDT

Kenaikan harga barang bukan berpunca daripada kerajaan tetapi sebaliknya adalah kerana tauke besar Cina yang membuat konspirasi dengan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kata pemimpin Umno Pendang.

Dalam ceramah berkelompok di pusat daerah mengundi Ulu Sedaka pada hari pertama berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Pengerusi Tetap Umno Pendang, Fuzin Hamid menyalahkan masyarakat Cina kerana kenaikan harga barang yang berlaku.

"Harga barang naik ni, siapa tauke besar di belakang semua ini? Orang Cina kebanyakannya yang sokong pembangkang, jadi hendak jatuhkan kerajaan BN mereka buat rakyat marah. Bila rakyat marah, mereka nak tumbangkan kerajaan.

"Ini adalah satu konspirasi," katanya kepada kira-kira 30 penduduk setempat yang hadir ketika ceramah tersebut.

Fuzin juga mempersoalkan kejujuran PR yang menyalahkan kerajaan apabila berlaku barang naik, tetapi tidak pula membuat bising semasa harga rokok naik baru-baru ini.

"2 kupang (20 sen) kita marah sebab harga barang naik. Semasa pemerintahan PAS, harga air naik 100 peratus tak bising, harga rokok naik tak bising," katanya.

Beliau berkata, kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen baru-baru ini adalah bertujuan membantu rakyat khususnya luar bandar dengan menggantikannya menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.

"Kalau kita tahu menilai, kerajaan BN benar-benar pentingkan rakyat.

"Kerajaan tarik 2 kupang (20 sen) sebab hendak tambah BR1M. Yang dua kupang tu nak bagi kat BR1M, sebenarnya harga minyak tak naik cuma kurangkan subsidi," katanya.

Bulan lalu, Putrjaya mengambil langkah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen bagi petrol RON95 menjadi RM2.10 seliter manakala diesel kepada RM2 seliter dan memberi alasan ia boleh menjimatkan kerajaan sebanyak RM3.3 bilion setahun.

Susula langkah itu, kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3% tahun ini selepas kenaikan tersebut, kata pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

PR dijangka menggunakan isu kenaikan harga minyak yang menyumbang kepada peningkatan mendadak harga barang dalam PRK di Sungai Limau.

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak pada 26 September lalu. ~tmi




Iklan C (ii)


Akibat Terdesak Mahu Menang, BN Guna Populariti Ustaz Azizan Untuk Raih Sokongan

Posted: 23 Oct 2013 10:24 PM PDT


Jentera Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpang populariti bekas Menteri Besar Kedah, allahyarham Tan Sri Azizan Razak untuk meraih sokongan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Sungai Limau yang dianggap sebagai kubu kuat PAS sejak 1995 menyebabkan parti pemerintah BN terpaksa menukar taktik "berlembut" pada pilihan raya kali ini.

Hari ini kempen di Sungai Limau secara rasminya membuka tirai selepas selesai penamaan calon pagi semalam.

Tinjauan hari pertama semasa ceramah berkelompok yang berlangsung di pusat daerah mengundi Sungai Limau mendapati penceramah BN memuji dan menghargai ketokohan allahyarham Azizan semasa mentadbir Kedah.

"Kita lihat kebijaksanaan arwah ustaz Azizan hendak tutup pusat hiburan di Alor Setar sebab menghormati bulan Ramadan tapi Karpal Singh dan DAP tentang.

"Ustaz tak melatah tapi cerdik, takpa, boleh on tapi malam sahaja siang tak boleh," kata Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pendang, Fuzin Hamid ketika menyampaikan ceramahnya.

Pendekatan BN kali ini dilihat sebagai usaha untuk memancing masyarakat Sungai Limau yang kebanyakannya adalah sanak-saudara kepada bekas menteri besar tersebut.

Kedah semasa di bawah pentadbiran PAS mencetuskan kontroversi dan menerima kritikan hebat terutamanya dalam isu pusat hiburan serta larangan pakaian menjolok mata semasa persembahan sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut.

Malah penganalisis juga tidak menolak faktor rangkaian kekeluargaan Azizan di Sungai Limau sebagai punca BN gagal merampas DUN itu sejak lima penggal kerusi tersebut disandang PAS.

Sementara itu, isu Syiah juga kedengaran pada kempen kali ini apabila penceramah BN memberi amaran tentang bahaya ajaran tersebut kepada masyarakat Islam-Melayu khususnya di Kedah.

"Kerajaan Kedah berdepan dengan bala yang cukup besar iaitu Syiah.

"Di tempat saya, Pendang ini banyak Syiah. Bila enakmen anti-Syiah dibuat, 9 pemimpin PAS tidak sokong sebab mereka sokong Syiah kot," kata Fuzin.

Ogos lalu, sidang DUN Kedah meluluskan satu undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah bagi membolehkan penguatkuasaan diijalankan untuk membanteras ajaran Syiah di negeri itu.

BN kali ini memulakan kempen mereka secara "underdog" apabila mengambil pendekatan bertahan pada PRK Sungai Limau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang medianya berkata, BN mengakui cabaran besar dihadapi calonnya, Dr Sohaimi Lazim kerana Sungai Limau adalah kubu kuat parti Islam tersebut.

"Cabaran kali ini pasti lebih besar akan dihadapi BN di sini.

"Tetapi kalau perbandingan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, kita tewas dengan majoriti yang tidaklah besar. Jadi tidak mustahil kita melakukan (menang) sesuatu di sini," katanya yang juga Timbalan Presiden Umno itu.

PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian Azizan, yang juga penyandang kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004, pada 26 September lalu.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, menentang calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, 37. ~tmi




Iklan C (ii)


Ini Penjelasan TNB Berkenaan Banjir Lumpur Di Cameron Highlands

Posted: 23 Oct 2013 09:10 PM PDT

Pelepasan air secara terkawal di Empangan Sultan Abu Bakar terpaksa dilakukan bagi mengelak bencana lebih besar melanda Lembah Bertam.

Pengurus Besar Stesen-Stesen Janaelektrik Cameron Highlands. Mustafa Hashim, berkata jika perkara itu tidak dilakukan, keempat-empat pintu alur limpah empangan itu akan terbuka secara automatik dan mengakibatkan banjir lebih buruk.

Katanya, TNB memaklumkan kepada pihak keselamatan dan ketua kampung Lembah Bertam pada malam semalam iaitu semasa paras air di empangan itu mencecah paras 3,505 kaki iaitu paras yang memerlukan pihak berkuasa memulakan proses pemindahan penduduk.

"Sebuah pintu alur limpah dibuka pada jam 12.05 tengah malam semalam apabila paras air mencecah 3,509.6 kaki. Ini adalah di luar jangkaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua maut akibat lemas manakala seorang lagi meninggal dunia kerana serangan jantung dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah berikutan pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet, Cameron Highlands, dalam kejadian jam 1 pagi semalam. ~bernama




Iklan C (ii)


Sampai Kiamat Islam Tak Terima Tuntutan Mereka - Dr. Asri

Posted: 23 Oct 2013 07:11 PM PDT

Sampai kiamat pun Islam tidak akan terima tuntutan yang dibuat Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kerana ia bercanggah dengan Islam dan kedudukannya sebagai agama Persekutuan.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tuntutan itu lebih bersifat hak asasi manusia, bukan hak beragama Islam. "Saya lihat Comango memperjuangkan hak itu (tuntutan) berdasarkan pentakrifan mereka tentang sesuatu agama kerana golongan sebegini diibaratkan seperti tiada Tuhan.

"Malah mereka percaya apa yang diperjuangkan lebih suci dan perlu dipenuhi. Padahal Islam menganggap tuntutan itu adalah kufur serta salah di sisi agama," katanya.

Dr Asri berkata, umat Islam tidak akan membiarkan tuntutan Comango yang telah diamalkan di beberapa negara barat seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, dihalalkan di negara ini.

Katanya, Comango tidak sepatutnya membuat tuntutan sedemikian, malah mereka sepatutnya menghormati agama ini sebagai satu budaya dalam masyarakat.

Beliau yakin, umat Islam tidak akan mengiktiraf tuntutan sedemikian kerana Islam mempunyai pegangan tersendiri.

"Kita berpegang pada al-Quran dan hadis. Saya yakin tidak mungkin berjaya membuat tuntutan itu di negara Islam meskipun mereka berjaya di negara Kristian." katanya. ~sinar




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: