Rabu, 2 Oktober 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bravo Khairy!!.. Shabery Cheek mana?.. dah bisu ke?

Posted: 02 Oct 2013 08:49 AM PDT


Menteri Belia dan Sukan Khairy jamaluddin, hari ini menegaskan pemimpin – pemimpin kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap pendedahan dalam laporan Ketua Audit Negara.

Jelas Khairy beliau memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara tersebut.

"Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan.

"Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini," katanya memetik kenyataannya di laman mikro Facebooknya.

Menyentuh perkara yang sama Khairy turut menegaskan beliau juga turut bertanggungjawab terhadap perbelanjaan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS),walaupun sebelum baliau dilantik sebagai Menteri di Kementerian tersebut.

"Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri.

"Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau 'collective responsibility' bermakna saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah," tegasnya.

Manakala menyentuh mengenai kes 'claim' kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, katanya pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan beliau diberitahu siasatan tersebut sudah sampaidi peringkat terakhir.

Sementara menyentuh mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai baginya memang betul konsert itu dibiayai oleh KBS.

"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.

" Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012. Untuk makluman, acara konsert K-pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013,"katanya.

Sehubungan itu menurut Khairy,KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi.

"Dana karajaan adalah wang rakyat.

"Kita mesti 'accountable' pada setiap sen yang dibelanjakan," tegasnya.

Ulasan TG Nik Aziz tentang Laporan Audit Negara 2012

Posted: 02 Oct 2013 04:30 AM PDT


Walaupun lepas di dunia, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan, pihak yang melakukan kesalahan, seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2012, tetap tidak dapat melepas 'penghakiman' di akhirat.

"Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya," kata mursyidul am PAS hari ini.

Berikut adalah kenyataan dari TG Nik Aziz mengenai Laporan Audit yang membuktikan dibawah pentadbiran UMNO/BN rasuah dengan nama komisyen berleluasa diseluruh peringkat..

Laporan Audit: Bukti undang-undang manusia gagal 
Untuk memasuki negara lain, kita memerlukan pasport. Tanpa pasport, kita akan dianggap pendatang tanpa izin dan boleh diusir keluar bila-bila masa sahaja. Jika diusir, jangan salahkan sesiapa kerana itulah undang-undang yang telah difahami umum. 
Demikian juga untuk masuk ke alam dunia ciptaan ALlah SWT ini, tetap perlukan kepada pasport. Pasport hidup di dunia ini ialah Islam yang syumul. Tidak berakidah dengan akidah Islam ertinya hidup di dunia tanpa pasport.

Berpegang dengan undang-undang selain undang-undang Allah SWT pula ertinya memegang pasport tanpa cop visa. Kedua-duanya salah dan boleh dianggap sebagai pandatang tanpa izin.

Jika diusir dari sesebuah negara boleh kembali ke negara asal. Namun, jika diusir dari dunia milik Allah SWT, ke mana lagi kaki ingin melangkah? 
Itulah ibarat orang-orang yang hidup dengan undang-undang ciptaan manusia. Selama-lamanya manusia tidak akan mampu mengawal manusia. 
Hari ini, saya membaca berita mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan kelmarin. Sekali lagi menyaksikan ketirisan berbillion ringgit wang rakyat yang dibelanjakan di sektor-sektor kerajaan. 
Ia bukan jumlah yang sedikit. Bajet perbelanjaan negeri Kelantan sahaja hanya sekitar RM500 juta setahun, bayangkan jika ketirisan berbliion ringgit ini dapat diselamatkan dan diagihkan kepada negeri seperti Kelantan, berapa jutakah yang dapat manfaat darinya? 
Sayangnya, ketirisan ini bukan kali pertama berlaku. Ia akan terus berlaku selagi Umno Barisan Nasional menjadi kerajaan. 
Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT. 
Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal oleh kambing. Ia memerlukan kepada gembala. Manusia mustahil dapat mengawal manusia, mereka memerlukan kuasa yang lebih hebat, dan kuasa yang Maha Hebat itu ialah Allah SWT. 
Takutlah kepada Allah SWT. Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya. 
Sekian, wassalam. 
Yang benar, 
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS)  
Bertarikh: 26 Dzulka'edah 1434 H|2 Oktober 2013

Ketua Polis Negara dedahkan sebab Polis hilang senjata api..

Posted: 02 Oct 2013 12:28 AM PDT


Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia merekodkan sejumlah 309 barangan dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan yang didapati hilang.

Barangan yang hilang itu direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012, melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

Ia melaporkan bahawa kehilangan gari mencatat kes paling tinggi, sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29). 

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

Turut dilaporkan hilang ialah 26 walkie-talkie, enam kamera, empat komputer dan 22 radio.

Laporan berkenaan juga mendapati tahap pengurusan yang tidak memuaskan di ibu pejabat polis Bukit Aman dan tiga ibu pejabat polis kontinjen negeri.

Berikut adalah jawapan Ketua Polis Negara..

"Daripada 37 senjata api yg hilang, setakat ini daripada laporan balistik kita, daripada 37 yang hilang itu kita belum kesan lagi bahawa senjata api ini pernah digunakan untuk tujuan jenayah.  
"Kehilangan ini tak semestinya jatuh kepada penjenayah, boleh jadi jatuh waktu atas bot dalam laut, boleh jadi jatuh dalam air dan tak ada orang yang dapat," katanya pada sidang media pagi tadi. 

Angka yang dinyatakan oleh Khalid itu berbeza angka yang digariskan dalam laporan audit.

Laporan audit menyebut bahawa polis kehilangan 44 laras senjata api, 156 gari dan 29 kenderaan.

Khalid pula berkata polis kehilangan 166 pasang gari serta 32 buah kenderaan yang terdiri daripada 3 buah kereta dan 29 biji motosikal.

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dipastikan.

Sementara itu, sumber dalaman Bukit Aman yang dihubungi Malaysiakini menjelaskan perbezaan jumlah senjata api yang hilang itu adalah kerana tujuh pucuk daripada yang dinyatakan dalam laporan audit telah berjaya ditemui semula ~ Malaysiakini

Konsert K-POP: Pembohongan Kementerian Belia dan Sukan Kantoi Akhirnya...

Posted: 01 Oct 2013 05:00 PM PDT

Tahun lalu.. apabila terdedah kepada umum invois awal yang menunjukkan jumlah yang telah dibayar oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada artis-artis K-Pop yang didatangkan khas dari Korea untuk menarik minat belia bagi menghadiri program Himpunan Jutaan Belia 2012..

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menafikan bahawa ianya menggunakan wang kerajaan sebaliknya tiga kumpulan K-Pop dikatakan dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan..

"Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya..

Ini laporan berkaitan oleh Bernama yang disiarkan oleh mStar pada Sabtu 2 Jun 2012 ..

KBS Tidak Guna Wang Kerajaan Bayar Persembahan K-Pop 

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menggunakan wang kerajaan untuk membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya.

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian.

"Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

Persembahan itu adalah antara 500 aktiviti yang dijalankan sepanjang lima hari Himpunan Jutaan Belia 2012. Mohid berkata KBS menerima tajaan berjumlah RM28 juta daripada syarikat-syarikat swasta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan pelbagai program.

"Kementerian ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4 juta yang didedahkan dalam laman blog adalah invois awal yang dibuat berdasarkan kepada perkiraan awal yang dikeluarkan oleh agen kepada Stadium First.

"Bagaimanapun, hasil perbincangan dengan agen berkenaan, Stadium First berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-Pop tersebut kepada RM900,000," katanya.

Bagaimanapun akhirnya terdedah juga siapa yang membayar kepada artis dari Korea Selatan itu dan jumlahnya bukanlah  RM900,000 tetapi RM1.600,000

Sumbernya dari SINI


Tak sudah-sudah menipu rakyat Barisan Nasional nih!!

Baca juga apa komen macai-macai UMNO bila aku dedahkan perkara ini tahun lepas di ( SINI )..

Najib tentu suka dengan cadangan Perancang Bandar ini...

Posted: 01 Oct 2013 03:00 PM PDT


Bagi mengurangkan kesesakan traffik dalam bandar-bandar besar diseluruh Malaysia, seorang perancang bandar telah mencadangkan agar bayaran letak kenderaan dinaikkan sehingga RM40 satu jam.

Khairiah Mohd Talha, seorang ahli lembaga bagi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, mendakwa bahawa peningkatan dalam yuran akan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Khairiah, bercakap pada sidang lebuh raya di Johor, berkata Australia mengenakan bayaran letak kereta A$ 40 (RM120) sejam, Singapore pula S$ 40 (RM100) dan ianya telah terbukti berjaya mengurangkan kesesakan.

Menurut beliau lagi kadar harga letak kereta yang tinggi juga akan mengurangkan kadar pengeluaran karbon di dalam bandar untuk mewujudkan suasana udara yang lebih bersih.

Call to impose RM40 parking fee

KUALA LUMPUR: Parking charges of up to RM40 per hour should be imposed to reduce traffic in major cities here, suggests a board member for the Federal Department of Town and Country Planning.

Khairiah Mohd Talha said the fee should be raised to encourage people to leave their cars at home and use public transportation to travel to work and other places.

The system, she said, has proven successful in other countries.

For instance, Australia and Singapore charge A$40 (RM120) and S$40 (RM100) per hour, respectively, while in the United States, Boston and New York also charge US$40 (RM130) per hour, she said.

High parking charges would also help lower carbon emission and create a safer environment, she said.

Speaking at a highway conference in Johor recently, Khairiah said it is vital that a peoplecentric transportation master plan is implemented to meet the target.

"The master plan should not focus on business ... it should be people first," she added.

City Hall is reviewing parking needs in Kuala Lumpur, especially in areas accessible to public transportation.

Mayor Datuk Seri Ahmad Phesal said the review includes reducing parking lots as public transportation rises.

City Hall is banking on projects like the MY Rapid Transit system to help achieve the targets.

Kuala Lumpur has a population of six million and it is targeted to grow to 10 million by 2020.

Khairiah said it is important to meet the paradigm shift in the way developments are taking shape here.

"Today, we are looking at smart cities, smart economy, smart mobility, smart environment, smart living, smart people and smart governance.

"The applications of smart cities include an innovative economy and well-planned city infrastructure and utilities. Proper planning will ensure that the targets are met," she said ~ Bussines Times

Najib tentu suka dengan cadangan Perancang Bandar ni.. sebabnya  ianya selaras dengan alasan-alasan  yang digunakan oleh kebanyakkan Menteri bagi memperbodohkan rakyat.

Contohnya alasan untuk membantu golongan miskin digunakan bagi menyokong kenaikkan harga RON95, nak naikkan harga gula pula kononnya kerana demi kesihatan rakyat..

Khairiah mungkin begitu asyik membuat perbandingan dengan negara-negara maju yang lain, hinggakan beliau terlupa hakikat sebenar pengangkutan awam di negara ini.

Sepatutnya, LRT perlulah dinaiktaraf terlebih dahulu, cepatkan masa menunggu, jikalau efisen pasti lebih ramai yang akan beralih menggunakan perkhidmatan awam.

Jikalau jaringan sistem pengangkutan awam di malaysia seperti di Hamburg atau Swiss yang mampu menghubungkan hampir semua tempat, Tak ada masaalah dinaikkan caj parking di KL... contohnya.

Turun satu stesen, jalan-jalan naik pula stesen satu lagi. keretapi dan perkhidmatan bas setiap 3-5 minit. Sentiasa tepat pada masanya.

Tapi... apa yang berlaku sekarang ini, selepas munculnya Rapid. Metro mula kurangkan perjalanan kerana pada ketika diperkenalkan tiket RM2 pergi dan balik, Metro tidak mampu untuk bersaing.

Akhirnya, kurangnya pilihan kepada pengguna. Teruk atau tidak, lama atau cepat pengguna tetap terpaksa terus menunggu kehadiran Rapid KL.

Akhirnya jadual seharian kalangan pengguna setia perkhidmatan awam cukup terjejas. Sentias terkejar-kejar sepanjang masa.

Menteri pernah merasakan kesusahan ini?

Hakikatnya, jaringan sistem perkhidmatan awam belum secanggih seperti yang ada di negara maju yang lain Singapura, Kota London, Amerika mahupun Australia.

Tetapi beriya-iya mahu menaikkan caj parking di Kl sehingga RM40 sejam setanding dengan negara maju?

Sepatutnya setiap 100 – 200 m mesti…mesti ada kemudahan seperti LRT contohnya.

Hari ini sistem LRT yang ada pun tidak disediakan secara menyeluruh di KL. Perlu diperbanyakkan lagi.

Feeder bus pula tidak efisien dan tidak menyeluruh Kemudian perlu ditambah ruang parking di kawasan yang berdekatan dengan stesen LRT. Barulah kurangnya kenderaan yang masuk ke bandar Laluan untuk pejalan kaki perlu dinaiktaraf.

Tempat-tempat dan laluan berbumbung diperbanyakkan

Laluan untuk basikal dan motosikal disediakan dan diperbanyakkan…

Sebahagian ulasan datangnya dari Tranungkite

PapaGomo dirayu pulangkan anak..

Posted: 01 Oct 2013 09:09 AM PDT


Tulis bekas isteri PapaGomo, Bellina Omar Shaifuddin Chin di Fanpages miliknya...

Bahawasanya mahkamah memerintahkan bahawa hak jagaan sementara 2 orang anak yang bernama Wan Cassandra dan Wan Camillea diserahkan kepada pihak pemohon iaitu Bellina binti omar shaifuddin chin berkuatkuasa serta merta bermula 10/9/2013.

Saya bersama keluarga,wakil2 peguam dan serta bantuan dari beberapa anggota polis telah pergi ke rumah dan ofis Wan Azri untuk menuntut anak anak namun tidak berjaya dan usaha ini telah dua kali gagal kerana dipercayai ia disembunyikan oleh Wan Azri sendiri yang diketahui, tolenrasi dan kerjasama dari nya telalu sukar dan tidak berperikemanusian.

Dengan itu mohon kerjasama pada pembaca yang membaca status ini sekiranya ada ternampak, terserempak dan mengetahui lokasi atau kedudukan anak anak tu maka boleh lah menghubungi saya terus di laman facebook ( Cassandra Fan Club ) atau no cellphone saya.

Dengan tajuk 'Selesailah cara adil', myMetro pula menyiarkan rayuan Bellina Chin itu..

"Tolonglah pulangkan Sandran dan Lily. Saya amat rindukan mereka. Sepatutnya kita selesaikan masalah ini secara adil bukan dengan melarikan mereka," luah hati seorang ibu, Bellina Omar Shaifuddin Chin, 28, kepada bekas suaminya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, yang juga seorang blogger terkenal. 
Katanya, tindakan bekas suaminya melarikan dua anak perempuan mereka Wan Cassandra, 4, dan Wan Camillea, setahun, boleh disifatkan sebagai perbuatan kejam memandangkan mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya. 
Menurutnya, pada 4 Februari lalu, dia menyerahkan Sandran dan Lily kepada bekas suaminya itu selepas meminta kebenaran membawa kedua-dua anak mereka pulang ke kampung halaman di Taman Universiti, Johor Bahru selama tiga hari. 
Bagaimanapun, selepas tiga hari, bekas suaminya mendiamkan diri, malah telefon bimbitnya juga gagal dihubungi sehingga memaksanya membuat laporan polis. 
"Saya sudah agak mesti ada sesuatu buruk akan berlaku. Tapi, bila mengenangkan anak masih kecil dan memerlukan kasih-sayang seorang bapa, saya benarkan mereka berjumpa ayah mereka. 
"Dia (bekas suami) selalu mungkir janji kerana menghantar anak lebih daripada waktu dijanjikan, namun saya tidak menyangka itu kali terakhir saya melihat mereka," katanya yang bercerai dengan bekas suaminya pada September tahun lalu. 
Menurut Bellina, selepas seminggu, dia pergi ke pejabat bekas suaminya itu di Danau Kota, Setapak untuk mencari kedua-dua anaknya selepas gagal mencari mereka di rumah tidak jauh dari pejabat itu. 
"Sebaik tiba di pekarangan pejabat, saya nampak bekas suami, anak dan isteri barunya di dalam kereta. Saya cuba hampiri kereta itu, tapi gagal kerana bekas suami mengarahkan hampir 10 lelaki menghalang saya. 
"Kami bergelut dan saya berjaya merampas anak sulung. Kemudian bekas suami menunjukkan surat hak penjagaan sementara yang dikeluarkan mahkamah tanpa pengetahuan saya. 
"Saya terkejut bila mendapat tahu bekas suami memfitnah saya bagi mendapatkan hak penjagaan sementara itu. Selama ini, saya hanya berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan apabila bekas suami memalukan saya di laman sosial dan Internet, tapi tidak sangka dia buat begini pula," katanya. 
Berikutan itu, Bellina membuat hampir 20 laporan polis untuk mendapatkan semula hak penjagaan kedua-dua anaknya. 
"Kalau betul apa yang bekas suami beritahu hakim mengenai cara saya mendidik anak, saya mahu dia membuktikannya. Anak sulung saya pandai mengaji, malah pernah memenangi pertandingan bayi pintar ketika usia dua tahun. 
"Saya sayang Sandran dan Lily dan tidak pernah mahu menghancurkan masa depan mereka seperti dikatakan. Hanya Tuhan tahu bagaimana hidup saya tanpa mereka," katanya. 
"Saya juga tidak mahu bergaduh atau mengaibkan mana-mana pihak. Bekas suami juga sudah berkahwin lain seminggu selepas perceraian kami dan sepatutnya menumpukan perhatian kepada keluarga barunya," katanya. 
Menurutnya, dia merayu agar bekas suaminya memulangkan semula anak dengan cara baik dan menyelesaikan persengketaan yang berlaku demi masa depan kanak-kanak itu.

MyMetro juga telah menyiarkan jawapan PapaGomo..

"Kalau awak mahukan keadilan, begitu juga saya. Saya akan perjuangkan habis-habisan demi akidah anak," kata Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30.  
Menurut Azri, selepas bercerai September tahun lalu hingga Januari, dia berpeluang bertemu anaknya tujuh kali saja.  
"Bayangkan macam mana perasaan saya apabila dia (bekas isteri) tidak membenarkan saya bertemu dengan Sandran dan Lily. Dia pergi mahkamah minta surat perintah tidak membenarkan saya mendekati rumah dengan alasan saya menggunakan keganasan rumah tangga.  
"Sepanjang perkahwinan kami, saya tidak pernah menjentik telinga dia.  
"Dia selalu menggunakan perkataan 'pinjam anak' setiap kali saya ambil anak, seolah-olah saya tidak ada hak ke atas mereka," katanya kesal.  
Azri berkata, keadaan keluarga bekas isteri yang kurang menitikberatkan soal agama Islam memaksanya mengambil semula kedua-dua anaknya yang masih kecil.  
Katanya, pengalaman enam tahun menjadi sebahagian ahli keluarga kepada keluarga bekas isterinya itu banyak mendedahkannya kepada gaya hidup yang tidak sepatutnya diterap kepada anak kecil.


Oooo... nak selamatkan akidah anaknya rupanya... patutlah dia larikan..

Hmm.. selamatkan AKIDAH??

Tiada ulasan: