Rabu, 2 Oktober 2013

Addin

Addin


Berita Ngeri Buat Rakyat Malaysia..

Posted: 02 Oct 2013 09:07 AM PDT

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membelanjakan RM1.6 juta bagi membawa tiga kumpulan penyanyi K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 semalam mendedahkan penganjuran konsert itu datangnya daripada dana kerajaan meskipun KBS menafikan tahun lalu dengan mengatakan kos konsert itu ditanggung penaja.

Tiga kumpulan K-pop berkenaan adalah U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet manakala persembahan mereka dibawakan oleh Stadium First Sdn Bhd.

Laporan audit itu turut mendedahkan KBS telah berbelanja melebihi had iaitu RM1.11 juta untuk promosi dan publisiti untuk acara tersebut.

Selain itu, KBS ditegur kerana membelanjakan RM48,300 untuk 'lawatan kerja' ke Institut Kemahiran Belia Negara di Jitra, Songkhla, Phuket dan Krabi di Thailand untuk 21 sekretariat Hari Belia Kebangsaan dan pegawai kanan kementerian.

KBS juga turut membelanjakan RM75,966 untuk promosi makan malam dan minum petang serta penginapan untuk wartawan.

Laporan itu juga mendapati perbelanjaan melampau termasuk bayaran RM50,000 kepada 50 penulis blog dan pengurusan syarikat serta jumlah amaun sama untuk promosi dan publisiti.

KBS juga didapati membayar RM7,500 kepada tiga penulis blog dalam bentuk elaun harian untuk liputan selama lima hari.

Tidak ketinggalan, perbelanjaan KBS sebanyak RM3.32 juta untuk satu juta kad keahlian Rakan Muda. ~the malaysian insider


Addin :

Belanja ikut suka hati macam duit mak bapak dia orang yang punya..





Iklan C (ii)


Ulasan Tuan Guru Nik Aziz Berkenaan Laporan Audit Negara 2012

Posted: 02 Oct 2013 07:06 AM PDT

Laporan Audit: Bukti undang-undang manusia gagal

Untuk memasuki negara lain, kita memerlukan pasport. Tanpa pasport, kita akan dianggap pendatang tanpa izin dan boleh diusir keluar bila-bila masa sahaja. 

Jika diusir, jangan salahkan sesiapa kerana itulah undang-undang yang telah difahami umum.

Demikian juga untuk masuk ke alam dunia ciptaan Allah SWT ini, tetap perlukan kepada pasport. 

Pasport hidup di dunia ini ialah Islam yang syumul. Tidak berakidah dengan akidah Islam ertinya hidup di dunia tanpa pasport.

Berpegang dengan undang-undang selain undang-undang Allah SWT pula ertinya memegang pasport tanpa cop visa. Kedua-duanya salah dan boleh dianggap sebagai pandatang tanpa izin.

Jika diusir dari sesebuah negara boleh kembali ke negara asal. Namun, jika diusir dari dunia milik Allah SWT, ke mana lagi kaki ingin melangkah? 

Itulah ibarat orang-orang yang hidup dengan undang-undang ciptaan manusia. Selama-lamanya manusia tidak akan mampu mengawal manusia. 

Hari ini, saya membaca berita mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan kelmarin. Sekali lagi menyaksikan ketirisan berbillion ringgit wang rakyat yang dibelanjakan di sektor-sektor kerajaan. 

Ia bukan jumlah yang sedikit. Bajet perbelanjaan negeri Kelantan sahaja hanya sekitar RM500 juta setahun, bayangkan jika ketirisan berbliion ringgit ini dapat diselamatkan dan diagihkan kepada negeri seperti Kelantan, berapa jutakah yang dapat manfaat darinya? 

Sayangnya, ketirisan ini bukan kali pertama berlaku. Ia akan terus berlaku selagi Umno Barisan Nasional menjadi kerajaan. 

Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT. 

Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal oleh kambing. Ia memerlukan kepada gembala. Manusia mustahil dapat mengawal manusia, mereka memerlukan kuasa yang lebih hebat, dan kuasa yang Maha Hebat itu ialah Allah SWT. 

Takutlah kepada Allah SWT. Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya. 

Sekian, wassalam. 

Yang benar, 


Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS) 

Bertarikh: 26 Dzulka'edah 1434 H|2 Oktober 2013






Iklan C (ii)


Akhirnya.. DAP Dapat Peluru

Posted: 02 Oct 2013 06:07 AM PDT


Pendaftar Pertubuhan (ROS) didapati gagal menggunakan kuasanya terhadap 90 pertubuhan walaupun sebelum ini begitu agresif mendisiplinkan DAP dengan mendesak agar parti itu mengadakan pemilihan semula.

Pemeriksaan Jabatan Audit Negara terhadap fail yang disimpan agensi itu di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang mendapati ia tidak pernah mengeluarkan sebarang notis terhadap 90 pertubuhan yang masih belum menyerahkan sebarang laporan kepadanya.



Fail itu meliputi fail 17 daripada 31 parti politik yang disenaraikan dalam pemeriksaan itu. ~malaysiakini






Iklan C (ii)



Mr. Bean Peluk Islam?

Posted: 02 Oct 2013 01:47 AM PDT

Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai 'Mr Bean' memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial.

Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.

Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.

Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English.

Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya.  ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



JKM Bagi Bantuan Kewangan Pada Orang Mati

Posted: 01 Oct 2013 10:44 PM PDT

Penerima bantuan yang meninggal dunia masih menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Sabah, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Perkara ini didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara yang mendapati ketirisan jabatan kerajaan dan dibacakan di Parlimen semalam.

Di bawah prosedur operasi standard, pegawai yang ditugaskan memberi wang bantuan perlu berkunjung ke rumah penerima sekiranya wang berkenaan tidak dituntut dalam jangka masa tiga bulan.

Jika penerima didapati berpindah atau meninggal dunia, nama mereka perlu dikeluarkan daripada senarai penerima dengan segera.

Tetapi, di Semporna dan Sandakan di Sabah, bayaran di antara RM150 dan RM450 oleh JKM masih diberikan kepada 12 penerima yang meninggal dunia, malah nama mereka juga sudah direkodkan sebagai meninggal dunia.

Di Kelantan, terdapat 93 penerima meninggal dunia antara 2005 hingga tahun lalu. Daripada jumlah keseluruhan, 41 penerima mendapat bantuan berjumlah RM110,700 dan dimasukkan terus ke dalam bank mereka dengan sejumlah RM65,691 wang tersebut dikeluarkan oleh waris.

Bagi bantuan tunai, nama 52 penerima masih berada dalam senarai penerima baucer bayaran meskipun tidak dituntut sehingga 26 bulan.

Di Negeri Sembilan, 40 penerima yang meninggal dunia sejak 2008 dari Seremban, Kuala Pilah dan Port Dickson, masih diberikan bantuan di antara RM100 dan RM200 sebulan.

Daripada jumlah keseluruhan, RM45,350 dibayar kepada 15 penerima antara 2008 dan 2011.

Bayaran juga dibuat kepada 154 individu walaupun nama mereka tiada dalam pangkalan data JKM.

"Bayaran itu boleh dipersoalkan kerana penerimanya sangat dicurigai," menurut laporan Ketua Audit Negara.

Di Melaka pula, 302 daripada 2,314 penerima berumur 20 tahun dan ke atas mendapat bantuan JKM meskipun peraturan JKM negeri menetapkan penerima yang layak mesti berusia 40 tahun ke atas.

"Ada permohonan yang diluluskan kepada penerima berusia 20 tahun," dedah laporan itu yang mendapati kejadian berkenaan berlaku kerana mendapat sokongan daripada pemimpin tempatan atas dasar mendesak.

JKM Sabah memaklumkan wang bantuan masih diberikan kepada penerima meninggal dunia kerana kelewatan waris atau ketua kampung memaklumkan kematian penerima.

JKM Pasir Mas dan Kota Bharu pula memaklumkan telah mengambil tindakan segera sejak Disember 2012 selepas Jabatan Audit mengesahkan penerima meninggal dunia dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Jabatan berkenaan turut berikrar akan mengeluarkan senarai mereka yang meninggal dunia dan akan membuat pemeriksaan berkala dengan JPN.

JKM Negeri Sembilan pula memberitahu mereka menuntut kembali wang berkenaan daripada waris manakala empat lagi diminta membuat bayaran ansuran.

Bagaimanapun, RM5,680 masih tidak dapat dikesan. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Kantoi!! Tembelang Kerajaan Pimpinan Najib Akhirnya Terbongkar..

Posted: 01 Oct 2013 09:18 PM PDT


Penipuan ternyata tidak akan membawa individu kemana-mana. Banyak penipuan oleh ahli politik didedahkan akhir-akhir ini.

Salah satunya adalah berita pembayaran RM1.6 juta kepada kumpulan K=Pop seksi korea oleh kerajaan.

Awal tahun ini seorang pegawai KBS telah memaklumkan tentang sumber kewangan bagi menjemput kumpulan berkenaan yang kononnya ditaja syarikat tertentu.

Baca berita sebelum ini kerajaan menafikan menggunakan dana awam untuk membayar persempahan K-Pop..



Iklan C (ii)



Tiada ulasan: