Anak Sungai Derhaka |
- Patutlah masyarakat Kristian Sabah, Sarawak bebas guna kalimah Allah....
- Bukan Islam boleh guna kalimah "Allah" - Pakatan Rakyat
- Pejabat Zakat mana?.. Nak tunggu Gereja bantu ke?
- Eh? Universiti Islam tak jadi nak bina Sekolah Islam Antarabangsa pulak?
Patutlah masyarakat Kristian Sabah, Sarawak bebas guna kalimah Allah.... Posted: 17 Oct 2013 05:28 AM PDT Tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa agaknya jemaah Menteri memutuskan bahawa masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah, termasuk dalam al-Kitab bahasa Melayu.. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Joseph Kurup dan telah dipetik oleh akhbar Sin Chew Daily sebagai berkata perkara itu diputuskan oleh jemaah menteri pada mesyuarat mingguan mereka semalam. Seperti biasalah.. BN ni akan lakukan apa saja asalkan ianya menguntungkan mereka walaupun tindakan mereka selalunya menyebabkan rakyat terpinga-pinga kehairanan.. Perlu kita ketahui undi yang disumbangkan oleh pengundi di Sabah dan Sarawak telah berjaya mengekalkan pemerintahan korup kerajaan Barisan Nasional walaupun rakyat di sini telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menukar kerajaan Barisan Nasional yang terbukti sudah terlalu korup. Dengan lain perkataan, sebahagian besar pengundi 'buta huruf' dan 'buta maklumat' yang tinggal di daerah pedalaman di Sabah dan Sarawak sebenarnya berperanan memilih kerajaan di peringkat persekutuan dan seterusnya menentukan kehidupan rakyat di Semenanjung Malaysia! Tanpa pengundi daripada Sabah dan Sarawak, kerajaan Barisan Nasional tidak akan dapat terus mencengkam kuasa sehingga ke hari ini. Tanpa undi mereka, kemungkinan rakyat di Semenanjung telah pun dapat hidup dengan lebih selesa dengan ketiadaan kenaikan harga petroleum serta barangan keperluan harian, ketiadaan tol di lebuhraya dan akan berkurang laporan ketirisan perbelanjaan negara yang saban tahun ditimbulkan oleh Ketua Audit Negara gara-gara pengurusan 'bodoh' yang tidak boleh didakwa! Oleh itu apabila Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyeru masyarakat Kristian Malaysia untuk menerima keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan penggunaan perkataan 'Allah' oleh mingguan Katolik The Herald atau mempertimbangkan berhijrah jika tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Cadangan atau saranan beliau telah disambut dengan meriah sekali oleh penduduk Sabah dan juga Sarawak.. Keluar dari M'sia: Pelawaan Isma disambut baik KUCHING: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) telah menyeru masyarakat Kristian Malaysia untuk menerima keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan penggunaan perkataan 'Allah' oleh mingguan Katolik The Herald. Katanya, mereka sentiasa boleh mempertimbangkan berhijrah jika tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Pelawaan Isma disambut baik oleh rata-rata penduduk Sabah dan Sarawak yang ingin menyatakan hasrat untuk keluar dari Persekutuan Malaysia yang diluahkan dalam Facebook mereka. "Itu yang sebaiknya. Keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Suruh Isma buat kertas cadangan. Hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Harry Nelson J. Seliang. Daniel Aishiteru pula berkata,"Malaysia- bawah Thailand, atas Singapura manakala Sabah & Sarawak dalam pulau Borneo.Jauh panggang dari api bah….memang kita layak keluar. Jangan tunggu lagi…" "Peluang sudah Isma bagi. Sabah Sarawak bantah isu kalimah Allah, keluar Malaysia. Kita tak payah sain sain surat tak susah payah gaduh mulut. Bagus lah idea Isma bagi nih," ujar Philip Harry Son Beberapa orang tidak merasakan, Malaysia tidak bermakna sudah bagi mereka. "Saya di Borneo bukan di Malaya. Saya tidak mahu bah Malaya," ujar Collin Ontak Gafpelz Blizt Ridexz pula berkata, "Kita bantah perkauman… Mereka semua nak keluarkan kita jadi teruskan… Lebih cepat lebih bagus.. Tak payah nak peduli bah. .Tolong keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia….Kami sedia utk keluar!" Eva Claude menambah, "Siapa tahu Tuhan sedang bagi jalan sama Sabah Sarawak keluar Malaysia," Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, sebagai rakyat Malaysia, orang Kristian mesti menerima ketuanan Islam di negara ini. "Mereka boleh memilih untuk bergerak ke mana-mana negara lain jika mereka tidak dapat menerima ketuanan Islam dan royalti yang melindungi ketuanan agama," ujar Abdullah Zaik Abd Rahman dalam satu kenyataan kelmarin. Sebelum ini Najib telah menandatangani sepuluh perkara di mana membenarkan penduduk Kristian menggunakan kalimah 'Allah' dalam Alkitab (Bible) bahasa Indonesia, Malaysia serta bahasa pribumi Iban, Kadazan Dusun dan Lun Bawang ~ Free Malaysia Today Lagi lebih dari 200 komen menerima baik cadangan ISMA ini sila lihat di SINI.. Kalaulah benar-benar berlaku apa yang dihajatkan oleh kebanyakkan penduduk Sabah dan Sarawak itu, iaitu Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia... PRU14 ni macam mana agaknya? Berapa juta pula IC akan diberikan kepada PATI? | ||
Bukan Islam boleh guna kalimah "Allah" - Pakatan Rakyat Posted: 17 Oct 2013 04:08 AM PDT Pakatan Rakyat (PR) kekal dengan pendirian bukan Islam boleh menggunakan kalimah "Allah" seperti yang diputuskan Majlis Pimpinan PR pada Januari lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar menegaskan pendirian PR konsisten dalam isu kalimah "Allah", selagi ia tidak disalahgunakan oleh penganut agama lain. "Pakatan Rakyat kekal konsisten dengan pendirian kami dahulu. "Cuma sekarang kami menggesa supaya semua pihak bertenang dan menggunakan kebijaksanaan dalam menangani isu ini," kata Anwar dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR hari ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali dan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir dalam sidang media sama juga senada dengan pendirian tersebut, apabila disoal wartawan terhadap reaksi keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini. Pada 8 Januari lalu, PR mencapai pendirian penggunaan kalimah "Allah" boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan dan menegaskan kalimah "Allah" tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat. Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Lim dan Anwar. Mahkamah Rayuan dalam keputusan baru-baru ini, sebulat suara telah menghalang gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada tuhan bagi agama Kristian. Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah. Bekas mufti Johor, Datuk Noh Gadut, yang juga penasihat Majlis Agama Islam, selepas keputusan tersebut diumumkan memberi amaran kepada penganut Muslim yang mempersoalkan pengharaman kalimah Allah ke atas yang bukan Muslim. Isu kalimah Allah bermula pada awal 2009 apabila KDN membatalkan permit akhbar Herald menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan. Tindakan tersebut menyebabkan gereja mengemukakan saman kepada kerajaan kerana melanggar hak dalam Perlembagaan. Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan semakan keputusan dan membatalkan pengharaman oleh KDN untuk menggunakan kalimah Allah oleh Herald. Hakim turut menjelaskan gereja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbarnya kerana agama selain Islam boleh mengamalkannya secara aman dan harmoni. Katanya, meskipun Islam merupakan agama Persekutuan, ia tidak memberi kuasa kepada kerajaan menghalang gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. ~ The Malaysian Insider | ||
Pejabat Zakat mana?.. Nak tunggu Gereja bantu ke? Posted: 16 Oct 2013 09:53 PM PDT Setiap hari seorang ibu tunggal di Kampung Kubang Pak Hitam di sini akan memanjat bilik yang dibina dengan paras sedikit tinggi untuk menguruskan dua anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU). Rokiah Mamat, 56, berkata, bilik berkenaan dibina bagi kemudahan ketika menghadapi musim banjir. Menurutnya, memandangkan dia masih menyara dua anaknya maka ruang itu digunakan sebagai bilik tidur mereka. Disebabkan kedudukan bilik yang tinggi malah tidak dilengkapi dengan tangga, dua anaknya, Mohd Rozmi Yusof, 36, dan Norma Yusof, 17, tidak turun untuk jangka masa yang agak lama. "Di usia begini saya tak larat nak papah mereka turun ke bawah atau bawa mereka semula ke atas. "Mujurlah Norma mampu berjalan maka ia memudahkannya untuk melakukan kerja rumah," katanya yang terpaksa menoreh getah sebagai sumber pendapatan. Rokiah berkata, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima oleh Rozmi digunakan sepenuhnya untuk keperluan hariannya. Dia berkata, dia tidak mampu untuk membaik pulih rumah mahupun membina tangga untuk kemudahan mereka. Katanya, setiap kali keluar bekerja mencari rezeki, dia risau memikirkan keselamatan dua anaknya itu, sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini ~ Sinar Harian | ||
Eh? Universiti Islam tak jadi nak bina Sekolah Islam Antarabangsa pulak? Posted: 16 Oct 2013 05:00 PM PDT KERAJAAN Negeri melalui Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) akan bekerjasama dengan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (Tunas Muda) bagi merancang pembinaan Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang di atas sebidang tanah berkeluasan 4.863 ekar dekat Sungai Ara, Bayan Lepas. Tapak projek yang dicadangkan itu di Jalan Persiaran Relau berhampiran Sekolah Kebangsaan Relau, Sungai Ara. Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng membuat pengumuman sedemikian selepas menyaksikan Pengerusi Pemaju Ideal Property Group, Datuk Alex Ooi menyerahkan geran tanah kepada Kerajaan Negeri, melalui Pengerusi YIPP, Datuk Mansor Othman. "Projek ini dijangka akan bermula pada tahun hadapan dengan kos pembinaan sebanyak RM6 juta yang akan ditanggung oleh pihak Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. "Sama ada, ada perubahan (mengenai status pihak yang menanggung kos pembinaan), saya serah kepada Datuk Mansor dan Datuk Abdul Malik lah," ujar Guan Eng di sini baru-baru ini. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan Yap Soo Huey (ADUN Pulau Tikus) turut hadir pada sidang media tersebut. Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata, perancangan terbaru itu sekaligus membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memartabatkan syiar Islam di negeri ini. "Projek ini juga nanti akan dapat mempromosi Pulau Pinang sebagai hub pendidikan di rantau ini memandangkan inilah satu-satunya sekolah Islam bertaraf antarabangsa di kawasan Utara (Semenanjung) Malaysia," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan. Sementara itu, Mansor berkata, YIPP masih dalam proses menyusun modul akademik bagi Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang dengan mengkaji beberapa modul pendidikan dari negara Singapura, Thailand (Patani) dan terbaru, dari Pakistan. "Di bawah bahagian pendidikan dan dakwah (YIPP), tanah ini kita perolehi hasil usaha Kerajaan Negeri juga untuk kita membangunkan kompleks ini (Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang). "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Alex kerana bekerjasama dengan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad untuk membangunkan sekolah ini. "Selepas itu, perjalanan (akademik) sekolah ini akan kita (YIPP tetapkan) di bawah pengawasan Kerajaan Negeri," ujar Mansor yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal. Nada yang sama turut diperjelaskan oleh Abdul Malik. "Ini merupakan antara sebahagian usaha kita (Kerajaan Negeri) untuk pendidikan Islam di Pulau Pinang, dari peringkat tadika (pra-sekolah) sehinggalah peringkat universiti," ujar Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung. Manakala, Mohd. Rashid pula berkata, projek terbaru itu diharap dapat melonjak perkembangan dakwah Islamiah di negeri ini. "Saya harap, ini menjadi satu lagi langkah kemajuan untuk perkembangan dakwah Islam di Pulau Pinang," ujar Mohd. Rashid yang juga ADUN Pantai Jerejak. Idea penubuhan Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang sebenarnya dicetuskan oleh Mansor sendiri semasa masih menjadi timbalan ketua menteri I, pada penggal pentadbiran Kerajaan Negeri lepas ~ Faqar Salah tu Faqar.. bukannya Mansor cadangkan penubuhan Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang tapi dia dah cadangkan sebuah Universiti Islam di dalam KADUN Penanti semasa dia jadi TKM1 dulu.. Ini kenyataan medianya.. Juga disiarkan dalam Buletin Mutiara edisi April 2011
Aku tak kisah nak tubuh apa sekalipun asalkan ianya membawa kebaikkan untuk rakyat.. cuma aku tertanya-tanya apa yang telah terjadi kepada tanah tapak cadangan Universiti Islam di Penanti itu? Tapi bagaimana pula jika jika perkara seperti di bawah ini terjadi kepada para pelajar?.. sijil atau apa saja darinya tidak diiktiraf Agensi Kelayakkan Malaysia (MQA)? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan