Anak Sungai Derhaka |
Patutlah semua pencabar Khairy dapat kosong.. Posted: 13 Oct 2013 06:17 AM PDT Tertanya-tanya juga aku semalam bila melihat keputusan yang diperolehi oleh semua pencabar Khairy semalam... Kesemua pencabarnya iaitu Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali tidak mendapat sebarang undi. Rupa-rupanya bukan kerana langsung tidak mendapat undi tetapi sistem yang digunapakai oleh UMNO dalam pemilihan ini yang menyebabkan keputusannya begitu rupa. Ianya telah didedahkan oleh Blogger UMNO sendiri, selain itu beliau juga mendedahkan seperti Najib yang berkuasa bukan kerana undi popular begitulah juga Khairy dan Shahrizat. Bacalah.. Kemenangan yang diraih oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khary Jamaluddin Abu Bakar bukanlah kemenangan mutlak kerana dalam sistem baru "electoral college" bagi pemilihan Umno,.. Siapa Kahiry menurut para perwaklan UMNO pada tahun 2009?.. tengok video ni. Keputusan rasmi sehingga jam 3.55 pagi Ahad ini adalah seperti berikut. Jumlah undi tidak rasmi dalam kurungan. WANITA Ketua Wanita: 1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil : 100 undi (98) 2. Raihan Suleiman Palestin : 1 undi (1) 3. Datuk Maznah Mazlan : 1 undi (3) Naib Ketua Wanita: 1. Datuk Azizah Mohd Dun : 26 undi (54) 2. Datuk Suraya Yaacob : 9 undi (12) PEMUDA Ketua Pemuda: 1. Khairy Jamaluddin : 97 undi (115) 2. Syed Rosli Syed Harman : 0 undi 3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi : 0 undi 4. Irwan Ambak Khalid Izhar : 0 undi 5. Abd Karim Ali : 0 undi Naib Ketua Pemuda: 1. Khairul Azwan Harun : 14 undi (64) 2. Mohamad Iruan Zulkefli : 6 undi (10) 3. Jamawi Jaafar : 8 undi (22) 4. Lokman Noor Adam : 3 undi (4) PUTERI Ketua Puteri: 1. Mas Ermieyati Samsudin : 96 undi 2. Jamilah Hanim Othman : 12 undi (26) Naib Ketua Puteri: 1. Zahida Zarik Khan : 28 undi (56) 2. Norsabrina Mohd Nor : 15 undi (31) 3. Nazliah Ali : 7 undi (17) |
Wanita UMNO Gua Musang baling mikrofon (Video Inside) Posted: 12 Oct 2013 10:52 AM PDT Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati dicemari insiden kekecohan apabila empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh tidak dapat menahan emosi gara-gara senarai pencalonan ditolak. Kekecohan bermula ketika mesyuarat itu sedang berlangsung dan salah seorang wakil bangun dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya berikutan senarai barisan 21 calon ahli jawatankuasa Wanita UMNO bahagian ditolak. Mereka menganggap pemimpin Wanita UMNO bahagian keterlaluan kerana menolak senarai pencalonan walaupun diserah pada jam 5.01 petang, pada 21 september lalu. Menurut Ketua Wanita Cawangan Sg Paloh, Salwani Shafii perwakilan yang menghantar borang hendak bertanding baru diberitahu pencalonan itu tidak sah pada jam 8 malam semalam. "Namun apa yang saya dapat tahu di Sabah, pencalonan dihantar lewat satu jam dan masih diterima dan saya begitu tidak berpuas hati dengan ketua wanita bahagian disini," kata Salwani. Sementara itu, Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Sungai Paloh pula mempersoalkan ketelusan dan demokrasi jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan sempurna. Mengulas kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz tampil memberi penjelasan, menurut sumber Awani. "Kita mendapat surat daripada UMNO pusat yang di tandatangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tajol Rosli Ghazali dan dia menyatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri telah menolak borang pendaftaran calon-calon yang ingin bertanding bagi jawatan Ketua Wanita dan Puteri UMNO bahagian Gua Musang". "Oleh kerana borang itu telah diterima lewat daripada waktu yang ditetapkan dan perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO bahagian Gua Musang. di mana kita bermesyuarat jadi bersetuju tidak terima. peringkat tu bahagian negeri dan pusatlah tak terima dan disertakan penama seramai 21 orang," kata Muhammad Shukri. Selepas 10 minit, keadaan kembali reda apabila Ketua Wanita Bahagian Gua Musang, Datuk Wan Hazani Mohd Noor yang menang tanpa bertanding menjelaskan bahawa perlembagaan UMNO telah menetapkan cara pemilihan baru pada tahun ini. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan