Addin |
- Patutlah KJ Dan Shahrizat Dapat Pertahan Jawatan.. Ini Sebabnya
- Punca Kaum India Terlibat Aktiviti Samseng Tersebar
- Petanda Umno Bakal Mati
- Blogger Pro Umno Belasah Najib Lagi Kerana Salah Guna Kuasa
- Pemuda Umno Halau Petugas Media Secara Biadap
Patutlah KJ Dan Shahrizat Dapat Pertahan Jawatan.. Ini Sebabnya Posted: 13 Oct 2013 09:30 AM PDT Kemenangan yang diraih oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khary Jamaluddin Abu Bakar bukanlah kemenangan mutlak kerana dalam sistem baru "electoral college" bagi pemilihan Umno, tidak kira berapa banyak undi dibuang, ia hanya dianggap sebagai satu undi bagi peringkat bahagian kata penulis blog pro Umno Syed Akhbar Ali. Beliau yang menggendalikan blog "Outsyed The Box" menyifatkan kemenangan yang diperoleh kedua-dua penyandang Ketua Pemuda dan Ketua Wanita tersebut hanyalah "menang mudah". "Tidak kiralah banyak mana undi yang diperoleh, setiap bahagian dikira sebagai satu undi."Terdapat 191 bahagian Umno. Jika calon menang 97 bahagian (lebih daripada setengah 191 bahagian), beliau diisytiharkan sebagai menang mudah," kata Syed Akbar, merujuk kepada kemenangan yang diraih oleh Khairy dan Shahrizat semalam. Penulis blog yang pernah menggelar Datuk Seri Najib Razak sebagai "sewel" itu mahu pengiraan keputusan pemilihan sayap Umno kali ini dinilai menerusi "undi popular", namun malangnya ia tidak dilaksanakan. "Terdapat banyak perkara yang diselindung dalam Umno. Mereka tidak akan membocorkan undi popular," kata beliau. Syed Akhbar menerangkan terdapat kira-kira 400 pengundi setiap bahagian dan menggesa pecahan undi kepada empat calon yang menentang Khairy juga sewajarnya dikira bagi melihat jumlah keseluruhan undi popular sama ada memihak kepadanya atau tidak. "Katakanlah terdapat 500 pengundi di setiap bahagian dan KJ menang 200 undi. Akhram menang 180 undi dan tiga lagi calon menang 40 undi setiap seorang - pengiraan akhir masih satu untuk KJ dan kosong kepada lain."Realitinya, KJ mungkin tewas undi popular. Jadi apa berlaku kepada undi popular? Adakah KJ dan Shahrizat tewas undi popular?" soal Syed Akbar lagi merujuk kepada pencabar Khairy Akhramsyah Sanusi. Menyifatkan pemilihan kali ini satu malapetaka, Syed Akhbar berkata Umno ketandusan bakat dan dan tidak mampu mengilap pemimpin yang lebih berkaliber. "Umno pastinya hadapi malapetaka," katanya lagi.Dalam pada itu, Syed Akhbar juga berkata pemilihan kali ini berkecamuk dan huru-hara kerana pelbagai insiden dan kontroversi yang berlaku sepanjang proses membuang undi berlangsung daripada isu kertas undi hinggalah terdapat mereka yang keliru cara untuk memilih calon pada pemilihan kali ini. "Ini mungkin masalah merumitkan, mungkin terdapat manipulasi."Apa pun yang berlaku, Umno kini berhadapan malapetaka," katanya.Dalam keputusan pemilihan semalam, Khairy dan Shahrizat berjaya mengekalkan jawatan mereka sebagai ketua Pemuda dan ketua Wanita manakala Mas Ermieyati Samsudin dinobatkan sebagai Ketua Puteri Umno yang baru. Shahrizat memperoleh 100 undi, Khairy mendapat 97 undi dan Mas Ermieyati dengan 97 undi daripada 191 bahagian dalam pemilihan semalam. ~tmi |
Punca Kaum India Terlibat Aktiviti Samseng Tersebar Posted: 13 Oct 2013 08:02 AM PDT Pendedahan Kementerian Dalam Negeri(KDN) dan pihak polis bahawa penglibatan kaum India dalam kegiatan samseng agak mengejutkan. Padahal, kaum India adalah etnik paling kecil berbanding Melayu dan Cina, tetapi penglibatan remaja India dalam kumpulan kongsi gelap adalah yang paling ketara. Malah, tiga kongsi gelap India (08, 04 dan 36) diisthiyar sebagai paling ganas daripada 49 kumpulan yang paling aktif di Malaysia.Kenapa remaja India melibatkan diri dalam kegiatan samseng dan apa yang boleh perlu untuk memperhentikan kaum ini daripada kongsi gelap. Menurut C Sivaarrajh, Setiausaha Pemuda MIC, kerajaan perlu meghulurkan bantuan yang sepatutnya untuk membanteras kegiatan gejala sosial ini."Dari segi persepektif umum ada beberapa sebab cenderung menyertai kumpulan samseng. Pertama, untuk melindungi diri bila masa diperlukan dari penindasan dan yang kedua kegairahan cepat menjadi kaya," kata Sivarraajh.Beliau juga bertegas bahawa hukuman berat dan akta baru tidak akan membantu membanteras samseng sepenuhnya. Menurutnya, satu kajian menunjukkan bahawa daripada setiap 100,000 bayi lelaki India seramai 97,200 yang akan mencecah usia 25 tahun. Ini adalah angka yang rendah berbanding Cina dan Melayu di mana 98,767 dan 97,726 masing-masing. Jurang lebih besar Malangnya, jurang yang lebih besar pada takuk 30 tahun iaitu 95,722 orang sahaja.Kesimpulannya, jumlah lelaki India yang meninggal dunia dalam lingkungan usia antara 25-30 adalah lebih kurang 2,000."Ini adalah satu angka yang agak mengejutkan apatah lagi 50% daripada mereka dipercayai mati kerana terlibat dalam kegiatan yang jahat. "Faktor- faktor sosioekonomi seperti tidak berpelajaran kerana miskin, keluarga berpendapatan rendah dorongan daripada filem Bollywood bukan yang baru kepada kalangan umum," tambah beliau. "Sudah banyak kajian dan forum mengenai pengelibatan remaja India dalam kegiatan tidak bermoral telah dibuat. Tetapi, ia masih berlaku. Apa sebabnya?"Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa hukuman berat dan tembak sebelum siasat tidak akan bantu sama sekali," kata Sivaarrajh. Kerajaan perlu merangka satu mekanisma yang teratur untuk membanteras gejala sosial di kalangan remaja India.Misalnya, kerajaan perlu memberi ruang kepada pelajar India di sekolah-sekolah Tamil untuk belajar kelas agama. "Saya percaya, kepercayaan agama boleh membawa seorang insan kepada jalan yang baik. Apatah lagi kalau kita menghantar anak-anak kita ke kelas agama sejak mereka kecil maka mereka akan membesar sebagai seorang insan yang manfaat kepada diri dan negara. "Buat masa ini, Kementerian Pelajaran masih tidak membenarkan sekolah-sekolah Tamil mengadakan kelas agama," tambah beliau."Peluang dalam pendidikan tinggi, kerja kerajaan dan perniagaan mesti akan memberi impak yang baik kepada remaja India untuk menjauhkan diri daripada kongsi gelap," kata Sivaarrajh. ~fmt |
Posted: 13 Oct 2013 05:18 AM PDT PAS Kawasan Segamat mempersoalkan tindakan Umno Johor mengerahkan lebih 1,000 pelajar UiTM Segamat untuk berkhidmat sebagai pengira undi dalam pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri parti itu semalam. Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat, Firdaus Masood ketika menghubungi Harakahdaily berkata, sejak awal pagi, puluhan bas memasuki kampus UITM Segamat untuk membawa keluar para pelajar bagi menjadi petugas pemilihan Umno. "Umno negeri Johor juga telah memperuntukkan wang untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar UiTM Segamat dan Johor yang menjadi petugas pemilihan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di beberapa pusat pengundian di negeri ini. Menurutnya, difahamkan setiap pelajar yang menjadi petugas akan menerima imbuhan lebih RM100 setiap seorang manakala makan minum dan penginapan sepanjang program disediakan Umno negeri. "Perbelanjaan membayar pelajar-pelajar yang menjadi petugas ini berjumlah ratusan ribu ringgit dan sebahagiannya disalurkan kepada UITM Johor untuk membantu melancarkan proses pemilihan Umno kali ini," dakwanya. Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Mas Ermieyati Samsudin masing-masing dipilih sebagai Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Umno setelah menewaskan pencabar masing-masing. Keputusan rasmi pemilihan sayap parti Umno itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur menghampiri jam 4.00 pagi.-hrkh |
Blogger Pro Umno Belasah Najib Lagi Kerana Salah Guna Kuasa Posted: 13 Oct 2013 12:08 AM PDT Penulis blog pro-Umno Syed Akhbar Ali yang mengendalikan blog "Outsyed The Box" lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mendakwa berlaku salah urus dalam pentadbiran kerajaan. Syed Akhbar baru-baru ini mengejutkan dunia penulisan blog dengan kritikan lantangnya terhadap kerajaan dan menjadi penulis blog Umno pertama yang menggelar Najib "sewel" secara terbuka melalui penulisannya. "Saya hanya marah sebab berlaku salah urus dan kekeliruan kerajaan hari ini. Mereka tidak mempunyai hala tuju dan kita tidak dapat melihat pertumbuhan ekonomi sejak sekian lama," kata penulis blog berusia 53 tahun itu dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini. Syed Akhbar dilantik oleh Najib untuk menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama 10 yang lain. PPPR yang dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaaffar bertujuan membantu SPRM dalam mencapai matlamat mewujudkan masyarakat benci rasuah di pelbagai sektor. Walaupun kelihatan seperti seorang berwatak garang jika pertama kali bertemunya, Syed Akhbar sebenarnya seorang yang mudah senyum dan cepat mesra jika berpeluang berbual dengannya. Digelar sebagai "Dr M's chief spin doctor" oleh penulis blog dan aktivis Haris Ibrahim, Syed Akhbar mengakui beliau tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat Umno sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan presiden daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. Jika membaca blog Outsyed The Box, pembaca akan dapat merasai kemarahannya dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) yang ditubuhkan oleh Najib pada 16 September, 2009 untuk menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri. "Ini kerana falsafah di sebalik penubuhan unit tersebut memperlihatkan kerajaan sudah berputus asa dengan diri mereka sendiri; sikap yang menyerah kalah," katanya menerangkan mengapa beliau sering mengkritik Pemandu di blognya. Syed Akhbar berkata, semasa zaman pemerintahan Dr Mahathir, penjawat awam di Malaysia berada dalam keadaan terbaik walaupun tidak mempunyai Ketua Setiausaha Negara seperti Tan Sri Dr Ali Hamsa yang mempunyai Ijazah Kedoktoran (PHD). "Unit Perancangan Ekonomi (EPU) digunakan sepenuhnya dan semuanya dilakukan oleh penjawat awam."Tetapi sekarang, semua diserahkan kepada Pemandu yang menyerahkan pula kepada perunding yang menyebabkan kerajaan perlu membayar berjuta ringgit setiap tahun. Penjawat awam kini dipinggirkan," katanya.Rakan baik kepada Datuk Ahirudin Attan yang menggendalikan blog Rocky Bru, Syed Akhbar merupakan penyokong kuat kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir bagi perebutan jawatan naib presiden Umno. "Saya rasa Mukhriz akan menang, Zahid dan Hishammuddin," katanya merujuk kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengulas mengenai pemilihan Umno.Bercakap mengenai parti pembangkang di Malaysia, agak mengejutkan apabila Syed Akhbar berkata, jika perlu memilih, beliau akan memilih DAP. "Ini kerana penubuhan DAP berasaskan kepada fahaman sosialisme. Sosialisme merupakan satu falsafah yang baik dan berjaya di banyak negara."Tetapi DAP tidak mempunyai orang yang terbaik buat masa kini dan terlalu berteraskan Cina," katanya. Syed Akhbar adalah anak kepada penjawat awam yang menjadi tenaga pengajar di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada 1970. Keluarganya berpindah dari Ipoh ke Melaka di mana beliau menyambung pendidikan sekolah menengahnya. "Saya masuk Sekolah Tinggi Melaka untuk tingkatan empat dan lima. Pada tahun pertama, saya duduk di sebelah Lim Guan Eng," katanya sambil tersenyum. ~tmi |
Pemuda Umno Halau Petugas Media Secara Biadap Posted: 12 Oct 2013 04:31 PM PDT Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan rasa kesal dengan kejadian sekumpulan petugas media diusir daripada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pemuda Umno Pasir Gudang hari ini. Mohamed Khaled yang juga Ketua Umno Bahagian itu berkata pihak berkenaan sepatutnya lebih peka dengan tugas orang media yang mahu membuat liputan pemilihan berkenaan. "Dia sepatutnya cakap dengan baik. Gunakan cara yang lebih sopan dan berhemah supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak," kata Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor ketika dihubungi. Beliau mengulas kejadian yang berlaku di Dewan UniKL Bandar Seri Alam, di sini apabila petugas media yang mahu membuat liputan dikatakan diusir keluar dari dewan itu oleh Pengerusi Tetap Pemuda Pasir Gudang, Moeinuddin Zakaria. Kejadian dikatakan berlaku apabila petugas media terbabit yang menyangka proses pemilihan sudah berakhir memasuki dewan itu bagi menemuramah calon.~bernama |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan