Jumaat, 11 Oktober 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Patutlah pemimpin UMNO yang menyeleweng tak pernah didakwa... ini sebabnya rupanya..

Posted: 10 Oct 2013 08:57 PM PDT


Undang-undang negara ini tidak boleh mendakwa "kecuaian dan kebodohan" sebagai kesalahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. 

Katanya, ini berbeza dengan negara-negara maju yang mempunyai kesalahan salah laku awam yang membolehkan pihak yang cuai dan menyebabkan kerugian wang rakyat didakwa.

"Tetapi malangnya di sini kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana cuai, kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana bodoh," kata Abu Kassim ketika mengulas berhubung tindakan yang boleh diambil SPRM ekoran penemuan laporan audit.

Bercakap dalam forum berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Shah Alam hari ini, Abu Kassim (gambar atas, bertali leher) berkata, SPRM tidak boleh bertindak secara automatik dalam perkara itu. 

Sebaliknya, kata beliau, ketua jawatan berkaitan harus bertanggungjawab dengan menyiasat dan membetulkan perkara itu sebelum dibentangkan kepada Parlimen.

Ini kerana tiada yang tidak diketahui oleh ketua jawatan ketika audit dan sebelum laporan dilengkapkan, tambahnya. "Jangan tinggalkan kepada SPRM untuk menyelesaikan masalah. Kami pihak luar," kata Abu Kassim lapor Malaysiakini.

Ini adalah kitaran UMNO..


Sementara itu Sinar Harian pula melaporkan..

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua memberitahu isu penyelewengan sering dikaitkan kurang kecekapan ekoran pihak yang terlibat bijak 'buat bodoh'.

Akhirnya, pihak tersebut hanya menerima surat teguran daripada pihak atasan atas kurang kecekapan tersebut.

Beliau berkata demikian di pentas Wacana Sinar Harian siri ke-24 berjudul 'Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang', hari ini.

Pentas wacana turut menampilkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang;, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed .

"Orang yang paling bijak dalam perkara penyelewengan adalah pihak yang selalu menjawab 'oh macam itu ya. Saya tak tahulah. Saya bodoh dalam perkara ini'.

"Yang paling bijak, yang paling pandai, buat bodoh. Hanya apabila buat bodoh, ia bukan menjadi perkara penyelewengan. Ia menjadi isu kurang kecekapan," katanya.

Beliau menambah, pihak terbabit hanya akan menerima surat teguran berbanding hukuman yang sewajarnya dikenakan.

"Apabila kurang cekap, terpulang kepada pihak ketua dan menteri untuk beri satu surat teguran.

"Jadi, sangat mudah untuk berlagak bodoh, dah keluar dari masalah," katanya.

Aku bukan 'lembik' kata Hishamuddin

Posted: 10 Oct 2013 06:25 PM PDT


Nama Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak gah berbanding calon lain bagi jawatan naib presiden Umno walaupun datuknya adalah pengasas kepada parti Melayu itu dan bapanya merupakan bekas presiden merangkap perdana menteri Malaysia.

Dua penyandang lain naib presiden Umno iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal dilihat lebih selesa dalam mendapat sokongan di peringkat akar umbi, berbeza dengan Menteri Pertahanan itu yang masih bergelut untuk meraih sokongan perwakilan apabila digelar "lembik."

Muka baru Datuk Mukhriz Mahathir yang juga merupakan anak bekas presiden dan perdana menteri dianggap sebagai pencabar utama kepada Hishammuddin dalam pemilihan kali ini.

Menyedari kedudukannya yang lemah walaupun disokong oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan sepupunya, Hishamuddin mengambil pendekatan "memujuk" perwakilan dalam kempennya serta menjelaskan sikap kurang tegasnya bukan bermakna beliau "lembik".

"Datuk Seri Hishammuddin bukan lembik seperti yang didakwa sesetengah pihak, beliau (Hishammuddin) sudah menjelaskan kepada perwakilan tentang beberapa keputusan yang diambilnya semasa menjadi Menteri Dalam Negeri.

"Tiada tindakan bukan bermakna beliau lembik, tetapi itu adalah pengorbanannya kepada parti," kata salah seorang perwakilan yang enggan namanya didedahkan semasa ditemui pada majlis hi-tea perwakilan Umno Selangor bersama Hishammuddin semalam di Hotel Marriot, Putrajaya.


Hishammuddin pernah mencetuskan kontroversi semasa Perhimpunan Umno 2006 apabila beliau yang pada ketika itu ketua Pemuda mencium keris di hadapan penyokong parti itu sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak kerana dilihat angkuh, serta mencetuskan kritikan daripada pembangkang.

Hishammuddin memohon maaf di atas tindakannya itu sejurus selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) memperoleh keputusan buruk dalam "Tsunami Politik" pada 2008 yang menyaksikan gabungan pemerintah itu hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Berbeza pemilihan kali ini, kempen Hishammuddin tidak kontroversi seperti rakannya Ahmad Zahid yang dilihat lebih agresif khususnya dalam isu melibatkan jenayah.

Menteri Dalam Negeri itu mengeluarkan kenyataan panas "tembak dahulu kemudian siasat" dalam satu perhimpunan di Melaka baru-baru ini sehingga menyebabkan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya.

Seorang lagi perwakilan dari Shah Alam yang ditemui di Hotel Marriot, Putrajaya semalam berkata Hishammuddin seorang ahli politik yang berpengalaman dan mengambil pendekatan matang menjelang pemilihan kali ini bagi mengelakkan imej Umno tercemar.

"Hishammuddin bukan lembik, langkah yang diambilnya adalah tepat terutama semasa menangani isu demonstrasti haram oleh pembangkang.

"Beliau jelaskan kepada kami sekiranya tindakan keras dan tegas diambil, ia pasti memberi persepsi buruk kepada kerajaan. Malahan ketika itu pilihan raya umum semakin hampir," kata seorang lagi perwakilan yang tidak mahu dikenali it sebaik sahaja berakhir program dijalankan secara tertutup semalam.

Perwakilan itu juga mengakui populariti Ahmad Zahid lebih tinggi berbanding Hishammuddin, tetapi pendekatan dan ketegasan yang diambil oleh Menteri Dalam Negeri itu bukan keputusan secara sendiri tetapi juga adalah hasil daripada kerjasama ketiga-tiga penyandang naib presiden Umno tersebut.

"HIshammuddin sudah beritahu, keputusan Menteri Dalam Negeri bukan dibuat secara sendiri tapi perbincangan dilakukan secara bersama-sama.

"Malah, Hishammuddin juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dan pengalamannya dikongsi bersama dengan Ahmad Zahid," katanya.

Dalam pemilihan Umno pada 2009, Hishammuddin memperoleh undi kedua paling tinggi sebanyak 1,515 manakala Ahmad Zahid mendapat undi paling tinggi sebanya 1,592 diikuti Shafie 1,445.

The Malaysian Insider difahamkan Ahmad Zahid sudah menerima sokongan lebih daripada 130 bahagian Umno hasil daripada lawatannya ke seluruh negara dalam usaha untuk berkempen.

Ketegasan Menteri Dalam Negeri itu dalam menguruskan isu semasa seperti peningkatan kes jenayah termasuk kejayaannya meluluskan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) meskipun menerima tentangan pembangkang ternyata menjadi kelebihan kepadanya.

Jika sentimen di peringkat akar umbi diambil kira, Hishammuddin hanya berjaya menerima 80 sokongan daripada daripada kampung halamannya di Johor dan kampung halaman isterinya di Pahang.

Ahli Umno dipercayai tidak begitu gembira dengan prestasi Hishammuddin semasa menjadi Menteri Dalam Negeri di antara 2009 hingga tahun ini kerana dianggap tidak efektif terutamanya dalam menagani insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebelum pilihan raya umum ke-13 lalu.

Hishammuddin adalah anak kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan anak saudara Perdana Menteri Malaysia kedua,Tun Abdul Razak Hussein.

Datuknya, Datuk Onn Jaafar merupakan pengasas Umno yang ditubuhkan pada 1946 itu.

~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: