Addin |
- Pasangan Kontroversi, Alvin Tan Dan Vivian Lee Bikin Panas Lagi
- Akhbar Popular Singapura Takjub Dengan Negeri Kelantan
- Bukti Terbaru Anak Nazri Miliki Banglo RM7.2 Juta.. Saksikanlah
- Berita Menggemparkan Rakyat Malaysia..
- Perwakilan Umno Gelar Hishamuddin Hussein Lembik?
Pasangan Kontroversi, Alvin Tan Dan Vivian Lee Bikin Panas Lagi Posted: 11 Oct 2013 09:47 AM PDT Penulis blog seks kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee muncul di alam maya dengan klip video terbaru yang agak menganggu. Ia disiarkan di YouTube dan dipertahankan oleh peguam mereka bahawa ia sama sekali tidak melanggar syarat ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah. Klip video dua minit bertajuk 'Menyesal' (Regret) itu tidak mengandungi unsur seks atau isu sensitif agama tetapi diakhiri dengan adegan Lee, bekas guru tadika, mengelar pergelangan tangannya. Peguam bagi pasangan itu, Chong Joo Tian memberitahu The Malaysian Insider bahawa Lee hanya memperlihatkan atau meluah perasaan peribadinya dan dia secara jelas tidak ada niat untuk membunuh diri. "Mereka tidak melanggar mana-mana syarat jaminan memandangkan video itu sama sekali tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama, " kata Chong.Peguam itu menambah bahawa antara syarat ikat jamin yang dikenakan oleh mahkamah tidak menghalang pasangan daripada menggunakan Facebook. Tan dan Lee berhadapan dengan kontroversi apabila menyiarkan video seks mereka di YouTube dan dikatakan menghina umat Islam semasa bulan Ramadhan apabila menyiarkan sekeping gambar di Facebook sambil memakan bak-kut-teh (sup herba daging babi). Mereka kini dalam perbicaraan bagi tiga pertuduhan yang menghina umat Islam melalui ucapan di Facebook dan gambar lucah di dalam blog mereka. Kedua-duanya didakwa di bawah Akta Hasutan , Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan. Mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM30, 000 setiap seorang dan mahkamah telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang termasuk melarang mereka daripada memuat naik artikel , komen, gambar-gambar lucah atau apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan kaum. Mereka juga dilarang daripada menggunakan apa-apa alat komunikasi untuk mengakses internet bagi memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan mewujudkan ketegangan kaum. Tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 5 dan 6 Disember. Dalam klip video terbaru yang diarah dan ditulis oleh Tan , ia menunjukkan Lee memakai gaun musim panas duduk seorang di sebuah bangku di taman dalam keadaan muram seolah-olah mencerminkan pilihan yang telah dibuat dalam hidupnya. "Sejak kecil, orang memberitahu saya untuk meneruskan impian saya, percaya pada diri sendiri, mencari suara anda sendiri. Ketika itu, segala-galanya adalah mudah."Sepanjang tempoh kedewasaan, ramai yang menyuruh saya berhadapan dengan realiti, pilih kestabilan. Jangan bercakap terlalu kerap. Namun, saya idealistik. Saya memilih jalan yang tidak pasti. Dan saya berkata terlalu kerap dan kuat, mereka yang berada di sekeliling mula berasa bangga membenci saya."Saya rasa sukar untuk menjadi dewasa. Apabila saya mengikut kata hati, semua memberitahu ia salah. Saya buruk dan tidak bernilai.""Malah, mereka yang saya sayangi juga tidak menyayangi saya lagi. Ia semua kerana saya mencabar idea mereka . Ia semua berlaku kerana saya memilih jalan hidup saya sendiri. " "Kadang-kadang saya tertanya-tanya adakah saya melakukan perkara yag benar adalah sesuatu yang betul. Secara jujurnya, saya sudah letih. Mereka menang. Saya sudah kalah. Saya telah berputus asa mendengar suara hati saya. Dan mereka semua seronok meraikannya. Bagi saya, kehidupan yang sudah diatur oleh orang lain tidak bernilai untuk dijalani." "Mungkin sudah tiba masanya untuk menamatkan perjuangan yang tidak bermakna. Hanya dengan satu jalan pintas," kata Lee dengan airmata yang bergenang.Adegan seterusnya memperlihatkan Lee mengelar pergelangan tangannya sebelum skrin gelap.Klip video telah dimuat naik pada Rabu dan telah dilihat sebanyak 4,875 kali. ~tmi |
Akhbar Popular Singapura Takjub Dengan Negeri Kelantan Posted: 11 Oct 2013 07:59 AM PDT "Terdapat satu pepatah masyhur dalam Islam, "Timbalah ilmu sehingga ke negeri Cina". Itulah Melayu-Islam di Kelantan, secara tepat, sedang melakukannya," tulis Straits Times dalam satu laporan.Akhbar popular itu turut mendapati nisbah orang Melayu di Kelantan yang mempelajari bahasa Cina jauh lebih tinggi daripada negeri lain. Antara faktor yang membangkitkan fenomena luar biasa ini adalah galakan yang diberikan Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada generasi muda untuk mempelajari Bahasa Cina. Bahkan, lima orang cucu Tuan Guru belajar di sekolah Cina.Bukan sekadar itu, Tuan Guru Nik Aziz juga memastikan sekolah diberi peruntukan untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin. Pada tahun 2009, kerajaan negeri telah membiayai tiga graduan Melayu-Islam daripada maktab pendidikan ke Guangzhou, China untuk belajar bahasa Mandarin dan menggaji beberapa guru dari China untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin di Kelantan. Salah seorang daripadanya ialah Wang Yin Kang, seorang Cina-Muslim daripada Yunnan, yang telah menghabiskan 18 tahun di Kelantan setelah mendapat diploma dalam pengajian Arab. Pada umur 51, beliau mengajar bahasa Mandarin kepada 160 pelajar seminggu.Bercakap kepada Straits Times, Wang mengakui terkejut pada awalnya apabila pelajar Melayu sudi mengambil kelas Mandarin. "Tidak lama selepas itu saya menyedari bahawa mereka percaya ini (mempelajari bahasa mandarin) membantu mereka mencari pekerjaan, terutamanya apabila China adalah negara yang cepat membangun dan melabur di mana-mana," katanya. Kelas Mandarin ditawarkan di semua sekolah dibiayai kerajaan negeri (enam kesemuanya), dan salah satunya adalah Sekolah Menengah Agama Tarbiyah Mardhiyah. Sebahagian pelajar Wang merupakah ahli kelab Bahasa Cina, di mana mereka juga menceburi bidang drama yang menggunakan bahasa Mandarin. Jumlah pelajar Melayu di sekolah Cina sama ada rendah dan menengah di Kelantan berada pada paras 20 sehingga 50 peratus, jauh lebih tinggi daripada paras nasional yang puratanya 10 peratus. Salah satu sekolah rendah Cina di Rantau Panjang mempunyai dua pertiga pelajar Melayu.Penyelidik Heng Buai Chin berkata, budaya menakjubkan itu semuanya hasil daripada pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz yang menggalakkan orang Melayu untuk memasuki sekolah Cina. Langkah itu katanya telah menggalakkan integrasi antara pelajar berbilang kaum.Beliau mendapati pelajar Melayu-Islam di sekolah Cina adalah lebih terbuka menerima budaya Cina seperti menonton filem Cina, mengira dan berfikir dalam bahasa Cina. "Saya tidak dilayan asing oleh pelajar mahupun sekolah dan saya selalu bersemangat untuk cemerlang dalam pelajaran," kata Wan Ashikin Islam, seorang pelajar Tingkatan 5 di salah sebuah sekolah Cina. Pelajar berumur 16 tahun bercita-cita menjadi penulis novel satu hari nanti, bukan di dalam bahasa ibundanya - bahasa Melayu, tetapi bahasa Mandarin. ~hrkh |
Bukti Terbaru Anak Nazri Miliki Banglo RM7.2 Juta.. Saksikanlah Posted: 11 Oct 2013 03:50 AM PDT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nora Danish di atas pengakuan wujudnya sebuah banglo yang dibeli oleh Nadem Nazri. SAMM sebelum ini pernah mendedah dan mempersoal kelayakan seorang anak menteri untuk memiliki sebuah banglo bernilai RM7.2 juta. Pengakuan Nora Danish sekaligus menguatkan lagi dakwaan persoalan tersebut. Walaupun Nora mengaku bahawa rumah mewah yang dibeli itu bukan untuk dirinya, namun sekurang-kurangnya kewujudan banglo tersebut sudah cukup menggugurkan keraguan munasabah pendedahan SAMM minggu lalu. Dengan pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz."Bagaimana anaknya dapat membeli banglo ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri? "SAMM juga sedia untuk bekerjasama dengan pihak SPRM dan Lambaga Hasil bersama dokumen-dokumen yang berada di tangan, dalam usaha mengheret 'jerung' ke muka pengadilan.Rumah mewah anak Nazri yang didakwa bernilai RM7 juta. Ingatlah bahawa ketika ini sebilangan besar rakyat masih tidak mampu memiliki rumah sendiri, berhempas pulas menyimpan wang dan akhirnya tidak mampu juga membeli rumah di atas kenaikkan harga di pasaran hartanah. Ketika yang sama, seorang anak menteri hidup begitu mewah dan mampu membeli apa sahaja yang dimahunya, tanpa dipersoal dari mana datang hasil kewangan tersebut. Maka SAMM tampil membuat pendedahan di atas maklumat awam. Kepada pak menteri, jawablah dengan tenang, jika anakmu membeli istana, dari mana datang kewangannya? Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
Berita Menggemparkan Rakyat Malaysia.. Posted: 11 Oct 2013 02:06 AM PDT Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir memiliki aset lebih RM1 bilion di Malaysia. Bekas isterinya, Shahnaz A Majid (gambar) dalam keterangannya berkata, kekayaan bekas suaminya iaitu anak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu mencecah RM916,073,565 hingga RM1.3 billion. Katanya, jumlah itu diperoleh setelah dia melantik seorang akauntan bagi menilai aset Mahmud Abu Bekir.Daripada jumlah keseluruhan, RM219 juta adalah nilai saham daripada 20 buah syarikat. Shahnaz, yang juga adik kepada penyanti Jazz, Datuk Sheila Majid memberi keterangan di mahkamah hari ini bagi menuntut RM300 juta harta sepencarian dan RM100 juta mutaah bagi tujuan penceraian. Shahnaz, 50, turut menuntut 50% daripada semua aset yang dimiliki bekas suaminya.Proses penceraian itu menggambarkan kemewahan keluarga Ketua Menteri Sarawak. Menerusi tuntutan yang difailkannya, Shahnaz turut menyenaraikan tujuh kereta mewah, ribuan hektar tanah di Sarawak dan saham dalam 15 syarikat yang dinyatakan sebagai hasil sepencarian. Dalam perbicaraan hari ini, Shahnaz berkata, jumlah keseluruhan aset itu termasuk empat ladang kelapa sawit, rumah banglo dengan kolam renang di Bukit Tunku dan warisan daripada arwah ibunya, Puan Sri Laila Taib. "Secara ringkas, aset itu bernilai antara RM916,073,565 hingga RM1,334,925,389," katanya ketika menjawab soalan peguamnya, Dr Rafie Mohd Shafie. Shahnaz dan Mahmud Abu Bekir berkahwin pada 9 Januari 1992 dan mempunyai seorang anak lelaki Raden Myura Abdul Taib Mahmud, 20. Mereka mendirikan rumah tangga selama 19 tahun sebelum Mahmud Abu Bekir memfailkan penceraian pada 11 Mei 2011.Perbicaraan di hadapan Hakim Muhamad Karim Abdul Wahab itu ditangguhkan pada 6 November. ~tmi |
Perwakilan Umno Gelar Hishamuddin Hussein Lembik? Posted: 10 Oct 2013 09:37 PM PDT Nama Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) tidak gah berbanding calon lain bagi jawatan naib presiden Umno walaupun datuknya adalah pengasas kepada parti Melayu itu dan bapanya merupakan bekas presiden merangkap perdana menteri Malaysia. Dua penyandang lain naib presiden Umno iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal dilihat lebih selesa dalam mendapat sokongan di peringkat akar umbi, berbeza dengan Menteri Pertahanan itu yang masih bergelut untuk meraih sokongan perwakilan apabila digelar "lembik." Muka baru Datuk Mukhriz Mahathir yang juga merupakan anak bekas presiden dan perdana menteri dianggap sebagai pencabar utama kepada Hishammuddin dalam pemilihan kali ini. Menyedari kedudukannya yang lemah walaupun disokong oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan sepupunya, Hishamuddin mengambil pendekatan "memujuk" perwakilan dalam kempennya serta menjelaskan sikap kurang tegasnya bukan bermakna beliau "lembik"." Datuk Seri Hishammuddin bukan lembik seperti yang didakwa sesetengah pihak, beliau (Hishammuddin) sudah menjelaskan kepada perwakilan tentang beberapa keputusan yang diambilnya semasa menjadi Menteri Dalam Negeri. "Tiada tindakan bukan bermakna beliau lembik, tetapi itu adalah pengorbanannya kepada parti," kata salah seorang perwakilan yang enggan namanya didedahkan semasa ditemui pada majlis hi-tea perwakilan Umno Selangor bersama Hishammuddin semalam di Hotel Marriot, Putrajaya. Hishammuddin pernah mencetuskan kontroversi semasa Perhimpunan Umno 2006 apabila beliau yang pada ketika itu ketua Pemuda mencium keris di hadapan penyokong parti itu sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak kerana dilihat angkuh, serta mencetuskan kritikan daripada pembangkang. Hishammuddin memohon maaf di atas tindakannya itu sejurus selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) memperoleh keputusan buruk dalam "Tsunami Politik" pada 2008 yang menyaksikan gabungan pemerintah itu hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Berbeza pemilihan kali ini, kempen Hishammuddin tidak kontroversi seperti rakannya Ahmad Zahid yang dilihat lebih agresif khususnya dalam isu melibatkan jenayah. Menteri Dalam Negeri itu mengeluarkan kenyataan panas "tembak dahulu kemudian siasat" dalam satu perhimpunan di Melaka baru-baru ini sehingga menyebabkan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya. Seorang lagi perwakilan dari Shah Alam yang ditemui di Hotel Marriot, Putrajaya semalam berkata Hishammuddin seorang ahli politik yang berpengalaman dan mengambil pendekatan matang menjelang pemilihan kali ini bagi mengelakkan imej Umno tercemar. "Hishammuddin bukan lembik, langkah yang diambilnya adalah tepat terutama semasa menangani isu demonstrasti haram oleh pembangkang."Beliau jelaskan kepada kami sekiranya tindakan keras dan tegas diambil, ia pasti memberi persepsi buruk kepada kerajaan. Malahan ketika itu pilihan raya umum semakin hampir," kata seorang lagi perwakilan yang tidak mahu dikenali it sebaik sahaja berakhir program dijalankan secara tertutup semalam.Perwakilan itu juga mengakui populariti Ahmad Zahid lebih tinggi berbanding Hishammuddin, tetapi pendekatan dan ketegasan yang diambil oleh Menteri Dalam Negeri itu bukan keputusan secara sendiri tetapi juga adalah hasil daripada kerjasama ketiga-tiga penyandang naib presiden Umno tersebut. "HIshammuddin sudah beritahu, keputusan Menteri Dalam Negeri bukan dibuat secara sendiri tapi perbincangan dilakukan secara bersama-sama."Malah, Hishammuddin juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dan pengalamannya dikongsi bersama dengan Ahmad Zahid," katanya. Dalam pemilihan Umno pada 2009, Hishammuddin memperoleh undi kedua paling tinggi sebanyak 1,515 manakala Ahmad Zahid mendapat undi paling tinggi sebanya 1,592 diikuti Shafie 1,445.The Malaysian Insider difahamkan Ahmad Zahid sudah menerima sokongan lebih daripada 130 bahagian Umno hasil daripada lawatannya ke seluruh negara dalam usaha untuk berkempen. Ketegasan Menteri Dalam Negeri itu dalam menguruskan isu semasa seperti peningkatan kes jenayah termasuk kejayaannya meluluskan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) meskipun menerima tentangan pembangkang ternyata menjadi kelebihan kepadanya. Jika sentimen di peringkat akar umbi diambil kira, Hishammuddin hanya berjaya menerima 80 sokongan daripada daripada kampung halamannya di Johor dan kampung halaman isterinya di Pahang. Ahli Umno dipercayai tidak begitu gembira dengan prestasi Hishammuddin semasa menjadi Menteri Dalam Negeri di antara 2009 hingga tahun ini kerana dianggap tidak efektif terutamanya dalam menagani insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebelum pilihan raya umum ke-13 lalu. Hishammuddin adalah anak kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan anak saudara Perdana Menteri Malaysia kedua,Tun Abdul Razak Hussein.Datuknya, Datuk Onn Jaafar merupakan pengasas Umno yang ditubuhkan pada 1946 itu. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan