Rabu, 9 Oktober 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Rasuah dan Umno tidak dapat dipisahkan - Umpama Kentut dengan Taik

Posted: 09 Oct 2013 01:24 PM PDT


Sewaktu sesi pengenalan calon Umno di Melaka di sini, beberapa pemimpin Umno telah menolak cadangan bekas Timbalan Presiden parti Tun Musa Hitam agar diadakan perbahasan bagi calon naib presiden dengan alasan masing-masing.

 Saya merasakan, cadangan Musa Hitam tersebut adalah baik bagi mengelakan berlakunya 'Politik Wang atau rasuah wang berleluasa.

 Tiga penyandang Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dicabar oleh Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. 

 Mungkin kerana Musa melihat senarai nama calon kali ini melibatkan beberapa tokoh yang terkenal sebagai 'Bapak' Politik wang dan pernah dihukum kerana amalan tersebut, maka atas kesedaran politik sebenar dan mahukan agar mereka yang terlibat berjuang secara ikhlas, jujur, tegas dan bersih, lalu beliau mencadangakan diadakan perbahasan terbuka bagi mengelakan politik wang.

 Namun bak kata pepatah, anjing yang biasa makan tahi, kalau dah tobat tak memakannya, menghidunya tetap pastinya! Sayang sekali, cadangan Musa itu ditolak dengan seribu satu alasan.

 Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah dikenakan larangan bertanding jawatan timbalan presiden parti pada 2009 kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya. 

 Bekas MB Negeri Sembilan, Isa Samad pula pernah dihukum gantung keahlian Umnonya kerana terlibat di dalam jenayah rasuah semasa perebutan jawatan Naib Presiden di dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno pusat pada tahun 2004 dahulu. 

Saya sebutkan dua orang ini bukan bermakna yang lain-lain itu bersih suci seolah-olah bagai Tok Wali atau dewa! Cumanya mereka ini belum lagi dikenakan tuduhan dan hukuman sahaja. 

 Sebab itu Isa Samad dan Mohd Ali Rustam tidak berpuas hati ketika  mereka dikenakan hukuman kerana mereka tahu kawan-kawan mereka tu semua adalah sama macam mereka berdua dalam amalan politik wang.

 Semua orang tahu, ketika menjelangnya pemilihan, calon-calon begitu bermurah hati dengan menaja pakej lawatan melancong ke tempat-tempat menarik seperti ke Medan, Bangkok, Jakarta atau mengerjakan haji atau umrah dan beberapa hadiah cenderamata tertentu. 

 Ketika perwakilan menginap di hotel-hotel 5 bintang, ejen-ejen calon 'menggunakan wang' menaja makan dan minum.Mungkin juga 'China Doll' 

 Pujukan atau rayuan takkan setakad air lior basi sahaja….kenalah huluk! Wang digunakan untuk membeli kuasa politik, dan kuasa politi digunakan untuk mendapat wang ...

 Inilah budaya Umno. Politik wang atau rasuah wang berleluasa akibat tamak dan gilakan kuasa. (Politik Wang sebenarnya adalah RASUAH yang diberikan nama baru oleh UMNO)

 Bahawa UMNO dan RASUAH adalah seperti mana yang Allahyarham Ust Fadhil Noor pernah mengatakan - Umpama Kentut dengan Taik- tidak boleh berpisah selama-lamanya.

Tiada ulasan: