ALHUSSEYN |
Antara 'Si Kepala Besar' dan 'Si Besar Kepala' Posted: 04 Oct 2013 05:17 AM PDT Orang 'Kepala Besar' bukan bererti otaknya juga besar dan pemikirannya bagus sangat. Biasanya adalah disebabkan oleh sejenis penyakit cecair dalam kepala (hidrosefalus) dan menyebabkan kepala menjadi besar seperti di sini Tapi ada satu lagi se sejenis penyakit 'Besar Kepala' yang yang lebih payah untuk difahami dan diubati.......Aku sekadar mahu mengajak kalian berkongsi kisah siKepala Besar berikut : Penarik Beca commented on The Malaysian Insider. Berikut ialah email anak saudara salah seorang pemimpin PAS. Setahu saya, dia bukanlah peminat Mat Sabu. Tetapi, dia merujuk kepada artikel TMI hari ni "Timbalan presiden: Mat Sabu jangan kecil hati, kata ulama PAS". Email dia saya tak edit sikit habuk pun: Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq, Artikel yang di kepilkan dirujuk. 1. Ini adalah ciri-ciri kemunculan golongan elit dalam PAS.Mula-mula jawatan Presiden dan Timbalan Presiden mesti golongan ulama,tidak lama lagi jawatan Ketua dan Timbalan ketua Kawasan dan Cawangan pun mestilah ustaz...Saya teringat perkara yang sama pernah berlaku dalam UMNO ,hanya yang bezanya golongan bangsawan yang menguasai UMNO.Jadi kalau macam ini pemikiran golongan ulama dalam PAS,bermakna tidak lama lagi mereka akan jadi golongan bangsawan PAS........ 2. Sebenarnya pemilihan Presiden,Timbalan Presiden atau pimpinan peringkat mana sekali pun bukan berkisar samada individu itu ulama,profesional atau aktivis. Pilihlah yang 'the best to lead'. 3.Kalau 'so call' ulama yang ada PHD berfikir macam ini, yakni jawatan dan kepimpinan parti berasaskan 'qualification' ,berasakan bidang pengajian,berasaskan status,bermakna ulama dalam PAS tidak 'cukup' untuk dipanggil atau ditauliahkan ulama.Setakat lebai kampung bolehlah. 4.Di Jerman ada parti politik Christian Democratic Union (CDU) yang telah memerintah Jerman daripada tahun 2005 lagi.Ketuanya Angela Merkel diiktiraf sebagai salah satu pemimpin hebat negara Jerman selepas Perang Dunia ke2. Dia bukan paderi atau nun.Dia adalah 'physical chemist' atau 'research scientist' daripada Jerman Timur. CDU tidak ada 'Dewan Ulamak' dan tidak ada pun 'requirement' Presiden dan Timbalan Presiden CDU mesti paderi atau nun. Kriteria untuk menjadi Presiden CDU 'is base on merits.The best will be chosen to lead'. Sebab itulah semenjak 2005 CDU yang memerintah German (4th largest economy in the world). 5.Presiden,Timbalan Presiden ,Naib Presiden dan semua sayap kepimpinan dalam PAS mestilah berasaskan diatas 'merits'.'Let the best lead'.'The best' mungkin ulama,mungkin profesional,mungkin aktivis,mungkin buruh,mungkin petani dan lain-lain.'It doesn't matter,as long as the best is the one leading us'.Jangan lupa, PAS kalah diKedah pada tahun 2013 dan kalah diTerengganu pada 2004 semasa dipimpin oleh ulama...... Cuba bandingkan Ketua Pemuda PAS dengan Rafizi PKR.Yang mana kita rasa layak jadi Menteri atau Perdana Menteri (suatu hari nanti) ? Semua tahu jawapannya.Meritokrasi - inilah jawapan kepada keperluan PAS. 6.Kepada Ulama yang ada PHD ni, my suggestion '" please go and study Management 101.Then you understand..." Terima kasih. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan