Rabu, 23 Oktober 2013

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Bajet 2014 : Desakan Aktivis Kelantan (AK03)

Posted: 23 Oct 2013 12:11 AM PDT




Rabu 23/10/13. Kota Bharu.

Aktivis Kelantan (AK03) hari ini mencatat satu resolusi desakan terhadap Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan Perdana Menteri Jumaat ini.

Resolusi 5 perkara itu dicatatkan di Bulatan Jam Besar Kota Bharu. Ketua Mahasiswa Islam AK03, saudara Nik Aziz Kias, 20, berkata, terdapat 4 pecahan yang dicatatkan di bawah perkara pendidikan tinggi.

"Kami mendesak Bajet 2014 memastikan tiada caj tambahan kepada peminjam PTPTN, kawalan kerajaan terhadap yuran, mengkaji kriteria kemasukan IPTA dan mengkaji sistem pemilihan jawatan awam."

Penyelaras Mahasiswa AK03, saudara Wan Muhiddin Asyarafi, 22, berkata desakan ini mengutamakan projek untuk Kelantan yang tidak dilaksanakan dalam beberapa Rancangan Malaysia sebelum ini.

"Kami mendesak Bajet 2014 melaksanakan janji dalam Rancangan Malaysia sebelum ini, bayar royalti petroliam mengikut perjanjian, melaksanakan penguatkuasaan terhadap jenayah berdasarkan laporan audit negara dan mengiktiraf kehendak sukan negeri Kelantan melalui penyediaan infrastruktur sukan."

Berikut adalah isi penuh resolusi :

1. Melaksanakan semua projek untuk Kelantan yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia terdahulu.

2. Membayar royalti petroliam mengikut perjanjian yang telah ditandatangani pada 1975.

3. Melaksanakan penguatkuasaan terhadap jenayah berdasarkan laporan audit negara.

4. Melakukan transformasi pendidikan tinggi negara :

4.1 Memastikan peminjam PTPTN, membayar jumlah pinjaman tanpa caj-caj tambahan.

4.2 Kawalan kerajaan terhadap yuran IPTS berdasarkan kualiti yang ditawarkan.

4.3 Mengkaji semula kriteria kemasukan IPTA bagi mengurangkan jurang antara pelajar keluarga miskin dengan pelajar keluarga kaya, untuk semua kaum.

4.4 Mengkaji semula kriteria pemilihan jawatan awam bagi mengurangkan jurang antara graduan IPTA dengan graduan IPTS.

5. Menyediakan dan menaiktaraf infrastruktur sukan negeri Kelantan supaya setanding dengan negeri-negeri lain

Dalam bacaan resolusi itu, 2 ekor burung merpati dilepaskan oleh YB Kijang, Hajah Wan Ubaidah Omar, Penyelaras AK03, AdukaTaruna,Presiden R, Nazri Deraman dan Penyelaras SAMM, Cikgu Bard.

Turut menerima resolusi itu ialah YB Bachok, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary dan YB Kubang Kerian Ustaz Ahmad Baihaki Atikullah bagi membawa suara itu ke parlimen.

Tiada ulasan: