Addin |
- Pegawai Bank Ditembak Mati Di Kepala Oleh Pengawal Keselamatan Bank Sendiri (Gambar Suspek Di Sertakan)
- Polis Dan DBKL Kasari Penduduk, Mahu Roboh Rumah
- Gambar Mangsa, Tempat Kejadian Banjir Lumpur Di Cameron Highlands
- Gambar Noh Omar Tertidur Dalam Dewan Rakyat Tersebar
- Azmin Ali Sempat Sindir Muhriz Mahathir Di Penamaan Calon PRK Sg. Limau
- Gambar Paling Lawak Dari BN Di Penamaan Calon PRK Sg. Limau.. Saksikanlah
- Puncanya Ketua Polis Negara Tersentap..
- LIVE!! Penamaan Calon PRK Sg. Limau
- Berita Harian Buat Onar..
- Bongkar!! FELDA Beli Hartanah Di London Melebihi Harga Pasaran
Posted: 23 Oct 2013 04:00 PM PDT Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral petang ini.
Menurut Utusan Malaysia, suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat dipastikan jumlahnya. Polis masih menyiasat kejadian itu. ~tmi | ||
Polis Dan DBKL Kasari Penduduk, Mahu Roboh Rumah Posted: 23 Oct 2013 08:23 AM PDT Penduduk Kampung Chubadak Tambahan di Sentul dikasari ketika bergelut dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis bagi membantah perobohan rumah yang diduduki mereka lebih 60 tahun lalu. Serangan yang berlaku kira-kira 2.30 petang tadi dipercayai akibat bantahan ke atas operasi perobohan kampung tradisi Melayu itu walaupun mahkamah belum selesai memutuskan status kependudukan dan beberapa penyelesaian yang dibangkitkan penduduk. Setiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua – Rozan Azen Mat Rasip berkata, situasi bertukar kelam kabut apabila penguatkuasa DBKL dan polis menyerbu kawasan berkenaan kira-kira 9.30 pagi tadi tanpa sebarang notis. Dianggarkan hampir 80 anggota polis dan penguatkuasa DBKL terlibat dalam operasi itu serta tiga jentolak digunakan bagi merobohkan dua rumah penduduk. Bagaimanapun, sebuah lagi rumah gagal dirobohkan setelah penghuni bersama lain-lain penduduk berhimpun di dalam rumah tersebut bagi mengelakkan perobohan yang diarahkan oleh Pejabat Tanah dan Galian. "Penghuni rumah yang gagal dirobohkan mendakwa dikasari polis dan DBKL setelah berlaku pergelutan antara mereka. Apapun kita berjaya menghalang tindakan zalim pihak berkuasa terbabit," kata Rozan yang meninjau kawasan perobohan itu kepada Keadilan Daily. DBKL sebelum ini merobohkan beberapa rumah penduduk Kampung Puah Seberang iaitu kawasan kejiranan Kampung Chubadak pada 8 Oktober lalu bagi menjayakan Projek Rivers of Live (ROL) bernilai RM4 bilion. "Kami masih tak mahu undur, pertahankan hak. DBKL masih belum tunjuk dokumen, kami mahu tuntut dokumen mahkamah!" tegas salah seorang penduduk. ~kd | ||
Gambar Mangsa, Tempat Kejadian Banjir Lumpur Di Cameron Highlands Posted: 23 Oct 2013 07:59 AM PDT Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini. Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun. "Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuantan hari ini. Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam. Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu. "Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya. Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet. "Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya. Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu. "Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi itu," katanya. | ||
Gambar Noh Omar Tertidur Dalam Dewan Rakyat Tersebar Posted: 23 Oct 2013 05:00 AM PDT Selepas membahasa rang undang2 pindaan Nor Omar tertidur tanpa mendengar perbahasan atau ucapan oleh ahli parlimen lain khasnya dari pembangkang. Keadaan ini selalu terjadi kepada wakil rakyat, selepas jaga mereka akan melalak tanpa hujung pangkal kerana butiran bicara asal tidak didengar sebab ter..tidur. | ||
Azmin Ali Sempat Sindir Muhriz Mahathir Di Penamaan Calon PRK Sg. Limau Posted: 23 Oct 2013 03:40 AM PDT Dalam keriuhan penamaan calon PRK Dun Sg. Limau, pemimpin PKR Azmin Ali sempat bertemu Muhriz Mahathir. Dalam pertemuan tersebut Azmin Ali sempat menyindir Muhriz Mahathir berkenaan pemilihan agung Umno yang menyaksikan Mukhriz Mahathir kalah tipis dengan penyandang Hishamuddin Hussein. Ikuti petikan artikel dari Malaysiakini berkenaan sindiran tersebut..
Sindiran tajam kepada pemimpin Umno.. mungkin Mukhriz balik nanti tak tidur malam mengenangkan sindiran Azmin.. | ||
Gambar Paling Lawak Dari BN Di Penamaan Calon PRK Sg. Limau.. Saksikanlah Posted: 22 Oct 2013 11:59 PM PDT Addin tak nampak jika BN menang rakyat senang.. inilah yang berlaku sebentar tadi di penamaan calon di PRK DUN Sg. Limau. Yang pasti rakyat makin susasah jika BN terus menang.. Selepas memenangi PRU13, kos sara hidup terus meningkat dan yang terbaru kenaikan minyak 20 sen.. Slogan ini laku jika orang buta mata dan buta hati sahaja.. Petikan dari blog sahabat..
| ||
Puncanya Ketua Polis Negara Tersentap.. Posted: 22 Oct 2013 07:13 PM PDT Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyuarakan pandangan mereka terhadap isu jemputan KPN kepada saya untuk sertai satu operasi "shoot-out" bersama PDRM. Ramai juga yang telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan saya jika saya menyertai operasi sebegitu. Jemputan KPN yang dibuat kepada saya Jumaat lalu adalah disebabkan kritikan keras saya terhadap kenyataan Menteri Dalam Negeri yang telah menyebut tentang dasar "tembak dahulu" pihak PDRM, dan pembelaan kenyataan tersebut oleh pimpinan tertinggi polis. Telah begitu lama pihak kerajaan dan juga pimpinan polis mengatakan mereka yang mengkritik tindak-tanduk PDRM tidak menghargai jasa dan pengorbanan serta cabaran yang dilalui anggota polis yang berhadapan dengan penjenayah bersenjata. Umum tahu dan sedar bahawa respon ini tidak masuk akal. Kami tidak pernah berkata pihak polis tidak berhadapan dengan ancaman atau bahaya dalam menjalankan tugas mereka; namun kami tidak akan meminta maaf kerana mengkritik tindakan mana-mana anggota polis sekali pun yang melanggar undang-undang terutamanya dalam cara mereka mengendali suspek polis. Dalam memberi respon kepada kritikan saya, KPN telah mencabar saya untuk menyaksikan sendiri operasi polis. Ia respon tersentak atau "knee-jerk" kepada satu kritikan yang munasabah, tetapi saya telah menerima tawaran beliau dengan hati terbuka. Namun jemputan KPN ini tidak menjawab kritikan saya terhadap dasar "tembak dahulu" Menteri Dalam Negeri dan peningkatan jumlah kes suspek yang mati ditembak dalam operasi polis. Umum masih menanti jawapan dan penjelasan yang munasabah tentang hal ini dari KPN dan pihak kerajaan. Tidak mengira penyertaan saya dalam operasi ini atau apa pun yang akan berlaku nanti, Kementerian Dalam Negeri dan pimpinan PDRM mesti menghentikan kejadian tembakan suspek polis yang keterlaluan dan salah di sisi undang-undang. Keselamatan semua rakyat Malaysia perlu diutamakan, dan hak untuk hidup seperti termaktub di dalam Perlembagaan tidak boleh dikompromi. Dikeluarkan oleh, N SURENDRAN NAIB PRESIDEN, KEADILAN AHLI PARLIMEN PADANG SERAI | ||
LIVE!! Penamaan Calon PRK Sg. Limau Posted: 22 Oct 2013 06:38 PM PDT Penamaan calon bagi pilihan raya N20 Sungai Limau akan berlangsung di Dewan Datuk Madi Yan, Kedah pagi ini. Pencalonan akan bermula jam 9 pagi dan penyokong BN serta Pakatan Rakyat dijangka mula berkumpul di pusat penamaan calon seawal jam 8 pagi. Personaliti-personaliti penting dari Pakatan Rakyat dan BN dijangka turun mengiringi calon masing-masing untuk menyerahkan borang. Jika semuanya berjalan seperti dirancang, pekan Sungai Limau yang tenang ini akan menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52 tahun menentang calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat, 37 tahun. Di atas kertas, Sohaimi dilihat mempunyai profil yang lebih menonjol sebagai bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Azam pula seorang penolong kanan ko-kurikulum di sebuah sekolah agama di Kedah. Kempen akan berlangsung selama 12 hari dan hari mengundi jatuh pada 4 November. Kerusi Sungai Limau yang terletak dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian anggota dewan undangan negeri merangkap bekas menteri besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September. Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Azizan menewaskan Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan majoriti 2,774 undi. Azizan menang dengan 13,294 undi berbanding 10,520 yang dimenangi BN - dan calon-calon bebas memperolehi 100 dan 84 undi. Bagaimana pun, Kedah jatuh ke tangan BN selepas pilihan raya Mei lalu. LAPORAN LANGSUNG 08:00 Trafik ke pusat penamaan calon di Dewan Datuk Madi, Yan bergerak lancar dengan kawalan polis. Beberapa gerai jualan air dan makanan ringan didirikan di kiri dan kanan jalan beberapa puluh meter dari pusat penamaan menjadikan suasana seperti pasar pagi hujung minggu. 08:30 Pemimpin tertinggi Pakatan, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN itu Datuk Mahfuz Omar, kelihatan bersama Azam. Ratusan penyokong PAS yang menyertai calon mereka bersama pemimpin tertinggi Pakatan diminta bergerak ke Pantai Murni daripada pusat penamaan calon. Mereka diminta berbuat demikian kerana berkumpul dalam jarak yang tidak dibenarkan. Rombongan BN dijangka tiba tidak lama lagi. Penyokong parti Islam itu kelihatan tidak gembira kerana sedang teruja mahu menyaksikan acara hari ini dari dekat. 08:36 Penyokong PAS mula berarak melalui penamaan calon sambil bertakbir berulang kali. 08:45 Lautan penyokong PAS makin rancak berselawat dan melaungkan slogan anti-BN. Manakala penyokong BN pula, kira-kira 500 orang - yang lebih kecil daripada kumpulan PAS - menyanyikan lagu parti dan melaungkan slogan "Hidup BN". Heavyweight Umno termasuk Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin kelihatan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai kumpulan itu. 09:00 Tepat jam 9 calon BN masuk ke dewan menyerahkan borang pencalonan. Ketika calon menghantar borang penamaan, penyokong kedua-dua menunggu di luar dengan penuh semangat. "Jantung kami berdebar, tak sabar hendak menang," kata Umi Haida Mahmood, 50-an, yang datang dari Pendang seawal jam 7 pagi. Manakala seorang pemuda Fitri Badaruddin, 22, dari Bukit Chira pula kelihatan membawa poster berkaitan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20sen. "Terima kasih kepada BN!" laungnya kepada orang ramai. Polis selepas itu memasang kawat berduri di hadapan penyokong BN. 09:15 Di luar pusat penamaan calon, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir memberitahu pemberita, BN yakin merampas kerusi Sungai Limau. Beliau berharap angin perubahan akan bertiup kencang di kalangan pengundi kawasan itu. ~mk | ||
Posted: 22 Oct 2013 05:58 PM PDT Kritikan terbuka Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar) ke atas pentadbiran kerajaan negeri Kelantan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi dan ia tidak seharusnya diperbesarkan dan digambarkan secara negatif, kata pengkaji politik Dr Kamarul Zaman Yusoff. Kamarul membidas laporan Berita Harian yang mengatakan kononnya Husam diminta memberi penjelasan kepada pucuk pimpinan PAS ekoran kenyataannnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dalam satu perjumpaan hari ini. "Bagi saya, ia tindakan penakut tidak amanah dan tidak beretika apabila seorang sumber dalaman PAS yang cuba menyerang dengan secara terbuka ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Kamarul yang mempunyai Ijazah Sarjana melalui tesis "PAS di bawah Kepimpinan Ulama" berkata, perbuatan sumber mendedahkan perjumpaan yang berlaku hari ini kepada media juga disifatkan pendedahan berat sebelah yang tidak adil. "Dalam laporan tersebut sumber cuba mengkritik Husam dengan berkata Husam sebagai bekas Exco kanan negeri sepatutnya lebih memahami dan mengikut prosedur teguran ketika dalam Sidang Dewan Rakyat (DUN). "Namun adakah sumber itu sendiri mengikut prosedur yang betul mendedahkan perjumpaan tanpa kebenaran pemimpin parti kepada media?" soalnya. Pengkaji politik itu berkata lagi, laporan tersebut cuba memberi gambaran buruk dan memusnahkan kerjaya politik Husam seolah-olah pemimpin itu melakukan kesalahan dan bakal dihukum kerana kritikan terbuka. "Pada pendapat saya Husam cuba membawa pembaharuan bersuara dengan lantangnya demi kebaikan, itu perkara biasa dan ia mencerminkan ketelusan pentadbiran. "Mungkin kerana budaya kita yang tidak biasa begitu, bila kita cuba mengkritik meluahkan kebimbanga mereka akan anggap kita menentang tapi saya pasti niat Husam ingin meningkatkan lagi kecemerlangan pentadbiran kerajaan negeri namun ia telah disalah anggap," katanya. Malah kata Kamarul sumber juga tidak amanah kerana dengan beraninya mendedahkan kandungan perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 10 Oktober lalu biarpun tidak diberikan mandat untuk berbuat perkara demikian. Hari ini dalam laporan akhbar Berita Harian bertajuk "PAS minta penjelasan Husam: Kritikan terbuka Adun Salor terhadap Kerajaan Kelantan cetus kontroversi" memetik sumber yang berkata Husam telah diminta untuk membuat penjelasan dalam perjumpaan khas hari ini di Kota Bahru di mana ia akan diketuai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Nada suaranya (Husam) seolah-olah beliau menjadi ketua pembangkang, parti tidak kisah berdepan teguran ahli sendiri, tetapi sekurang-kurangnya buatlah dengan cara lebih berhemah," katanya. Sumber berkata lagi, serangan secara terbuka bekas Exco kanan kerajaan negeri itu merupakan kecaman pertama oleh pemimpin sendiri sejak PAS memerintah negeri itu selama 32 tahun. Pada 8 dan 9 Oktober Husam dikatakan mengkritik kerajaan negeri secara lantang ketika membahaskan belanjawan negeri 2014 dan mencelah penggulunggan pada sidang DUN. Beliau menyentuh beberapa isu membabitkan kepincangan pengurusan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), kelulusan 1,400 hektar tanah di Hutan SImpan Kekal Ulu Sat di Machang, projek pembinaan lebuh raya rakyat, pelaksanaan hukum syariah dan pelantikan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) negeri. Kamarul pernah menulis tesis bertajuk "PAS Dalam Era Kepimpinan Ulama, 1982-2004" manakala untuk tesis master beliau bertajuk "PAS Dalam Era Mohd Asri Muda, 1965-1982". ~tmi | ||
Bongkar!! FELDA Beli Hartanah Di London Melebihi Harga Pasaran Posted: 22 Oct 2013 05:07 PM PDT Agak pelik apabila sebuah syarikat membeli hartanah melebihi harga pasaran. Tidakkah sebelum sesuatu pembelian, pihak syarikat akan membuat kajian. Tambahan pula, syarikat GLC tersebut menggunakan dana awam. Dari awal lagi, pembelian tersebut telah meragukan. Syarikat perladangan membeli hartanah bernilai jutaan ringgit di London. Terbukti akhirnya apabila pendedahan ini di lakukan oleh broker sendiri.. apa tindakan pihak berkuasa? Adakah seperti biasa.. hanya melihat penyelewengan ini berulang..
|
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan