Isnin, 28 Oktober 2013

Addin

Addin


Rahsia Pembunuh Pegawai Bank Akhirnya Terbongkar

Posted: 28 Oct 2013 09:21 AM PDT


Dari semakan facebook isteri dia, memang comfirm pembunuh ni seorang pengawal keselamatan, berposing sakan dia siap tunjuk pump gun lagi.

Rupa-rupanya, setan ni ada juga anak bini. Tapi dia pergi bunuh bini orang. Cuba bayangkan kalau bini dia mati kena tembak. Tak ke anak-anak dia kehilangan seorang ibu?






Apa pun yang pasti IC memang PALSU kalau ikut statement rasmi dari PDRM dan JPN. Persoalannya pasal apa dia masih gagal dikesan sampai sekarang?


Kalau mengikut posting facebook dia, dia ada cerita pasal nak balik kampung. FB bini dia pun sama. Kemaruk nak balik kampung. Agaknya dah sampai ke kampung ke apa? ~nescafeais





Iklan C (ii)


Pakar Ekonomi Bank Dunia Ramal Malaysia Naikkan Harga Minyak Tahun Depan

Posted: 28 Oct 2013 06:24 AM PDT

Pakar ekonomi Bank Dunia ramal subsidi minyak akan dipotong tahun depan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 Oktober, 2013.

Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander meramalkan kerajaan akan memotong subsidi minyak kali kedua tahun depan bagi menangani defisit fiskal yang dihadapi selama 15 tahun berturut-turut.

September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, sekaligus menimbulkan kemarahan dan kritikan daripada orang ramai dan juga pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

"Kelihatannya mungkin ada satu lagi pusingan (rasionalisasi subsidi minyak)," kata Frederico semasa ditemui sebaik berakhir Dialog Pasca Bajet 2014 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di Bukit Kiara hari ini.

Frederico yang bertugas di Jabatan Asia Timur dan Pasifik, Membasmi Kemiskinan dan Pengurusan Ekonomi, berkata berdasarkan pembentangan Bajet baru-baru ini adalah isyarat jelas Putrajaya akan mengambil langkah rasionalisasi tersebut pada tahun depan.

Subsidi minyak merupakan jumlah terbesar yang dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun, dianggarkan berjumlah RM24.8 bilion atau 53% daripada keseluruhan RM47 bilion wang yang dibelanjakan untuk subsidi sahaja.

"Jika dilihat pada peruntukan, untuk peruntukan minyak dijangka akan menurun secara signifikan tahun depan.

"Di mana saya berpendapat ia adalah isyarat kemungkinan akan berlaku rasionalisasi subsidi minyak bagi memastikan sasaran dapat dicapai," kata beliau yang merujuk kepada sasaran kerajaan mengurangkan defisit fiskal pada paras 3% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020. 




Iklan C (ii)


Mahathir Umpama Singa Cedera.. Ini Sebabnya

Posted: 28 Oct 2013 04:34 AM PDT

PAS yakin Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat perkara yang lebih besar lagi selepas menyerang secara terbuka kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar), berkata Dr Mahathir umpama singa yang cedera selepas kekalahan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Umno lalu.

"Saya jangka serangan Dr Mahathir terhadap Najib akan lebih teruk lagi berbanding serangannya ke atas Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dr Mahathir hari ini menyifatkan pentadbiran Najib lemah disebabkan melayan kehendak ekstremis pembangkang serta semakin kurang mendapat sokongan.

Bekas Perdana Menteri itu belum pernah mengkritik pentadbiran Najib sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada April 2009 malah pernah memuji pemerintahan Najib lebih baik berbanding Abdullah.

"Keadaan politik sekarang tidak stabil kerana wujud persepsi kerajaan lemah dan orang yang tidak betul memimpin negara.

"Kita mempunyai kerajaan yang lemah kerana kurang sokongan rakyat selain memenuhi keperluan ekstremis dalam puak pembangkang.

"Apa yang paling teruk adalah mereka membuat tuntutan melampau untuk meninggalkan kerajaan apabila permintaan tidak dipenuhi. Jika anda fikir mereka akan mengucapkan terima kasih dan memberi sokongan. Ia satu kesilapan," kata Dr Mahathir ketika berucap di Putrajaya dalam ucapannya bertajuk "Trend Politik Semasa serta Kesan kepada Hala tuju Ekonomi dan Sosial Malaysia."

Dalam pemilihan Umno baru-baru ini, Mukhriz gagal untuk merebut salah satu kerusi Naib Presiden Umno apabila mendapat tempat keempat selepas Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Ia menjadi luka yang besar kepada Dr Mahathir dan bakal menjadi dendam kepada Najib kerana perdana menteri itu disifatkan sebagai pihak yang berusaha memastikan penyandang jawatan naib presiden Umno itu kekal.

Kekalahan Mukhriz kali ini mengulangi kekalahannya ketika merebut jawatan Ketua Pemuda Umno di tangan Khairy Jamaludin Abu Bakar.

"Saya rasa Najib akan lebih teruk dilanyak Mahathir berbanding ketika beliau melanyak Pak Lah kerana dia dikatakan menyalahkan Najib atas kesalahan anaknya itu," kata Salahudin yang bakal mempertahankan jawatan naib presiden PAS dalam pemilihan kali ini.

Ketika Abdullah menjadi perdana menteri sebelum ini, Dr Mahathir menyerangnya sehingga menyebabkan penggantinya itu meletakkan jawatan selepas gagal mempertahankan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke -12 (PRU12) lalu.

Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009 selepas Abdullah mengosongkan jawatan itu.

Tetapi pencapaian Najib lebih teruk daripada Abdullah dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu apabila kerusi yang dimenangi pembangkang lebih banyak walaupun berjaya merampas kembali Kedah.

Kejayaan mendapat semula Kedah dianggap kejayaan peribadi Dr Mahathir dan anaknya dan bukan kejayaan Najib selaku perdana menteri.  ~tmi




Iklan C (ii)


Hari Malang Buat Rakyat Malaysia..

Posted: 28 Oct 2013 02:50 AM PDT

Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.

"Bagaimana Najib boleh minta rakyat berjimat cermat, sedangkan beliau setiap hari melakukan pemborosan, membazirkan elektrik RM8,500 setiap hari bagi bil elektrik.

"Saya rasa ia keterlaluan, tidak ada rasa untuk kurangkan perbelanjaan tersebut, mereka tidak menunjukkan contoh yang baik dengan perbelanjaan bil elektrik tersebut.

"Kalau di Amerika, 'White House' itu bukan sahaja kompleks kediaman rasmi Presiden Amerika, tetapi pejabat rasmi, tetapi di Malaysia, Kompleks Seri Perdana hanya kediaman rasmi tapi ada lagi pejabat perdana menteri ada pejabat lain, itu perbelanjaan lain," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Anthony sebelum itu meminta perdana menteri menyatakan butir-butir terperinci bil-bil elektrik dan air dan kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri secara bulanan untuk tahun 2012.

Tambahnya, kompleks kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri hanya digunakan beberapa jam untuk penganjuran majlis rasmi dan mesyuarat.

"Mengikut jawapan ini... berapa majlis yang dianjurkan setiap tahun?

"Setahu saya untuk Seri Perdana yang paling besar penganjuran majlis hanya sambutan rumah terbuka Aidilfitri, setahun hanya beberapa jam dibuka kepada orang ramai walaupun biasa dibuka tapi tak ada majlis besar seperti sambutan Aidilfitri.

"Ataupun perdana menteri terlalu senang berada di Seri Perdana untuk anjurkan majlis, kalau ada pun majlis itu adalah majlis tertutup atau dijemput, jadi bagaimana kerajaan boleh membelanjakan elektrik begitu besar sekali," jelasnya.

Anthony juga berkata, pengurangan perbelanjaan bil elektrik dan air dapat membantu mengurangkan perbelanjaan wang dan beban rakyat.

"Saya tak tahu kalau penggunaan elektrik itu dapat tingkatkan kekuatan seksual setiap lelaki, tapi saya tahu dapat kurangkan perbelanjaan elektrik ia dapat kurangkan bebanan rakyat dan baik untuk alam," katanya lagi. ~sh





Iklan C (ii)


Mahfuz Pulak Di Fitnah Di PRK Sg. Limau

Posted: 28 Oct 2013 01:20 AM PDT

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak buat mesej ini (fitnah) kepada mana-mana pihak," kata Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menafikan beliau bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pernah mendapat rawatan penyakit mental.

"Saya nak respons terhadap mesej itu yang saya anggap sebagai satu cubaan untuk memfitnah saya dengan dimuat turun seolah-olah SMS itu ataupun maklumat itu adalah daripada nombor saya.

"Saya menerima mesej ini selepas dihantar oleh kawan-kawan yang bertanyakan adakah benar saya telah pun menghantar mesej itu kepada semua orang kerana katanya, dia melihat dalam blog pun ada mesej sama yang turut memaparkan nombor telefon saya," katanya di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

SMS itu menyebut: "Calon BN Sungai Limau itu, Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya, tapi jadi cikgu sementara saja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik saja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tanjung Malim. Ramai orang tidak kenal beliau di Dun Sungai Limau. Fikirlah".

Mahfuz berkata, SMS itu mungkin dilakukan oleh golongan pengamal politik kotor yang cuba menjatuhkan karier politiknya.

"Isunya ialah dia cuba membuatkan saya menuduh Sohaimi pernah mendapat rawatan penyakit mental. Ini satu fitnah. Bagi saya ini satu perbuatan keji untuk menimbulkan provokasi bagi mencetus kebencian dan kemarahan rakyat serta menghilangkan suasana politik damai yang sedia wujud di Dun Sungai Limau.

"Saya percaya, selepas ini mungkin calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat juga bakal menerima fitnah-fitnah yang seperti ini untuk memburukkan imej Pas dan calon Pas itu sendiri. Saya tidak tahu siapa yang buat perkara ini," katanya.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, berharap, dengan penjelasan yang dibuatnya itu, ia dapat menjawab pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh masyarakat.

"Saya bukanlah seorang ahli politik yang bodoh untuk memburukkan imej saya dengan politik rendah moral," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Mahfuz berkata, beliau akan mendapatkan khidmat nasihat peguamnya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

"Cukup sekadar bersumpah. Saya tidak menghantar ataupun memanjangkan mesej seperti ini," katanya. ~sh




Iklan C (ii)


Mahathir Dakwa Pentadbiran Najib Lemah Serta Kurang Sokongan

Posted: 28 Oct 2013 12:56 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lemah disebabkan melayan kehendak ekstremis pembangkang serta semakin kurang mendapat sokongan.

Bekas Perdana Menteri itu belum pernah mengkritik pentadbiran Najib sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada April 2009 malah pernah memuji pemerintahan Najib lebih baik berbanding Abdullah.

"Keadaan politik sekarang tidak stabil kerana wujud persepsi kerajaan lemah dan orang yang tidak betul memimpin negara.

"Kita mempunyai kerajaan yang lemah kerana kurang sokongan rakyat selain memenuhi keperluan ekstremis dalam puak pembangkang.

"Apa yang paling teruk adalah mereka membuat tuntutan melampau untuk meninggalkan kerajaan apabila permintaan tidak dipenuhi. Jika anda fikir mereka akan mengucapkan terima kasih dan memberi sokongan. Ia satu kesilapan," katanya.

Dalam ucapannya bertajuk Trend Politik Semasa serta Kesan kepada Hala tuju Ekonomi dan Sosial Malaysia, Dr Mahathir berkata, golongan pertengahan lebih gemar menyampaikan apa yang terbuku di fikiran mereka dan pada masa sama kerajaan perlu meluangkan lebih masa kepada golongan majoriti yang tidak gemar bersuara.

Katanya, tiada keperluan bagi kerajaan melayan kehendak kumpulan pelampau.

Dr Mahathir berkata, kerajaan harus faham kehendak golongan pertengahan dan meyakinkan mereka untuk sama-sama mempromosikan kestabilan.

"Ini contoh jelas kesan politik kepada ekonomi kerana kerajaan dilihat lemah dan melayan kehendak pelampau yang mengakibatkan keadaan negara dalam bahaya.

"Saya berharap golongan pertengahan ini tidak dipersia-siakan. Mereka perlu berani membuat pilihan, bukan atas kehendak sendiri tetapi demi kebaikan negara, politik dan masyarakat," katanya. ~tmi




Iklan C (ii)


Mahathir Dedah Tembelang Umno Lagi..

Posted: 28 Oct 2013 12:26 AM PDT

Politik wang memainkan peranan dalam memastikan seseorang calon yang tidak layak memenangi jawatan dalam pemilihan Umno baru-baru ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, rasuah masih belum dapat dihapuskan dalam pemilihan Umno dan wang masih terus diberikan.

"Banyak wang yang diberi hingga nilai berjuta ringgit dan itu menjadikan mereka yang tidak layak telah dipilih disebabkan wang yang diberi," katanya di Putrajaya pagi ini. ~tmi





Iklan C (ii)


Ustaz Nasrudin Tarik Diri, Suhaizan Kayat Lawan Kamaruzaman Rebut Ketua Pemuda

Posted: 27 Oct 2013 10:00 PM PDT

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dijangka bertembung dengan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menerusi usaha merebut kerusi Ketua Pemuda PAS Pusat dalam muktamar parti Islam itu  tidak lama lagi.

Menurut sumber dalaman Pemuda PAS, Nasrudin Hassan tidak akan mempertahankan jawatannya kali ini kerana sudah berjanji dalam pemilihan lalu manakala timbalannya, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz juga membuat pendirian sama.

"Saya difahamkan Tantawi (merujuk kepada Nasrudin) tidak akan ada dalam Pemuda lagi kerana dia berjanji demikian dalam pemilihan lalu dan Nik Abduh pula sudah berkeras untuk meninggalkan Pemuda," kata seorang pemimpin Pemuda PAS.

Kamaruzaman dan Suhaizan diumumkan sebagai dua daripada enam nama yang layak untuk bertanding merebut jawatan itu.Turut layak bertanding ialah Nasrudin selaku penyandang, Raja Ahmad Iskandar (Naib Ketua Pemuda PAS),  Ridhuan Mohd Nor (Ketua Penerangan Pemuda PAS) dan Zulhazmi Sharif (Peguam PAS).

Raja Ahmad Iskandar dikatakan akan bertanding kerusi Timbalan Ketua Pemuda.  Beliau dikatakan akan ditentang oleh Ketua Pemuda PAS Marang yang juga anak Presiden PAS, Mohd Kholil Abdul Hadi.

Ridhuan dijangka memberikan laluan kepada Kamaruzaman untuk jawatan ketua memandangkan  beliau dalam satu pasukan yang sama.Namun masih belum diketahui lagi kerusi apa yang beliau akan tandingi.

Yang tinggal ialah Zulhazmi, peguam kontroversi yang sejak dari awal mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS."Saya menyertai pertandingan ini untuk memastikan pertandingan untuk jawatan ini ada. 

Jika pasti ada pertandingan, saya boleh berbincang untuk tarik diri," kata Zulhazmi kepada The Malaysian Insider.Zulhazmi, peguam yang banyak mewakili PAS dalam kes saman AES dan Harakah, sejak dari awal lagi berkempen melalui Facebooknya, Zulhazmi 4KP.

Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS akan berlangsung serentak dengan Dewan Muslimat dan Dewan Ulamak pada 20 November di Shah Alam, Selangor.

Muktamar penuh ketiga-tiga dewan ini akan berlangsung di Dewan Sivik MBPJ pada 21 November.Dalam pemilihan 2011 lalu, Nasrudin menang tanpa bertanding sebagai ketua apabila perundingan berlaku antara beliau dengan Suhaizan untuk membolehkan beliau memimpin Pemuda satu penggal lagi.

Sepatutnya dalam perundingan itu, Suhaizan akan memegang jawatan timbalan ketua.Namun nasib malang berlaku kepada Suhaizan apabila beliau tewas untuk jawatan timbalan ketua di tangan Nik Abduh dalam pertandingan tiga penjuru.

Suhaizan yang terkenal dengan pendedahan demi pendedahan terhadap kelemahan SPR, aktif di Johor selepas tragedi itu.Kempen semakin kuat dalam PAS supaya ketua Pemuda dipilih di kalangan bukan ulama (bukan ustaz) kerana peranan Pemuda di bawah Nasrudin sekarang dikatakan salinan kepada peranan Dewan Ulama.

Ini menyebabkan, peranan PAS dalam banyak sektor tidak terjaga dengan baik kerana Pemuda bergerak sama seperti Ulama.  ~tmi





Iklan C (ii)


Jamil Khir Baharom Tak Nafikan Ayahnya Ahli PAS?

Posted: 27 Oct 2013 07:40 PM PDT


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bahawa bapanya Baharom Ramli mahu PAS menang dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

Katanya, bapanya tidak menyatakan sedemikian dan hanya mengaminkan doa ketika kunjungan Mahfuz dan calon PAS Mohd Azam Abd Samat, ke rumah tersebut di Kampung Sedaka, Kedah.

Jamil Khir mendakwa, tindakan pemimpin parti terbabit tidak mengikut adab kerana membaca doa untuk PAS semasa menziarah."Itu Mahfuz yang kata, tak ada pun Haji Baharom sebut begitu," katanya yang menyifatkan dakwaan PAS sebagai "mainan politik yang sangat rendah".

Menurutnya, tindakan PAS itu menyebabkan bapanya, 77, yang lumpuh akibat serangan angin ahmar sejak tiga tahun lalu kini dalam keadaan tertekan."Bapa saya pun ada sebut dia tertekan dari sudut moral. 

Bila orang ziarah orang baca doa, dia pun tak tahu apa orang itu hendak sebut dia tolong aminkan saja."Bila begitu dia (PAS) kata bapa saya baca doa (untuk PAS) pula... Ada ke pergi rumah orang pi bagi kenyataan media di pintu rumah orang. Adab pun dah tak betul," katanya lagi.

Ditanya lanjut, Jamil Khir bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai keanggotaan bapanya dalam PAS dan hanya menyatakan bahawa ia satu dakwaan Mahfuz.

Harakahdaily pada hari Jumaat lalu melaporkan kenyataan Mahfuz bahawa Baharom, mendoakan agar PAS terus menang di Sungai Limau dan berhasrat untuk bertemu timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu. ~mk





Iklan C (ii)



Kerajaan BN Kedah Hilang Ingatan..

Posted: 27 Oct 2013 05:33 PM PDT

Kerajaan BN Kedah dinasihati agar bercakap dan bertindak 'dalam keadaan sedar' memandangkan sudah lima bulan mereka memerintah negeri.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata, BN tidak perlu menunggu kemenangan mereka di Sungai Limau untuk membuat pembangunan kerana BN sudah berkuasa sebagai kerajaan.

"Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada awal kempen baru-baru ini mengakui Sungai Limau sudah berada dalam keadaan baik di bawah Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak namun BN akan melakukan lebih baik lagi jika BN menang di Dun tersebut.

"Saya ucap terima kasih kepada calon BN yang mengakui tentang kebaikan yang dilakukan Allahyarham Ustaz Azizan sepanjang pemerintahan beliau. "Apa yang dilakukan oleh Allahyarham banyak dibantu oleh calon kita Ustaz Azam yang menjadi petugas kepada parti di peringkat Parlimen Jerai dan Dun.

"Kalau dia kata bila BN ambil alih mereka akan lakukan pembangunan, saya fikir bahawa mereka dah ambil alih kerajaan jadi sepatutnya tak perlu tunggu pilihan raya kecil baru nak tambah baik," kata beliau ketika ditemui Harakahdaly di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, Batu 15, hari ini.

Tambah Mahfuz, sekiranya BN ikhlas ingin membangunkan Sungai Limau, seharusnya pembangunan itu dilakukan dalam tempoh lima bulan mereka memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Mei lalu. 


"Sepatutnya dalam tempoh lima bulan mereka dah buat sesuatu. Tapi dalam masa 5 bulan sebelum daripada kematian Allahyarham mereka tak pernah datang pun (Sungai Limau) untuk nak buat sesuatu yang lebih baik sedangkan mereka dah dapat kuasa."Jadi janganlah dia bercakap seolah-olah kerajaan BN tak berkuasa di Kedah," ujarnya yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Sungai Limau. ~hrkh





Iklan C (ii)


Tiada ulasan: