Ahad, 27 Oktober 2013

Addin

Addin


Khalid Ibrahim Nafi Azmin Ali Ambil Alih Jawatan MB Selangor

Posted: 27 Oct 2013 09:00 AM PDT

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini menafikan khabar angin bahawa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akan mengambil alih jawatannya kelak. Katanya tidak timbul isu sedemikan dan sekiranya berlaku ia merupakan perkara biasa dalam politik.

"Tidak mengapa, ia perkara biasa dan berlaku negara lain juga seperti di Australia mereka juga menggantikan presiden baru," katanya kepada media di Pusat Konvesyen Setia Alam, Selangor.

Sebelum ini desas-desus mengenai penggantian Azmin timbul kerana segelintir pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Abdul Khalid.

Malah Abdul Khalid juga pernah dikritik oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membandingkan pentadbirannya dengan Menteri Besar Pulau Pinang.

Abdul Khalid berkata beliau telah lali dengan kritikan yang dilemparkan ke atasnya.

"Tidak ada yang perlu diperbesarkan dalam isu ini, kita tidak boleh menghalang sesiapa untuk mengkritik ditambah pula dengan kewujudan laman sosial.

"Dan saya gembira sebenarnya, ini membukti tahap kematangan berpolitik di negara kita sudah mencapai tahap terbaik.

"Inilah dramanya yang kita boleh juga dalam MCA dan MIC ia berlaku apabila wujudnya keinginan memegang jawatan yang lebih baik, apabila tinggi jawatan kita maka persaingan lebih sengit," katanya.

Abdul Khalid juga menyifatkan kritikan tersebut merupakan asam garam dunia politik selain menegaskan beliau merupakan ahli korporat yang baru menceburi dunia politik.

"Kita mesti berpegang pada prinsip, dan saya jujur dalam berkhidmat kepada rakyat sepertimana saya sebagai ahli korporat yang kemudiannya mentadbir negeri.

Utusan Malaysia, hari ini melalui komunis Awang Selamat, menyiarkan desas-desus bahawa Abdul Khalid akan diganti dengan Azmin tidak lama lagi.

Kolumnis Awang Selamat juga mempersoalkan keengganan PAS menyertai kepimpinan tertinggi negeri Selangor setelah wujud perselisihan dalaman PKR bagi memilih Menteri Besar Selangor yang paling layak.

Awang tertanya-tanya mengapa PAS tidak mahu menuntut jawatan Menteri Besar? Adakah PAS tidak cukup keyakinan untuk menggalas teraju kepimpinan dengan sekadar jadi pengekor?

"Adakah parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menentang habis-habisan jika PAS mengambil tindakan sedemikian? Kebanyakan pemimpin PAS negeri juga dikatakan lebih condong kepada Khalid." ~tmi





Iklan C (ii)


KDN Tarik Balik Arahan Pengharaman Kalimah Allah

Posted: 27 Oct 2013 07:39 AM PDT

Putrajaya telah membatalkan arahannya terhadap larangan pengedaran 2,000 naskhah mingguan Katolik, Herald daripada diedarkan di Sabah namun penerbit tidak boleh mengedarkannya ke gereja hari ini.

Menurut Editor Herald Father Lawrence Andrew, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memaklumkan syarikat penghantaran bahawa Putrajaya telah memberi kebenaran untuk pengedaran pada pagi ini.

Namun, cuti hari ini menghalang agen penghantaran mengedarkannya ke gereja menyebabkan penganut Kristian tidak menerima Herald apabila mereka menghadiri perhimpunan di Sabah hari ini.

"Ia akan diedarkan esok. Mereka ke gereja hari ini," katanya.Andrew berkata Kementerian Dalam Negeri perlu memberi penjelasan mengapa naskhah tersebut dihalang tempoh hari.

"Kami ingin tahu mengapa mereka menghalangnya," katanya.Keputusan menghalang pengedaran tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang kepada ahli politik di Malaysia Timur yang mahu penjelasan Putrajaya atas arahan tersebut dibuat 10 hari selepas keputusan Mahkamah Rayuan.

Putrajaya telah memberi jaminan kepada Malaysia Timur bahawa mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam usaha memastikan deposit tetap mereka di Sabah dan Sarawak terpelihara kerana ramai penganut Kristian di sana menggunakan bahasa Melayu dalam upacara keagamaan.

Namun syarikat penghantaran yang membawa masuk Herald ke Sabah pada Jumaat lalu diberitahu oleh KDN supaya tidak mengedarkan naskhah tersebut.

Gereja Katolik mencetak 14,000 naskhah 69 setiap minggu untuk kira-kira satu juta penganut Kristian dalam negara malah editor akhbar tersebut berkata kalimah Allah digunakan dalam edisi terbarunya hanya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan 14 Oktober lalu.

Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR), Datuk Dr Jeffery Kitingan meminta penjelasan daripada Putrajaya berhubung isu ini."Mengapa mereka mengenakan (larangan) itu ke Sabah juga? 

PMengapa kerajaan tidak konsisten dalam keputusan mereka? Mereka cakap tak serupa bikin," katanya kepada The Malaysian Insider.Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti menjelaskan larangan terbaru itu kerana Putrajaya sendiri telah mengakui keputusan Mahkamah Rayuan tidak terpakai di Sabah dan Sarawak.

"Penjelasan perlu diberikan. Kita difahamkan kalimah Allah boleh digunakan di gereja dan penerbitan agama (mengandungi kalimah Allah) serta boleh diedarkan di Sabah dan Sarawak."Itu yang kita faham. 

Namun jika benar Herald telah dirampas di Sabah, kerajaan perlu memberikan penjelasan lanjut," katanya.Beliau berkata melarang pengedaran Herald di negeri Borneo membawa implikasi cukup besar iaitu melihatkan Putrajaya tidak memenuhi janjinya.


"Adakah keputusan mahkamah termasuk di Sabah dan Sarawak?" tanya beliau yang menunjukkan larangan terbaru ini melihatkan keputusan itu telah diluaskan ke dua negeri Borneo itu.Katanya, kerajaan tidak mampu menjalankan pemerintahan dengan berkesan sekiranya tidak berpegang pada janjinya.

"Kerajaan mesti menjelaskan (alasan menghalang pengedaran) supaya orang ramai tidak terkeliru," tegas beliau.Sementara itu, Ketua PKR Sarawak, Baru Bian turut berpendapat yang sama.

"Cakap tak serupa bikin. Ini juga menunjukkan mereka tidak bersemangat melaksanakan keputusan mahkamah."Kenapa Herald dirampas sekarang? Jika sebelum ini tiada masalah Herald diedarkan, kenapa mahu merampasnya? Sangat malang perkara ini berlaku, " katanya.

Turut sama keliru dengan tindakan terbaru KDN adalah bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok."Saya tidak faham mengapa salinan Herald telah ditahan di Kota Kinabalu sedangkan Herald adalah sebuah penerbitan berlesen.

"Setakat yang saya tahu, lesen penerbitannya tidak pernah dibatalkan."Ia sama seperti mana-mana penerbitan atau akhbar lain yang melaporkan berita dan terma cetak atau nama, dalam kes ini perkataan Allah, supaya pembaca akan memahami isu ini.

"Seperti semua, beliau juga mempersoalkan jaminan Perdana Menteri untuk menggunakan perkataan Allah dalam doa dan penerbitan di Sabah dan Sarawak.Herald hanya diedarkan di Sabah dan Semenanjung menurut sumber Katolik di Kuching. ~tmi





Iklan C (ii)


Politik Cina Melampau Dan Bahaya - Utusan Malaysia

Posted: 27 Oct 2013 12:53 AM PDT


Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini meneruskan serangan terhadap masyarakat Cina apabila melabelkan kaum itu tidak suka ditegur dan mengatakan pendekatan politik mereka sudah melampau dan berbahaya hasil pengamatan dari sebuah buku 'The Chinese Dilemma', tulisan Ye Lin Shing.

Menurut kolumnisnya Awang Selamat, penulis buku itu tidak malu untuk mengakui orang Cina Malaysia bersikap tidak adil terhadap orang Melayu malah katanya, masyarakat Cina taksub menyokong parti ekstrem DAP serta mahu menuntut hak sama rata dengan orang Melayu.

"Rumusan yang boleh dibuat dari buku tersebut, orang Cina di negara ini lebih beruntung berbanding negara lain tetapi masih tidak bersyukur. Penulis menekankan bagaimana sikap pemurah orang Melayu dalam kontrak sosial sebelum merdeka membolehkan kaum Cina mendapat kerakyatan.

"Masyarakat Cina Malaysia juga perlu menghayati nasib dialami warga Cina di Vietnam menjadi orang hanyut dipaksa meninggalkan negara itu serta kaum Cina di Kemboja yang ramai daripada mereka dibunuh atau dihalau.

"Penduduk Cina di Indonesia turut mengalami nasib sama apabila identiti mereka dihapuskan, begitu juga di Filipina, yang kaum Cina dinafikan kerakyatan mereka,'' katanya.

Awang Selamat berkata, buku tersebut menjadi sangat relevan untuk dibaca terutama pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan tsunami kaum Cina menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan orang Melayu.

"Apabila akhbar Utusan Malaysia menyiarkan di muka surat depan, ulasan berita bertajuk Apa Lagi Cina Mahu? dua hari selepas keputusan PRU-13, sebahagian pemimpin DAP dan NGO Cina marah walaupun kandungan laporan itu disifatkan oleh banyak pihak sebagai realistik dan suatu pertanyaan yang rasional," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan banyak memenuhi tuntutan kaum Cina bersifat perkauman seperti pengembangan sekolah Cina dan dasar kerajaan yang membolehkan ramai orang Cina terus kaya raya namun mereka tetap mahu menjatuhkan kuasa politik Melayu.

"Penulis turut menggambarkan sikap angkuh Cina Malaysia yang suka menghina orang Melayu. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah kaum Cina tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan penyabar.

"Sepatutnya orang Cina perlu berbakti kepada orang Melayu. Awang kasihan kepada orang Melayu. Walaupun banyak beralah kepada kaum Cina sejak dahulu lagi tetapi terus dilukai dan dikhianati. Budi yang dihulur, racun yang diberi. Pun begitu, ramai Melayu yang masih tidak sedar diri," katanya.

Dua hari selepas keputusan PRU13 diumumkan, akhbar Utusan Malaysia mempersoalkan "Apa lagi Cina mahu?" di muka hadapannya, satu langkah dilihat untuk menunjukkan trend pengundian Cina lawan Melayu.

Laporan itu diselar ramai pihak kerana sebahagian besar penganalisis berpendapat, keputusan PRU13 sebenarnya menunjukkan perbezaan pengundian antara penduduk bandar dan luar bandar bukan antara kaum Cina dan Melayu. ~tmi






Iklan C (ii)


Gambar Pemimpin Kelantan Bersatu Untuk The Red Warriors.. Saksikanlah

Posted: 26 Oct 2013 07:35 PM PDT


Gambar ini di rakam semasa perlawanan bola sepak Piala Malaysia separuh akhir kedua antara Kelantan TRW melawan ATM di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.

Membuktikan kepada dunia bahawa di negeri Kelantan boleh berbeza anutan dan pegangan politik, tetapi bila bab bola sepak mereka boleh bersatu untuk menentang satu seteru...THIS IS KOTA BHARU.

Tan Sri Annuar Musa Ahli Parlimen Ketereh merangkap Pengerusi MARA, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), memegang dan memimpin tangan Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Hj Ahmad Yaakob.





Iklan C (ii)



Petanda Awal BN Bakal Bungkus Di Sg. Limau

Posted: 26 Oct 2013 06:37 PM PDT

Pilihan raya kecil DUN Sngai Limau masih belum panas meskipun hari penamaan calon telah berlalu sejak lima hari lalu.Penduduk mendakwa suasana yang berlalu sekarang seperti tidak seperti pilihan raya kecil seperti selalunya yang sibuk dengan kempen.

Menurut mereka, apa yang berlaku ialah kunjungan pemimpin BN terutama Umno serta dari Pakatan Rakhat khussunya PAS."Umno dan PAS yang sibuk di sini, pemimpin dari kaum lain tidak nampak muka lagi, kalau ada pun seorang dua sahaja.

"Mungkin dua atau tiga hari sebelum mengundi iaitu 4 November depan, Sungai Limau akan sesak dengan kenderaan dari luar daerah ini."Ketika itulah kedua-dua pihak (Umno dan PAS) akan mengeluarkan semua isu untuk mendapatkan undi," kata Abdullah Hashim, penduduk Sungai Limau.

Pilihan raya kecil keduaPilihan raya kecil Sungai Limau adalah yang kedua selepas Kuala Besut bagi tahun 2003 ini.Bagaimanapun, seorang penduduk lain – Zulkifli Ishak – berkata, jalan di sekitar Sungai Limau terutama pada sebelah petang dan malam.

Beliau menambah, ceramah berkelompok sudah mula diadakan oleh kedua-dua belah pihak terutama waktu malam."Semua kampung akan ada bendera dan banting besar, tetapi saya tengok lebih banyak bendera PAS berkibar.

"Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS, tidak hairanlah bendera PAS bersaiz besar lebih banyak," tambah beliau lagi.

Menjelang hari mengundi Rabu depan, penduduk tempatan berkata, kenderaan akan bertali arus di sepanjang jalan Sungai Limau.

Manakala pada waktu malam mereka berkumpul mendengar ceramah, penyokong PAS akan ke tempat parti itu begitu juga sebaliknya. ~fmt





Iklan C (ii)


Tiada ulasan: