Isnin, 21 Oktober 2013

Addin

Addin


Latar Belakang Calon PAS PRK Sg. Limau

Posted: 21 Oct 2013 04:00 PM PDT


Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai Ustaz Mohd Azam Samad (gambar) diumumkan secara rasmi sebagai calon PAS bagi PRK Dun Sg Limau. Beliau yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan merupakan Pengarah Jabatan Pasti Kedah.

Seorang pendidik, Ketua Pemeriksa STAM dan penggubal kertas peperiksaan STAM Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam majlis ceramah pengumuman calon di Sungai Limau malam ini.


Azam yang baru dilantik memegang jawatan Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai baru-baru ini, menjadi sebutan akar umbi dan penduduk, antaranya di Kampung Ulu Sedaka, Batu 18, Sungai Limau Luar, Sungai Daun Atas dan Kuala Sedaka.

"Beliau boleh mematikan hujah mereka (BN) kerana mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, berlatar belakang agama dan berperibadi mesra pengundi.

"Dulu, datuknya, Hamid Ibrahim juga adalah antara pengasas Pas Kedah dan beliau dibesarkan di pondok Al-Nahdhoh. Beliau juga mampu memimpin bacaan tahlil dan berkhutbah seperti yang dikehendaki masyarakat setempat,

Penamaan calon akan diadakan pada 23 Oktober dan pengundian pada 4 November.




Iklan C (ii)


Sah!! Ustaz Mohd Azam Calon PAS PRK Sg. Limau

Posted: 21 Oct 2013 08:39 AM PDT

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai Ustaz Mohd Azam Samad (gambar) diumumkan secara rasmi sebagai calon PAS bagi PRK Dun Sg Limau.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam majlis ceramah pengumuman calon di Sungai Limau malam ini.

Penamaan calon akan diadakan pada 23 Oktober dan pengundian pada 4 November.


Sg Limau: Sah Sohaimi lwn Azam
PAS malam ini mengumumkan bekas guru Azam Samad sebagai calon pilihan raya kecil Sungai Limau, bagi berdepan dengan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim. 
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mengumumkan keputusan di Kampung Sungai Limau Dalam sebentar tadi. 
Siang tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Sohaimi, bekas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) sebagai calon dalam pilihan raya kecil 4 November depan. 
Cakap-cakap yang menyebut nama mereka sudahpun berlegar sejak awal hari ini, sebelum Muhyiddin membuat pengumuman tersebut pada jam azlan6.15 petang ini di Gurun, Kedah. 
Sumber-sumber kedua-dua parti memaklumkan perkara itu kepada Malaysiakini sebelum ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, manakala 4 November depan sebagai hari mengundi. 
Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian bekas menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Razak kerana komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu. 
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi. ~mk




Iklan C (ii)


Perkara Pelik Yang Berlaku Di Malaysia

Posted: 21 Oct 2013 08:09 AM PDT


Di Malaysia, undang-undang di Semenanjung berbeza dengan Sabah dan Sarawak. Contohnya apa yang berlaku dalam isu kalimah Allah. Yang menjadi persoalannya.. kenapa di Semenanjung di larang penggunannya tetapi di Sabah dan Sarawak di benarkan pengunaannya? 

Adakah pentadbiran Najib menerima tekanan hebat dari pemimpin tempatan Sabah dan Sarawak.?Maklumlah, Sabah dan Sarawak adalah  fixed deposit BN, nak tak nak terpaksalah Najib tunduk kot..




Najib: Kristian Sabah dan Sarawak boleh guna kalimah Allah 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak. 
Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri. 
"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya. 
Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Kota Kinabalu hari ini. 
Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Oktober untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan. 
Turut hadir pada majlis itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. 
Perdana menteri mengingatkan semua anggota masyarakat bahawa satu daripada prasyarat untuk menjalani kehidupan aman damai adalah menjaga hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini. 
"Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini. 
"Jika kita hidup dalam aman, keharmonian kaum dan agama dapat kita kekalkan, dipupuk dan diperkukuhkan. Kita (kerajaan) juga ingin lihat bagaimana kita dapat membawa lebih pembangunan di Sabah terutama di kawasan desa dan luar bandar," katanya. 
Beliau berkata sebelum gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Sabah telah mengamalkannya dalam keserasian, keunikan kumpulan pelbagai bangsa dan etnik, selain cermin kepada konsep masyarakat 1Malaysia. 
Sehubungan itu, Najib berkata semua pihak juga harus saling menjaga sensitiviti agama selaras usaha kerajaan memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negara ini. 
"...maka kita perlu uruskan segala yang berkait dengan hubungan etnik dan agama dengan saling memahami sensitiviti antara kaum. 
"Pokoknya seperti yang saya katakan bahawa kalau kita ambil dua kumpulan besar dalam negara, maka rahsia yang boleh membawa keharmonian kepada penganut agama bukanlah terlalu sukar untuk dicapai... ia bukanlah 'roket science', ia berasaskan pertimbangan yang rasional dan waras," katanya. 
Perdana menteri berkata pertimbangan itu mudah sahaja, iaitu orang Islam tidak seharusnya menyakiti hati bukan Islam dan orang bukan Islam juga tidak patut menyakiti hati orang Islam. 
Jika semua rakyat berpegang kepada prinsip itu, selain sentiasa disemat dalam ingatan, maka negara akan aman dan harmoni seperti yang dilihat dalam perpaduan rakyat Sabah termasuk anggota PBS sehingga kini, katanya. ~bernama




Iklan C (ii)


Patutlah Ahli Parlimen DAP Bengang Dengan MB Selangor.. Ini Puncanya

Posted: 21 Oct 2013 06:59 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diminta memberikan penjelasan terhadap kenyataannya yang lebih menerima pandangan rakyat berbanding pemimpin parti atau ahli politik.

Khalid sebelum ini dilaporkan memberi kenyataan ini: "Saya lebih mendengar kritikan rakyat daripada pemimpin parti dan ahli politik".

Khalid dikatakan membuat kenyataan itu bagi menjawab kritikan terhadap pentadbirannya oleh Ketua Umum PKR, Datu Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kenyataan itu disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.

Pemimpin DAP pula kini memberi tekanan terhadap Khalid dengan meminta menteri besar itu memberi penjelasan terhadap kenyataan itu.

"Saya meminta Khalid menjelaskan apa yang beliau maksudkan apabila berkata, 'Saya lebih mendengar kritikan rakyat dari pemimpin parti dan ahli politik' ," kata Gobind Singh Deo (gambar), Ahli Parlimen Puchong dari DAP dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, pemimpin daripada partinya sendiri iaitu PKR turut meminta beliau memberi penjelasan berhubung isu sama.

"Memang kita dalam Pakatan mengutamakan rakyat tetapi Khalid mesti menghormati fakta bahawa ahli politik mewakili rakyat dan menjadi tugas mereka untuk membawa masalah rakyat kepada kerajaan negeri dan MB untuk menyelesaikannya.

"Khalid jangan mengambil mudah hal ini," katanya yang juga Setiausaha Biro Undang-undang DAP.

Katanya, Khalid membuat kenyataan yang sangat serius dan bakal menghasilkan kesan serius.

"Tetapi sebelum saya komen lebih lanjut, saya pohon supaya dia menerangkan perkara ini bagi membolehkan kita jelas sebelum membuat sebarang respon," katanya.

Anwar dan Azmin sebelum ini mempertikaikan cara Khalid menguruskan ekonomi Selangor.

Khalid didakwa hanya pandai mengumpulkan wang tetapi tidak pandai membelanjakannya.

Pada 12 Oktober lalu, Anwar mengkritik Khalid secara terbuka dan meminta beliau tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

Sebaliknya, beliau memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik.

Sebelum itu, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor mengkritik pelantikan Khalid sebagai menteri besar. ~tmi




Iklan C (ii)


Lagi Pendedahan Pembaziran Jutaan Wang Rakyat Terbongkar

Posted: 21 Oct 2013 12:21 AM PDT

DAP mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan melantik tiga perunding luar negara berjumlah RM268.5 juta bagi tempoh tiga tahun untuk meningkatkan bilangan guru bahasa Inggeris tempatan sedangkan terdapat cara yang lebih murah untuk menangani masalah itu.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari (gambar), berkata Kementerian Pendidikan melantik British Council, Kumpulan Pendidikan Brighton dan Kumpulan SMR HR untuk menyediakan 360 mentor dari 2011 hingga 2013.

"Bayaran RM20 juta kepada McKinsey yang dihebohkan sebelum ini bukan pengakhiran cerita tetapi jawapan yang saya terima oleh Kementerian Pendidikan melalui jawapan di Parlimen mendedahkan maklumat itu iaitu 7,500 guru bahasa Inggeris dari 1,800 sekolah dilatih bagi tujuan tersebut.

"Jika dibahagikan RM270 juta kepada 360 mentor, seorang mentor mampu memperoleh RM21,000 sebulan tetapi malangnya maklum balas diterima daripada guru yang menyertai program tersebut, pengajaran hanya tiga ke empat jam sebulan.

"Bagaimana seseorang guru itu mampu menguasai bahasa Inggeris jika latihan diberikan hanya sedikit kepada mereka. Malah, jika RM270,000 itu dibahagi kepada 7,500 guru yang mengambil kursus itu, maka kosnya mencukupi bagi menampung pengajian di universiti tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata, kos mengikuti pengajian bahasa Inggeris di Universiti Wawasan hanya memerlukan RM24,000 setahun yang merupakan dua pertiga daripada kos program Kementerian Pendidikan itu.

Katanya, kos mengikuti kursus diploma Pengajaran Bahasa Inggeris kepada Khalayak Lain (TESOL) selama enam bulan juga hanya memerlukan RM4,500 di kolej swasta tempatan.

"Apa juga penjelasan yang diberikan Kementerian Pendidikan, jumlah wang yang dibelanjakan kepada 360 mentor sepanjang tempoh tiga tahun adalah satu jumlah tidak munasabah.

"Usaha Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kualiti guru bahasa Inggeris itu dialu-alukan tetapi jika terdapat kaedah dan pilihan lain lebih baik, mengapa perlu melantik perunding yang bayarannya terlalu tinggi," katanya. ~tmi




Iklan C (ii)


Ali Rustam Sedih dan Hiba Umno Melaka Tidak Beri Sokongan

Posted: 20 Oct 2013 09:00 PM PDT


He..he..he.. eloklah pencen Ali Rustam.. Ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Kalah di perlimen Bukit Katil dan terbaru kalah di pemilihan Umno dan dapat hanya 7 undi. Yang malang Umno Melaka sendiri pun tak mengundi Ali Rustam.. Sebenarnya Umno melaka pun dah menyampah dengan ko..


Ali Rustam Kecewa Umno melaka Tidak Beri Sokongan

Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam kecewa apabila hanya satu daripada enam bahagian Umno di negeri Melaka mengundinya untuk jawatan Naib Presiden.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau hanya mendapat undi daripada Umno Bukit Katil yang diketuainya sementara lima lagi bahagian seperti Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Kota Melaka tidak berbuat demikian.

"Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi salah satu daripada tiga tempat bagi jawatan Naib Presiden.

"Kalau hendak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.

"Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat tiada siapa hendak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi Ketua Menteri semua sokong saya," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Mohd Ali yang bertanding jawatan Naib Presiden bersama lima calon lain tewas selepas hanya mendapat tujuh undi daripada bahagian.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, beliau tewas di kerusi Parlimen Bukit Katil kepada Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar.

Mohd Ali yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hanya mengekalkan jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Katil selepas menang tanpa bertanding.

Ketika mengulas lanjut mengenai kekalahan itu, Mohd Ali berkata, sepanjang 13 tahun memegang jawatan Ketua Menteri, beliau tidak menghadapi sebarang masalah apabila pernah menang jawatan Naib Presiden pada 2004 dan ahli Majlis Tertinggi (MT).

Dalam pemilihan Naib Presiden pada Sabtu, semua penyandang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperoleh 185 undi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (174 undi) manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mendapat 100 undi.

Trio itu menewaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memperoleh 91 undi, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan Mohd Ali yang masing-masing mendapat tujuh undi.

Kira-kira 146,500 perwakilan daripada 191 bahagian Umno buat pertama kali mengundi mengikut sistem 'electoral college' bagi memilih tiga naib presiden itu.

Setiap seorang daripada tiga calon yang memperolehi undi paling banyak daripada perwakilan dikira memperoleh satu undi daripada bahagian berkenaan.

Sebelum ini, hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi semasa perhimpunan agung parti di ibu negara. ~tmi





Iklan C (ii)


Kelentong Mahathir Berusia 25 Tahun Terbongkar

Posted: 20 Oct 2013 08:54 PM PDT

Masa untuk sedikit kejujuran. Kira-kira 25 tahun lalu apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) memansuhkan satu daripada institusi kehakiman yang paling dihormati di Komanwel dan memusnahkan konsep pemisahan kuasa di Malaysia. Berapa ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang sangat kecewa dengan campur tangan itu?

Bukan kecewa atau risau, tetapi benar-benar kecewa.

Renung kembali penyingkiran Tun Salleh Abas pada 1988 dan penggantungan Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh dan Datuk George Seah.

Renung kembali pindaan perlembagaan yang berlaku menerusi Parlimen oleh Dr Mahathir, yang akhirnya mengubah kuasa asas kehakiman daripada beberapa kuasa asalnya.

Tidak segan untuk mengakui bahawa peristiwa yang dipanggil krisis kehakiman pada 1988 hampir tidak diketahui oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Majlis peguam mengetuai pertuduhan, sering menerima arahan pentadbiran Mahathir yang mencari keadilan untuk keadilan yang salah.

Veteran pembangkang seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang hampir ketiadaan suara menyatakan bantahan mereka terhadap akibat yang tidak terjangkau terhadap campur tangan Mahathir yang bermotivasikan politik.

Tetapi hanya sedikit yang berminat mendengar apa yang mereka cakap, atau membaca buku tulisan K Das mengenai hari-hari gelap dalam sejarah kehakiman.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, apa yang terjadi kepada Salleh Abas dan rakan-rakannya adalah sesuatu yang tidak diketahui, terlalu terpencil, dan tidak ada kena mengena dengan kehidupan mereka. Hanya segelintir terfikir apa yang mungkin berlaku kepada negara dengan kehakiman yang begitu mudah dipengaruhi dan menurut kata.

Amat sedikit yang khuatir sama ada pada tahun-tahun mendatang, keadilan mereka akan dinafikan kerana pembabitan eksekutif dalam pemilihan dan kenaikan pangkat hakim.

Malah, terlalu sedikit yang terfikir bahawa penghakiman bertulis oleh hakim Malaysia, jika satu hari nanti dibawa untuk pencerahan, kecekapan dan keadilan, akan digambarkan sebagai kerja kitar semula.

Barangkali, semakin ramai rakyat Malaysia akhirnya terpaksa terfikir mengenai kehakiman di negara ini selepas keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober berhubung isu Allah.

Mungkin kini, rakyat Malaysia akan faham mengapa nama terkenal seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Suffian Hashim sangat bimbang mengenai apa yang berlaku pada 1988. Mereka faham riak kesan yang akan berlaku kepada masyarakat pada masa depan. Mereka faham kesukarannya untuk memperbaiki institusi yang sudah dipecah-pecah dan dimusnahkan.

Ini kenyataan Tun Suffian beberapa tahun lalu:"Saya menjangkakan sistem kehakiman kita akan mengambil masa yang sangat lama untuk pulih daripada serangan itu. Kini sudah lebih 12 tahun berlalu, saya sangsi kehakiman itu akan pulih dalam tempoh satu generasi daripada hari ini," kata bekas ketua hakim itu pada tahun 2000.

Tepat sekali jangkaannya. Malangnya, hanya sedikit rakyat Malaysia yang benar-benar risau dengan apa yang Dr Mahathir lakukan terhadap sistem kehakiman pada 1988. Kebanyakan kita yang lain hanya menelan kelentong mengenai kestabilan, pertumbuhan ekonomi. ~tmi




Iklan C (ii)


Detik Paling Pahit Dalam Hidup Tuan Guru Haji Hadi

Posted: 20 Oct 2013 06:05 PM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, perkara paling pahit dalam hidup beliau ialah ketika kerajaan negeri Terengganu pimpinannya jatuh selepas PAS kalah di Terengganu dalam pilihan raya 2004 lalu.

"Royalti dirampas. Terengganu tewas kerana pengundi luar dibawa masuk. Undi rakyat Terengganu (pada PAS) meningkat tapi tetap tewas," kata Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.

Beliau yang menyambut hari jadi ke 66 hari ini berkata demikian ketika ditanya dalam dialog di majlis High-Tea Ameerah Fan Club di sebuah hotel malam tadi sebagaimana dilaporkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily hari ini.

Di majlis yang sama Abdul Hadi berkata, pengalaman paling manis di dalam karier politiknya ialah apabila musuh datang memohon maaf padanya.

"Contohnya SB (polis cawangan khas) dan tentera datang minta maaf selepas baca buku saya selepas memerhatikan saya sekian lama (atas tanggapan dan tuduhan silap pada beliau)," katanya.

Dalam majlis itu, Abdul Hadi juga ditanya, "Apakah Tuan Guru seorang yang garang"?

"Saya hanya garang pada musuh. Pada anak-anak, ada masa garang ada masa lembut. Tak boleh garang sentiasa dan tak boleh lembut sentiasa," katanya dengan berseloroh.

Program dialog anjuran Ameerah Fan Club bersama Abdul Hadi semalam dilihat lebih bersifat santai mirip perbincangan anak-beranak yang jarang berlaku dalam program lain.

Abdul Hadi sepanjang sesi tersebut dilihat sangat ceria dan teruja melayani setiap soalan yang dilontarkan padanya termasuk persoalan berkait peribadi.

Pada program itu, Abdul Hadi yang dikenali 'pakcik nelayan' dari Marang itu menyatakan kegembiraannya yang amat sangat jika orang tidak dikenali menegurnya.

"Apa yang buat saya gelak, saya menjala di tepi laut... kanak-kanak tak kenal saya. Apabila memancing, ada pelancong datang tanya, 'Pakcik, ini selalu memancing kat sini ke? Dapat ikan?'

"Selepas itu, mereka kembali dan bertanya, pakcik ini Presiden PAS ke? Nak ambil gambar," kata ahli Parlimen Marang itu secara berseloroh ketika menjawab soalan daripada hadirin yang menghadiri dialog tersebut. ~tmi




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: