Rabu, 16 Oktober 2013

Addin

Addin


Takkanlah Satu Dunia Murtad Wahai Noh Gadot - Dr. Asri & Ust. Wan Ji

Posted: 16 Oct 2013 04:00 PM PDT

Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri (atas) bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.

Kalau Islam dihalang guna 'Isa' bagaimana?

Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein (bawah) pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:

ppim police report against ustad wan ji insults sultan 200813 01(1) Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.

(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.

(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.

"Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.

Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan

"Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?" soalnya lagi? ~mk




Iklan C (ii)

Dr. Asri Belasah Bekas Mufti Johor

Posted: 16 Oct 2013 06:50 AM PDT

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menolak pandangan mengatakan seseorang Muslim tersebut kafir kerana mempersoalkan pengharaman penggunaan kalimah Allah ke atas penganut agama lain.

Kenyataan Asri tersebut membidas bekas mufti Johor, Datuk Noh Gadut, yang juga penasihat Majlis Agama Islam, kerana memberi amaran kepada penganut Muslim yang mempersoalkan pengharaman kalimah Allah ke atas yang bukan Muslim.

"Walaupun kamu penyokong kuat kerajaan dan bersetuju dengan apa yang mereka lakukan, kamu tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan kebodohan kamu," kata Asri kepada The Malaysian Insider.

Asri kemudian menjelaskan isu kalimah Allah hanya menjadi pertikaian di Semenanjung Malaysia, sebaliknya kalimah suci tersebut tidak menjadi isu di negara-negara lain yang juga mengamalkan ajaran Islam."Di negara Arab yang penganutnya Muslim, tiada masalah seperti ini. 

Negara seperti Jordan dan Mesir, kalimah Allah telah digunakan oleh pihak gereja besar lebih 1,400 tahun dahulu lagi," katanya lagi.

"Jadi, adakah beliau (Noh) berkata semua cerdik pandai Muslim dan ulama seluruh dunia kecuali di Semenanjung Malaysia adalah kafir?"Asri menganggap kenyataan sedemikian oleh Noh akan memberikan kesan yang besar kerana isu kalimah Allah tidak wujud di negara Islam lain.

"Beliau menuduh umat Islam seluruh negara sebagai murtad kerana membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah, ini sangat besar," dakwa Asri.Noh dipetik berkata dalam Utusan Malaysia menyelar sesiapa yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebagai menderhaka dan keji.

"Jika Muslim mempersoalkan dengan menyedarinya, mereka boleh dianggap sebagai kafir atau menjadi murtad," kata Noh yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia.

Selain itu, Asri juga menerangkan selagi kalimah Allah digunakan untuk merujuk kepada "paling agung", ia tidak bukan satu masalah kepada pihak bukan Islam untuk menggunakannya.

"Jadi, ia sebenarnya bukan satu isu. Muslim percaya kepada satu tuhan. Maka bagaimana kita boleh mengatakan Tuhan kamu berbeza daripada saya," tambah beliau.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan semalam sebulat suara telah menghalang gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada Tuhan bagi agama Kristian.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campurtangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

Isu kalimah Allah bermula pada awal 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit akhbar Herald menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan.

Tindakan tersebut menyebabkan gereja mengemukakan saman kepada kerajaan kerana melanggar hak dalam Perlembagaan.Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan semakan keputusan dan membatalkan pengharaman oleh KDN untuk menggunakan kalimah Allah oleh Herald.

Hakim turut menjelaskan gereja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbarnya kerana agama selain Islam boleh mengamalkannya secara aman dan harmoni.

Katanya, meskipun Islam merupakan agama Persekutuan, ia tidak memberi kuasa kepada kerajaan menghalang gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. ~tmi







Iklan C (ii)



Mukhriz Mahu Gulingkan Najib?

Posted: 16 Oct 2013 02:36 AM PDT

Calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran hendak menjatuhkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak jika beliau menang pada 19 Oktober ini.

Katanya, sewaktu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Sungai Limau baru-baru ini beliau bertanya Muhyiddin mengenai laporan media asing kononnya beliau dengan Muhyiddin mahu menjatuhkan Perdana Menteri, beliau hanya gelak.

"Selepas PRU ke 13, Umno makin kuat dapat 88 kerusi di parlimen dan dapat tawan semula Kedah, maka sebab itu mereka ada agenda dengan membuat laporan yang bukan-bukan seperti itu untuk melaga-lagakan kita," katanya dalam wawancara khas dengan sebuah akhbar harian baru-baru ini.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, usaha itu tidak akan berjaya kerana kita tahu apa sebenarnya isi hati kita dan perkara seperti itu memang tidak wujud.Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden Umno Sabtu ini bersama lima calon lain iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam.

Beliau berkata beliau bertanding jawatan Naib Presiden Umno kerana mahu membuat transformasi dalam Umno berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008 dan 2013.

"Sekiranya tidak ada suatu transformasi yang berlaku pada parti seperti mana yang disebut Presiden Umno dan timbalannya, maka mungkin kita akan terima padahnya.," katanya.

Katanya lagi, kita tahu transformasi ini bukan mudah untuk dilakukan."Lebih-lebih lagi kalau tidak sedar bahawa kita tidak sepatutnya ada zon selesa. Maka, kita bimbang masa depan kita dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)," katanya.

Peluang terakhir

Beliau menambah berdasarkan kepada pengalaman menawan semula Kedah dalam PRU-13, ada sesuatu yang beliau boleh sumbangkan bagi meningkatkan keupayaan parti menghadapi cabaran getir itu.

Mukhriz berharap ada gabungan pemimpin pusat dan negeri dalam barisan Naib Presiden Umno."Saya berpendapat gandingan pengalaman di Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri itu sangat berharga dan bernilai untuk saya kongsikan. Kita sudah ada Menteri bukan hanya di peringkat Naib Presiden tetapi juga di peringkat Majlis Tertinggi (MT).

Saya ingat agak bernilai juga sumbangan idea dan pandangan oleh seorang Menteri Besar yang lebih memahami dan terdedah kepada isu-isu setempat," ujarnya.Beliau menolak dakwaan bahawa terlalu awal baginya bertanding kerusi Naib Presiden Umno sedangkan beliau tidak pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno.


9"Saya bimbang dalam tempoh lima tahun ini kalau sokongan kepada BN itu terus menurun, mungkin tidak ada lagi kali yang selepas ini," katanya.Katanya, itu yang menimbulkan rasa cemas bagi diri beliau bahawa sesuatu perlu dilakukan dengan lebih cepat.

Kita mesti memberi respons lebih awal kepada kehendak pengundi."Saya menganggap diri saya ini seperti Johnny come lately. Kalau saya tidak menawarkan diri bertanding peringkat Naib Presiden sekarang, saya fikir lebih ramai lagi tokoh-tokoh atau pemimpin muda yang lebih layak daripada saya selepas ini," katanya lagi.

Ditanya apa kelebihan beliau berbanding lima calon lain, Mukhriz berkata beliau mempunyai idea-idea yang bersifat di luar kotak."Cara saya mengendalikan jentera pada PRU-13 tidak diduga pihak lawan.

Kita sangat low profile, tidak terlalu ke depan. Kita bergerak banyak di bawah," dakwanya.Pendekatan luar kotakSebagai contoh, sambungnya lagi, di Kedah kita memberi penekanan kepada soal agama khususnya kita masuk secara senyap-senyap berjumpa dengan warga pondok agama, maahad tahfiz, sekolah agama rakyat di mana sepatutnya menjadi kekuatan kepada Umno yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

"Selalu disebut agama yang pertama tetapi entah mengapa Umno tidak dilihat sebagai pejuang agama,"katanya.Katanya, pendekatan ini sangat sesuai untuk seluruh negara bukan hanya untuk Kedah sahaja."Saya fikir semua orang boleh buat tetapi pendekatan luar kotak ini yang sangat diperlukan oleh parti kerana pihak lawan cukup mengenali kita kerana ramai dalam kalangan pemimpin mereka berasal dari Umno," katanya. ~fmt




Iklan C (ii)


Komentar Pedas Yang Tidak Di Siarkan Oleh Media Pencacai Umno

Posted: 15 Oct 2013 11:02 PM PDT

Sistem pemilihan 'satu bahagian satu undi' yang dipraktikkan dalam Pemilihan Umno 2013 tidak menzahirkan kehendak majoriti ahli akar umbi parti itu.

Penganalisa politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata melalui sistem seperti itu, pemimpin yang menang perebutan jawatan tidak semestinya menang dari segi undi popular.

Ini berbeza dengan sistem pemilihan "satu ahli satu undi" yang diamalkan PKR dan memberi kuasa kepada setiap ahli untuk memilih pemimpin mereka hingga ke peringkat tertinggi.

"Saya tak begitu pasti sejauh mana sistem ini mampu memberi kesan transformasi pemilihan.

"Cuma yang digembar-gemburkan kononnya suatu suasana yang lebih demokratik sudah menjalar dalam kepimpinan dan pemilihan Umno tetapi apakah perasaan peringkat yang berbagai itu benar-benar dapat disalurkan dari segi pemilihan akhir, itu sukar untuk disukat," kata pensyarah Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM) itu.

Sebelum ini penulis Blog terkenal pro Umno, Syed Akhbar Ali menganggap kemenangan yang diraih Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Wanita Umno dan Khary Jamaluddin Abu Bakar sebagai Ketua Pemuda Umno bukan kemenangan mutlak kerana undi yang dibuang ahli-ahli Umno akhirnya dianggap satu undi sahaja di peringkat bahagian.

Selain itu beliau turut mempersoalkan ketelusan jawatankuasa Pemilihan Umno yang beliau dakwa merahsiakan jumlah undi popular seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.

Selain sistem pemilihan yang bercelaru, suasana pemilihan kali ini didakwa dicemari kewujudan pengundi hantu, kertas undi tidak cukup, jumlah undi melebihi perwakilan, insiden melempar mikrofon, kertas undi mengelirukan dan lain-lain. ~hrkh




Iklan C (ii)


Keputusan Kalimah Allah Gugat Kedudukan Najib - Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan

Posted: 15 Oct 2013 06:50 PM PDT

Keputusan kes kalimah Allah oleh Mahkamah Rayuan diragui dan didakwa  tidak peka kepada keadaan semasa, kata peguam dan bekas hakim yang juga melihat ia memberi kesan buruk kepada kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam maklum balas kepada penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan akhbar Herald tidak dibenar menggunakan kalimah Allah, seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan memberitahu The Malaysian Insider bahawa keputusan tersebut memberi implikasi kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Bekas hakim itu yang tidak mahu namanya disebutkan berkata, gesaan badan bukan kerajaan (NGO) di Semenanjung yang mahu Putrajaya turut mengharamkan kalimah itu digunakan di Malaysia Timur adalah satu cadangan yang merbahaya buat Perdana Menteri.

"Sabah dan Sarawak dianggap simpanan tetap Barisan Nasional (BN) apabila 47 daripada 133 kerusi parlimen di dua negeri itu menang dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

"Najib harus menyatakan pendirian sekarang. Beliau tidak boleh berdiam diri lagi kerana perbuatan itu menunjukkan beliau menyokong NGO pendesak tersebut dan meletakkan kedudukannya dalam bahaya," katanya.

Beliau berkata, kebebasan beragama adalah syarat yang dimeterai semasa membentuk Persekutuan Malaya di antara Sabah, Sarawak dan Singapura kira-kira 50 tahun lalu.

"Keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah adalah bertentangan dengan hak penduduk Sabah dan Sarawak untuk mengamalkan kepercayaan mereka," katanya.

Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak kebiasaannya menggunakan Al-Kitab dalam bahasa Melayu dan bahasa etnik mereka yang turut mengandungi kalimah Allah.

Bekas hakim itu berkata, ketua menteri dan penggubal undang-undang BN di kedua-dua negeri itu perlu memperhalusi keputusan Mahkamah Rayuan ekoran mereka perlu berdepan dengan 2.8 juta pengundi Kristian daripada negeri itu.

"Dengan kuasa politik dan debat awam berhubung isu ini, maka akan wujud juga perbincangan politik dalam beberapa minggu ini.

"Katanya, perbincangan selalunya berkisar tentang keinginan untuk keluar dari Malaysia tetapi ahli politik di dua negeri itu akan mendapat kelebihan kuasa politik untuk mengugut Putrajaya.

Beliau berkata, kegagalan panel hakim melihat isu ini dengan lebih luas meminggirkan keselamatan dan kebajikan negara.

Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar, berkata penghakiman boleh dipertikai kerana mahkamah tidak memastikan kebenaran hujah Putrajaya jika Herald menggunakan kalimah itu akan menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.

"Meskipun Menteri Dalam Negeri boleh menggunakan budi bicaranya untuk menyekat penggunaan kalimah itu tetapi arahan perlu kena pada tempatnya," katanya.

Beliau berkata, mahkamah tidak perlu mengulas sama ada kalimah Allah merupakan teras dalam kepercayaan agama Kristian.

"Mereka seharusnya bergantung kepada apa yang ditunjukkan oleh pihak gereja semasa mengemukakan rayuan.

"Masalah ini tidak perlu dibawa ke mahkamah kerana ia mengundang perpecahan dalam masyarakat, " katanya yang melihat satu badan rundingan perlu ditubuhkan bagi mengadakan perbincangan di antara pihak yang berkaitan.

Seorang lagi peguam, Fahri Aizat, berkata keputusan mahkamah atas dasar melindungi umat Islam daripada dikelirukan dan mengelak ketegangan kaum adalah tidak bertepatan.

Katanya, keputusan tersebut memperlihatkan seolah-olah umat Islam mudah diperdaya, memerlukan perlindungan dan petunjuk. ~tmi





Iklan C (ii)


Akhirnya Prof. Agus Bertemu Timbalan MB Kelantan

Posted: 15 Oct 2013 05:37 PM PDT

Selepas bertembung melalui media sejak sekian lama, akhirnya Profesor Dr Muhamad Agus Yusof bertemu secara bersemuka dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan (TMB), Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Pertemuan itu berlaku pada 14 Oktober lalu apabila Agus, pengkaji politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkunjung ke pejabat Nik Amar dan turut mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub.

"Saya bawa dokumen berupa luahan rasa, pandangan dan pendapat saya dan kawan-kawan secara bertulis kepada timbalan menteri besar dan menteri besar," kata Agus ketika mengulas kunjungannya itu.

Awal Ogos lalu, Agus dan Nik Amar saling serang menyerang antara satu sama lain mengenai perkembangan di Kelantan yang semua dibuat melalui media termasuk The Malaysian Insider.

Ia bermula dengan tulisan Agus melalui Facebooknya sempena sambutan 100 hari kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan baru selepas Datuk Nik Aziz berundur sebagai menteri besar.

Sehubungan itu, insiden balas membalas kenyataan berlaku antara mereka dan berakhir dengan Nik Amar memperlawa Agus bertemunya secara bersemuka dan disambut oleh Agus untuk menemui pemimpin Kelantan itu.

Namun ia hanya menjadi realiti 14 Oktober lalu, dua bulan selepas serang menyerang dan sindir menyindir itu berlaku.Agus berkata, pertemuan itu berjalan dengan baik.

"Fokus saya adalah kepada lebuh raya rakyat dan air Kelantan. Alhamdulillah kedua-duanya, menteri besar dan timbalan berjanji akan menyelesaikan perkara ini," kata Agus kepada media selepas pertemuan itu.

"Mereka yakin dengan masa yang ada, ia akan diselesaikan secepat mungkin iaitu pada 2014."Saya harap, ia betul-betul dilaksanakan dan saya akan sentiasa mendapatkan maklumat mengenainya untuk diberitahu kepada rakan-rakan saya," katanya. ~tmi



Iklan C (ii)


Tiada ulasan: