Addin |
- Panas!! 'Jauhi Program Anwar' Amaran Kerajaan Malaysia Kepada Pelajar Di Australia
- Media Antarabangsa Dedah Tujuan Umno Mengharamkan Kalimah Allah Kepada Penganut Kristian
- Berita Dari Kelantan Yang Tak Di Siarkan Di Utusan, TV3 Dan RTM
- Pelik!! Lembu Mengetuai Gerombolan Manusia?
Panas!! 'Jauhi Program Anwar' Amaran Kerajaan Malaysia Kepada Pelajar Di Australia Posted: 15 Oct 2013 09:01 AM PDT Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia agar 'menjauhkan diri' dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di 'Festival of Ideas, Dissent and Democracy'. Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA. "Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat. "Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula. "Anda cukup tahu apa yang ditandatangani," kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily. Amaran yang dikeluarkan kerajaan Malaysia itu turut dilapor media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC). Anwar dijangkakan menyampaikan pidato dan berdialog di 'Festival of Ideas, Dissent and Democracy', di Adelaide University pada hari Sabtu, 19 Oktober 2013. Penganjur 'Festival of Ideas, Dissent and Democracy' menyatakan, acara tahun ini fokus kepada insttusi politik dan idea-idea demokrasi. ~kd |
Media Antarabangsa Dedah Tujuan Umno Mengharamkan Kalimah Allah Kepada Penganut Kristian Posted: 15 Oct 2013 06:40 AM PDT Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dilihat sebagai usaha Umno memenangi semula sokongan orang Melayu menurut BBC dalam ruangan komentarnya semalam. Wakilnya, Jennifer Pak yang hadir ketika keputusan dibacakan mahkamah menjelaskan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana populasi penganut Kristian di Malaysia hanyalah 9%. "Ramai yang percaya isu ini tercetus daripada pertelingkahan di antara Umno dan PAS tetapi isu sama juga yang dimainkan semasa dan selepas pilihanraya. "Katanya, bukan semua umat Islam menyokong keputusan kerajaan untuk menghalang Kristian menggunakan kalimah itu tetapi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang terlalu bersemangat menyokong usaha itu. Sementara itu, sebuah akhbar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National terkejut dengan keputusan yang dibacakan oleh Mahkamah Rayuan semalam."Keputusan mahkamah Malaysia bukan sahaja bercanggah dengan amalan beragama tetapi sejarah kalimah itu sendiri. Kalimah Allah itu berasal daripada perkataan 'al-ilah' yang bermaksud tuhan. Kalimah itu telah digunakan di serata dunia dan memasuki alam Melayu dari negara Arab," kata pengarangnya. "Kalimah Allah tidak hanya eksklusif untuk Islam malah Kristian dan Yahudi juga menggunakan kalimah itu merujuk kepada tuhan sebelum kedatangan Islam. "Al-Quran sendiri dalam Surah Al-Ankabut menjelaskan umat Islam harus menjelaskan kepada kaum (Kristian dan Yahudi) bahawa tuhan adalah satu. "Akhbar itu turut mengambil contoh UAE menjadi negara Islam dengan pecahan populasi Kristian dan Hindu tetapi boleh hidup bersama mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa ada diskriminasi. Akhbar di Timur Tengah juga kerap memainkan isu ini beberapa kali sejak ia mula didebatkan di Malaysia pada awal 2010. Pada Januari 2010, seorang kolumnis akhbar di sana menyebut, "Malaysia telah bertindak kejam kepada penganut Kristian dengan menggunakan isu kalimah Allah yang menunjukkan mereka sendiri tidak cukup arif tentang Islam. "Dalam Islam, Allah merujuk kepada kalimah Arab yang merujuk Tuhan Maha Besar dan Pencipta sekalian alam. Allah juga adalah tuhan kepada Nabi Noh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad dan nabi-nabi yang lain," kata Akash Sagar. ~tmi |
Berita Dari Kelantan Yang Tak Di Siarkan Di Utusan, TV3 Dan RTM Posted: 15 Oct 2013 04:21 AM PDT Kelantan antara negeri pertama yang turut membiayai kepulangan semula pelajar ke Mesir untuk meneruskan pengajian selepas pulang dalam Ops Piramid II sebelum ini. Seramai 443 pelajar anak Kelantan yang pulang dalam ops tersebut diberi saguhati sebanyak RM1,000 seorang. Majlis penyampaian saguhati itu diadakan di Dewan Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Nilam Puri hari ini, disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Tengku Azmi Tengku Jaafar dan Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim, Zainal Yusof. Ibu bapa dan pelajar juga hadir. Anggota Exco, Datuk Dr Muhamed Fadzli Hassan berkata, biar pun sumber kewangan agak terhad, namun Kelantan tetap menunaikan tanggungjawab bagi membantu meringankan bebanan pelajar untuk kembali semula ke Mesir. "Kelantan mungkin negeri pertama di negara ini menghulurkan sumbangan tersebut selepas pelajar pulang dalam ops Piramid II," katanya selepas program berkenaan. Sebelum ini kerajaan negeri turut membayar tambang kepada pelajar Kelantan untuk kembali semula ke Mesir selepas dibawa pulang dalam ops Piramid I, lebih setahun lalu. Dr Fadzli berkata, biar pun jumlah tersebut tidak banyak bagi setiap pelajar, namun apabila melibatkan ramai pelajar kerajaan negeri terpaksa membelanjakan hampir RM0.5 juta bagi tujuan itu. Katanya juga, Mesir merupakan bumi ambiya dianggap sebagai gedung ilmu yang mampu melahirkan pelajar alim dalam pelbagai bidang ilmu. "Bagi pelajar bidang perubatan, mereka balik nanti bukan untuk berkhidmat sebagai doktor perubatan sahaja, sebaliknya mempunyai kemahiran dalam bahasa Arab dan ilmu agama. "Inilah matlamat kerajaan negeri melahirkan doktor perubatan yang juga boleh menjadi imam solat dan mampu membaca kitab bahasa Arab," ujarnya ketika berucap sebelum itu. Menurutnya ramai pelajar tidak mahu melepaskan peluang belajar dalam bidang perubatan di Mesir semata-mata bagi mendalami kedua-dua ilmu tersebut. Oleh itu kata beliau, pelajar-pelajar janganlah mengsia-sia peluang yang ada sekarang memandangkan Mesir merupakan bumi para ambiya lagi berkat. Menteri Besar pula berharap pelajar yang kembali semula ke Mesir bagi meneruskan pengajian hendaklah menyesuai diri dengan keadaan semasa di sana sekarang. Katanya, keadaaan di Mesir hari ini di bawah Jeneral As Sisi berbeza berbanding di era Presiden Dr Mohamad Morsi. Menurutnya juga kerajaan mahu memastikan pelajar dapat kembali semula ke Mesir dengan menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka, biar pun sumber kewangan negeri agak terhad. Pada persidangan Dun minggu lepas Dr Fadzli berkata, pelajar yang pulang sendiri tanpa melalui Ops Piramid II tidak terbabit dengan pembayaran saguhati terbabit. ~hrkh |
Pelik!! Lembu Mengetuai Gerombolan Manusia? Posted: 14 Oct 2013 05:00 PM PDT "Malang bila wanita Umno masih tidak sedar implikasi mengembalikan semula Shahrizat Jalil sebagai ketua."Ini berkenaan memilih pemimpin yang bersih dan bertanggungjawab untuk memimpin negara. "Jika kerosakan ini dibenar berterusan, tabung negara kita akan dirompak lagi tanpa memikirkan tentang masa depan anak-anak kita," kata Zuraida dalam kenyataan. Shahrizat menang kerusi Ketua Wanita pada pemilihan Umno 12 Oktober lalu dengan menewaskan Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin.Tambah Zuraida, Shahrizat sepatutnya meminta maaf kerana pengilbatan ahli keluarganya dalam skandal NFC. Beliau mempersoalkan apakah cukup dengan menidakkan pengetahuan bahawa suami Shahrizat mengambil RM81 juta dari akaun NFC untuk membeli dua kondominium mewah di Bangsar. "Jika Sharizat yakin dirinya tidak terbabit dalam skandal tersebut, dia sepatutnya menyaman suaminya kerana mencemarkan namanya," kata ZuraiApakah jenis mesej yang Umno menghantar kepada rakyat" Apakah tidak mengapa bagi seseorang yang dikaitkan dengan skandal menjadi seorang pemegang jawatan parti untuk menjadi pemimpin negara?, soal Zuraida. ~kd |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan