WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- TRIBUNAL RAKYAT
- HARUN SURUH KAJI.PRESIDEN KATA TAK PAYAH
- ZAHID MENUNGGU LAMPU HIJAU MENCABAR MUHYIDDIN
- Tempoh PAS berpecah sudah tiba?
Posted: 18 Sep 2013 07:18 PM PDT |
HARUN SURUH KAJI.PRESIDEN KATA TAK PAYAH Posted: 18 Sep 2013 02:13 PM PDT Harun: 'Kaji tahaaluf siyaasi bukan tarik diri'.Aku rasa Harun ni patut tanding Presiden,Ada orang Pas yang akan setuju dengan dia atau tidak.Memang sejak dulu Harun tidak pernah bersetuju dengan Anwar.Ramai kawan terdekat tahu dan kenal Harun.
Ketuanya, Datuk Harun Taib menegaskan kajian itu dilakukan untuk menjadikan Pas sebagai parti dominan dalam PR bukan 'keluar' daripada PR. Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan Dewan Ulama yang ditolak Pas Pusat tidak menjadi halangan untuk sayap itu meneruskan kajian sedia ada yang dilakukan sejak 2008. "Beliau (Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang) tolak tak mengapa, kita tak ada masalah. "Kita akan teruskan sebab sekarang pun kita sedang jalankan kajian. "Tahaaluf siyaasi bukan untuk tarik diri daripada PR tetapi untuk menjadikan Pas lebih dominan dalam PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Difahamkan, kajian itu telah bermula sejak PRU 2008. Sinar Harian melaporkan hari ini, Pas tetap akan meneruskan kerjasama dalam PR walaupun Harun mencadangkan agar parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) khususnya dengan PKR. Abdul Hadi berkata, hubungan dalam PR perlu diteruskan sebagai sistem dua parti dan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di mata rakyat. "Sehingga kini, kita teruskan kerjasama dengan PR sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN. "Tiada sebab untuk Pas mengkaji semula tahaaluf siyaasi ini," katanya. Sehubungan itu, tambah Harun, beliau yakin cadangan Dewan Ulama akan diterima pakai Pas Pusat terutamanya mengenai cadangan sayap itu pada muktamar lalu supaya Pas tidak mendedahkan calon 'Perdana Menteri' yang pada mulanya tidak dipersetujui Pas Pusat namun akhirnya akur. "Dulu kita pernah bentang dalam muktamar tahun lepas, calon Perdana Menteri tidak perlu diumum awal, tetapi akhirnya mereka akur. "Mereka terima juga, mereka pakai juga cadangan ulama," jelasnya. Selain itu, apabila ditanya mengenai tawaran BN untuk bekerjasama dengan Pas, Harun berkata, "saya tidak mahu layan perkara itu." |
ZAHID MENUNGGU LAMPU HIJAU MENCABAR MUHYIDDIN Posted: 18 Sep 2013 03:58 AM PDT Zahid menunggu isyarat dari Najib untuk menentang Muhyiddin Walau bagaimanapun, Najib masih berdiam diri bahawa dia boleh memberikan isyarat sekiranya akan terlalu sukar. Pemerhati Umno mengatakan Najib mungkin akan menaikkan Zahid ke atas untuk bertanding terhadap Muhyiddin "Saya fikir Zahid juga menunggu isyarat dari Najib. Apabila ia diberikan, Zahid bertanding mencabar Muhyiddin untuk jawatan timbalan presiden. Ini akan meninggalkan sedikit ruang kepada Hisham," kata sumber dalaman Umno. "Najib juga dekat dengan Isa Samad kerana hubungan Felda mereka dan seharusnya tidak mempunyai masalah meyakinkan beliau tercicir. Begitu juga sama bagi Ali Rustam. Sebagai PM, Najib mempunyai kuasa untuk menawarkan peluang terbaik dan pelantikan ke atas kedua-dua Isa dan Ali Rustam sebagai ganjaran yang 'taat'. Tetapi itu bermakna Muhyiddin keluar. Ya, Muhyiddin adalah benar-benar dalam keadaan tertekan sekarang dan yang banyak jawatan kini, beliau dianggap sebagai yang paling lemah dan paling mungkin dilambung melainkan jika dia menyerang perjanjian dengan Mahathir. " Pencalonan bagi jawatan Umno teratas ditutup pada 28 September manakala pilihan raya pada 19 Oktober. Perhimpunan agung parti itu akan diadakan pada Disember 2013 |
Tempoh PAS berpecah sudah tiba? Posted: 18 Sep 2013 03:39 AM PDT Ketua Dewan Urusan Ulamak Pas Harun Taib membuat cadangan supaya Pas mengkaji semula kerjasama (tahaaluf syiasi) dengan PKR. Beliau dilaporkan mengemukakan cadangan itu semasa merasmi Mutlaqa Ulamak se-Malaysia yang berlangsung sehari suntuk di Kedah. Alasan itu katanya kerana banyak perkara menerusi tahaaluf syiasi itu boleh melemahkan Pas. Beliau tidak menyebut apakah bentuk kelemahan-kelemahan secara spesifik dan ilmiah, hanya menyebut salah satu kelemahannya menyebabkan sokongan Melayu terhadap Pas berkurangan berdasarkan kepada pilihan raya lepas. Tentunya andaian ini silap sebab tahaaluf syiasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan tetapi bersifat anjing berjimak (lama). Pandangan Harun ini adalah subjek yang akan menggemakan muktamar Pas yang akan berlangsung di Shah Alam pada November depan. Sudah tentu muktamar akan datang akan memberi fokus kepada cadangan itu dan ia akan menjadi agenda utama muktamar. Apabila Harun melontarkan isu itu, ia menjadi isyarat kepada ahli-ahli Pas terutamanya golongan merasakan diri mereka 'ustaz, hafiz atau mendapat pendidikan Timur Tengah dan lebih bangsa 'Melayu' akan membahas perkara berkenaan. Apa yang dapat dibayangkan di sini, sekiranya agenda itu dibahas dan diterima sudah tentu Pas akan mempamirkan satu langkah baru yang lama dan sekaligus Pas akan menunjukkan ia dikuasai oleh 'pedagang-pedagang' politik Islam. Kemungkinan yang boleh disuluh di sini Pas akan mencari rakan politik baru dalam projek 'tahaaluf syiasinya' untuk masa depan bagi meletakkan Pas sebagai sebuah parti dominan seperti diharap Harun. Bolehkah Pas menjadi dominan dengan pendekatannya tanpa menuruti 'sungai peralihan' kerana politik itu sendiri bersifat pragmatik? Mungkin di sini Pas akan berpaling tadah bekerjasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan Melayu dan Islam. Tetapi selalu yang disoalkan, apakah Umno akan bersikap jujur dan ikhlas dengan Pas? Dan sejauh manakah Pas menyakini Umno memperjuangkan Islam dan Melayu sedangkan dasar-dasarnya yang jelas bertentangan dengan kehendak dasar perlembagaan Pas. Cadangan untuk mendekati Umno ini tidak menghairankan kerana agenda Unity Gorvenment masih berjalan tetapi dengan sedikit perubahan dan bertukar pemainnya. Kalau dahulu ia dimainkan oleh bekas timbalan presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan beberapa yang lain, tetapi kini ada watak lain yang mengambil alih baton kerajaan perpaduan itu dengan melarikannya dalam kabus. Sekiranya muktamar menerima cadangan itu; Pas memutuskan kerjasama dengan PKR khasnya Anwar Ibrahim sedikit sebanyak ia akan menjejaskan Pas dari segi kepercayaan umum. Orang akan melihat Pas tidak konsisten didalam akidah politiknya (kerjasama) atau berbuat sesuatu tanpa berfikir. Golongan muda profesional tentu akan tergencat menyebabkan mereka menarik diri dari Pas. Pemansuhan kerjasama itu juga boleh menyebabkan orang Cina konfius dengan Pas dan hilang kepercayaan. Kerusi-kerusi bandar yang dimenangi Pas atas sokongan pengundi Cina akan hilang. Implikasi ini kena diterima, sumbangan orang Cina juga dalam hubungan kerjasama ini tidak banyak, sikit menguntungkan Pas. Secara umumnya cadangan Harun agar dikaji semula kerjasama itu tidak boleh dikesampingkan begitu saja dengan syarat ia dibuat secara menyeluruh. Kajian itu bukan saja melihat kelemahan atau pun kenegatifan Pas dengan kerjasama itu sahaja, sebaliknya kaji juga mengenai kesan positifnya seperti salah satu dinyatakan di atas tadi. Kalau hendak buat kajian jangan melihat cemarnya PKR sahaja, tetapi kena juga lihat kelemahan Pas itu sendiri serta kesalahan-kesalahan dilakukan Pas disepanjang tahalul syiasi itu sendiri. Sebab Pas juga parti yang tidak sesuci namanya dari segi amalinya. Bila ditengok memang Pas menjadi terlalu toleransi dan anjal dalam aspek-aspek yang perlu dipetegakkan, misalnya mengenai soal agama dan bangsa, tetapi siapa yang salah. Apakah PKR yang menekan Pas agar bersikap begitu atau siapa? Misalnya dalam layanan liberalisasi keagamaan Pas menjadi tersangat baik dan terbuka sampai Presiden dan Mursyidul Am sendiri sanggup masuk ke gereja demi menarik perhatian dan simpatis politik? Apakah pemergian presiden dan mursyidul am itu atas paksaan PKR atau Anwar? Jawabnya tidak. Ia adalah kehendak dan ijtihad mereka sendiri. Jadi dalam hal ini PKR atau DAP tidak boleh disalahkan atas toleransi keterlaluan itu sehingga menyebabkan Pas rugi melainkan kesalahan Pas sendiri juga. Bagaimana pun, cadangan Harun itu juga dilihat bakal menjadi polemik baru didalam Pas. Cadangan itu sudah tentu akan bertentangan dengan pandangan (pola fikrah politik) Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Nik Aziz yang melihat tahalus syiasi dengan PKR itu memberi ruang baru kepada Pas sendiri untuk memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. Perwujudan Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) Pas sedikit sebanyak ia bertolak dari roh tahalu syiasi. Sebelum mengkaji kebehasilan tahalus syiasi itu kaji dulu apakah untung dan rugi DHPP Pas itu. Boleh jadi juga isu itu akan digunakan untuk muktamar November nanti bagi menyingkir mereka yang tidak sebulu dan sepasukan dengan mereka, iaini golongan merasakan mereka alim ulamak. Golongan profesional yang selama ini membawa anjakan baru dalam politik Pas; mempolitikan ulamak dan mengulamakkan politik, telah membawa perubahan besar kepada pentadbiran dan sistem politik Pas serta memecahkan 'bongol-bongol' pejal dalam rangka kepelbagaian citarasa politik berversiasi negara ini. Seharus dikaji dengan mendalam dan panjang lebar. Penolakan kerjasama dengan PKR itu sudah tentu ia akan membawa kepada penolakan kerjasama dengan DAP juga dan menolak kerjasama dengan mereka yang benci kepada lapok UBN. Penerimaan itu nanti menyebabkan orang ramai khasnya generasi baru merasakan Pas mundur ke belakang semula. Pandangan itulah yang dimahui Umno bagi melihat Pakatan Rakyat yang kini menguasai suara majoriti menjadi lemah 'kumbali'. Umno sedang berdoa siang dan malam dengan mendupakan asap kemenyen Islam dan bangsa bagi mempengaruhi Pas. Apakah langkah dewan ulamak yang ingin membawa Pas kembali ke belakang dalam tribulasi ini kerana mereka sudah termakan cacing dalam mee Umno? Nauzubilah. Paling menakut dan membimbangkan gara-gara cadangan Harun Taib dan begitu ghairahnya golongan merasakan mereka alim itu menyebabkan Pas akan berpecah dua. Peristiwa yang berlaku penghujung 1982 menyebabkan Mohd Asri Muda dan rakan-rakan meninggalkan Pas kemudian menubuhkan Hamim tahun 1986 disebabkan diperlakukan demikian rupa dan kejinya, perlulah disedari dan diambil iktibar. Tempoh untuk Pas berpecah juga sebenarnya sudah sampai selepas, iaini Pas tenang selama 30 tahun. Perhatilah Pas sudah tidak berpecah dan kalut sesudah 30 tahun setelah kekalutan terakhirnya 1982. [wm.kl.3:35 pm 14/09/13] |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan