Rabu, 18 September 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


"Geng 13 Kudeta Perak": - Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Taiping - BEBAS, ALLAHU AKHBAR!!

Posted: 18 Sep 2013 09:13 PM PDT

Akhirnya keputusan Mahkamah Tinggi Taiping membenarkan rayuan supaya hukuman penjara 2 tahun ditangguhkan
Abah Anas tersenyum

Kebebasan ke 13 orang tidak boleh dirampas! Bebas! - Nashita

Keputusan hakim ialah hukuman memohon 13 org utk ditangguhkan sehingga rayuan telah diterima. Kemenangan awal. Dengaan syarat dikekallkan 3k jamiman - Dr. Mujahid Rawa

Urus ikat jamin di Kuala Kangsar, kemudian akan dibebaskan di Penjara Tapah - Nashita
Alhamdulillah, akhirnya doa 13 orang yang dizalimi dan semua yang bersimpati makmulkan, Takbir!!!
  
  • Pukul 10 lebih baru hakim masuk? Jangan sebab 'kena mengadap' dulu dah la...
  • Asmuni Awi memulakan penghujahan bagi pihak 13 OKZ dam memohon penangguhan hukuman.
  • Hanipa Maidin menyambung penghujahan dengan merujuk kes rogol kanak-kanak 5 tahun. Yang dihukum boleh diikat jamin dan bebas. Mengapa pula mereka ini tidak boleh ditangguh hukuman.
  • Hanya hukuman mandatori saja yang Mahkamah letakkan hukuman 2 tahun. Ini hanya kesalahan bawah sek 145 dan mereka yang terlibat tidak pernah melakukan kesalahan. Maka adakah wajar Mahkamah mengenakan hukuman 2 tahun.
  • Sek 27 (4) akta polis dan sek 145 akta jenayah. Keduanya mesti melibatkan perhimpunan aman dan mesti bersurai. Sedangkan mereka telah dibebaskan di bawah akta polis sek 27(4) tetapi di dapati bersalah bawah sek 145 penal code.
  • Peguam ketiga, Agustine pula mengemukakan penghujahan. Beliau bersama Aminuddin adalah peguam yang mengendalikan kes ini sejak 5 tahun lalu tanpa sebarang bayaran.
  • Hakim senyum-senyum saja mendengar hujahan peguam kami Augustine Anthony. Beliau menegaskan tetang keadaan kesihatan OKZ juga perjalanan kes sebelumnya. Ramai mereka yang sudah kehilangan kerja dan sudah 'terhukum'.
  • Peguam ke 4 Charan Singh pula sambung penghujahan.
  • DPP bangun dan bantah permohonan penangguhan hukuman dan merasakan hukuman mandatori wajar.
Gambar-gambar suasana di Mahkamah Tinggi Taiping.

OKZ bergari diiring berjalan ke Mahkamah Tinggi Taiping

Mahkamah kecoh bila polis enggan benarkan masuk ke mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Peoples's Tribunal on GE13 #Day 2-Session 1

Posted: 18 Sep 2013 08:36 PM PDT

Assad: Gov't Did Not Conduct Chemical Attack

Posted: 18 Sep 2013 08:35 PM PDT

PAU 2013: Mampukah Mukhriz 'haru-birukan' penyandang VP?

Posted: 18 Sep 2013 08:32 PM PDT

Datuk Mukhriz Mahathir kini menjadi tumpuan ahli Umno di seluruh negara menjelang pengumuman pentingnya petang ini sama ada akan menyahut atau tidak hasrat akar umbi yang mahu beliau bertanding jawatan naib presiden Oktober ini.

Ia dilihat sangat penting kerana kesediaannya untuk bertanding jawatan tersebut bakal menggegarkan peluang para penyandang naib presiden Umno, terutama Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut sumber-sumber dalaman Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dilihat agak mantap kedudukannya untuk mempertahan jawatan tersebut.

Tetapi selain Hishammuddin, penyertaan Mukhriz juga mungkin memberi tempias kepada seorang lagi penyandang, Datuk Shafie Apdal.

Namun, sumber-sumber itu berpendapat, peluang Shafie agak cerah memandangkan kekuatan Umno Sabah mungkin dapat membantunya mengekalkan jawatan tersebut.

Ini ditambah pula dengan penarikan diri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman daripada bertanding jawatan tersebut.

Dua lagi yang turut menawarkan diri mereka bertanding jawatan tersebut ialah bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Abdul Isa Samad.

Namun cabaran Ali dan Isa, menurut beberapa sumber Umno, dilihat tidak mampu mengancam persaingan bagi jawatan tersebut dalam pemilihan Umno tahun ini.

Berdasarkan beberapa kenyataan ketiga-tiga penyandang jawatan tersebut, sumber-sumber Umno berkata kemungkinan mereka berganding bahu bagi mewujudkan kerjasama antara Umno negeri masing-masing - Perak (Zahid), Hishammudin (Johor) dan Shafie (Sabah) untuk mengekal jawatan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Tribunal hears of murder in the run-up to GE13

Posted: 18 Sep 2013 08:31 PM PDT

The Bersih People's Tribunal heard today how an aide to the Parti Keadilan Rakyat candidate for the Tapah parliamentary seat was murdered in the run-up to the polls.

The PKR candidate K. Vasantha Kumar, who lost the seat to MIC's Datuk M. Saravanan in the May 5 polls, told the tribunal that his security aide, K. Murugan, had earlier received many threatening calls from people he knew and did not know.

"Murugan told me that he was warned to stop campaigning for me or he would be chopped up with a parang and killed," said Vasantha.

Murugan was hired after Vasantha and his campaign workers were attacked and threatened on several occasions during the campaign period.

"We were attacked once in the compound of the Tapah district police headquarters in the presence of the OCPD, " Vasantha revealed.

When asked by the tribunal's head of legal team Professor Gurdial Singh if any action had been taken by the police officer, Vasantha said, "the man who attacked us was picked up and then released the same day and since then, no further action has been taken".
He also said that more police reports were lodged by several of his campaign workers after they had received threats through phone calls and SMSes.
Read More / Baca Lagi >>

Penchachai Umno tuduh Anwar arah bunuh Chin Peng mati 16 September?

Posted: 18 Sep 2013 08:29 PM PDT

Dan macam biasa semua ni Anwar punya kerja. Nak bagi lagi menusuk depa punya hikayat, depa tambah yang bukan saja-saja Anwar suruh bunuh Chin Peng mati pada 16 September tapi Anwar sebenarnya diarahkan oleh Yahudi.

Satu blog penchachai Umno BN tulis:
Mengikut maklumat yang disampaikan oleh seorang teman yang mengikuti perkembangan Chin Peng, bekas pemimpin komunis ini sebenarnya telah 6 bulan berada di hospital berkenaan.

Khabarnya Chin Peng telah berada dalam keadaan 'technically dead' sejak sekian lama dan hanya bergantung kepada mesin untuk terus hidup. Sememangnya perkara ini telah dirancang. Pagi 16 September, 'life support machine' telah dicabut atas arahan orang berkepentingan. Persoalannya siapa yang merancang?? - Blog Penchachai  
Tak habih-habih la penhachai Umno BN berkhayal, naik kesian pulak aku   tengok. Bukan takat masa hidup dia depa tak bagi dia balik ke tanah   tumpah darah dia, bila dah mati pun abu dia pun depa tak bagi bawa   balik, tak cukup dengan tu difitnah lagi pulak tu.

Tak berenti setakat tu, blogger penchachai tu tulis lagi:


Dan macam biasa semua tu Anwar punya kerja. Nak bagi lagi menusuk dan mudah puak-puak Melayu yang bangang dalam Umno percaya depa punya hikayat, depa tambah yang bukan saja-saja Anwar suruh bunuh Chin Peng pada 16 September tu tapi Anwar sebenarnya diarahkan Yahudi, siap bubuh nama lagi untuk konspirasi tu.
Read More / Baca Lagi >>

RM2b of AS1M not taken up by Bumiputera

Posted: 18 Sep 2013 08:26 PM PDT

The shares were not taken up by bumiputras despite Permodalan Nasional Berhad declaring 6.7 sen income distribution for financial year ending Sept 30, 2013. 

by Azli Jamil
PETALING JAYA: About half of the RM5 billion bumiputera allocations have not been taken up in the Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) share trust units despite Permodalan Nasional Bhd (PNB) declaring a record 6.7 sen income distribution for AS1M for the financial year ended Sept 30, 2013.
The amount not taken up stood at RM2 billion, translating a take-up rate of only 60% for the bumiputera portion for AS1M.
The income distribution paid by Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), the wholly owned subsidiary of Malaysia's biggest fund management company, involved RM593.06 million to be paid to the 365,355 unit holders who have subscribed to 9.28 billion units of AS1M.
"About RM2 billion of the bumiputera quota has not been subscribed," PNB group chief executive officer and president Hamad Kama Piah Che Othman told reporters in Kuala Lumpur yesterday, adding that all the non Bumiputera portions for AS1M have been subscribed.
AS1M, a fixed price fund with a size of 10 billion units, was launched in 2009 and opened to all Malaysians with an allocation of 50% for bumiputera, 30% for the Chinese, 15% for Indians and 5% for others.
PNB chairman Ahmad Sarji Abdul Hamid said in his speech at the announcement of the income distribution that as of Sept 16, 2013, AS1M has recorded a gross income of RM723.93 million, with profit from sale of shares accounting for RM405.99 million or 56.1% while RM128.15 million or 17.7% was derived from investments in short-term instruments and other income.
Read More / Baca Lagi >>

Abu mayat Chin Peng: MCA, Pemuda Umno berbeza pandangan

Posted: 18 Sep 2013 08:24 PM PDT


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) bertegas menolak desakan MCA untuk membenarkan abu mendiang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau tetap tegas dengan pendirian bahawa keputusan membenarkan abu mayat pemimpin komunis itu akan mengguris perasaan ramai  keluarga mangsa komunis.
"Itu kenyataan MCA biarlah apa mereka mahu cakap tetapi ini kenyataan daripada Pemuda Umno, kita kata memang tidak patut,"katanya kepada media selepas pelancaran Sistem eRoy di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Putrajaya pagi ini.
Malah, katanya, Chin Peng tidak pernah menjadi rakyat Malaysia.
"Chin Peng bukan warganegara Malaysia, jadi biarlah siapa pun yang desak, tindakan membawa abu mayat Chin Peng ini menghina negara," katanya.
Semalam, Naib Presiden MCA, Gan Ping Siee mendesak kerajaan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai.
Naib Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) itu berkata, masyarakat antarabangsa akan memandang serong terhadap Malaysia sekiranya terus melarang abu mayat Chin Peng dibawa masuk dalam negara.
Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz: AES perlu ditangguh

Posted: 18 Sep 2013 08:23 PM PDT

Pengambilalihan sepenuhnya kerajaan ke atas syarikat pengendali kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilihat tidak memberi penyelesaian mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut.

Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar berkata, ia menunjukkan keputusan melaksanakan AES ini dilakukan secara tergesa-gesa tanpa penelitian mendalam sebelum ini.

"Kerajaan sepatutnya melakukan kajian terperinci mengenai perlaksanaan ini termasuk penyerahan  kepada dua syarikat tersebut iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd.

"Sebenarnya sistem ini perlu ditangguhkan terlebih dahulu sehingga dibawa berbincang bersama pihak-pihak terlibat termasuk persatuan pemandu untuk mendapatkan kesepakatan dalam mengurangkan kadar kemalangan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahfuz berkata, tindakan diambil kerajaan itu seperti membatalkan perjanjian dengan syarikat pengendali itu yang tidak diketahui kesannya terutama melibatkan pampasan yang perlu diberikan.

"Kita nak tahu juga, berapa kerajaan perlu bayar kepada syarikat itu nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid Perlu Jelaskan Kenapa 13 Peserta ‘Ops Bubar’ Dipakaikan T-Shirt Merah?

Posted: 18 Sep 2013 08:22 PM PDT

[Gambar kanan - Haji Sa'ari paling kanan bersama keluarga Faiz Arshad, disebelah kiri Haji Sa'ari adalah Mariyam, isteri Faiz yag sedang menunggu kelahiran cahayamata mereka]

Ahli keluarga 13 orang peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 lalu, memohon seluruh rakyat Malaysia mengadakan solat hajat dan berdoa, agar rayuan yang dikemukakan di mahkamah Taiping diperkenankan Allah.

Menurut Bendahari Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Teluk Pasu, Haji Sa'ari bin Mohd Amin, pihak peguam akan mengemukakan rayuan pada hari Khamis 19 September, jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Taiping.

"Mahkamah menetapkan (hari) Khamis ini 19/9/13 jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Taiping untuk mendengar rayuan, saya mohon sahabat-sahabat seperjuagan dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi agar dapat mengadaka solat hajat dan berdoa,

"agar rayuan tertuduh 13 orang itu diterima dan InsyaAllah (mereka) di bebaskan," ujarnya ketika dihubungi.

Beliau dan ahli keluarganya yang menziarahi menantunya, Faiz Arshad di penjara Tapah kelmarin berkata, semua 13 orang yang ditahan dipejara itu dalam keadaan sihat .

Namun begitu, beliau mempersoalkan, mengapa 13 peserta 'Ops Bubar' itu diberikan pakaian baju T berwarna merah, sedangkan kesalahan mereka bukan jenayah berat.
Read More / Baca Lagi >>

Projek IC Sabah: Giliran Anwar beri keterangan

Posted: 18 Sep 2013 08:20 PM PDT


KOTA KINABALU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung projek IC Sabah hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi saksi seterusnya selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir memberi keterangan minggu lalu.

Mahathir dalam keterangannya sebelum ini berkata pegawai kerajaan yang mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing dan beliau menafikan terlibat.

Mahathir selepas itu turut mengaitkan Anwar dengan menyifatkan Ketua Umum PKR itu mengetahui apa yang berlaku mengenai projek tersebut.

Tinjauan Harakahdaily mendapati orang awam juga turut hadir bagi mendengar keterangan daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Umno mahu pecahkan Pakatan bila cadang kerjasama, kata Zaid

Posted: 18 Sep 2013 08:19 PM PDT

Kesediaan Umno untuk mewujudkan kerjasama  dengan pembangkang khasnya dengan PAS hanyalah sekadar usaha memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR), kata bekas menteri dari Umno, Datuk Zaid Ibrahim.
Zaid, 63, dalam temuramah eksklusif dengan The Malaysian Insider berkata, kesediaan mewujudkan kerjasama yang dilontarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanyalah untuk memanaskan keadaan dan bukan tindakan ikhlas untuk mewujudkan kerajasama berkenaan.
"Muhyiddin mengambil kesempatan, PAS perlu kekal dalam Pakatan," katanya, dan menambah lontaran Muhyiddin dibuat memandangkan wujudnya gesaan dari sayap Ulama PAS untuk mengkaji semula hubungan parti Islam berkenaan dengan rakan komponen pembangkang dari PKR.
Zaid yang meningalkan Umno selepas 23 tahun bersama parti Melayu itu berkata, PAS perlu kekal dalam PR bagi mengekalkan sistem dwi parti seperti sedia ada.
Muhyiddin pada Selasa lalu berkata, Barisan Nasional (BN) sentiasa terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatupadukan umat Islam.
"Kita tidak kisah bekerja bersama PAS atau Pakatan sekiranya ia demi kepentingan Muslim di negara ini dan kita yakin sekiranya Umno bekerjasama dengan PAS banyak yang dapat dicapai," katanya dalam Program Sesi Dialog Timbalan Perdana Menteri bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dalam ucaptamanya semasa Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan PAS mencadangkan kerjasama politik di antara parti Islam itu dan PR terutamanya PKR dikaji semula.
Read More / Baca Lagi >>

Parlimen: Isu pengundi Bangladesh dijawab Isnin ini

Posted: 18 Sep 2013 06:04 PM PDT

KUALA LUMPUR - Isu pengundi Bangladesh dan gangguan bekalan elektrik semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada Mei lepas adalah antara soalan yang akan dijawab oleh kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, yang bertanggungjawab mengenai Parlimen berkata: "Pada persidangan kali ini kita akan menjawab beberapa isu termasuklah dakwaan kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi pada PRU-13".

Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen ke-13 bagi persidangan Dewan Rakyat akan bermula Isnin ini, dan berlangsung selama lapan hari sehingga 3 Oktober depan, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak bayar saman AES bukan kesalahan – peguam

Posted: 18 Sep 2013 05:51 PM PDT


KOTA KINABALU: Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff menjelaskan sesiapa yang mendapat saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan tidak membayar saman tersebut bukan satu kesalahan.

Beliau berkata, di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak mengandungi arahan bahawa saman atau kompaun itu wajib dibayar.

"Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan arahan agar membayar saman dengan kadar yang baru iaitu RM150 tetapi jumlah tersebut akan meningkat jika engkar arahan.

"Saya nak cabar Hishamuddin tunjukkan dalam akta tersebut yang mengarahkan saman itu perlu dibayar, kalau dia boleh tunjuk sepatah ayat mengatakan bahawa saman atau kompaun perlu (wajib) dibayar, saya akan membayar kesemua saman-saman AES  yang telah dikeluarkan," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan keputusan kerajaan yang meminta pemandu yang mendapat saman membayar kompaun dengan jumlah denda yang baru.

"Kompaun tidak wajib dibayar. Saman AES ialah perintah supaya hadir mahkamah bukan minta dibayar RM300 atau RM150 atau berapa sekali pun.
Read More / Baca Lagi >>

Pemerkasaan ekonomi petanda 1Malaysia gagal

Posted: 18 Sep 2013 05:50 PM PDT


KUALA LUMPUR: Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah petanda kegagalan dasar 1Malaysia yang diperkenalkan Najib dengan asas untuk membentuk rakyat Malaysia yang melihat diri mereka sebagai warga Malaysia, kata Lim Kit Siang.
Justeru, katanya sejak diisytiharkan sebagai cuti umum empat tahun lalu, sambutan Hari Malaysia ke-50 kali ini adalah sambutan yang paling menggusarkan rakyat.

Ini, ujarnya kerana dua hari sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membuat tindakan yang menunjukkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan sebagai peneraju transformasi negara dari segi tadbir urus kerajaan, politik mahu pun ekonomi.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut hari di mana Najib membuat pengumuman tentang Rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera bernilai RM31 bilion sebagai "hari yang sungguh bertuah" dan pengumuman itu sendiri sebagai "acara paling dinanti-nantikan".

"Tidak hairanlah Muhyiddin begitu gembira, kerana pengumuman itu menandakan kemenangan pendirian "Malay first, Malaysian second" beliau dan berakhirnya dasar 1Malaysia Najib yang belum pun mencecah usia empat tahun," ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz tidak boleh ikut cara bapanya

Posted: 18 Sep 2013 05:49 PM PDT


KUALA LUMPUR: Tun Mahathir Mohamad mahukan yang tua itu hanya untuk beliau dan yang muda pula adalah anak dan generasi keluarga beliau sahaja, tulis blogger politik, Aspan Alias.

"Bagi saya Umno biarlah dibina oleh ahli-ahlinya sendiri dan bukannya oleh mereka yang mempunyai agenda untuk keluarga dan peribadi mereka sendiri. Tidak ada pihak yang ingin menyekat kenaikan Mukhriz kerana ini demokrasi. Tetapi Mukhriz tidak akan terlepas dari bersalah-salahan dengan ahli-ahli Umno yang ramai dan beliau wajar menerimanya dengan terbuka," tulisnya.

Justeru, pada pandangannya Mukhriz tidak boleh mengikut cara bapanya yang sentiasa tidak mahu mendengar pandangan lain dari pandangan beliau sendiri.

"Mendengar pandangan lain itu adalah haram bagi Dr Mahathir kerana beliau mengganggapkan hanya pandangan beliau sahaja yang betul," ujar beliau di dalam blognya.

Tetapi, baginya itu hak beliau untuk memberikan pandangan tetapi setiap ahli mempunyai pandangan sendiri dan boleh menilai semua yang kehadapan memperagakan diri mereka untuk duduk di barisan kepimpinan negara.

Menurutnya, hanya yang penting mereka jangan dengan tidak sengaja terperaga kelemahan-kelemahan yang nyata dalam proses kempen-mengempen itu.

Catur Othello dalam pemilihan Umno

Posted: 18 Sep 2013 05:48 PM PDT

Timmy Say

Pemilihan Umno menjadi semakin rancak hari ke hari. Yang mengikuti perkembangan pemilihan Umno di media secara dekat akan susah untuk melihat apa sebenarnya permainan pemimpin Umno.

Ini kerana apa yang disajikan dan sengaja disebutkan ke media khasnya media tradisi oleh bakal calon cumalah pengalih perhatian dan juga sebahagian strategi untuk melihat reaksi musuh.

Sebenarnya semua calon Umno hanyalah ibarat catur Othello. Catur Othello mempunyai dua warna iaitu hitam dan putih. Semua catur boleh bertukar bila-bila masa daripada hitam ke putih dan putih ke hitam, bergantung pada dua catur di penghujung setiap baris, sama melintang, menegak mahupun penjuru.

Siapa pemain catur Othello ini di dalam Umno?

Tidak lain tidak bukan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin di satu belah (kita namakan Team A) manakala Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di belah satu lagi (kita namakan Team B).

Kedua-dua pihak sedang berusaha mengawal kotak strategik di atas papan catur. Uniknya permainan Othello ini ialah tiada orang yang tahu siapa pemenang sehingga akhir permainan.

Walaupun papan catur kelihatan dikuasai oleh satu warna, namun satu kesilapan boleh menyebabkan seluruh catur lain bertukar warna pada saat yang akhir.

Akhirnya, pemenang ditentukan oleh jumlah catur warna yang ada di atas papan catur.

Begitulah juga pertarungan di dalam pemilihan Umno kali ini – iaitu pihak siapa yang boleh menguasai Majlis Tertinggi Umno dan kerusi Naib Presiden akan dikira sebagai menang.

Buah-buah catur mula diletakkan di tempat-tempat strategik untuk menukar warna catur lain apabila tiba masanya.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar ke Sabah, dijangka bagi keterangan di RCI hari ini

Posted: 18 Sep 2013 05:47 PM PDT


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dijangka memberikan keterangan di hadapan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah hari ini.
Ketua Angkatan Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata beliau bersama beberapa pemimpin PKR lain mengiringi Anwar ke Sabah hari ini.
Sebelum ini, pejabat Anwar memberitahu The Malaysian Insider, Anwar akan menjawab segala tuduhan Tun Dr Mahathir terhadapnya dalam sidang RCI.
"Datuk Seri akan beri statement beliau depan RCI minggu depan," kata SMS kepada The Malaysian Insider.
Dr Mahathir mendakwa kepada pemberita di Kuala Lumpur, bekas timbalannya itu pasti tahu jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dibuat secara rasmi oleh kerajaan.
Tanpa menamakan Anwar, bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini menegaskan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah.
"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" katanya.
"Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah.

Bantah TPPA: Bendera dan gambar presiden Amerika dibakar

Posted: 18 Sep 2013 05:45 PM PDT


Bendera Amerika dan patung Presiden Obama dibakar sekumpulan aktivis bagi membantah kedatangannya ke Malaysia. Gambar oleh Keadilan Daily.Bendera Amerika dan patung Presiden Obama dibakar sekumpulan aktivis bagi membantah kedatangannya ke Malaysia. Gambar oleh Keadilan Daily.Sekumpulan aktivis membakar patung Presiden Amerika, Barack Obama serta bendera Amerika malam semalam sebagai tanda bantahan terhadap kehadiran beliau ke negara ini.
Ia dibuat sempena pelancaran Jelajah #BantahObama #TolakTPPA di Taman Melati, Wangsa Maju malam semalam menjadi satu permulaan mobilisasi besar 'menyambut' kehadiran Presiden Amerika pada 11 Oktober ini di KLCC.
Majlis yang dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama SMM dan NGO Bantah TPPA dipanaskan dengan aksi 'bakar Obama' sebagai satu amaran penting simbolik penolakkan terhadap perjanjian penuh kerahsiaan TPPA dan juga kehadiran Obama ke Kuala Lumpur.
Dalam aksi berkenaan, satu replika Obama dan bendera Amerika dibakar hingga rentung di depan ratusan hadirin.
Barack Obama dijadualkan ke Kuala Lumpur pada bulan depan untuk menjadi saksi majlis tandatangan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian TPPA.
Namun tekanan yang hebat dari rakyat dan pelbagai NGO telah menyebabkan kerajaan Malaysia dikatakan menangguhkan majlis tandatangan untuk memeterai perjanjian tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Polisi ekonomi Bumiputera buat Melayu malas, kata Zaid Ibrahim

Posted: 18 Sep 2013 05:45 PM PDT


Polisi agenda ekonomi Bumiputera buat orang Melayu malas, kata Datuk Zaid Ibrahim. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 September, 2013.Polisi agenda ekonomi Bumiputera buat orang Melayu malas, kata Datuk Zaid Ibrahim. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 September, 2013.Polisi memperkasa ekonomi Bumiputera hanya akan membuatkan komuniti majoriti di negara ini semakin "ketagih" yang akan membuatkan mereka menjadi malas, kata bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Zaid yang pernah menjadi ahli Umno selama 23 tahun berkata, polisi untuk Melayu dan Bumiputera, seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu tidak seharusnya khusus kepada satu-satu etnik, sebaliknya perlu fokus kepada keperluan semua rakyat.
"Saya tidak melihat keperluan polisi khusus kepada satu-satu kaum. Itu semua mengarut dan idea membantu kumpulan tertentu dengan polisi tidak lagi diperlukan," katanya dalam satu temuramah khas bersama The Malaysian Insider.
Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mempunyai pandangan sama. Bagi beliau, ini satu polisi yang tidak tepat kerana rakyat perlu dibantu mengikut keperluan mereka bukan mendiskriminasi kaum lain.
Read More / Baca Lagi >>

Lagi Projek Mengayakan Orang Melayu Teristimewa.....!!!

Posted: 18 Sep 2013 04:27 PM PDT

Lagi satu projek untuk deceive orang Melayu. Lagi satu projek mengayakan kumpulan Melayu istimewa.

Semua rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu mesti waspada dengan pengistiharan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Jangan kita suka sangat dengan pengistiharan jumlah wang yang akan mendanai projek ini dan berasa terlalu gembira. Tidak mustahil ianya akan menjadi lagi satu skim mencepatkayakan kontraktor dan pembuat keputusan dan penentuan. Kalau kita alpa, ianya akan menjadi DEB1(1970-1990) dan Perancangan2 lain pasca DEB1.
Sedap didengar tapi siapa yang hendak diperkasakan? Tidak cukup kah giat mara, IKBN dan pusat latihan membeli alatan2 untuk melatih budak2 Melayu? Apa yang mereka buat untuk menjustifisaksikan pembinaan dan pembelian alatan yang menelan belanja ratusan juta dan mengayakan kontraktor2 UMNO? IKBN umpamanya, berkos RM100-150juta setiap satu dan kita mahu bina banyak lagi? Berapa ramai graduan yang sudah dilahirkan oleh IKBN dan institiut2 kemahiran lain diseluruh negara dan adakah mereka dibantu mendapat kerja dan perniagaan?
Adakah latihan melalui giat MARA, IKBN dan sekolah serta kolej vokesyenal tidak mencukupi untuk melahirkan jenerasi Melayu yang mempunyai kemahiran yang marketable? Setelah puluhan tahun baru kita sedar kita seperti kilang mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti atau barangan yang tidak  menepati citarasa dan permintaan pasaran.
Kita tumpukan perhatian kepada 20% yang teratas untuk masuk IPTA, IPTS, hantar pelajar keluar negara, yang lebih credik dan pandai, kita lupakan 80% yang terbawah.
Kerana kesilapan kita yang lalu, kita sekarang mempunyai suatu alasan untuk membuat projek dan menggembirakan hati orang Melayu? Selagi orang Melayu gembira, kita boleh buat wang atas nama bangsa, agama dan negara. Hebat strateji UMNO.
Namun, kita tidak menentang idea bahawa kemajuan bangsa Melayu memerlukan latihan dan kelayakan dan kemahiran. Ianya penting untuk membentuk system ganjaran atau reward system yang betul. Se2orang mendapat ganjaran mengikut kelayakan yang dia ada dan tawarkan. Dan saya menggunakan istilah kelayakan dalam pengertian yang luas; kita mendapat ganjaran mengikut bagaimana kita melayakkan diri mendapatkan nya iatu berkerja kuat dan melengkapkan diri dengan bakat, kemahiran, latihan yang setimpal.
Tapi kenalah kita melakukan sedikit perubahan. Pertama tamatkan monopoli kerajaan pusat menentukan isian re-skilling dan retraining. Berikan kuasa itu kepada kerajaan negeri pula. Biarkan mereka menentukan kemahiran jenis apa yang mereka perlukan.
Beri kuasa kepada setiap kerajaan negeri mengujudkan pusat re-skilling dan pertanggungjawabkan kerajaan negeri menghasilkan tenaga perkerja yang mahir. Kita nilai setiap kerajaan negeri dari segi kemampuan menghasilkan ramai tenaga mahir yang marketable. Bukankah tenaga perkerja yang berkualiti akan membangunkan ekonomi negeri masing2?
Read More / Baca Lagi >>

Pinjaman ASB Maybank RHB CIMB Akan Dibekukan? Punca? Hutang Isi Rumah RM800 bilion @ 89.2 % KDNK Malaysia

Posted: 18 Sep 2013 04:06 PM PDT

Pinjaman ASB Bank Negara
Pinjaman ASB : Ada pemain pelaburan pinjaman ASB Maybank, CIMB ataupun RHB di sini? Pelbagai cara digunakan untuk memanipulasikan atau lebih tepat lagi menggunakan dengan sebaiknya sistem kewangan yang ditawarkan oleh pihak bank Malaysia melalui teknik-teknik yang ada bukan.
Dan berdasarkan semakan Berita Semasa yang terkini, dilaporkan bank Maybank, RHB dan CIMB sedang dalam peringkat untuk mempertimbangkan pinjaman ASB Maybank CIMB RHB pada masa akan datang dibekukan tidak lama lagi terutamanya pinjaman baru. Beirta Semasa tekankan sekali lagi "pinjaman baru". Ini bermakna permohonan baru pinjaman ASB akan dibekukan.
Pelaburan ASB Maybank

Pinjaman ASB Maybank CIMB RHB VS Hutang isi Rumah?

Ini semua disebabkan angkara lonjakan mendadak kenaikan hutang isi rumah rakyat Malaysia yang sudah pun mencecah RM800 bilion bersamaan dengan 89.2 % KDNK Malaysia atas nama perintah daripada Bank Negara Malaysia (BNM). (KLIK SINI)
Jadual Pinjaman ASB
Dijangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mula mengeluarkan arahan menyekat pinjaman ASB Maybank, RHB, CIMB selepas Bajet 2014 kelak, iaitu Oktober 2013 ini. Apa pandangan anda pula? Adakah pinjaman ASB Maybank, CIMB, RHB lebih banyak membawa kebaikan berbanding kemudaratan dalam sutuasi ekonomi Malaysia yang kurang menentu sekarang ini?

Baik Atau Jahat Chin Peng Tetap Dikenang

Posted: 18 Sep 2013 04:01 PM PDT


Chin Ping terus menjadi perdebatan menandakan nama dan sosok itu ada di dalam diri dan minda rakyat Malaysia. Itu hakikatnya. Sama ada bayangan Chin Ping atau Ong Boon Hua itu hitam atau putih itu soal lain, ia terpulang ke atas orang yang menerimanya. Maklumat sejarah akan memberi jawaban dan memisahkan pandangan umum terhadapnya.

Chin Peng sudah pun meninggal pada 16 September lalu dalam usia 90 tahun di Bangkok. Detik itu sempena hari penubuhan Malaysia. Pemergiannya pada tempoh itu boleh ditafsirkan sebagai beliau tidak mahu mengikhtiraf kewujudan Malaysia pada 16 Septermber 1963? 

Kerajaan Malaysia sama sekali tidak memaafkan Chin Ping atas segala dosa-dosanya. Ketegasan kerajaan untuk tidak membenarkan, usahkan mayat, abunya pun tidak, dibawa ke Malysia. Polis di Raja Malaysia akan mengawasi sempadan bagi memastikan secebis abu Chin Ping pun tidak dibawa masuk.

Ketegasan adalah adalah hak kerajaan yang memerintah hari ini dan ia sesuatu yang cukup memberi kesan. Bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh memaafkannya walaupun keganasan dilakukan Chin Ping sudah berdekad lalu. Mungkin kalaun kerajaan hari ini bertukar ada cadangan agar membawa balik abu Chin Peng. Ketika itu nanti sekali lagi Chin Peng akan menjadi sebutan dan perdebatan hangat.

Walaupun ada suara-suara agar memberi kelonggaran tetapi ia tidak dipedulikan. Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar memberi alasan Chin Ping bukan warganegara ini dan dia lebih aman berada di Bangkok. Tentunya alasan Khalid itu boleh dipertikaikan kerana ada juga mayat bukan warga negara ini ditanam atau diabadikan di sini dengan penuh kemuliaan.

Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi pula menyifatkan Chin Peng tetap pengganas. Manakala Perdana Menteri Najib Razak tidak membenar kerana tidak mahu melukai hati akasr dan polis yang merana akibat perbuatan komunis. Ada kebenarannya juga.
Read More / Baca Lagi >>

PAU2013: Tidak Mustahil Akramsyah Buat Kejutan Keatas KJ

Posted: 18 Sep 2013 03:58 PM PDT

Bahang perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang pada mulanya dirasa sejuk kerana Khairy Jamaluddin dijangka akan menang tanpa bertanding, tiba-tiba bertukar menjadi panas berikutan munculnya seorang bekas pemimpin belia, Akramsyah Sanusi yang menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan tersebut.

Kini, orangramai mula bercakap mengenai pertembungan antara KJ, menantu Pak Lah dengan Akramsyah, anak kepada Sanusi Junid, bekas pemimpin kanan UMNO yang mempunyai hubungan rapat dengan Mahathir sejak dari dulu lagi.

Walaupun diatas kertas, KJ yang memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan, dilihat lebih menonjol dan mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan perwakilan Pemuda UMNO seluruh negara, tetapi kemunculan Akramsyah setidak-tidaknya menunjukkan masih ada anak muda berhati waja yang sudi tampil memeriahkan lagi demokrasi dalam UMNO.

Daripada sekian ramai pemimpin muda, termasuk yang tidak henti-henti kurang bersetuju dan bercakap di belakang tetapi tidak berani mempertaruhkan diri mencabarnya di gelanggang yang sah, keberanian Akramsyah seharusnya diberikan pujian. Beliau dilaporkan hampir pasti akan mengemukakan borang pencalonannya manakala KJ pula bersikap terbuka terhadap sesiapa jua yang mahu mencabarnya.

Sementara pertandingan ini menyediakan pilihan sama ada Pemuda UMNO mahu memilih KJ atau Akramsyah sebagai ketua dan setakat ini lebih ramai yang berasakan bahawa KJ bakal menang dengan mudah berikutan Akramsyah tidak pernah menonjol dalam dunia Pemuda UMNO sebelum ini, fakta-fakta berikut barangkali memperlihatkan bahawa tidak mustahil Akramsyah mampu membuat kejutan keatas KJ.

Dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 2009 lalu, KJ mendapat 304 undi manakala dua lagi pencabarnya iaitu Khir Toyo mendapat 254 undi dan Mukhriz Mahathir mendapat 232 undi. Selepas kemenangan KJ, kumpulan Mukhriz dan Khir Toyo boleh dikatakan menjauhkan diri daripada KJ.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan UMNO: Yang menang dan yang kalah sama saja

Posted: 18 Sep 2013 03:42 PM PDT

Dr Mahathir menulis dalam blognya beberapa hari lepas dan memberikan anggapan yang UMNO sedang menghadapi penyakit tua dan akan mati tidak lama lagi. UMNO tidak lagi menggalakkan penyertaaan orang muda-muda dan yang tua-tua tidak mahu berundur bagi memberi tempat kepada yang muda-muda untuk mendapat tempat.

Tetapi keadaan ini bermula dari beliau mengambil alih kuasa negara dan beliau telah membunuh kerjaya pemimpin-pemimpin yang muda lagi berwibawa semasa beliau mula mengambil tempat kepimpinan parti dan negara ini. Malahan itulah tindakan yang mula-mula dilakukan oleh Dr Mahathir semasa beliau mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Hussein Onn. Mana-mana pemimpin yang beliau anggap akan mencabar kewibawaan beliau telah beransur-ansur diketepikan secara sistematik.

Beliau tidak mahu sesiapa yang cerdas di sekeliling beliau semasa menjadi Perdana Menteri. Kesalahan dan kelemahan mana-mana pemimpin yang bersama beliau adalah asset politik kepada beliau dan mudah bagi beliau menentukan politik mereka itu. Beliau tidak seperti pemimpin sebelum beliau yang menggalakkan dan mendidik pemimpin-pemimpin pelapis yang berwibawa.

Hasil kerja tangan beliau yang nyata pada hari ini ialah apa yang kita lihat pada hari ini. Kalau beliau mendidik dengan jujur kepimpinan partinya masakan pemimpin seperti Abdullah Badawi dan Najib menjadi pewaris kepada kepimpinan beliau. Dr Mahathir sendiri menganggap pemimpin partinya sebagai 'Red Indians' sahaja dan beliau tidak mahu pemimpin-pemimpin yang benar-benar berwibawa berada di dalam kabinetnya. Beliau hendak berkuasa seorang diri tanpa sesiapa yang berani menasihati beliau.

Pemimpin didikan pucuk pimpinan Tun Razak dan Tunku Abdul Rahman yang berusia sepuluh atau dua belas tahun lebih muda dari beliau pun beliau bunuh secara halus dan ini sudah menjadi budaya kepada UMNO dan pucuk pimpinan sendiri. Beliau sendiri duduk di kerusi kuasa selama 22 tahun dan dalam menduduki kerusi kuasa lebih dua dekad itu beliau telah melakukan segala-galanya untuk mempertahankan keenakkan kuasa itu.

Untuk mengelakkan yang lebih muda dari beliau mengambil alih kepimpinan, beliau telah membunuh partinya sendiri dan telah menghancurkan semua sistem dan institusi demokrasi dan sakitnya dirasakan oleh ramai sehingga ke hari ini. Seburuk-buruk pimpinan UMNO selepas ini tidak akan ada yang akan sanggup melakukan apa yang Dr Mahathir telah lakukan untuk mengekalkan kuasa. Kos untuk mengekalkan kuasa untuk Mahathir begitu mahal harganya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: