Tukar Tiub |
- JUMAAT 13 HARIBULAN - JENG JENG JENG
- AL- FATIHAH
- LAGI AKAN DI MASUKKAN KE DALAM PENJARA
- YA AMPOON - BERAK CANGKUNG
- HARI INI - 40 TAHUN DAHULU
- PECAH BERITA SEDUNIA - WORLD BREAKING NEWS
- YA AMPOOON - YA MALUNANAAA
- JEMPUTAN RUMAH TERBUKA DAPUR JALANAN
- BETUL KE MUNKEEE INI?
- LAGI NAJIB KENA TIBAI
JUMAAT 13 HARIBULAN - JENG JENG JENG Posted: 13 Sep 2013 06:00 PM PDT INI JASON VOORHEES DARI FACE BOOK JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG woit... APA MAKNANYA SEMUA INI... kah kah kah.. kah kah kah...13 ORANG DI PENJARA PADA 13 JUAMAAT... kah kah kah.. kah kah kah..HAKIM JATUH HUKUM JAM 13:13 MIN .... kah kah kah... kah kah... APAKAH INI TANDA TANDA BERAKHIRNYA KETURUNAN 13... kah SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal ---------- |
Posted: 13 Sep 2013 01:14 PM PDT KENYATAAN MEDIA 13 September 2013 TAKZIAH BUAT DR SYED HUSIN ALI DAN KELUARGA KEADILAN merakamkan ucapan takziah buat mantan Timbalan Presiden Parti, YB Senator Dr Syed Husin Ali dan keluarga di atas pemergian isteri beliau yang tersayang, Puan Sabariah Abdullah yang telah meninggal dunia jam 7.40 malam tadi. Semoga Dr Syed Husin dan keluarga sentiasa tabah, sabar dan redha. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. Takziah buat Dr Syed Husin dan keluarga Harakahdaily13 Sep 2013 KUALA LUMPUR:PKR merakamkan ucapan takziah buat mantan Timbalan Presiden parti itu, Senator Dr Syed Husin Ali dan keluarga di atas pemergian isteri beliau, Puan Sabariah Abdullah jam 7.40 malam ini. -------- |
LAGI AKAN DI MASUKKAN KE DALAM PENJARA Posted: 13 Sep 2013 06:30 AM PDT LAGI BAKAL MASUK PENJARA hari ini dimahkamah jalan duta 6 warga telah dihadapkan ke mahkamah atas akta hasutan mereka dituduh menghasut orang ramai untuk berbuat baik mahkamah hari ini telah menolak tuntutan peguam negara untuk membicara 6 warga ini sekali harung bersama-sama justeru mereka dibicarakan berasingan DI BICARAKAN UNTUK DIPENJARA adam adli - bicara pada 27 dan 29 november 2013 safuan anang - bicara pada 2 dan 4 disember 2013 tukar tiub - bicara pada 5 dan 6 disember 2013 tamrin ghafar - bicara pada 12 , 13 dan 16 disember 2013 haris ibrahim - bicara pada 15 dan 16 januari tahun depan tian chua belum ditetapkan MENGHASUT MANUSIA UNTUK BERBUAT BAIK bukan satu kesalahan ianya satu kewajipan - tukar tiub SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal |
Posted: 13 Sep 2013 05:30 AM PDT BERITA MASUK PENJARA Merusuh: 13 dipenjara dua tahun, denda RM5,000 KUALA KANGSAR 13 Sept. - Sebanyak 13 individu yang menyertai perhimpunan haram di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak empat tahun lalu, dihukum penjara dua tahun dan didenda RM5,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Mereka yang didakwa merusuh pada 6 Februari 2009 itu ialah Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd. Faiz Mohd. Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd. Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd. Thaib; Nazir Hamid, Mohd. Hasri Ismail dan Mohamed Ismail, 47. Hakim Norsalha Hamzah memerintahkan hukuman penjara tersebut berkuat kuasa hari ini. Beliau juga memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan lima bulan jika gagal NOTA: ya ampoooon lihat bagaimana mereka dituduh merusuh ya ampoon apakah orang melayu perlu lagi dengan berak cangkung makan tanggung ganji sambung entot ngelembong kah kah kah SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal |
Posted: 12 Sep 2013 11:08 PM PDT MELIHAT SEJARAH UNTUK JADI PANDUAN dari arkib tukar tiub: 17 ogos 2001 SILA TANYA LEBAI GOOGLE 40 TAHUN DAHULU Tanggal 17 Oktober adalah tarikh keramat yang akan terus diingati oleh umat manusia di seluruh dunia ini. Pada hari itu dalam tahun 1917 di Moscow, Lenin memulakan Revolusi Bolshevik yang menumbangkan pemerintahan feudalisme di Russia. Pada tarikh yang sama pada 1998, satu lagi detik sejarah telah dicipta. Kali ini sejarah berlaku di kota London. Detik bersejarah ini sedang membuka satu implikasi yang amat penting. Untuk semua penyokong demokrasi dan pencinta hak asasi manusia, tarikh ini tidak akan dilupakan. Tarikh 17 Oktober 1998 ialah tarikh penangkapan diktator Jeneral Augusto Pinochet. Pada 11 September 1973, Jeneral Pinochet yang didalangi oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat merampas kuasa dari Presiden Salvador Allende. Allende adalah presiden Chile yang dipilih oleh rakyat melalui proses pembuangan undi yang demokratik. Dengan dasar-dasar yang popular dan prorakyat, presiden itu telah mendapat sokongan yang kuat dari rakyat Chile. Dasar ekonomi yang memihak kepada rakyat menjadikan pemodal dan pelabur dari Amerika Syarikat gentar. DI SANTIAGO Kaum pemodal Amerika Syarikat tidak ingin melihat kaum buruh di Chile berani bangun menuntut hak berpersatuan dan hak menentukan gaji mereka. Untuk kaum pemodal, yakin diri yang wujud di kalangan kaum buruh di Chile ini amat berbahaya dan akan mempengaruhi seluruh gerakan kaum buruh di Amerika Latin. Justeru sebuah syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat, ITT yang memiliki lombong-lombong tembaga dengan kerjasama CIA menaja rampasan kuasa untuk mentakhtakan Jeneral Pinochet. Presiden Allende sebagai seorang patriot enggan menyerah diri. Beliau bertempur dengan gerombolan tentera upahan CIA dan gugur di dalam Istana Presiden. Pada bulan pertama sesudah rampasan kuasa tentera itu berlaku, lebih daripada 5000 orang rakyat Chile telah dibunuh. DI KUALA LUMPUR Bulan-bulan berikutnya, ribuan lagi dibunuh, diseksa atau hilang tanpa berita. Pelajar, mahasiswa, seniman, intelektual, pemimpin kesatuan buruh, dan aktivis daripada pelbagai parti politik telah diburu, ditangkap dan dikumpulkan. Stadium bolasepak di Santiago dijadikan khemah tahanan. Sejarah rampasan kuasa ini sama ganasnya seperti yang dilakukan oleh Jeneral Muhamad Suharto di Indonesia pada 1965. Ribuan rakyat Chile daripada pelbagai pandangan politik melarikan diri dan mencari suaka politik. Mereka yang terselamat menjalankan kempen untuk menerangkan kepada dunia tentang keganasan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh diktator Pinochet. Rakyat Chile yang tinggal diluar negara menuntut agar Jeneral Pinochet dihadapkan ke mahkamah pengadilan atas pelbagai kesalahan jenayah. Justeru, 25 tahun kemudian, peluang ini sampai apabila Jeneral itu datang ke London untuk bercuti dan menjalankan pemeriksaan doktor. Satu waran tangkap dari Sepanyol dihadapkan kepada mahkamah British. Waran ini bertujuan untuk menangkap dan mengekstradisi Jeneral Pinochet ke Sepanyol atas tuduhan membunuh. CASTRO DAN ALLENDE Apabila sampai waran ini, babak-babak rampasan kuasa dan keganasan jeneral itu dibuka kembali. Kali ini beliau bukan lagi di Chile, di mana beliau kebal daripada apa-apa tindakan mahkamah, tetapi di sebuah negara Kesatuan Eropah. Waran untuk mengekstradisi diktator ini juga telah datang dari Belgium, Perancis dan Switzerland. Selama 16 bulan Jeneral Pinochet ditahan dan dibicarakan. Akhirnya General Pinochet, 84 tahun, terpaksa mengaku 'mamai' dan tidak siuman lagi untuk berhadapan dengan mahkamah. Alasan untuk membela dirinya ialah otak ditaktor ini tidak lagi berupaya untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Ia digunakan untuk membolehkan beliau pulang kembali ke Chile pada 2 Mac lalu. Hari ini walaupun Jeneral Pinochet telah selamat pulang ke Chile tetapi satu kes duluan (precedent) dari segi undang-undang telah dibuat. Dengan kes duluan ini, tidak akan ada lagi sesiapa pun termasuk bekas kepala negara yang akan terselamat daripada dakwaan makhmah jika individu itu ada tuduhan jenayah. Walau pun kepala negara atau sesiapa pun kebal dalam negara masing-masing tetapi di mata undang-undang antarabangsa, individu ini tetap boleh dihadapkan ke mahkamah. PERLAWANAN MULA Kes Pinochet ini mempunyai satu implikasi yang amat mendalam terutama kepada pejuang-pejuang hak asasi manusia. Menurut sebuah badan bukan kerajaan di peringkat antarabangsa yang memperjuangkan hak asasi manusia, Amnesty International, apabila Jeneral Pinochet ditahan 16 bulan dahulu, maka segala kekebalan yang melindungi seseorang pemimpin negara yang mencabul hak asasi rakyat sendiri telah dipecahkan. Tidak wujud lagi kekebalan daripada dakwaan di mahkamah antarabangsa. Duluan dalam kes Pinochet ini meyakinkan lagi pejuang hak asasi manusia di seluruh dunia untuk berusaha membawa beberapa pencabul dan penjenayah hak asasi manusia ke mahkamah. Pada masa ini di Senegal, satu badan hak asasi manusia sedang berusaha untuk menghadapkan bekas Presiden Chad, Hissen Habre, atas tuduhan menyeksa tahanan politik sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang antarabangsa. BANGUN MELAWAN Waran juga telah dikeluarkan untuk menangkap bekas Presiden Ethiopia, Haile Mariam, yang kini tinggal di Zimbabwe. Slobodan Milosevic, Presiden Yugoslavia kini sedang berhadapan dengan satu indikmen antarabangsa kerana jenayah yang beliau lakukan di Yugoslavia. Isyarat telah diberikan dengan jelas kepada para pemimpin politik terutama di negara-negara Dunia Ketiga bahawa jika hak asasi rakyat jelata terus diinjak-injak, maka mereka boleh dihadapkan ke mahkamah antarabangsa. Kalau dahulu para jeneral, diktator, pemimpin korup dan pencabul hak asasi manusia boleh berehat senang-lenang menghabiskan harta rakyat di London, Paris, Switzerland atau di New York, tetapi hari ini semuanya telah berubah. Lihatlah bagaimana menantu Jeneral Suharto, Jeneral Probowo, hanya berani melarikan diri ke Jordan, walaupun cita-cita awalnya untuk menetap di London atau Paris. Dunia penjenayah dan pencabul hak asasi manusia kini semakin sempit. DI KUALA LUMPUR Untuk kita di Malaysia, kes ditaktor Pinochet ini sedang membawa implikasi yang mendalam. Pemimpin atau parti politik yang mempertahankan undang-undang menindas seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan pelbagai akta lagi mungkin boleh juga dibawa ke mahkamah antarabangsa kerana peruntukannya salah di mata undang-undang antarabangsa. Satu contoh yang paling cerah untuk dihadapkan ke mahkamah antarabangsa ialah kes bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor. Mengikut kenyataan akhbar Lim Kit Siang yang dikeluarkan pada 25 April tahun lalu, dalam masa sepuluh tahun ini terdapat 635 orang rakyat Malaysia telah ditembak mati oleh polis. Mengikut kenyataan itu lagi, pembunuhan oleh pihak polis ini kelihatan berterusan. Pada 26 Mac 1998 seramai lapan orang pelarian politik dari Acheh telah ditembak mati. Pada 2 Oktober pula, polis telah menembak mati lima orang yang disyaki sebagai penculik. Antara mereka yang ditembak mati ialah seorang ibu yang sedang mengandung. Dan pada 3 Oktober tahun yang sama, enam orang ditembak mati di Tumpat, Kelantan. Dalam kes Pinochet, apa yang berlaku ialah seorang rakyat Chile yang tinggal di Sepanyol telah membuat laporan kepada pihak berwajib di negara itu untuk membawa Pinochet ke mahkamah. DI SANTIAGO CHILE Ini bermakna jika ada rakyat Malaysia yang tinggal di Eropah yang telah membuat laporan polis terhadap Rahim Noor, maka jika yang dituduh sampai atau diketahui sampai ke Eropah, dia boleh ditahan untuk disiasat dan seterusnya didakwa. Menurut Amnesty International, kerja-kerja sedang dijalankan untuk mendirikan sebuah Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Langkah-langkah seperti ini adalah lunas-lunas pensejagatan hak asasi manusia yang positif dan wajib kita dukung bersama-sama. Penjenayah dan pencabul hak asasi manusia mungkin begitu kebal di dalam negara masing-masing tetapi di mata masyarakat dunia mereka tetap penjenayah dan pencabul. Tangan diktator Jeneral Augusto Pinochet yang berlumuran darah rakyat Chile mungkin terselamat kerana telah 'mamai'. Namun, kes duluan yang telah berlaku di kota London pada 17 Oktober 1998 membuka lembaran baru yang tidak mungkin dapat ditutup kembali. (TT) TANYA LEBAI GOOGLE SIAPA MAMAT VINTOR JARA SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal ---------- |
PECAH BERITA SEDUNIA - WORLD BREAKING NEWS Posted: 12 Sep 2013 09:42 PM PDT MASUK PENJARA 13 orang termasuk bad latioff suami Nashita Md Noor dijatuhi hukum penjara 2 tahun hukuman penjara mandotori dari mahkamah kuala kangsar di penjara serta merta kes membatanha rampasan kuasa oleh najib razak ketasa kerajaan pakatan perak alasan kepentinganm awam dan hormati institusi raja raja sekarang sedang bergari menuju penjara mungkin penjara tapah atau taiping berita memyusul... ---------- |
Posted: 12 Sep 2013 09:30 PM PDT Tolak nilai songsang sanjung penjenayah Komen Ipoh: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah meminta rakyat menolak nilai songsang yang menyanjung penjenayah sebagai wira dan menganggap tindakan pasukan keselamatan membanteras jenayah sebagai zalim. » KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... YA AMPOOOOON.... kah kah kah.. kah kah kah... NAK TANYA MACAM MANA KALAU POTONG Q... kah kah kah.. kah kah kah..MACAM MANA KALAU POTONG LINE?... kah kah kah.. kah kah kah...YA AMPOOON YA MAULANA... SAJE NAK TANYA....kah kah kah SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal -------- |
JEMPUTAN RUMAH TERBUKA DAPUR JALANAN Posted: 12 Sep 2013 09:00 PM PDT SATU JEMPUTAN dapur jalanan menjemput semua warga kota untuk datang bersama-sama merayakan warga kota tanpa tempat tinggal pada petang ahad 15 september 2013 jam 6:00 petang dapur jalanan pada setiap petang ahad jam 6:00 petang akan memberi makanan panas kepada warga kota tanpa tempat tinggal di jalan panggung tak jauh dari jalan petaling dapur jalanan adalah kerja amal tim anak muda dari kelab bangsar utama HARI RAYA TAHUN INI untuk merayakan hari raya tahun ini dapur jalanan akan mengadakan pesta jalanan pada petang 15 september ini saperti biasa masakan panas akan diedarkan percuma dan kami juga berniat untuk menghiburkan warga kota tanpa tempat tinggal dengan musik dengan lagu dengan puisi dengan paluan gendang persembahan dari orang kurang upaya agar kita sesama bersantai JEMPUTAN TERBUKA UNTUK SEMUA dapur jalanan menjemput semua warga kota yang ada bilik yang ada bunglow yang ada rumah yang ada flet yang ada apartment yang ada kondo yang ada istana untuk datang bersama-sama beraya bersama sama warga kota tanpa tempat tinggal BAWA MAKANAN SENDIRI hanya kami meminta jika datang pada petang 15 september ini sila bawa makanan untuk kita sama sama kongsi rasa PESTA DAPUR JALANAN pesta ini telah mendapat sokongan dari parti pas bukit bintang dari parti dap bukit bintang dari parti keadilan rakyat lembah pantai AMAL BAKTI sesiapa ingin memberi amal bakti selain dari mengklik iklan dalam tukar tiub boleh menghantar dana ke: SPKL COLLECTIVE : 1479-0000917-05-1 BANK CIMB SATU JEMPUTAN SETIAP PERTANG AHAD JALAN PANGGUNG MAKANAN ialah hak asasi untuk anak semua bangsa tempat tinggal ialah hak asasi untuk anak semua bangsa marilah kita bersama-sama merayakan warga tanpa tempat tinggal SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal |
Posted: 12 Sep 2013 08:30 PM PDT SEREMBAN 12 Sept. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan harga tepung dan gula tidak dinaikkan berikutan pengurangan subsidi petroal RON95 dan diesel sebanyak... KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit..INI BERITA BAIK DAN BERITA MUSTAHIL... kah kah kah kah kah kah... BAIK DI DENGRA... kah kah kah.. kah kah kah..TAPI MUSTAHIL....kah kah kah.. kah kah kah..TAK CAYA TANYA FATUL BARI... kah kah kah kah kah kah..MUNKEE NI BUKAN ALLAH... kah kah kah kah kah kah..BOLEH BUAT KETENTUAN HARGA BARANG... kah kah kah NOTA: bahaya belajar pengajian melayu di universiti malaya kepala jadi bengap SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal |
Posted: 12 Sep 2013 07:00 PM PDT MUKA KENA TAPAK KASUT Polis hari ini menahan seorang lelaki berusia 55 tahun kerana bertindak memukul poster wajah pemimpin negara dengan selipar di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Jalan Duta di ibunegara. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki itu ditangkap oleh sepasukan anggota yang ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat daripada pusat kawalan pada kira-kira 11.25 pagi. Katanya ketika ditangkap lelaki itu sedang memegang gambar seorang pemimpin negara dan memukulnya dengan selipar. uspek, yang bertongkat dengan kaki kirinya bersimen, dikatakan datang berseorangan ke tempat kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi. Lelaki yang dikatakan mempunyai tiga anak itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sentul untuk siasatan. Ketika dihubungi Bernama hari ini, Ku berkata lelaki itu mendakwa bertindak demikian kerana tidak berpuas hati rumahnya di Sungai Besi, mengalami masalah paip tandas tidak dipasang, pendawaian elektrik yang tidak on KITA TUNNGU APA JADI DENGAN BERITA INI Publish | Delete | Spam Anonymous on 9/12/13 KAH KAH KAH KAH KAH KAH ---------- SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan