RAKYAT MARHAEN |
- Syrians troubled over U.S. strike fallout
- Kerry Lobbies European Allies on Syria Strike
- EU blames Assad for alleged chemical attack in nuanced message
- U.S. government releases video showing victims of suspected Syria chemical attack
- PAU 2013: Apa orang Umno mahu, tanya Kadir Jasin
- Darul Runtuh: Kali ini tangki air sekolah pula..!!
- Saya sudah sedia untuk mati, kata Pak Samad
- Dari Sasterawan Negara ke Sasterawan Rakyat
- Harga minyak naik, Umno-BN akui ekonomi merudum
- Skim Cepat Kaya: IPP di Malaysia - Siapa Untung Siapa Rugi? BR1M kan Adooo.............
- Official Releases Video Showing Syria Victims
- Mulianya Hati Seorang PM: Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin rupanya....!!
- Minyak: Mat Bangla..lebih berHatI Mulia dari pemimpin?
- Hapuskan rasuah selamatkan berbilion ringgit - Nurul Izzah
- Khalid Ibrahim: Islamic Resurgence - Challenges, Prospects & The Way Forward
- Anwar Ibrahim: Islamic Resurgence - Challenges, Prospects & The Way Forward
- Punca Kemarahan Regim Zionis As Sisi Terhadap Presiden Dr Morsi
- Lamanya Tun Mahathir bermimpi !! Perjuangan UMNO untuk harta......
- Pemilihan Umno: Antara watak dan dasar
- Presiden MCA: Chua dakwa Liow sudah tiga kali mendesaknya berundur
- Kenapa tukar tanda harga baru?
- PAU 2013: Mencabar Najib Bukan Lagi Suatu Keperluan, Tetapi Kewajipan
- Obama tells nation that Syria is 'not another Iraq or Afghanistan'
- Integriti pudar punca rasuah berleluasa
- Dialog Terbuka: Anwar nafi wujudkan kerajaan perpaduan
Syrians troubled over U.S. strike fallout Posted: 07 Sep 2013 07:34 PM PDT | ||
Kerry Lobbies European Allies on Syria Strike Posted: 07 Sep 2013 07:33 PM PDT | ||
EU blames Assad for alleged chemical attack in nuanced message Posted: 07 Sep 2013 07:31 PM PDT | ||
U.S. government releases video showing victims of suspected Syria chemical attack Posted: 07 Sep 2013 07:30 PM PDT | ||
PAU 2013: Apa orang Umno mahu, tanya Kadir Jasin Posted: 07 Sep 2013 06:14 PM PDT PEMILIHAN kepemimpinan Umno semakin panas. "Hot" kata bahasa jalanan anak-anak muda dewasa ini. Tetapi, umpama kereta api, adakah yang panas itu kepalanya (locomotive) atau gerabaknya yang berisi penumpang yang "gumbira" (meminjam bahasa P. Ramlee) dan kargo yang berharga? Kalau kepalanya saja yang "hot" tetapi penumpangnya moyok, meragam, meluat, menyampah dan tidak sabar turun atau mahu lokomotif baru menarik mereka pun tidak berguna juga.
Tetapi setakat hari ini, apa yang dilaporkan oleh media massa memberi gambaran pemilihan kepemimpinan Umno adalah mengenai kepala kereta api. Mungkin saya terlepas pandang. Yang saya baca hanya seorang sahaja daripada banyak orang yang menawarkan diri sebagai calon dilaporkan bercakap mengenai gerabak, penumpang dan muatan iaitu Mohd Ali Rustam yang berkata dia mahu memperjuangkan semula asas penubuhan Umno. Kalau setakat hendak memilih kepemimpinan dan mencari ganjaran peribadi jangka pendek, tidak perlulah ahli Umno bersusah payah memeras otak. Pilih saja yang koceknya dalam dan prinsipnya cetek. Apa Orang Umno Mahu? Tetapi kalau mereka mahu kepemimpinan yang berjiwa perjuangan dan mampu menebus semula maruah parti dan kembali memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara, mereka perlulah memilih yang lebih baik. Kalau mereka mahu orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain diberikan peluang untuk membebaskan diri mereka daripada terus menjadi warga ekonomi kelas tiga, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang cerdik, berani, berilmu dan berwawasan. Kalau mereka berasa dasar pertumbuhan ekonomi yang disertai oleh pembahagian adil seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) baik untuk mereka, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang tidak "apologitic" memperjuangkan hak majoriti. Soalnya (soalnya), akan adakah dalam barisan calon Umno nanti orang seperti itu? Atau, seperti kata P. Ramlee, walhasil balik asal itu pasal tak hasil. Read More / Baca Lagi >> | ||
Darul Runtuh: Kali ini tangki air sekolah pula..!! Posted: 07 Sep 2013 06:10 PM PDT Sebuah tangki air di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan dekat Marang Terengganu telah meletup dan pecah menambahkan siri kejadian sedemikian di negeri Darul Iman ini. Tangki air tersebut meletup kira-kira jam 11.30 malam pada 4 September lalu, hampir sama dengan kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Paka, Dungun pada 14 Julai 2012. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika mendedahkan perkara itu, menggesa kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap bangunan dan binaan kerajaan yang dilihat kerap runtuh dan rosak di negeri ini, lapor Harakahdaily. "Saya sudah peringatkan pihak kerajaan kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat, saya hairan lepas satu-satu peritiwa (yang berlaku) dan yang terakhir tangki air yang pecah. Pecah, mendap, runtuh… ia melibatkan keselamatan orang ramai. "(sedangkan) Bila sesuatu projek dilaksanakan ia melibatkan banyak agensi dan jabatan kerajaan yang memastikan perkara (binaan) yang dibina itu mengikut spesifikasi (yang telah ditetapkan),"ujarnya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Saya sudah sedia untuk mati, kata Pak Samad Posted: 07 Sep 2013 06:08 PM PDT Hujan lebat petang hari itu seakan merestui kehadiran insan yang banyak menyumbang bakti kepada negara meskipun pada hari itu ada ura-ura beliau akan ditangkap polis. Laungan iqamah di Masjid Negara memanggil jemaah segera mendirikan saf untuk sama-sama menunaikan solat Asar secara berjemaah. Waktu itulah kelibat beliau muncul berbaju Melayu dan berkain samping serba putih membina saf bersama jemaah lain. Selesai solat, empunya diri yang dimaksudkan Datuk A. Samad said atau lebih mesra digelar Pak Samad menuju ke satu ruangan di pinggir masjid untuk beriktikaf. Beberapa jam sebelum itu, ada khabar angin mengatakan Pak Samad akan menyerah diri kepada polis selepas solat Asar namun suasana tetap tenang dan sakinah seperti rumah Allah yang lain. Beliau kelihatan sedang membaca selembar dua dari kitab suci al-Quran sebelum diminta kebenaran untuk ditemubual secara mengejut oleh The Malaysian Insider. Setelah memperkenalkan diri dan menyatakan berasal dari kampung yang sama iaitu Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, beliau lebih mesra menjawab segala persoalan yang diajukan. Penerima Anugerah Sasterawan Negara 1985 itu ternyata tersusun pengucapannya malah perkataan yang keluar dari mulutnya sangat indah untuk dihayati. Pembaca setia The Malaysian Insider itu lebih senang memulakan cerita tentang kerenah media arus perdana kerana beliau menyifatkannya tiada lagi kebebasan media dalam penyampaian berita entiti itu. "Pengaruh kerajaan dalam media arus perdana bermula sejak pasca kemerdekaan lagi maka laporannya berat sebelah. "Portal berita seperti The Malaysian Insider menyeimbangkan laporan berita Malaysia dengan memberi publisiti kepada pembangkang kerana itu adalah prinsip demokrasi. Jika enggan menerima suara pembangkang, canang sahaja Malaysia bukan negara demokrasi. "Perkara ini harus ditegakkan demi kelangsungan generasi yang akan datang," katanya sambil menunjukkan telefon bimbit usang digunakan untuk membaca berita terkini dari laman portal. Novelis yang terkenal dengan karya Langit Petang dan Hujan Pagi ini senang bercerita pada zaman kanak-kanaknya semasa menunggu keretapi melintas di Kampung Belimbing Dalam. "Kira-kira jam 3 pagi, saya bersama rakan-rakan terhibur melihat kepulan asap dari kepala keretapi yang perlahan-lahan menuju ke angkasa," katanya yang sedikit tersenyum mengenang zaman kanak-kanaknya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Dari Sasterawan Negara ke Sasterawan Rakyat Posted: 07 Sep 2013 04:48 PM PDT Dahulu beliau merupakan salah seorang Sasterawan Negara yang seringkali diundang untuk membacakan puisi di majlis besar. Yang hadir kebanyakannya dari golongan pembesar-pembesar negara seperti perdana menteri dan anggota Kabinetnya. Rambut dan janggutnya yang panjang dan berwarna putih menyebabkan beliau mudah dikenali dan nampak berbeza dari sasterawan-sasterawan lain yang kebiasaannya agak membosankan. Hari ini Datuk A. Samad Said merupakan musuh nombor satu negara. Mengapa? Bukan kerana beliau cuba memusnahkan dunia kesusasteraan Melayu akan tetapi kerana keberanian menyatakan pendirian politik yang bercanggah daripada kerajaan. Umum mengetahui keberanian beliau adalah kerana membenarkan dirinya dipilih menjadi pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bersama Datuk Ambiga Sreenevasan. Bersih sudah tiga kali menganjurkan perhimpunan besar-besaran di ibu negara bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil. Terbaru dalam insiden sambutan malam ambang Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, apabila sekumpulan anak-anak muda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ketika Samad sedang membacakan puisi. Beliau yang dikenali sebagai Pak Samad itu diserang dari pelbagai penjuru akibat daripada insiden itu. Dari Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hinggalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semuanya menyelar Samad. Seolah-olah Pak Samad itu langsung tidak pernah mempunyai jasa kepada negara. Beliau yang berumur 78 tahun ditahan polis di rumahnya lebih kurang jam 12.30 pagi 4 September lalu dan disoalsiasat selama dua jam sebelum dibebaskan. Penahanan Pak Samad pada awal pagi menimbulkan kemarahan ramai, dan ini termasuk "masyarakat" media sosial. Kutukan dan kritikan orang ramai terhadap pihak berkuasa kerana tindakan tidak menghormati warga emas seperti Pak Samad menyebabkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar terpaksa mengeluarkan kenyataan tidak cerdik seperti Sasterawan Negara itu "bersembunyi" dan "menyorok" sehingga polis tidak dapat berjumpanya. Pak Samad amat mudah untuk ditemui. Selain dari Masjid Negara tempat beliau seringkali menunaikan solat Asar dan Maghrib, susuk itu boleh kelihatan di kedai-kedai buku terkemuka di Kuala Lumpur yang sudah pasti diketahui oleh Jabatan Cawangan Khas, Bukit Aman. Read More / Baca Lagi >> | ||
Harga minyak naik, Umno-BN akui ekonomi merudum Posted: 07 Sep 2013 04:42 PM PDT SHAH ALAM : Kerajaan Pusat Umno-Barisan Nasional akhirnya terpaksa akui ekonomi negara semakin mundur hinggakan terpaksa menaikkan harga petrol dan diesel dengan alasan untuk menyelamatkan negara. Ahli Parlimen Batu Tian Chua menyifatkan langkah tersebut sebagai zalim kerana Umno-BN sanggup membebankan rakyat dan enggan menyelamatkan ekonomi melalui tindakan-tindakan menutup kebocoran, mengekang perbelanjaan boros dan membanteras penyelewengan. "Kita berulang-ulang kali kata negara ini ada masalah, tetapi Umno-BN menafikannya dengan mengatakan duit masih banyak dan ekonomi Malaysia paling baik di dunia. "Nampaknya Najib sepanjang pentadbirannya tidak berbuat apa-apa untuk selamatkan negara, tetapi menambah beban yang lebih teruk kepada rakyat. Read More / Baca Lagi >> | ||
Skim Cepat Kaya: IPP di Malaysia - Siapa Untung Siapa Rugi? BR1M kan Adooo............. Posted: 07 Sep 2013 04:33 PM PDT Tak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL). Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan. YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato' Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB) Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara? Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia "gelap-gelita" selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkan monopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti : Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL) Ananda Krishnan (Maxis) Lim Goh Tong (Genting) Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation) Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya : Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun) Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum) Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga : TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian "berat sebelah" PPA, TNB terpaksa juga membelinya Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik Read More / Baca Lagi >> | ||
Official Releases Video Showing Syria Victims Posted: 07 Sep 2013 04:08 PM PDT | ||
Mulianya Hati Seorang PM: Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin rupanya....!! Posted: 07 Sep 2013 04:02 PM PDT Membaca laporan yang disiarkan oleh New Sabah Times mengenai ulasan tentang kenaikkan harga minyak oleh seorang Pembantu Menteri ini membuatkan aku terharu sekali.. Ini kerana baru aku sedar betapa mulianya hati Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya.. Beliau menanggung risiko berhadapan dengan sumpah seranah rakyat dengan menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen.. Beliau sanggup mengambil langkah kurang popular itu semata-mata untuk membantu orang miskin dan orang yang kurang berkemampuan rupanya.. KAlau aku tahu dari awal akan niat murni Kerajaan Barisan Nasional ini.. sudah pasti aku akan sokong jika harga minyak dinaikkan sehingga seringgit lagi bukannya 20 sen saja... Ini laporan penuhnya... Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin, kurang mampu KENINGAU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata, kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seperti yang diumumkan baru-baru ini adalah untuk membantu orang miskin dan orang yang kurang berkemampuan. Menurutnya, ini adalah sebuah inisiatif yang baik yang diambil oleh Perdana Menteri bagi memberi keutamaan pada golongan bawahan iaitu membantu golongan miskin. Read More / Baca Lagi >> | ||
Minyak: Mat Bangla..lebih berHatI Mulia dari pemimpin? Posted: 07 Sep 2013 03:52 PM PDT Mulia sungguh hatimu Abdul Hakim, Pekerja Shell Hentian Sebelah Awan Besar, KESAS. Lewat petang tadi, saya pulang ke rumah menggunakan Lebuhraya KESAS. Sedang asyik memandu, tanda amaran minyak habis menyala. Saya berhenti di Shell Hentian Sebelah Awan Besar. Baru saya perasan yang saya cuma mempunyai RM3 sahaja di dalam dompet. Saya ke mesin ATM untuk keluarkan duit. Saya tidak berjaya keluarkan duit melalui kad ATM Maybank. Di skrin tertera ayat lebih kurang begini, "Kad anda rosak. Sila hubungi cawangan Maybank yang berdekatan." Saya tenang sahaja kerana saya punya satu lagi kad ATM Bank Islam. Namun ketenangan itu tidak berpanjangan, rupanya ATM tersebut tidak keluarkan duit walaupun sudah menekan jumlah yang dikehendaki. Selepas beberapa ketika, ianya hanya mengeluarkan resit dan tertulis transaksi anda tidak berjaya. Panik! Saya mula panik! Saya kembali ke kereta. Cuba buat bayaran melalui panel kad krediit / debit. Juga tidak berjaya. Saya mencari-cari di dalam beg dan kereta dengan harapan terjumpa duit yang terselit-selit. Jumpa angpau raya, seluk ke dalamnya, hanya ada RM3 sahaja. Menjadikan duit di tangan saya RM6. Rupa-rupanya tindak-tanduk saya itu diperhatikan oleh seorang pekerja Bangladesh. Beliau menghampiri saya seraya bertanya apa yang saya cari. Saya ceritakan daripada A-Z...tidak sedar air mata mengalir. Sungguh! Saya tidak pernah mengalami situasi begini. Lantas, beliau keluarkan dompet beliau. Sempat saya menjeling isi dompet tersebut, hanya ada beberapa wang kertas RM1 dan 2 keping RM5. Beliau keluarkan 2 keping RM5. Saya terharu! Dan lantas, saya katakan, "Ya ALLAH, berilah rezeki yang luas kepada 'Abdul Hakim". (nama ini yang tertera di tag nama yang dipakainya). | ||
Hapuskan rasuah selamatkan berbilion ringgit - Nurul Izzah Posted: 07 Sep 2013 03:42 PM PDT TEMPOH 100 hari selepas PRU13 telah berlalu, Sinar Harian Online cuba mendapatkan reaksi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengenai pencapaian PR dan komen beliau mengenai isu semasa terutamanya dialog perpaduan anjuran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu kenaikan harga minyak serta isu belanjawan yang bakal dibentangkan tidak lama lagi. Read More / Baca Lagi >>SINAR HARIAN ONLINE: Tempoh 100 hari selepas PRU13 telah berlalu. Bagaimana YB melihat kedudukan PR ketika ini terutama dari segi sokongan rakyat? Dalam PKR sendiri dan parti gabungannya bagaimana? NURUL IZZAH: Pada saya kita telah melakukan yang sedaya upaya pada PRU yang lepas sehingga mendapat undi sebanyak 51.8 peratus daripada undi rakyat. Ini bermaksud setelah usaha dibuat untuk meyakinkan rakyat bahawa PR merupakan alternatif yang terbaik. Alhamdulillah kita mendapatkan keputusan yang amat memberangsangkan, itu penting. Selain itu, ia memberikan kami lebih rasa kebertanggungjawaban menerima amanah yang begitu besar selain mendesak pilihan raya direformasikan dan membuat petisyen seperti mana dibuat oleh pihak BN di kerusi-kerusi yang berkontroversi akhirnya kita telah bertemu untuk mewujudkan Belanjawan Alternatif 2014. Ini kerana kita rakyat berharap kepada kita untuk menawarkan belanjawan yang dapat menjaga kebajikan mereka. SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana YB melihat prestasi wakil-wakil rakyat PKR yang menang buat kali pertama kali ini? NURUL IZZAH: Pada saya bila kita telah melalui liku-liku cabaran yang terdahulu seperti PRU11, PRU 12, tentunya tiba PRU13 rakyat mahukan calon yang lebih berketerampilan dan Rafizi Ramli adalah contoh terbaik untuk berdebat, seorang yang berani. Shamsul Iskandar (Mat Akin) juga yang dulu hanya Pengerusi Majlis Pimpinan Universiti Islam Antarabangsa, jadi semua ini penting akhirnya hasrat kita untuk menonjolkan wakil-wakil yang kredibiliti, bebas rasuah dan berani memperjuangkan isu rakyat. Saya juga ingin sebutkan di Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bayan Baru, Ahli Parlimen Padang Serai, saya suka melihat mereka yang punyai idealisme. Mereka bukannya baru tapi sudah lama bersama kita, jadi akhirnya kita dapat "bertarung" dasar di Parlimen supaya tindakan tidak wajar berlaku contohnya kenaikan harga minyak ini berulang. SINAR HARIAN ONLINE: Kelmarin dalam satu kenyataan media, Pemuda Pas ada buat 'teguran' terbuka mengenai tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar yang menawarkan dialog terbuka bersama kerajaan BN untuk selesai isu rakyat. Teguran agak pedas kerana katanya dulu ketika pemimpin kemuka idea sama, akan dikritik. Apa komen YB? NURUL IZZAH : Saya minta Naib Pemuda Pas Pusat merujuk dahulu kepada pemimpin tertinggi PR, perbincangan itu dibuat dengan baik sendiri oleh majlis pimpinan PR Pusat di setiap ketika. Kita tak akan membuat cadangan ini tanpa memaklumkannya kepada parti perikatan PR yang lain. Jadi saya agak kecewa, sepatutnya beliau terlebih memeriksa dengan kepimpinan dalam Pas sendiri sebelum membuat kenyataan sedemikian. Apa yang penting di sini kita telah ikut struktur, laluan dan ruang yang diberikan. Kita juga yakin sehingga saat ini Majlis Pimpinan Tertinggi PR mengetahui dan merestui perkara tersebut. Apa yang diminta hanya satu kerjasama di dalam perundingan meja bulat bercakap mengenai masalah jenayah dan ekonomi yang dilakukan oleh banyak negara. Selepas PRU13 kita menggunakan saluran yang betul apabila tidak berpuas hati dengan memfailkan petisyen. Jadi sekarang tiba masanya untuk manyatakan Malaysia mempunyai masalah jenayah, dan ekonomi yang tidak terkawal. Justeru, perlu ada perundingan meja bulat yang meminta parti masing-masing meninggalkan latar belakang dan idealogi politik. Kita hanya minta berdiri teguh dan berbangga dengan parti masing-masing untuk menangani perkara ini. Bajet Alternatif PR 2014 | ||
Khalid Ibrahim: Islamic Resurgence - Challenges, Prospects & The Way Forward Posted: 07 Sep 2013 03:31 PM PDT | ||
Anwar Ibrahim: Islamic Resurgence - Challenges, Prospects & The Way Forward Posted: 07 Sep 2013 03:29 PM PDT | ||
Punca Kemarahan Regim Zionis As Sisi Terhadap Presiden Dr Morsi Posted: 07 Sep 2013 07:49 AM PDT Lembaga Suruhanjaya Anti-Rasuah Mesir meminta data gaji serta dana yang pernah diambil oleh Presiden Morsi dari negara. Jabatan Kewangan menjawab: Morsi belum pernah menerima dana bahkan gaji bulanannya selama pemerintahannya sebagai Presiden Mesir juga tidak pernah diambil! Sumber: شبكة نبض الاخوان | ||
Lamanya Tun Mahathir bermimpi !! Perjuangan UMNO untuk harta...... Posted: 07 Sep 2013 07:39 AM PDT | ||
Pemilihan Umno: Antara watak dan dasar Posted: 07 Sep 2013 07:37 AM PDT Pemilihan kepemimpinan Umno semakin panas. "Hot" kata bahasa jalanan anak-anak muda dewasa ini. Tetapi, umpama kereta api, adakah yang panas itu kepalanya (lokomotif) atau gerabaknya yang berisi penumpang yang "gumbira" (meminjam bahasa P Ramlee) dan kargo yang berharga? Kalau kepalanya saja yang "hot" tetapi penumpangnya moyok, meragam, meluat, menyampah dan tidak sabar turun atau mahu lokomotif baru menarik mereka pun tidak berguna juga. Kereta api wap KTM panas, bising dan berasap. Saya nostalgi. Inilah kereta api zaman muda saya. Tetapi setakat hari ini, apa yang dilaporkan oleh media massa memberi gambaran pemilihan kepemimpinan Umno adalah mengenai kepala kereta api. Mungkin saya terlepas pandang. Yang saya baca hanya seorang sahaja daripada banyak orang yang menawarkan diri sebagai calon dilaporkan bercakap mengenai gerabak, penumpang dan muatan iaitu Mohd Ali Rustam yang berkata dia mahu memperjuangkan semula asas penubuhan Umno. Kalau setakat hendak memilih kepemimpinan dan mencari ganjaran peribadi jangka pendek, tidak perlulah ahli Umno bersusah payah memeras otak. Pilih saja yang koceknya dalam dan prinsipnya cetek. Apa orang Umno mahu? Tetapi kalau mereka mahu kepemimpinan yang berjiwa perjuangan dan mampu menebus semula maruah parti dan kembali memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara, mereka perlulah memilih yang lebih baik. Kalau mereka mahu orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain diberikan peluang untuk membebaskan diri mereka daripada terus menjadi warga ekonomi kelas tiga, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang cerdik, berani, berilmu dan berwawasan. Kalau mereka berasa dasar pertumbuhan ekonomi yang disertai oleh pembahagian adil seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) baik untuk mereka, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang tidak "apologitic" memperjuangkan hak majoriti. Soalnya (soalnya), akan adakah dalam barisan calon Umno nanti orang seperti itu? Atau, seperti kata P Ramlee, walhasil balik asal itu pasal tak hasil. Masih adakah lagi pewaris Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Dr Ismail dan Tun Dr Mahathir di kalangan kepemimpinan dan calon pemimpin Umno dewasa ini? Read More / Baca Lagi >> | ||
Presiden MCA: Chua dakwa Liow sudah tiga kali mendesaknya berundur Posted: 07 Sep 2013 07:35 AM PDT Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mendakwa timbalannya sudah tidak sabar untuk menjadi presiden parti itu yang baru. Beliau mendakwa Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) telah berjumpa dengan beliau sebanyak tiga kali selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk memintanya supaya berundur. Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily , Chua berkata, dalam perjumpaan pertama sejurus selepas PRU13 pada 5 Mei, Liow juga bertanya sama ada beliau boleh mengetepikan resolusi supaya pemimpin parti untuk tidak menyertai kabinet. "Saya memberitahu beliau bahawa resolusi boleh ditarik balik, tetapi ini perlu diputuskan oleh para perwakilan pusat. Mesyuarat agung luar biasa harus dipanggil oleh perwakilan pusat selepas pilihan raya," Chua dilaporkan katanya. Mesyuarat agung tahunan MCA pada tahun 2011 memutuskan bahawa pemimpin parti itu tidak akan menerima pelantikan kerajaan sekiranya ia kalah teruk dalam PRU13 . Chua (kiri) dilaporkan berkata, dalam pertemuan kedua dan ketiga, Liow bertanya kepadanya bila beliau (Chua) akan bersara dan memintanya (Chua) memberi tarikhnya supaya dia boleh mengambil alih sebagai presiden. Menurut perlembagaan parti , apabila presiden berundur, timbalannya boleh mengambil jawatan itu tanpa menjadi pemangku presiden . Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kulim Semalam, Chua berkata beliau agak diam sejak lima bulan lalu kerana dia tidak mahu membangkitkan masalah parti secara terbuka dan kemudiannya mengambil keputusan mendedahkan perkara itu ekoran diserang bertubi-tubi oleh puak Liow. Reaksi Liow Sementara itu, dalam reaksinya, Liow membidas Chua, dengan mendakwa bahawa presiden MCA itu cuba mengalihkan perhatian daripada kes Tee.Read More / Baca Lagi >> | ||
Kenapa tukar tanda harga baru? Posted: 07 Sep 2013 07:33 AM PDT KUALA LUMPUR: "Bila ditanya, kenapa tukar tanda harga baru? Jawab mereka kerana ada kenaikan harga. Oh! Begitu cepat dan mendadak sekali," kata Dr Azman Ibrahim (gambar). Read More / Baca Lagi >>Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu itu berkata, untuk mendapatkan kepastian, hari Jumaat 6 September semalam, beliau ke pasaraya yang dimaksudkan tersebut dan mendapati bahawa memang benar terdapat kenaikan harga barangan dan sungutan pelanggan boleh didengar dengan jelas. "Apa mekanisma aduan yang diguna pakai kementerian dan menteri ini sehingga begitu mudah beliau membuat kesimpulan, tiada aduan kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak?" tanya beliau sebagai respons kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Kenyataan beliau seperti di bawah. "Tidak banyak aduan tentang kenaikan harga barang, contohnya di Wilayah Persekutuan, hanya 3 aduan yang kita terima," kata Menteri KPDNKK. Saya sangat sangsi dengan ketepatan kenyataan menteri KPDNKK ini yang pernah mencadangkan, kalau harga ayam mahal, maka jangan makan ayam. Buktinya, pada pagi khamis, 5 September kira-kira 2 hari lepas, seorang pengadu yang membeli belah di sebuah pasaraya di bandar Kubang Kerian mengadu sambil memberikan maklumat kepada saya bahawa berdasarkan pemerhatiannya didapati di bahagian sudut barang-barang keperluan harian, pekerja-pekerja pasaraya tersebut sedang sibuk menukar tanda harga di sebahagian besar barang-barang keperluan harian seperti lauk pauk dan sayur-sayuran. Bila ditanya, kenapa tukar tanda harga baru? Jawab mereka kerana ada kenaikan harga. Oh! Begitu cepat dan mendadak sekali... | ||
PAU 2013: Mencabar Najib Bukan Lagi Suatu Keperluan, Tetapi Kewajipan Posted: 07 Sep 2013 07:27 AM PDT Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kini membayangkan kemungkinan beliau bakal mencabar Najib bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 19 Oktober depan. Walaupun memberitahu bahawa beliau belum memutuskan perkara itu tetapi katanya, " hasrat itu ada tetapi belum ada keputusan lagi". Namun katanya, segala-galanya akan terjawab pada hari pendaftaran pada 28 September nanti. Sejak beberapa lama nama Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin telah menjadi sebutan sebagai pemimpin yang dikatakan akan mencabar kedudukan Najib bagi jawatan Presiden UMNO. Keadaan itu bukan saja berdasarkan keputusan pilihanraya yang menyaksikan BN lebih terperosok berbanding pilihanraya 2008 tetapi juga disebabkan pelbagai isu yang melingkari kepimpinan Najib. Muhyiddin juga sehingga ini belum membuat keputusan rasmi tentang jawatan yang bakal ditandinginya tetapi besar kemungkinan hanya mengekalkan jawatan Timbalan Presidennya saja berikutan beliau dilihat hanya bergantung kepada kekuatan dan sokongan Mahathir semata-mata jika ingin mencabar Najib. Memandangkan Mahathir sudah membuat kenyataan mahu kedua-dua jawatan tertinggi itu dikekalkan, kekuatan Muhyiddin untuk mencabar Najib juga turut tidak berkembang. Ini menjadikan hanya Tengku Razaleigh atau Ku Li yang tinggal sebagai satu-satunya pencabar Najib yang dirasakan sesuai. Namun Ku Li, walaupun agak veteran, beliau ada kekuatannya yang tersendiri. Rekodnya yang sarat dengan pelbagai sumbangan dan kecemerlangan sebelum ini, imejnya yang bersih, peribadi yang terpuji dan keyakinan terhadap kemampuannya melakukan perubahan adalah sandaran yang selalu diperkatakan. Sejarahnya yang hanya kalah 43 undi ketika menentang Mahathir pada 1987 seringkali menjadi sebutan. Jika beliau memutuskan untuk bertanding, ia adalah semata-mata untuk berkhidmat serta memperbaiki banyak kerosakan yang ada dalam UMNO sekarang dan tidak mahu melihat UMNO dan kerajaan terus terumbang-ambing di mata rakyat. Walaupun belum pasti beliau akan mencabar Najib dan kita terpaksa menunggu sehingga 28 September ini untuk mengetahui kedudukan sebenarnya, sekurang-kurangnya bayangan yang diberi oleh Ku Li itu merupakan harapan kepada sebahagian orang yang kecewa melihat kepada apa yang berlaku kepada UMNO dan negara sekarang. Baik di dalam UMNO mahupun rakyat biasa, kritikan kepada Najib kini semakin membesar. Jika sebelum pilihanraya, kritikan banyak terarah kepada pemborosan dan pembaziran isterinya, kepimpinan yang lemah, pendekatan yang merugikan Melayu, lebih memanjakan kaum Cina, rasuah, penyelewengan, ketelusan kerajaan dan sebagainya, keadaan ini nampaknya menjadi lebih parah lagi sekarang ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Obama tells nation that Syria is 'not another Iraq or Afghanistan' Posted: 07 Sep 2013 07:18 AM PDT | ||
Integriti pudar punca rasuah berleluasa Posted: 07 Sep 2013 06:47 AM PDT SUBANG JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu melahirkan kerisauan terhadap soal integriti dan juga etika dalam sistem pentadbiran di negara ini yang secara jelas jauh tersasar. Katanya, soal integriti tidak lagi dipandang serius oleh pihak pentadbiran khususnya pemerintah dan juga parti-parti politik yang ada sekarang. "Apabila nilai integriti dan etika tidak dapat dipupuk serta dijadikan amalan, maka gelaja rasuah serta penyelewengan terus berleluasa tanpa ada perasaan bersalah ataupun bertanggungjawab. "Ini yang berlaku, nilai ini telah hilang dan kita dapat lihat isu rasuah mahupun penyelewengan terus meningkat tanpa dapat dibendung walaupun penguatkuasaan undang-undang dilakukan," kata beliau. Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutup Forum Pengukuhan Integriti Politik 'Pemantapan Integriti Politik Negara : Isu dan Cabaran' anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Dialog Terbuka: Anwar nafi wujudkan kerajaan perpaduan Posted: 07 Sep 2013 06:45 AM PDT KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal apabila cadangannya untuk mengadakan dialog terbuka dengan kerajaan diputarbelitkan pemimpin Umno. Anwar juga mengulangi pendirian dan menafikan bahawa dialog kebangsaan itu bukannya untuk membincangkan soal kerajaan perpaduan seperti mana yang dilakukan oleh sebilangan kecil bekas pemimpin Pas tidak lama dahulu. "Dia (Khairy) tidak baca mesej merdeka saya, kenyataan saya hanya merujuk kepada hal itu (dialog). "Saya hanya sentuh empat isu iaitu tadbir urus, jenayah, ekonomi dan hubungan kaum," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang mengatakan beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno mempersoalkan cadangan dialog terbuka itu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan