RAKYAT MARHAEN |
- Setia kepada negara bukanlah setia kepada kerajaan .....
- Orang ramai makin sensitif dengan kenaikan harga minyak
- Lawak 3 Sept: IGP dakwa Pak Samad 'menyorok'..!!
- BN 'rentap' nikmat merdeka rakyat..!!
- Dr Dzul: TPPA, peniaga kecil bakal 'lingkup'
- Dr Dzul: Tolak GST, baiki belanja kerajaan
- Jawapan Najib Mengenai Subsidi Petrol - ( Barang Naik)
- Pakatan Rakyat: Bagaimana Harga Minyak Boleh Diturunkan
- JANJI-JANJI MUNAFIK PEMIMPIN UMNO@BN...!!!
- Jangan Marah. Bukankah Ini Yang Kamu Mahukan?
- Sejak 2011 lagi Sinar Harian dedahkan penipuan subsidi minyak yang tidak wujud?
- Harga Minyak Naik Lagi: Siapa Untung?
- Kenaikan harga minyak- tanda negara semakin muflis..!!!
- UTUSAN SEMPAT LAGI MENIPU RAKYAT MALAYSIA SEMALAM....!!!
- Minyak Oh Minyak...!!
- Awas!! Selepas minyak, banyak lagi kenaikan sedang menunggu...!!!
- Mengapa mereka kibar “Sang Saka Malaya”?
- Negara pengeksport minyak patut turun harga - Anwar
- Naik Minyak: BN umpan 47% rakyat, 53% turut merana
- Egypt's Brotherhood under legal threat as bomb hits central Cairo
- Analysis: Obama not afraid to use military force in Syria
- More join ranks as human shields in Syria
- Making the case for Syria air strikes
- As global powers debate; war rages in Syria
- UK in spot over Syria chemicals export
Setia kepada negara bukanlah setia kepada kerajaan ..... Posted: 02 Sep 2013 08:35 PM PDT Kolar PutihBuktinya, pada hari ini masih terdapat minoriti (baca sebagai 47 peratus) rakyat Malaysia yang tidak dapat membezakan antara kedua-dua perkara ini, walhal secara jelas definisi 'negara' dan 'kerajaan' adalah berbeza. Secara umumnya, definisi 'negara' adalah merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki sesebuah kawasan yang mempunyai had sempadan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Manakala, 'kerajaan' pula ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara. Oleh itu, majoriti rakyat Malaysia (baca sebagai 52 peratus) yang celik akal sama sekali tidak akan terpedaya dengan tipu helah dan 'silap mata' Kerajaan untuk mempercayai dakyah dan propaganda songsang dan sesat iaitu 'setia kepada negara adalah setia kepada kerajaan'. Bagi rakyat yang 'setia kepada negara', pastinya golongan ini akan menentang rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan ketirisan ekonomi negara. Bagi yang 'setia kepada Kerajaan' pula, rasuah tidak mengapa asalkan kerajaan yang sedia ada kekal memerintah. Lazimnya, mereka yang 'setia kepada negara' adalah mempunyai pemikiran dan pandangan yang berasaskan isu atau pun issues based iaitu lebih kritis dan analitikal. Pemikiran golongan ini dilihat lebih taktikal, stategik dan sistematik. Read More / Baca Lagi >> |
Orang ramai makin sensitif dengan kenaikan harga minyak Posted: 02 Sep 2013 08:29 PM PDT Semakin naik harga dan kos hidup, semakin tidak popular sesebuah kerajaan. Dan dalam banyak-banyak keperluan asas, harga makanan dan petrol antara yang paling sensitif kepada pengguna. Buktinya, di negara seperti Indonesia dan Greece, kenaikan harga barangan menyebabkan rakyat yang berasa hidup mereka terhimpit memprotes dan bertindak hingga menjejaskan imej negara dan populariti kerajaan. Namun, kerajaan Malaysia semalam mengejutkan rakyat apabila menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 seliter bermula hari ini. Mengapa harga petrol yang perlu dinaikkan, atau dikurangkan subsidinya? Kesan kenaikan harga petrol terlalu besar, jika dibandingkan dengan barangan lain. Bukan sahaja kos perjalanan harian meningkat, tetapi akan menyebabkan kenaikan harga makanan, bahan binaan dan kos kesihatan. Sebabnya? Semua barangan memerlukan petrol untuk pengangkutan. Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia tahun lalu menunjukkan kenaikan lima peratus harga petrol dan diesel akan sebabkan kesan negatif semua faktor ekonomi seperti keluaran dalam negara kasar (KDNK), inflasi, perbelanjaan isi rumah, pengambilan pekerja, import dan eksport. Kenaikan hari ini adalah 10 peratus. Kesan keputusan tidak popular Ramai masih ingat, pada 5 Jun 2008, kerajaan di bawah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi naikkan harga petrol 41 peratus daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter. Harga diesel pula naik daripada RM1.58 kepada RM2.58 seliter, iaitu kenaikan sehingga 63 peratus kerana krisis ekonomi yang melanda dunia pada masa itu dikatakan menyebabkan kerajaan tidak mampu menanggung subsidi petrol. Walaupun harga petrol kemudiannya kembali diturunkan, reputasi Abdullah sebagai pemimpin tidak berjaya dipulihkan. Abdullah meletak jawatan pada 2009 selepas memegang jawatan nombor satu itu selama enam tahun. Read More / Baca Lagi >> |
Lawak 3 Sept: IGP dakwa Pak Samad 'menyorok'..!! Posted: 02 Sep 2013 08:25 PM PDT Polis meminta sasterawan negara Datuk A Samad Said menyerah diri kepada pasukan itu untuk membantu siasatan berhubung tindakan individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya berhampiran Dataran Merdeka pada Jumaat malam lalu. Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa A Samad "menyorok" ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi. "Saya minta dia serah diri. Semalam polis nak cari dia, tapi dia meyorok pula. Jadi sekarang polis belum kesan lokasinya. "Kalau berani cabar undang-undang, kena berani tanggung," katanya dalam satu sidang media di kampus Universtiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pagi ini. Katanya, polis cuba mengesan A Samad selepas menahan aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli pada ham 8.40pm pada malam tadi di Kampung Baru. Polis menjalankan siasatan ke atas dua aktivis berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948. |
BN 'rentap' nikmat merdeka rakyat..!! Posted: 02 Sep 2013 08:22 PM PDT Hanya dua hari diperlukan oleh pihak kerajaan untuk merentap hati rakyat selepas melalui sambutan kemerdekaan yang ke 56. Usah difikir tentang perasaan dan jiwa rakyat yang menanggung beban yang bakal dipikul dek kenaikan harga minyak domestic. Kerajaan ada tempoh yang cukup lunak untuk menjinakkan semula hati rakyat menjelang pembentangan belanjawan Oktober akan datang. Dalam suasana rakyat cukup rasa terpukul meskipun trend ini telah dijangkakan bila Barisan Nasional memenangi PRU 13, saya hanya ingin menyelak ingatan sekalian sahabat pembaca kepada satu kelompok rakyat yang disebut sebagai Orang Kurang Upaya, OKU. Sempena sambdengan utan kemerdekaan ke 56 dan menjelang hari Malaysia 16 September, perlu saya membicarakan perihal OKU agar setiap kelompok masyarakat tahu peri ujian yang sedang kami tempuhi. Doakanlah agar setiap ujian mampu kami dan ahli keluarga lalui dan doakanlah juga agar setiap usaha membangunkan potensi insan setiap OKU diberi petunjuk dan kekuatan dari Allah S.W.T. Ramai rakan-rakan OKU saya menyebut bahawa perjuangan aktivis OKU dalam suasana sekarang ialah membebaskan OKU dari belenggu simpati dan model penerima bantuan. Bukan salah untuk rasa simpati dan bukan salah untuk OKU menerima bantuan. Apa yang perlu, selain bantuan dan rasa simpati, perlulah beriringan dengannya satu usaha utuh untuk menggilap potensi diri setiap OKU. Read More / Baca Lagi >> |
Dr Dzul: TPPA, peniaga kecil bakal 'lingkup' Posted: 02 Sep 2013 08:14 PM PDT |
Dr Dzul: Tolak GST, baiki belanja kerajaan Posted: 02 Sep 2013 08:13 PM PDT |
Jawapan Najib Mengenai Subsidi Petrol - ( Barang Naik) Posted: 02 Sep 2013 07:42 PM PDT |
Pakatan Rakyat: Bagaimana Harga Minyak Boleh Diturunkan Posted: 02 Sep 2013 07:27 PM PDT |
JANJI-JANJI MUNAFIK PEMIMPIN UMNO@BN...!!! Posted: 02 Sep 2013 07:23 PM PDT |
Jangan Marah. Bukankah Ini Yang Kamu Mahukan? Posted: 02 Sep 2013 07:17 PM PDT Selepas ini semua barang keperluan akan naik Tarif letrik juga akan naik sebab kerajaan akan tiada alasan untuk menyekatnya walau pun sekarang telah pun tertipu dengan meter digital yang baru Atau ini juga salah satu helah untuk naikkan tarif letrik dan air? Rakyat bukan saja terbeban dengan minyak dan gas tetapi akan terbeban dengan segala macam barang keperluan harian yang memang berkait rapat dengan kenaikan harga minyak Kerajaan boleh berhelah dengan apa saja alasan mewajarkan tindakan Padan muka rakyat Malaysia! |
Sejak 2011 lagi Sinar Harian dedahkan penipuan subsidi minyak yang tidak wujud? Posted: 02 Sep 2013 07:16 PM PDT sinar harian minyak subsidi Sumber sisipan Sinar Harian: Apa Kesan Harga Minyak Naik? Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut. Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja. Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan. Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat. 1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan? HAMID YEOP: Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu. Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja. Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela). 2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali? HAMID YEOP:lawak minyak naik Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda. Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat. 3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara? HAMID YEOP: Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1. Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi. 4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi? HAMID YEOP: Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai. 5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya? HAMID YEOP: Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter. Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter. Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal. Read More / Baca Lagi >> |
Harga Minyak Naik Lagi: Siapa Untung? Posted: 02 Sep 2013 07:13 PM PDT A Kadir Jasin MULAI tengah malam tadi, harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter berikutan pelaksanaan seterusnya dasar rasionalisasi subsidi. Kalau masih ada yang belum lupa, harga semua bahan petroleum naik dengan banyak pada bulan Februari 2006 apabila bekas pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan dasar itu. Kalau ada pembaca yang berminat, bolehlah baca disini. Saya tidak mahu mengulang ulas sebab kesannya lebih kurang sama sahaja. Inilah demokrasi berpilihan raya. Sebelum dan ketika pilihan raya, semua pihak yang berebut kuasa akan menjanjikan yang terbaik – janji ditepati. Kita pun janganlah terperanjat sangat kalau beban kewangan yang terpaksa kita tanggung tidak berhenti di sini. Tunggulah Belanjawan 2014 tidak berapa lama lagi. Pengurangan subsidi menyebabkan harga minyak naik dan beban pengguna meningkat. Menteri Kewangan kata, kenaikan terbaru ini akan menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion. Di mana penjimatan itu akan dibelanjakan kita kena tahu. Harap-harap janganlah tumpu kepada bandar saja. Ingatlah siapa yang menyelamatkan BN pada 5 Mei lalu! Dilihat dari luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu. Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa? Janganlah jadi cerita: Raja dalam dapur makan roti gula. Suri dalam rumah buat kira-kira. Rakyat luar pagar hidup menderita. Wallahualam. |
Kenaikan harga minyak- tanda negara semakin muflis..!!! Posted: 02 Sep 2013 07:07 PM PDT Parti Sosialis Malaysia (PSM) melihat tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) meningkatkan harga minyak RON95 20 sen seliter sebagai satu mungkir janji yang terpaksa dilakukan ekoran perbelanjaan boros dan salah guna kewangan negara semasa PRU13. Ia adalah tanda negara kita semakin muflis. Ini juga adalah tanda bahawa Kerajaan BN semakin hari cuba menjauhkan diri daripada polisi memberi subsidi kerana pemberian subsidi bercanggah dengan polisi neo-liberal dan sistem pasaran kapitalis. Sebelum ini, Perdana Menteri pernah berhujah bahawa hanya RON97 akan dinaikkan harga mengikut harga pasaran tetapi RON95 akan tetap disubsidi. Kini terbukti bahawa selepas tamatnya PRU13, satu demi satu langkah diambil BN untuk mengambil balik sedikit keselesaan yang rakyat nikmati. Sebelum ini kerajaan mengumumkan langkah drastik untuk mendapatkan balik pinjaman PTPTN tetapi ia ditarik balik. Kemudian kerajaan mengatakan bahawa GST terpaksa diperkenalkan dan kini pula harga minyak dinaikkan. Semua ini menunjukkan kedudukan kewangan yang semakin rapuh. Tindakan meningkatkan harga minyak akan menyebabkan harga barangan lain naik dan tanpa peningkatan gaji rakyat jelata, maka penderitaan rakyat akan berterusan. Kerajaan juga semakin tidak serius untuk mengimplementasi Akta Gaji Minima dan nampaknya memberikan pelbagai laluan untuk majikan tidak melaksanakan akta ini. Ramai majikan yang enggan membayar dan yang membayar pula, menstruktur semula gaji supaya elaun lain dimasukkan sebagai gaji. Read More / Baca Lagi >> |
UTUSAN SEMPAT LAGI MENIPU RAKYAT MALAYSIA SEMALAM....!!! Posted: 02 Sep 2013 07:02 PM PDT |
Posted: 02 Sep 2013 06:58 PM PDT |
Awas!! Selepas minyak, banyak lagi kenaikan sedang menunggu...!!! Posted: 02 Sep 2013 06:57 PM PDT Kerajaan mulai malam tadi menaikkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen. Dengan kenaikan itu, harga semasanya menjadi RM2.10 sen dan RM2.00 seliter bagi diesel. Langkah kenaikan yang disifatkan Najib untuk pengukuhan ekonomi itu juga menyebabkan subsidi kerajaan keatas petrol kini menurun kepada 63 sen manakala untuk diesel menjadi 80 sen sahaja. Kenaikan ini jelas tidak menggembirakan rakyat. Di alam maya, Najib menerima kritikan, cemuhan dan serangan yang berterusan sepanjang malam tadi. Bukan saja rakyat biasa yang rasa terbeban dengan kenaikan itu meluahkan perasaan dan kemarahan mereka, malahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan ahli akademik, Dr Mazleee Malik juga turut aktif di Twitter masing-masing dengan pelbagai maklumat yang berupa kritikan dan sindiran mengenai kenaikan itu. Ahli politik pembangkang pula tentulah menggunakan peluang ini untuk menghentam dan mengkritik kerajaan semahu-mahunya, apalagi kenaikan petrol dan diesel ini umpama hadiah daripada Najib kepada rakyat sempena 100 hari kemenangan BN. Buat pertama kali juga, pemimpin Umno menjadi kurang aktif sama ada si Facebook ataupun Twitter. Selalunya jika timbul isu-isu sebegini, para pemimpin UMNO yang aktif di dunia sosial turut memainkan peranan mempertahankan apa yang dilakukan kerajaan, tetapi malam tadi ramai yang berdiam diri dan tidur awal agaknya. Mungkin mereka juga sudah tiada idea lagi untuk mempertahankan tindakan Najib itu. Pengendali laman sosial yang pro Umno dan kerajaan juga kelihatan pasif dan tidak tidak berdaya lagi mempertahankan langkah tidak bijak Najib itu. Hanya Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Pengerusi Felcra yang cuba mempertahankan dan menyokong kenaikan minyak ini tetapi beliau juga kemudiannya dikritik dan diserang hebat, termasuk mengaitkan dengan perkahwinan keduanya bersama aktres Zizie Ezzette. Read More / Baca Lagi >> |
Mengapa mereka kibar “Sang Saka Malaya”? Posted: 02 Sep 2013 06:42 PM PDT Dua aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 semalam kerana mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 di Dataran Merdeka dibebaskan awal pagi ini. Malam tadi, kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk disiasat mengikut akta itu. "Tuduhan kibar bendera Sang Saka di bawah Akta Hasutan. Polis datang geledah rumah. Bebas di rumah jam 3 pagi dengan seorang penjamin. Tunggu siasatan sama ada ke mahkamah atau tidak," kata Hishamuddin dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider awal pagi ini. Dalam wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, Hishamuddin menjelaskan bendera Sang Saka Malaya dikibarkan kerana suasana politik tanah air pada ketika ini, mirip kepada keadaan Malaya sebelum penjajah British melancarkan Darurat pada tahun 1948. "Ini kerana suasana sejak 2008 pada hemat saya sebagai seorang pemerhati politik sama seperti suasana pada ketika Putera-AMCJA, maka Sang Saka dikibarkan," katanya merujuk kepada dua gabungan politik kiri terbesar di Malaya sebelum penjajah British menghancurkannya pada tahun 1948; Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malaya Council of Joint Action yang beliau anggap hampir menyamai gabungan politik PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR). "Apabila mereka melancarkan Perlembagaan Rakyat, mereka juga melancarkan Sang Saka sebagai bendera kepada Tanah Melayu merdeka. Bila saya cakap tentang Tanah Melayu merdeka itu Tanah Melayu merdeka bersama-sama Singapura." Read More / Baca Lagi >> |
Negara pengeksport minyak patut turun harga - Anwar Posted: 02 Sep 2013 06:41 PM PDT Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sebagai sebuah negara pengekspot sepatutnya mampu menurunkan harga minyak. Namun, beliau mendakwa amalan boros Kerajaan BN telah menyebabkan rakyat terbeban. "Hentikan pembaziran dan rasuah. "Malaysia ekspot minyak!," tulisnya laman sosial mikro Twitternya malam tadi. Beliau berkata sedemikian sebagai respons terhadap pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa harga minyak RON 95 serta diesel dinaikkan 20 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam tadi. Menurut Najib, langkah yang diambil adalah sebagai sebahagian langkah penyusunan semula subsidi yang akan dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan. Read More / Baca Lagi >> |
Naik Minyak: BN umpan 47% rakyat, 53% turut merana Posted: 02 Sep 2013 06:39 PM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat telah memberi tawaran yang cukup menarik dalam manifesto untuk rakyat iaitu menurunkan harga pertrol pada keesokan hari selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu jika berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. Malangnya, kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar 47% rakyat negara ini termakan tipu muslihat Barisan Nasional dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen. Beliau menyatakan demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah membuat pengumuman semalam harga petrol RON95 dan diesel naik RM0.20 mulai tengah malam tadi. Ini, ujarnya bermaksud rakyat negara ini terpaksa menghadapi tanggungan yang lebih besar mulai hari ini. Katanya, kerajaan secara bijak mengurangkan subsidi yang dibayar dan memindahkan kos itu kepada rakyat jelata. Pengerusi DAP Perak itu berkata, Pakatan Rakyat telah memberi amaran kepada rakyat supaya membuat pilihan secara was-was dalam PRU13 lalu. "Kita telah menjangkakan strategi Barisan Nasional yang akan mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel selepas pilihanraya," ujarnya dalam satu kenyataan. Pada masa yang sama, jelasnya Pakatan Rakyat juga telah memberi tawaran yang cukup menarik dalam manifesto untuk rakyat iaitu menurunkan harga pertrol pada keesokan hari selepas pilihanraya jika berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. "Malangnya, 47% rakyat negara ini termakan tipu muslihat Barisan Nasional dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen. "Terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh Barisan Nasional untuk kepentingan politiknya," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Egypt's Brotherhood under legal threat as bomb hits central Cairo Posted: 02 Sep 2013 06:34 PM PDT |
Analysis: Obama not afraid to use military force in Syria Posted: 02 Sep 2013 06:34 PM PDT |
More join ranks as human shields in Syria Posted: 02 Sep 2013 06:33 PM PDT |
Making the case for Syria air strikes Posted: 02 Sep 2013 06:32 PM PDT |
As global powers debate; war rages in Syria Posted: 02 Sep 2013 06:32 PM PDT |
UK in spot over Syria chemicals export Posted: 02 Sep 2013 06:32 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan