RAKYAT MARHAEN |
- Anwar Ibrahim & reformasi: Dari kaca mata seorang rakyat biasa
- Ada naib presiden Umno mula berpeluh dingin
- PAS makin mantap hasil kerjasama dalam PR
- Bakal Berkubur: Tiada lagi pemimpin berwibawa dalam Umno
- Tanggal 20 Sept, KEADILAN lancar pusat latihan ‘Reformasi’
- REFORMASI - Petang 20 Sept 1998
- Sejarah 20 Sept: Kisah Yang Dilalui Anuar Ibrahim
- Anwar Ibrahim: Reformasi Journey
- Anwar Ibrahim: Jelajah Perjuangan Reformasi
- Demi Rakyat: BN perlu sambut kesediaan PR untuk berdialog secara terbuka
- PASCA PRU13 : Kajian UMcedel tunjukkan BN salahguna kuasa untuk kekal berkuasa
- APA LAGI UMNO MAHU? Ku Nan bidas media Cina pertikai Agenda memperkasa ekonomi bumiputera
- Pemerkasaan ekonomi: Bayar royalti Kelantan
- Ekonomi Bumiputera hanya untuk elit Melayu?
- Agihan bantuan berasas kaum tidak akan berjaya, kata pakar ekonomi
- Dato' Seri Anwar Ibrahim: 1998 - 2013 We Will Never Surrender
- 20 Sept 1998: 15 TAHUN SEJARAH REFORMASI - BLACK 14
- 20 September 1998 Mengubah Hidup Kak Wan
- 15 Tahun Ledakan Reformasi 1998
- 15 Tahun Reformasi 1998 - Bukit Damansara
- 20 Sept 1998: Anwar Bapa Raformasi Malaysia
- 20 Sept 1998: Amanat terakhir DSAI sebelum ditangkap
- 15 Tahun Berlalu Ledakan Reformasi 1998
- Reformasi Negara ' 98 - 15 Tahun Rakyat Terus Bersama
- Nostalgia Reformasi Anwar Ibrahim - 15 Tahun Rakyat Terus Bersama
Anwar Ibrahim & reformasi: Dari kaca mata seorang rakyat biasa Posted: 19 Sep 2013 08:59 PM PDT Anas Alam Faizli "Tiada sesiapa pun yang benar-benar mengenali sebuah negara itu sehinggalah dia pernah berada di dalam penjaranya. Sesebuah negara itu tidak wajar diadili dengan cara layanan kepada warga atasannya, tetapi layanannya kepada warga bawahannya." (Nelson Mandela) Ketika remaja, saya sering menyelak helaian koleksi keratan akhbar lama milik abah. Salah satunya yang sering diingati ialah helaian akhbar tahun 1982 mengenai seorang personaliti bernama Anwar Ibrahim yang diumumkan bakal menyertai Umno. Majoriti kalangan sahabat terdekat dan pengikut Anwar ketika itu, melihat beliau sebagai harapan mereka; susuk pemimpin masa hadapan yang mampu memberikan cabaran besar kepada kerajaan. Maka, tindakan beliau menyertai Umno tidak diterima umum; termasuklah emak, yang merupakan seorang ahli JIM. Tahun 1996, sewaktu Anwar membentangkan bajet di Parlimen - suatu acara tahunan ditunggu-tunggu, kerana sinonimnya dengan Anwar memperkenalkan perkataan baru - kelihatan terdapat tanda-tanda di wajahnya. Emak berseloroh, " Baru nak matang lah tu..." Mungkin, perasaan tidak puas hati masih kekal sehingga saat itu. Tidak lama kemudian berlakulah krisis kewangan yang menggoncang ekonomi Asia Tenggara, tatkala Anwar berada di puncak kerjayanya di dalam kerajaan sehingga memangku jawatan Perdana Menteri. Dalam era yang sama, akhbar melaporkan usaha beliau menentang kronisme dan rasuah. Emak dan abah menyatakan firasat mereka bahawa Anwar akan 'kena' tidak lama lagi. Saya tidak dapat menangkap maksud mereka sehinggalah peristiwa 2 September 1998. Detik demi detik peristiwa itu saya saksikan di kaca televisyen dari kampus di selatan tanah air. Saat itu tidak dapat dilupakan; terduduk keliru cuba menenangkan fikiran dan memahami kekacauan yang sedang berlaku. Sejak itu, laporan berita dan perkembangan kes tuduhan Anwar menjadi urusan harian. Kata-kata masyhurnya: "Ini adalah konspirasi dan fitnah jahat untuk membunuh karier politik saya" bergema di dalam minda setiap hari. Kemuncaknya ialah pada hari bersejarah, Ahad, 20hb September 1998, di mana demonstrasi terbesar dalam sejarah Malaysia berlaku di Dataran Mereka, di bawah lembayung reformasi. Rakyat yang berkumpul di Masjid Negara untuk mendengar ucapan reformasi oleh Anwar, berarak ke Dataran Merdeka untuk ucapan seterusnya, beralih ke Jalan Raja Laut dan akhirnya menamatkan perarakan di persimpangan jalan menuju Parlimen. Di situ juga gas pemedih mata dilepaskan. Ketika itu, saya menyaksikan sendiri tenaga dan keyakinan rakyat dalam perhimpunan itu yang boleh disamakan dengan negara jiran kita. Hanya lima bulan sebelum itu, rakyat Indonesia menjatuhkan Presiden Soeharto. Malaysia tidak pernah menyaksikan manifestasi ketegasan yang sebegini. Tetapi perkara penting yang perlu diakui ialah ia bukan kerana Anwar. Reformasi ialah satu gerakan massa menentang kezaliman. Jika ia mampu dan boleh bertindak kejam kepada nombor dua paling berkuasa, bagaimanakah pula nasib rakyat biasa? Ramai personaliti lain juga turut ditangkap di bawah undang-undang zalim ISA selepas itu. Melihatkan ketidakadilan yang berleluasa, Allahyarham Fadzil Noor kemudiannya mengetuai Gerak yang terdiri daripada pakatan parti politik dan NGO. Antara aktiviti awal Gerak ialah mengadakan protes besar-besaran untuk membebaskan Anwar. Gerakan reformasi yang asalnya tertubuh khas untuk membebaskan Anwar, kemudiannya memperolehi momentum dan berevolusi menjadi satu gerakan kerakyatan menentang ketidakadilan. Reformasi terus bergerak menjadi sesuatu yang lebih besar, daripada pelbagai sudut. Salah satu perubahan yang berlaku ialah, penyatuan semua parti pembangkang, NGO dan gerakan Islam sebagai suatu penyatuan yang jitu dan tidak dapat diketepikan. Sebuah perpaduan, yang impaknya tidak pernah disaksikan sebelum ini. Kendatipun wujud perbezaan yang ketara, parti pembangkang menyedari wujudnya nilai bersama yang dijunjung bersama yakni keadilan dan kebebasan. Perjuangan ini dipegang sepenuh keringat dan diperjuangkan sepenuh jiwa. Read More / Baca Lagi >> |
Ada naib presiden Umno mula berpeluh dingin Posted: 19 Sep 2013 08:57 PM PDT Sepertimana yang diduga dan diharapkan oleh banyak pihak, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akhirnya mengumumkan penyertaannya dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan 19 Oktober depan. Ini menjadikan persaingan menjadi sah enam penjuru setakat ini. Jika pengumuman Mukhriz ini dibuat selepas beliau mendapatkan nasihat daripada Najib sebagaimana yang disyorkan oleh salah seorang penyandang Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi sebelum ini, bermakna Mukhriz sudah mendapat restu dan izin daripada Presiden Umno untuk bertanding jawatan itu. Dengan ini, peluangnya bukan saja cerah untuk menang tetapi juga berpotensi untuk mengambil alih tempat Zahid sebagai pemenang undi tertinggi. Apatah lagi, pengumuman Mukhriz bertanding juga dibuat serentak pada hari yang sama dengan Najib dan Muhyiddin mengumumkan bahawa mereka akan mempertahankan jawatan presiden dan timbalan presiden masing-masing. Sekali lagi, kelebihan seperti berpihak kepada anak bongsu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu. Dengan penyertaan Mukhriz, ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden Umno seperti tergugat dengan kehadirannya itu. Zahid Hamidi, walaupun popular dan menjadi pilihan akar umbi dan dalam pemilihan lalu mendapat undi tertinggi, kedudukannya tidak lagi seselamat dulu. Beliau mungkin tergelincir daripada kedudukan Naib Presiden nombor satu, bahkan tidak mustahil juga jika tewas. Hishammuddin menjadi paling tergugat dengan kehadiran Mukhriz, bukan saja kerana wibawanya yang dipertikaikan sejak dulu, malahan dengan kehadiran Mukhriz mungkin membuatkan perwakilan Umno hanya memilih seorang saja daripada anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri untuk menduduki kerusi itu. Read More / Baca Lagi >> |
PAS makin mantap hasil kerjasama dalam PR Posted: 19 Sep 2013 08:55 PM PDT MENTAKAB: PAS bukan semakin lemah malah akan terus kukuh dan kuat kedudukannya serta mendapat sokongan lebih besar masyarakat hasil kerjasama politik bersama parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR). Read More / Baca Lagi >>Malah, walaupun PAS, PKR dan DAP menghadapi saingan sengit daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membabitkan Umno, MCA dan MIC, kerjasama PR dilihat lebih mampu melangkaui batas ideologi atau kaum seperti yang dibuktikan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata demikian ketika mengulas cadangan sesetengah pihak dalam PAS untuk mengkaji semula kerjasamanya bersama PR. "Kita juga dapat lihat bagaimana PAS berjaya merampas Kelantan daripada terus diperintah BN pada PRU 1990 ketika bekerjasama dengan parti Semangat 46 dan keadaan itu bertambah kukuh hasil kerjasama dengan PKR dan DAP. "Kita juga dapat melihat pada 1999 di mana kerjasama dalam Barisan Alternatif itu menyebabkan kerajaan Umno BN Terengganu tewas," ujar Tengku Zulpuri. Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang berkata, kerjasama baik parti dalam PR juga mencatat satu sejarah baru apabila PR berjaya mencetuskan Tsunami Politik 2008 yang menyaksikan kejatuhan apabila merampas Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang serta mengekalkan Kelantan. |
Bakal Berkubur: Tiada lagi pemimpin berwibawa dalam Umno Posted: 19 Sep 2013 08:34 PM PDT Rakyat serta orang Melayu sudah matang dalam membuat pilihan, Umno kian lemah, pemimpin berwibawa diperlukan. PETALING JAYA: Ramai anggota Umno tidak senang dengan gaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat mempunyai begitu banyak 'masalah,' kata orang lama Utusan Melayu, Said Zahari.Beliau yang dianggap sebagai individu yang cukup arif tentang selok belok politik negara berkata Najib sendiri tahu akan sentimen ini Akan tetapi beliau menambah terdapatnya individu-individu lain yang melihat Najib sebagai 'umpan' dan menginginkan beliau terus menguasai tampuk kuasa di dalam negara. "Najib memang banyak rekod yang tidak disenangi. Dia sendiri tahu akan hal ini. Saya fikir kalau ada orang yang mahu menyingkirkan beliau, sudah lama beliau disingkirkan," kata beliau kepada FMT ketika ditemui. Tetapi menurut pengamatan beliau, ada orang yang melihat Najib ini sebagai keperluan dalam politik Umno itu sendiri justeru itu Najib perlu dikekalkan. Dalam pada itu, Said yang juga bekas tahanan ISA selama 17 tahun itu berkata bahawa politik Umno sudah tidak mempunyai individu yang mantap untuk memimpin parti tersebut. Beliau yang juga bekas wartawan berpengalaman menambah bahawa kebanyakan pemimpin Umno mempunyai masalah. "Sebab itu rakyat sudah beralih kepada pembangkang seperti mana yang ditunjukkan pada pilihanraya ke-13 baru baru ini," dakwanya. |
Tanggal 20 Sept, KEADILAN lancar pusat latihan ‘Reformasi’ Posted: 19 Sep 2013 08:19 PM PDT KUALA LUMPUR 20 SEPTEMBER: KEADILAN hari ini akan melancarkan sebuah pusat latihan dinamakan 'Dewan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat' (Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives) atau dikenali sebagai Reformasi. Majlis pelancaran yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya 3 petang ini akan disempurnakan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden merupakan Pengarah pusat latihan ini dan Pengarah Eksekutif pula adalah Dr Edmund Santhara. 15 tahun lalu pada tarikh yang sama seperti hari ini, muncul sebuah gerakan kesedaran anak muda yang tercetus dari pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, atas konspirasi peringkat tertinggi. Tanggal 20 September 1998 mencatatkan detik hitam dalam sejarah Malaysia apabila Anwar ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap beliau.Bermula tarikh itu juga, kesedaran dan minat rakyat terhadap politik tanah air meningkat, demi mempertahan pemimpin yang menentang korupsi dan kronisme di saat rakyat menderita akibat krisis kewangan. Misi Anwar jelas, untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan pemimpin korup Umno yang berterusan menggunakan wang rakyat secara boros, di samping hanya mengaut keuntungan dari projek mega. Read More / Baca Lagi >> |
REFORMASI - Petang 20 Sept 1998 Posted: 19 Sep 2013 07:36 PM PDT |
Sejarah 20 Sept: Kisah Yang Dilalui Anuar Ibrahim Posted: 19 Sep 2013 07:34 PM PDT |
Anwar Ibrahim: Reformasi Journey Posted: 19 Sep 2013 07:33 PM PDT |
Anwar Ibrahim: Jelajah Perjuangan Reformasi Posted: 19 Sep 2013 07:32 PM PDT |
Demi Rakyat: BN perlu sambut kesediaan PR untuk berdialog secara terbuka Posted: 19 Sep 2013 06:11 PM PDT Barang kali sudah sampai masanya, sebenarnya kita sudah terlewat untuk insaf bagi mengamalkan politik berminda tinggi tanpa perkelahian sepanjang masa dan tidak meletakkan perbezaan ideologi itu sebagai satu sempadan besar yang memisahkan di antara kita. Selama mana lagi kita mahu mengamalkan politik benci membenci, bermusuhan serta angkuh mendabik dada, akulah yang betul dan kamu yang salah semuanya. Seharusnya kita semua menjadi cerdik dan bijak. Menjadikan gelanggang politik sebagai wadah memperkasakan kepentingan negara dan rakyat, bukannya wadah untuk terus bergaduh dan bertelingkah sepanjang masa sehingga melupai tanggungjawab kepada negara. Orang-orang politik juga wajar menandakan bahawa politiking ada batas dan ada musimnya. Kita selama ini tidak menanda batas dan musim dalam dunia berpolitik. Kita tidak kira atau mengikut peredaran iklim dan cuaca secara almiah. Politik kita kehilangan kompas dan tidak ada jadual. Kita berpolitik (politiking) sepanjang masa. Musim banjir, ribut atau kemarau kita tetap dengan rasa dan nada sama menghentam dan menyerang sesama sendiri. Tanpa kita sedar cara kita beperang sepanjang masa itu sebenarnya kita membunuh diri dan kenegaraan sendiri. Sudah sampai masanya, walaupun sudah lewat sebenarnya untuk kita kembali mengambil dan mengikut musim untuk berpolitik. Kita buanglah abuk-abuk dan lendir kebodohan yang menyaluti saraf fikir kita. Jadi kesediaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan dialog nasional bersama BN seharusnya disambut baik oleh semua pihak khasnya BN. BN perlu menerimanya sebagai ajakan penuh kejujuran tanpa ada prangsangka apa-apa di sebaliknya. Read More / Baca Lagi >> |
PASCA PRU13 : Kajian UMcedel tunjukkan BN salahguna kuasa untuk kekal berkuasa Posted: 19 Sep 2013 06:02 PM PDT Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati kebanyakan responden percaya bahawa BN telah menyalahgunakan kuasa untuk kekal dalam kerajaan. Ia mendapati 46 peratus responden percaya sedemikian, manakala 33 peratus lagi tidak bersetuju dan 21 peratus responden pula tidak pasti. Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Mohd Redzuan Othman memberitahu pemberita hari ini bahawa terdapat juga jurang pendapat di kalangan kaum mengenai perkara ini, dengan 54 peratus responden Cina bersetuju bahawa BN menyalahgunakan kuasanya, berbanding dengan 42 peratus orang Melayu. Katanya, ianya sangat jelas bahawa orang Cina berkata 'ya' manakala sentimen anti-BN mereka adalah tinggi dan begitulah juga trendnya dalam soalan-soalan yang lain. Hasil kajiselidik itu berdasarkan kepada temubual secara berdepan dengan 1,546 responden di seluruh Semenanjung Malaysia antara 15 Ogos hingga 10 September tahun ini. Hasil kajiselidik yang sama juga menunjukkan bahawa responden berbeza pendapat mengenai sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjalankan pilihan raya umum ke-13 dengan betul, dengan 47 peratus responden percaya bahawa ia dijalankan dengan baik, 41 peratus tidak bersetuju, dan selebihnya tidak pasti. |
APA LAGI UMNO MAHU? Ku Nan bidas media Cina pertikai Agenda memperkasa ekonomi bumiputera Posted: 19 Sep 2013 05:54 PM PDT KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Khamis membidas media berbahasa Cina yang katanya cuba menimbulkan isu perkauman mengenai agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilaksanakan kerajaan. Beliau kesal kerana tindakan media vernakular itu dan mendakwa ia boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini, yang sedia terjalin erat. "Janganlah ada orang mainkan cerita dalam akhbar khususnya akhbar Cina (yang) kononnya bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan berkenaan Dasar Ekonomi Bumiputera, kita (kerajaan) tidak peduli kepada bangsa Cina.(Itu) tidak (benar). "Bila kita bantu kaum Bumiputera, kita tidak pernah meminggirkan kaum Cina atau India, tidak pernah dalam sejarah kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbarisan sempena Hari Penguatkuasa Ke-44 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2013 di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. |
Pemerkasaan ekonomi: Bayar royalti Kelantan Posted: 19 Sep 2013 05:51 PM PDT KOTA BHARU: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mendakwa slogan kerajaan untuk membantu masyarakat bumiputera hanya diibarat umpan untuk Perhimpunan Agung Umno yang bakal diadakan nanti. Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), Muhammad Hisyamuddin Ghazali, berkata ianya juga slogan untuk menyedapkan hati kontraktor Kelas F semata-mata dengan mengaitkan golongan bumiputera untuk dibantu. Read More / Baca Lagi >>Menurutnya, kenyataan perdana menteri seolah-olah menyangkal masyarakat Kelantan mempunyai 95 peratus masyarakat Melayu dari 1.7 juta rakyatnya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri kelmarin yang mendakwa kerajaan mengangkat agenda bumiputera sebagai Agenda Nasional ditempatkan di tempat yang lebih tinggi. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, di Shah Alam baru-baru ini. Sambungnya, dengan menyelesaikan masalah ekonomi seperti tidak menafikan hak penerimaan royalti, bantuan pembinaan RAKR dan lain-lain lagi, ianya secara tidak langsung dapat menyelesaikan masalah ekonomi bumiputera secara keseluruhannya. Kata Hisyamuddin lagi, sekiranya perdana menteri ikhlas dalam isu itu, Kelantan sepatutnya dibayar royalti lima peratus mengikut perjanjian seperti yang diterima Terengganu, Sarawak dan Sabah yang kini tertunggak RM12 billion. |
Ekonomi Bumiputera hanya untuk elit Melayu? Posted: 19 Sep 2013 05:50 PM PDT KUALA LUMPUR: Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera tidak akan membantu memajukan ekonomi orang Melayu jika pelaksanaannya tidak telus, kata Pakar Ekonomi PAS Dr Rosli Yaakop. Read More / Baca Lagi >>Beliau berkata, kejayaan sesuatu dasar itu bergantung kepada ketelusan pelaksanaannya iaitu bebas rasuah, salah guna kuasa dan tidak berlegar di kalangan kroni kepada pemimpin tertentu sahaja. "Apa pun dasar ekonomi yang diwujudkan untuk memperkasa ekonomi bumiputera kalau pelaksanaannya sama sahaja seperti yang ada sekarang iaitu mementingkan kroni, memberi bantuan hanya kepada kroni, memberi projek hanya kepada golongan Melayu tertentu, sampai bila-bila pun ekonomi orang Melayu tidak dapat diperkasakan kecuali sekumpulan kecil kaum elit Melayu. "Mungkin ada baiknya perkenalkan dasar ekonomi baru untuk memperkasa ekonomi Bumiputera tapi kalau pelaksanaannya cara lama natijahnya ekonomi bumiputera tak dapat diperkasa," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Menurut beliau juga, kerajaan juga harus memberikan perhatian kepada Orang Asal yang merupakan golongan termiskin di Malaysia selain memberi fokus kepada keseimbangan ekonomi di setiap wilayah di negara ini. "Kerajaan kena beri perhatian kepada orang asal kerana Orang Asal merupakan golongan yang paling miskin di Malaysia ini. Kena beri perhatian kepada Bumiputera di Sabah dan Sarawak kerana dua negeri itu kaya sumber asli tapi merekodkan kadar kemiskinan tertinggi. |
Agihan bantuan berasas kaum tidak akan berjaya, kata pakar ekonomi Posted: 19 Sep 2013 05:50 PM PDT Bantuan kewangan berasaskan kaum dan rancangan memperkasa Bumiputera akan tersasar matlamatnya seperti polisi terdahulu dan kaum Melayu akan lebih mendapat manfaat jika Perdana Menteri memberinya kepada kumpulan miskin, kata Professor Emeritus Datuk Dr Mohamed Ariff. Beliau berkata, kaum Melayu membentuk 80 peratus isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Maka, katanya, cadangan seperti meningkatkan saham unit amanah Bumiputera di bawah program Amanah Saham Bumiputera tidak akan membantu kaum Melayu miskin, kerana mereka tidak mampu membeli unit amanah. Katanya, perkara sama akan berlaku lagi dan pendapat beliau senada dengan pandangan yang dikeluarkan oleh bekas menteri Zaid Ibrahim semalam kepada The Malaysia Insider. Zaid berkata, "Saya tidak melihat keperluan polisi khusus kepada satu-satu kaum. Itu semua mengarut dan idea membantu kumpulan tertentu dengan polisi tidak lagi diperlukan. "Jika Melayu masih ramai yang miskin. Ada sesutu yang tidak kena dengan polisi." Read More / Baca Lagi >> |
Dato' Seri Anwar Ibrahim: 1998 - 2013 We Will Never Surrender Posted: 19 Sep 2013 05:32 PM PDT |
20 Sept 1998: 15 TAHUN SEJARAH REFORMASI - BLACK 14 Posted: 19 Sep 2013 05:29 PM PDT |
20 September 1998 Mengubah Hidup Kak Wan Posted: 19 Sep 2013 05:24 PM PDT |
15 Tahun Ledakan Reformasi 1998 Posted: 19 Sep 2013 05:07 PM PDT |
15 Tahun Reformasi 1998 - Bukit Damansara Posted: 19 Sep 2013 05:05 PM PDT |
20 Sept 1998: Anwar Bapa Raformasi Malaysia Posted: 19 Sep 2013 05:00 PM PDT |
20 Sept 1998: Amanat terakhir DSAI sebelum ditangkap Posted: 19 Sep 2013 04:58 PM PDT |
15 Tahun Berlalu Ledakan Reformasi 1998 Posted: 19 Sep 2013 04:53 PM PDT |
Reformasi Negara ' 98 - 15 Tahun Rakyat Terus Bersama Posted: 19 Sep 2013 04:51 PM PDT |
Nostalgia Reformasi Anwar Ibrahim - 15 Tahun Rakyat Terus Bersama Posted: 19 Sep 2013 04:47 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan