RAKYAT MARHAEN |
- Noh Omar Menteri Besar kedua di Selangor?
- Minyak Naik: Peniaga, pembeli mula rasa terbeban
- Forum 20 Sen: Pendapatan negara meningkat, tapi kerajaan BN gagal.......
- Selangor tangkas tangani pencemaran
- Penyusunan Air Selesai Akhir Tahun Ini
- Kemelut Hutang PTPTN Perlu Diatasi Segera
- Skim Tunas : Jabatan Kebajikan Enggan Bekerjasama
- Pengguna Air Lembah Klang Fail Tuntutan Terhadap Syabas
- PAU 2013: Shahrizat, Khairy kekal jawatan?
- Dr. Asri Dedah Gaji Fathul Bari Yang Di Bayar Umno??
- Muktamar: 8 pemimpin disebut-sebut mahu rebut jawatan VP PAS
- Pemilihan Umno kali ini adalah perang proksi
- Kerana Mongolia: Pelancaran kempen “Endless Possibilities” ditangguhkan..ha.ha..kita lihat siapa yang kena...!!!
- Pemimpin Sabah dakwa Dr Mahathir menipu dalam RCI
- What's Russia's motive in Syria?
- Cornyn: Putin part of the Syria problem
- Has Obama defined a clear strategy in Syria?
- Securing Syria's chemical weapons
- UFB Betulkan Kenyataan Harga Minyak Tidak Naik Cuma Subsidi Dikurangkan.. !!! Ha..Ha..Ha..Anwar Pun Tak Boleh Kawal Naik Minyak...
- Rafizi Ramli: PTPTN & Pendidikan Tinggi
- Lawyers for liberty 'solved citizenship issue in one day'
- France tables UN resolution on Syria
- President Obama's full Syria speech
- NSA 'routinely' shares Americans' data with Israel - Snowden leak
- Russia's Syria plan: The next step
Noh Omar Menteri Besar kedua di Selangor? Posted: 11 Sep 2013 09:29 PM PDT Selama ini kita hanya tahu ada jawatan Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Pendidikan Kedua saja tetapi di Selangor kini sudah ada jawatan Menteri Besar Kedua juga. Selain Khalid Ibrahim yang menjadi Menteri Besar sebenar setelah Pakatan Rakyat terus menjadi pilihan rakyat di negeri itu, rupa-rupanya pihak yang kalah juga mewujudkan jawatan yang mirip kuasa Menteri Besar. Pelik? Terkejut? Lebih pelik dan mengejutkan ialah pihak yang mewujudkan jawatan seperti Menteri Besar di Selangor itu pula sebenarna mewakili UMNO dan BN yang hanya mampu memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN dalam pilihanraya umum lalu. Individu yang diberi kuasa seperti Menteri Besar itu ialah Noh Omar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang digugurkan oleh Najib sebagai menteri kabinet berikutan kegagalan menawan semula negeri itu. Atas kekecewaan Najib untuk merampas semula Selangor, beliau telah menggugurkan Noh Omar sebagai menteri dan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang disandang Najib selama ini turut diserahkan kepada Ahli Parlimen Tanjung Karang itu. Bersekali dengan jawatan itu, Noh Omar turut dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Selangor, suatu jawatan rekaan yang tidak pernah diwujudkan di mana-mana negeri sebelum ini. Adalah dipercayai Najib mewujudkan jawatan yang seolah-olah mirip Menteri Besar Selangor itu ialah bagi memudahkan Noh Omar berperanan lebih aktif untuk menawan kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lima tahun lagi. Noh Omar sendiri ada bercakap baru-baru ini bahawa penanda arasnya akan diukur dalam pilihanraya umum akan datang dan sekiranya gagal, beliau akan mengundurkan diri. Dengan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Selangor, Noh Omar juga bakal mempunyai pejabatnya sendiri di Pejabat Pembangunan Persekutuan atau JPP Negeri Selangor di Glenmarie, Shah Alam. Pejabat untuk beliau kini sedang dalam proses pengubahsuaian dan dijangka siap dalam waktu yang terdekat. Read More / Baca Lagi >> |
Minyak Naik: Peniaga, pembeli mula rasa terbeban Posted: 11 Sep 2013 09:24 PM PDT KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Andansura Rabu berkata kesan kenaikan minyak sudah mual dirasai oleh rakyat apabila harga barangan keperluan harian mula naik mendadak. Beliau berkata, dalam tinjuanya ke Pasar Balok baru-baru ini beliau dimaklumkan oleh peniaga mengenai kenaikan harga barangan apabila pembekal telah menaikkan harga ekoran kenaikan kos pengangkutan. Mereka berkata, kenaikan harga bermula apabila kerajaan menaikan harga minyak baru-baru ini melibatkan petrol dan disel, "Dalam tinjuan saya bertanya khabar dan mendengar rungutan peniaga di pasar Balok. Rata-rata menyatakan harga barangan telah mula naik. "Kecuali ikan yang masih bertahan dengan harga lama. Itupun kerana bekalan ikan yang agak banyak buat masa ini," kata Andansura. Menurutnya, para peniaga tiada pilihan lain kecuali terpaksa menaikkan harga jualan juga walaupun sedar, resiko jualan berkurangan. |
Forum 20 Sen: Pendapatan negara meningkat, tapi kerajaan BN gagal....... Posted: 11 Sep 2013 09:20 PM PDT KUALA LUMPUR - Sejak lima tahun lalu, pendapatan negara telah meningkat kepada RM50 bilion namun ia dibazirkan apabila belanja mengurus kerajaan turut meningkat dalam tempoh yang sama. Read More / Baca Lagi >>Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa kegagalan kerajaan menguruskan pendapatan negara sejak lima tahun lalu juga menyebabkan belanja pembangunan turut dikurangkan. "Dari 2009 hingga 2013, semasa pendapatan negara semakin meningkat, malangnya perbelanjaan mengurus juga meningkat. "... kerajaan Persekutuan berterusan memboros, sepatutnya belanja pembangunan untuk infrastruktur, sekolah dan kemudahan lain ditambah, bukannya belanja pengurusan," katanya dalam Forum 20 Sen di Auditorium Menara MPAJ, di sini, malam tadi. |
Selangor tangkas tangani pencemaran Posted: 11 Sep 2013 09:14 PM PDT |
Penyusunan Air Selesai Akhir Tahun Ini Posted: 11 Sep 2013 09:13 PM PDT |
Kemelut Hutang PTPTN Perlu Diatasi Segera Posted: 11 Sep 2013 09:13 PM PDT |
Skim Tunas : Jabatan Kebajikan Enggan Bekerjasama Posted: 11 Sep 2013 09:13 PM PDT |
Pengguna Air Lembah Klang Fail Tuntutan Terhadap Syabas Posted: 11 Sep 2013 09:12 PM PDT |
PAU 2013: Shahrizat, Khairy kekal jawatan? Posted: 11 Sep 2013 07:10 PM PDT Oleh ZULKIFLEE BAKAR Apakah mungkin Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti Oktober ini? Persoalan ini timbul apabila sehingga hari ini belum ada mana-mana pemimpin yang mengumumkan keputusan untuk menentang kedua-dua pemimpin tersebut biar pun borang pendaftaran menjadi calon akan mula diedarkan Sabtu ini. Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang sebelum ini beria-ia hendak mencabar Shahrizat akhirnya membuat keputusan menarik diri atas alasan bagi mengelakkan perpecahan dalam pergerakan itu. Walaupun ada desakan supaya Azalina bertanding namun ia hanya ibarat cabaran 'ajak-ajak ayam' sahaja kerana mereka yang membuat desakan tersebut memahami sejauh mana keupayaan Azalina untuk meraih sokongan dalam Wanita UMNO. Apatah lagi kenyataan demi kenyataan menyokong Shahrizat oleh pemimpin-pemimpin Wanita UMNO dikatakan turut 'menggerunkan' mana-mana pemimpin pergerakan itu untuk mencabar kedudukan beliau. Read More / Baca Lagi >> |
Dr. Asri Dedah Gaji Fathul Bari Yang Di Bayar Umno?? Posted: 11 Sep 2013 06:44 PM PDT Dr. Asri telah mendakwa dalam tweeternya berkenaan gaji individu yang di katakan Fathul Bari. Jikalau benar dakwaan Dr. Asri, maka terjawablah kenapa Fathul Bari beria-ria benar mempertahankan Umno dan pemimpinnya dalam isu-isu yang membangkitkan kemarahan rakyat. Terbaru, Fathul Bari mengeluarkan 'fatwa' kenaikan harga barang adalah ketentuan Allah ekoran pengumuman kerajaan memotong subsidi 20 sen petrol RON95 dan diesel. 'Fatwa' tersebut telah mengundang kritikan hebat dari ahli akademik, pemimpin politik dan orang ramai.. |
Muktamar: 8 pemimpin disebut-sebut mahu rebut jawatan VP PAS Posted: 11 Sep 2013 06:33 PM PDT Pemilihan PAS semakin rancak apabila lapan pemimpin parti itu disebut-sebut sedang mengintai peluang mencuba nasib merebut jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu November ini. Sekalipun mesyuarat kawasan masih berlangsung sehingga 30 September ini dan pencalonan mereka masih belum jelas, namun cakap-cakap mengenai kecenderungan hasrat mereka kini sudahpun tersebar luas. Tiga penyandang Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa dijangka mempertahankan jawatan mereka, sementara Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah dikatakan turut tersenarai merebut jawatan naib presiden. Sumber-sumber PAS memberitahu Malaysiakini, ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof, ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Zawawi Salleh bakal turut bersaing bagi jawatan itu. "Salahudin, Mahfuz dan Husam dijangka mempertahankan jawatan. Manakala yang lain belum membuat keputusan, tunggu pencalonan (dan sokongan dahulu) sebelum (umum) tanding," kata sumber-sumber kepada Malaysiakini. Read More / Baca Lagi >> |
Pemilihan Umno kali ini adalah perang proksi Posted: 11 Sep 2013 06:30 PM PDT Pemilihan kepimpinan Umno akhir tahun ini adalah tentang siapakah yang akan mengawal paling ramai anggota Majlis Tertinggi (MT), diantara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Inilah pandangan penganalisis terhadap apa yang berlaku dalam Umno sekarang. Bagi mereka, Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai presiden dan timbalan presiden, namun usaha sedang dibuat oleh pihak masing-masing untuk mengumpul penyokong. Bagi mereka, ada tiga senario yang boleh berlaku dalam pemilihan Umno kali ini. Yang pertama adalah pertembungan secara langsung antara Najib dengan Muhyiddin untuk jawatan presiden. Namun, ia agar sukar untuk berlaku memandangkan ahli Parlimen Pagoh itu mengambil sikap jawatan nombor dua dalam Umno dan kerajaan sudah memadai untuknya. Yang kedua adalah pertembungan antara pemimpin Umno lain, misalnya Tengku Razaleigh Hamzah dengan Najib. Namun ramai yang beranggapan Tengku Razaleigh tidak akan atau tidak mampu berbuat demikian kerana sudah beberapa kali dijangkakan berbuat demikian tetapi tidak berlaku. Yang ketiga masing-masing menguatkan sokongan di kalangan anggota MT dengan presiden dan timbalan akan kekal. "Walaupun ketiga-tiganya mungkin berlaku, saya rasa yang ketiga paling besar peluangnya," kata seorang saintis politik dari negara jiran, Bridget Welsh yang faham tentang politik Malaysia kepada The Malaysian Insider. Seorang penganalisis lain pula menyokongnya dengan menjangka kumpulan Najib akan bertembung dengan penyokong Dr Mahathir untuk menguatkan penyokong masing-masing dalam MT. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 11 Sep 2013 06:28 PM PDT Pelancaran kempen baru Putrajaya "Endless Possibilities" dalam negara telah ditangguhkan dari tarikh asal 17 September kepada satu tempoh yang belum pasti selepas mendapati Mongolia menggunakan slogan sama 19 bulan sebelum Malaysia. The Malaysian Insider difahamkan, pegawai-pegawai yang menguruskan kempen panik kerana Mongolia merupakan satu subjek sensitif selepas dua anggota polis Malaysia didakwa dan kemudian dibebaskan di atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. "Pelancaran di Malaysia dibatalkan, masih belum ada tarikh baru," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. Slogan kempen itu secara rasmi digunakan buat pertama kali di Davos Januari lepas semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) walaupun Kementerian Pelancongan sudah memperkenalkannya di Dubai pada Oktober 2012. Blogger pro kerajaan telah mengkritik kempen itu mengatakan ianya meniru kempen sama Israel yang bermula April lepas. Akan tetapi kemudiannya mereka mendapati Mongolia telah menerbitkan video dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN menggunakan slogan sama. Akan tetapi jurucakap kempen mengatakan ia tetap akan dilancarkan tetapi tidak memberikan tarikh pasti. Read More / Baca Lagi >> |
Pemimpin Sabah dakwa Dr Mahathir menipu dalam RCI Posted: 11 Sep 2013 06:25 PM PDT Pemimpin politik Sabah membidas keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini dan menyifatkannya satu penipuan kerana bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu pernah membuat kenyataan sebaliknya sebelum ini. Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir yang sering meletak kesalahan kepada pihak lain. "Beliau tidak menafikan kad pengenalan diberikan secara haram. Beliau hanya tidak tahu tentang Projek IC yang diberikan namanya oleh pihak lain," katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider. Jeffrey menjelaskan kenyataan Dr Mahathir itu tidak konsisten apabila sebelum ini mantan perdana menteri itu pernah menyatakan bukan satu kesalahan memberi kad pengenalan kepada penduduk yang telah lama tinggal di negara ini. Read More / Baca Lagi >> |
What's Russia's motive in Syria? Posted: 11 Sep 2013 05:46 PM PDT |
Cornyn: Putin part of the Syria problem Posted: 11 Sep 2013 05:46 PM PDT |
Has Obama defined a clear strategy in Syria? Posted: 11 Sep 2013 05:46 PM PDT |
Securing Syria's chemical weapons Posted: 11 Sep 2013 05:45 PM PDT |
Posted: 11 Sep 2013 03:54 PM PDT |
Rafizi Ramli: PTPTN & Pendidikan Tinggi Posted: 11 Sep 2013 03:31 PM PDT |
Lawyers for liberty 'solved citizenship issue in one day' Posted: 11 Sep 2013 03:29 PM PDT |
France tables UN resolution on Syria Posted: 11 Sep 2013 03:28 PM PDT |
President Obama's full Syria speech Posted: 11 Sep 2013 03:27 PM PDT |
NSA 'routinely' shares Americans' data with Israel - Snowden leak Posted: 11 Sep 2013 03:27 PM PDT |
Russia's Syria plan: The next step Posted: 11 Sep 2013 03:26 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan