PERAKITE |
- RASHID SIDEK RASA SEPERTI DILUDAH..SIAPA KUASAI BAM ?
- Bekas Juara Tinju dunia Ken Norton meninggal dunia
- Muhkriz umum tanding VP...saingan sengit
Posted: 19 Sep 2013 06:04 PM PDT |
Posted: 19 Sep 2013 05:28 PM PDT |
RASHID SIDEK RASA SEPERTI DILUDAH..SIAPA KUASAI BAM ? Posted: 19 Sep 2013 05:25 PM PDT PERLETAKAN jawatan Datuk Misbun Sidek pada 2011 daripada BAM masih misteri sehingga hari ini, namun Rashid yang turut berbuat demikian secara mengejut semalam tidak berahsia mengenai tindakan itu. Selama inipun nampak Rashid sekadar pemanas bangkus lurulatih sahaja jika melihat aksinya pada kejohanan2 Badminton. Entah sesaper Cina yg jadi jurulatih perseorangan negara pun tidak dikenali. Tanpa berselindung, Rashid menuding jari kepada lagak Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Aik Mong yang menjadi punca dia mengambil keputusan drastik mengakhiri khidmatnya selama 10 tahun dengan badan induk itu. Rashid menambah dia tidak sesuai dengan struktur baru yang diterapkan Aik Mong ketika ini yang disifatkan seolah-olah merendahkan kemampuan jurulatih yang ada. "Saya tidak boleh ikut lenggok sistem sekarang, jadi tiada guna saya tunggu lagi. Sebab itu saya buat keputusan untuk meletak jawatan. "Rasa macam diludah oleh TMG yang seolah-olah menganggap sumbangan jurulatih sebelum ini sangat sedikit. Ia secara tidak langsung membuat saya dan jurulatih lain fikir kami diletakkan pada tahap paling rendah. "Lagi pun saya tidak boleh tahan tengok muka orang yang sebelum ini tiada kuasa, tiba-tiba diberikan kuasa dan sering mencanang dirinya bekas pemain nombor tiga dunia (Aik Mong). Habis saya ini siapa?" kata Rashid ketika dihubungi semalam. |
Bekas Juara Tinju dunia Ken Norton meninggal dunia Posted: 19 Sep 2013 05:18 PM PDT Bekas juara tinju dunia, Ken Norton yang dianggap salah seorang jaguh heavyweight pada eranya, meninggal dunia pada usia 70 tahun, awal pagi semalam akibat serangan jantung. Norton cukup dikenali kerana pernah menewaskan Muhammad Ali pada 1973. Menurut rakan baik yang juga pengurusnya, Patrick Tenore, Norton meninggal dunia di pusat penjagaan Arizona. "Isterinya menghubungi saya dan memberitahu Norton sudah meninggal dunia. Saya ada melihatnya beberapa hari lalu. Fikirannya sentiasa nampak jelas tetapi tutur katanya terganggu sejak kemalangan jalan raya di Los Angeles," kata Tenore. Norton yang mengalami strok, tahun lalu menamatkan kerjaya gemilangnya dengan rekod 42 kemenangan, tujuh tewas, sekali seri dan 33 knockout. Dia bertarung dalam kategori heavyweight pada era 1970-an bersama-sama kumpulan peninju lain termasuk Ali, George Foreman, Joe Frazier, Leon Spinks dan Jimmy Young. |
Muhkriz umum tanding VP...saingan sengit Posted: 19 Sep 2013 05:08 PM PDT Pengumuman Datuk Mukhriz Mahathir bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti itu bulan depan, tergambar dalam posternya berslogan "Berani Berubah" yang sekaligus memberi saingan sengit dalam kancah pertandingan parti itu. Penyertaan Muhriz bolehlah dilihat sebagai meneruskan legasi bapanya Tun Dr Mahathr Mohamad (walaupun Muhkriz menafikannya). Mukhris dilihat mampu mengugat persaingan pemilihan Naib Presiden Umno. Namun kalangan pemerhati melihat, kemasukan Muhkriz ke dalam senarai Naib Presiden akan menyingkirkan salah seorang Naib Presiden yang sedia ada. Ia juga menghimpit kedudukan Muhyiddin Yassin dalam tempoh duaa atau tiga tahun lagi. Jika menang, Muhkriz dilihat di dalam kalangan Umno sebagai calon yang lebih mempunyai aura untuk melangkah lebih jauh dan kelak akan menjadi saingan kepada Muhyiddin. Sambil menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai gandingan terbaik untuk memimpin Umno, Muhkriz turut mengumumkan tiga calon Kedah untuk merebut jawatan anggota Majlis Tertinggi, iaitu Aziz Salim, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Strategi kempen Muhkriz ternyata lebih bijak dan bakal memancing sokongan. Awal2 lagi, Datuk Seri Shahidan Kassim turut kelihatan hadir pada majlis pengumuman itu malahan beliau turut memberitahu akan berkempen untuk Mukhriz. Shahidan juga pengerusi Umno Perlis dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bahagiannya turut melahirkan sokongan bulat kepada Mukhriz. Ratusan, termasuk pemimpin akar umbi dari Pulau Pinang, Perak, Johor, Terengganu, malah Kelantan kelihatan hadir. Sementara itu, Bernama melaporkan Mukhriz berkata beliau membuat keputusan itu setelah menerima banyak nasihat dari setiap lapisan kepimpinan, dan setelah memikirkan jawatan yang sesuai untuk beliau dipertanggungjawabkan. Jawatan naib presiden Umno kini disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Ketiga-tiga mereka telah menyatakan hasrat untuk mempertahan jawatan itu. Selain Mukhriz, dua lagi pemimpin telah mengumumkan akan bertanding jawatan itu iaitu Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Mukhriz berkata sebagai pemimpin negeri, beliau tidak dapat tidak, perlu mendengar nasihat dan menerima desakan daripada pengikut. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan