Addin |
- Bekas Ketua Polis Negara Kesal Chin Peng Tidak Di Benarkan Pulang
- Punca Adam Adli Sambung Gantung Pengajian Tersebar?
- Perkasa Belasah MCA
- MCA Dakwa Kerajaan Menyemarakkan Api Perkauman
- Lagi Hasil Kajian Yang Memeranjatkan Najib.. Saksikanlah
- Calon Ketua Pemuda, Anak Sanusi Junid Nafi Jadi Proksi Mahathir Untuk Tewaskan KJ
- Patutlah Berduyun-Duyun Orang Datang Ke Majlis Najib Dan Rosmah.. Ini Sebabnya
- Blogger Pro Umno Mohon Maaf Secara Terbuka Kerana Sebar Fitnah Pada Husam Musa
Bekas Ketua Polis Negara Kesal Chin Peng Tidak Di Benarkan Pulang Posted: 20 Sep 2013 04:00 PM PDT Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor kesal dengan keengganan kerajaan membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia serta menganggap tindakan tersebut sebagai ganjil dan mengingkari perjanjian damai yang dicapai antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya pada 1989. Bercakap dalam sesi wawancara dengan stesen radio Bfm petang tadi, Abdul Rahim yang terlibat dalam menggubal perjanjian susulan dengan PKM yang menggariskan terma dan syarat pelaksanaan perjanjian damai itu berkata, perjanjian antara kerajaan dan PKM sepatutnya terlaksana ke atas semua anggota PKM dari "kedudukan paling atas sehinggalah yang paling bawah". Beliau melahirkan rasa hairan mengapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sedangkan pemimpin-pemimpin tertinggi PKM seperti Pengerusinya, Abdullah CD dibenarkan berbuat demikian. Malah Abdullah CD dan isterinya Suryani Abdullah, ujar Abdul Rahim diperkenankan menghadap Sultan Perak sekembalinya mereka ke tanah air.Seorang lagi bekas pemimpin komunis, Abdul Rashid Maidin yang menetap di sebuah perkampungan bekas anggota PKM di sempadan Malaysia-Thai, jelas Abdul Rahim menaiki penerbangan ke tanah suci Makkah dari Kuala Lumpur dengan keizinan Kerajaan Malaysia. Kerajaan, ujarnya perlu menghormati perjanjian damai yang dimeterai dengan PKM seperti diamalkan negara-negara lain dan tidak dilihat sebagai mempersendakannya. Beliau memberi contoh perjanjian damai yang termeterai antara Kerajaan Indonesia dan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) sejurus selepas bencana Tsunami melanda wilayah Acheh. Para pemimpin GAM yang tinggal di luar negara kerana mendapat suaka politik, ujar Abdul Rahim dibenarkan kembali ke Acheh oleh pemerintah Indonesia selepas perjanjian damai dimeterai. Chin Peng meninggal dunia di Bangkok 16 September lalu selepas usahanya untuk kembali ke Malaysia termasuk melalui prosedur perundangan tidak tercapai.Hasrat anggota keluarganya untuk membawa pulang abu mayat bekas pemimpin PKM itu bagi disemadikan di kampung halamannya di Setiawan, Perak tidak dibenarkan kerajaan BN ekoran bantahan beberapa pihak termasuk Umno dan Perkasa. Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai yang dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan PKM adalah anggota PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka dan PKM dibubarkan. Chin Peng yang mewakili PKM juga berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agung dan anggota PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.Menurut Artikel 3 perjanjian, Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota PKM untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu dan kerajaan akan membantu bekas-bekas anggota PKM untuk memulakan hidup baru di Malaysia. Perjanjian yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 itu juga memberi kebebasan kepada bekas anggota PKM untuk memilih sama ada pulang ke Malaysia atau terus tinggal di Selatan Thailand. Seramai 431 ahli PKM memohon pulang ke Malaysia tetapi 93 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah status kewarganegaraan. Kerajaan Malaysia juga bersetuju membayar subsidi kehidupan sebanyak RM8,000 sekembalinya bekas anggota PKM ke Malaysia dan wang saraan hidup sebanyak RM300 sebulan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanah air. ~harakahdaily |
Punca Adam Adli Sambung Gantung Pengajian Tersebar? Posted: 20 Sep 2013 09:13 AM PDT Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan tindakan pentadbiran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) menggantung aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim, dan mengingatkan bahawa mahasiswa perlu mengetahui batasan kebebasan berpolitik yang diberikan kepada mereka. Dalam ucapannya ketika sesi dialog dengan pelajar di UPSI, Menteri Pendidikan itu berkata, pelajar universiti perlu menggunakan saluran yang sedia ada untuk menyampaikan sebarang kritikan ataupun cadangan dan bukannya memilih untuk berdemonstrasi. "Kritikan tersebut mestilah dengan cara baik, bahasa yang baik tanpa menimbulkan masalah, tidak berdemonstrasi, jadi apa salahnya," katanya semasa menjawab soalan yang diajukan salah seorang pelajar mengenai kebebasan berpolitik seperti yang dinyatakan dalam pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Walaupun tidak merujuk secara khusus kepada aktivis mahasiswa tersebut, kenyataan Muhyiddin tersebut secara tidak langsung terarah kepada Adam Adli yang dinafikan haknya untuk meneruskan pengajian di UPSI walaupun tempoh penggantungannya tamat. Adam Adli digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tanpa dibela peguam semasa dibicarakan. Penuntut sarjana muda pendidikan berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan 9 Januari lalu atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember tahun lalu. 6 September 2013 lalu, dia menerima surat daripada naib canselor universiti itu memaklumkan dia digantung pelajaran selama-lamanya sehinggalah kes mahkamahnya selesai. Muhyiddin berkata, mahasiswa digesa menggunakan platform dan saluran yang sedia ada serta berasaskan pertimbangan yang bijaksana dan waras, bukannya secara melulu sehinggakan mencemarkan imej institusi pengajian. "Kita berharap juga perubahan dan kelonggaran yang diberi ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar dengan tindakan berasaskan pertimbangan yang waras dan bijaksana. "Kalaupun ada apa isu atau permasalahan, mahasiswa boleh gunakan banyak platform sedia ada sama ada di peringkat universiti, kementerian atau pun kerajaan dengan saluran tertentu boleh digunakan untuk mengemukakan pandangan secara tertib dan berdisiplin dengan cara yang baik," katanya. Senada dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Naib Canselor UPSI, Datuk Zakaria Kasa juga menggesa pelajar menghargai bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pelajar. "Saya gesa semua pelajar UPSI menghargai bantuan yang diberikan kerajaan untuk meringankan beban pelajar," kata Zakaria semasa majlis sama di kampus UPSI, Tanjung Malim. Adam Adli mencetus kontroversi selepas terlibat dalam demonstrasi mahasiswa turun bendera Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 2011.Pada Mei lalu, Adam Adli didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke 13 semasa Forum 13 Mei. Beliau didakwa mengajak rakyat ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).Adam Adli mendakwa, tindakan universitinya ini bermotif politik dan universiti mengenepikan segala prosedur ketika menjatuhkan hukuman ke atasnya. ~the malaysian insider |
Posted: 20 Sep 2013 05:20 AM PDT Gesaan parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN), MCA yang mahu mayat Chin Peng (gambar) dibawa pulang ke Malaysia ditolak oleh Persatuan Pribumi Kebangsaan Malaysia (Perkasa). Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata kebanyakan pejuang negara yang terbunuh mempertahankan negara adalah dibunuh oleh pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin Chin Peng. "Jangan bagi orang Melayu marah. Kebanyakan yang terbunuh adalah orang Melayu, tidak kurang juga kaum Cina."MCA sibuk sangat nak bawa balik abu mayat Chin Peng tu, kenapa? Hormati perasaan orang hidup.Sementara itu, Pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata biarkan abu mayat Chin Peng terbang ke udara sambil meminta jangan diingat lagi pengganas komunis berkenaan. "Baik kita bincang masalah orang hidup. Dia dah mati. Abu mayatnya biar dibuang di udara," katanya.MCA hari ini dalam satu kenyataan medianya masih berkeras meminta mayat Chin Peng disemadikan di Malaysia. Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie berkata tiada undang-undang dalam negara ini yang melarang seseorang menghembuskan nafas terakhirnya atau disemadikan di Malaysia. Beliau memberi contoh Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dibenar jasadnya dibawa pulang ke Malaysia untuk dikeumikan di Jasin dan Pontian.Dr Azahari dan Nordin bertanggungjawab dalam insiden pengeboman di Indonesia di antara tahun 2002 dan 2005. "Lahir dan dibesarkan di Malaysia, Chin Peng ada hak untuk disemadikan di sini. Setelah semuanya berlalu, apa kemudaratan yang abunya berikan kepada negara?" tanya Heng yang mahu hasrat ketua komunis itu disemadikan di kampung halamannya tercapai. "Kerajaan BN tidak perlu memberi publisiti buruk dengan membuat keputusan berdasarkan kaum," katanya dalam satu kenyataan hari ini. ~the malaysian insider |
MCA Dakwa Kerajaan Menyemarakkan Api Perkauman Posted: 20 Sep 2013 05:10 AM PDT Menjelang upacara pembakaran mayat Chin Peng, MCA mempersoalkan sikap dwi-standard kerajaan berhubung dengan pengebumian dua pengganas Muslim di sini. Ketua publisiti parti itu, Datuk Heng Sia Kee berkata kerajaan tidak sepatutnya dilihat bersifat perkauman dan hendaklah membenarkan abu bekas pemimpin Komunis itu dibawa pulang ke negara ini. Beliau merujuk kepada Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top, kedua-duanya dikehendaki kerajaan Indonesia berkaitan pengeboman Bali pada 2002 dan 2005, serangan ke atas hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, dan di kedutaan Australia pada 2004. Katanya, Kerajaan BN tidak perlukan lagi sebarang publisiti buruk dengan dilihat membuat keputusan berdasarkan perkauman.Tambahan pula, kata Heng, Azahari dan Nordin boleh dianggap penjahat terburuk kerana kemusnahan yang mereka lakukan itu telah mengorban nyawa orang yang tidak berdosa. Azahari dan Nordin - kedua-dua rakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM ) di Johor sebelum didakwa menyertai Jemaah Islamiah (JI ), sebuah rangkaian pengganas yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.Azahari ditembak mati di Indonesia pada November 2005. Manakala Nordin pula pada satu ketika merupakan anggota militan Islam yang paling dikehendaki Indonesia dan dikatakan pembuat bom utama JI. Dia dibunuh pada tahun 2009. "Jika mayat suspek pengganas seperti Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top, kedua-dua dikehendaki kerajaan Indonesia kerana mereka dipercayai bertanggungjawab terhadap pengeboman Bali pada 2002 dan 2005, serangan ke atas Hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, dan kedutaan Australia pada 2004, masing-masing dibenar dikebumikan di Jasin dan Pontian, maka abu Chin Peng juga sepatutnya dibenarkan dibawa pulang," kata Heng. Sambil menambah bahawa ini tiada bezanya dengan Indonesia yang melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajahan Belanda.Sehubungan itu, katanya, MCA merayu supaya abu Chin Peng, anak kelahiran Setiawan itu, dibenarkan dibawa pulang. "Atas peri kemanusiaan, kita perlu menghormati permintaan terakhirnya, Lagipun, apa bahaya yang boleh disebabkan oleh abunya terhadap negara ini?" soalnya.Heng juga menegaskan bahawa bekas pemimpin PKM seperti Syed Hamid Ali dan Shamsiah Faekah juga telah dibenarkan pulang dan tinggal di Malaysia seperti yang dipersetujui dalam perjanjian damai Haadyai. Dilahirkan sebagai Ong Boon Hua pada 1924, Chin Peng telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 6.20 pagi Isnin lalu di Bangkok dan mayatnya dijadualkan dibakar hari ini di sebuah kuil di Bangkok. Antara lain, pemimpin kerajaan berhujah bahawa Chin Peng tidak menerima tawaran mendapatkan kerakyatan Malaysia selepas perjanjian damai itu ditandatangani. ~malaysiakini |
Lagi Hasil Kajian Yang Memeranjatkan Najib.. Saksikanlah Posted: 20 Sep 2013 03:14 AM PDT Pembentangan hasil kajian 'Politik Malaysia Pasca PRU13', oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) hari ini menarik perhatian para wartawan terhadap satu slide yang tidak disertakan peratus keputusannya. Slide yang hanya diletakkan tanda soal itu adalah keputusan survey yang diperolehi terhadap soalan "Adakah Datuk Seri Najib perlu melepaskan jawatan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13? Ketika diasak wartawan untuk mendedahkan angka peratusan tersebut, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sukar baginya untuk mendedahkannya kerana ianya boleh menyebabkan hidup beliau bermasalah." Cuma saya mahu kata, result ini tidak mengembirakan dan boleh meletakkan saya dalam masalah kalau saya dedahkan," katanya. Memberi penjelasan lanjut berhubung slide yang penuh persoalan itu, beliau berkata, harapan rakyat termasuk ahli Umno cukup tinggi terhadap Najib untuk mendapatkan kembali 2/3 penguasaan BN di parlimen selepas jatuh teruk pada 2008. Rakyat juga katanya yakin bahawa Najib boleh "deliver" dengan baik. Sudah ada precedent zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu ya, beliau meletak jawatan (perdana menteri) kerana gagal dapat 2/3 majoriti. "So you boleh jangka apa rakyat mahu," katanya sambil menunjuk kepada slide tersebut.Sementara itu, hasil yang dibentang UMcedel hari ini adalah kajian yang dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu iaitu kira-kira tiga bulan selepas PRU13 berlalu. Kajian yang dibuat secara bersemuka itu melibatkan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia. Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah. Dalam pada itu, soalan serupa turut ditanya membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Soalan berbunyi "Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melepaskan jawatan kerana PR gagal menerajui Putrajaya?, itu bagaimanapun disertakan dengan keputusan. Dalam keputusan kajian itu, 55 peratus menyatakan tidak bersetuju, 28 peratus bersetuju dan 18 peratus lagi tidak pasti. Daripada 55 peratus yang tidak bersetuju itu, 72 peratus adalah dari kaum Cina manakala 52 peratus dari kaum Melayu. Selain itu, kajian juga menunjukkan 69 peratus responden mahukan kerajaan BN mewujudkan kesepakatan nasional dengan Pakatan Rakyat. Mungkin masyarakat sudah agak penat dengan perbalahan politik sebelum PRU13."Ini pandangan rakyat, namun caranya sudah tentu orang politik lebih tahu," kata Prof Redzuan. |
Calon Ketua Pemuda, Anak Sanusi Junid Nafi Jadi Proksi Mahathir Untuk Tewaskan KJ Posted: 20 Sep 2013 12:57 AM PDT Calon Ketua Pemuda Umno, Akhramsyah Sanusi hari ini menafikan beliau berada dalam proksi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu. Beliau berkata, pencalonannnya kali ini tidak didorong oleh mana-mana pasukan dalam Umno tetapi hanya mahu mendapat sokongan akar umbi."Saya tidak menyebelahi pihak tertentu. Proksi saya adalah kekuatan akar umbi dan saya sangat bersyukur sekiranya pihak yang menyokong saya datang daripada pihak mempunyai pengaruh. "Saya tidak memilih. Orang kebanyakan menyokong pun, saya bersyukur kerana mereka yang menjadi perhatian saya. "Saya membuat pemantauan selama tiga minggu sebelum berkeyakinan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno," katanya pada sidang media mengumumkan pencalonannnya di Kuala Lumpur hari ini. Akhram berkata, pencalonannya kali ini disebabkan banyak rintihan dari peringkat akar umbi yang diterimanya mengatakan Umno tidak lagi dapat menjaga kebajikan mereka. Katanya, rintihan yang diterimanya juga hasil sentuhan kepimpinan Pemuda Umno sedia ada yang tidak berjaya sampai ke bawah selain sayap itu tidak dilihat sebagai kumpulan pendesak untuk memperjuang agenda Melayu. "Berdasarkan apa yang kita lihat pencapaian Umno dalam pilihan raya umum lalu, parti ini bukan sahaja ditolak oleh kaum Cina tetapi orang Melayu yang tinggal di bandar serta generasi muda. "Jika Umno masih gagal yakinkan rakyat, bagaimana untuk menang dalam pilihan raya umum ke-14 kelak," katanya yang yakin berjaya merebut jawatan itu daripada penyandang, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Beliau berkata, melihat kepada kedudukannya yang 20 tahun menyertai Umno selain memegang jawatan tertinggi dalam syarikat carigali minyak antarabangsa, beliau mampu membawa perubahan dalam sayap Umno itu. Katanya, bagi mengelak pencalonannya ditolak, rujukan dengan pelbagai pihak dalam Umno dibuat untuk memastikannya pencalonannya nanti berjalan lancar. "Saya melihat penyandang sekarang masih belum menemui formula untuk menang. Memang tidak dinafikan beliau adalah penyandang tetapi beliau juga ada tanggungjawab dalam kementerian. Justeru saya melihat kelebihan itu boleh diatasi meskipun saya orang baru untuk jawatan tersebut. "Sistem pemilihan terbuka kali ini memberi lebih suara kepada pewakilan memilih pemimpin berwibawa kerana jika dahulu mereka yang bertanding hanya perlu berkempen kepada kira-kira 800 pewakilan yang hadir di Kuala Lumpur tetapi kini suara pemilihan lebih besar iatu kira-kira 75,000 pewakilan dalam Pemuda Umno akan memilih ketua mereka," katanya yang sudah memulakan kempen dan akan lebih menggiatkannya bermula esok. Akhram yang juga anak kepada bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid itu adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau dan kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke London dalam bidang Sarjana Kejuruteraan Kimia. Menyusur sejarah keluarga, beliau berkata, nenek dan moyangnya pernah menjadi wakil rakyat dan gabenor di Aceh, Indonesia. Ahli Umno Cawangan Bendang Baru, Langkawi itu mendapat keahlian parti pada 1994 dan menyifatkan parti Umno masih relevan dalam perjuangannya. Setakat tengah hari ini, pertandingan jawatan Ketua Pemuda Umno menyaksikan pertembungan empat penjuru apabila yang terbaru Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, mengumumkan untuk bertanding. Malam tadi media melaporkan, Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali turut menyatakan hasrat sama. Semasa pemilihan parti 2008, Khairy menghadapi pertandingan tiga penjuru iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo. Khairy memperolehi 304 undi dengan mengalahkan Dr Mohd Khir Toyo (254 undi) dan Datuk Mukhriz Mahathir (232 undi). Pemilihan jawatan tertinggi sayap Pemuda akan diadakan pada 12 Oktober ini. ~the malaysian insider |
Patutlah Berduyun-Duyun Orang Datang Ke Majlis Najib Dan Rosmah.. Ini Sebabnya Posted: 20 Sep 2013 12:12 AM PDT Ada cara yang berkesan bagaimana mendapatkan hadirin yang ramai di majlis-majlis umum yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Mengerah kakitangan awam dan ahli-ahli parti politik komponen Barisan Nasional (BN) adalah lumrah. Begitu juga dengan arahan badan-badan berpakaian seragam seperti pengakap. Namun pada sambutan ulangtahun ke-50 Sabah Dalam Malaysia yang diadakan di Tanjung Aru dekat sini pada 16 September lalu cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah kereta dan hadiah menarik lain seperti motorsikal telah menjadi magnet kepada orang ramai yang menaruh harapan memenangi sebuah kereta. Sejak lewat petang juruacara bertugas mengumumkan ada cabutan tiket bertuah itu dengan hadiah sebuah kereta, maka berduyun-duyunlah manusia dari sekitar bandaraya ini meredah hujan dan lopak ke tapak sambutan di Taman Prince Phillip Tanjung Aru. Yang lebih menarik ialah para pemenang tiket bertuah digalakkan terus berada di tapak sambutan dengan cara melambatkan cabutan tiket-tiket utama dan para pemenang hanya boleh menuntut hadiah-hadiah yang dimenangi mereka selepas jam 11.30 malam . Ini bermakna sebanyak mungkin pengunjung akan bertahan di majlis berkenaan menanti kalau-kalau tiket mereka dicabut memenangi sebuah kereta atau motorsikal atau beratus hadiah lain. Yang paling gembira tentulah pengerusi penganjur, Datuk Yahya Hussin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, yang pada awal bulan ini berkata beliau yakin 50,000 orang akan berada di tapak sambutan untuk mengalu-alukan Najib dan isteri. Tambah meningkatkan lagi keghairahan pengunjung malam ini ialah juruacara sengaja tidak mengumumkan apakah model kereta yang bakal dihadiahkan kepada pengunjung bertuah. Tiada pula kereta kelihatan di sekitar pentas sambutan. Barisan artis ternama tempatan dan dari Kuala Lumpur seperti Stacy, Faizal Tahir dan Jacklyn Victor juga turut menjadi tarikan kepada orang ramai untuk datang. Najib yang diiringi isterinya Datin Rosmah Mansor tiba di Kota Kinabalu pada tengahari 16 September dari Kuching, Sarawak di mana mereka lebih awal menghadiri sambutan serupa di Padang Merdeka di Kuching. Perdana Menteri pada malam tersebut telah melancarkan Projek Pembangunan Eko Tanjung Aru sebelum turut merayakan sambutan Hari Malaysia. Projek pembangunan eko itu memperincikan pelan pembangunan jangka panjang seluruh kawasan pantai Tanjung Aru yang suatu ketika dulu sangat terkenal di kalangan pelancong dalam negeri. Bagaimanapun beberapa pihak sudahpun mengecam tindakan pihak berkuasa tempatan menebang banyak pokok besar di sekitar tapak sambutan bagi membolehkan kawasan yang luas dijadikan tempat meletak kereta pengunjung pada malam tersebut. ~free malaysian today |
Blogger Pro Umno Mohon Maaf Secara Terbuka Kerana Sebar Fitnah Pada Husam Musa Posted: 19 Sep 2013 05:01 PM PDT Baru-baru ini akhbar penyebar fitnah Umno, Utusan telah di arah oleh mahmkamah memohon maaf secara terbuka pada Husam Musa kerana memfitnah beliau. Semalam, pada 19/9/2013 blogger pro Umno Syed Azidi atau lebih dikenali Kickdefella telah mohon maaf secara terbuka kerana memfitnah Husam Musa. Kini, terbukti media pro Umno suka menyebarkan fitnah, memutar belitkan cerita demi kelangsungan tuannya yang berada di penghujung nyawa.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan