Isnin, 9 September 2013

Komentar Kini

Komentar Kini


Ulamak moden memang begitu

Posted: 09 Sep 2013 06:54 PM PDT



Baru baru ini Dr Zukifly Mohd Al Bakri dalam cinta ilmu TV Hijrah berkata ulamak moden mengharuskan "shisha".

Oleh itu dapat penulis buat kesimpulan bahawa ulamak moden sememang tidak sependapat dalam menentukan suatu.

Sesungguhnya itulah pencanggah pendapat antara ulamak moden dengan ulamak lama yang boleh mengelirukan umat Islam sehingga hari ini.

Pencanggah ini bukan sahaja pasal shisha, malah pasal riba juga ulamak moden berkata boleh jika sikit. sedangkan riba itu jelas haram.

Perkataan boleh jika sedikit pada penulis tidak lain dan tidak bukan ia menghalalkan yang haram, sedangkan barangsiapa menghalalkan haram, jadi kafir.

Oleh itu, penulis tidak rasa hairan apabila Fathul Bari berkata kenaikan harga adalah ketentuan Allah, kerana segala galanya adalah "urusan Allah".

Tidak pelik apabila Fathul Bari berkata begitu, kerana beliau ulamak moden yang mahu tidak mahu pasti bercanggah dengan ulamak lama sudah jadi bukti sejarah.

Isu naik harga barang adalah ketentuan Allah yang dinyatakan fathul Bari itu suatu yang kecil berbanding dengan alasan ulamak umno yang bertindak begitu berani.

Mereka berani berkata, melesenkan  judi dan arak bukan bermakna kerajaan menghalalkan judi dan arak suatu masa dulu.

Apalah sangat  dengan kata kata, harga barang yang naik itu adalah ketentuan Allah dan rata rata yang mengatakan kerajaan tiada kaitan langsung dengan kes tersebut.







Tiada ulasan: