Isnin, 9 September 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Ibu Negara Malaysia Ialah Rosmah?

Posted: 09 Sep 2013 04:00 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijxyT5vuYHnd_s3cwxfk9DOtYKdHAFyx8YuqeQQ7Iu0KchbWSKVGglj_NnwCOn4skV1dayAwY6tlohQZ1AvxBAqrlefyjhc72CJdpwy5FImv7hAKc9xV4sCWLB310qJSfyjqBhvD1kISfG/s640/1001275_663872406958198_147572394_n.jpg
http://stat.ks.kidsklik.com/statics/files/2011/08/13125056781399124363.jpg

budak ni nak boleh sakit kot?

JAWAPAN USTAZ DR ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN TERHADAP UFB

Posted: 09 Sep 2013 03:00 AM PDT



Memang benar, ketentuan harga adalah dari Allah swt, malah semua perkara juga demikian. Namun mengajak beriman dan pasrah terus sambil mengabaikan arahan Allah dan RasulNya agar berusaha membanteras unsur kezaliman , ketidakstabilan dan kelemahan yang mengganggu proses harga adalah kaedah berfikir yang SALAH. Lihat Allah swt mengharamkan Riba.

Begitu juga haramnya BAI' AN-NAJASH kerana manipulasi harga sebenar secara terancang oleh rakan penjual, HARAMNYA Jualan TALAQQI AL-RUKBAN kerana menganggu harga pasaran, DIHARAMKAN juga IHTIKAR (simpanan barangan asasi agar naik harga kerana demand secara paksaan dicipta). Justeru, fahamilah hadis berkaitan 'harga adalah ketetapan Allah' beserta hadis-hadis yang berkaitannya. Jika tidak, anda mungkin melencong dari kefahaman yang betul.

Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa yang TIDAK TERDESAK. Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam juga menolak permintaan sahabat baginda untuk melakukan 'ceiling' harga di ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh peniaga dan tiada campurtangan dalam ketetapan harga, tiada gangguan pada permintaan serta penawaran Sebagaimana respon dan jawapan Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam kepada sahabat baginda :

بل الله يخفض ويرفع , وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال
Ertinya : Bahkan Allah SWT adalah yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya akhu berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun dari kalangan kamu menuntut dariku akibat sebarang kezaliman ( yang aku lakukan) samada berkaitan darah atau harta" ( Riwayat Abu Daud ; hlm 385 ; Al-Bayhaqi, 6/29 ; Sohih menurut Albani)

Namun kemudiannya, ulama terulung dari kalangan Tabi'en seperti Imam Sa'id Musayyab, Yahya Sa'id Ansari, Imam Malik dan ramai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku.

Sheikhuna Prof. Dr. Fathi Al-Durayni menjelaskan tas'ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas'ir. Iaitu Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)

Ulama tabien pula membenarkan tas'ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi'r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
9 Sept 2013

Gaji rakyat di Kelantan terendah?

Posted: 09 Sep 2013 01:45 AM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/q71/1209349_10151857543090867_1827255488_n.jpg

Berjaya Air: Inilah 'bahana' Kelantan dipimpin ulama

Harakahdaily, 09 Sep 2013

KUALA LUMPUR: Disebabkan tahap 'kemiskinan' rakyat dan 'kemunduran' negeri Kelantan yang tinggi, satu syarikat penerbangan (Berjaya Air) membuat keputusan 'terpaksa' membuka laluan penerbangan baru syarikatnya melibatkan penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menerusi facebooknya, hasil tinjauan mendapati Berjaya Air akan menawarkan penerbangan pergi dan balik antara Kota Bharu-Subang sebanyak dua kali sehari (pertambahan trafik penerbangan 4 kali sehari).

Penerbangan Subang-KB ditawarkan pada jam 8.10 am dan 4.00 pm manakala penerbangan KB-Subang ditawarkan pada jam 9.45 am dan 5.35 pm setiap hari, tujuh hari seminggu.

Penerbangan rasmi pertama dijadualkan akan bermula pada 17 November 2013 dari Lapangan Terbang Subang ke Kota Bharu.

Katanya, walaupun Berjaya Air sedar bahawa telah terdapat 4 syarikat penerbangan yang telah lama beroperasi melibatkan KB-KL atau KB-Subang pada masakini, namun mungkin melihatkan faktor 'kegagalan' syarikat-syarikat terbabit di Kelantan menyebabkan mereka tertarik minat yang sama untuk mencapai 'kegagalan' di Kelantan.

Ini, ujarnya bagi menyahut seruan ramai pimpinan negara mahupun media utama negara yang banyak memaparkan betapa 'mundurnya' dan 'miskinnya' rakyat di negeri Serambi Mekah di bawah kepimpinan ulama itu.

"Di atas kesedaran itulah akan bertapaknya syarikat penerbangan ke-5 di negeri Kelantan pada tahun ini," ujar beliau.

Ini juga, ujar Ahli Parlimen Temerloh itu sebagai bukti utama yang mengukuhkan lagi kenyataan betapa 'mundurnya' dan 'ketiadaan pembangunan' di negeri Kelantan.

"Inilah 'bahananya' apabila rakyat Kelantan terus mengekalkan kepimpinan ulamak di negeri mereka itu.

"Nah, ambik rakyat Kelantan!" ujarnya lagi.

Dari Iran munculnya Dajjal?

Posted: 08 Sep 2013 09:39 PM PDT

 http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRiroDEy9zvLj_k0GhpIbxZ-QRrpyvMxq_hSrXj7RuCrBoHr_Xb6TNiQzN18A

Dajjal adalah fitnah (dugaan, kesesatan, huru hara, dan kekufuran) yang terbesar yang akan muncul di akhir zaman. Tiada seorang nabi pun yang diutus ke muka bumi kecuali telah mengingatkan manusia akan fitnah Dajjal.

Dari Anas bin Malik berkata, Rasulullah bersabda,

"Tidaklah Allah mengutus seorang nabi pun kecuali pasti para nabi itu telah mengingatkan umatnya akan orang yang buta sebelah lagi pendusta, ingatlah sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah dan sesungguhnya Tuhan kamu tidaklah buta sebelah." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin-rahimahullaah-mengatakan, "Fitnah yang paling besar di muka bumi sejak Allah ciptakan Adam adalah fitnah Dajjal. Kerana itu, tidak ada seorang nabi pun sejak Nabi Nuh hingga Muhammad kecuali mereka sudah mengingatkan kaumnya akan bahaya Dajjal, sebagai peringatan darinya. "(Al-Majmu 'Ats-Tsamiin II/175).

Di antara perkara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya agar terhindar dari fitnah Dajjal yang begitu dahsyat adalah dengan memohon perlindungan kepada Allah ketika solat, pada saat tasyahud akhir, sebelum salam dengan doa:

اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر, ومن عذاب جهنم, ومن فتنة المحيا والممات, ومن شر فتنة المسيح الدجال

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah al-maasih ad-Dajjal." (HR.Muslim).

Dari Mana Dajjal Akan Muncul?

Mari kita semak beberapa hadis berikut:

Dari Fatimah binti Qais-radhiyallahu 'anha-bahawa beliau pernah mendengar Nabi shallallahu bersabda:

] ألا إنه فى بحر الشام أو بحر اليمن لا بل من قبل المشرق ما هو من قبل المشرق ما هو من قبل المشرق ما هو [وأومأ بيده إلى المشرق

"Tidaklah dia (Dajjal) di laut Syam, atau laut Yaman.Tidak! Tetapi dari arah timur. Dia dari arah timur, dia dari arah timur. "Dan beliau berisyarat dengan tangannya ke arah timur." (HR. Muslim no. 2942).

Dari Abu Bakr ash-Shidiq, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

الدجال يخرج من أرض بالمشرق يقال لها: خراسان

"Dajjal keluar dari kawasan timur, namanya Khurasan." (HR. Timidzi 2237 dan dishahihkan al-Albani dalam Shahih Jami 'ash-Shaghir).
Jews from Iran celebrate Persian Night in Jerusalem.
Khurasan

Satu kawasan yang luas di sebelah timur Semenanjung Arab. Saat ini, yang termasuk wilayah Khurasan: Nishapur (Iran), Herat (Afghanistan), Merv (Turkmenistan), dan pelbagai negeri di Selatan sungai Jihun (sungai Amu Darya). (Mu'jam al-Buldan, 2:350).

Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

يخرج الدجال من يهودية أصبهان, ومعه سبعون ألفا من اليهود

"Dajjal akan keluar dari daerah Yahudiyah Asbahan. Dia bersama 70 ribu orang Yahudi. "(HR. Ahmad).

Asbahan

Sering juga disebut Asfahan. Termasuk wilayah Iran, 340 km di selatan Tehran. Bukhtanshar menyerang Baitul Maqdis dan menjadikan penduduknya sebagai tawanan, bersama orang Yahudi, kemudian mereka ditempatkan di Asfahan. Akhirnya kawasan tersebut dinamakan kampung Yahudiyah. Ibu kota Asfahan saat ini adalah Yahudiyah (Mu'jam al-Buldan, 1:208).

Fenomena kehadiran Dajjal mulai semarak di kalangan umat manusia setelah dia berada di daerah antara Iraq dan Syam (kawasan 4 negara: Syria, Palestin, Lubnan, dan Jordan).

Dari Nawwas bin Sam'an, bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat kerosakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian! "(HR. Muslim 2937 dan Ibn Majah 4075).

Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata:

"Pertama mulai munculnya Dajjal di Asbahan, tepatnya di dataran batu-batu, yang dinamakan kampung Yahudiyah. Dajjal dibela oleh 10 ribu orang yahudi dari penduduk Ashbahan. "(An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim, Hal. 59).

Asfahan atau Khurasan?

Jika anda perhatikan peta negara Iran, Khurasan dan Asfahan berhimpit di bahagian timur laut wilayah Iran. Kita tidak tahu pasti pada awalnya Dajjal akan muncul di titik yang mana. Yang jelas, di dua daerah, pertama Dajjal muncul dan mendapatkan ramai pengikut. Dan benarlah apa yang disabdakan Nabi Muhammad saw, sebab catatan dari Frances Harrison dari BBC News, yang disiarkan pada September 2006, bahawa di Tehran ada sekitar 25 ribu Yahudi di negeri Iran.

Meskipun berlagak seperti mahu menentang Zionis, tapi Iran adalah tempat yang aman bagi Yahudi. Pemimpin komuniti Yahudi Iran, Mr. Hammami mengaku bahawa Khameini membezakan antara Yahudi dan Zionis dan dia menyokong kami. Bahkan Presiden Iran ketika ini, Ahmadi Nejad dialu-alukan oleh masyarakat Islam adalah keturunan Yahudi.

Dari sinilah anda boleh mendapatkan jawapan, mengapa Dajjal muncul di Iran. Lebih dari itu ada keanehannya kerana Iran melaungkan anti Yahudi, dan pernahkah anda mendengar ada rakyat Palestin yang dibenarkan berpindah ke Iran?

Kembali ke topik keluarnya Dajjal, sebahagian orang berkata Dajjal akan keluar dari Segitiga Bermuda. Yang benar Dajjal keluar bukan di Segitiga Bermuda. Itulah yang kita yakini. Itulah akidah kaum muslimin. Dajjal muncul di Asfahan bahagian dari negeri Iran yang ketika ini menjadi negera Syiah.

Meskipun mengundang kontroversi, filem besar bertema Umar bin Khattab telah ditayangkan di salah sebuah stesen TV kebangsaan. Melalui filem ini, masyarakat sedikit sebanyak dapat mengetahui Umar bin Khatthab dan perjuangan dalam membela Rasulullah SAW dan dinul Islam.

Dah bayar #Zakat anda? Tak tahu macam mana nak bayar? Mudah je. Layari laman ini!
Pemimpin yang dikagumi dan dihormati oleh seluruh kaum muslimin. Pada bahagian akhir episod filem tersebut, muncul adegan pembunuhan Khalifah Umar oleh Abu Lu'luah al-Majusi La'natullah 'alaihi.

Pemuliaan Iran Terhadapnya

Pada setiap tahun, Syiah meraikan terbunuhnya Khalifah Umar bin al-Khattab, dan mereka menganggapnya sebagai hari raya dengan kegembiraan dan kebahagiaan merasuk dalam hati mereka. Hari raya tersebut mereka sebut dengan Idul Ghufran dan itu bertepatan dengan tarikh 9 Rabi'ul Awwal. Mereka mendakwa bahawa Allah mengangkat dari mereka perhitungan amal pada hari itu.

Kita tidak mengenal satu bangsa yang bergembira dengan syahidnya khalifah kedua yang mulia Umar bin al-Khattab kecuali Bangsa Parsi (Iran) dan bangsa Yahudi. Hal ini merupakan salah satu bentuk pembalasan dendam bangsa Parsi yang telah ditakluk oleh Umar.

Disebutkan bahawa Iran mula melakukan kerja memulihara tempat ziarah yang mereka sebut dengan marqad Baba Syuja'uddin (Tempat Peristirahatan)

Ketua Agama pada tahun 2003 M, dan menganggap tempat ziarah tersebut adalah tempat ziarah bersejarah yang wajib dipelihara. Dan menamakan jalan marqad tersebut yang ada di sana dengan nama Jalan al-Fairuziy. Mereka membaca keutamaan-keutamaan orang zindiq tersebut. Mereka menyebutnya dengan Hadharat Baba Syuja'uddin. Mereka juga berkata kepada manusia, Ziarahilah dia, dengan menziarahinya seluruh dosa kamu akan diampunkan.

Di antara doa-doa mereka,

اللهم ارض عن أبي لؤلؤة واحشرني معه

"Ya Allah, redhailah Abu Lu` lu `ah, dan kumpulkanlah aku bersamanya."

Diterjemahkan dari sumber Buletin Dakwah Al-FIKRAH stiba Makassar, Edisi 01

Tabiat Buruk 10 Perkara Yang Boleh Jejaskan Prestasi Otak.

Posted: 08 Sep 2013 09:36 PM PDT



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam cukup menjaga kesihatan ke atas diri manusia samaada tubuh badan, jiwa, perasaan dan akal fikiran (otak) . Peribahasa melayu ada menyatakan bahawa, "Otak yang sihat datang daripada badan yang sihat."

Terdapat 10 perkara atau amalan yang boleh melemahkan fungsi otak kita. Perkera-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manu! sia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita berusaha untuk menegakkan 10 perkara yang tersebut di atas semoga akal fikiran dan otak kita sihat dan berfungsi dengan baik . Dengan otak yang sihat dan fikiran yang tenang akan memudahkan kita melaksanakan tugas yang di amanahkan oleh Allah SWT samaada amanah bekerja mencari nafkah atau pun amanah untuk berdakwah dan berjihad di jalan Allah SWT.

http://abubasyer.blogspot.com/2013/09/tabiat-buruk-10-perkara-yang-boleh.html

Isu harga minyak: bicaralah yang benar - Amin Ahmad

Posted: 08 Sep 2013 09:34 PM PDT


Akhirnya Perdana Menteri mengumumkan pengurangan subsidi bagi RON95 dan kenaikan harga bagi RON97 dan diesel. Alasan utama yang dikemukakan kerajaan ialah untuk pemulihan fiskal negara.

Rentetan itu, banyak reaksi negatif kedengaran. Namun ada beberapa reaksi positif turut dikemukakan. Sebagai seorang pendokong pasaran bebas dan pernah menyebut tentang pemulihan fiskal negara ini dalam wacana Bajet 2013 dalam perbincangan di sebuah stesen televisyen swasta, tentulah pendirian kerajaan ini adalah satu langkah yang boleh dipuji. Jarang ahli politik berani mengambil tindakan yang tidak popular. Maka, wajar tindakan yang tidak popular ini diteliti sebabnya dan dinilai kekuatannya.

Fungsi harga dalam pasaran

Dalam sistem pasaran, harga berperanan penting dalam menentukan kecekapan agihan sumber. Harga bertindak sebagai petunjuk kekurangan atau lebihan sumber di pasaran. Ia memberi maklumat kepada semua pihak untuk bertindak sesuai dengan perubahan persekitaran pasaran. Sebagai contoh, jika bekalan minyak kurang sedangkan penggunaannya tinggi, maka harga akan naik.

Apabila harga naik, orang ramai akan memberi reaksi tertentu misalnya tidak keluar bersiar-siar dengan kenderaan atau lebih banyak menggunakan pengangkutan awam yang kosnya lebih rendah. Sementara itu teknologi yang lebih cekap misalnya kenderaan hybrid atau penggunaan NGV akan muncul. Tempat yang mungkin mengandungi simpanan minyak juga akan terus dicari.

Sistem pasaran menjadi tidak cekap apabila mekanisme harga pasaran tidak berfungsi atau terganggu, lazimnya kerana beberapa sebab antaranya campur tangan kerajaan dalam penetapan harga siling atau harga lantai, cukai tinggi, perlindungan terhadap barangan atau perniagaan, kartel atau monopoli dan penipuan peniaga. Berdasarkan semua faktor ini, jelas sekali bahawa banyak pembetulan boleh dan perlu dilakukan oleh kerajaan. Sudah tentu ini menuntut iltizam politik yang jitu serta komitmen tidak berbelah bahagi semua pihak, khususnya jentera kerajaan sendiri.

Kebimbangan

Kebimbangan ramai ialah ini tidak mungkin berlaku. Ini terutama apabila sesetengah pihak yang cuba menunjukkan sokongan kepada rasionalisasi harga minyak tidak bersedia mengaku beberapa kelemahan dasar dan pengurusan ekonomi oleh kerajaan. Kita ambil misalnya, dalam kerancakan mempromosi 1Malaysia, tanpa disedari kerajaan cuba bersaing dengan pasaran melalui kedai rakyat 1Malaysia.

Seterusnya, semasa kritikan terhadap defisit secara berterusan dan peningkatan hutang negara disebut, pemimpin kerajaan cuba menjustifikasikan hutang ini, seolah-olah jika kita menambah lagi hutang domestik sampai bila-bila tidak akan menjadi masalah. Ujiannya boleh dilihat kini, mengapakah kerajaan tidak menambah hutang domestik untuk menanggung subsidi? Jelas, alasan hutang domestik itu tidak dapat bertahan bahkan boleh memberikan kesan himpitan keluar (crowding out effect) kepada ekonomi.

Selain itu, selepas pilihan raya umum ke-13 pihak kerajaan baru hendak membentangkan tambahan peruntukan belanjawan 2012, sekali lagi menambah defisit! Maka jangan ditanya mengapa orang ramai mempersoalkan komitmen kerajaan. Seterusnya, orang ramai bersuara tentang kesan gandaan daripada kenaikan yang berlaku. Ini adalah kesan yang tidak diniatkan (unintended consequence). Ia tidak boleh dipandang remeh hanya kerana teori ekonomi yang dikemukakan mempunyai asas kukuh. Sementara benar subsidi harga minyak lebih banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi, penarikan subsidi minyak pula lebih banyak akan menekan golongan berpendapatan rendah. Inilah perangkap subsidi (subsidy trap) dan sebab itulah rasionalisasi subsidi diperlukan sebelum terlambat.

Komunikasi jujur

Dasar yang baik perlu dikomunikasikan dengan jujur. Selain itu, tindakan teladan juga perlu ditunjukkan oleh kerajaan. Kerajaan mesti mendedahkan berapakah harga minyak sebenar di pasaran, jumlah subsidi sebenar dan berapakah kenaan cukai yang diambil. Memandangkan selama ini Petronas bertanggungjawab terus kepada Perdana Menteri, adalah wajar mekanisme bagi penentuan harga minyak turut didedahkan.

Saya percaya maklumat sebenar yang dikomunikasi dengan jujur lebih mudah dipertahankan. Selain itu, kerajaan perlu mengemukakan rancangan pengurangkan belanja pengurusan yang mencecah lebih 80% belanjawan negara. Saya percaya orang ramai, khususnya pembayar cukai, akan lebih berpuas hati sekiranya peratusan tersebut pergi kepada belanja pembangunan kerana dengan itu ia akan dapat mengimbangi kemajuan, khususnya di negeri-negeri dan daerah-daerah yang tertinggal. Ia juga akan membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Teruskan perbincangan

Isu ini juga perlu terus dibincangkan kerana rasionalisasi subsidi tidak hanya terhenti setakat itu. Dalam beberapa petunjuk yang ada, jelas bahawa belanjawan negara banyak bergantung dengan hasil minyak walhal usaha pencarian telaga minyak semakin menemui jalan buntu. Simpanan minyak mentah negara juga menunjukkan ia hanya dapat bertahan sekitar 20-25 tahun berdasarkan kadar penggunaan pada tahun 2009. Simpanan ini mungkin bertambah tetapi kita tidak boleh lekas berpuas hati dengannya.

Sementara itu, faktor jangka panjang seperti pertambahan penduduk dunia dan pertumbuhan ekonomi dunia pasti akan menambah permintaan minyak. Sebagai komoditi dagangan yang biasa, pemulihan ekonomi yang sedang diusahakan di banyak negara kini pasti akan mendorong kenaikan mendadak permintaan minyak.

Rasionalisasi harga minyak perlu dibuat tetapi dasar lebih menyeluruh untuk menambah baik ekonomi lebih mustahak. Dalam perbincangan Bajet 2013 yang sama juga saya turut menegaskan kejayaan bantuan subsidi bukanlah kerana semakin ramai menerimanya tetapi bila semakin ramai keluar daripada pergantungan kepadanya. Ini adalah paradigma yang perlu digunakan oleh kerajaan dan orang ramai yang menerima bantuan kerajaan.

* Amin Ahmad, 31 ialah pemerhati isu semasa. Beliau pernah menjadi Pengurus Projek dan Operasi di Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan Pegawai Komunikasi kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Akibat marah isu minyak, kereta diconteng

Posted: 08 Sep 2013 07:17 PM PDT



Ni luahan rakyat marhaen kepada kerajaan. Kata luahan ni ditujukan kepada mereka yang memangkah umno bn.

Caya lah bang.

Tiada ulasan: