Jumaat, 27 September 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


RON95: Jangan dengar khabar angin, kata menteri

Posted: 27 Sep 2013 04:38 AM PDT

Oleh: NIZAM ZAIN

SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin yang mendakwa harga bahan api petrol RON95 akan dinaikkan pada malam ini sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Hasan menegaskan khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu boleh menjejaskan keamanan negara sekali gus menimbulkan suasana panik di kalangan masyarakat negara ini.

"Jangan dengar khabar angin itu, kalau benar ada kenaikan kerajaan sendiri akan umumkan nanti...ada puak-puak tertentu yang cemburukan keamanan negara sebarkan khabar angin ini dan menyebabkan orang ramai panik.

"Bila dia buat macam ini, orang ramai bukan sahaja panik bahkan mereka akan berkejar-kejar ke stesen minyak mengisi petrol," katanya kepada Sinar Harian Onlie ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkta demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman semalam yang mendedahkan harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan dalam masa terdekat susulan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api itu dalam usaha membasmi penyeludupan petrol ke negara-negara jiran.

"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

Tiada Kenaikan Harga Bahan Api Dalam Masa Terdekat Ini, Kata Pakar Ekonomi

Posted: 27 Sep 2013 03:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) Rakyat boleh menjangkakan tiada sebarang kenaikan harga bahan api dalam tempoh terdekat ini kerana pelarasannya baru sahaja dibuat, kata seorang pakar ekonomi dengan Alliance Research, Manokaran Mottain.

"Rakyat masih lagi tengah dalam usaha menerimanya (kenaikan harga bahan api)," kata Manokaran, yang juga Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) kepada Bernama semasa ditanya tentang lebih banyak lagi pengurangan subsidi dalam tempoh terdekat ini.

Beliau juga berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya akan bermesyuarat setiap enam bulan.

"Sebarang rasionalisasi subsidi hanya akan diputuskan apabila ia benar-benar perlu," katanya.

Spekulasi mengenai kenaikan lagi harga bahan api tersebar luas dalam media sosial sejak beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengurangkan lebih banyak subsidi terutamanya bagi bahan api yang akan membawa kepada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel.

Rakaman skrin laman web Bernama 'seolah-olah' pengumuman tentang kenaikan harga itu disebarkan menerusi media sosial Jumaat.

Ia sebenarnya pengumuman rasionalisasi subsidi pada 2 Sept lepas yang menyaksikan harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada tengah malam Selasa (3 Sept).

Rakaman skrin itu malahan telah mengubah tarikh kepada 'tengah malam Isnin' dan disebarkan kepada orang ramai.

Susulan rasionalisasi baru-baru ini, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini.

Kerajaan memperuntukkan RM24.8 bilion bagi subsidi bahan api tahun ini.

BERNAMA

Terkini! RTM Silap Letak Jawatan Menteri

Posted: 26 Sep 2013 04:11 PM PDT



Kenapa la makin jadi-jadi kesilapan pihak rtm ni.

Apa la yang dibuatnya. Nama jawatan menteri pun tak tahu.

Tiada ulasan: