Jumaat, 27 September 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Belanja RM20 juta: “Kenapa dia tak lantik saya?”, soal Dr Mahathir

Posted: 27 Sep 2013 05:50 AM PDT

OLEH MD IZWAN

Dr Mahathir mempersoalkan kerajaan belanja RM20 juta untuk PPPM. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 27 September, 2013. 

Dr Mahathir mempersoalkan kerajaan belanja RM20 juta untuk PPPM. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli



Langkah Putrajaya membelanjakan RM20 juta melantik firma luar untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 dibidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak mengambil penasihat tempatan.

Dr Mahathir secara sinis mempersoalkan langkah tersebut, walaupun Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankannya sebagai "kos memadai".

"Saya boleh jadi pakar tempatan, kenapa dia (Putrajaya) tidak lantik saya?" kata bekas perdana menteri tersebut dalam sidang media di Sunway Universiti.

 Pembangkang mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan menggunakan khidmat firma pakar runding dalam penyediaan PPPM.

Firma pakar runding McKinsey & Co dikatakan menerima bayaran sebanyak RM20 juta bagi khidmat mereka.

Muhyiddin enggan mengulas lanjut mengenai hal itu tetapi berkata kerajaan akan mengumumkan butiran perbelanjaan itu kelak.

Pelan PPPM menyenaraikan 20 individu yang berkebolehan tinggi yang menjadi sebahagian dari projek tindakan dan projek pengurusan pejabat termasuk Pengarah Bahagian Perancangan Dasar Pendidikan dan Kajian, Dr Faridah Abu Hassan, serta Pengarah NKRA dan NKEA, Tengku Azian Tengku Shahriman.

Dalam sebuah jawapan diberikan di Dewan Rakyat pada Isnin, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa McKinsey and Co dibayar RM20,566,400 bagi penyediaan pelan pendidikan negara.

Bayaran tersebut dibahagikan kepada dua fasa iaitu pada fasa pertama membabitkan sejumlah RM4,706,400 dan fasa kedua pula sebanyak RM15,860,000.

Menyentuh mengenai kedudukan universiti Malaysia yang jatuh setiap tahun, Dr Mahathir berkata kerajaan terlalu "gopoh" khususnya dengan membuka terlalu banyak universiti dan kolej, disamping tenaga pengajar berkualiti yang tidak mencukupi.

"Kerajaan terlalu gopoh... kualiti tenaga pengajar juga kurang," kata Dr Mahathir.

Ranking universiti dunia yang dikeluarkan QS World University Ranking baru-baru ini yang menunjukkan bahawa rata-rata kedudukan universiti awam Malaysia terus merosot dalam senarai, dengan hanya Universiti Malaya masih berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia tahun ini.

Hanya tujuh universiti Malaysia berada dalam kelompok 800, dan hanya Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan iaitu daripada kedudukan 358 pada tahun 2012, kepada 355 tahun ini.

Dendam: DAP cabar menteri tegur Mukhriz

Posted: 27 Sep 2013 05:47 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: DAP mencabar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegur Menteri Besar Kedah yang ingin balas dendam secara terbuka, untuk membuktikan bahawa balas dendam bukan nilai politik Umno.

Demikian penegasan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan.

Ini ekoran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan semalam membidas dan menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa kerajaan Persekutuan menghukum masyarakat Cina di kampung baru kerana tidak memilih Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu.

Katanya, walaupun Abdul Rahman menafikan bahawa rancangan kerajaan untuk memindahkan tanggungjawab pembangunan kampung baharu kepada majlis kerajaan tempatan hanya menambah masalah birokrasi, tetapi sebagai hakikatnya, rancangan beliau juga tidak disokong oleh MCA, salah satu parti komponen BN.

Beliau berkata, sekiranya rakan seperjuangan beliau juga tidak percaya bahawa rancangan beliau adalah berniat suci, bagaimana Abdul Rahman ingin seluruh masyarakat Cina percaya bahawa ini memanglah bukan satu hukuman atau balas dendam.

Menurutnya lagi, kalau BN, terutamanya Umno memang tidak berniat untuk menghukum masyarakat Cina kerana tidak memilih Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu, Datuk Abdul Rahman Dahlan juga perlu menjelaskan kenapa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir kebelakangan ini berkata bahawa kerajaan negeri kini tidak akan melayan sebarang permintaan daripada Sekolah Cina dan mahu menumpukan bantuan Sekolah Kebangsaan berikutan perubahan undi Cina semasa PRU13 Mei lalu yang membelakangkan MCA dan BN.

"Sekiranya Datuk Abdul Rahman Dahlan memang ingin mempercayakan orang ramai bahawa beliau memang tidak berniat untuk menghukum masyarakat Cina, saya mencabar beliau untuk menegur Menteri Besar Kedah yang ingin balas dendam secara terbuka, untuk membuktikan bahawa balas dendam bukan nilai politik Umno.

"Adakah beliau berani?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai.

Ini sebabnya duta besar Paraguay masuk Islam

Posted: 27 Sep 2013 05:44 AM PDT

Amri Amrullah,




(Duta besar Paraguay untuk lima negara Asia, Cecar Estebon Grillon (bersongkok hitam kanan) membaca doa usai membaca dua kalimat syahadat didampingi Menteri Agama RI, Suryadharma Ali saat memutuskan untuk menjadi muallaf di masjid Istiqlal, Jakarta, Jumaat 27/9)



Hidayah adalah rahasia Allah, tidak ada yang mampu menghalanginya. Setidaknya itulah yang diyakini setiap umat Islam.

Hidayah inilah yang dirasakan Duta Besar Republik Paraguay untuk lima negara ASEAN, Cecar Estebon Grillion setelah rasmi menjadi muallaf ketika mengucapkan dua kalimat syahadat usai Sholat Jumat di Masjid Istiqlal, Jakarta, Jumaat, 27 September 2013.

Beliau mengungkapkan bahawa, Islam itu ternyata agama yang indah, mengatur segala sendi kehidupan dan jauh dari seperti yang digambarkan oleh kelompok tertentu.

Ketertarikannya terhadap Islam muncul begitu saja dan tidak pernah disangka-sangka. Awalnya Cecar hanya berpendapat, kalau memang Tuhan itu ada, bagaimana mungkin nama-nama Tuhan itu berbeza-beza.

Cecar pun mulai mempelajari dan membaca bahawa sebenarnya ada kesamaan nama-nama Tuhan dari agama yang diturunkan dari keluarga Nabi Ibrahim AS.

Sejak awal dia berpendapat bahwa Tuhan itu maha kuasa dan esa. Ini sesuai dengan konsep asli agama-agama keturunan Ibrahim. Dan itu terlihat bagaimana nama-nama Tuhan dalam agama Ibrahim.

"Dalam Yahudi Tuhan disebut Elohim, dalam Kristien disebut Alah dan di Islam disebut Allah," ujarnya yang di dampingi calon istrinya Yulie Setyohadi, sebagai penterjemah.

Belakangan ini Cecar benar-benar memahami hanya Islam yang secara tegas mendeklarasikan bahwa Allah itu satu dan tidak ada tandingan atau keturunan yang dapat menandinginya.

"Dari sinilah ketertarikannya terhadap Islam," ujar Yulie kepada Republika. Setelah menyampaikan ketertarikannya tersebut, Cecar pun memutuskan untuk mempelajari Islam lebih mendalam.

Yulie memastikan keinginan calon suaminya mencari hidayah itu bukan kerana paksaan dari dirinya atau hanya kerana alasan pernikahan.

Keseriusan Cecar mendalami Islam ini terlihat ketika dia memutuskan mengenal Islam dari tokoh besar Islam Indonesia, Profesor KH Quraisy Shihab dan dibimbing juga oleh Imam Besar Masjid Istiqlal, KH Ali Mustafa Yaqub.

Imam Besar Masjid Istiqlal, KH. Ali Mustafa Yaqub mengatakan, sejak awal sudah terlihat keseriusan Cesar untuk memperdalam Islam. Keseriusannya ini pun ditunjukkan dengan menghafal bacaan dua kalimat syahadat. "Dia sebenarnya sudah bersyahadat, dengan berusaha menghafal berkali kalimat syahadat itu," katanya.

Ini terlihat ketika pengucapan syahadat di Istiqlal, Cecar tidak menghadapi masalah dalam pengucapan. Menurut Ali, inilah hidayah Allah yang diberikan kepada Cecar, Duta Besar Republik Paraguay untuk Indonesia dan lima negara ASEAN lain. "Hidayah ini tidak mampu ditolak dan dihalangi, kerana ini keajaiban yang diberikan Allah," tegasnya .http://www.republika.co.id

Mengapa Mukhriz tidak pilih ketua pemuda?

Posted: 27 Sep 2013 05:40 AM PDT

Subky Latif,


Dato Mukhriz anak Dr Mahathir telah memilih untuk merebut satu dari tiga kerusi Nnaib Presiden dalam pemilihan pimpinan Umno. Mengapa dia tidak merebut jawatan Ketua Pemuda Pergeerakan Pemuda Umno yang pernah ditandinginya dalam pemilihan yang lalu?

Dia tidak dapat mengalahkan Khairy Jamaluddin dalam pertandingan tiga penjuru dalam pertandingan itu.

Adalah benar jawatan Ketua Pemuda itu dalam rangking pimpinan parti lebih rendah dari Naib Presiden, maka jika berlaku mana-mana kekosongan dalam dua jawatan teratas – Presiden dan Timbalan Presiden – di luar musim pemilihan, maka yang dipandang dulu untuk mengisinya ialah para Naib Presiden.

Meskipun Ketua Pemuda adalah calon yang layak, tetapi tidak dipandang dulu. Maka mungkin itu sebab Mukhriz berminat lagi. Tetapi adakah itu sebab dia tidak memilih jawatan Ketua Pemuda, malah membiarkan seorang yang dikira proksinya, anak Tan Sri Sanusi Joned untuk mencabar seteru ketatnya, Khairy?

Bagi kedua anak beranak tersohor itu, Mukhriz dan bapanya, orang yang paling dicemburuinya adalah Khairy sejak dia belum menjadi Ketua Pemuda lagi. Famili itulah yang mencipta jolokan budak di tingkat empat yang ditujukan kepada Khairy sejak pentadbiran Tun Abdullah dulu lagi. Malah tidak suka itu mungkin melebihi pada bapa mertua Khairy sendiri.

Jika boleh mereka mahu ketepikan Khairy dulu dari bapa mertuanya, sebab mereka percaya Khairy lebih sudu dari senduk dalam perang dingin antara bapa Mukhriz dengan mertua Khairy.

Maka dengan tidak mencabar Khairy kali ini, Mukhriz dan bapanya membiarkan Khairy terus berada dalam salur galur hiraki pimpinan Umno. Pandangan jauh mereka Khairy boleh menghalang peluang Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. Jika Khairy tidak dipinggirkan, maka itu adalah satu percaturan politik yang silap.

Menyekat Khairy dalam mood semua tidak senangkan bapa mertuanya adalah lebih senang sebelum dia bertapak dalam kuasa Umno.

Usaha menyekat Khairy itu gagal. Mukhriz tidak dapat menggantikan jawatan anak seorang bekas Perdana Menteri lagi apabila jawatan itu dikosongkannya. Khairy yang mengisinya.

Khairy sudah dikira bertapak kuat dalam Pemuda Umno sekalipun dia dipeti sejukkan sekitar empat tahun oleh pentadbiran pro Mahathir. Dengan dia jadi menteri belia dan sukan empat bulan lalu, dia dilihak lebih berwibawa dari  menteri yang digantikannya.

Maka dengan keadaan yang terbaru itu adalah payah bagi Mukhriz untuk mengambil alih tempat Khairy itu. Kira Mukhriz hendak menebus kekalahan dulu, eloklah dilupakan. Gerenti Mukhriz akan dikalahkan.

Dengan menyedari peluang itu tipis dan jawatan itu pula rendah dibandingkan dengan Naib Presiden, maka risiko memilih jawatan Naib Presiden itu tidaklah setinggi mencabar Khairy. Mukhriz nescaya lingkup jika berdepan dengan Khairy.

Bukan semua penyandang Naib itu boleh dikecundangkan. Mungkin ada ruang bagi Mukhriz mencelah. Jika sentimen kelab Menteri Besar seperti yang pernah berperanan sejak 40 tahun dihidupkan lagi, peluang itu ada buat Mukhriz.

Sejak zaman Dato Harun Idris jadi Menteri Besar Selangor awal 70-an dan dilanjutkan oleh Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu, kelab Menteri Besar itu mahu ada di kalangan Naib Presiden itu dari Menteri Besar, tidak kira Menteri Besar mana negeri, maka kesempatan menjadi Menteri Besar Kedah adalah menjadi peluang baik buat Mukriz.

Dan kalau percubaan Mukhriz itu gagal, ia tidak terasa sangat, kerana yang kalah bukan dia saja. Ada dua lagi yang kalah bersamanya. Tapi kalau kalah di tangan Khiary, terasa sangat.

Muktamar: Pemilihan 22 Nov, keputusan 23 Nov

Posted: 27 Sep 2013 05:36 AM PDT

Salmiyah Harun,




Muktamar Tahuinan PAS ke-59 yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 November ini akan dijadikan medan perbahasan yang cukup menarik pada kali ini, apatah lagi ia diadakan selepas berlalunya Pilihan Raya Umum ke-13. Pelbagai isu yang akan dibangkitkan dan diperbahaskan, atau mungkin muktamar kali ini dilihat sebagai 'post morterm' pencapaian PAS dalam PRU lalu. Harakahdaily telah menemubual Pengarah Muktamar PAS ke-59 Datuk Takiyuddin Hassan di Parlimen baru-baru ini bagi mengetahui lebih lanjut berhubung perjalanan muktamar itu nanti.

Boleh Datuk jelaskan perjalanan Muktamar PAS ke-59 yang akan berlangsung November nanti.

Muktamar PAS kali ke 56 akan bermula pada malam 21 November dengan perasmian ketiga-tiga Dewan iaitu Ulamak, Pemuda dan Muslimat. Perasmian Ulamak diadakan di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Dewan Pemuda di Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan perasmian Muslimat diadakan di Dewan Jubli Perak SUK Selangor. Muktamar penuh  PAS Pusat akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.

Perasmian muktamar penuh bermula pada 22 November, manakala di sebelah petang iaitu selepas solat Jumaat akan adakan pemilihan parti. Insya Allah keputusan pemilihan akan diumumkan pada petang 23 November.

Saya selaku pengarah muktamar, pengerusi adalah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Timbalannya adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman.

Kita banyak jawatankuasa termasuk jawatan kuasa persiapan dan satu lagi jawatankuasa pemilihan PAS (JPP) yang dipengerusikan oleh Asmuni Awi, dan saya sebagai timbalannya. semua yang dilantik menjadi jawatankuasa pemilihan termasuk saya tidak dibenarkan bertanding.

PAS bertuah kali ini kerana dapat mengadakan muktamar di Selangor dan kita mendapat kerjasama yang baik daripada kerajaan selangor melalui MBSA dan Stadium Malawati dan agensi-agensi kerajaan negeri.

Berapa agaknya jumlah perwakilan dan pemerhati yang akan mengikuti perjalanan muktamar kali ini?

Perwakilan adalah tetap ia tidak lebih daripada 1300 orang, dari segi pemerhati kita tidak hadkan cuma kita belum dapat pengesahan khususnya pemerhati dalam negara dan luar negara. Kita ada buat jemputan, dan kebiasaanya kita jemput  semua jemaah Islam di seluruh negara.

Sekarang ini,  PAS khususnya Presiden kita Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sering kali menjadi ahli aktif dalam gerakan Islam di seluruh dunia. Jadi kita jemput hampir ke semua gerakan Islam yang besar-besar, termasuk duta-duta asing juga kita jemput.

Oleh kerana, Muktamar PAS kali ini diadakan di Selangor, saya yakin akan ramai pemerhati yang datang kali ini, saya nampak di Selangor ini mungkin pemerhati akan datang lebih ramai daripada biasa muktamar yang kita buat di negeri-negeri.

Selain bermuktamar, apa lagi program yang menarik akan diadakan sepanjang berlangsungnya muktamar?

Sepanjang perjalanan Muktamar selama tiga hari ini, kita turut membuka gerai-gerai jualan. Pada sebelah malam seperti biasa ceramah-ceramah dan persembahan artis diadakan sebagai tarikan kepada pengunjung jualan tersebut. Ceramah malam pertama kita ada persembahan artis-artis dan selebriti dakwah iaitu Ustaz Azhar Idrus, malam ke tiga ada ceramah perdana pimpinan PAS (yang menang dalam pemilihan).

Kita turut membuka 'booth' untuk pemeran-pameran yang melibatkan PAS Pusat, negeri dan agensi-agensi 2 kerajaan terutama negeri yang kita memerintah, iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Agensi kerajaan pusat pun ada begitu juga pihak swasta. Ini terbuka untuk semua orang.

Pada pandangan YB, apakah isu yang akan menjadi perbahasan hangat dalam muktamar kali ini?

Oleh kerana Muktamar kali ini, adalah yang pertama selepas PRU-13, tumpuannya banyak kepada 'post morterm' pencapaian PAS dalam PRU-13 dan mungkin juga Pilihan Raya Kecil Kuala Besut. Mungkin juga ada di kalangan perwakilan menimbulkan pencapaian PAS di peringkat parlimen yang merosot dalam PRU lepas. Penggal lepas kita ada 23 kerusi kali ini kita ada 21 kerusi.  Kita menjadi 'partner' kecil dalam Pakatan Rakyat. Walaupun PAS kecil tetapi peranan kita besar untuk jadikan Pakatan Rakyat kuat.

Saya rasa isu bagaimana PAS sebagai parti politik Melayu Islam boleh mengarak langkah lebih besar lagi untuk menggantikan parti politik Melayu iaitu Umno. Ini kerana daripada statistik menunjukkan bahawa kita banyak kalah di kerusi-kerusi yang kita bertanding dengan Umno, yang mana majoriti adalah orang Melayu. Jadi dominasi PAS di dalam kawasan Melayu ini  akan dibincangkan dalam Muktamar PAS nanti.

Bagaimana dengan isu  'tahaluf siyasi' apakah YB rasa ia akan menghangatkan lagi perbahasan di muktamar nanti?

Mungkin sedikit sebanyak ada perwakilan akan timbulkan isu ini, tetapi bagi kita sama ada ia dibangkitkan oleh Ulamak sekali pun ianya tidak lebih daripada untuk memantapkan Pakatan Rakyat, bukannya untuk menghancurkan. Itu adalah telaah musuh kita. Bagi kita ianya adalah untuk kebaikan PAS dan Pakatan Rakyat itu sendiri. Tanpa PAS tidak adalah Pakatan Rakyat hari ini. Kerana dalam tiga-tiga parti ini, PASlah yang mampu menggerakan ramai ahli berbanding yang lain.

Bagaimana pula dengan usul-usul dan proses pencalonan untuk pemilihan nanti?

Untuk usul kita masih menunggu lagi, oleh kerana kita ada masa dua bulan dari sekarang, mungkin tarikh akhir pada bulan Oktober. Jawatankuasa ini di bawah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Untuk proses pemilihan, tarikh tutup bagi menghantar borang pencalonan kepada jawatankuasa khas pemilihan parti ini  pada 22 Oktober jam 12.00 tengah malam iaitu lebih kurang satu bulan dari tempoh bermuktamar.  Semua sudah menerima peraturan ini kerana kita sudah bagi taklimat kepada semua kawasan.

Buat pertama kali, Muktamar PAS telah meletakkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh calon-calon yang bertanding. Bagaimana Datuk melihat peraturan ini?

Jawatankuasa pemilihan ini meletakkan beberapa garis panduan yang mana kita minta mereka yang bertanding ini diberi garis panduan atau etika kempen yang kita telah tetapkan. Antaranya tidak boleh menyerang peribadi calon. Tetapi umumnya adalah tidak boleh melakukan apa-apa  yang menjadi kesalahan di bawah Perlembagaan PAS.

Kalau sekiranya berlaku perbuatan seumpama itu, maka perlantikan calon itu akan gugur. Kita sudah ada jawatankuasa yang ada di seluruh negeri untuk memantau. Jika jawatankuasa kenal pasti ada pelanggaran dan kesalahan serta aduan, mereka akan laporkan kepada kita, kemudian kita akan serah kepada jawatankuasa tatatertib.

Maknanya jika ada kesalahan itu, boleh membatalkan kemenangan calon itulah.
Jadi kita bagi peringatan kepada mereka yang hendak menjadi calon supaya mematuhi garis panduan dan etika ini.

Apa harapan Datuk kepada muktamar kali ini?

Sesuai dengan parti kita yang sudah setengah abad ini, dan Muktamar kali ini sudah kali ke-59. Parti PAS sudah begitu matang, dengan kempimpinan bukan sahaja di peringkat negeri bahkan di peringkat nasional dan international. Maka kita harap perwakilan juga mengambil pendekatan seumpama itu.

Pendekatan yang matang, ukhuwwah  dan masing-masing perlu ada semangat untuk memperkuatkan parti PAS. Kita harap PRU-14 nanti kita akan mencapai lebih dari hari ini.  Dari segi perbahasan, kita mengalu-alukan apa jua pandangan dan kritikan tetapi dengan syarat ianya konstruktif. Kritikan mesti untuk menguatkan parti.

Adam: Fiza jodoh saya

Posted: 27 Sep 2013 05:32 AM PDT



KL TODAY


SELASA lalu penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30, mengejutkan dunia hiburan dengan berita bakal menamatkan zaman bujangnya dengan aktres berstatus ibu tunggal, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau lebih dikenali dengan nama Fiza Elite, 32.
Lebih mengejutkan, kedua mereka tidak pernah digosipkan bercinta tetapi mengambil keputusan untuk berkahwin setelah dua bulan berkenalan secara rapat.

Pasangan sama cantik sama padan itu memilih tarikh 26 September (semalam) untuk disatukan sebagai suami isteri di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam dengan mas kahwin RM300 bersama hantaran sepersalinan lengkap.

Hanya dengan sekali lafaz, mereka selamat diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dan berwakil bapa pengantin perempuan, Abdul Halim dan dihadiri keluarga kedua pihak.

Menurut Adam, hubungan mereka mula serius selepas dia menyapa Fiza melalui pesanan ringkas Ramadan lalu kemudian mengambil keputusan untuk bertemu.

Malah, perubahan Fiza setelah berhijab membuatkan hatinya terpikat kerana ia merupakan ciri-ciri utama wanita pilihannya.

"Pertemuan pertama setelah Fiza berhijab benar-benar beri kesan kepada saya. Selepas pulang dari perjumpaan itu, saya sering teringatkan dia sehingga saya berdoa dan mohon petunjuk Ilahi.

"Apabila wajahnya muncul dalam solat, saya yakin dia jodoh saya dan terus melamarnya pada pertemuan ketiga," katanya.

Adam, Fiza saling melengkapi

Bergelar pengantin baru dan juga bapa 'segera' kepada dua cahaya mata hasil perkahwinan lalu Fiza bersama bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin, bukanlah tanggungjawab yang sukar buat penyanyi yang pernah bernaung di bawah KRU Records ini.

Menurut Adam, sepertimana hatinya terbuka menerima Fiza, seperti itulah dia menerima kehadiran Ferra Aryana 5, dan Feeya Adyrra, 4, dalam hidupnya.

"Alhamdulillah… sebelum bergelar suami, saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anak Fiza.

"Pengalaman menjaga adik-adik sejak kecil akan saya manfaatkan selepas ini. Insya-ALLAH, tiada masalah untuk menjaga mereka berdua," katanya. Ditanya mengenai reaksi ibunya, Adam berkata, pada mulanya ibunya agak terkejut dengan keputusannya untuk mengahwini Fiza.

"Mulanya ibu ada bertanya sama ada saya mampu menjaga seorang wanitayang sudah mempunyai dua anak.

"Tapi hati saya sudah terpaut dan status bukan penghalang untuk kami mengecap bahagia," ujarnya. Adam berkata, dia juga belum lagi merancang destinasi bulan madu sebaliknya ingin fokus kepada majlis resepsi pihak lelaki di Kota Kinabalu, Sabah.

Jelasnya, majlis tersebut bakal diadakan di rumah ibu saudaranya, tanpa upacara persandingan sebelum Aidiladha nanti.

Enggan terus hanyut

Adam yang kini dilihat sudah berhijrah mendalami ilmu agama, mengakui semakin tenang dan mengharapkan perkahwinannya bersama Fiza itu melengkapkan lagi kehidupannya.

"Usia sudah meningkat dan saya tidak mahu terus hanyut dengan dunia penuh glamor.

"Saya sedar dulu budak nakal dan jahil dalam agama. Sekarang ini saya mahu kuatkan benteng agama dan kini sedang mendalaminya," kata Adam.

Bagaimanapun, jelas Adam, dia tidak akan menghalang Fiza untuk terus berlakon. Namun sebagai isteri, dia mahu Fiza menjaga batas-batasnya.

"Selagi ia tidak melanggar hukum agama, saya benarkan. Tapi saya tak sanggup melihat isteri saya dalam adegan bersentuhan dengan mana-mana lelaki," ujar Adam yang akan menetap bersama isteri serta anak-anaknya di Kuala Lumpur.

Masih meneruskan karier seninya seperti biasa, Adam memberitahu, dia bakal melancarkan single terbarunya, Penggoda Jiwa yang ditujukan khas buat isteri tersayang.

"Ia berkisar bagaimana seorang wanita yang mampu membuatkan lelaki menjadi sasau apabila dilamun cinta. "Tidak dinafikan, ia juga sebagai simbolik cinta kami kerana lagu ini ditujukan istimewa buat Fiza," katanya.

Fiza semakin tenang

Sementara itu, Fiza menjelaskan bahawa dia tidak menjangka jodohnya dengan penyanyi kelahiran Sabah itu. Apatah lagi anak-anaknya juga sangat selesa bersama Adam sejak pertama kali dipertemukan.

Jelas Fiza, sebelum berkahwin lagi, kedua puterinya memanggil Adam dengan panggilan Abi menunjukkan mereka sudah menerima Adam sebagai bapa mereka.

"Anak-anak saya seronok bersama dia (Adam). Tak sangka mereka serasi dan selesa bermain dengan Adam. "Ketika Adam melamar, saya juga tidak sangka dia betul-betul serius dan menerima status saya dengan seadanya," katanya.

Fiza berkata, dia juga semakin tenang sejak bertemu dengan Adam, malah mengharapkan perkahwinannya kali ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

"Saya tertarik dengannya kerana dia banyak bagi nasihat dalam agama sebab itulah saya tidak teragak-agak menerima
lamarannya. "Saya juga percaya dia mampu membimbing saya dengan baik," katanya.

Jangan dirikan bangunan selagi saliran tidak selesai

Posted: 27 Sep 2013 05:24 AM PDT

BULETIN ONLINE
KUALA TERENGGANU – PAS memberi amaran dan peringatan kepada kerajaan Umno da Barisan Nasional (BN) agar tidak mendirikan sebarang bangunan dalam melaksanakan pembagunan Pusat Pentadbiran Kuala Nerus kecuali semua infrastruktur saliran di kawasan terbabit diselesaikan terlebih dahulu.

bandar baru kuala nerus

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata PAS tidak menolak pembangunan 'Bandar Baru Kuala Nerus' itu, tetapi perlaksanaanya mestilah dibuat setelah kajian impak alam sekitar (environmental impact assessment – EIA) diselesaikan dan ia benar-benar selamat untuk dibangunkan.

Menurutnya, kawasan yang dicadangkan untuk pembangunan tersebut meliputi tanah paya 'baroh Tok Jiring' yang lebih redah dari aras laut yang boleh mengakibatkan banjir dikawasan-kawasan berhampiran.

"kita tidak menolak pembangunan Pusat Pentadbiran Kuala Nerus itu tetapi kita memberi amaran agar kerajaan tidak membangunkan kawasan tersebut kecuali kajian EIA selesai dan seluruh infrastruktut saliran telah dibangunkan,

"kawasan tersebut meliputi 'baroh Tok Jiring' kawasan yang rendah dari aras laut, sekiranya pembangunan yang dibuat tidak berhemah, banjir akan melanda kawasan-kawasan sekitar,"tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian selepa mempengerusikan Mesyuarat Wakil-wakil Rakyat PAS yang diadakan di pejabat perhubungan PAS Terengganu di Taman Sri Intan dekat sini, Khamis 26 September.

Pembangunan bandar baru itu juga, katanya, mestilah mengikut perancangan yang rapi dan perlaksanaan yang berkesan agar ia tidak 'tergendala' sebagaimana yang terjadi kepada pembagunan Bandar Baru Kijal.

Beliau juga menggesa jabatan dan agensi kerajaan megambil ketegasan dalam setiap fasa pembangunan tersebut kerana ia akan menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit sekiranya pemantauan dan penguatkuasaan diabaikan.

Tragedi stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh hanya selepas setahun siap dibina perlu diambil pengajaran agar para pegawai yang terlibat sebarag perlaksanaan projek-projek baru 'tidak tunduk' kepada mana-mana 'tekanan politik'.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata, satu Jawatankuasa Memantau perlaksanaan pembangunan Pusat Pentadbiran Kuala Nerus telah ditubuhkan bagi meneliti dan menyemak imbang semua proses, agar ia menepati semua spesifikasi yang telah ditetapkan.

Rumah Banglo Mewah Nedim Nazri Aziz RM7.242 Juta? Kerja? Pegawai Khas Kementerian Pelancongan? Bisnes?

Posted: 27 Sep 2013 03:13 AM PDT

 
 
Anak Nazri Aziz


Rumah Banglo Mewah Nedim : Senang atau tidak bergelar pemimpin? Susah, kena "melabur", kena yakinkan rakyat Malaysia, bersusah payah berkempen, mesti menjawab persoalan rakyat Malaysia lebih-lebih persoalan yang membabitkan keraguan perbelanjaan yang telus melibatkan duit rakyat Malaysia dan lain-lain. Nah…inilah antara harga yang perlu dibayar apabila bercita-cita bergelar pemimpin.

Sekali lagi nama anak Nazri Aziz Nedim Nazri Aziz "bergema" apabila sebelum ini isu pelantikkan anaknya (KLIK SINI) mendapat perhatian ramai pihak termasuklah kalangan kakitangan awam.

Terbaru, Nedim Nazri Aziz dikatakan berkemampuan memiliki banglo mewah bernilai RM7.218 Juta bersama-sama dengan diskaun RM500,9444.08 (-7%) atas nama bumiputera.

Bangga? Sedikit bangga, apabila seorang anak Melayu kita berjaya memiliki sebuah banglo yang cukup mewah pada usia yang cukup muda? Tetapi……..persoalannya sekarang ini, mewahnya hidup beliau?

 Perniagaan apakah yang beliau jalankan? Bisnes apa yang beliau usahakan? Hanya berbekalkan jawatan pegawai khas Kementerian Pelancongan mampu berbelanja mewah seperti ini?

Jadi, adalah lebih baik bola persoalan isu pemilikan banglo mewah bernilai RM7.242 juta Berita Semasa dipulangkan semula kepada keluarga Nedim Nazri Aziz termasuklahlah ayahnya, Datuk Seri Nazri Aziz dikala rakyat Malaysia dan juga penjawat awam yang lain berperah keringat dan tenaga untuk memilki rumah idaman mereka berharga hanya sekitar RM200,0000-RM400,000.

Jikalau keluarga Shahrizat Jalil mampu membeli kondo mewah bernilai RM34.56 juta (KLIK SINI), Berita Semasa tidak terkejut. Ini kerana mereka menjalankan perniagaan lembu peringkat kebangsaan.

Tetapi…..bagaimana pula, Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri boleh memiliki banglo mewah ini? Sumber?

Jawapan Nazri Aziz Vs Isu Rumah Banglo mewah Mohamed Nedim Bin Mohamed Nazri

"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?"
Sumber : Malaysiakini

Gambar Dokumen Rumah Bunglo Nedim Nazri Aziz?

Sumber asal dikongsi NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Apa pandangan anda pula?

“Isunya ialah PCA benarkan tahan tanpa bicara”

Posted: 27 Sep 2013 03:06 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Sebarang bentuk tahanan tanpa bicara adalah penafian hak asasi dan lebih dibimbangi jika penahanan didorong motif politik, kata ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

"Perkara yang paling kontroversi ialah menahan seseorang tanpa bicara. Kalau ingin ketatkan PCA (Akta Pencegahan Jenayah), sewajarnya ditumpukan kepada pencegahan jenayah.

"PCA dikatakan meliputi penguatkuasaan dengan tujuan ketenteraman awam. Namun ada had dan peruntukan.

"Terutamanya bagi kes jenayah berat seperti gangsterisme dan pengedaran dadah. Kita boleh senaraikan kategorinya.

"Namun jangan berselindung di sebalik nama (PCA)," kata Shamsul (gambar) kepada Keadilandaily ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam
SHAMSUL_ISKANDAR.
Shamsul berkata demikian mengulas cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 oleh kerajaan yang membenarkan penahanan tanpa bicara untuk tempoh dua tahun.

Antara cadangan dibentangkan di Dewan Rakyat 25 September lalu ialah seksyen baru 7B bagi membentuk lembaga pencegahan jenayah dengan tiga anggota diketuai hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Ia diberi kuasa menahan individu yang didaftarkan di bawah akta itu dan penahanan boleh ditambah tetapi tidak lebih dua tahun pada satu-satu masa.

Seksyen baru 15A mencadangkan semakan kehakiman terhadap keputusan atau tindakan lembaga tidak boleh dibuat, kecuali dalam perkara melibatkan prosedur.

"Apakah tidak cukup dengan Ops Cantas Khas? Bukankah statistik jenayah dikatakan telah menurun?, soal Shamsul.

Dalam pada itu, beliau turut bimbang sekiranya penahanan seseorang dibawah PCA dibuat dengan motif politik, namun bertopengkan kesalahan jenayah.

"Kerajaan dah umum pemansuhan Akta Hasutan, walaupun masih digunakan pada hari ini. Juga pemansuhan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) secara zahir dan tuntas.

"Dengan pengenalan (PCA) yang berselindung di sebalik 'muka baru', kita tak melangkah ke hadapan. Ini mengekang demokrasi," tegas Shamsul.

Mahkamah benar DAP teruskan pemilihan CEC

Posted: 27 Sep 2013 02:55 AM PDT

 


 
 
DAP boleh meneruskan kongres khas dan mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa pusat (CEC) pada 29 September ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan parti itu menolak injunksi bagi menghalangnya.

Hakim Datuk Rosnaini Saub menerima permohonan Karpal Singh yang mewakili DAP bagi menolak injuksi yang difailkan timbalan pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

NONETurut hadir di galeri awam sewaktu keputusan dibacakan adalah pemimpin popular DAP Lim Guan Eng, MP Segambut Lim Lip Eng, MP Seremban dan MP Seputeh, Teresa Kok.

Dalam permohonannya sebelum ini, Karpal (kanan) berhujah bahawa Dass tidak menyatakan alasan bagi menyokong permohonan injunksinya.

Pada masa sama kata Karpal, Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 menetapkan bahawa keputusan sesebuah parti politik adalah muktamad dan ia menjadikan permohonan Dass tidak boleh dipertahankan.

Hakim Rosnaini dalam penghakimannya bersetuju dengan hujah Karpal.

"Mahkamah tiada kuasa untuk masuk campur dalam keputusan parti," kata Hakim Rosnaini dalam penghakimannya yang dibacakan selama kira-kira 15 minit.

Beliau juga memerintahkan Dass membayar kos sebanyak RM5,000 kepada mahkamah.

Karpal yang ditemui selepas mahkamah selesai bersidang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

"Saya rasa ini keputusan yang wajar," kata Karpal.

Jangan sampai gadai negeri untuk biayai bola sepak – SAMM

Posted: 27 Sep 2013 02:52 AM PDT


bola


SHAH ALAM : Penajaan sesebuah kerajaan negeri terhadap pasukan bola sepak tidak harus sampai menggadaikan kepentingan rakyat dalam aspek lain, kata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor.

"Kebajikan rakyat adalah keutamaan dan tidaklah perlu menggadai negeri hanya semata-mata untuk sebuah pasukan bola sepak menjadi kuat.

"Berbelanja biarlah dengan berpada-pada. RM7 juta setahun yang diperuntuk lebih dari mencukupi dalam aspek bantuan kerajaan negeri," kata penyelarasnya, Azhar Achil.

Pada kenyataan media hari ini, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak bergantung kepada pembiayaan daripada sesebuah kerajaan negeri sebaliknya berusaha mencari tajaan luar.

"Pengkritik harus meneliti apakah sebabnya bolasepak tempatan kurang mendapat tajaan besar sehingga memaksa kerajaan negeri dilihat 'wajib' menjadi penaja utama," katanya.

Azhar menyeru semua pihak yang mengkritik dasar kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sudut pembangunan sukan supaya lebih proaktif dan positif.

Beliau berkata, kerajaan Selangor menyumbang lebih RM7 juta setahun untuk pembangunan sukan bola sepak negeri dan ia tertinggi berbanding negeri lain.

"Kerajaan negeri beri sokongan besar tetapi perlu ingat, bola sepak harus lebih bertenaga dengan tajaan syarikat besar," katanya menambah pelaburan besar kerajaan negeri tidak semestinya membawa hasil lumayan.

"Melaka, contohnya melaburkan jutaan ringgit tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan dan menjadi pembaziran," katanya.

Selain itu, Azhar menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dirombak dan diberi nafas baru untuk menarik minat syarikat gergasi melabur dalam sukan bola sepak.

"FAM sebagai satu badan bola sepak gagal membawa bolasepak tanahair ke tahap komersial yang tinggi," katanya.

ADUN DAP Sabah keluar parti

Posted: 27 Sep 2013 02:47 AM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Pergolakan dalaman dalam DAP Sabah akhirnya mendorong Anggota Dewan Undangan Negeri Luyang (ADUN) Hiew King Cheu keluar parti dan menjadi wakil bebas.

Bekas ketua DAP negeri itu memberitahu Malaysiakini, beliau membuat keputusan itu selepas mendapatkan maklum balas daripada penyokong dan rakan-rakannya.

Hiew berkata, beliau akan menyerahkan surat perletakan jawatannya pada hari ini.

Pasaran Hartanah di Malaysia : 49% Unit Hartanah Tidak Terjual (Harga RM500,000 Ke Atas)!

Posted: 27 Sep 2013 02:43 AM PDT

 

Harga Rumah Lembah Klang
Anda Mesti Gaji RM12,000 Jika Beli Teres Pada Tahun 2020!

Pada Januari 2013, Berita semasa pernah berkongsi laporan berita (KLIK SINI SUMBERNYA) mengenai masalah rakyat Malaysia yang berpendapatan RM6,000 dan ke bawah di bandar untuk beli rumah di Lembah Klang. Suka atau tidak, nilai hartanah di Malaysia terus meninggalkan jauh larian lemah melibatkan gaji & kemampuan sebenarnya rakyat Malaysia.

Nilai hartanah di Malaysia ketika ini tidak menampakkan tanda-tanda untuk menjadi murah, walaupun.. ramai yang berdoa dan berharap pasaran hartanah di Malaysia kembali "lumpuh".

Sebaliknya pasaran hartanah di Malaysia terus berlaku "kejam" terhadap rakyat Malaysia dan semakin utuh membela nasib kalangan kapitalis dan pemain hartanah di Malaysia. Dan buat pertama kali tahun ini, Persatuan Pemaju (Rehda) tampil mendedahkan corak pasaran hartanah di Malaysia. Hasilnya?

Berdasakan semakan Berita Semasa melalui kajian REDHA, pembelian hartanah jenis landed dilihat terus menurun pada paras 38% Manakala pembelian unit hartanah jenis srata dilihat terus menggalakkan & melambung tinggi ke paras 62%. Apa sebabnya? Pastinya, ramai yang "terpaksa" beralih arah disebabkan ketidakmampuan membeli hartanah "landed" di Malaysia yang terlalu mahal terutamanya di bandar-bandar utama di Malaysia. Seperti mana yang disuarakan sendiri oleh saudari Siti Hajar (KLIK SINI)

Kawasan yang paling popular bagi pasaran hartanah di Lembah Klang adalah :
  1. Puchong
  2. Cheras
  3. Kota Damansara
  4. KLCC
  5. Shah Alam.
3 unit kediaman yang paling mendapat permintaan mengikut jenis pada suku pertama tahun ini adalah :
  1. rumah 2-3-tingkat teres (3,104 unit)
  2. pangsapuri (2,208 unit)
  3. kondominium / pangsapuri (1,863 unit)
Walaubagaimanapun, atas nama harga rumah RM400,000 dikatakan mampu milik seperti yang (DIUMUMKAN KERAJAAN DI SINI), telah memberikan nilai tambah dan "lampu hijau" untuk pemaju terus menaikkan nilai hartanah di Malaysia. Akhirnya, kebanyakan pembeli unit hartanah dilihat telah beralih arah apabila kedudukan senaraian bertukar :
  1. kondominium / pangsapuri ( 6,689 unit )
  2. rumah 2-3-tingkat teres ( 2,920 unit )
  3. pangsapuri (2,436 unit ).
Rakyat Malaysia "terpaksa" menukar selera bagi memilki unit hartanah idaman mereka dengan mengambil kira beberapa faktor di bawah ini :
  1. Keluasan unit hartanah yang lebih kecil, asalkan berpatutan
  2. Memiliki ciri-ciri kehijauan dalam kasawan perumahan
  3. Kepadatan penduduk yang tinggi
  4. Perkembangan infrstuktur di sekitar unit kediaman
Dan ini yang menyedihkan sebenarnya dan inilah masalah yang terus menghantui kalangan rakyat Malaysia yang terus memasang impian memiliki kediaman sendiri. Malangnya…… Harga unit hartanah paling popular dibina Pemaju adalah :
  • RM500,000 – RM1,000,000 (47%)
  • RM1.5 Juta Ke atas (11% )
  • RM350,000- RM500,000 ( 11%)
Dan data di atas terus mengalami perubahan mendadak kerana tidak mengambil kira pengumuman kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen. Dan sememangnya nilainya akan terus naik. Di mana kapitalis REDHA telah pun meniupkan semboyan bahawa harga rumah akan terus naik sehingga (10% bersamaan RM15,000) disebabkan kenaikan harga minyak baru-baru ini yang telah menyebabkan kos bahan binaan menjadi lebih mahal, kekurangan tenaga buruh dan juga upah.

Statistik Tambahan Pasaran Hartanah di Malaysia

  1. Berdasarkan responden terhadap 41% pemaju di Malaysia, separuh daripada pembeli unit hartanh mereka adalah kalangan pemilik rumah pertama
  2. Pembeli tempatan mengatasi pembeli asing pada paras 95 % berbanding 5%.
  3. Ini rakyat Malaysia kebanyakannya membeli hartanah untuk tujuan kediaman sendiri (62% ), diikuti oleh pelaburan (28% ), untuk ahli-ahli keluarga ( 7%) dan untuk hasil sewa ( 35%).
  4. Dan yang menariknya, 49% unit hartanah yang tidak terjual adalah melebihi RM500, 000 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat

Pasaran Hartanah di Malaysia Menurun 10%-15% VS Menara Wawasan Merdeka 100 Tingkat?

Dan terbaru, CIMB Bank memberikan maran pasaran hartanah (terutamanya hartanah komersial) di Malaysia akan mengalami bencana seperti mana yang pernah berlaku di Dubai sebelum ini dek kerana kegemaran kerajaan Malaysia yang mahu membina "ikon" menara tertinggi iaitu Menara Wawasan Merdeka 100 tingkat.

Kemampuan Dubai untuk bangkit kembali tidak akan sama dengan Malaysia, apabila sekarang ini banyak syarikat Fortune 500 berkampung di bandar Dubai. Kadar penginapan telah pun mencapai paras 99%. Dan dijangka pasaran hartanah komersial akan turun sekitar 10%-15%. 

Apa pendapat anda pula yang berhadapan sendiri dengan pasaran hartanah di Malaysia terutamanya yang masih tercari-cari kediaman sendiri?

Dakwaan Father Augustus heret Utusan ke mahkamah

Posted: 27 Sep 2013 02:40 AM PDT

 


 

Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang memfailkan saman berhubung satu rencana bertarikh di Utusan Malaysia bertarikh 18 Ogos 2013 bertajuk "Kit Siang manipulasi CEC?".

Rencana yang memetik sumber bernama 'Father Augustus Chen' mendakwa Lim memanipulasi kehadiran perwakilan serta pengiraan undi pada kongres parti Disember lalu bagi memastikan kedudukan beliau 'selamat'.


lim kit siang gelang patah interview 1Dalam writ samannya, Lim mendakwa Utusan "tidak mengesahkan maklumat dan sumber maklumat itu dan bertindak melulu tanpa menghiraukan kebenaran perkataan yang diadukan".

Lim menuntut ganti rugi am, termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan untuk fitnah bertulis, faedah pada kadar dan masa yang ditentukan mahkamah, kos serta lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memfailkan saman tersebut bagi pihak di Lim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

DAP sebelum ini dalam kenyataan balas mereka menafikan dakwaan Utusan dan mencabar akhbar itu membuktikan kewujudan 'Father Augustus Chen' yang didakwa tidak wujud.

Calon dakwa tahu tak layak melalui akhbar

Posted: 27 Sep 2013 02:36 AM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Semalam Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail hanya mengetahui beliau tidak layak bertanding kerusi majlis tertinggi Umno melalui agensi berita Bernama.

Hari ini seorang ahli akademik hadir ke ibu pejabat Umno bagi membuat rayuan selepas tahu beliau juga mengalami nasib yang sama menerusi laporan akhbar.

Profesor Datuk Dr Mohd Zainul Fithri Othman, dengan nombor calon 11 hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi bagi menyerahkan surat rayuannya kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur.

"Saya tahu secara rasmi hari ini melalui suratkhabar Utusan Malaysia," katanya pada sidang media sebelum menyerahkan surat rayuan.

Dalam rayuannya, belia menjelaskan syarat yang ditetapkan iaitu pernah menjadi menjadi ahli jawatankuasa bahagian tidak diterangkan dengan jelas sama ada ia turut meliputi sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Menurutnya beliau sendiri pernah menjadi AJK bahagian Pemuda Setiawangsa dan Pemuda Wangsa Maju dan itu menjadi asas kepada pencalonannya.

"Oleh itu saya memohon agar jawatankuasa pemilihan terutama Datuk Seri presiden menimbangkan rayuan saya dan Tun Faisal.

"Adalah cantik jika semua pencalonan yang diserahkan pada ibu pejabat diterima untuk bertanding," katanya yang kini memikul tanggungjawab sebagai pengerusi tetap Umno cawangan Gombak Setia.

Sekiranya dibenarkan terus bertanding, beliau yakin mampu menjadi jambatan bagi menghubungkan Umno dengan komuniti universiti dan dunia akademik.

"Saya ingin komuniti universiti menjadikan saya suara mereka, idea mereka, dan pandangan mereka yang boleh diketengahkan kepada pengetahuan pucuk pimpinan Umno," katanya.

Perkara 9.5 Perlembagaan Umno menetapkan mana-mana calon yang ingin bertanding kerusi MT perlu pernah menjadi AJK bahagian selama sepenggal atau pernah menjadi anggota MT selama tiga tahun.

Bos Geneva didakwa dengan 900 pertuduhan

Posted: 27 Sep 2013 02:34 AM PDT



 
Empat pegawai atasan syarikat perniagaan perdagangan emas Genneva Gold hari ini dihadapkan ke mahkamah dengan 900 pertuduhan dibacakan kepada mereka, dipercayai memecahkan rekod pertuduhan terbanyak di negara ini.

Mereka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Isteri Mat Yo mohon maaf

Posted: 27 Sep 2013 02:28 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE



KUALA LUMPUR - Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf.

"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

"Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku," kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

"Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

"Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis," katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

"Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

"Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul," katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar. Sinar Harian

Kesilapan Tweet Najib Yang Amat Memalukan Negara

Posted: 27 Sep 2013 02:18 AM PDT


Najib Tersilap Tweet

KELAB GREENBOC

Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memuatnaik satu status unik di Twitter @NajibRazak apabila melakukannya dari ibu pejabat Twitter sendiri di San Francisco, California.

Mungkin masih keliru dengan pengalaman berkenaan, Najib telah melakukan satu kesilapan apabila memuatnaik satu lagi status di Twitter, semalam.

Dalam status berbunyi, "Had a good chat yesterday with Mark Zuckerberg at Twitter HQ" Najib menyatakan dia berada di ibu pejabat Twitter sedangkan dalam gambar yang dkepilkan, beliau berdiri bersama Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg.


Kesilapan itu bagaimanapun segera disedari beliau dan dibetulkan sejurus kemudian.

Bernama melaporkan Najib memiliki lebih 1.7 juta pengikut dengan rekod lebih 5,000 tweet telah dimuatnaik sekalipun sebelum ini pernah Meld Magazine pernah menyatakan Najib merupakan pemimpin yang paling banyak mempunyai pengikut palsu di Twitter berbanding pemimpin-pemimpin dunia lain.

Portal atas talian itu pernah melaporkan, Najib mempunyai 40 peratus atau 1.41 juta pengikut palsu - bermaksud pemilik akaun yang mempunyai hanya beberapa pengikut dan tweet tetapi mengikuti banyak akaun.

Sebanyak 15 peratus daripada pengikut Najib tidak aktif, menurut laporan yang disiarkan pada 3 Mei sementara 15 peratus lagi dipercayai pengikut asli.

Isu Syiah: Jawapan Mantap Dari Mat Sabu

Posted: 27 Sep 2013 02:15 AM PDT

Kepimpinan ulama dan Unit Amal dari Iran, kata Mat Sabu

KELAB GREENBOC


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.

Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS.

"Adakah kesemua mereka menjadi Syiah kerana saya membawanya dari Iran. Sudah tentu tidak," katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider sambil bercerita, kurma dari Iran pun dilarang makan kerana takut dituduh Syiah.

Katanya, setiap dua tahun sekali iaitu menjelang muktamar yang ada pemilihan dalam PAS, isu Syiah akan bergema. Kali ini bukan di kalangan PAS sahaja, isu ini juga dimainkan juga oleh pemimpin kerajaan, agensinya dan media yang dikawal mereka.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan.

Isu Syiah menjadi sangat hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hizbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.

Mohamad diserang apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana.

"Sebenarnya perang di sana adalah agenda perebutan kuasa dan tidak ada kaitan dengan perang antara Sunnah dengan Syiah sebagaimana yang digembar-gemburkan.

"Presiden PAS, Hadi Awang telah menjelaskan perkara ini," katanya kesal dengan apa yang berlaku.

Mohamad menceritakan kembali bagaimana beliau boleh tertarik dengan perjuangan Islam di Iran yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeine.

"Semasa saya belajar di ITM dulu, awal 1970-an, kampus ketika itu dipengaruhi oleh Abim dan PKPIM. Idola kami adalah gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pimpinan Hassan Al-Banna dan Syed Qutb.

"Apabila dunia dikejutkan dengan revolusi Iran pada 1978, saya yang berada dalam Pemuda PAS ketika itu dipimpin Mustafa Ali (sekarang Datuk) dan Haji Subky Latif selaku setiausaha, kami pergi ke sana," katanya.

"Apabila kita melawat Iran di awal revolusi, kami melihat kehebatan ulamanya apabila mereka bercakap hal revolusi dan perjuangan. Kami rasa kagum dengan ketrampilan mereka kerana selama ini di Malaysia, ulama hanya tukang baca doa dan seumpamanya saja," katanya.

Dari situ, apabila pulang, Mohamad dan rakan-rakannya membawa konsep kepimpinan ulama yang diamalkan dalam PAS sekarang.

"Kami bawa usul kepimpinan ulama ini dalam Muktamar Pemuda 1982 di Bukit Mertajam. Selepas diluluskan kami bawa ke Muktamar Pusat dan diluluskan dalam Muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka tahun itu.

"Pada 1983, usul ini dibawa ke dalam Perlembagaan PAS, maka terbentuklah Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS sekarang,"
katanya.

Sebab itu, katanya, konsep kepimpinan ulama ini bukan datangnya dari Mesir atau Turki, tetapi datangnya dari Iran, kata Mohamad yang cuba mengaitkan ramai pemimpin PAS yang terpengaruh dengan gerakan Islam di Mesir (Ikhwanul Muslimin) dan Turki (AKP pimpinan Tayyib Erdogan dan Saadet pimpinan Necmetin Erbakan).

Mohamad mengimbau kembali bagaimana beliau diseretkan dengan Syiah.

"Orang tuduh saya Syiah kerana saya kagum dengan perjuangan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah, Lubnan.

"Saya suka dia kerana, bila dia bercakap soal perjuangan, anaknya mati di medan perang melawan Israel ketika umurnya 17 tahun, rumah kena bom hancur berkecai.

"Bila dia cakap Islam dalam keadaan dagang, dia sendiri dagang bila terpaksa bersembunyi ke sana kemari daripada pengeboman dan pembunuhan oleh agen Isreal.

"Maka orang seperti Hasan Nasralah datanglah penghormatan kepadanya dari penyanyi, pemain bola, orang awam, orang Kristian bahkan orang tiada agama menerima kepimpinan Hassan Nasrallah sehingga kain jubahnya itu diambil dan dipakai oleh anak-anak muda dan artis kononnya nak ambil keberkatan... inilah contoh kepimpinan yang saya terima," katanya.

Katanya, kefahaman beliau dan rakan-rakannya ketika itu, kepimpinan ulama ini bukan bermakna semua jawatan dalam PAS mesti dipimpin ulama.

"Kefahaman kita, presiden dan ke bawah boleh di isi sesiapa saja yang layak dan mampu tetapi Majlis Syura Ulama hendaklah di isi oleh orang yang ada latar belakang pendidikan agama secara formal.

"Ini kefahaman kami ketika meletak Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam parti," katanya.

Bagi beliau, pada peringkat awal konsep ini diamalkan, gandingan yang baik berlaku antara Yusof Rawa dengan Datuk Fadzil Noor dan Datuk Fadzil dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kebetulan semuanya dari aliran agama.

"Bagi saya siapa saja boleh pegang presiden dan lain-lain jawatan. Kalau ulama yang mahu memegang jawatan itu, bukan melalui title atau bertenggek atas nama ulama saja, mesti memenuhi syarat kepimpinan," katanya.

Katanya, beliau menerima orang seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Abdul Hadi untuk memimpin PAS kerana kelebihan yang mereka ada.

"Mereka ada kelemahan tetapi kelebihan yang ada pada mereka mengatasi semua yang lain, maka orang seperti itu layak untuk memimpin," katanya.

Beliau berkata, apabila dia dan rakan-rakannya melawat Iran selepas revolusi Iran pada 1978, mereka tertarik dengan gerakan sukarela di sana yang dinamakan Jihad Sizendagi.

Kumpulan inilah yang berjaya membawa keluar rakyat Iran dari buta huruf yang tinggi di samping masalah bekalan elektrik luar bandar yang rendah.

"Bila kita balik, kami ambil semangat itu maka tertubuhlah Unit Amal, bahkan lagu Unit Amal adalah inspirasi dari lagu itu yang dinyanyikan oleh anak muda di sana," katanya yang menjelaskan dari manakah asal usul Unit Amal, badan kebajikan dan kawalan yang sangat berpengaruh dalam PAS sekarang.

Katanya, langkah ini diambil sesuai dengan konsep hikmah dalam Islam iaitu hikmah itu benda yang tercicir dan jika diambil ia akan menjadi hak orang yang mengamalkannya.

"Kita tidak pun menyeru orang mengambil syiahnya tetapi mengambil sistem, cara dan bagaimana mereka boleh gerakkan rakyat menumbangkan satu regim yang zalim," katanya.

Beliau berkata, kunjungannya ke Syria dua tahun lalu dimainkan daripada perspektif mazhab terutama menjelang muktamar kali ini.

"Tahun ini lebih dahsyat bila saya kunjungi Syria sebelum ini. Yang saya jumpa semuanya ahli Sunnah wal Jamaah. Muftinya, Dr Said Ramadhan Albutti, Menteri Wakaf, Menteri Perpaduan... semuanya sunnah... sebenarnya di sana tidak timbul isu Sunni dan Syiah ni, ia adalah pertarungan merebut kuasa," katanya.

Bekas TKM P Pinang digantung keahlian Umno

Posted: 26 Sep 2013 04:50 PM PDT


 KL TODAY


GEORGETOWN – Bekas timbalan ketua menteri, Datuk Abdul Rashid Abdullah digantung keahlian Umno dan terlucut kelayakan untuk bertanding jawatan ketua bahagian Nibong Tebal dalam pemilihan yang akan berlangsung bulan depan. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Pulau Pinang, Datuk Daud Taha berkata, antara alasannya ialah Abdul Rashid didakwa belot dan mensabotaj parti pada masa PRU13.

Surat penggantungan keahlian dikeluarkan oleh jawatankuasa disiplin Umno bertarikh 20 September lalu dan diterimanya sehari selepas itu.

 "Dengan ini, beliau tidak layak bertanding untuk apa-apa jawatan dalam Umno.

"Mengikut peraturan, ahli yang digantung tidak boleh memilih dan tidak boleh dipilih dalam pertandingan parti," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Pulau Pinang, Zabariah Wahab.

Beliau berkata, enam ahli Umno Bahagian Tasek Gelugor termasuk timbalan ketuanya yang juga bekas Adun Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed turut digantung atas alasan yang sama.

Jasmin bertanding jawatan ketua bahagian menentang penyandang, Shabudin Yahya.

Ahli lain yang digantung ialah Dr Md Rozi Yusof yang bertanding timbalan ketua bahagian, Salmah Ahmad (naib ketua Wanita Umno), Asmidy Mohamad dan Rahim Che Noor (ahli jawatankuasa bahagian) serta Mahamad Tahir Yusof (pengerusi tetap bahagian).

"Ini bermakna kesemuanya hilang kelayakan dan tidak boleh bertanding apa-apa jawatan dalam Umno," katanya.

Bagaimanapun, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa disiplin untuk pertimbangan.

Ribuan tunai solat jenazah Ustaz Azizan

Posted: 26 Sep 2013 04:48 PM PDT

Bashir Ishak,






POKOK SENA: Ribuan rakyat  hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.

Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS,  Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan.

Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di pekarangan Muassasah Darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.

Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Ustaz Azizan  kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar di sisi ahli keluarganya dan pemimpin PAS Pusat dan negeri, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.

Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.

Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.

Allahyarham meninggalkan dua  isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie dengan 14  anak.

Lagi gangguan elektrik seluruh Sabah, DAP tawar diri bantu selesai masalah

Posted: 26 Sep 2013 04:38 PM PDT

jimmy wong


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin dan Ahli Parlimen DAP Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt hari ini mendesak kerajaan segera menangani masalah gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku di negeri itu.

Terkini, bekalan elektrik Sabah terpaksa dicatu sejak kelmarin memandangkan tiga penjana kuasa swasta (Independent Power Producer, IPP) iaitu di Teluk Salut, Rugading dan ARL Power Malawa, di sekitar Sepanggar, Kota Kinabalu mengalami kerosakkan.

"Kuasa janaan elektrik dijangka berkurangan sebanyak 200 Megawatt (MW) berikutan kejadian kerosakan dan ia bukan sahaja menyusahkan kehidupan rakyat malah menambah beban kepada semua pihak," ujar Ahli parlimen DAP Kota Kinabalu, Jimmy Wong.

Menurutnya, usaha Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang diketuai Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili tidak cukup untuk menyelesaikan masalah gangguan elekrik yang berpanjangan ini.

"Dengan gangguan seperti ini, bagaimana Sabah boleh menjana ekonomi dengan baik. Sudah tiba masanya kerajaan bertindak segera," kata Jimmy Wong lagi.

Menurut Ahli Parlimen DAP Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt, masalah bekalan elektrik di Sabah sudah menjadi perkara biasa yang tidak pernah selesai sejak Barisan nasional (BN) memerintah.

"Masalah gangguan elektrik ini selalu berlaku sebab IPP tidak ada enjin atau jentera janaan elektrik simpanan.

"Mereka gunakan kesemua enjin secara maksimum dan bila berlaku kerosakkan seperti ini, memang akan sebabkan masalah yang serius," kata beliau.

Justeru, untuk menyelesaikan masalah ini, mereka mengemukakan tiga usul yang akan diutarakan di Parlimen:

Ahli-ahli Pasukan Kerja (Task Force) Perancangan Dan Pemantauan Perlaksanaan Projek-Projek Pembekalan Elektrik Sabah (PPPES) haruslah diperluaskan kepada ahli-ahli parlimen pembangkang supaya pandangan-pandangan alternatif boleh dibawa untuk dibincangkan bersama.

Menggesa peruntukan berlipat-ganda untuk pembangunan loji-loji penjana tenaga di Sabah pada Belanjawan 2014 yang bakal dibentangkan pada sesi Parlimen bulan Oktober ini.

Kilang Penjana Kuasa Gas Asli Cecair (Liquidfied Natural Gas, LNG) 300MW di Pantai Timur, Sabah haruslah diteruskan dan bukannya dengan membawa balik cadangan Kilang Penjana Kuasa Arang Batu yang telah ditolak sekeras-kerasnya oleh rakyat Sabah sebelum ini.-Roketkini.com

Apa lagi ROS mahu? -Teresa Kok

Posted: 26 Sep 2013 04:34 PM PDT

teresa

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok mengecam kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman yang mendakwa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) perlu dibuat melalui Kongres Kebangsaan dan bukannya Kongres Khas.

Beliau berkata, kenyataan itu amat menghairankan dan membuktikan bahawa beliau tidak membaca dan memahami sepenuhnya perlembagaan DAP.

"Perlembagaan DAP memberi kuasa kepada pemilihan semula CEC yang akan diadakan samada melalui Kongres Kebangsaan atau Kongres Khas. Ini dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan parti.

"Apakah Abdul Rahman tidak baca perlembagaan DAP atau sengaja untuk sekali lagi membuat kami berada dalam kepayahan atas beberapa sebab politik? Apa lagi ROS mahu?," soalnya dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut Teresa, dalam Kongres Kebangsaan notis 10 minggu akan diberikan kepada setiausaha cawangan bagi membolehkan mereka memiliki masa yang lebih dan cukup mengadakan mesyuarat cadangan resolusi, pindaan perlembagaan parti atau perniagaan tertentu untuk dibentangkan di Kongres serta menamakan calon-calon.

Bagi Kongres Khas, notis tidak kurang daripada 7 hari diperlukan untuk dihantar kepada semua cawangan dan perwakilan.

Teresa yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, turut menegaskan bahawa disebabkan tidak ada sebarang kontroversi dalam senarai calon yang digunakan dalam kongres Disember lalu, parti memutuskan tiada penamaan baru diperlukan dan kerana itu CEC memutuskan pemilihan semula melalui Kongres Khas 29 September ini.

"Tidak ada kontroversi dalam senarai calon pada Kongres lepas sebab itu penamaan calon baru tidak diperlukan, jadi apakah tidak logik untuk kami membuat pemilihan semula secepat mungkin melalui Kongres Khas?

"Notis sudah dihantar lebih awal untuk memberi perwakilan masa yang mencukupi berhubung Kongres Khas. PKF juga telah dilantik untuk bertindak sebagai pemantau walaupun tiada peruntukan dalam perlembagaan DAP bahawa akauntan luar perlu dilantik. Mereka sudah menjalankan kerja dengan mengkaji dan meneliti notis yang dihantar kepada perwakilan," katanya.

Katanya lagi, ROS tidak mempunyai sebab untuk meminta surat asal dari 500 perwakilan yang disahkan bahawa mereka sudah dimaklumkan tentang Kongres lalu tetapi tidak dapat menghadirkan diri.

Beliau turut mengingatkan Abdul Rahman bahawa keputusan untuk mengarahkan pemilihan baru CEC tanpa alasan undang-undang yang sah adalah tidak adil dan tidak profesional.

"Melalui pelbagai serangan dalam kenyataan-kenyataan media, ianya membuktikan betapa beliau merupakan pegawai ROS yang kuat berpolitik. Sekali lagi saya ulangi, apa lagi ROS mahu?

"Abdul Rahman harus sedar bahawa sehingga hari ini beliau masih berhutang dengan DAP dan negara kerana tidak memberikan penjelasan terhadap keputusan yang dilakukan," ujarnya. -Roketkini.com

Pas gesa perkukuh parti hadapi pilihan raya kecil

Posted: 26 Sep 2013 04:28 PM PDT


Tuan Ibrahim Tuan Man  
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Ekoran kematian Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Razak, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa supaya parti itu perlu memperkukuhkan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan tersebut.

Menurutnya, Pas akan menghadapi PRK di Dun tersebut dalam suasana muktamar yang akan diadakan pada November depan.

"Kematian beliau akan membuka ruang bagi mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Dun Sungai Limau.

"Parti akan menghadapi PRK ini dalam suasana persiapan menghadapi muktamar.

"Dengan PRK ini diharap akan memperkukuh lagi jentera parti bagi memastikan kejayaan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dalam facebooknya, hari ini.

Mengikut laporan media, Allahyarham yang juga bekas Menetri Besar Kedah telah meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Jenazahnya disolatkan di Kompleks Pas Kawasan Pokok Sena, Langgar sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena selepas Asar.

Dalam pada itu, pada PRU13, 5 Mei lalu Azizan telah menang Dun Sungai Limau dengan undi sebanyak 13,294 mengalahkan calon BN Mohd Fadzilah Ali iaitu 10,520 dan dua calon daripada Bebas.

Beliau juga merupakan Menteri Besar Kedah yang kesepuluh apabila PR berjaya memenangi PRU12, sekaligus menjadikan negeri jelapang padi itu yang pertama dibawah kuasa Pas.

Azizan juga telah menyertai parti itu pada tahun 1978 di England dan merupakan Naib Presiden Pas pada 2003-2005.

Politik wang: Parti politik digesa kerjasama SPRM

Posted: 26 Sep 2013 04:27 PM PDT

Paul Low 
 Paul Low
KUALA LUMPUR - Parti-parti politik yang akan mengadakan pemilihan mereka tidak lama lagi perlu terbuka dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani secara serius sebarang kes politik wang yang dilaporkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata pengundi atau peserta dalam pelbagai pemilihan parti yang akan datang perlu menolak sebarang bentuk tarikan yang boleh mempengaruhi pendirian mereka.

Mereka perlu menunjukkan sikap integriti dalam melaporkan sebarang amalan rasuah yang dikesan kepada pihak berkuasa berkaitan, termasuk SPRM, kata beliau dalam kenyataan semalam.

"Pengewangan dalam proses pemilihan akan menjejaskan teras demokrasi, iaitu asas di mana negara ini telah ditubuh dan dibina atas pengorbanan dan kos yang besar kepada pihak berkepentingan utama - rakyat itu sendiri," katanya.

Low berkata memerangi rasuah di negara ini akan terhalang jika amalan politik wang terutama berkaitan dengan pemilihan parti, terus dibiarkan.

Beliau berkata terdapat banyak parti kini telah mengembangkan proses pengundian dengan membenarkan lebih ramai anggota layak memilih pemimpin mereka.

"Ini adalah satu usaha terpuji dan membantu meningkatkan ketelusan dalam proses pemilihan dan dapat mengurangkan potensi pengaruh politik wang dengan ketara," katanya.

Beliau juga berkata, pemimpin politik yang dipilih melalui proses sah tanpa pengaruh politik wang akan menikmati lebih kepercayaan dan kerjasama daripada pengundi mereka di masa hadapan. - Bernama

Tiada ulasan: