Jumaat, 13 September 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


MB Kelantan Selamba Pandu Sendiri Kereta Ke Majlis Rakyat

Posted: 13 Sep 2013 12:59 AM PDT



Ustaz Mad dengan santai bawa sendiri kereta ke majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh pas kawasan parlimen tumpat.

semoga ustaz terus istiqamah dalam mengemudi tampuk kepimpinan kerajaan kelantan.

allahuakhbar.

Apa Yang Khalid Jaafar Merapu Dalam Video Ini?

Posted: 13 Sep 2013 12:43 AM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=jxtSqJJtlYM&feature=youtube_gdata_player

mempertahankan syiah?

jangan cakap kalau bab yang saudara tak faham dan tahu. bagi kepada orang yang lebih arif.

saya tak setuju dengan apa yang dikatakan oleh khalid jaafar ni. pihak yang terbabit tolong nasihatkan.

DR MOHD ASRI: ALLAH yang naikkan harga barang?!

Posted: 12 Sep 2013 11:24 PM PDT

Oleh: DR MOHD ASRI
Tarikh: September 13, 2013

APABILA artikel Kenaikan Harga Barang Ketetapan ALLAH muncul di saat rakyat sedang merasai ancaman kenaikan harga barang akibat potongan subsidi minyak oleh pihak kerajaan, majoriti rakyat memang tidak puas hati. Saya tidak tahu, apakah hasrat sebenar penulis berkenaan.

Mungkin niatnya hendak meredakan perasaan rakyat terhadap kerajaan ataupun meredakan kerajaan terhadapnya, itu tidak pasti. Kata penulis, dia bercakap dalam konteks sabar. Mungkin itu maksudnya.

Menariknya saya terbaca satu komen yang menyebut: 'Kalau begitu pegawai-pegawai penguat kuasa kawalan harga barang sedang menentang ketetapan ALLAH lah?!' Ringkas, tapi penuh makna.


Akidah

Sebelum kita pergi kepada hadis yang diguna pakai dalam penghujah isu ini, saya suka menyebut bahawa dalam sejarah umat Islam pernah muncul aliran Jabariah yang menganggap bahawa semua perkara adalah ketetapan Tuhan, manusia sama sekali tiada pilihan.

Jabariah tidak termasuk dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, sebaliknya mereka termasuk dalam golongan Ahlul Hawa (pengikut hawa nafsu). Saya percaya penulis berkenaan tidak demikian.

Nabi SAW mengajar kita tentang takdir dan usaha dalam masa yang sama. Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabitkan pelbagai pihak; iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak ALLAH dalam hal itu.

Segala yang berlaku dalam alam ini dengan izin ALLAH. Tiada apa pun yang boleh berlaku tanpa izinNya. Namun, apa yang Dia izinkan, bukan semestinya Dia reda.

Demikian, apa yang Dia reda bukan semestinya Dia izinkan. Dia tidak reda kezaliman Firaun, tetapi Dia mengizinkan kewujudan Firaun atas sistem alam yang diciptaNya.

Dia reda hamba-hambaNya bersedekah, tapi bukan semua mereka Dia izinkan memiliki harta yang banyak, atas sistem alam ciptaanNya. Maka, di situlah adanya pahala bagi niat yang baik.

Maka, Dia juga menetapkan Hari Pembalasan selepas kematian untuk membalas kebaikan dan keburukan.


Usaha

Kita disuruh berusaha kerana keizinan ALLAH itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam. Dia boleh memenangkan para nabiNya dalam sekelip mata, namun itu tidak berlaku.

Semua para nabi terpaksa berjuang dan mencari sebab musabab untuk membolehkan mereka menang. Lihat Maryam ibu Nabi Isa, ketika dia dalam keadaan lemah hendak melahirkan Nabi Isa, ALLAH menyuruh dia menggoncang pokok tamar.

Rutab (tamar masak) pun jatuh berguguran. Firman ALLAH: (maksudnya) " (ketika Maryam hendak melahirkan Isa) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar; dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan jadilah aku dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! lalu dia diseru dari sebelah bawahnya:" janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan goncanglah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur ke atasmu buah tamar yang masak." (Surah Maryam 23-25).

Lihat, padahal ALLAH Pemberi Rezeki, tidak bolehkah Dia gugurkan sahaja buah tanpa perlu Maryam bersusah payah menggoncangnya?! Jika pun dia goncang, sekuat mana sangat wanita yang sarat mengandung dapat menggoncang pohon tamar?! Tidakkah dia sedang mengandung dengan pilihan ALLAH terhadap dirinya.

Ya, namun, ALLAH mahu hidup ini berjalan menurut tabiatnya, usaha tetap disuruh dan bantuan ALLAH akan mengiringnya.


Takdir

Sama halnya dengan sakit demam, walaupun segalanya ketentuan Tuhan, namun Nabi SAW menyebut: "Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kita kena berusaha, kita tidak boleh cakap 'ini semua takdir' lalu membiarkan penyakit merebak. ALLAH itu al-Syafi (Penyembuh). Benar, tapi kita kena berusaha mengatasi penyakit. Sabda Nabi SAW: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin ALLAH." (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H ketika mensyarahkan hadis ini memetik kata-kata al-Qadi 'Iyadh yang menyebut: Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: "Kesemuanya dengan qada dan qadar ALLAH, tidak memerlukan kita berubat". Hadis-hadis ini adalah hujah para ulama dalam menolak mereka." (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).

Jika seseorang jaga kesihatannya, namun penyakit datang juga maka bersabarlah. Anggaplah itu ketetapan ALLAH. Ada hikmahnya. Ada sebab musabab di luar dari kemampuan diri. Ada pahala atas kesabaran itu. Tapi jika sendiri membahayakan diri.

Melakukan perkara yang merosakkan seperti mengambil dadah, ataupun rokok, ataupun apa-apa tindakan yang bahaya lalu terkena penyakit, maka sebelum dia menyerah kepada takdir, dia hendaklah menyalahkan sikapnya terlebih dahulu. ALLAH telah ingatkan (maksudnya) "Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan" (Surah al-Baqarah:195).

Jika seseorang mati kerana sakit atau tanpa sebarang sakit maka kita terima sebagai takdir. Namun jika dia dibunuh, walaupun itu pun takdir, pembunuh mesti dihukum.

Ulama tidak boleh bagi tahu mahkamah 'jangan salahkan pembunuh kerana itu takdir, ALLAH itulah yang menghidupkan dan mematikan'. Demikian jika ada yang dirompak dan dirogol, tidak boleh kita beritahu bahawa dalam Islam penyelesaiannya 'terimalah sebagai takdir dan bersabar, jangan salah sesiapa, rezeki ketentuan ALLAH'. Dalam Islam ada undang-undang jenayah dan pesalah boleh dihukum. Ada sistem keadilan yang wajib ditegakkan.

Jika anda masuk ke kedai, anda dapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda tanya kenapa lalu dia jawab "ALLAH menaikkan harga barang". Apakah anda akan berkata: 'masya-Allah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman'. Ataupun, 'awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!'.

Dalam negara ini, ada berbilion projek yang dipersoalkan. Ada istana dibina berbilion ringgit. Ada projek harta awam tersangkut atas pelbagai alasan berbilion harganya.

Apakah jawapannya: 'semua itu takdir ALLAH?!'. Saya juga lebih tertarik dengan kerajaan sekarang, lebih dari pembangkang, tapi bukan itu cara berhujah yang betul untuk membela.


Maksud hadis

Apabila anda faham teras-teras di atas, fahamlah maksud hadis Anas bin Malik, dia berkata: "Harga barang menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah SAW. Orang ramai pun berkata: "Wahai Rasulullah SAW! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami". Jawab Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang Maha Memberi Rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui ALLAH dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi sama ada pada darah atau harta". (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Ertinya, jika kenaikan itu bukan disebabkan perancangan buruk manusia, tetapi secara semula jadi yang jika ditetapkan harga barang akan menzalimi para peniaga, maka hadis ini dipakai dalam suasana yang seperti itu. Ertinya haram menetapkan harga barang.

Namun, jika naik turun harga tidak semula jadi, ada unsur permainan harga seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, demikian pembeli juga tidak boleh dizalimi.

Kerajaan menjaga keadilan untuk kedua pihak. Justeru Islam melarang monopoli yang zalim seperti ihtikar (sorok barang). Jika kezaliman berlaku, pemerintah boleh masuk campur menetapkan harga barang.

Inilah yang sarjana seperti Ibn al-'Arabi sebut: "Sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli).

Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi SAW) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu (peraturan) ALLAH adalah luas dan hukum dilaksanakan".( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.).

Menariknya, Lajnah Fatwa Arab Saudi (fatwa 12076) juga membolehkan menetapkan harga barang dan tidak membenarkan seseorang sewenang-wenang menaikkan harga barang yang ditetapkan penguasa.

Kesimpulannya, hadis itu sahih. Konteks ia dikemukakan di waktu ini mungkin tidak tepat. Macam kata Saidina Ali bin Abi Talib kepada Khawarij: "Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil". (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Adapun saya, tidak tahu apakah tujuan tokoh agama parti berkenaan mengemukakannya. Saya serahkan urusannya kepada ALLAH.

Ops Cantas? Kaum India Maki Dan Ugut Polis?

Posted: 12 Sep 2013 08:03 PM PDT



Kami pihak kerabu bersuara tidak akan bersetuju dengan kenyataan di atas.

Menghina sampai ugut nak bunuh polis.

Ini soal keselamatan negara. Pihak yang terbabit kena terima realiti dan faham masalah ini.

Mereka ni sudah ada banyak rekod jenayah berat yang lampau. Ditambah lagi siap ada senjata berat.

Kebanyakkan penjenayah dan samseng jalanan ni diketuai oleh kaum india dan kaum-kaum yang lain.

Sokong lah usaha pdrm nak banteras samseng ni. Ada perkara kita tak bersetuju dan ada perkara kita bersetuju dan sokong pihak polis ni.

Akhir Zaman: Binatang Bumi (Dabbatul Ardhi)

Posted: 12 Sep 2013 07:46 PM PDT



Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami akan mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka bahwa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat kami."
(An Naml: 82)

Tanda kiamat besar yang kelima ini dapat dilihat oleh orang-orang Mu'min dan terjadinya berdekatan dengan terbitnya matahari dari barat.

Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya tanda-tanda kiamat pertama yang akan terjadi adalah terbitnya matahari dari tempat terbenamnya dan keluarnya seekor binatang kepada manusia pada waktu Dhuha, yang manapun diantara dua hal ini akan duluan terjadi, maka yang keduanya akan terjadi dalam waktu yang dekat."
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Ibn Majah dari 'Abdullah bin 'Umar)

Al Hafizh Ibn Hajar berkata:
"Dan kemungkinannya adalah bahwa binatang bumi tersebut akan muncul pada hari terbitnya matahari dari barat." Al Hakim 'Abdullah berkata: "Yang terlihat (dari nash-nash) adalah bahwa yang terjadi lebih dahulu adalah terbitnya matahari dari Barat atau pada waktu yang dekat darinya". Kemudian Ibn Hajar berkata lagi: "Saya mengatakan bahwa hikmah dari hal tersebut adalah bahwa ketika matahari terbit dari barat tertutuplah pintu tobat, maka keluarnya binatang bumi tersebut adalah untuk membedakan antara orang Mu'min dengan orang kafir adalah untuk menekankan maksud dari tertutupnya pintu tobat."
(Fahtul Baari, kitaburriqaq, Thulu'issyamsi Min Maghribiha, hal.303)

Barangkali yang menyebabkan dua tanda ini akan terjadi dalam urutan yang berdekatan adalah karena terjadinya salah satu dari dua tanda ini akan menutup pintu tobat, maka kedatangan tanda selanjutnya yaitu untuk menguatkan bahwa pintu tobat telah benar-benar tertutup. Wallahu A'lam.

Ketika matahari telah terbit dari barat maka tertutuplah pintu tobat dan dicaplah manusia menurut kelompok mereka (mu'min atau kafir). Lalu muncullah binatang bumi yang akan menekankan bahwa pintu tobat benar-benar telah tertutup dengan penandaan orang-orang Mu'min atau kafir.

Ciri-Ciri Binatang Bumi (Dabbatul Ardhi)

Ia adalah seekor binatang yang besar, berbulu panjang, berbulu roma pendek dan halus dan mempunyai beberapa kaki. Bentuknya adalah besar, akan tetapi kita tidak menemukan hadits-hadits yang shahih yang bisa dijadikan sebagai sandaran yang menerangkan tentang sifat-sifat besarnya, walaupun ada yang menerangkan sifat-sifat ini dengan terperinci yang menunjukkan berapa besarnya, dimana apabila ia keluar dari sebuah celah di bukit Shafa secepat lari kuda selama tiga hari maka belum akan keluar sepertiga dari badannya dan lain-lain sebagainya dari sifat-sifat yang menunjukkan berapa besarnya. Wallahu A'lam dengan hadits-hadits yang menerangkan sifat-sifat seperti tersebut. Masalah berapa besarnya adalah tidak terlalu penting bagi kita.

Cukup bagi kita untuk meyakini saja bahwa Binatang Bumi benar-benar akan keluar di hari kiamat nanti berdasarkan firman dari Allah:

"Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami akan mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka bahwa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat kami."
(An Naml: 82)

Tujuan Dikeluarkannya Binatang Bumi (Dabbatul Ardhi) Oleh Allah

1. Berbicara (memperkatakan) kepada manusia bahwa: "Sesungguhnya manusia sudah tidak yakin dengan ayat-ayat Allah."

2. Memberikan tanda-tanda atau cap di tiap-tiap wajah manusia dimana tanda-tanda itu akan membuat wajah orang mukminin bercahaya dan akan menggelapkan wajah orang-orang kafir.

3. Bahkan orang-orang yang berada di masjid yang paling terjaga dan terhormat yaitu Masjidil Haram, ia tidak akan berhenti dari kejaran mereka, ia akan memekik (bersuara) antara maqam Ibrahim dengan Hajarul Aswad (Ka'bah) sambil menebarkan tanah dari kepalanya, kemudian ia menghadap ke timur dan mengeluarkan suara keras yang melampaui segala penjurunya, kemudian ia menghadap ke barat dan melakukan hal yang sama. Hal itu menyebabkan manusia terpisah darinya secara bersama-sama (cerai berai dan dengan berkelompok) sedangkan satu kelompok dari kaum Muslim akan tetap bersiteguh dan mereka telah mengetahui bahwa ia adalah binatang Allah sedangkan mereka tidak akan dapat mengalahkan Allah.

Binatang tersebut memberi tanda pada muka orang mukminin sehingga ia menjadi terang seperti bintang dan binatang tersebut akan berjalan di muka bumi yang tidak dapat dikejar oleh siapapun serta tidak seorangpun yang dapat melarikan diri darinya, bahkan apabila seorang laki-laki berselindung darinya dengan melakukan shalat, maka Dabbatul Ardhi akan datang dari belakangnya dengan berkata: "Hai fulan mengapa baru sekarang kamu shalat?" Lalu ia memberi tanda pada mukanya dan pergi.

Rasulullah bersabda:
"Binatang bumi itu akan keluar dengan membawa Tongkat Musa dan Cincin Sulaiman, maka ia akan mencap hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat terang wajah orang Mu'min degan cincin, sehingga degan demikian apabila telah berkumpul beberapa orang-orang yang makan di suatu meja hidangan, maka salah seorang dari mereka akan berkata: "Makanlah ini wahai orang Mu'min" dan "makanlah ini wahai orang kafir."
(Riwayat Abu Dawud Ath Thayalisi, Ahmad dan Ibn Majah, semua riwayat tersebut berasal dari Hammad bin Salamah dari Abi Hurairah)

'Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata bahwasanya binatang ini adalah Al Jassasah yang pernah disebut dalam hadits Tamimuddary. (Lihat Syarah An Nawawi atas Shahih Muslim)

*Sumber dari tanda-kiamat.blogspot.com

Tiada ulasan: