Kelab Greenboc |
- Ada "Lintah Gergasi" Ditemui Di Perak
- [GAMBAR & VIDEO] Tentera Mesir Serang Kota Kediaman Pendokong Dr. Mursi
- Jika Anak Bertanyakan Soal Seks...
- Tiada Keraguan Lagi, Najib Bakal Keluar Juga Dari Putrajaya
- Perbalahan Ulama-Profesional Hanya Rekaan Hasan Ali
Ada "Lintah Gergasi" Ditemui Di Perak Posted: 20 Sep 2013 01:03 AM PDT Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti 'lintah gergasi', pagi semalam. Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing. Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi. Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu. "Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak. "Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali," katanya. Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu. Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini. "Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu. "Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar," katanya. -HM ULASAN GB Waspada, lintah - makhluk "penghisap darah" - sudah ada di Perak. Jika makhluk itu dari spesies "ular" - maka ada "pembelit" di sana! Mungkin kedu-duanya sekali. |
[GAMBAR & VIDEO] Tentera Mesir Serang Kota Kediaman Pendokong Dr. Mursi Posted: 19 Sep 2013 11:51 PM PDT Pasukan keselamatan Mesir telah melakukan serangan ke atas kota yang didiami para pendukung Muhammad Mursi di Kerdasa berhampiran Kaherah. Tentera Mesir telah melancarkan operasi dengan sasaran apa yang mereka sebut sebagai tempat para penjenayah dan teroris. Dalam laporan BBC, sekurang-kurangnya 28 orang ditahan di Kerdasa. Beberapa jam setelah operasi dimulai, pasukan keselamatan mula bertempur dengan para pendukung Mursi. Sebelas anggota polis di Kerdasa terkorban bulan lalu. Pihak tentera telah menyerbu ke Kedasar sekitar pukul 05.30 waktu tempatan semalam (19/9) dengan dibatu oleh helikopter. Media pemerintah menyatakan seorang polis senior terkorban dalam pertempuran tersebut. Laporan televisiom pemerintah yang lain menyatakan salah seorang dari mereka yang ditangkap adalah Ahmad Uways, pemuda yang dituduh membunuh ketua polis Kerdasa pada 14 Ogos lalu. Pihak berkuasa telah berjanji membalas serangan maut di pejabat polis bulan lalu. Beberapa jam sebelum pihak polis dan tentera bergerak, suasana kota tegang. Ribuan orang menghadiri demonstrasi pro-presiden Mursi pada Rabu malam. Setelah solat subuh, tentera mulai mengambil kedudukan mereka dengan kereta kebal bagi memulakan operasi. Pihak tentera telah melakukan sekatan jalan bagi mencegah orangramai daripada memasuki kota tersebut. "Saya tidak dapat bertanggungjawab jika anda terkena tembakan," terdengar seorang askar berkata kepada seorang lelaki tempatan. |
Jika Anak Bertanyakan Soal Seks... Posted: 19 Sep 2013 09:34 PM PDT Berapakah usia anak anda? Nah, akan sampai waktu ketika mana anak-anak kita bertambah besar dan mula bertanya tentang sesuatu yang mungkin membuat muka kita mejadi merah padam iaitu persoalan seks. Atau kalau pun tidak bertanya, mereka menyatakan dan mungkin juga tidak sadar akan ertinya, karena pengaruh pergaulan. Bagaimana sikap kita terhadapnya nanti? -pertanyaan yang diajukan anak soal berhubung soal seks adalah normal. Seiring bertambahnya usia, otak anak kita juga mengalami perkembangan. Untuk itu ibu bapa perlu memberi jawapan ke atas pertanyaan-pertanyaan anak agar pengetahuan anak boleh bertambah. Memasuki usia pra-akil baligh, anak-anak mulai tertarik pada hal-hal berhubungan dengan persenyawaan. Salah satu di antaranya tentang kehamilan dan kelahiran. Menghadapi pertanyaan berhubung masalah seks, ibu bapa perlu keluar dari budaya pantang larang di dalam membicarakan soal seks. Yang perlu sangat kita perhatikan adalah jangan sampai anak mengetahuinya dari teman atau buku-buku yang tidak sepadan untuk mereka. Ibu bapa perlu memberikan jawapan yang sesuai dengan usia mereka, perkembangan mental dan perkembangan emosi anak, serta menguncinya dengan pengetahuan agama. 'Contohnya, sel sperma dapat bertemu di rahim ibu melalui proses hubungan suami isteri yang sudah bernikah. Dalam menjawab pertanyaan seperti itu, bu bapa juga perlu mengenali anak-anaknya. Ada anak yang setelah mendapat jawapan, dia berhenti bertanya. Ada anak yang terus bertanya sampai dia merasa puas. Agar dapat memberi jawaan, ibu bapa dituntut untuk terus menambah pengetahuannya dengan banyak membaca. Usahakan pula menjalin hubungan yang harmonis dengan anak, dengan cara berkomunikasi yang baik agar anak tidak merasa takut atau enggan untuk berbicara dengan ibu bapa. Jika ibu bapa dapat memberikan rasa keselesaan kepada anak, anak akan merasa nyaman untuk bertanya. Jika ibu merasa malu menjawab, nyatakan perasaan ibu itu. Misalnya, "Aduh, ibu malu nak menjawabnya." Jika ibu belum mempunyai jawapannya pula, katakan pada anak bahawa ibu tidak tahu dan berjanji untuk mencarinya di buku atau bertanya pada orang yang lebih mengetahuinya. Jangan lupa untuk berbincang dengan suami atau rakan yang dipercayai tentang jawapan terbaik untuk diberikan kepada anak itu nanti. |
Tiada Keraguan Lagi, Najib Bakal Keluar Juga Dari Putrajaya Posted: 19 Sep 2013 06:01 PM PDT Kajian: Rakyat mahu Najib letak jawatan? KUALA LUMPUR: Pembentangan hasil kajian 'Politik Malaysia Pasca PRU13', oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) hari ini menarik perhatian para wartawan terhadap satu slide yang tidak disertakan peratus keputusannya. Slide yang hanya diletakkan tanda soal itu adalah keputusan survey yang diperolehi terhadap soalan "Adakah Datuk Seri Najib perlu melepaskan jawatan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13?" Ketika diasak wartawan untuk mendedahkan angka peratusan tersebut, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sukar baginya untuk mendedahkannya kerana ianya boleh menyebabkan hidup beliau bermasalah. "Cuma saya mahu kata, result ini tidak mengembirakan dan boleh meletakkan saya dalam masalah kalau saya dedahkan," katanya. Memberi penjelasan lanjut berhubung slide yang penuh persoalan itu, beliau berkata, harapan rakyat termasuk ahli Umno cukup tinggi terhadap Najib untuk mendapatkan kembali 2/3 penguasaan BN di parlimen selepas jatuh teruk pada 2008. Rakyat juga katanya yakin bahawa Najib boleh "deliver" dengan baik. "Sudah ada precedent zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu ya, beliau meletak jawatan (perdana menteri) kerana gagal dapat 2/3 majoriti. "So you boleh jangka apa rakyat mahu," katanya sambil menunjuk kepada slide tersebut. Sementara itu, hasil yang dibentang UMcedel hari ini adalah kajian yang dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu iaitu kira-kira tiga bulan selepas PRU13 berlalu. Kajian yang dibuat secara bersemuka itu melibatkan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia. Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah. -HD
ULASAN GB Sebelum ini GB sudah ulas di SINI. Petikan: Setelah Pak Lah mengambil alih jawatan PM, pada awalnya sokongan ahli UMNO terhadapnya memuncak sehingga pilihanraya 2004, UMNO BN mencatatkan keputusan terbaiknya di dalam sejarah pilihanraya negara. Hukum kebenaran dan keadilan tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun walau betapa hebat kekuasaannya di dunia. Setiap yang zalim akan terima hukumannya. Dimanakah kezaliman Najib? Kezaliman utamanya terletak kepada ketidak-peduliannya untuk mendengar suara rakyat supaya SPR dibersihkan. Ada sesuatu yang cuba disorokkan daripada rakyat supaya penipuan di dalam pilihanraya terus dapat dijayakan. Apabila Najib tidak mahu melayan tuntutan rakyat supaya SPR dibersihkan agar pilihanraya yang bersih dan adil dapat dilakukan, hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya di mana penghuni langit tidak akan memperdulikan Najib lagi. Jangan lupa bagaimana nasib yang menimpa seorang Ketua Menteri yang begitu boros dan zalim terhadap rakyat di negerinya... iaitu Mohd Ali Rustam. Tanpa ribut, tanpa taufan... beliau yang merasakan dirinya "paling agong" di negeri Melaka, terlibat pula di dalam usaha menghuru-harakan ceramah-ceramah PR di Melaka, akhirnya tersungkur lebur di tangan seorang yang tidak sehebat mana pun, hanya seorang Ketua Pemuda (AMK) PKR. Namun, itulah hukum kebenaran dan keadilan. Yang bersalah akan tetap menerima balasannya. Dan nasib yang serupa bakal menimpa Najib. Apa yang kita lihat, jahatnya Najib, saling tak tumpah macam Ali Rustam juga, malah lebih teruk dan dasyat lagi. Putrajaya dan Parlimen yang mulia itu tidak mungkin boleh menerima PM yang banyak berdusta dan mengkhianati rakyatnya untuk tempoh yang lebih lama. Itu hukum kebenaran dan keadilan. GB pernah ulas sebelum ini, iaitu sebaik saja keputusan PRU13 diumumkan, GB kata, kemenangan yang diperolehi dengan penipuan itu tiada keberkatannya dan kerajaan yang dibina di atas dasar penipuan itu rapuh dan bakal tumbang bila-bila masa. Maaf cakap, dari pemerhatian GB, rakyat hanya menunggu masa dan ketikanya untuk melihat beliau bakal jatuh macam cempedak busuk ke tanah dan partinya bakal berkubur! |
Perbalahan Ulama-Profesional Hanya Rekaan Hasan Ali Posted: 19 Sep 2013 06:05 AM PDT PAS Selangor menafikan berlakunya amalan asabiyah (berpuak) antara kumpulan ulama-profesional-erdogan-kerajaan perpaduan (UG) dalam parti sehingga timbul perbalahan antara mereka. Sebaliknya persepsi itu wujud berpunca daripada permainan politik bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang menerapkan fahaman terbabit sebelum dipecat parti. Katanya, isu itu pernah wujud sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lagi tetapi kemudiannya senyap seketika selepas PAS menang besar. "Isu pertembungan Ulama-Profesional hanya rekaan. "Ia dibawa dulu oleh Hasan Ali, bila dia tak puas hati selepas PRU 2008 dia bawa isu itu," katanya. Sehubungan itu, Khalid mengingatkan ahli dan penyokong PAS supaya tidak mudah termakan dengan rekaan yang dibawa Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa wujud kumpulan tertentu dalam parti dan mahu memecahkan- belahkannya. Tegasnya, PAS tidak membezakan mana-mana pihak dan menghargai semua golongan termasuk profesional dan aktivis yang boleh berhujah berlandaskan ilmu. "Jangan jadikan diri kamu (ahli PAS)orang yang memanjangkan dakyah Umno-BN dalam PAS," katanya. Katanya, gabungan padu antara golongan profesional dan ulama adalah kaedah mantap yang perlu diperkukuhkan demi mencapai kejayaan. Sementara itu, dalam reaksi terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Umno-PAS bersatu demi Islam, pelawaan itu sama sekali ditolak. "Selagi ada bulan, bintang dan matahari, PAS takkan bekerjasama dengan Umno," tegas Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib. Menurut Saari, jika Umno parti itu perlu mengubah dasar yang dulunya bersifat zalim kepada Islam jika ikhlas mahu menjalinkan kerjasama. Semalam, Muhyiddin dalam sesi dialog di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menyatakan hasrat melihat Umno dan PAS bersatu demi memastikan kekuatan Islam terus kukuh dinegara ini. Muhyiddin berkata, Umno bersikap terbuka dan tidak ada masalah jika ia membabitkan kebaikan Melayu dan Islam. -FMT |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan