Kelab Greenboc |
- Artis Rogol Anak Tiri: Di Penjara 20 Tahun, 10 Kali Sebatan
- Dr.Mursi Dikenakan Tuduhan Baru & Harta Keluarganya Disita
- [VIDEO] Polis Enggan Siasat Semula Kes Altantuya Untuk Tutup Jenayah
- [VIDEO] Pemuda & Pemandu Teksi Protes Harga Minyak Naik
- Harga Rumah Bakal Naik 10% Ekoran Kenaikan Harga Minyak
Artis Rogol Anak Tiri: Di Penjara 20 Tahun, 10 Kali Sebatan Posted: 10 Sep 2013 12:05 AM PDT Kajang: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap seorang anggota kumpulan hip-hip popular tahun 2000 selepas didapati bersalah merogol anak tirinya lapor Sinar Harian. Guru vokal berusia 38 tahun yang bekerja dengan beberapa badan kerajaan itu tenang apabila mahkamah membuat keputusan berkenaan tetapi kelihatan menitiskan air mata sewaktu mahkamah berehat seketika sebelum menjatuhkan hukuman. Tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun di bilik tidur gadis itu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Gombak dekat sini, pada pukul 9 pagi, 2 Februari 2012. Adalah difahamkan bahawa ibu mangsa dan tertuduh telah lama bercerai. Hakim Nor Hazani Hamzah berkata, keterangan yang diberikan mangsa adalah berwibawa selain pengesahan doktor terdapat koyakkan pada kemaluan mangsa. "Selepas kejadian itu, mangsa menceritakan peristiwa berkenaan kepada dua saksi (kedua-dua mereka adalah guru sekolah mangsa). Keterangan kedua-dua saksi bebas itu adalah berwibawa," katanya. Nor Hazani menambah, pihak pembelaan pula gagal menimbulkan keraguan munasabah dan akhirnya 'menyokong' pihak pendakwaan. Mahkamah juga turut mendengar kenyataan mangsa terhadap kesan yang dialaminya sebelum menjatuhkan hukuman. "Saya rasa tidak selamat dan jijik pada diri sendiri. Saya rasa saya telah hilang perasaan untuk hidup sehingga mendorong saya beberapa kali untuk membunuh diri. "Saya tidak tahu apa akan jadi dengan masa depan saya kerana ia kelihatan suram. Saya juga takut untuk kembali ke sekolah, takut bahawa episod gelap ini berulang," kata gadis itu sambil menangis ketika memberi kenyataan. Peguam bela tertuduh iaitu Azmi Talib memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi. Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd Zawawi bagaimanapun membantah permohonan itu sambil berhujah bahawa tiada keistimewaan tertuduh untuk dibiarkan bebas. Nor Hazani bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin dan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM15,000 kepada RM80,000. Bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Penjara Kajang. Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. -SH
|
Dr.Mursi Dikenakan Tuduhan Baru & Harta Keluarganya Disita Posted: 09 Sep 2013 08:31 PM PDT Pihak berkuasa Mesir sekali lagi mencari alasan untuk mendakwa presiden yang digulingkan, Mohammad Mursi dengan satu lagi tuduhan baru. Pihak pendakwa telah mengeluarkan satu perintah baru penahanan bagi Mursi di atas komentarnya yang menyebut bahawa para hakim telah berlaku curang di dalam pemilihan parlimen 2005. Mursi yang telah ditahan tentera di satu tempat yang tidak diketahui telah menolak untuk bekerja sama dengan para pendakwa raya. "Para pendakwa penyelidik menuduh Muhammad Mursi menghina kehakiman dengan menuduh 22 hakim memalsukan hasil pemilihan parlimen 2005," kata pejabat berita MENA tanpa memberikan butiran terperincinya, Sabtu lalu (7/9). Pada 2005, Ikhawanul Muslimin merupakan satu organisasi yang dilarang. Tetapi para calonnya diizinkan menyertai pemilihan parlimen di bawah Hosni Mubarak yang ketika itu menjadi presiden. Ikhwanul Muslimin meraih seperlima dari kerusi di parlimen ketika itu. Tetapi para pemantau dan seorang hakim yang mengawasi pemungutan suara menyatakan pilihanraya itu dicemari dengan unsur kecurangan. Semalam, pihak berkuasa bertindak membekukan semua aset milik keluarga Mursi bagi memulakan siasatan berhubung tuduhan rasuah selepas pendakwa memfailkan kertas siasatan. Media Ahram Online melaporkan, siasatan itu dilakukan selepas Lembaga Siasatan Dana Awam dan pihak berkuasa kawalan pentadbiran mendakwa, Mursi menggunakan AS$285 juta (RM940 juta) ketika kempen pilihan rayanya sebagai meraih sokongan. Siasatan juga turut melibatkan harta milik isteri dan anaknya. Dipetik Al-Jazeera, Julai lalu, pendakwa raya Mesir membekukan 14 aset Ikhwanul Muslimin (IM) termasuk Musyidul Am, Muhammad Badie dan timbalannya, Khairat el- Shater. Mahkamah Jenayah sebelum ini menetapkan, Mursi akan dibicarakan terhadap tuduhan menghasut pembunuhan bersama 14 pemimpin IM pada kejadian Disember 2012 di luar istana presiden. Julai lalu, mahkamah turut mendakwa Mursi atas hubungannya dengan Hamas ketika kejadian rusuhan penjara dan serangan ke atas polis pada 2011. Namun, kesemua tarikh perbicaraan dan butiran lanjut kes itu tidak didedahkan kepada media.Sebelumnya, mantan presiden Mesir itu pun telah dikenakan berbagai tuduhan. Yang terbaru, Mursi dituduh menghina pengadilan negara ketika ia menjadi presiden. |
[VIDEO] Polis Enggan Siasat Semula Kes Altantuya Untuk Tutup Jenayah Posted: 09 Sep 2013 05:01 PM PDT Keengganan polis membuat siasatan baru kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, menunjukkan sikap lepas tangan pihak berkuasa itu dalam memberi keadilan kepada mangsa. "Mereka tidak minat untuk cari siapa yang bunuh Altantuya. Nampaknya, Ketua Polis Negara (KPN) tidak endah ada pembunuhan walaupun jelas beberapa orang terlibat. "Mereka tidak nampak keperluan untuk melihat siapa yang membunuh dan mendapatkan satu keadilan terhadap mangsa pembunuhan. "Nampak sangat mereka lepas tangan, tak ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku, ini merupakan cara menutup jenayah," kata Ketua Biro Guaman PKR, Latheefa Koya kepada TV Selangor. KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyatakan siasatan baru tidak perlu dan mahu semua orang perlu menghormati keputusan mahkamah. Latheefa menyifatkan, siasatan tidak profesional polis boleh memberi kesan terhadap sesuatu kes di mahkamah. "Kerja polis tak mantap, tak complete (selesai) dan memberi satu penyiasatan yang tidak sempurna ke mahkamah. "Sudah tentu mahkamah perlu melepaskan sesoerang itu kalau tak cukup bukti. Yang salahnya polis kerana siasatan tidak profesional," katanya. -selangorku ULASAN GB Cuma ada satu pilihan untuk pastikan kes kematian Altantuya dibuka semula dan heret mereka yang terlibat ke muka pengadilan: TUKAR KERAJAAN! |
[VIDEO] Pemuda & Pemandu Teksi Protes Harga Minyak Naik Posted: 09 Sep 2013 07:35 AM PDT Naik Minyak: Pemandu Teksi minta kerajaan kaji semula PETALING JAYA - Jawatankuasa Bertindak Teksi Selangor dan Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan menimbang semula kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen kerana ia mampu memberi kesan buruk kepada pemandu teksi. Pengerusinya, Amran Jan berkata, pemandu teksi turut menerima impak kenaikan harga petrol dan diesel yang dilihat amat tidak wajar kerana secara tidak langsung kos penyelenggaraan kenderaan akan meningkat. Katanya, kos bagi penyelenggaraan teksi dijangka akan meningkat sebanyak 20 peratus berbanding harga sebelum ini ekoran kenaikan harga bahan api itu. "Kos bagi alat ganti sememangnya akan meningkat dan keadaan ini akan membebankan pemandu teksi terutamanya di kawasan Lembah Klang, ini" katanya ketika sidang media yang diadakan di Stesen LRT Taman Bahagia, di sini semalam. Kata Amran, walaupun pendapatan harian pemandu teksi tidak terjejas tetapi dengan RM2,500 sebulan dilihat tidak mencukupi untuk menampung kos alat ganti kenderaan selepas ini. "Kami tidak akan dapat bertahan disebabkan oleh impak kenaikan harga petrol ini," katanya. Mengulas isu sama, ahli jawatankuasa bertindak, Kemialin Yahya, 75, berkata, kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebenarnya membebankan seluruh masyarakat di negara ini. Jelas Kemialin, kenaikan harga minyak yang tinggi sangat mengejutkan dan pihaknya berharap kerajaan dapat mengkaji semula. Beliau turut menyarankan kerajaan menimbang pemberian subsidi bagi pembelian alat ganti dan tayar kepada pemandu teksi dalam usaha untuk mengurangkan beban golongan ini. -SH |
Harga Rumah Bakal Naik 10% Ekoran Kenaikan Harga Minyak Posted: 09 Sep 2013 03:55 AM PDT Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus. Laporan The Star yang memetik kenyataan wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat. Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin. Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli. "Operasi ke atas tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang sah," katanya seperti dipetik dalam laporan itu,"katanya. Beliau berkata golongan pekerja berkenaan akan ponteng kerja atau menangguhkan kepulangan mereka ke negara ini, sehinggalah operasi penguatkuasaan itu berakhir. Menurutnya, pemaju terpaksa menanggung kos lebih tinggi untuk tenaga kerja untuk mengelakkan daripada didenda kerana tidak mengikut perjanjian. Yam berkata pemaju berkenaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pembeli rumah sekiranya projek tersebut lewat disiapkan. Tambahnya, peningkatan harga minyak tersebut akan menjejaskan rangkaian bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan.- selangorku |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan