Sabtu, 7 September 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Anwar Perjelaskan Tujuan Meja Bulat, Nafi Tubuh Kerajaan Perpaduan

Posted: 07 Sep 2013 06:00 AM PDT


[SH] KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal apabila cadangannya untuk mengadakan dialog terbuka dengan kerajaan diputarbelitkan pemimpin Umno.

Anwar juga mengulangi pendirian dan menafikan bahawa dialog kebangsaan itu bukannya untuk membincangkan soal kerajaan perpaduan seperti mana yang dilakukan oleh sebilangan kecil bekas pemimpin Pas tidak lama dahulu.

"Dia (Khairy) tidak baca mesej merdeka saya, kenyataan saya hanya merujuk kepada hal itu (dialog).

"Saya hanya sentuh empat isu iaitu tadbir urus, jenayah, ekonomi dan hubungan kaum," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang mengatakan beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno mempersoalkan cadangan dialog terbuka itu.

Hishammuddin juga mengakui isu itu antara dibincang dalam mesyuarat MT Umno pada 30 Ogos lalu yang mencapai keputusan kolektif dan menyuarakan kemusykilan terhadap niat sebenar usul itu dikemukakan sekian lama Anwar mengambil pendekatan tidak berkompromi dengan sebarang rundingan dengan Umno.

Dalam pada itu, Anwar juga mempersoalkan tindakan Khairy yang mempertikaikan cadangannya dengan menyifatkan ia sebagai kegagalan Umno dan kepimpinannya.

Beliau menegaskan Khairy juga perlu berani menyahut seruannya mengadakan dialog terbuka dengan kerajaan bagi membincangkan 'isu-isu kebangsaan'.

"Dia (Khairy) pun takut untuk berdialog, apa yang dia mahukan? Berdebat pun dia tidak bersedia, apatah lagi berdialog secara terbuka.

"Tiada negara demokrasi yang mana kerajaannya menolak untuk mengadakan dialog dengan pembangkang," katanya lagi.




Budak 6 Tahun Diarah Kahwini Anak Perogolnya

Posted: 07 Sep 2013 03:00 AM PDT



[HM] New Delhi: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dikunci dalam bilik sebelum diperkosa dipaksa berkahwin dengan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak perogolnya.

Mangsa yang tinggal di Kampung Keshavpura di Rajasthan diserang lelaki berusia 40 tahun itu kira-kira dua minggu lalu. 

Keluarganya mengadu pada jawatankuasa kampung itu yang kemudian mengadakan mesyuarat bagi memutuskan tindakan yang patut diambil terhadap perogol terbabit. 

Jawatankuasa berkenaan akhirnya memberitahu ibu bapa mangsa agar mengahwinkan anaknya dengan anak perogol berkenaan.

Keluarga mangsa bagaimanapun enggan menerima cadangan berkenaan.

Sementara itu, mangsa dipercayai dirogol sekali lagi oleh lelaki sama Rabu lalu, menurut NDTV. 

Kes itu adalah kejadian terbaru dalam beberapa siri serangan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di India, termasuk serangan maut terhadap pelajar perubatan berusia 23 tahun di Delhi akhir tahun lalu dan kejadian rogol jurugambar di Mumbai bulan lalu. 

Dalam kes terbaru di Keshavpura, polis hanya mengetahui mengenainya selepas aktivis membawa mangsa dan ibu bapanya ke balai polis Mahaveer Nagar di Kota untuk membuat laporan. - 7//9/13



[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Upah Penghantaran Gas Naik RM1

Posted: 07 Sep 2013 02:00 AM PDT

Sekadar hiasan.

Upah Hantar Gas Lonjak RM1

[HM] Ipoh: "Harga petrol naik hanya 20 sen, tetapi harga penghantaran tong gas memasak naik mendadak sehingga RM1 untuk sekali penghantaran," keluh peniaga makanan, Salmah Hashim, 40, berhubung kenaikan harga penghantaran bahan api itu di sekitar bandar raya ini sejak kelmarin.

Menurut Salmah, harga penghantaran gas memasak didapati naik mendadak sejurus kenaikan harga minyak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2 September lalu.

"Harga bagi satu tong gas seberat 12 kilogram (kg) adalah RM25.50, manakala 14 kg pula RM29.50. Ini tidak dikira bersama kos penghantaran yang dinaikkan sehingga RM1 bagi satu penghantaran walaupun di kawasan berdekatan," katanya ketika ditemui di premis makanannya di Pasar Besar Ipoh, di sini, semalam.

Menurutnya, dia dan beberapa peniaga lain terpaksa menaikkan harga makanan 20 sen selepas kos penghantaran gas masak itu meningkat secara mendadak.

"Harga baru bahan api diumumkan kerajaan pada Isnin lalu ternyata memberi kesan besar terhadap peniaga apabila terpaksa menanggung kos barangan keperluan lain yang dinaikkan sewenang-wenangnya oleh pembekal," katanya.

Sementara itu, peniaga sayur-sayuran, Hamid Ali, 42, mengakui keperluan kenaikan harga minyak tidak dapat dielakkan, namun berharap kerajaan dapat mencari kaedah penyelesaian supaya ia tidak mewujudkan inflasi melampau.

"Kerajaan kena fikir bagaimana mengawal harga barangan mentah. Bagi peniaga seperti saya, kami terpaksa mengikut harga ditetapkan pemborong yang menghantar sayur-sayuran dari Cameron Highlands setiap minggu," katanya yang 10 tahun berniaga di Pasar Besar Ipoh.

Menurut Hamid, kebanyakan peniaga belum menaikkan harga sayur kerana bekalan lama belum terjual.

"Namun, harga ini bakal berubah selepas bekalan baru memasuki pasaran," katanya. - 7/9/13



Lelaki Didakwa Sebarkan HIV kepada 300 Orang

Posted: 07 Sep 2013 01:00 AM PDT



[HM] Dexter (Missouri): Seorang lelaki yang memberitahu pihak berkuasa bahawa dia melakukan seks dengan 300 orang sejak disahkan dijangkiti HIV mengaku tidak bersalah menyebarkan virus itu kepada seorang lelaki lain.

David Mangum menafikan tuduhan ke atasnya kelmarin selepas didakwa menyebabkan mangsa dijangkiti virus berkenaan. 

Di Missouri, hukuman terhadap jenayah seumpamanya antara yang paling tegas di Amerika Syarikat. Mereka yang bersalah berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup. 

Dokumen mahkamah menyatakan lelaki berusia 36 tahun itu memberitahu polis, dia melakukan seks tanpa perlindungan dengan 300 orang sejak disahkan menghidap HIV kira-kira 10 tahun lalu.

Ramai pasangannya ditemui menerusi iklan Craigslist dan dia akan bertemu mereka di taman, perhentian trak dan lokasi terpencil yang lain. - AFP - 7/9/13



Tunggang Basikal Sambil Susu Anak

Posted: 07 Sep 2013 12:00 AM PDT


AKSI ibu muda yang menyusukan anaknya sambil menunggang basikal berenjin.

[HM] Beijing: Seorang wanita dari Yuzhou, China ditahan polis kerana menyusukan anaknya yang berusia 18 bulan sambil menunggang basikal berenjin.

Ibu muda itu didakwa menunggang basikal berkenaan di jalan raya sambil memangku anak lelakinya di atas riba apabila bayi itu mula menangis, lapor media.

Saksi berkata, wanita itumenyusukan anaknya sambil sebelah tangan memeluk kanak-kanak berkenaan dan sebelah lagi memegang hendal basikal. 

Anggota polis trafik bertindak menahan wanita berkenaan kerana bimbang dia akan menyebabkan kemalangan.

"Dia membahayakan nyawanya, nyawa anaknya dan pengguna jalan raya lain.

"Kami memberi amaran akan merampas basikalnya jika dia mengulangi perbuatannya itu," kata jurucakap polis trafik.

Wanita berkenaan bukan ibu pertama ditahan memandu sambil menyusukan anak.

Pada Jun 2008, Catherine Donkers, 29, dituduh membahayakan nyawa anaknya kerana menyusukan bayi perempuannya sambil memandu dari Detroit ke Pittsburgh di lebuh raya Ohio, Amerika Syarikat. 

Dia juga disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Pada Februari 2009, polis menahan Genine Compton kerana didapati menyusukan anaknya sambil bercakap di telefon bimbit ketika memandu.

Dia dilapor mendukung anaknya dengan kepala bayi itu disandarkan pada stereng. 

Walaupun disaman kerana membahayakan keselamatan anaknya dan melanggar undang-undang, Genine berkata, jika anaknya lapar, 'dia perlu menyusukannya.' - Agensi - 6/9/13

[Gambar] Wanita yang Dikaitkan dengan Skandal Mesej Berbaur Lucah Artis

Posted: 06 Sep 2013 09:30 PM PDT

Gambar yang diambil dari sebuah laman gosip hiburan.

'Hubungan kami sudah renggang'

[HM] Johor Bahru: "Syukur, berkat sokongan keluarga dan rakan, saya dapat mengharungi dugaan ini.

"Bagaimanapun, beri saya sedikit masa untuk menenangkan jiwa dan fikiran sebelum tampil memberi kenyataan," kata suami kepada seorang wanita yang didakwa berbalas mesej berbaur cinta dan lucah menggunakan aplikasi 'WhatsApp Messenger' (WhatsApp) dengan seorang pelakon lelaki popular tanah air, baru-baru ini.

Menurut peniaga berusia 56 tahun itu, sejak mengetahui kejadian terbabit awal Ogos lalu, hidupnya tertekan dan hubungannya dengan isteri, renggang.

Katanya, mujur keluarga dan rakan faham masalah dihadapinya dan memberikan sokongan.

"Saya sudah menghubungi pelakon itu lebih dua minggu lalu dan mengajaknya bersemuka untuk menyelesaikan masalah ini. "Bagaimanapun, dia enggan sebaliknya membuat laporan polis sebelum kejadian ini terbongkar.

"Kini, saya menyerahkan semua perkara ini kepada polis untuk menjalankan siasatan dan pada masa sama, berbincang dengan peguam saya berkaitan apa yang perlu dilakukan seterusnya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada masa sama, katanya, isterinya sedar kesilapan dilakukannya dan dia (isteri) juga tertekan dengan kejadian terbabit serta berulang kali memohon maaf kepadanya.

"Sejak kejadian ini terbongkar, hubungan saya dan isteri agak renggang namun kami masih berusaha menyelesaikan masalah ini.

"Jadi, tolong beri kami masa untuk menenangkan jiwa dan fikiran sebelum saya tampil memberi kenyataan kepada semua pihak.

"Saya sedar, keluarga pelakon berkenaan sudah mengeluarkan kenyataan dan saya tidak menyalahkannya kerana pelakon itu adalah keluarganya, namun saya juga berhak memberikan kenyataan dan akan menyertakan bukti," katanya.

Berdasarkan satu laporan polis dibuat suami kepada wanita terbabit, pelakon lelaki terbabit didakwa menghantar gambar lucah melalui WhatsApp kepada isteri pengadu.

Pengadu mendakwa pelakon terbabit berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

Suami wanita itu dikatakan menemui mesej perbualan antara pelakon berkenaan dengan isterinya selain gambar terbabit sebelum melaporkannya di Balai Polis Skudai manakala pelakon itu pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur mendakwa dia diugut seseorang. - 7/9/13



Artis Cun Ini Sah Bercerai Talak Satu

Posted: 06 Sep 2013 08:00 PM PDT



[HM] Seremban: "Alhamdulillah semuanya sudah berakhir, jodoh kami setakat di sini saja, dengan keputusan ini berakhirlah semua konflik rumah tangga saya selama ini.

"Bagaimanapun, saya kesal kerana Aidil tidak sabar dan bertindak terburu-buru menceraikan saya tanpa mengikut proses yang sepatutnya. Bagi saya tindakan Aidil menceraikan saya melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) ini umpama menghina saya sebagai seorang isteri dan wanita serta mahkamah," kata pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 37, yang sah bercerai dengan pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 26, di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam. 

Rita yang berbaju kurung moden dan bertudung dilihat tenang ketika Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor memutuskan penghakiman itu sebaik mendengar hujahan kedua-dua pihak. 

"Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Sementara itu, Aidil ketika ditemui mengakui sedih dengan perceraian itu, tetapi terkilan dengan sikap Rita yang memburukkan namanya melalui media sosial.

"Dia melepaskan geram dengan cara itu sedangkan hal rumah tangga tidak boleh dihebohkan. Apapun dia pernah menjadi isteri dan masih ibu kepada anak-anak saya.

"Saya sedih dengan perceraian ini, tetapi reda atas apa yang berlaku kerana saya yakin ada hikmah di sebaliknya," katanya. 

Aidil yang juga pemain Johor Darul Takzim itu berkata, perceraian itu berpunca daripada kesilapan mereka dan tiada kena mengena dengan orang ketiga atau keluarganya. 

"Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaibkan suami," katanya. 

Katanya, siapa yang tidak sedih apabila perkahwinan yang pada mulanya suka sama suka akhirnya berakhir begini. "Saya reda dan terima jodoh kami hanya setakat ini saja, tetapi tidak pernah berdendam dengan Rita," katanya. 

Aidil dan Rita bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 10 bulan. - 6/7/13

Lanjut di sini.



Nafsu Binatang, Lelaki Rogol Anak Sejak Usia 6 Tahun

Posted: 06 Sep 2013 07:00 PM PDT


[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang bapa bernafsu binatang apabila tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak mangsa berusia 6 tahun dan berterusan sehingga mangsa kini berusia 18 tahun, dalam kejadian di Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut.

Menurut sumber, perbuatan jijik bapa berusia 42 tahun ke atas anak sulung daripada lapan beradik itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada guru kaunseling di sekolah, selepas dirogol lagi pada 21 Ogos lalu.

"Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berada di rumah telah diajak bapanya ke ladang kelapa sawit berhampiran dan tanpa menyimpan syak, mangsa hanya mengikut arahan.

"Setibanya di situ, mangsa dipaksa memuaskan nafsu bapanya, bagaimanapun, pada mulanya mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya sebelum dirogol oleh bapa sendiri buat ke sekian kalinya," katanya, semalam.

Sumber berkata, mangsa yang juga calon STPM mengambil keputusan membongkar segala perbuatan keji bapanya selama ini kerana dipercayai sudah tidak tahan lagi menjadi 'hamba seks' kepada lelaki itu.

"Mangsa mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak tadika lagi dan disebabkan takut diapa-apakan oleh bapanya kerana sering diugut, mangsa mengambil keputusan berdiam diri dan tidak menceritakan kepada ibunya selama ini," katanya.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, Majistret Noradila Ab Latiff membenarkan lelaki yang bekerja sendiri itu direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. -6/9/13


P/s: Lahanat!



Perogol Pekerja Kafe Siber Dicari

Posted: 06 Sep 2013 06:00 PM PDT


[SH] KUALA TERENGGANU- Polis memburu seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes rogol dan samun seorang pekerja wanita di sebuah kafe siber di Jalan Hiliran, di sini, 27 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek yang berusia lingkungan 40-an dan memiliki tatu gambar lipan di betis kiri dan bertulisan bahasa asing di lengan kiri dipercayai bukan warganegara Malaysia.

"Selain itu, bentuk fizikal suspek pula berkulit cerah, berketinggian sederhana, berbadan kurus, berambut pendek dan sedikit beruban," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, 24, baru sahaja membuka premis berkenaan sebelum didatangi suspek yang berpura-pura mahu membeli kad tambah nilai.

"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memberikan sahaja kad tambah nilai yang diminta sebelum suspek memaklumkan hendak menggunakan komputer yang ada di premis berkenaan.

"Tanpa sebarang syak, mangsa kemudian keluar dari kaunter untuk membantu suspek membuka komputer tersebut.

"Bagaimanapun, ketika ingin masuk semula ke dalam kaunter, suspek mengekori mangsa dari arah belakang sebelum mengacukan sebilah pisau di perut mangsa," katanya.

Manoharan berkata, suspek mengarahkan mangsa tidak berbuat bising dan sekiranya tidak mengikut arahan itu, suspek mengugut akan membunuh mangsa menggunakan pisau berkenaan.

"Bimbang diapa-apakan, mangsa terpaksa akur dengan arahan suspek sebelum muka dan matanya ditutup menggunakan pita pelekat sementara tangan dan kakinya diikat menggunakan seutas tali.

"Dalam keadaan itulah, mangsa dirogol kemudian suspek mengambil duit di dalam laci di kaunter selain melarikan barangan berharga dipakai mangsa ketika itu," katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius selain hanya lebam di kedua-dua tangan kesan diikat dengan kuat.

Kata Manoharan, mangsa yang berjaya membuka ikatan selepas beberapa minit suspek beredar memaklumkan suspek sebelum ini pernah dua kali datang ke kafe siber itu untuk membeli kad tambah nilai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana merompak menggunakan senjata dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Orang awam yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sinar Harian 29 Ogos lalu melaporkan seorang pekerja wanita di sebuah kafe siber bukan sahaja terpaksa berputih mata apabila semua barangan kemas miliknya dilarikan penjenayah, malah lebih menakutkan dia turut diugut bunuh. - 6/9/13

Artis Nafi Berkahwin, Ustaz Akui Nikahkan Artis Itu, Mufti Kata Boleh Jatuh Talak

Posted: 06 Sep 2013 05:00 PM PDT



[Mstar] PETALING JAYA: Teka teki mengenai kesahihan pernikahan Bront Palarae terjawab apabila Penolong Pendaftar Nikah Kawasan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, dekat sini iaitu Ustaz Muda Ali mengesahkan menjadi jurunikah perkahwinan aktor tersebut pada 31 Ogos lalu.

Menurut Muda Ali, dia telah menikahkan Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, pada Sabtu lalu di Masjid At-Taqwa selepas solat Asar.

"Benar, saya telah menikahkan Bront Sabtu lalu. Majlis itu diadakan secara sederhana.

"Pada mulanya saya tidak tahu yang saya telah mengahwinkan seorang pelakon memandangkan ketika akad nikah, saya menyebut nama sebenarnya (Bront).

"Tetapi selepas membaca akhbar mengenai berita perkahwinannya, barulah saya tahu dia seorang artis," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Akhbar Utusan Malaysia pada Isnin lalu melaporkan Bront telah selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada seorang wanita yang merupakan kenalan lamanya dalam satu majlis tertutup di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri oleh saudara terdekat pasangan itu.

Kedua-dua mempelai telah dinikahkan oleh Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.

Laporan itu menyebut Bront enggan menghebahkan berita perkahwinannya atas alasan dia perlu menjaga hati ramai pihak.

Dia juga telah mengarahkan jurugambar memadam gambar-gambar yang dirakamkan selain meminta perkahwinan berkenaan tidak dilaporkan dalam akhbar.

Bagaimanapun menerusi portal gua.com pada 3 September lalu, Bront bermain teka-teki mengenai pernikahan tersebut selain mendakwa pada tarikh berkenaan dia berada di sebuah stesen radio.

Malah Bront juga memberitahu jarinya tidak berinai selain meminta portal berkenaan bertanya sendiri daripada sumber yang menyebarkan berita tersebut.

Dalam pada itu, Muda Ali berkata, dia terkejut apabila membaca berita mengenai penafian perkahwinan aktor berkenaan.

Malah jurunikah itu meminta Bront untuk menghebahkan kepada masyarakat mengenai perkahwinan berkenaan agar tidak timbul sebarang fitnah pada masa akan datang.

"Biasanya menjadi perkara wajib dalam Islam untuk menjemput kenalan untuk menghebahkan perkahwinan dan jika tidak, cukup jika menguar-uarkan ikatan yang dijalinkan itu," tegasnya.

Sementara itu, Penasihat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Datuk Noh Gadut berkata, sekiranya Bront tidak mengaku berkahwin dan berkata masih bujang berserta niat apabila ditanya mengenai statusnya, perkahwinan itu mungkin boleh jatuh talak.

"Sekiranya Bront berniat mahu menyembunyikan status diri, ia boleh membahayakan perkahwinannya kerana ia boleh jatuh talak.

"Tetapi kita pun tidak pasti apakah tujuannya merahsiakan perkahwinan yang sepatutnya menjadi berita baik," katanya.

Tambah Noh Gadut, walaupun Islam mewajibkan umatnya menghebahkan sesebuah perkahwinan bagi mengelak fitnah, namun sesebuah pasangan itu berhak merahsiakan perkahwinan.

"Bront memang ada hak untuk merahsiakan perkahwinannya kerana dia mungkin ada sebab-sebab tertentu.

"Jadi tanyalah aktor itu apa sebabnya. Dan kita pula jangan nak tuduh dan kritik sembarangan terhadap pasangan yang enggan mendedahkan status mereka. "Mungkin mereka mempunyai alasan kukuh yang tidak dapat nak dielakkan," tuturnya.

Sementara itu menerusi Berita Harian pada Jumaat, Bront mengesahkan sudah bernikah dengan seorang wanita yang dikenalinya pada 1999.

Masih enggan mendedahkan identiti isterinya Bront berkata, wanita berkenaan bekerja sebagai penerbit di sebuah agensi pengiklanan di ibu negara.

Dia juga memohon maaf kerana merahsiakan pernikahan itu selain meminta agar isu berkenaan tidak disensasikan. -6/9/13



Pengawal Keselamatan Gesel Janggut pada Paha Budak Sekolah

Posted: 06 Sep 2013 04:00 PM PDT

Sekadar hiasan.

[HM] Johor Bahru: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mendakwa pengawal keselamatan sekolah meletakkan kepala serta menggeselkan janggut di paha selain memeluknya dalam dua kejadian berasingan pada Ogos lalu.

Ibu kanak-kanak berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zainab, 35, berkata, anaknya yang dikenali sebagai Amira memaklumkan kejadian itu kepadanya selain tidak mahu ke sekolah sejak kejadian terbabit.

"Saya bekerja di sekolah tempat anak saya belajar dan Amira akan menunggu saya habis bekerja di pondok pengawal keselamatan berkenaan setiap hari.

"Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana turut mengenali pengawal keselamatan itu. Bagaimanapun, ada guru dan rakan sekerja menasihati berhati-hati selain tidak membenarkan anak saya menunggu di situ," katanya, semalam.

Menurut Zainab, dia bagaimanapun tidak mengendahkan nasihat itu sebelum terkejut apabila Amira memaklumkan kejadian terbabit kepadanya pada 28 Ogos lalu.

Zainab berkata, sebelum itu, Amira secara tiba-tiba tidak mahu ke sekolah selain menangis.

"Amira memaklumkan seorang pengawal keselamatan lingkungan 50-an meletakkan kepala selain menggesel janggutnya di atas pahanya.

"Bimbang perkara sama berulang, saya melaporkan kejadian di Balai Polis Larkin pada 29 Ogos lalu," katanya.

Menurut Zainab, selepas dipujuk, Amira akhirnya ke sekolah, tetapi pergerakannya sentiasa dipantau ahli keluarga bagi memastikan tiada perkara buruk berlaku.

Zainab turut berharap pengawal keselamatan terbabit dikenakan tindakan di atas perbuatan tidak bermoral itu demi keselamatan murid di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

"Kami sudah merekodkan keterangan individu berkaitan dan setakat ini, siasatan masih dijalankan," katanya. -6/9/13


Tiada ulasan: