DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Bersiap SEDIA!
- Pendedahan Profesor Matematik tentang Harga Minyak yang Amat Mengejutkan!
- [Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Caj Perkhidmatan Kenderaan Perdagangan NAIK Mulai Hari Ini
- [Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] RON97 Pula NAIK RM0.15 Sen Selepas Tengah Malam Ini
- Hebat Nazri Aziz, Semua Cadangan DIBODOHKANNYA!
- Wanita Kahwin Baharu, Namun Tidur dengan Bekas Suami
- Tunggang Motosikal dalam Keadaan Mabuk
- [Gambar] Mengapa Minyak yang Kurang Berkualiti Lebih Mahal?
- Tanda Putera Gagal Capai Sasaran, Hanya Kutip ...
- Orang Ramai Bunuh & Kerat Kemaluan Pemimpin Ajaran Sesat
- Sorok Wang di dalam Dubur
Posted: 04 Sep 2013 07:30 AM PDT | ||
Pendedahan Profesor Matematik tentang Harga Minyak yang Amat Mengejutkan! Posted: 04 Sep 2013 06:49 AM PDT Artikel lama, saya kurang pasti sama ada Sinar ada menyiarkan artikel ini atau rekayasa semata-mata. Anda nilai sendiri Sumber sisipan Sinar Harian: Apa Kesan Harga Minyak Naik? Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut. Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja. Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan. Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat. 1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan? HAMID YEOP: Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu. Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja. Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela). 2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali? HAMID YEOP: Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda. Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat. 3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara? HAMID YEOP: Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1. Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi. 4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi? HAMID YEOP: Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai. 5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya? HAMID YEOP: Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter. Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter. Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal. Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing. 6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat? HAMID YEOP: Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari. Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam. Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter. Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini'menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.' Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya. 7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal? HAMID YEOP: Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara. Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak. Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas. Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483). Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga. Benarkah stok minyak kita akan habis? HAMID YEOP: Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali. Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga. 9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof? HAMID YEOP: Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat. 10) Akhirnya apakah harapan Prof? HAMID YEOP: Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi 'World Reserved Bank'. Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011) oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN Sumber teks di sini. | ||
[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Caj Perkhidmatan Kenderaan Perdagangan NAIK Mulai Hari Ini Posted: 04 Sep 2013 05:39 AM PDT | ||
[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] RON97 Pula NAIK RM0.15 Sen Selepas Tengah Malam Ini Posted: 04 Sep 2013 05:08 AM PDT [MK] Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini. Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi. P/s: Terima kasih Kerajaan 48.67%. Baru kita persoal di sini, mereka sudah buat justifikasi! Yang kita pelik, menurut Rafizi Ramli, harga minyak dunia kini sedang mengalami penurunan. Kerajaan 48.67% menegaskan sebelum ini bahawa harga RON97 diapung mengikut harga pasaran dunia. Kalau harga minyak dunia menurun, harga RON97 diapung berdasarkan apa? | ||
Hebat Nazri Aziz, Semua Cadangan DIBODOHKANNYA! Posted: 03 Sep 2013 11:00 PM PDT Nazri: Cadangan Rafizi bodoh [MK] Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan agar menteri menggunakan duit sendiri untuk mengisi minyak sebagai "cadangan bodoh". Menurutnya lagi, ia sepatutnya dilaksanakan ketua-ketua negeri Pakatan Rakyat terlebih dahulu. Beliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan itu yang diajukan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam sidang medianya pagi tadi susulan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20sen. "Saya tak nak jawab soalan bodoh yang dia (Rafizi) utarakan. Dia memang bodoh budak ini. Dulu pun saya tak korup dia kata saya korup. "Saya nak suruh dia beritahu menteri besar dia dan exco-exconya, ketua menteri Pulau Pinang dan menteri besar Kelantan supaya bayar duit sendiri juga," katanya selepas satu sidang media petang tadi. Menurutnya, negeri-negeri Pakatan perlu melaksanakan cadangan itu dahulu memandangkan ia datang daripada Pakatan Rakyat sendiri. "Mulalah dahulu, kita tak cadang, sebab kita ini berkhidmat kepada rakyat," katanya. -4/9/13 Isu 13 Mei: Nazri bidas cadangan Kit Siang [UM] KUALA LUMPUR 3 Sept. - Cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menentukan sejarah sebenar tragedi 13 Mei 1969 disifatkan sebagai bodoh. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sepatutnya perkara itu perlu dirujuk kepada pakar sejarah dan tidak perlu untuk mengubahnya. "Sejarah adalah sejarah. Kita tidak perlu menulis semula sejarah yang telah berlaku. "Serahkan sahaja kepada pakar sejarah kerana merekalah yang menulis buku sejarah," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memperkenalkan projek 'Impression' Melaka di sini hari ini. Projek 'Impression' Melaka yang bernilai RM213.2 juta merupakan satu produk pelancongan yang akan memaparkan persembahan mega di kawasan terbuka di Pulau Melaka. Projek itu menyasarkan 1.2 juta pelancong melawat Melaka setahun dan menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) bernilai RM179 juta kepada ekonomi negara. P/s: Ini bahasa Menteri Pelancongan. Cuba baca bagaimana bahasanya dengan Pak Samad: 'A Samad Said jangan ingat dia besar sangat' [MK] Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said agar menyerah diri kepada polis susulan siasatan pengibaran bendera Sang Saka Malaya sewaktu beliau berucap pada malam ambang kemerdekaan. Menurutnya, semua orang termasuklah menteri sekali pun perlu memberi kerjasama kepada siasatan polis. "Semua orang sama. Kalau kita menteri sekali pun kita lakukan kesalahan polis panggil kita pergilah. "Siapa besar sangat A Samad Said ini? "Kalau orang dah panggil pergilah, ingat dia besar sangatkah dia ini," katanya sewaktu mengulas perkara itu. - 3/9/13 Kemas Kini: Rafizi: Potong Elaun Minyak Menteri [SH] SHAH ALAM - Cara paling mudah untuk mengurangkan defisit negara dan membantu menjana ekonomi adalah dengan memotong elaun minyak yang diberikan kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ada hampir 70 menteri dan timbalan. Setiap menteri ada hampir lima pegawai, menjadikan jumlah mereka seramai 350 orang. "Jika setiap orang diberikan elaun petrol RM1,000 selama sebulan, ia akan menjadi RM350,000 dan untuk tempoh setahun kerajaan perlu mengeluarkan RM4 juta untuk mereka. "Jika elaun ini dipotong, ia dapat membantu kerajaan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat, ini juga akan mengajar mereka supaya lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan dan program mereka." katanya kepada Sinar Harian, pada Rabu. Beliau berkata, sudah tiba masanya semua menteri sama-sama merasai bebanan yang ditanggung rakyat kesan daripada kenaikan harga minyak. "Bukan hanya elaun, malah banyak majlis-majlis kerajaan dilihat lebih bersifat membazir. "Tidak perlu ada lagi tajaan bas, trip bercuti ke luar negara dan banyak lagi. Sekarang, kerajaan perlu berjimat, bukan rakyat," katanya. Rafizi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu telus untuk membentangkan apakah program yang boleh mengurangkan pembaziran wang negara. "Kerajaan perlu tampil memberitahu rakyat mengenai program tersebut. Jangan hanya menyalahkan rakyat. "PKR juga sudah ada program untuk disyorkan kepada rakyat bagi mengelakkan pembaziran, seharusnya kerajaan juga harus begitu, mengutamakan rakyat dan bukannya menteri atau kroni," katanya. - 4/9/13 | ||
Wanita Kahwin Baharu, Namun Tidur dengan Bekas Suami Posted: 03 Sep 2013 10:00 PM PDT [SH] BATU PAHAT – Memang pelik dan mengejutkan. Seorang wanita baru berkahwin sanggup memilih 'bekas' suaminya dan bukan suami yang baru dinikahi untuk melayari 'malam pertama'. Bekas suami wanita berusia 55 tahun itu mengaku, mereka berpisah sejak Januari lalu, tetapi masih bermalam di rumah sama, malah perbuatan mereka mendapat restu suami baru bekas isteri. Sinar Harian difahamkan, wanita itu melangsungkan pernikahan dengan suami barunya pagi kelmarin, sebelum memilih untuk pulang ke rumah bekas suaminya dan bermalam di situ pada hari sama. Bagaimanapun, perkara terbabit terbongkar apabila Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) daerah Batu Pahat menjalankan serbuan di rumah lelaki itu di Sungai Suloh di sini, jam 3 pagi. Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pihaknya melakukan serbuan selepas menerima maklumat awam dan membuat risikan beberapa minggu sebelum itu. Menurutnya, wanita terbabit telah bercerai dengan suami lamanya sejak Januari lalu dan mereka tidak mempunyai anak hasil perkahwinan itu, tetapi masih berhubung. "Pada pagi hari berkenaan, wanita terbabit mendakwa telah bernikah dengan lelaki lain dan ketika serbuan dilakukan, wanita itu berada dalam keadaan berkurung di rumah milik bekas suaminya itu. "Wanita terbabit mendakwa hanya datang pada malam itu kerana ingin mengemas barangnya untuk dibawa pulang," katanya. Saiful berkata, alasan itu tidak dapat diterima kerana aduan dan risikan telah lama dijalankan sebelum serbuan. Katanya, sebarang alasan diberikan wanita itu, dia tetap melakukan kesalahan kerana berkurung berdua-duaan di dalam sebuah rumah. "Dia sepatutnya sedar kesalahan dilakukan, lebih menghairankan suami baru dinikahi seolah-olah merestui perbuatan terbabit yang sememangnya menyalahi hukum agama "Kedua-duanya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing. "Mereka akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan dilakukan selesai," katanya. - 4/9/13 | ||
Tunggang Motosikal dalam Keadaan Mabuk Posted: 03 Sep 2013 09:00 PM PDT [SH] KULIM - Sepasang kekasih berusia 20-an yang sedang menunggang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ ditahan kerana penunggangnya dipercayai di bawah pengaruh alkohol. Lelaki berkenaan bekerja sebagai penoreh getah manakala teman wanitanya tidak bekerja berkata, mereka datang ke Kulim untuk bersiar-siar. Ketika kejadian, suspek dilihat menunggang dalam keadaan terhuyung-hayang. Apabila menyedari polis sedang membuat pemeriksaan, suspek cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan polis menemui sebotol arak. Suspek menyatakan dia hanya akan minum air itu pada hari tertentu sebagai hiburan, selain mengurangkan rasa sakit badan setelah penat bekerja. "Selalunya saya akan minum pada hari tertentu seperti hari raya, hari merdeka untuk suka-suka sahaja," katanya. Sementara teman wanita suspek berkata, dia tidak tahu suspek minum arak sehingga polis menahan dan mendapati terdapat sebotol arak di dalam beg yang digalasnya. - 4/9/13 | ||
[Gambar] Mengapa Minyak yang Kurang Berkualiti Lebih Mahal? Posted: 03 Sep 2013 08:00 PM PDT | ||
Tanda Putera Gagal Capai Sasaran, Hanya Kutip ... Posted: 03 Sep 2013 07:40 PM PDT [TMI] Filem kontroversi Tanda Putera gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil. Filem memaparkan babak yang boleh dipersoalkan berhubung rusuhan kaum 13 Mei itu mula ditayangkan Khamis lalu, tetapi hanya berjaya mengutip RM500,000 daripada penjualan tiket di 70 pawagam seluruh negara dari hari bermula tayangan hingga Isnin. "Ini sangat memalukan dan menyedihkan," kata Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Mustapha Maarof dan memberitahu kos produksi filem itu berjumlah RM4.8 juta. Skim Wajib Tayang mewajibkan filem tempatan diberi hak tayangan di pawagam di Malaysia. Mustapha memberitahu The Malaysian Insider, kutipan box office Tanda Putera sangat menyedihkan jika dibandingkan dengan filem KL Zombie yang mendapat kutipan RM3 juta bagi tempoh sama. "Tanda Putera sebuah filem yang bagus namun selera penonton berbeza-beza. Disebabkan kurang sambutan yang diterima, filem berkenaan harus ditayangkan di panggung yang lebih kecil. "Kontroversi yang melanda filem itu bukan penyebab ia kurang sambutan, tetapi genre filem berkenaan yang tidak menepati selera penonton masa kini," katanya. Ketika ditanya mengenai kerugian yang dialami kerajaan berhubung tiada sambutan terhadap tayangan filem berkenaan, Mustapha berkata, filem sejarah tidak perlu dikira untung ruginya kerana setiap negara perlu ada identiti tersendiri. Beliau berkata, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengarahkan filem berkenaan dengan amat baik sekali tetapi mungkin Shuhaimi sendiri tidak mengalami peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, maka elemen fiksyen lebih ditekankan dalam filem itu. Katanya, dalam Skim Wajib Tayang, filem tempatan hanya diberi keistimewaan untuk mendapat hak tayangan di panggung perdana untuk empat hari sahaja. "Prestasi filem itu akan dinilai pada hari keempat iaitu pada hari Ahad selepas mengambil kira pandangan penerbit, pawagam dan pengedar filem terbabit. "Pawagam juga pastinya tidak mahu menanggung kerugian dengan menawarkan panggung yang lebih besar tetapi tiada penonton. Selepas dua minggu juga, pihak pawagam boleh menarik keluar sesuatu filem, jika sambutan kurang memberangsangkan. "Kami sedaya-upaya memastikan filem tempatan dihargai kerana kerenah pengusaha pawagam tempatan hanya mahu menayangkan filem luar negara. "Antara sebab pawagam menolak filem tempatan ialah kerana mutu filemnya yang rendah. Justeru, menjadi tanggungjawab FINAS membantu pengeluar filem tempatan mendapatkan tarikh yang sesuai untuk ditayangkan serta disiarkan empat kali sehari," katanya. Walaupun filem itu disambut dingin oleh orang ramai, sesetengah pemimpin kerajaan mengatakan filem itu adalah filem yang baik dan harus dikaji oleh universiti tempatan. Dalam kenyataannya semalam, Shuhaimi mengatakan sambutan dingin terhadap filemnya kerana ia mula ditayangkan pada pertengahan minggu pada hari bekerja. "Ini perkara biasa, walaupun untuk filem blockbuster Hollywood. Apa motif di sebalik laporan media negatif terhadap Tanda Putera," katanya. Shuhaimi berkata, di sebalik hentaman dan sindiran, termasuk daripada pemimpin politik yang didakwanya cuba memperlekeh dan menimbulkan kebencian kepada filem itu, beliau bersyukur kutipan masih baik. "Kepada pembenci filem ini yang melabelkannya filem Umno, mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli Umno seramai 3 juta orang itu pada 4 hari pertama filem ini ditayangkan. "Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjuta-juta ringgit!" katanya. Filem sejarah Shuhaimi sebelum ini "1957: Hati Malaya" juga menempa kegagalan selepas kutipan jualan tiket filem berkenaan hanya mencatatkan RM760,000 berbanding kos penerbitannya mencecah RM3.6 juta. Filem terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd itu meskipun ditayangkan di 38 pawagam di seluruh negara, tetapi hanya mampu bertahan kira-kira tiga minggu saja. "1957: Hati Malaya" memberi tumpuan kepada perjuangan Datuk Onn Jaafar, Pengasas Umno yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme Melayu menentang Malayan Union pada 1946. DAP dan MCA mengkritik filem berkenaan, menyuarakan kebimbangan berhubung babak dan dialog dalam filem itu yang boleh mencetus ketegangan kaum. Penasihat DAP Lim Kit Siang kesal dengan filem Tanda Putera yang masih menayangkan babak beberapa pemuda Cina kencing di tiang bendera laman bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris. – 4 September, 2013. | ||
Orang Ramai Bunuh & Kerat Kemaluan Pemimpin Ajaran Sesat Posted: 03 Sep 2013 05:30 PM PDT
'Black Jesus' Dikasi Selepas Dibunuh Penduduk [HM] Sydney: Pemimpin ajaran sesat Papua New Guinea yang dikenali sebagai 'Black Jesus' dikasi oleh orang ramai yang berang selepas mereka menetaknya hingga mati kerana membunuh remaja perempuan untuk dijadikan korban. Steven Tari, pesalah rogol yang disyaki memakan mangsanya dibunuh di sebuah kampung terpencil di Papua New Guinea minggu lalu. Akhbar National melaporkan dia diburu 80 lelaki sebelum dibunuh, kemaluannya dikasi dan diheret dengan tongkat yang diikat pada lehernya sebelum dicampakkan ke dalam perigi buta. Tari menjadi buruan sejak melarikan diri dari penjara di Madang, timur negara itu bersama 48 banduan lain pada Mac lalu. Mayatnya digali polis, pekerja penjara dan pekerja kesihatan Jumaat lalu. Seorang doktor di Hospital Modilion, Gawi, berkata, mayatnya mempunyai beberapa kesan tetakan. 'Dia ditetak dan dikelar dengan pisau di lengan, kaki, dada dan perut hingga menampakkan ususnya. Kemaluannya juga dikasi," kata Gawi. Tari, paderi Lutheran yang gagal dan lebih dikenali sebagai Black Jesus didapati bersalah pada 2010 kerana memperkosa remaja perempuan yang menjadi pengikut gerejanya dan dihukum penjara 10 tahun. Ketika itu dia mempunyai beribu-ribu pengikut di kampungnya, termasuk askar bersenjata yang bertugas melindunginya. Antara ajarannya ialah remaja perempuan perlu 'berkahwin' dengannya sebagai mentaati suruhan Tuhan. - AFP - 3/9/13 | ||
Posted: 03 Sep 2013 05:00 PM PDT [HM] Nashville: Seorang wanita terpaksa menjalani rawatan di hospital selepas cuba meyembunyikan wang tunai AS$5,000 (RM16,370) dalam duburnya dan cuba mengeluarkan wang itu dengan berus tandas dan penyepit. Christie Black, 43, didakwa mencuri wang itu daripada teman lelakinya Bobby Gulley minggu lalu. Ketika dibawa ke Hospital Hawkins Memorial, Christie mengalami pendarahan teruk apabila percubaannya mengeluarkan wang itu gagal. Polis mendakwanya mencuri lebih $1,000 (RM3,274). Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Selasa lalu, polis Hawkins pergi ke kediaman Gulley selepas menerima aduan teman wanitanya mencuri wangnya. Gulley memaklumkan kepada Sarjan Michael Allen bahawa dia memerangkap Christie dengan meletakkan dua sampul surat berisi AS$4,000 (RM13,096) dan AS$1,000 (RM3,274) dalam plastik ubat usang yang ditinggalkan di atas meja. Apabila terjaga pada waktu malam Gulley mendapati beg itu hilang. Dia kemudian bersemuka dengan Christie dan bertanya kepada wanita itu mengenai wang berkenaan. Kerana takut Christie memuntahkan beg plastik mengandungi sebahagian pil yang sudah larut. Dia juga mengaku meletakkan wang itu dalam bungkusan sebelum dimasukkan ke dalam duburnya. "Christie mengaku mengambil wang dan ubat itu kerana bimbang Gulley akan mengusirnya. Dia perlukan wang untuk mencari tempat tinggal baru," kata Allen. Allen berkata, Christie kemudian cuba mengeluarkan wang itu dengan berus tandas dan penyepit tetapi gagal. "Dia mengalami pendarahan teruk dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Hawkins Memorial. "Doktor berjaya mengeluarkan wang berkenaan dan menyerahkannya kepada polis sebagai bahan bukti," katanya. - Agensi - 3/9/13 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan