Selasa, 3 September 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Budak Sekolah Cabul Wanita di Stesen LRT

Posted: 03 Sep 2013 07:01 AM PDT

Sekadar hiasan.

Pelajar Cabul Wanita di Stesen LRT

[HM] Kuala Lumpur: Mereka masih remaja, namun bertindak berani mencabul seorang wanita berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati, di sini, walaupun ketika itu masih lengkap berpakaian sekolah.

Malah, mangsa berusia 29 tahun cuba memarahi mereka kerana perbuatan terbabit turut tidak diendahkan sebaliknya mereka bertindak memeluk dan mencium mangsa sebelum melarikan diri.

Wanita terbabit yang terkejut dengan perbuatan remaja itu kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, Jumaat lalu.

Sumber berkata, mangsa pada mulanya berjalan berseorangan menuju ke stesen berkenaan kira-kira jam 12.20 tengah hari sebelum terserempak dengan dua remaja lengkap berpakaian sekolah, namun tidak mengendahkannya dan meneruskan perjalanan.

"Bagaimanapun, selepas beberapa meter, mangsa tiba-tiba menjerit selepas bahagian belakang badannya diraba dan sebaik menoleh dia terkejut apabila melihat kedua-dua remaja itu berada di belakangnya.

"Malah belum sempat dia berbuat apa-apa, mereka terus meramas buah dadanya menyebabkan mangsa sekali lagi terkejut dan terus menolak serta memarahi mereka," katanya. - 3/9/13

[Edisi Terima Kasih Pengundi BN] Surcaj Bahan Api Kargo Naik

Posted: 03 Sep 2013 06:48 AM PDT


Surcaj Bahan Api Kargo Naik Ekoran Harga Minyak

[MK] Syarikat pengangkutan kontena Taipanco Sdn Bhd akan menaikkan surcaj bahan api kargo daripada kadar tarif 16.19 peratus kepada 18.2 peratus, sebagai kesan daripada kenaikkan terbaru diesel sebanyak 20sen yang bermula tengah malam tadi.


"Kadar pengangkutan berbeza mengikut kawasan. Tetapi secara umum, kadarnya RM100, ini bermakna pelanggan harus membayar tambahan RM18.20 untuk Faktor Penyelarasan Bahan Api (FAF)," kata Naib Presiden Association of Malaysian Hauliers.

"Ketika harga diesel sebanyak RM1.80 seliter, mereka membayar RM16.19. Kami akan maklumkan pelanggan kami tentang FAF baru hari ini."

Ketika dihubungi, Nazari berkata, jadual FAF ditetapkan oleh industri itu semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang membawa kepada turun naik harga minyak kerana pengurangan subsidi.

Bagaimanapun, Nazari, yang syarikatnya mendepani perniagaan itu di Pelabuhan Klang menegaskan, terpulang kepada syarikat masing-masing untuk menentukan kadarnya kerana industri itu diselia oleh Akta Persaingan 2010.

Harga diesel sekarang RM2 seliter manakala petrol RON95 2.10 untuk seliter.


P/s: Harga barang akan naik kerana kos meningkat.


[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Minyak Naik, Pengusaha Bas Mahu Tambang NAIK!

Posted: 03 Sep 2013 06:06 AM PDT


Pengendali Bas Mahu Tambang Naik

[MK] Persatuan pengendali bas kini mahu harga tambang disemak semula ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel mulai tengah malam tadi.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tambang itu mesti diselaraskan semula atau ia akan menjejaskan industri itu.

Bagaimanapun, pengendali masih memerlukan kelulusan kerajaan sebelum ia dapat dinaikkan.

'Di Malaysia, harga bas dikawal oleh kerajaan. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan tambang bas.... 

"Kami sudah mohon peningkatan 30 peratus tambang bas pada Mei tetapi kerajaan belum meluluskannya," katanya.

Kerajaan hanya meluluskan 10 peratus surcaj untuk bas ekspres semasa musim perayaan antara 8 Julai hingga 8 September.

Mohamad Ashfar juga menggesa kerajaan menaikkan subsidi diesel antara 1,400 hingga 3,000 liter sebulan untuk bas henti-henti dan antara 2,800 hingg 5,000 liter untuk bas ekspres. -3/9/13

"...enam kali hubungan seks enam kali sehari dengan setiap sesi berlangsung sehingga sejam"

Posted: 02 Sep 2013 11:00 PM PDT


Warga Bosnia Saman Kekasih, Dakwa Hanya Mahukan Genetik Eropah

[TMI] Seorang ahli perniagaan yang berasal dari Bosnia telah mengemukakan saman bernilai RM600,000 terhadap teman wanitanya, seorang warga Malaysia kerana dakwanya hanya mahukan seks dan genetik Eropah untuk mendapatkan anak, dan bukannya atas dasar cinta.

Ervin Ahbabovic, 41, penduduk tetap yang telah menetap di negara ini selama 18 tahun memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam kenyataan tuntutannya, Ahbabovic berkata beliau jatuh cinta dengan wanita Malaysia, Chung Shun Yee, 29, pada 2008.

Mereka kemudiannya tinggal bersama dan dua tahun kemudian, pada 7 Februari, anak mereka Aaron Leviticus Ahbabovic Chung dilahirkan.

Plaintif mendakwa, beliau percaya mereka akan mendirikan rumah tangga, namun mengakui beliau tersilap.

Menurut dokumen mahkamah, hubungan mereka retak selepas kelahiran anak lelaki mereka, ekoran defendan kerap mencari kesalahannya.

Pada masa sama, beliau mendakwa kehendak seksual defendan melebihi norma biasa.


Peguan Mohamad Fauzi dengan ganbar Ahbabovic dan Chung. Gambar The Malaysian Insider oleh Rita Jong, September 3, 2013.Beliau berkata defendan mengkehendakinya untuk mengadakan enam kali hubungan seks enam kali sehari dengan setiap sesi berlangsung sehingga sejam. 

Ahbabovic bagaimanapun yakin kehendak seksual wanita tersebut berdasarkan cinta sebenar namun defendan menjadi cemburu dan tidak yakin dengannya.

Beliau mendakwa kehendak seksual defendan menjadi rutin yang terpaksa dipenuhinya.

Malah plaintif turut mendakwa defendan pernah mengugut membunuh diri jika kehendak seksualnya tidak dipenuhi atau cuba meninggalkannya.

Tanpa pilihan lain, beliau tetap dengan wanita berkenaan dengan harapan akan bersetuju untuk mendirikan rumah tangga dengannya bagi memastikan mereka menikmati kehidupan berkeluarga yang normal.

Ahbabovic mendakwa beliau mengalami tekanan perasaan dan penderaan emosi disebabkan penderaan rutin seksual setiap hari, dan pada September tahun lalu, defendan dakwanya telah menikam dirinya di bahagian lengan kiri.

Tidak tahan dengan apa yang berlaku, plaintif kemudiannya menyuarakan tindakan defendan namun defendan kemudiannya menghina, memukul, dan memarahinya.

Malah, beliau juga didakwa telah dihalau dari rumah dan menafikan haknya untuk mendapatkan simpanan dan menguruskan perniagaan bersama mereka.

Ahbahovic berkata Chung terus bertindak di luar batasan termasuk dalam perniagaan dan tidak pernah membayarnya walaupun menerima beberapa ratus ribu daripada sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur. .

Beliau turut rasa dimalukan, stress dan trauma, ekoran bukan sahaja dihalau dari rumah, tetapi juga dilarang berjumpa anaknya.

Cubaan beliau menghubungi Chung juga tidak berjaya, sebaliknya wanita berkenaan berkata hanya menggunakannya untuk "memuaskan nafsu seksnya selain mendapatkan sperma lelaki berkenaan atas alasan DNA sperma Eropah tiada tolok bandingnya dan lebih berkualiti berbanding lelali tempatan."

Ahbabovic berkata beliau rasa terhina dengan kenyataan Chung yang menganggap dirinya dipergunaan sebagai penderma sperma.

Beliau turut mendakwa mengalami penderitaan psikologi ekoran status bapa kepada anaknya tidak diperakui.

Beliau menuntut mahkamah memberikan pengesahan terhadap statusnya sebagai bapa kepada anak mereka dan mengesahkan kehadirannya sebagai bapa dalam tiga akhbar utama di negara ini selain tuntutan kewangan.

Beliau juga cuba mendapatkan arahan menjadi bapa kepada anaknya dalam surat beranak, termasuk penghargaan defendan berkenaan kewujudannya sebagai bapa terhadap anak mereka.

Selain itu beliau turut menuntut kos lain yang ditetapkan mahkamah.

Ahbabovic diwakili peguam Nasir Yusoff dan Mohamad Fauzi. Beliau berkata pengurusan kes ditetapkan pada 1 Oktober.

"Salinan writ telah disahkan dan diserahkan kepada defendan, kemungkinan esok," kata Nasir.

Ahbabovic, yang hadir mahkamah hari ini berkata beliau tidak melihat anaknya sejak beberapa bulan lalu.

"Saya mengalami trauma dan sedang berjumpa psikiatris sekrang," katanya.

"Saya kehilangan segala-galanya sejak empat tahun lalu. Saya serahkan segalanya dan mahukan keluarga yang normal, namun dia gunakan saya semata-mata hanya mahukan sperma saya," katanya. - 3 September, 2013.


Berkaitan:

Warga Bosnia Dakwa Sperma Dicuri Wanita Tempatan

[MK] Seorang warganegara Bosnia yang berstatus penduduk tetap negara ini memfailkan saman RM600,000 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan mendakwa teman wanitanya mencuri spermanya walaupun tidak berminat berkahwin.

Ervin Ahbabovic, seorang pengarah daripada Taman Danau Desa, menamakan Chung Shun Yee, 29, sebagai defendan.


Ahbabovic, 41, mendakwa beliau dan Chung mempunyai hubungan dengannya pada tahan 2008.

Dakwanya lagi, bekas pasangannya itu lebih berminat dengannya untuk memenuhi kehendak seksual sedangkan dia mahu berkahwin dan memulakan keluarga.

Mereka mempunyai seorang anak pada 2010. 

Ahbabovic mendakwa Chung menghalaunya pada tahun lalu.

Ekoran itu, dia menuntut RM600,000 untuk penggunaan spermanya untuk mendapatkan anak dan pengisytiharan bahawa dia merupakan bapa yang sah kepada anak itu. -3/9/13



DVD KL Gengster 2 Pula Laris Macam Pisang Panas di Alor Setar

Posted: 02 Sep 2013 10:22 PM PDT


Tiga Jam Jual 150 Keping DVD

[HM] Alor Setar: Jualan cakera padat digital (DVD) cetak rompak filem KL Gangster 2 yang bocor di Internet menerima sambutan ibarat pisang goreng panas di negeri ini apabila 150 keping DVD itu dijual dalam tempoh tiga jam.

Tinjauan Harian Metro di premis menjual DVD di bandar raya ini mendapati jualan DVD pada harga RM5 dilakukan secara bersembunyi dan kepada orang yang dikenali saja bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa. 

Seorang pembeli yang mahu dikenali sebagai Wati, 20-an berkata, dia bertanyakan mengenai DVD filem itu kepada seorang jurujual di premis terbabit, tetapi pada mulanya wanita berkenaan enggan menjualnya dengan memberi pelbagai alasan. 

Katanya, jurujual wanita berusia 20-an itu mulanya memberitahu filem KL Gangster 2 hanya dijual pada bulan depan selepas tayangan filem itu di pawagam.

"Apabila saya beritahu teringin melihat filem berkenaan, dia mungkin kasihan dan memberitahu ada menjual filem itu yang disorok di bawah meja kaunter berkenaan kerana bimbang diketahui pihak berkuasa.

"DVD itu dijual pada harga RM5 sekeping dan dia sempat memberitahu DVD filem itu terjual 150 keping," katanya ketika ditemui, di sini, semalam. 

Wati berkata, jurujual wanita itu juga memberitahu stok baru filem berkenaan sampai sekitar jam 5 hingga 6 petang, tetapi dalam jumlah yang terhad untuk mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa. 

"Saya percaya DVD KL Gangster 2 kini dijual berleluasa di kebanyakan premis menjual DVD di negeri ini secara bersembunyi kerana ada dalam kalangan rakan mengakui menonton filem berkenaan sebelum ini. 

"Saya juga menontonnya dan rakaman video itu tiada gangguan suara, malah kualiti gambarnya juga memuaskan walaupun bukan seperti kualiti filem sebenar," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kawalan dan Penapisan Filem (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kedah Zainal Abidin Othman berkata, pihaknya tidak menerima aduan berhubung penjualan DVD cetak rompak filem KL Gangster 2 itu, namun mengarahkan pegawainya memantau. 

Beliau berkata, sekiranya didapati ada peniaga menjual filem itu, mereka boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 6 Akta Penapisan Filem 2002 iaitu menjual filem belum lulus tayangan dan Seksyen 18 akta sama kerana menjual filem tidak mempamerkan Sijil Perakuan B. 

"Bagi kedua-dua seksyen ini, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau maksimum RM30,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

"Bagaimanapun, kita percaya penjualan DVD cetak rompak KL Gangster 2 ini dipercayai dilakukan secara tersembunyi dan hanya dijual pada orang dikenali saja untuk mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.


Bapa Mentua BERAHI Terlampau

Posted: 02 Sep 2013 06:00 PM PDT

Sekadar hiasan.

Bapa Mentua Serakah

[HM] Kuantan: Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun menggunakan kaedah pelik untuk merawat menantunya yang menghidap penyakit misteri sebelum memperdaya wanita berkenaan melakukan hubungan seks dengan alasan berubat.

Bagaimanapun, kaedah rawatan berkenaan hanya helah bapa mentua durjana itu untuk menjadikan menantunya berusia 24 tahun sebagai pemuas nafsu serakah selama lapan bulan sebelum perbuatan terkutuknya terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis, 29 Ogos lalu.

Difahamkan, episod malang menimpa wanita berkenaan bermula September tahun lalu apabila mangsa ketika itu tinggal berseorangan di rumahnya di sebuah FELDA di Merapoh, Kuala Lipis, didatangi bapa mentuanya menawarkan untuk merawat penyakit.

Mangsa ketika itu baru bernikah dengan anak lelaki suspek awal September tahun lalu.

Sumber berkata, lelaki terbabit menyuruh wanita berkenaan menuruti kaedah rawatan berkenaan dengan memberikan alasan berubat, namun mangsa enggan berbuat demikian.

"Bagaimanapun, seminggu selepas kejadian itu, lelaki terbabit sekali lagi memujuk mangsa, namun kali ini dia memaklumkan perlu melakukan hubungan seks kerana ia sebahagian kaedah rawatan tradisional dipraktikkannya," katanya.

Menurutnya, mendengar kaedah rawatan yang perlu dilaluinya itu, mangsa terkejut dan enggan mengikut arahan bapa mentuanya.

"Namun, lelaki terbabit terus memujuk mendakwa seorang biras kepada menantunya (mangsa) juga pernah melalui kaedah rawatan sama dan dia (biras) melakukan persetubuhan dengan bapa mentuanya itu.

"Selepas menceritakan perkara itu, lelaki terbabit mengajak menantunya melakukan persetubuhan dan ia berlaku selepas tiga kali warga emas berkenaan melakukan kaedah pelik itu," katanya.

Sumber itu berkata, mangsa membenarkan bapa mentuanya melakukan perbuatan terkutuk itu atas dasar kepercayaan mahu mengubatinya dan berlarutan sehingga Mei lalu.

Katanya, mangsa menyedari dia dijadikan hamba seks bapa mentua dan enggan lagi melayan permintaan lelaki terbabit melakukan hubungan seks setiap kali tinggal bersendirian.

Tidak tahan perlakuan bapa mentuanya, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran ditemani adik-beradiknya, 29 Ogos lalu Difahamkan, suspek melarikan diri selepas mangsa membuat laporan dan sehingga kini belum ada tangkapan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol. - 2/9/13


Aktivis: 2 September Ubah Lanskap Politik Malaysia

Posted: 02 Sep 2013 04:30 PM PDT


[TMI] Peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tarikh hari ini, 15 tahun lalu mengubah landskap politik negara sehingga melahirkan Pakatan Rakyat (PR) kata aktivis yang juga penulis, Hishamuddin Rais.

Hishamuddin berkata, kejadian 2 September itu menyatukan parti pembangkang untuk melawan Bariasan Nasional (BN) dan beliau turut terbabit secara langsung dengan gerakan reformasi sehingga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001.

"Anwar berjaya menyatukan PAS dan DAP sehingga terbentuknya Pakatan Rakyat," kata Hishamuddin dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider pagi ini sempena 15 tahun peristiwa 2 September.

"Signifikannya, 2 September ini mengubah seluruh lanskap politik Malaysia sehingga sekarang ini. 
Apa yang berlaku pada 2008, 2013 adalah hasil daripada peristiwa pemecatan Anwar pada 2 September, 15 tahun dulu," katanya merujuk kepada keputusan Pilihan Raya 2008 dan Pilihan Raya 2013.

Menceritakan pengalaman peribadinya pada 2 September 1998, bekas aktivis mahasiswa 1970-an itu memberitahu, beliau mendapat berita mengenai pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu secara terus dari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini menteri dalam negeri.

"Sejarahnya untuk diri saya sendiri, saya dapat panggilan telefon daripada Datuk Zahid Hamidi jam 10 pagi.

"Isham, Anwar kena buang, petang ini jam 5. Saya pun mengambil telefon dan beritahu siapa yang harus ambil tahu. Saya tak ada mobile. Kenapa jam 5? Kerana nak completekan dia punya one day pay tu agaknya," katanya yang pernah bersama-sama Ahmad Zahid dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) tahun 1970-an dahulu.

Menurut Hishamuddin, selepas dipecat, pada awalnya Anwar masih belum melawan kerana mempunyai harapan untuk kembali kepada Umno.

"Kalau lihat dari kenyataan Anwar pada 3 September, 4 September, sebenarnya kalau tengok betul-betul, Anwar ini tidak mengambil garis melawan. Baca balik sejarah, pergi arkib tengok dia kata, Mahathir ini mentor saya, saya anggap dia sebagai ayah," katanya merujuk kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sehingga Anwar memekikkan perjuangan. Kemudian apabila mulanya berkumpul di Dataran Merdeka, barulah saya datang."

Hishamuddin berkata, hasil daripada perjuangan selama 15 tahun gerakan reformasi menyebabkan anak muda kini berani bangkit untuk melawan.

"Tengok tulisan-tulisan saya. Di dalam Detik misalnya. Ketika reformasi ini, kita taburkan benih. 

Kita tidak tahu, apa yang akan timbul. Sekarang sudah timbul, budak-budak muda berani mempertikaikan Malaysia, anak-anak muda berani mengibarkan Sang Saka. Inilah benih yang ditanam 10 hingga 15 tahun dulu.

"Impak yang paling besar ialah saya panggil 'Tamarod.' Tamarod ni berontak, rebel. Dia melahirkan keberanian orang untuk turun ke jalan raya. Ini satu perkara yang baru," katanya yang pernah mengarahkan filem 'Dari Jemapoh ke Manchestee' itu.

Pada 2 September 1998, kira-kira 15 tahun lalu, Anwar masuk ke pejabat sebagai orang nombor dua paling berkuasa di Malaysia, tetapi pulang beberapa jam kemudian dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Keesokan harinya, beliau dipecat daripada jawatan timbalan presiden dan ahli Umno.

"Untuk orang Melayu, impak pembuangan Anwar Ibrahim ini mendalam sekali sehinggakan Terengganu jatuh. Ini kita tidak boleh nafikan. Itu adalah impak daripada 2 September. Ini menjadikan kemudian beberapa kemenangan kerusi Parti Keadilan Nasional, PAS.

"Pada ketika itu masyarakat Tionghua ini masih belum bersama, masih lagi melihat apakah Melayu ini benar-benar berani membuat perubahan," katanya mengimbas kembali keputusan pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999.

Hishamuddin membidas tindakan sesetengah pihak yang meremehkan peranan gerakan reformasi 1998 dalam sejarah politik negara.

"Pembuangan Anwar ini memang satu detik bersejarah. Dia bukan nota kaki yang selalu orang kata nota kaki. Dia bukan nota kaki. Ini satu babak dalam pensejarahan kerana ia mengubah lanskap politik negara.

"Saya cakap begini bukan sebab saya kaki bodek Anwar. Tapi ini yang berlaku," katanya. - 2/9/13


P/s: Harap tidak ada yang tidak sedar diri dan mendabik dada kerana telah menang kerusi dalam PRU selepas 2 September 1998.  Tanpa Peristiwa 2 September 1998, mungkin landskap politik tanah air tidak berubah atau tidak menerima impak seperti sekarang.


Tiada ulasan: